IFTAR BERSAMA BLOGGER 2014 DI SALOMA BISTRO

in , by Nadia Johari, 11:32:00
hai assalammualaikum

Iftar Bersama Blogger 2014 Di Saloma Bistro - Lagi beberapa hari Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Kemeriahan hari raya amat dirasai terutama bagi nad yang merasai banyak perbezaan di bulan Ramadhan tahun ini. Pada 19 Julai nad dapat berbuka bersama blogger di Saloma Bistro yang dianjurkan Denaihati Network dan Al-Ansar Health. Kesedihan menyelubungi bila Sepetang Bersama Blogger nad tidak dapat turut serta tetapi peluang untuk berbuka puasa ni nad takkan lepaskan peluang. Memang meriah sekali dengan kehadiran para blogger, anak-anak yatim dan rakan media.


Majlis pada hari itu bertemakan Arabian...hamik kau apa nak pakai..hahaa..kalau arabian mesti la dalam kepala berjubah. Hari tu nad just simple sahaja. Suami pulak just berbaju melayu dan berseluar jeans..hahaa..lari tema husband..nak buat macam mana..husband takde  baju jubah..nak beli mahal pulak jubah sekarang..takpela..asalkan datang berbaju..hehe..nad seorang jela ikut tema pun ok..hehe

 Pendaftaran..yela sekali cek takdok nama kan naya..

Perasmian kerjasama antara Al-Ansar Health dan Denaihati


Penyerahan cek kepada Pusat Penjagaan Anak Yatim/Miskin Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi


Persembahan daripada kumpulan Damai dan Muadz. gabungan mantap, suara yang merdu dan sedap membuatkan majlis bertambah meriah dan tidak membosankan.



Makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap belaka. Banyak pilihan yang boleh kita pilih, daripada makanan berat ke makanan ringan. Syukur alhamdulillah..

Blogger Dikbee..dia yang tegur nad dulu sebab nad tak cam die..hhaaha..lain bebenor rupa dia..cantik gitu
Jumpa jugak dengan klon Norkhiriah ni..hahaa.. Nami Namia
dengan gorgoeus ladies.. Ayue, deqnoor dan kak Iera kan
memang havoc


Masa ni lah nad dapat bertemu dengan blogger-blogger yang boleh dikatakan hebat-hebat belaka. selalu berborak sahaja di facebook sekarang jumpa depan-depan..hehe..ada yang pernah jumpa, sekali jumpa havoc habis..hahaa..


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Denaihati Network dan Al Ansar Health atas jemputan ke majlis Iftar Bersama Blogger 2014. Tahniah kepada mereka yang terlibat di atas yang bertungkus-lumus memastikan acara ini berjalan dengan lancar. lepas ni boleh buat Hari Raya Bersama Blogger pulak kan..hehee...Semoga Denai hati Network terus maju dan maju...
hai assalammualaikum

Ephyra Idamanku : Beri Kesan Positif - Sebelum itu nad ingin berterima kasih kepada kak Mialiana dan pengasas Ephyra Puan Amiza kerana memilih nad sebagai pemenang untuk pantun terbaik Ephyra. Orang sekarang ni semua nak cantik bukan sahaja wanita malah lelaki pun nak nampak hensem. Kalau tengok televisyen, majalah, suratkhabar mesti banyak iklan kecantikan kan, dan kita akan terpengaruh nak beli sebab tengok muka diaorang makin cantik, tapi tak semua produk kecantikan sesuai dengan kulit kita. Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan.Sifat manusia nak sentiasa kekal cantik.

Ephyra Idamanku Untuk Penjagaan Dalaman



Nak cantik bukan sahaja penjagaan luaran malah penjagaan dalaman mesti dititiberatkan, barulah berkesan. Kesihatan kita ni seperti enjin kereta, kene servis, kene cek mana yang tak elok dan di tukar kepada yang baik, barulah kereta tu tahan lama. Macam tu jugakla badan kita, perlu ade supplement untuk kecantikan dalaman dan luaran. Banyak dah nad gunakan produk kecantikan untuk nampak tampil ayu tapi itu hanya luaran sahaja. Nad tak pernah lagi guna produk kecantikan untuk dalaman sebab kurang percaya dengan produk yang ditunjukkan, tetapi setelah nad membaca review daripada semua blogger yang telah mencuba produk ni dan banyak kesan positif yang diberi mengatakan kulit mereka gebus,mulus kebabom nad pun tak teragak-agak untuk mencubanya juga. Akhirnya nad memilih Ephyra untuk supplement dalam badan.

