Hai assalammaulaiakum
Membeli Belah Di Ikea Dan Tesco - Dah masuk bulan Mei dah..Semalam 1 Mei merupakan hari pekerja..Selamat Hari Pekerja kepada yang bekerja...kepada yang tak bekerja macam nad ni selamat mengemas rumah..hahhha..nila rutin nad selepas menjadi isteri orang..sekarang nad duduk dengan jejaka mafia dekat kampung pandan ni..dah 4 hari menjadi surirumah sejak berhenti kerja ni..dah jadi isteri orang ni bukan duduk lenggang kangkung je..first sekali kenela mengemas,memasak dan melayan suami..habis rumah bujang dia ni nad dah kemas..tapi tak sepenuhnya..
Semalam nad dengan jejaka mafia pergi ke damansara..dah ade dekat damansara ape lagi pergila IKEA..pergh sesak memang sesak..barang sebelum kitaorang nak pergi dah list dah...sampai je sana huishh rambang mata dah..hahaha..tengok almari cantik..tengok katil..tengok peralatan dapur dan bilik mandi..
Pertama sekali tengokla almari baju buku ni..sebab banyak buku dan majalah dekat rumah ni..sekadar survey dulu nak beli takdok duit...tengok almari dan tengok harga..adakah harganya akan kekal..hehhe
Pastu tengok pulak almari televisyen..ni semua sekadar tengok sahaja..hehe
Nad ni kalau beli barang mestila ikut barang yang dilist sahaja..sebab barang tu penting..tapi jejaka mafia ni jenis amik barang yang takda dalam list tapi boleh diguna..kadang-kadang dia beli barang yang dah ada dekat rumah..itula dia..haishhh..mau explain banyak kali kat dia..kadang-kadang kalau dia nak beli juga, nad biarkan je..malas nak cakap banyak..hohoho...
Tengah jalan- jalan,perut lapar pulak..ngam2 masa tu lalu tempat makanan..nampak orang makan meatball..sebab ramai yang cakap meatball dekat ikea sedap...lagi teringin nad..pastu pujuk rayu jejaka mafia..nak makan..tapi mungkin masa tu bukan luck kitaorang..sebab tempat duduk semua penuh..yela cuti hari pekerja..mana tak ramainya orang tu..jejaka mafia nak pujuk terus cak " selasa kite datang lagi ya sayang" ...ok..punyala nak pujuk isteri yang kempunan ni...
Dah habis shoping dekat ikea terus shoping lagi dekat Tesco berdekatan dengan rumah...hahaha..sebab barang yang nak takda dekat ikea..dekat Tesco tu shoping benda yang memang penting...dah pusing-pusing satu tesco,dah puas barang semua dah ada..terus balik rumah...fuh letih...puas jugakla bershoping...hahahha..hanya beberapa barang tak dapat dikesan..balik meru nanti beli la kat pasaraya je..hahaha...k bye