hai assalammualaikum
Perbezaan Bulan Ramadhan Sebagai Isteri - Hari ini merupakan hari yang ke 13 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan tahun ini amat berbeza bagiku yang bergelar isteri. Bukan beza sedikit tapi beza banyak sangat..huhuhu.. Kalau dulu nad berpuasa dengan keluarga dan maklah yang sediakan semuanya untuk nad, sekarang berbeza. Kalau dulu jejaka mafia kerap beli makanan tunjuk..yela orang bujang..sekarang tidak lagi..hahha
Menyediakan juadah
Sebelum nad kawin, makla yang sediakan semua makanan sebab masakan mak la paling best..haha..nad cuma tolong mak je mana yang patut..bab-bab menghias ke..bab mengisi makanan dalam pinggan..hah itulah keje apnad..hhehe..tapi lepas kawin ni, nadla yang kene sediakan juadah bersahur dan berbuka. Orang cakap nak pikat hati suami kenelah masak guna air tangan sendiri. Kalau tak sedap pun die akan makan juga sebab isteri die dah penat masak..kahkahkah.. Setiap hari kene pikir juadah apa nak disediakan, nasibla ade banyak resepi dekat internet ni kan..hehe.. Memang bukan senang ooo... Tapi best jugak main masak-masak dekat rumah ni, banyak menu dah cuba.
Bersahur
Kalau dulu sebelum kawin bangun sahur mak lah kejutkan..kita tido lewat pun takpe sebab mak yang kejutkan pasti bangun..sekarang takleh tidur lewat..kalau tidur lewat pun kene set jam. Bangun sahur je kene siapkan semua. Sahur kali ini pula nad yang kene kejutkan suami untuk bersahur..hahaha..memang lain..nak biasakan diri memang susah..lagi-lagi nak bangun dari tido..liat nor..
Berbuka
Dulu berbuka bila makanan dah sedia nad la orang pertama duduk dekat meja..hahhaha..berbuka dengan keluarga..makanan macam-macam..sekarang berbuka dengan suami , berdua sahaja dan makanan takdela banyak sangat sebab duduk berdua je kan..kang beli lebih membazir pulak..walaupun hakikatnya kami berdua kuat makan. Kalau dapat event berbuka dekat luar mesti ajak suami sekali..jadi mana-mana sekarang dengan suami je..aummm..
Berterawih
Dulu berterawih dengan mak sekarang dengan suami. Pergi ke surau bersama suami. Suasana itu memang berbeza dengan orang yang berbeza.
Perasaan selepas menjadi isteri memang berbeza..semuanya isteri kene buat.suami membantu mana yang patut je..hehhe..nak raya ni lagilah excited nak mengemas nak bershoping..nak meriahkan rumah ni yang dulu suram.