RAMADHAN MENJELANG LAGI : BERSAHUR

in , , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum

Ramadhan Menjelang Lagi : Bersahur - Hari yang ditunggu dan muncul setahun sekali dalam hidup. Setiap kali ia menjelang pasti masyarakat akan bersiap sedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana Bulan Ramadhan merupakan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Setiap kali Ramadhan, kita diwajibkan untuk bersahur kerana ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengelakkan diri daripada mengantuk dan letih. Dengan bersahur badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga kerana sudah diisi dengan makanan.

Kelebihan bersahur

1) Menambah kekuatan untuk beribadat
2) Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
3)  Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
     4) Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Jadi kepada kawan-kawan ku sekalian jangan lupe untuk bersahur..Di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat berpuasa semua..

PENANGGAL MEKAP PIXY TANPA ALKOHOL

in , , , by Nadia Johari, 00:41:00
hai assalammualaikum

Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol - Kalau dah namanyer perempuan semestinya la suka bermekap, tidak kira mekap secara tebal atau nipis. Perempuan akan bermekap berjam-jam untuk kelihatan cantik. Kalau boleh tidur pun nak bermekap..kihkihkih. Heyy jangan over macam tu,,korang tau tak mekap juga boleh mencacatkan muka kita apabila tidak dibasuh. Sebab apa, sebab mekap membuatkan pori-pori muka kita tersumbat dan masa tu tumbuhla jerawat. Bila dah tumbuh jerawat mulalah korang panik..hahhh ..jadi kalau tak mau lagi teruk buang mekap tu dulu ok.

Macam nad, nad penah lepas mekap nad terus basuh muka dengan pencuci muka sahaja, tapi muka tumbuh jerawat padahal dah cuci. Dalam hati dah kenapa kan, setiap kali nak buang mekap cuci..tapi still semakin menjadi jerawat ni...ohh noo.. Lagi-lagi nad semakin dewasa, jadi hormon kulit tu dah lain. Jadi nad decide nak buang mekap dulu sebelum cuci. Sebelum ni nad gune tisu basah, adoii kita mekap dah berapa kali, nak gune tisu basah yang sikit tu..memang banyak habis duit la nak beli tisu basah tu..haha..tisu basah pun bukan 100% buang mekap. Lagi satu bab basuh la yang paling malas yela dengan penatnya lagi-lagi kalau dah balik keje kan. Jadi nad pikir produk ape yang pencuci muka tak berminyak dan elok untuk muka dan kalau boleh buang je mekap tanpa basuh dan tidak merosakkan muka..akhirnya nad jumpe Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol.



Kenapa nad pilih Penanggal Mekap Pixy
1) Bebas Minyak
2) Tanpa Alkohol dengan Madu Asli
3) Tanpa Bilas 

 

Penanggal Mekap PIXY semudah satu langkah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mempunyai dua jenis pembersih, iaitu PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup yang kedua-duanya menggabungkan keberkesanan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dan mudah diguna. Siri Pembersih Mekap PIXY diformulasi khas untuk menanggalkan solekan dengan efektif dan sekali gus membersih serta melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Nad pilih PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion selepas itu basuh dengan pembersih muka nad.

Cara Penggunaan

Memang senang sangat..
1) Amik kapas muka
2) Tuang cecair PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion
3) Sapu lembut di muka. (takyah kasar sangat) 



Kebaikan madu telah diketahui, jadi tidak hairanlah jika Siri Pembersih Mekap PIXY baharu ini amat lembut pada kulit, mengekalkan kelembapan dan sesuai digunakan berulang kali tanpa mengeringkan kulit.




Penanggal Mekap PIXY boleh dibawa bersama dalam beg tangan ke mana jua. Amat mudah untuk wanita ketika hendak pergi menunaikan solat ketika berada di luar. Mekap tidak menjadi masalah lagi. Boleh didapati di watson,guardian  pada harga RM7.90 untuk 50ml dan RM13.90 untuk 100ml.
 


INNER COTTON MEMBERI KESELESAAN

in , , by Nadia Johari, 21:13:00

hai assalammualaikum



Inner Cotton Memberi Keselesaan - Cotton Inner ini memang special..sebab ape? kerana material cotton yang sememangnya agak tebal, sangat selesa dan yang penting sangat senang dibentuk. Sesuai dengan nad yang muka bulat dan inginkan tajam semasa memakai tudung atau shawl. Nad memang suka pakai shawl, tapi kalau pakai gitu sahaja muka nad nampak bulat dan rasa tak selesa sebab akan lari-lari shawl tu..kalau nad pakai tudung bawal pulak mesti tak tajam dan bulat je sentiasa..errr..geram je rasa..hahaha..sebab tu nad beli inner cotton ni.