Sudah lama nad mencari produk kecantikan dalaman jenis air, sebab bagi nad supplement jenis air sangat berkesan untuk kecantikan kerana air menyerap terus dalam badan dan akan mengalir ke seluruh dalam badan berbanding pil. Review nad tentang Ephyra memang ikhlas dari hati Ephyra memang berkesan. Ini kotak ke tiga nad mencuba Ephyra dan alhamdulillah masalah nad alami sedikit demi sedikit berubah walaupun tak 100%. Ephyra ni bukan sahaja untuk cantik tapi untuk kesihatan kita. Kita mestila nak sihat selalu kan, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, nak kekal bertenaga. Nak raya lagi nak mengemas rumah. Ephyra ni rasanya oren, sedap..memang segar je lepas minum Ephyra ni.

Beri Perubahan Positif

1) Jerawat dan bekas jerawat makin berkurangan




Dulu kulit nad bersih daripada jerawat dan kulit berminyak, tapi sejak masuk study di UUM, muka nad makin hari makin bertambah jerawat, mungkin disebabkan faktor persekitaran yang berbeza. Nad pun dengan gatalnya mencuba pelbagai produk seperti krim muka, krim jerawat untuk menghilangkan jerawat tapi jerawat makin tumbuh bukan makin berkurang. Perempuan kalau nampak jerawat memang tak keruan..hehe. Kadang-kadang malu nak keluar nak jumpa orang. Nad terpaksa mekap tebal-tebal untuk menutup cela tu. Alhamdulillah selepas nad jumpa Ephyra perubahan tu nampak bila jerawat makin berkurangan, bekas-bekas jerawat pun semakin pudar. Jerawat pun dah kurang tumbuh dan makin mengecut. Makin lama makin berseri..huhuu. Mekap pun dah tak perlu nak tebal-tebal. Suami dah tegur muka nad dah kurang jerawat...aummm

2) Kulit Semakin Segar Tanpa Minyak


Nad memang jenis kulit berminyak. Nad pula jenis suka tido lewat, bangun pun lewat, jadi kesegaran dekat muka dah takda. Kalau pakai makeup mesti bahagian hidung akan berminyak bila lama bawah cahaya matahari. Bila pakai bedak compact nanti bedak tu akan melekat dekat tudung. Lepas guna Ephyra, nad rasa muka ni ringan je tanpa minyak dan kesegaran muka terasa. Lembut je bila pegang muka ni. Kulit kusam pun dah takde sebab Ephyra menggalakkan pertumbuhan sel baru. Hari-hari boleh keluar tanpa sebarang masalah.  Wah !! rasa gorgeous macam memey pulak lepas minum Ephyra ni..kihkih..


3) Beri Tenaga


Masa nad bekerja, semua kerja nad kene buat, dari buat delivery order ke invoice, buat cek stok, pikir itu ini, memang tak menang tangan. Bila nad mula amalkan minum Ephyra, semua kerja nad buat tu dengan lancar. Selepas kawin ni, nad belum bekerja lagi dan menjadi suri rumah. Semua kerja rumah nad buat, dari mengemas, memasak, dan sebagainya. Lagi-lagi bulan puasa ni kene bangun awal sediakan makanan untuk suami. Alhamdulillah, dengan minum Ephyra tenaga yang ada dalam badan tu dapat membantu nad membuat kerja rumah dengan baik. Nak kemas rumah untuk raya pun semangat..hehe..superwoman ok..




Apa yang nad alami, betul-betul berlaku dekat nad. banyak lagi perubahan yang berlaku selain di atas seperti period dah semakin teratur. tapi lepas kawin ni period tak teratur ade isila tu..hehe..Insyallah. Ramai yang telah mencuba memang terbukti beri kesan positif. Jangan ragu-ragu lagi tentang Ephyra ni.


Cara Pengambilan Ephyra 



Nad minum Ephyra ni pada waktu malam sebelum tido sebab masa tu la badan kita nak rehat dan penyerapan maksimum collagen berlaku. Masa puasa ni nad minum waktu sahur juga untuk tenaga yanag lebih.

1) Masukkan 1 Sachet Ephyra ke dalam botol shaker
2) Tuang Air kosong atau air sejuk dalam botol sebanyak 180 ml (jangan guna air panas )
3) Goncang
4) Minum


Makin comel orang ni sejak minum Ephyra..hahhha...Akhirnya ku temu jua supplemnet, vitamin c yang sesuai untuk diriku dan badanku. Oh Ephyra kau selalu diahtiku. Sesiapa nak order boleh order dengan nad juga. Nad pun jadi dealer kecil-kecilan juga. Kalau positif memang nad berani jual ler..hehe..nak tau ape itu Ephyra..korang boleh baca SINI

nak tau lebih lanjut pasal Ephyra


no.telefon : 03 - 41417889
handphone : 019 - 3999238
email : info@oceanlife2u.com












hai assalammualaikum

Majlis Iftar Ramadhan 2014 Di Pak John Steamboat Bersama Ewana Fm Dan Blogger  - Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis entry di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Buat pertama kalinya pada bulan Ramadhan 2014 ni, nad berkesempatan berbuka puasa bersama media, blogger-blogger dan anak-anak yatim di Pak John Steamboat anjuran EwanaFm di E-curve Damansara.

