hai assalammualaikum
Kalau Dah Jodoh : Cinta Tidak Mengenal Usia - Bila "berkawan" dengan lelaki berusia ni, ramai akan memandang, mereka akan berfikir dan berkata dalam hati " takde laki lain ke nak cari" ," die ni kawin dengan orang tu sebab nak duit kot ", " kesian die takde orang nak "..dan macam-macam lagi..kadang-kadang ada sampai mendapat tentangan hebat daripada orang sekeliling " dia dah tua, takut tak hidup lama..ko tak takut ke"..biasalah orang kalau dah pandang macam tu.akan ada banyak lagi tentangan yang akan dihadapi..jangan menyesal pun dengan kata-kata mereka..
JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).
Setiap orang akan mendapat jodoh masing-masing sama ada pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Yang pasti pilihan itu adalah dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak.
Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan. Jodoh itu Rahsia Allah, sejak azali lagi Allah dah tentukan sapa jodoh kita, dengan orang lebih muda, matang ataupun berusia. Kita mesti ternanti-nanti siapakah jodoh kita, selagi belum tiba masanya Dia akan rahsiakan kepada kita. Allah takkan sia-siakan perancangannya kerana Dia ingin kita persiapkan diri kita untuk semua perkara.
Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir
dalam masalah jodoh. Apapun
pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.
Pertama - cepat mendapatkan jodoh.
Kedua - lambat
mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia.
Ketiga - menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak.
CINTA TIDAK MNGENAL USIA
Alhamdulillah kini nad telah bertemu jodoh bersama orang tersayang. Allah telah tetapkan jodoh ku dengan si dia. Perbezaan umur yang jauh tidak menjadi penghalang dalam membina sebuah mahligai cinta. Permulaan percintaan memang ramai yang tentang, permulaan itu juga nad banyak berfikir betul ke aku buat ni?. Macam mana nanti aku dikemudian hari ? Namun dengan hati yang kental dan tenang banyak sebab kenapa nad terima si dia. Entrynya dekat Sini : JODOH DENGAN LEBIH TUA
Umur hanya sekadar angka, kita yang menentukan rumahtangga kita kekal abadi.
Perbezaan umur dalam hubungan kadang-kadang boleh memberi
kesan yang sangat positif kepada kedua-dua insan. Sering kali dapat
dilihat bahawa yang muda akan mencetuskan ketegangan ke dalam kehidupan
pasangan tetapi pada masa yang sama, yang lebih tua memberikan
kestabilan emosi kepada pasangan muda.
Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain, padahal diri kita tidak sempurna. Bukan menjadi keutamaan dalam membina mahligai cinta kerana yang menjadi utama adalah Agamanya. Bak
kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya
yang ranum".
Wahai putera dan puteriku sayang,jangan risau akan jodohmu kerana putera atau puteri yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu dan puteri sedang mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik untukmu, Kerna pada puteri itu pasti ada kekurangannya dan putera yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu..