HADIAH PERKAHWINAN YANG KU TERIMA

in , , by Nadia Johari, 23:59:00
hai assalammualaikum

Hadiah Perkahwinan Yang Ku terima - Boleh lagi kan kalau nad nak cerita hal majlis kawin ni..hahaa..jangan jemu ye membaca..almaklumla..semua cerita ni nak buat kenangan..sebab tu tulis dalam blog..nak sematkan dalam blog supaya apa yang nad tulis ni adalah daripada hati nad sendiri..Terima kasih yang memberi hadiah kepada nad..banyak juga hadiah yang nad terima...Hari ketiga nad baru buka hadiah ni..apada punyer pengantin..lama benor buka hadiah.. Nak buat macam mana lepas outdoor je jejaka mafia nak p cuci periuk pulak..second day pulak nad dah temankan jejaka mafia pergi jumpa kawan-kawan dia dekat Kuala Lumpur..hari ketiga tu pun keluar jugak dan buka hadiah lambat..itu pun sebab nad dah nak merajuk dah..hahhaa...


HADIAH TERAWAL DITERIMA


Ni hadiah terawal yang nad terima..diaorang bagi awal sebab tak dapat hadir majlis nad..sedih-sedih...tapi ape kan daya..dah memaksa pun tak dapat hadir..huhuhuhu...Hadiah ni nad terima daripada salah seorang Geng UUM...Nad melawat dia sebab nak tengok anak dia yang comel tu..Tak sangka dia bagi hadiah pulak..terima kasih Sue..Dengan Sue la nad mintak tips bagai..hahaha...sebelum kawin pun mintak pendapat dia..selepas kawin pun sama..hahaha...kawan yang open minded jawab je segala pertanyaan nad.hehee..

BLOGGER ZAZA

Hadiah ni pula daripada kawan kesayanagn nad, seorang blogger cantik dan suka berbisnes..Pandai bab-bab design, printing dan senagkatan dengannya. Blogger pemes memes ni iaitu Zaza Iman..Selalunya abang posmen yang hantar barang ke rumah nad, tapi kali ni pelik pulak..bukan abang posmen..abang hensem..auummm...hahhaa..dua kali dia call cakap nak cari rumah nak bagi barang dari Johor..mula-mula pikir bila masa aku order barang dari Johor..pastu mula terpikirkan si Zaza ni..adakah barang dia?..BUkan Van posmen dia gune..die gune lori ooo...hahhaa..okla..hadiahku sampai di rumah juga...

Zaza pesan buka masa ak buka hadiah lain..jadi kene menurut perintah..ehhee..sekali buka..ok teruja nampak muka kite dengan jejaka mafia dekat cawan...jejaka mafia cakap..fuyohh muka kite iteww..pasni minum nampak muka kite la..hahaha..Nad pula macam sayang je nak guna..haha..cantik sangat..buat haisan je kot..terima kasih Zaza untuk hadiah ni..

Ini pula hadiah daripada kawan kerja...Terima kasih banyak..hanya setengah je dapat hadir..



Inilah hadiah yag ku terima...terima kasih banyak-banyak semua..

REUNION GENG UUM KE MAJLIS PENGANTIN

in , , by Nadia Johari, 01:46:00
hai assalammualaikum

Reunion Geng UUM Ke Majlis Pengantin - Bila dah habis belajar universiti semua akan bawak haluan masing-masing. Lagi-lagi semua kawan-kawan UUM nad semua jauh-jauh belaka. Jadi nak berdating bersama memang susahla..Kalau nak keluar bersama kene set masa dan time awal supaya semua boleh berkumpul. Nad memang plan masa nad kawin nad nak jemput semua geng UUM ni..datang tak datang tu lain cerita..tapi rasa best sangat sebab ramai yang on..waa  terharu..hangpa nak amik berkat kan..hehee..


