ISTERI NAIK HANTU

in , , by Nadia Johari, 16:17:00
hai assalammulaikum

Isteri Naik Hantu - Keganasan seorang isteri semakin menjadi-jadi..kehormatan terhadap suami sudah tidak diendahkan..dasyat sungguh perempuan zaman sekarang. Bilangan lelaki dera semakin meningkat..adakah isteri pernah amik taekwando atau suami dia seorang yang lemah..itu nad tak tau la..isteri sekarang makin berani kerana isteri sudah hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,..keganasan ini berlaku disebakan faktor kewangan, curang dan perselisihan faham.. Isteri boleh gunakan kekerasan apabila lelaki menunjukkan belang dia..time dia nak pukui hangpa..time ni la hangpa leh bantai dia balik..hahhaha...tu baru betuii..




Harian metro hari ini..kes bila isteri naik hantu disebabkan kewangan. Selalu kita dengar lelaki pukul isteri,kalau isteri pukul lelaki apa mau kata..dunia sekarang lelaki perempuan sama saja..

Dan tiba2 nad pun cakap dekat suami..
Isteri : meh saya g dera abang..
Suami : sayang nak dera abang..jangan main-main..
Isteri : ok dah boleh agak dan tersenyum
Suami : pikir dua tiga kali dulu nak dera mafia ni..kalau dapat laki yang selalu sebut "hey..hey kau" leh la sayang pukui..
Isteri : dah gelak besar..ahhahah

Walaupun aku ni nampak rockers nampak mulut asyik nak menang je bila cakap tapi ngan suami...ermm..terkaku..hahhaha...mafia dowhhh..

MENU BERBUKA DI BULAN RAMADHAN-SEAFOOD

in , by Nadia Johari, 23:50:00
hai assalammualaikum

Menu Berbuka Di Bulan Ramadhan: Seafood - Nad memang suka sangat-sangat dengan seafood. Orang cakap hantu seafood la. Lagi-lagi udang dan ketam. Tapi tak pernah lagi makan lobster..teringin oo..dengan isinya yang banyak..penuh..dapat makan memang tak hingat benda lain dah..hehhe..Nampaknya bukan nad sorang je suka seafood, laki den juga suka..hahha..senang hidup sebab suami isteri jenis melantak..hahhaa..kalau makanan seafood seperti udang dan ketam kami berdua memang suka bergoreng, kalau masak berlauk guna ikan dan  makanan seafood yang lain.



Amboi banyaknya lauk..duduk berdua tapi macam duduk beramai je..hehe..nak bagi suami kenyang..hehhe...Hari ini berbuka nad masak ikan masam manis, udang berempah, ketam goreng dan sayur. Ayam percik tu en jejaka mafia pergi beli dekat bazar sebab semalam isterinya cakap nak ayam percik tapi semalam tak dapat jadi die carila hari ni..oh sweetnyer my husband..sejak jadi isteri ni best pulak main masak-masak..hahaha..tu lebih masak ni..kihkih..Kami berdua ni kuruih je tapi makan banyak pulak..hahaha.a.da sakanke..kihkih..takdokla..lauk ni kalau lebih boleh buat untuk sahur..tak membazir..

Alhamdulillah..kenyang sudah...


HADIAH COLLECTION MAKE UP DAH SAMPAI

in , by Nadia Johari, 16:46:00
hai assalammualaikum

Collection Makeup - Perempuan dengan makeup memang tak boleh dipisahkan. Makeup dah sebati dalam diri perempuan sebab tanpa makeup perempuan tidak akan rasa gembira dan akan kelihatan pucat. Dengan makeup la perempuan nampak anggun tapi kalau makeup tebal nampak macam hantu..hahaha.. Nad pulak jenis suka mekap simple dan nampak natural. Makeup nad guna hanya bedak compact, eyeliner dan foundation..itu sahaja..tapi kalau ade function nad tambah dengan gincu dan maskara. Nad memang tak reti pakai blushing sebab nampak macam badut..siyesly.hehe..ok melalut dah nad ni..sebenarnya nad aritu ade pergi event makeup keluaran terbaru iaitu Collection Makeup. Collection makeup merupakan makeup luar negara yangbtelah masuk ke Malaysia. Collection makeu memberikan keyakinan untuk bereksperimen dengan warna, halus atau berani, untuk mewujudkan lihat solek mengatakan "Ini adalah saya dan saya menyukainya" wanita.

