Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

in , by Nadia Johari, 00:40:00
hai assalammualaikum

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih - Malam ni nak buat entry tapi tiba-tiba mood jadi lain..hilangkan mood dengan melayan lagu linkin park..hilang mood tu..dah pergi jauh-jauh..nampak pulak giveaway ni..mudah dan senang je..nak join klik SINI tak pun klik banner tu ok..=)

http://blogpancingelih.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm300-by-blog-pancing-elih.html
Pemilihan pemenang:
Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.
Hadiah-Hadiah Giveaway:
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 Ok. Mudah kan?..dah jom join..hehe
Hai assalammualaikum

Tiga Cahaya Yang Berbeza Di Hari Kiamat - Mari kita renungkan bersama apa yang tertulis di gambar..setiap apa yang kita lakukan pasti ada ganjaran di akhirat kelak..Hari Kiamat pasti akan berlaku cuma kita tidak tahu bila akan terjadi..Semuanya telah tertulis dalam Al-Quran..Allah Maha Kuasa..Dialah yang mencipta dunia ini..


CHOCOLATE FOUNTAIN MURAH

in , , by Nadia Johari, 23:55:00
hai assalammualaikum

Chocolate Fountain Murah - Coklat, siapa yang tak suka coklat..semua orang suka coklat..coklat tu kan manis..sedap dan mengiurkan..hehe..Coklat diperbuat daripada biji koko (Theobroma cacao) . Ia dibuat dalam bentuk cecair, pes atau dalam blok atau digunakan sebagai bahan perisa dalam makanan manis.

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, hingga ke pernyataan cinta. Coklat bukan sahaja digunakan sebagai makanan , tetapi juga minuman dengan rasa yang istimewa.

Betul tak nad cakap semua orang suka coklat kann.. Coklat ni boleh dibuat dalam apa cara sekalipun pasti orang akan cari..Pernah tak korang terpikir masa majlis, tidak kira majlis kawin, majlis birthday dan seangkatannya nak ada CANDY BUFFET untuk para tetamu..melihat kanak-kanak ceria bila melihat makanan yang mereka suka..ni nad nak perkenalkan Chocolate Fountain yang sangat murah..Sekarang Chocolate Fountain mula digemari oleh semua orang..sebab apa..cuba korang tengok coklat yang mengalir deras seperti air terjun turun mencurah-curah..pergh..ko rasa nak jilat je coklat tu kan..hahaa..bila tengok pertama kali terasa jakun sekejap sebab terpikir macam mana coklat tu mengalir..hahaa..itulah nad..hahaha..ko tengok bukan budak-budak je suka tapi orang dewasa gak...

Masa nad kawin, nad memang nak tempah chocolate fountain ni untuk para tetamu..bukan tetamu je..sebenarnya untuk nad jugak..hahhaa..sebab apa..sebab nad ni penggemar strawberry coklat..
Nad mula suka strawberry coklat ni sejak makan dekat UUM dulu..disebabkan mahal nad makan sikit je..jadi untuk meghilangkan rasa yang terpendam ni masa ni la nad akan makan habis-habisan..Chocolate Fountain ni nad tempah dengan kawan blogger nad sendiri..ni la bestnya ade kawan blogger..setiap kawan blogger mesti ada bisnes masing-masing..so senangla kan..owner Ieda Baharum..Jadi nad dah pesan dengan ieda.."Janga lupe bubuh strawberry coklat bebanyak dekat meja pengantin tau "..kalau boleh strawberry aku nak ngap semua..hahaa..sebab nad tau makanan tu akan habis...kihkihkih...Ieda mendengar arahan ku..kihkihkih...

 Meh nad nak tunjukkan pakej yang ada untuk korang pilij mana yang sesuai untuk mjlis korang dengan bajet yang korang ado.. Chocolate Fountain di atas mempunyai pakej yang tersendiri dengan harga tersendiri..kau tengok nama-nama pakej dia..unik tak unik...

 Selain itu, ieda juga ada buat servis lain untuk pelanggan dia..time ni baru la nad dapat merasa air terjun coklat tu..tapi air terjun coklat tu hampir habis..kan wa dah cakap dia akan habis dengan cepat...huhuhu...

Inila Chocolate Fountain nad punya..tema nad masa tu ialah warna biru..semestinya decoration yang perlu dibuat mengikut tema pengantin..cantik dan kemas je..maaf ieda tempat sangat kecik..tapi laku jugakkk..alhamdulillah...

Hah ni la owner yang kiut miut ni..Ieda Baharum..dia datang dengan suami dia..sampai jugak la kau ieda ke rumah cek..hheee..thanks sayang for this Chocolate Fountain yang awesome ni...ni details kalau korang nak Chocolate Fountain die..die ade sewa mesin sekali..so korang pun boleh sewa mesin jugak..hhee

Whatssup : 012 - 2334792 Eida
Email : sheloveschocolate29@gmail.com
Area : KL,Selangor,Putrajaya,Seremban & IPOH (new)

Heiii...korang apa lagi..cepatla order dengan dia untuk Candy Buffet ok...memnag terlajak larisss..ehh silap..memang terbaikkkkkkkkkk...ok pengantin lelaki sangat dengki kat belakag tu...rindu time bersanding..kihkihkih






HARGANYA MURAH TAPI RASANYA MANIS

in , by Nadia Johari, 23:39:00
hai assalammualaikum

Harganya Murah Tapi Rasanya Manis - Barang sekarang nak dapat murah pun susah..sekarang semua barang dah naik..so jimat-jimatla berbelanja..Nak dijadikan cerita malam tu pergi makan dekat luar dan malam tu jugak ada pasar malam..kitaorang keluar dalam pukul 9.30 malam dan pasar pun dah nak tutup..masa tu la peniaga mula menjula makanan dan pakaian dengan murah..tengah jalan-jalan tetiba jejaka mafia dengar satu peniaga ni cakap..tembikai RM1..RM1...beli bang..beli ..


Ni tembikainya..seriusly separuh tembikai harga RM1 sebab diaorang dah nak tutup kedai..rezeki kitaorang..hehe...

Lagi satu anggur selonngok RM 5...sedap pun sedap..manis pun manis..sambil tengok tv..sambil ngunyah...

Rezeki dapat buah manis dengan harga murah..hehehe...pasni p pasar tunggu sampai die nak tutup..hahaa..dapat lagi harga murah..hahaa..

KEKASIH AWAL DAN AKHIRKU EN JOHARI

in , by Nadia Johari, 19:31:00
hai assalammualaikum

Kekasih awal dan Akhirku - Sebenarnya terlupa tarikh hari lahir kekasih nad ni..tapi nasib baik aritu cousin ada cakap harini berapa haribulan..sebenarnya harilahir kekasihku ini 2 May..tengok baru nak post entry kan..hehee..Malam tu pulak nad nak berangkat balik ke kuala lumpur..lahai sedih weii nak tinggalkan keluarga..huaaa..sebelum balik buatla surprise dekat kekasih ku ini..buat perancangan dengan adik beradik beli kfc,piza dan kek..alhamdulillah..menjadi surprise birthday ni..Gembira kekasih ku ini..


Selamat Hari Lahir ayah yang keeeee.....pikir sat..hahhaa..lupe lor..Semoga ayah panjang umur..dimurahkan rezeki..semoga ayah sentiasa sihat selalu..gembira selalu..walaupun ayah seorang yang garang tapi ayah penyayang sebenarnya..