Sejak ade group whatssup memang senang la kitaorang nak bincang apa-apa. Nak cerita kelakar, sedih cerita 18xxx...semua balun..hahaa..tu bestnyer..ada seorang member nak datang masa nad makeup..dan tak jangka diaorang memang datang time nad tengah dimakeupkan..rasa nak menjerit je bila nampak diaorang..yela lama dah tak jumpa...apa lagi amik masa untuk bergambar banyak-banyak la..

Ada dua orang member UUM ni bakal menjadi isteri orang jugak..Yang lain single mingle wokeeyy...haha..Jadi datang nak amik berkat dulu..ahhaha...tips akan dibagi dekat whatssup..kihkihkih..aku pun mintak tips dekat member aku..wakaka...ok sekejap je jumpa..tak puass..


Taknak lepaskan diaorang  balik je rasa..tak berbual banyak dengan diaorang...tak dapat bergosip panjang lebar..ni yang tak best ni...yela dah la susah nak jumpa..dah jumpa tak dapat bual panjang pulak..takpela..umur panjang kita jumpa lagi ye member-member..Ezy dan Sakinah...turn korang pulak lepas ni..siap sedia semua persiapan..hehee..



Tengok sweet tak hadiah diaorang bagi..leh gantung dekat dindng gambar ni...sayam korang ketat-ketat la...

 Cantik sangat hadiah ni..kenangan kami semua dekat UUM..kenangan jalan-jalan..Kenangan Konvo..Frame ni boleh digantung dekat bilik kahs untuk semua hadia yang berkaitan..

Kalau korang nak tau hadiah ni diberi oleh Geng UUM nad ni..unik kan..nampak sangat nak suruh nad jadi isteri yang rajin memasak..hahaa..okla terimak aksih..takyahla nad nak beli lagi..dah jimat dah ni..lengkap dah set untuk memasak ni...hahhaa..thank you..thank you...

p/s: kalau umur panjang, takda aral melintang boleh pergi ke Pahang..majlis member kawin..kasi gegar..

KAWAN BLOGGER YANG MENGHAVOCKAN MAJLIS

in , , , by Nadia Johari, 12:11:00
hai assalammualaikum

Kawan Blogger Yang Menghavockan Majlis - Dah 11 hari berlalunya majlis nad, dan dah 11 hari juga nad bergelar isteri..alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sesuatu yang tidak diduga berlaku bila adik nad terkene renjatan elektrik..Alhamdulillah..adik selamat dan tak teruk. Petang tu adik dah keluar hospital, terkilan juga dia takda masa majlis. Tak jangka mereka yang hadir lebih daripada jemputan yang diundang. Begitu meriah sekali majlis dengan orang-orang yang hadir, tak lupa juga kawan-kawan blogger yang turut serta.

Nad merupakan blogger picisan yang tak berapa nak popular.. takkan lupa nak  menjemput kawan-kawan blogger untuk memeriahkan majlis. Tak sangka ramai juga yang datang dan ada yang dari jauh sanggup pergi ke kenduri nad. Terima kasih banyak-banyak. Mereka memang havoc dan happening..


Blogger otai yang hadir ke majlis nad blogger Bro Framestone.. Nad kenal bro masa dekat berbuka puasa bersama blogger.. Nad ada jemput die dekat facebok, nak bagi kad memang tak sempat nak ke rumah dia, nad mintak maaf sebab terlupa bagi map ke rumah. Susah payah die cari rumah nad, sebb waze pun tak membantu. Akhirnya dia datang jugak, terkejut gak dia datang, tiba-tiba tegur nad pengantin mana pengantin..hahhaa..baju dia pakai sedondon pulak dengan baju keluarga nad..warna hijau pekat..hahhaa.. dan paling bestnya nad dapat jumpa fisha anak bro framestone dan kak Iera..Fisha meragam pulak mungkin sebab panas dan ramai orang..tapi dengan nad die cool je sebab fisha nampak manik-manik dekat baju dan dia hisap-hisap..hahaa..terima kasih bro sudi datang