Gambar terpilih



Masa nad pergi ke event tu, biasalah mesti nak bergambar sakan dan upload dekat laman sosial. Lepas tu sekarang mesti nak kene hastag kan. Nad pun giler bergambar..hahaha..nak buat tu bergambar..nak buat ni bergambar. Kalau nak pose tu, mesti pose macam model..kahkahkah..verangan je..tapi tak sangka la pulak gambar pose yang ntah ap-ape tu terpilih sebagai pemenang gambar untuk Instagram..kihkihkih..dan kalau korang semua tengok semua pandang kamera ,cek sorang je pandang tepi..kahkahkah..tu la rezeki namanya..kihkh..nasib nad tak pkse maut kang mengalahkan duta collection makeup iaitu Nelydia Senrose..kihkhkih

Collection Makeup



Ni la hadiah yang nad terima. Pagi-pagi abang posmen dah hantar. Nad dapat foundation, lipgloss, blushing dan eyeliner.  Terima kasih Collection Malaysia sebab pilih gambarku..hehe..
Didapati : Watson

AL-FATIHAH BUAT DATUK SHARIFAH AINI

in , by Nadia Johari, 05:59:00
hai assalammualaikum

Al-Fatihah Buat Datuk Sharifah Aini - Pagi ini dikejutkan dengan berita kematian seorang penyanyi yang terkenal dan hebat iaitu Datuk Sharifah Aini.Patut nad dah lama tak dengar pasal dia dekat televisyen. Lama juga die tak keluar dekat tv.Tup-tup pagi ni jejaka mafia yang cakap Datuk Sharifah Aini dah pergi ke rahmatullah..Mulanya NAd tak percaya, tapi pagi ni ramai yang post, jadi betul la tu. Al-Fatihah untuk arwah.



"Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin." sumber

hai assalammualaikum

Voucher Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant - Alhamdulillah..rezeki di bulan Ramadhan ni..dapat makan voucher di tempat yang boleh dikatakan kelass kau..sebab apa nad cakap kelas..sebab nad baca semua review yang dibuat oleh blogger mengenai tempat ni yang sangat selesa dan luas yang sangat sesuai untuk keluarga. Makanan yang dihidangkan bukan sahaja tradisional malah ade western juga.

Rezeki Dapat Voucher



Macam mana nad dapat voucher ni..hehe..sebelum tu terima kasih kepada kak hanim hashim sebab memilih nad sebagai salah seorang pemenang. Nad ada nampak kak hanim post tentang giveaway ni..dah masa tu giveaway ni hanya dijalan 7 hari sahaja. Giveaway kak hanim buat hanya suruh komen je dekat blog die tentang kenapa anda ingin menjamu selera di BGR? Dan tarikh tutupnya pada 29 Jun pada pukul 12 tengahari..Nak tau nad komen pada 29 jun dan lagi beberapa minit nak pukul 12.. Korang boleh tegok SINI.. hahha..nad paling last sekali..

Inilah rezeki namanya...nad diumumkan sebagai pemenang dekat SINI..memang nad nak bawa mak ayah pergi tempat ni..tapi voucher ni untuk seorang..nad dapat dua voucher jadi jadi voucher tu khas untuk mak ayah..tak pernah bawak mak ayah ke tempat mcm ni..inilah masanya.sebelum tu kene booked dulu..nad booking akhir- akhir bulan Ramadhan sebelum tarikh luput voucher ni..hehe..terima kasih kak hanim..
hai assalammualaikum

Perkara Yang Membatalkan Puasa - Salam Jumaat kepada semua..dah masuk hari ke enam kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. Dah tiga hari nad berpuasa dengan suami sebab lagi tiga hari tu nad berpuasa di kampung..almaklumla mak rindu..suami pun bagi izin puasa dekat kampung..tapi tak boleh lama- lama..kesian pulak dekat jejaka mafia.

