CPC NUFFNANG BERJALAN JUGA

in , by Nadia Johari, 20:13:00
hai assalammualaikum



CPC Nuffnang Berjalan Juga - Tengah berusaha untuk mengeluarkan duit dari nuffnang..cepatla berkembang..korang yang baik hati klik ok..hehee..terima kasih..huisshh sejak jadi isteri ni banyak pulak tanggungjawabnya..kuikukui..jadi dahulukan suami dulu..kemas umah dulu..dah stetl barula tengok blog..banyak benda nak beli untuk susun atur rumah ni bagi nampak kemas dan cantik..banyak dah survey dekat google..excited habis..hehehe...klik jangan tak klik.

CPUV NUFFNANG : WHISPER MECH & COTTON

in , by Nadia Johari, 01:41:00
hai assalammualaikum



CPUV NUFNANG : Whisper Mech & Cotton - Baru harini berkesempatan tengok nuffnang ni..hahhaa..dah lama jugak tak jenguk nuffnang ni..sekali harini tengok..alhamdulillah..dapat CPUV daripada nuffnang..thank you nuffnang..CPUV Whisper Mech & Cotton. Whisper ni khas untuk perempuan sahaja semasa datang moon..huhuhu...Alhamdulilllah..terima kasih nuffnang..terima kasih korang yang klik iklan tempat kite..terima kasih...

tengok yuyu zulaikha adela...hehehe..ni la iklan Whisper Mech 

TAZKIRAH JUMAAT : IMAN YANG KUAT

in , by Nadia Johari, 14:28:00
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Iman Yang Kuat - Iman adalah mengakui hanya Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan alam semesta dan menafikan tuhan-tuhan selain Allah. Orang-orang yang beriman menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidupnya. Oleh itu orang beriman akan melakukan perkara yang diredai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sebagai orang Islam kita mesti tau enam rukun iman dalam Islam iaitu Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman kepada Rasulullah, Beriman kepada Hari Akhirat dan Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Sebagai orang Islam, kita perlula menetapkan Iman dalam diri supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dibenci oleh Allah. Sentiasa dekatkan diri kepada Allah supaya kita tidak alpa dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan pancaroba. Syaitan sentiasa ada dengan kita untuk menggoda hamba Allah melakukan perkara yang terkutuk. Iman yang kuat tidak akan terpujuk dengan rayuan syaitan dan sentiasa memikirkan kehebatan Allah dan keagunganNya.


Iman Yang Kuat

"Besi yang kuat tapi api mampu meleburkanya, api itu kuat tapi air mampu memadamkannya, air itu kuat tapi awan mampu menyerapnya, awan itu kuat tapi angin mampu menolaknya, angin itu kuat tapi bukit mampu menghalangnya, bukit itu kuat tapi manusia mampu menghancurkannya, manusia itu kuat tapi nafsu mampu menundukkannya, nafsu itu kuat tapi iman mampu mengalahkannya"

Sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang banyak ilmunya tentang agama.  Ilmu Allah s.w.t. itu tersangatlah luas. Kadangkada didalam kehidupan seharian kita, hanya daripada Al-Quran dan as-sunnah kita bergantung untuk meningkatkan iamn tetapi tidak cukup lagi, jadi jangan segan jangan malu untuk bercakap dengan orang yang lebih warak dan berilmu dan minta tunjuk ajar daripada mereka kerana mereka mampu menkongsikan anda ilmu yang banyak dalam masa yang singkat. Ia pasti dapat membantu untuk mengetahui apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan semula Iman kita

Kesimpulannya, untuk mendapat cinta Allah, untuk selamat dan tetap teguh di tali Allah , kita haruslah terus dan terus membaiki iman kerana iman itu turun dan naik.

Ya Allah kuatkanla Iman kami dimana sahaja kami berada..amin


HINDARI SIFAT MUNAFIK

in , by Nadia Johari, 23:22:00
hai assalammualaikum

Hindari Sifat Munafik - Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menghukum seseorang yang melibatkan hati atau niat seseorang. Hanya Allah yang berhak menilai kerana Dia Maha Mengetahui atas setiap perkara yang dilakukan oleh hambaNya. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa tanpa kita sedar sama ada dari segi percakapan atau perbuatan. Munafik ialah mereka yang berpura-pura tunduk dan mengikut ajaran Islam dan hakikatnya mereka tidak mengakui adanya Islam.