Jumpa untuk kali keduanya dengan adik kesayangan kita blogger Liyliz. Macam mana nad kenal dia,hhahaa..nad ni jenis suka main tegur orang je, then nad tegurla liz dekat facebook berkenaan baju untuk belah laki nanti..masa tu apa-apa berkenaan baju atau padanan apa sesuai akan tanya dia. Leps tu kitaorang makin rapat dan set untuk berjumpa. Nad ada buat entry kami berjumpa dan hadiah dia bagi dekat nad..Dahla cantik, tinggi comel je budaknya. Memang tak puas nak jumpa dia..nak bergosip pun tak sempat..haha




Otai Yazid

Blogger semua ni mesti korang kenal kan..Si tinggi dan Si cinonet..hahaa..cun dan cantik dua-dua ni..comel pun comel..pasangan tengah hangat ni Farid Laham dan Farisya ..nad kenal dengan diaorang dekat berbuka puasa dengan blogger di Shah Alam. Lepas nad detim dengan Si Tinggi dan Si Cinonet bersama Ayujean pergi main ice skating..sayangnya ayujean tak hadir ke majlis nad, tapi nad jemput datang belah laki..hehe..macam tu la kami blogger..persahabatan takkan putus..Otai yazid nad baru je kenal sehari sebelum majlis..haha..Dia adik bongsu nad..haha..jumpa pun sebab blogger ain yang ajak pergi makan Mee Udang Banjir..Havoc sangat kot diaorang ni...Kak ieda Baharum datang majis nad sebab nad beli chocolate fountain yang dia buat.


Dua orang blogger yang datang ni  nad kenal masa dekat event video brosur...blogger hazirah dan nadra..kesian diaorang cari rumah nad sampai satu jam..dok pusing-pusing..hazirah memang duduk kapar dekat dengan kawasan rumah nad tetapi disebabkan dia tak pernah pergi rumah nad, jadi terpaksala jalan-jalan kat meru tu..nasib baik dia call abang nad, jadi abang nad yang tunjuk direction..Nasib baik sampai jugak ke rumah..alahai kesiannya..

Last sekali Bang Tirana Aduka..Memang tak pernah jumpa dia walaupun ami satu kampung. Dan perkenalan ini telah menemukan dua sahabat yang dah alam tak jumpa..Bang TA ada cakap yang dunia ni kecik aje dekat blog dia..nad dah paham dah maksud dia..rupanay Bang Ta Kawan satu sekolah dengan abang nad..kawan lama la an..macam tak caya je..hahaa..tu la orang cakap pusing-pusing tu la kawan kita..tak berkesempatan amik gambar dengan bang TA ni..

***susah jugak nak cari rumah nad erk...cadangan lepas ni kalau adik wa kawin pasang belon..bubuh muka mak ayah wa..hahahhaha...***
hai asslammualaikum

Video Wartawan Terkena Bola Semasa Bertugas - Kelakar je tengok video ni..ingat bukan semau tempat selamat..jadi berjaga-jagalah semasa bertugas..Wartawan ni still lagi senyum bila terkena bola dan terus bertugas seperti baisa..hehe..bagus..



SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #8 MIALIANA.COM

in , by Nadia Johari, 22:37:00
hai assalammualaikum..

Baru on laptop terus on blog..masih sempat lagi nak jin segmen kak mia ni..cepat-cepat la jari menaip..eh mengopy..hehe..



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

TIPS PENJAGAAN BAWAH LENGAN

in , by Nadia Johari, 09:40:00
hai assalammualaikum


Tips Penjagaan Bawah Lengan - Ramai di luar sana terutamanya golongan wanita yang mengeluh apabila bercakap tentang isu bawah lengan gelap. Ini kerana perkara ini bukan sahaja membuatkan anda tidak yakin terhadap diri anda dan tidak selesa, malah ia juga mendatangkan perasaan malu yang tak terkata. 

