hai assalammualaikum
Meatball Di Ikea Sedap Dan Mengenyangkan - Banyak dah nad dengar berkenaan dengan meatball dekat ikea sedap, meatballnya besar, sos dia sedap. Bila tengok ramai post gambar meatball dekat Ikea ni nad pun teringin nak makan. Memang dah lama teringin nak makan, tapi masa tu tak tau nak ajak sapa. Ajak keluarga memang takla diaorang nak pergi Ikea jauh-jauh dekat Damansara semata-mata makan meatball..macam tu jugak dengan jejaka mafia ( masa tu belum kawin ). Datang dari jauh ke klang pastu patah balik ke Damansara p Ikea. Jadi nad pendamkan jela.
Sejak kawin ni, hah baru boleh merasa makan meatball dekat Ikea ni. Sebabnya kami akan selalu shoping beli perkakasan dekat Ikea ni. Nad pun dah stay dekat rumah somi di KL ni. Jadi nak p Damansara takdelah jaug sangat. Kadang-kadang jejaka mafia pun pergi jumpa kawan dia dekat sana.
Meatball diperbuat daripada daging cincang digulung menjadi bola kecil, kadang-kadang bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti serbuk roti, bawang cincang, rempah-ratus, mungkin telur dan herba. Bebola daging biasanya disediakan dan digulung dengan tangan, dan dimasak dengan menggoreng, membakar, mengukus, merebus atau dalam sos. Yang menyedapkan meatball ni adalah sosnya..
Inila pertama kali nad makan meatball ni. apa sedapnya meatball ni..teruja..hahaa.. Dah namanya pertama kali jadi tak tau la nak order macam mana..jejaka mafia pun suh nad belajar sendiri. Nad pun blur semacam je. Jadi apa lagi tengokla orang lain apa diaorang buat..ahaha..Diaorang amik troller..nad pun pergi amik..haaha..Tengok aku amik troller je..dah order mana nak letak..Bekas putih tempat letak makanan pun tak amik..haha..jadi masa lepas korang amik troller, amik sekali lapik untuk letak makanan ok..ade dekat tepi masa masuk.
Lepas masuk korang boleh la berpusing nak pilih makanan ape..macam nad nak meatball je yang penting..p la order dengan orang tu. Orang tu cakap nak berapa..ok nad blur lagi..haahhaa..orang tu jugak yang tolong..Ingatkan main cakap je meatball dah terus sedia..kihkihkih..Nampak tak kunonya nad dekat situ.
Lepas tu korang boleh pilih makanan lain jugak yang ada dekat situ sebelum bayar. Dah bayar pergilah cari tempat nak makan. Oh masa bayar orang cashier tu cakap nak air ape?..Sejuk atau panas?.Nad pun terus cakap air panas..dah satu hal masa tu terlupa amik cawan..dah kene masuk balik amik cawan..hahaa..kalau beli air sejuk chaser tu akan bagi cawan plastic..Air dekat situ boleh refill.
Nad tak kisah semua tu, yang penting dapat makan. Belajar dari sekarang takpe..hhahaa..kau tengok meatball ni..bulat-bulat..banyak daging dia..mampat..sos dia nyum-nyum..sedapp..asal die kuahnya tak tabur dekat atas meatball tu..
Pergh kenyang kot maka meatball ni..yang lain dah tak terhabis dah..Yang penting meatball habis..hahaa...mission complete.hahaha..
Ikea Damansara,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor D.E., MALAYSIA.
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor D.E., MALAYSIA.
Isnin - khamis : 09.00 pagi - 09.30 malam
Jumaat - Ahad : 09.00 pagi - 10.30 malam