Nad belajar guna inner masa study dekat UUM dulu. Bila dekat last sem dapat roomate yang suka bermekap..kihkih..nad pun belajarla..Nisa my roomate yang tolong ajar cara pakai inner ni..tapi masa ni pakai dia punyer inner..jenis inner yang lembik..sangat tak best..sebab inner die lembik..jadi ada expo masa tu dekat UUM terjumpe inner tu jenis cotton..first beli warna hitam..memang sangat selesa dan mudah dibentuk. Nak gosok pun sennag..sejak tu nad mula kumpul inner cotton ni..hehe



Inilah hasil kumpulan nad..semua warna ade..jadi senang nak padankan dengan apa-apa shawl pun..hehee..macam nak tambah lagi je..kihkihkih

Selain shawl nad pakai inner cotton ni dengan tudung bawal (tudung hijau)..sennag je tinggal sarung inner ni dan pakai.



Kenapa nad pakai nampak tajam?..hah tu yang bestnya..sebab Inner ini nad tetas die untuk lebih kelihatan bujur bergantung pada keselesaan masing-masing. ala tetas jangan over sampai rosak inner tu..tetas pun kat belakang..tak nampak pun..hehee..

Feveret shawl dan inner cotton sebab bila makan dan kene angin takdela terbang- terbang lagi dan melerot sana sini..hhahha..

hai assalammualaikum

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2014 (KLIHF) Di PWTC - Pada Ahad semalam nad pergi ke PWTC untuk melihat pameran perdagangan fesyen Islam Hijabistas yang begitu meriah dengan jualan yang murah-murah. Banyak booth yang dibuka pada hari itu dan bermacam-macam rekaan tudung,shawl dan baju mslimah yang dipamerkan. 
hai assalammualaikum

Hadiah Daripada Blogger - Jadi blogger ni memang banyak kebaikan dari keburukan. Kalau kita rajin memang banyak kebaikan dan manfaat yang diperolehi. Blogger bukan setakat ramai kawan tapi dapat juga hadiah daripada blogger yang buat give away, segmen atau ade yang bermurah hati nak bagi. Kali ini nad dapat tiga benda sekaligus..hehe..alhamdulillah

Benda yang berwarna biru..tengok gambar kartu tu mesti dah tau siapa kan. Button Budge, kad dan penanda daripada Blogger shida Radzuan. Terima kasih shida..we are same like blue..hahhaa..nad dapat ni sebab nad jadi pengomen setia dekat blog dia..hehe..dah dua button badge nad dapat daripada shida. Terima kasih shida semoga murah rezeki shida.

Ohoii sapa bagi tiket pernerbangan ni kat cek..baik sungguh depa..nak suruh pergi honeymoon ka..hahahhaa...masa kad ni sampai dekat rumah..macam biasalah mem besar dah buka dulu. mak nad cakap tu ade kawan ko bagi tiket kapal terbang..nad pun muka dah terpinga..hahhaa..ayah berkobar cakap " pergi la tengok ntah2 dia nak sponsor"..ade pulak blogger nak sponsor..hehe..sekali tengok ok  blogger Santai Leeza..hehe..kad perkahwinan die berbentuk tiket kapal terbang..maaf masa ni nad tak dapat datang sebab join Ephyra punyer event..nad sentiasa doakan liza bahagia sampai ke jannah..jadi isteri yang solehah kepada suami..hehe..

Alhamdulillah..yang ni pulak join GiveAway kak Mialiana. Tak sangka pantun yang kubuat terpilih..syukur alhamdulllah..Gdex ade hantar ari rabu tapi nad takde temankan suami pergi belajar amik gambar. Balik daripada tu nampak pesanan dekat pintu pagar, cakap dia akan hantar balik harini.. Harini nad siap bukan pintu takut orang gdex pikir nad takde dekat rumah..hehe..alhamdulillah..Ephyra 30 sachet dan tshirt dah sampai..nad ni memang pengguna setia ephyra..siap jual ephyra lagi dengan harga berpatutan..Kawan yang beli dengan nad dah merasai perbezaannya..


PIALA DUNIA 2014 BERMULA HARI INI

in , , by Nadia Johari, 23:10:00
hai assalammualaikum

Piala Dunia 2014 Bermula Hari Ini - Piala Duna memang ditunggu semua orang bukan sahaja lelaki, perempuan juga taksub dengan Piala Dunia. Mereka sanggup berjaga awal pagi untuk menyokong pasukan pilihan mereka. Awal pagi tu juga akan penuhla kedai-kedai mamak, atau kedai yang pasang screen besar untuk pelanggan menonton Piala Dunia ni. Memang akan terlajak laris la kedai mereka..hehe..Kalau menonton bola ramai-ramai memang syok,..yela ade geng nak menjerit..hhehe.. Tak macam nad, keluarga memang bukan kaki bola, nak berjaga malam memang tak la, jadi nad jenis tak excited bila tengok bola. Berlainan pula kali ini, jejaka mafia memang kaki bola..so siap sedia untuk nad belajar cara dia..haha..takut-takut den juga terjerumus dalam ketaksuban menonton bola nanti..

Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali. Masa ni la setiap orang akan membeli baju jersi pasukan pilihan. Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil. Seiingat nad masa form 2 atau 3 mase tu ade Piala Dunia dan nad suka tengok Brazil sebab cara permainan dia yang mantap. Itula last tengok..haha..itu pun sekejap je..

Jadi nak tau jadual Piala Dunia..tengok gambar ni..Tekan Gambar dan besarkan

Sumber : Blog Jiwarosak

Untuk mereka yang ingin menonton Piala dunia di Screen Besar, juga akan disediakan khas di tempat yang telah ditetapkan seperti dibawah:

PERLIS – Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
KEDAH – Perkarangan Stad. Alor Setar
P.PINANG – Perkarangan Sunshine, Kepala Batas
SELANGOR – Pusat Sukan Lasak Seksyen 13, Shah Alam
KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka
Negeri Sembilan – Dataran Rembau
MELAKA – Perkarangan Tempat Letak Kereta UTC
JOHOR – Bazar Karat, Jalan Segget, JB
PAHANG – Perkarangan UTC, Kuantan
TERENGGANU – Dataran Shah Bandar, KT
KELANTAN – Perkarangan Tambatan DiRaja, KB
SARAWAK – Plaza Astana, Jalan Astana, Kuching
SABAH – Perkarangan Jesselton Point, KK
LABUAN – Dataran Labuan

Sumber : Blog Jiwarosak

Bagi para isteri macam nad yang tak biasa tengok bola seawal pagi dan bakal temankan suami..siap sediala ye..hehe..jangan nad yang lelebih sudah..hahhaha..biasalah pertama kali berjaga tengok bola..over lebih..teremosi pulak..maaf la jiran ye kalau terkojut..haha..


siap kan bantal selimut depan tv..hahaa

hai assalammualaikum


Kene paham  pasangan sedikit demi sedikit..dah kawin lagi nampak perangai die..hehe..



AKU HIDUP DALAM BLUES

in , by Nadia Johari, 16:20:00

hai assalammualaikum


Aku Hidup Dalam Blues - Blues untuk aku..lama dah kan tak baca majalah kartun ni..kalau dulu satu almari penuh dengan majalah kartun..jalan cerita dan ilustrasi memang best sampai menarik perhatian kita untuk membaca..Dahulu, Majalah ujang, majalah gila-gila memang menjadi kegilaan nad..majalah ni yang membuatkan nad ketawa terbahak-bahak..Sebab cerita dia yang best dan kelakar..hehe.. Boleh merelasekan tension bila baca majalah Ujang ni...lagi- lagi citer workshop cupin dan mat despatch..



Tengok tengah kemas rumah jumpa majalah Ujang ni..tergendala kemas sebab nak baca majalah Ujang ni..kihkih






CPC NUFFNANG BERJALAN JUGA

in , by Nadia Johari, 20:13:00
hai assalammualaikum



CPC Nuffnang Berjalan Juga - Tengah berusaha untuk mengeluarkan duit dari nuffnang..cepatla berkembang..korang yang baik hati klik ok..hehee..terima kasih..huisshh sejak jadi isteri ni banyak pulak tanggungjawabnya..kuikukui..jadi dahulukan suami dulu..kemas umah dulu..dah stetl barula tengok blog..banyak benda nak beli untuk susun atur rumah ni bagi nampak kemas dan cantik..banyak dah survey dekat google..excited habis..hehehe...klik jangan tak klik.

CPUV NUFFNANG : WHISPER MECH & COTTON

in , by Nadia Johari, 01:41:00
hai assalammualaikum



CPUV NUFNANG : Whisper Mech & Cotton - Baru harini berkesempatan tengok nuffnang ni..hahhaa..dah lama jugak tak jenguk nuffnang ni..sekali harini tengok..alhamdulillah..dapat CPUV daripada nuffnang..thank you nuffnang..CPUV Whisper Mech & Cotton. Whisper ni khas untuk perempuan sahaja semasa datang moon..huhuhu...Alhamdulilllah..terima kasih nuffnang..terima kasih korang yang klik iklan tempat kite..terima kasih...

tengok yuyu zulaikha adela...hehehe..ni la iklan Whisper Mech 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2