KAWAN BLOGGER IBARAT KAWAN RAPAT

in , , , by Nadia Johari, 02:23:00
hai assalammualaikum

Kawan Blogger Ibarat Kawan Rapat - Dalam dunia sekarang ni memang susah nak cari kawan yang sanggup membantu kita, lagi-lagi kawan yang kita tidak pernah jumpa dan hanya kenal melalui alam maya. Memang jarang sekali berlaku kawan yang kita baru sahaja kenal , apabila berjumpa ibarat kita sudah kenal lama. Inilah sikap blogger, kenal melalui blog dan hanya berbual melalui facebook ikatan itu terus terjalin sehingga menjadi kawan yang begitu akrab. Kawan blogger yang sentiasa havoc dan happening.

Nad mula berblog tahun 2011..tapi mula aktif blog tahun 2012..kalau dulu malu-malu nak tambah kawan blogger dekat facebook..lama-lama buat muka tebal jela..hahaa..nasib baik diaorang ni semua sporting..Nad mula aktif joint event bersama blogger masa iftar bersama blogger di Tupai-tupai Shah Alam. Masa tu la mula lebih aktif dengan blog..lama-lama nad pun mampu bergaul dengan blogger otai walaupun tak pernah bersua muka lagi..Dari satu perkenalan ke satu perkenalan akhirnya nad mula kenal dengan dua orang orang blogger ni..nak tau sape...



Inila mereka..ini Blogger Liyana Hamid..budak ni ada je nak dibualkan..ada je nak dicakapkan..hahaa..kira tak jemu dengan dia la..apa-apa masalah kadang-kadang cerita dengan dia..dia dengar jela..hahaa..Dia banyak bantu nad dalam majlis perkahwinan..kalau korang nak tau props PHOTO BOOTH tu die yang buatkan..Ya Allah berterima kasih sangat dia nak bantu nad..kalau tak tak tau nak cari sapa yang boleh buat semua ni..



Yang ni pulak Blogger Nurain Yusof..businesswoman batik terengganu..hehee..perkenalan singkat tapi macam dah kenal lama..kenal ain ni pun melalui Sheda Ucu, sebab dia yang masukkan ain dalam group kami..hehehe..Kesian Ain terpaksa melayan perangai pengantin...Masa ni persalinan baju..tu pakai ala-ala bollywood masuk islam..hahaha...Maaf Ain..kalau nad menyusahkan Ain..

Keluarga nad semua terkejut sebab Liyana dan Ain bukan kawan sekolah nad, tapi kawan blogger yang tak pernah jumpa tapi dah rapat macam ni..hahaa..awesome kan..Diaorang sanggup datang rumah nad semata-mata nak tengok kenduri orang jawa macam mana..Orang jawa panggil "rewang"..Saat-saat rewang tak dapat amik sangat sebab masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing..Takpelah sekurang-kurangnya mereka tak jemu dan dapat rasa macam mana kenduri kan..



Liyana pula rajin.. hari majlis nad die buat kek batik semata-mata nak bagi pengantin makan..alahai terharu rasa..walaupun dapat seketul sahaja kek batik ..itu pun kene suap dengan yana kalau tak tak merasa nad..itu pun rasa tak cukup..hahaa..apakan daya penagntin nak makan banyak-banyak kene layan tetamu yang hadir..


Rasa terkilan sebab tak dapat ajak diaorang pergi Pantai Remis..sebab nad outdoor dekat Pantai Remis, nad dok carila diaorang ni tapi tak jumpa..masa tu rasa rush sebab tengok cuaca macam nak hujan je..takpela ade masa lagi nanti nad ajak kamu berdua pusing-pusing Kuala Lumpur..husband dah bagi greenlight dah..ehhee..Terima Kasih korang berdua banyak bantu nad..maaf kalau ade tersalah dan terkasar bahasa..majlis yang serba kekurangan..

p/s: semoga ikatan persahabtan nad dengan kawan blogger semua terjalin sampai bila-bila..kalau ada umur yang panjang ingin juga jumpa dengan blogger yang lain..