Bulan puasa ni semua kena jaga daripada mulut, mata, hati dan semuala..kalau tersalah sikit mungkin pahala kita semakin kurang. Kalau tersalah buat mungkin terbatal terus puasa kita kan..hehe..meh baca perkara yang membatalkan puasa. .walaupun nampk jenaka tapi betul puasa akan terbatal.




1) Meludah
Meludah boleh membatalkan puasa jika air ludah itu jatuh di atas sepinggan  mee goreng lantas anda membersihkannya menggunakan lidah..hahha..nampak tak..betapa teruknya sampai ludah pun sanggup di jilat balik..kihkih

2) Menjerit
Menjerit juga boleh membatalkan puasa sekiranya jeritan itu bertujuan untuk memesan sepinggan mee bandung lantas anda makan mee bandung itu ketika berpuasa sambil menikmati segelas air tebu..kalau jerit ajak orang solat kan bagus..hahha

3) Memberus gigi
Memberus gigi boleh membatalkan puasa sekiranya anda memberus gigi selepas gelincir matahari ( selepas pukul 12 tengah hari ) sambil berkumur dengan air sirap bandung sehingga habis dua gelas..hahha..sedangkan kalau air paip pun orang boleh telan inikan pulak air manis yang sedap..

4) Berlari
Berlari juga boleh membatalkan puasa sekiranya anda berlari sambil minum air kotak perisa manga atau coklat. Selain itu berlari sambil mengunyah makanan..hahha..kene kejor dengan Jakim ke sebab takmau naik van jenazah..hahha

5) Mengurat
Mengurat juga boleh membatalkan puasa apabila anda mengurat seorang gadis cantik sambil mengorek hidung, lamtas taik hidung tu anda makan ..sebab khuyuk tengok awek cantik..bulan puasa mana boleh memasukkan benda ke dalam rongga badan..hehe

Puasa-puasa ni kene la jaga adab dan perlakuan supaya kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik




RAMADHAN MENJELANG LAGI : BERSAHUR

in , , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum

Ramadhan Menjelang Lagi : Bersahur - Hari yang ditunggu dan muncul setahun sekali dalam hidup. Setiap kali ia menjelang pasti masyarakat akan bersiap sedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana Bulan Ramadhan merupakan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Setiap kali Ramadhan, kita diwajibkan untuk bersahur kerana ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengelakkan diri daripada mengantuk dan letih. Dengan bersahur badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga kerana sudah diisi dengan makanan.

Kelebihan bersahur

1) Menambah kekuatan untuk beribadat
2) Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
3)  Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
     4) Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Jadi kepada kawan-kawan ku sekalian jangan lupe untuk bersahur..Di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat berpuasa semua..

PENANGGAL MEKAP PIXY TANPA ALKOHOL

in , , , by Nadia Johari, 00:41:00
hai assalammualaikum

Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol - Kalau dah namanyer perempuan semestinya la suka bermekap, tidak kira mekap secara tebal atau nipis. Perempuan akan bermekap berjam-jam untuk kelihatan cantik. Kalau boleh tidur pun nak bermekap..kihkihkih. Heyy jangan over macam tu,,korang tau tak mekap juga boleh mencacatkan muka kita apabila tidak dibasuh. Sebab apa, sebab mekap membuatkan pori-pori muka kita tersumbat dan masa tu tumbuhla jerawat. Bila dah tumbuh jerawat mulalah korang panik..hahhh ..jadi kalau tak mau lagi teruk buang mekap tu dulu ok.

Macam nad, nad penah lepas mekap nad terus basuh muka dengan pencuci muka sahaja, tapi muka tumbuh jerawat padahal dah cuci. Dalam hati dah kenapa kan, setiap kali nak buang mekap cuci..tapi still semakin menjadi jerawat ni...ohh noo.. Lagi-lagi nad semakin dewasa, jadi hormon kulit tu dah lain. Jadi nad decide nak buang mekap dulu sebelum cuci. Sebelum ni nad gune tisu basah, adoii kita mekap dah berapa kali, nak gune tisu basah yang sikit tu..memang banyak habis duit la nak beli tisu basah tu..haha..tisu basah pun bukan 100% buang mekap. Lagi satu bab basuh la yang paling malas yela dengan penatnya lagi-lagi kalau dah balik keje kan. Jadi nad pikir produk ape yang pencuci muka tak berminyak dan elok untuk muka dan kalau boleh buang je mekap tanpa basuh dan tidak merosakkan muka..akhirnya nad jumpe Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol.