Surah As-Soff ayat 2 & 3
" Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak akan dikerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "


Jenis Munafik yang dibenci Allah:
1) Munafik I'tiqad ( munafik dengan kepercayaan hati )
- Sesetengah manusia yang percaya adanya Allah, adanya syurga dan neraka tetapi hakikatnya kepercayaannya hanya luaran. Manusis ini masih ragu-ragu lagi dengan Islam.

2) Munafik Amali ( munafik dengan perbuatan)
- Sesetengah manusia yang mengajak orang lain beribadah tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkar dan apabila diberi amanah dia khianat. 

Sebut pasal berjanji. Seseorang yang suka berkata tetapi sebenarnya menipu. Semestinya kita tidak sukai orang yang memungkiri janji. Cakap berkobar-kobar, janji macam-macam tetapi satu pun tidak ditunaikan. Sangatlah dibenci bila kita yang telah mengharap benda itu akan berlaku tetapi jadi lainnya. Sifat manusia yang diberi amanh atau tanggungjawab untuk mengalas sesuatu tetapi telah disalah guna. Amanah bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada Allah dan Rasulnya.

Sebagai seorang muslim, kita mestilah nak jauhi benda-benda macam ini. Oleh itu setiap hari kita perlulah muhasabah diri. Sentiasa mengingati perbuatan kita, tindakan kita, dan setiap perkara kita lakukan seharian supaya kita akan selalu beringat sebelum melakukan sesuatu. Sentiasa mengingati Allah supaya kita tidak terjerumus dalam golongan munafik.

Sebagai saudara muslim yang prihatin, nasihatila mereka yang tergolong dalam munafik ini. Peranan orang sekeliling dengan nasihat yang diberi pasti akan menyedarkan orang yang berkenaan. Marilah kita sama-sama  menjauhkan diri daripada sifat tercela. Amin.
hai assalammualaikum

Kalau Dah Jodoh : Cinta Tidak Mengenal Usia - Bila "berkawan" dengan lelaki berusia ni, ramai akan memandang, mereka akan berfikir dan berkata dalam hati " takde laki lain ke nak cari" ," die ni kawin dengan orang tu sebab nak duit kot ", " kesian die takde orang nak "..dan macam-macam lagi..kadang-kadang ada sampai mendapat tentangan hebat daripada orang sekeliling " dia dah tua, takut tak hidup lama..ko tak takut ke"..biasalah orang kalau dah pandang macam tu.akan ada banyak lagi tentangan yang akan dihadapi..jangan menyesal pun dengan kata-kata mereka..

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Setiap orang akan mendapat jodoh masing-masing sama ada pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Yang pasti pilihan itu adalah dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan. Jodoh itu Rahsia Allah, sejak azali lagi Allah dah tentukan sapa jodoh kita, dengan orang lebih muda, matang ataupun berusia. Kita mesti ternanti-nanti siapakah jodoh kita, selagi belum tiba masanya Dia akan rahsiakan kepada kita. Allah takkan sia-siakan perancangannya kerana Dia ingin kita persiapkan diri kita untuk semua perkara.

Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.

Pertama - cepat mendapatkan jodoh. 
Kedua - lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. 
Ketiga - menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak.

CINTA TIDAK MNGENAL USIA

Alhamdulillah kini nad telah bertemu jodoh bersama orang tersayang. Allah telah tetapkan jodoh ku dengan si dia. Perbezaan umur yang jauh tidak menjadi penghalang dalam membina sebuah mahligai cinta. Permulaan percintaan memang ramai yang tentang, permulaan itu juga nad banyak berfikir betul ke aku buat ni?. Macam mana nanti aku dikemudian hari ? Namun dengan hati yang kental dan tenang banyak sebab kenapa nad terima si dia. Entrynya dekat Sini : JODOH DENGAN LEBIH TUA
Umur hanya sekadar angka, kita yang menentukan rumahtangga kita kekal abadi.
Perbezaan umur dalam hubungan kadang-kadang boleh memberi kesan yang sangat positif kepada kedua-dua insan. Sering kali dapat dilihat bahawa yang muda akan mencetuskan ketegangan ke dalam kehidupan pasangan tetapi pada masa yang sama, yang lebih tua memberikan kestabilan emosi kepada pasangan muda.

Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain, padahal diri kita tidak sempurna. Bukan menjadi keutamaan dalam membina mahligai cinta kerana yang menjadi utama adalah Agamanya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Wahai putera dan puteriku sayang,jangan risau akan jodohmu kerana putera atau puteri yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu dan puteri sedang mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik untukmu, Kerna pada puteri itu pasti ada kekurangannya dan putera yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.. 









PHOTO TASIK KLCC BY KEREX SNIPER

in , by Nadia Johari, 00:20:00
hai assalammualaikum


Photo Tasik KLCC By Kerex Sniper - .Taman awam yang terletak di kawasan KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman ini direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Contact :  Kerex Sniper
Page : Kerex Photography
Page : Kerex Studio


Rindu nak ke sini lagi..malam-malam tasik ini akan mengeluarkan muzik dan air pancut akan menari megikut rentak muzik..best je..hehe..Nanti ajak en jejaka mafia pergi sini..

MEATBALL DI IKEA SEDAP DAN MENGENYANGKAN

in , by Nadia Johari, 17:45:00
hai assalammualaikum

Meatball Di Ikea Sedap Dan Mengenyangkan - Banyak dah nad dengar berkenaan dengan meatball dekat ikea sedap, meatballnya besar, sos dia sedap. Bila tengok ramai post gambar meatball dekat Ikea ni nad pun teringin nak makan. Memang dah lama teringin nak makan, tapi masa tu tak tau nak ajak sapa. Ajak keluarga memang takla diaorang nak pergi Ikea jauh-jauh dekat Damansara semata-mata makan meatball..macam tu jugak dengan jejaka mafia ( masa tu belum kawin ). Datang dari jauh ke klang pastu patah balik ke Damansara p Ikea. Jadi nad pendamkan jela.

Sejak kawin ni, hah baru boleh merasa makan meatball dekat Ikea ni. Sebabnya kami akan selalu shoping beli perkakasan dekat Ikea ni. Nad pun dah stay dekat rumah somi di KL ni. Jadi nak p Damansara takdelah jaug sangat. Kadang-kadang jejaka mafia pun pergi jumpa kawan dia dekat sana.

Meatball diperbuat daripada daging cincang digulung menjadi bola kecil, kadang-kadang bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti serbuk roti, bawang cincang, rempah-ratus, mungkin telur dan herba. Bebola daging biasanya disediakan dan digulung dengan tangan, dan dimasak dengan menggoreng, membakar, mengukus, merebus atau dalam sos. Yang menyedapkan meatball ni adalah sosnya..

Inila pertama kali nad makan meatball ni. apa sedapnya meatball ni..teruja..hahaa.. Dah namanya pertama kali jadi tak tau la nak order macam mana..jejaka mafia pun suh nad belajar sendiri. Nad pun blur semacam je. Jadi apa lagi tengokla orang lain apa diaorang buat..ahaha..Diaorang amik troller..nad pun pergi amik..haaha..Tengok aku amik troller je..dah order mana nak letak..Bekas putih tempat letak makanan pun tak amik..haha..jadi masa lepas korang amik troller, amik sekali lapik untuk letak makanan ok..ade dekat tepi masa masuk.


Lepas masuk korang boleh la berpusing nak pilih makanan ape..macam nad nak meatball je yang penting..p la order dengan orang tu. Orang tu cakap nak berapa..ok nad blur lagi..haahhaa..orang tu jugak yang tolong..Ingatkan main cakap je meatball dah terus sedia..kihkihkih..Nampak tak kunonya nad dekat situ.


Lepas tu korang boleh pilih makanan lain jugak yang ada dekat situ sebelum bayar. Dah bayar pergilah cari tempat nak makan. Oh masa bayar orang cashier tu cakap nak air ape?..Sejuk atau panas?.Nad pun terus cakap air panas..dah satu hal masa tu terlupa amik cawan..dah kene masuk balik amik cawan..hahaa..kalau beli air sejuk chaser tu akan bagi cawan plastic..Air dekat situ boleh refill.