Inilah kekasih awal dan akhirku..En Johari..Tengokla nama facebook ku ada nama ayah..tengok instagram dia suruh bubuh nama ayah jugak joharinadia..instagram tak bagi nad tukar nama lain..hehe..takpela..yang penting nama ayah..comeyy tak..Sebab ayahla nad ada dekat dunia ni..Sebab ayahla nad berjaya sampai sekarang..sebb semua duit ayah..kihkih..Ayah bekerja bertukus lumus untuk membesarkan anak-anaknya..Sebab ayahla nad dapat bersama dengan jejaka mafia..Ayah la penyelamat nad..Walaupun ayah garang, ayah selalu tak tunjuk kasih sayang..tapi setiap kali nad ni bermanja..dia akan tunjuk kasih sayang tu..penah airmatanya jatuh sebab nad terjatuh dari motor...Airmatanya terjatuh lagi masa anaknya nak menikah..sebab dia tau anaknya akan menjadi milik orang lain..dan tanggungjawab dia sebagai ayah dah lepas..besarnya pengorbanan mu ayah...Ayah..i love youuuuuuuu....

SIFAT HANTU YANG BOLEH DICONTOHI

in , by Nadia Johari, 14:52:00
hai assalammualaikum

Sifat Hantu Yang Boleh Dicontohi - Sebut je pasal hantu mesti semua orang akan takut kan..hanya orang yang kuat mampu melawan semua perasaan takut tu..Macam-macam hantu yang wujud dalam dunia ni..mereka wujud di sekeliling kita..Tapi kita perlu tau yang Maha Berkuasa hanya satu iaitu Allah..kalau kita selalu ingat padanya..In Shaa Allah, segala ketakutan kita akan hilang.. Nad pun penakut jugak sebenarnya..hehee..siang-siang kalau sorang-sorang takpe..kalau malam..ermm memang takkanlaa..

Walaupun hantu digeruni kerana rupanya yang tak berapa nak rupa..tapi sifat dia kita boleh contohi untuk kehidupan seharian kita..hehee..jom kita tengok

1) Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri dan tak menyusahkan mak bapak..hehe..dekat sini kita boleh andaikan yang kita boleh berdikari untuk mencari wang dengan bekerja tanpa mengharapkan mak ayah tapi janganla mencuri seperti toyol ni erk..hehe

2) Pontianak
Susah senang sentiasa tertawa, ini menunjukkan keperibadian pontianak ini optimis dan sentiasa berfikiran positif..Sentiasa tersenyum walaupun kesedihan melanda dan sentiasa berfikiran positif bahawa setiap masalah yang dihadapi mampu diatasi.

3) Pocong
Hantu yang paling nad takut..err..Dari dulu bajunya tak pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik dengan pada fesyen dan bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan pada zaman barangan serba mahal ini..Zaman sekarang macam-macam fesyen ada..fesyen karung guni pun ada..kalau yan mengikut tu memang pelikla..Cukupla menggunakan baju yang simple dan menarik walaupun murah..beli banyak-banyak kan membazir..ada jugak nanti pakaian yang tak terpakai..dah tersimpan kan..

4 ) Hantu Air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yang mengiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri. Dia juga tidak membazir masa dengan aktiviti memancing dan sebagainya..hahha..yang ni paham-paham jela..kepada yang suka memancing boleh memancing tapi jangan lupa keluarga dekat rumah..Kepada wanita islam kalau nak pergi berenang pakaila pakaian yang tidak menonjol.

5) Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dalam almari sahaja. Tidak duduk di sofa lembut satu sifat kesederhanaan yang tulus ikhlas..

6) Jebon
Ini adalah makhlik halus yang paling istimewa walau mukanya buruk hancur badanya berbau dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar..Sentiasa ada sifat sabar dalam diri kalau tidak hidup akan musnah kalau selalu mengamuk..orang pun lari..

Nah amacam..ok tak sifat hantu ni..hehhee...dah tengok video dekat atas tu..hehe







 

KEGANASAN SEORANG ISTERI

in , by Nadia Johari, 23:40:00
hai assalammualaikum

Keganasan Seorang Isteri - Selalu kita terdengar di akhbar berkenaan keganasan seoarang isteri terhadap suami. Aduhai... ganas betul isteri zaman sekarang ya! Seorang isteri bukan sepatutnya mendengar kata suami kerana syurga isteri dibawah telapak kaki suami..Kes isteri mendera suami benar-benar berlaku di Malaysia walaupun ia kedengaran agak pelik Memang pelik kan...wahai isteri-isteri sedarlah..suamimu adalah pelindungmu..melainkan suami kaki pukul memang isteri ada hak untuk perhi jauh dari suami..ooppsss sebenarnya nad bukan nak cerita berkenaan seorang isteri belasah suami atau mendera suami..hehee..tengok gambar di bawah


Gambar yang dimuatnaik di instagram..ni la kisahnya bila seorang isteri yang berlagak seperti kak long kawasan..akhirnya makan diri juga..kenapakah dengan si isteri ini..adakah suaminya mendera isterinya ini atau apakah yang terjadi dalam rumahtangga mereka..atau adakah ini lovebite..aummmm

Oh macam-macam komen yang diterima..ada yang meneka hampir betul..ada yang pikir lovebite..amboiii advance orang tu...haha..

Sebenarnya kak long kawasan ni terkena minyak panas..entah macam mana sedang si isteri tengah mengoreng ikan, tiba-tiba minyak panas itu meletop dan terkena di tangan manis isteri..bukan satu ok..banyak...sobsobsob..Bila minyak meletop dan terkena tangan si isteri terus basuh dengan air paip..legalah sikit dan si isteri terus meneruskan tanggungjawab menggoreng ikan demi suami tercinta..see nampak tak cerita shahdu dia..sebenarnya nad tak perasan yang kuali tu ada air..waaaa...nak cepat sangat..ganas sangat dekat dapur..nak amik kau..ni makannya..kihkihkih...kalau lovebite wa tak tunjuk dekat blog..kihkihkih...jom masak lagi..
hai assalammualaikum

Qamraa Boutique Menjadi Pilihan Di Hari Bahagia - Setiap pengantin sememangnya mengidamkan hari bahagia mereka menjadi hari yang amat bermakna sekali dalam hidup terutama sekali perempuan. Selain mekap, perempuan lebih teliti kepada pakaian dari kepala sampai la ke kaki. Kalau boleh pakaian tu boleh dijadikan kenangan dan boleh diguna pakai lagi. Lumrah perempuan kan suka pada kecantikan. So tiap kali perempuan nih tengok benda2 yang cantek mesti akan jadi gila.kan2??jangan tipu la…nad pun akan jadi giler bila tengok barang cantik ni..hahaha...Lagi satu perempuan sekarang suka beli barang online..senang dan mudah kan...semua dihujung jari.. Tapi berhati-hatilah ketika membeli.…

Bila tiba harinya hari bahagia, masa tu la perempuan akan mencari satu boutique untuk membeli baju mereka tidak kira baju tunang, atau baju nikah atau baju pergi dinner dan baju untuk raya..Salah satu Boutique yang nad dah berkenan lama sangat semenjak nak tunang dulu..nad ada buat entry pasal boutique ni sampai nad tak mampu nak beli dan buat baju rekaan sendiri..tapi sekarang nad tak boleh lepaskan peluang untuk membeli dress untuk majlis nad belah lelaki..memandangkan belah lelaki buat majlis jugak tapi tak bersanding, jadi baju cantik kenala ada..hehe..

Dekat mana nad tempah..jeng..jeng..jeng..inilah boutiquenya..QAMRAA BOUTIQUE..boutique online yang digemari oleh semua perempuan..Koleksi baju-baju, dress-dress sangatla menakjubkan..seriusly cantik beb!!kalau korang tengok pasni, nad sure sangat2,mesti korang akan pergi usha fanpage dia tiap-tiap hari..hahaha…sebab memang design-design dia semua lawa gila!..hahaa..tak rugi pergi tempah..setiap hari nad tengok page dia..lagi-lagi kalau dia buat contest..memang nad join ler..hehhe..tapi rezeki tak pernah dapat..kihkihkih..takpela..


dekat sinila nad tempah baju bertandang dan shawl untuk nikah..kalau korang nak korang boleh pm diaorang dekat inbox..In shaa Allah diaorang akan reply.. Nampak tak dua gambar ni..hah nilah contoh shawl dan gaun yang nad nak buat..hehehe..masa ni shawl dah tau dah tapi dok pikir gaun ni nak warna ape ye..sebab belah perempuan dah warna biru..pikir punyer pikir..last-last nad decide warna kuning..hehe


Nad tempah dekat diaorang 2 bulan sebelum majlis..korang kalau nak tempah, lebih baik tempah awal sebab tempahan yang diterima diaorang memang banyak. Pertama sekali korang pilihla mana baju atau shawl yang korang berkenaan..kalau korang rasa nak ubah sikit mayb boleh kot..lepas tu kalau korang tempah baju, korang kenela pergi ukur badan korang dekat kedai jahit ke..atau ukur sendiri ke..kalau korang expert la bab mengukur ni sebab kalau dah tersalah bagi ukuran dekat Qamraa Boutique ni dah tak boleh dipulang balik..dah konfirm semua korang bolehla inform dekat diaorang..

Dalam beberapa bulan korang bolehla inform balik dekat diaorang macam mana dengan baju yang korang tempah..jangan korang lupa pulak..haha..takut diaorang pun lupa..Pergh nak tengok hasilnya..hehee..jengjengjegn..

Riana Shawl yang ditempah...lain sikit daripada gambar atas..hehe..tapi still cantik

Dress Balqis..dress yang boleh diguna pakai lagi..hehe..cantik sangat warna dia..


Apa lagi korang, jom la terjah Qamraa Boutique ni..banyak pilihan dress and shawl untuk raya, tunang, nikah dan dinner..

Facebook : Qamraa Boutique
Alamat : 198, tingkat 1, Taman Bandar Baru Mergong, 05250 Alor Star Kedah
Operasi : 11 pagi - 8 malam ( selasa cuti )
telefon : 04-7303924
Website : http://qamraaboutique.blogspot.com/
Instagram : Qamraaboutique
Email :qamraa.boutique@gmail.com





hai assalammualaikum

27 April 2014 Majlis Menyambut Menantu Belah Lelaki - Eh nad dekat mana sekarang..bukan dekat Meru dah erk..Kat Kuala Lumpur dah ke..haishh..Rasa kekok pulak tinggal dekat sini..Suasana dekat sini memang berbeza dengan dekat Meru..Banyak sangat bezanya..Kalau sebelum ni depan rumah ada ayam, pokok, halaman rumah luas je..sekarang luar rumah dah ada jalan besar..nampak segala kenderaan, kereta, motor, lori..kontena pun ada..bas pun adoo...aiyakkkk...nak main kejar-kejar pun tak boleh...hahhahaa...dah 3 minggu nad duduk kuala lumpur..cepat betul masa berlalu..

Majlis belah perempuan nad dah cerita..sebenarnya tak habis lagi tu nak cerita..hahaa...takpa nanti nad sambung..sekarang cerita belah lelaki pulak..Majlis bertandang atau majlis sambut menantu biasanya diadakan di pihak lelaki apabila selesainya majlis di pihak perempuan....sebenarnya majlis nak buat satu pihak je iaitu belah perempuan sahaja namun atas permintaan pakcik jejaka mafia dan memikirkan kawan-kawan jejaka mafia majlis dibuat juga belah lelaki...alang-alang merasa jugak la aku kan macam mana sambut menantu tu..kihkihkih..belah perempuan dah biru..jadi belah lelaki nad pilih warna kuning..rasa macam raja sehari la kan..kihkihkih..lagi satu motif sebab dalam almari nad takda baju warna kuning..hahaa..


Kami semua bertolak pukul 11.00 pagi, memang kelam kabut kau..lagi-lagi pengantin perempuan..semua nak kene siapkan dari kepala sampai la ke kaki walaupun hanya memakai baju biasa tapi kau paham-paham jela..Yang paling bestnya selalu pengantin duduk belakang..tapi bagi kami berdua yang rockers dan ganas ni..nah pengantin bawak kereta sendiri..hahhaa..advance tak advance kau..Dari belah perempuan kami semua pergi secara rombongan..dalam rombongan tu biasalah akan tersesat satu kereta..pastu tunggu la kereta tu..sampai la ke tempat destinasi pukul 1.00..padahal selalu nad pergi amik masa 1 jam setengah je..disebabkan ada satu kereta sesat..perjalanan menjadi lambat..

Belah lelaki majlis sangat simple dan takda bersanding macam belah nad. Belah lelaki cuma berarak, makan-makan dan bergambar..itu pun happening tau...Sampai-sampai je kitaorang terus makan..lapor kot..kahkahkah...Pengantin perempuan memang macam ni..hahaa..

Tengokla time majlis aku..sedih kot tak dapat makan makanan pengantin..tapi aku tetap curi-curi makan..hahaha

Habis makan je mestilah bergambor..Dengan keluarga sebelum mereka pulang..ok cek nak nangis time diaorang nak balik...sedihh..tapi simpan..kenela ikut suami..adat kan macam tu..Gambar keluarga jejaka mafia takda dalam phone..ada dalam kamera tukang jurugambar..Kan lagi meriah kalau ada arwah mami..kalau ade arwah bolehla nad korek resepi makanan yang digemari jejaka mafia..takpela..bukan rezeki nad nak bersama dengan dia..entry pasal arwah SINI dan SINI

Ini adalah geng-geng photographer jejaka mafia..


Habis je majlis macam biasa..akan ada outdoor..Majlis belah lelaki buat dekat dewan Tasik Ampang Hilir..dah namnya tasik mestilah ade tasik dekat situ..nak outdoor pun cantik ooo...hehhee..Gambar under proses..ni Gambar sikit je dekat handphone..kihkihkih..macam manalah rupa ku sewaktu diamik gambar..uitt... waiting..


antara blogger yang hadir belah lelaki..mereka bertiga ni la..blogger hawa..blogger dedeq dan blogger ayujean..blogger hawa dan dedeq dah ikut rombongan dari belah perempuan..hehe..diaorang dah stay rumah nad ari sabtu so kitaorang gerak sama-sama..ayu pulak dah memang orang kuala lumpur..so dia datang jela dekat majlis belah lelaki..


Ini pulak kakak-kakak senior UUM nad..waahhh manyak rindu..yang sorang tu housemate nad masa nad mula-mula masuk UUM..kihkihkih..thanks datang...

lepas ni update pasal suami isteri jangan marah erk..hhahhaa..takde 18xxx pun..kihkih..


KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA

in , , , by Nadia Johari, 12:05:00
hai assalammualaikum..

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya - eheh dah kawin ni macam-macam tau nadia ni tau..huisshh..bestt oo dah sah ni..semuanya boleh buat..tapi kau janganla over sangat kalau dah sah tu..bukan semuanyer boleh open depan semua orang..sikit-sikit tu bolehla..kalau nak lebih-lebih masuk dalam bilik la..hahhaha..kalau peluk-peluk biasa tu kat luar okla..hahaa..dah sah kann..takkan masa kapel kau boleh peluk pinggang tapi lepas kawin kau tak mau kan..ofkos nak kann..nak lagi manja kan...isteri ni suka dipegang tangan sewaktu berjalan..yela , dah namayna isteri kan takkan nak dibiarkan jalan-jalan seorang diri pulak..selain pegang tangan isteri memang suka dipeluk..kenapa agaknya ye..hehe

Ohh suami jangan kau nak peluk isteri time nak ehem-ehem je..peluklah santai bersama isteri dan bermesra bersama isteri.. Masa ni lah kau boleh peluk isteri kau sebanyak yang boleh. Apabila suami buat tidak tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang suami tidak paham kenapa isteri merajuk..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2