APA MAKSUD LIMA JARI TU?

in , , by Nadia Johari, 11:42:00
hai assalammualaikum

Apa Maksud Lima Jari - Apa khabar korang semua..harap sihat-sihat selalu..bila jari dah menaip satu entry pasti nak taip lagi..almaklumla dah cuti seminggu..hahaha..cukup-cukupla tu..Tajuk entry aku ni macam pelik je..Lima Jari..kenapa dengan lima jari erk..hahaa..ni kisahnya bila lelaki tunjuk jari...banyak maksud nyer kalau lelaki tunjuk jari ni..

Gambar Bro Framestone..maaf bro nad amik sebagai contoh..wakakaka..ikuti kisah perbualan anak dengan daddy


Fisha : 4? Apa yang 4 daddy?

Daddy : Eh, Fisha boleh ada 4 orang adik beradik he...23x

Gambar candid ni pulak Blogger adik kesayangan kita iaitu Liyana Hamid yang baru je bagi malam tadi die hantar dan nad baru terperasan pagi ni..hahaha..Gamabar selepas akad nikah nad dan jejaka mafia..musykil-musykil..sampai lima jari dia up siap pandang lagi..huishh..



Kalau lima anak ok..hahahah







HAPPY LIFE FOOT PATCH

in , by Nadia Johari, 01:10:00
hai assalammualaikum

Happy Life Foot Patch - Aritu nad dengan jejaka mafia jalan-jalan ke GM klang. Kalau orang duk klang mesti tau berkenaan GM Klang iaitu tempat memborong barang-barang murah. Masa tu nad memang nak cari foot patch ni dan akhirnya jumpa jugak dekat GM ni. Harga yang murah berbanding dekat butik dan dalamnya yang banyak. Kenapa perlu kia gune Foot Patch ni?.. Apa yang kita tau Foot Patch ialah untuk membuang toksin dalam badan dengan cara melekat di kaki dan biarkan semalaman.

Apa itu toksin?
Toksin adalah zat atau bahan sisa pembuangan beracun yang terdapat di dalam tubuh kita. Toksin tidak hanya dihasilkan daripada makanan yang kita makan, akan tetapi juga berasal daripada pencemaran udara, ubat-ubatan kimia, dan lain-lain. Bahkan jika kita sedang emosi juga dapat menimbulkan racun bagi sel-sel tubuh kita. Semua toksin tersebut akan tersimpan di dalam tubuh dan menyebabkan berbagai jenis pernyakit . Dalam keadaan normal, setiap hari tubuh akan membuang toksin-toksin tersebut ketika kita membuang air besar. Pernyakit terjadi apabila proses pembuangan tidak optimal dan toksin yang mengendap di dalam tubuh akan mulai rosak 


JOM BUANG TOKSIN ANDA DENGAN HAPPY LIFE FOOT PATCH

Happy Life Foot Patch detox dibuat dari pati tumbuhan melepaskan kelembapan dan toksin dari NTK dalaman melalui titik akupuntur. Ia telah menjadi salah satu daripada detox dan penjagaan kesihatan produk yang paling popular dan terkenal di seluruh Korea Selatan dan Jepun. Bahan utama foot patch ini adalah buluh asli cuka pati yang mempunyai fungsi super penyusupan dan menghapuskan toksin. Kesannya boleh bertahan selagi 8 jam.

Bahan-bahannya ialah:

Chitosan - Polimer semulajadi mesra alam yang boleh dihadam dalam bentuk tumbuhan dan tisu haiwan
Vitamin c - sejenis vitamin yang larut air yang mempunyai bilangan fungsi biologi
Tourmaline - Digunakan secara semulajadi untuk mengubah air kepada air alkali yang sederhana dan mempunyai anti bacteria dan mempunyai kualiti deodoran
Cornstarch - bahan daripada endosperm putih
Wood and Bamboo - Cuka buluh adalah sejenis cecair yang keluar daripada kayu dan buluh.