Nad tak kisah semua tu, yang penting dapat makan. Belajar dari sekarang takpe..hhahaa..kau tengok meatball ni..bulat-bulat..banyak daging dia..mampat..sos dia nyum-nyum..sedapp..asal die kuahnya tak tabur dekat atas meatball tu..


 
Time tu eat..nyum-nyum..


Pergh kenyang kot maka meatball ni..yang lain dah tak terhabis dah..Yang penting meatball habis..hahaa...mission complete.hahaha..

Harga seperti dalam gambar ni.


Ikea nad pergi ni dekat area Damansara

Ikea Damansara,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor D.E., MALAYSIA.

Isnin - khamis : 09.00 pagi - 09.30 malam
Jumaat - Ahad : 09.00 pagi - 10.30 malam
hai assalammualaikum

Susun Atur : Pengering Pinggan Mangkuk Ikea - Sejak nad menjadi isteri kepada en jejaka mafia, ikea la tempat wajib yang perlu pergi untuk membeli barang-barang perkakasan dan aksesori rumah seperti perabot. Ikea telah menjadi pilihan jejaka mafia sejak dulu lagi. Jadi nak takank nad kene la follow dia, bagi dia barang dekat ikea sangat bagus dan tahan lama. Banyak jugakla barang dia dah beli dekat Ikea. 

RUMAH BARUKU SELEPAS KAHWIN

in , , by Nadia Johari, 22:59:00
hai assalammualaikum

Rumah Baruku Selepas Kawin - Selepas berkahwin ni memang banyak perubahannya, seperti bangun pagi siapkan makan minum suami, kemas rumah, dan paling utama memasak. Hari-hari mesti nak pikir masak ape..sebab kalau keluarga cara masak lain, citarasa suami lain..jadi kene laikut citarasa suami..tak boleh nak ngelak oii..Sebab tu sebelum kawin kene fikir panjang..bukan fikir nak bersama suami je, kene fikir masa depan,apa yang patut kita lakukan selepas kawin. Persediaan mental dan fizikal perlu ada supaya semua benda tak jadi kelam kabut.

PINK PILIHANNYA

in , by Nadia Johari, 01:08:00
hai assalammualaikum

Pink Pilihannya - Sebenarnya warna adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Dimana-mana kita berada warna sentiasa menemani kita.. Betul tak? Cuba pandang kiri, kanan, belakang, depan, atas, bawah..semua berwarna..begitu juga alam semulajadi kita yang Allah ciptakan..Sekarang nad nak cerita warna yang nad tak berapa suka iait warna pink atau merah jambu. Warna Pink atau merah jambu dengan perempuan memang tak dapat dipisahkan..Walaupun perempuan itu suka warna lain selain pink..dan dia tersangatla anti pink pasti akan ada terselit sedikit warna pink..kan dah cakap pink dengan wanita tak dapat dipisahkan..

Maksud warna pink atau merah jambu ialah melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan. Pink adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan.. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah,juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan..

Adakah nad pun akan terjebak dengan menyukai warna pink..adudududu...mayb atau tak..ermm..dah ku bilang wanita takkan lepas dengan warna pink..pasti akan ada terselit punya..nak taknak kene la terima..lagi-lagi kalau benda tu pemberian orang..walaupun dia tau kita suka warna biru, die tetap bagi pink..ku senyum sajalah..hahaa...dan selepas nad kawin, si jejaka mafia lagi dah menyuruh nad untuk mencuba semua benda dengan warna pink..oh noo..ade benda nad boleh terima ada benda tak..kalau sikit-sikit tu okla..kalau dah melampau..sory mulut pasti mencebik atau memuncung..hahaa


Ini kisahnya..bila nad terlupa bawak balik kasut sukan nad dekat rumah meru, then terpaksa cari kasut sukan lain disebabkan nak masuk treasure hunt berama blogger ni..Cari dengan suami pastilah tak boleh menolak bila barang yang dia pandang dah cantik..yela dah guna duit dia..huaaaa...penat buat muaka sedih , dia tak hirau..hahhaa..oh suamiku..silalah memamhami isterimu...okla..kali ni je cek terima..sebab pinknya sedikit..hahhaa..ok..pasni nak biru..ok biruuuuuuuuuuu..k daa..eh dah june erkk..lagi beberapa hari nak puasa...pikir masak..pikir masak..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2