Kenapa nad pilih Penanggal Mekap Pixy
1) Bebas Minyak
2) Tanpa Alkohol dengan Madu Asli
3) Tanpa Bilas 

 

Penanggal Mekap PIXY semudah satu langkah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mempunyai dua jenis pembersih, iaitu PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup yang kedua-duanya menggabungkan keberkesanan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dan mudah diguna. Siri Pembersih Mekap PIXY diformulasi khas untuk menanggalkan solekan dengan efektif dan sekali gus membersih serta melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Nad pilih PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion selepas itu basuh dengan pembersih muka nad.

Cara Penggunaan

Memang senang sangat..
1) Amik kapas muka
2) Tuang cecair PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion
3) Sapu lembut di muka. (takyah kasar sangat) 



Kebaikan madu telah diketahui, jadi tidak hairanlah jika Siri Pembersih Mekap PIXY baharu ini amat lembut pada kulit, mengekalkan kelembapan dan sesuai digunakan berulang kali tanpa mengeringkan kulit.




Penanggal Mekap PIXY boleh dibawa bersama dalam beg tangan ke mana jua. Amat mudah untuk wanita ketika hendak pergi menunaikan solat ketika berada di luar. Mekap tidak menjadi masalah lagi. Boleh didapati di watson,guardian  pada harga RM7.90 untuk 50ml dan RM13.90 untuk 100ml.
 


INNER COTTON MEMBERI KESELESAAN

in , , by Nadia Johari, 21:13:00

hai assalammualaikum



Inner Cotton Memberi Keselesaan - Cotton Inner ini memang special..sebab ape? kerana material cotton yang sememangnya agak tebal, sangat selesa dan yang penting sangat senang dibentuk. Sesuai dengan nad yang muka bulat dan inginkan tajam semasa memakai tudung atau shawl. Nad memang suka pakai shawl, tapi kalau pakai gitu sahaja muka nad nampak bulat dan rasa tak selesa sebab akan lari-lari shawl tu..kalau nad pakai tudung bawal pulak mesti tak tajam dan bulat je sentiasa..errr..geram je rasa..hahaha..sebab tu nad beli inner cotton ni.

Nad belajar guna inner masa study dekat UUM dulu. Bila dekat last sem dapat roomate yang suka bermekap..kihkih..nad pun belajarla..Nisa my roomate yang tolong ajar cara pakai inner ni..tapi masa ni pakai dia punyer inner..jenis inner yang lembik..sangat tak best..sebab inner die lembik..jadi ada expo masa tu dekat UUM terjumpe inner tu jenis cotton..first beli warna hitam..memang sangat selesa dan mudah dibentuk. Nak gosok pun sennag..sejak tu nad mula kumpul inner cotton ni..hehe



Inilah hasil kumpulan nad..semua warna ade..jadi senang nak padankan dengan apa-apa shawl pun..hehee..macam nak tambah lagi je..kihkihkih

Selain shawl nad pakai inner cotton ni dengan tudung bawal (tudung hijau)..sennag je tinggal sarung inner ni dan pakai.



Kenapa nad pakai nampak tajam?..hah tu yang bestnya..sebab Inner ini nad tetas die untuk lebih kelihatan bujur bergantung pada keselesaan masing-masing. ala tetas jangan over sampai rosak inner tu..tetas pun kat belakang..tak nampak pun..hehee..

Feveret shawl dan inner cotton sebab bila makan dan kene angin takdela terbang- terbang lagi dan melerot sana sini..hhahha..

hai assalammualaikum

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2014 (KLIHF) Di PWTC - Pada Ahad semalam nad pergi ke PWTC untuk melihat pameran perdagangan fesyen Islam Hijabistas yang begitu meriah dengan jualan yang murah-murah. Banyak booth yang dibuka pada hari itu dan bermacam-macam rekaan tudung,shawl dan baju mslimah yang dipamerkan. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2