Kegunaan Happy Life Foot Patch :

- Membuang toksin (racun) di dalam tubuh, air yang berlebihan dan mencegah bau kaki. 
- Membuat badan lebih bertenaga 
- Mengurangi alergi dan nyeri sendi 
- Mengurangi sakit kepala 
- Menormalkan tekanan dan aliran darah 
- Menguatkan sistem imun di dalam badan 
- Melegakan sakit tumit dan telapak kaki 
- Melancarkan buang air besar dan masalah perut kembung 
- Membantu masalah jerawat / resdung 
- Mengatasi masalah diabetes dan berat badan yang berlebihan 
- Mengatasi masalah susah tidur 
- Penggunaan obat dalam jangka waktu yang lama 
- Cocok untuk pekerja yang menggunakan bahan kimia seperti cat, cairan pembersih, dll. 
- Menyegarkan badan ketika bangun tidur 
- Mengurangi sakit reumatik, sendi, dan juga sangat baik untuk mereka yang banyak merokok 



Petunjuk Cara Menggunakan Happy Life Foot Patch : 



1. Tarik bagian kertas yang besar pada plester 
2. Tempelkan Foot Patch Koyo Kaki pada bagian tengah plester dan pastikan bagian yang ada tulisan menghadap / menempel pada plester 
3. Tempelkan plester pada telapak kaki. Untuk hasil terbaik, gunakan sebelum tidur. Anda juga bisa memakainya di dalam rumah jika waktu tidur Anda kurang dari 8 jam 
4. Jangka waktu yang baik untuk memakai Foot Patch Koyo Kaki adalah antara 8-12 jam sebelum Anda membukanya. Foot Patch Koyo Kaki ini juga bisa digunakan pada bagian-bagian tubuh lain yang merasa sakit selain dari telapak kaki. Selama Anda memakai Foot Patch Koyo Kaki ini, bagian yang menempel pada telapak kaki kita akan berubah menjadi hitam. Ini karena Foot Patch Koyo Kaki ini sudah menarik toksin (racun) dan darah kotor dari dalam tubuh kita. Foot Patch Koyo Kaki ini juga akan menjadi lengket jika jumlah toksin (racun) di dalam tubuh kita berada dalam jumlah yang banyak. 


Nad selalu guna seminggu sekali sebab foot patch ni tak boleh guna selalu sebab takut die menguruskan badan nad..haha..jadi seminggu sekali sudah memadai untuk membuang toksin daripada pemakanan. Nad akan guna  waktu malam sampaila keesokan harinya. Memang banyakla toksin keluar. Tengok aje gambar dekat ats tu..maafla kalau geli ye nak tunjukkan benda betul selepas kita guna..hehee..bangun-bangun je terus snap..hahahaha...

TAZKIRAH JUMAAT : JIKA TIADA REZEKI

in , , by Nadia Johari, 12:30:00
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Jika Tiada rezeki - hari Jumaat yang indah merupakan hari penghulu segala hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. 

Berbalik kepada tajuk " Jika Tiada Rezeki "..apa itu rezeki?..Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama yang diberikan Allah kepada kita. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. 

Semua orang menginginkan rezeki yang melimpah ruah, namun rezeki bukan datang dengan sendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Jika segala usaha yang kita lakukan tidak dapat juga rezeki, kita janganla mengeluh, namun harus amati kenapa rezeki tidak datang..mungkin ia ada sebab yang musabab Allah beri kita seperti itu. Selalulah berfikiran positif dalam semua perkara.

Mari kita amati contoh Jika Tiada rezeki...




1) Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezki kesihatan. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.


2) Jika tiada rezki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.


3) Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah puts. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan. 


4) Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan segala terjaga


5) Jika tiada rezki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


6) Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari, Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka akan datang

p/s : Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2