GERMAN JUARA PIALA DUNIA 2014

in , by Nadia Johari, 06:40:00
hai assalammualaikum




German Juara Piala Dunia 2014 - Dari sebelum sahur, masa sahur dan selepas sahur mata duk depan televisyen je sebab nak tengok siapa yang menang Piala Dunia 2014 ni. Nad layan dekat rumah jela sebab gigi tengah sakit, tak larat la nak keluar. Dari pukul 3 sampai la kul 4 separuh masa masih 0-0.. Sambung lagi masa still lagi 0-0 sampaila diberi masa tambahan barulah satu gol dapat dijaringkan oleh pasukan German pada minit 113. Akhirnya masa pun tamat dan German telah memenangi Piala Dunia 2014 dngan German 1 Argentina 0... Muka Messi ketat je takdok senyum pun..huhhuhu...

Pemain German yang menggolkan jaringan ialah Mario Gotze




Maka tamatlah Piala Dunia 2014 ni.. Tak sangka cek dapat tengok sampai habis..hahaha..
hai assalammualaikum




Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 - Seperti yang kita tau Brazil telah tewas dengan kekalahan yang tidak disangka. Brazil telah dibelasah teruk pada perlawanan separuh akhir dengan German. Manakala Belanda juga tewas dengan Argentina. Keputusan akhir menunjukkan German akan berjumpa dengan Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia 2014. Pagi ini bersamaan hari Isnin berlangsungnya kemeriahan Piala Dunia 2014 di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil . Siapa yang bakal membawa pulang Piala Dunia 2014 bagi kejohanan paling berprestij di dunia. Adakah Jerman atau Argentina? Yang mana satu?

Nad tak pilih mana-mana pun.hanya sekadar tengok..kihkhkh..teman en jejaka mafia tengok rancangan kegemaran dia. Tapi memang best tengok perlawanan bola sepak luar negara ni, salah satunya tengok ketangkasan mereka menendang bola. Dari jauh pun boleh masuk dalam gol. Hebat tak hebat.. Satu lagi cara diaorang mendapatkan bola daripada kawan. Hehe...tu je.. Selalu orang tengok kehenseman wajah pemain tapi nad tak pun sebab nad tak kenal sesiapa..haha..sejak tengok bola ni la baru nad cam sikit-sikt pemain dia..tu pun dengan bantuan jejaka mafia..hehhe..k la nak tengok..bye..anggaran gol 3-1.. Hahahhaa..sukati den je...

TIGA CPUV NUFFNANG ON GOING

in , by Nadia Johari, 15:14:00
hai assalammulaikum



Tiga CPUV Nuffnang On Going - Nad buat blog sebab nak berkongsi pengalaman dengan semua orang, sambil-sambil tu nad jana pendapatan jugak dengan blog. Saja nak cari side income kan. Iklan yang guna ialah Nuffnang. Dulu nuffnang memang tak jalan langsung then bacalah pasal nuffnang dekat blogger lain terutama blogger shida, then dari situ alhamdulillah nuffnang berjalan je, tapi perlu sentiasa berupdate blog ni..heehe..baru masyuk..Hari ni nad tengok nufnang dan ade tiga CPUV On GOing..

Invest Smart Campaign



Invest Smart Campaign merupakan satu inisiatif memperkasakan pelabur yang bertujuan untuk mewujudkan pelabur yang lebih bijak yang berdikari dan mampu membuat keputusan pelaburan yang sesuai untuk mereka. Inisiatif ini akan: Menggalakkan orang ramai untuk mengawal kewangan mereka supaya mereka boleh bertanggungjawab untuk masa depan mereka sendiri dan kekayaan. Melengkapkan pelabur dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang diperlukan untuk menilai dan budi bicara dalam membuat keputusan pelaburan. Menggalakkan penyertaan runcit lebih bijak dalam pasaran modal



Tesco Delivery Lab



Wah sekarang tesco dah buat delivery pulak..senang kan..dah tak payah nak keluar sesak2 pergi beli barang dapur ke atau barang keperluan..hanya pergi online dan order barang yang kita nak. Lepas tu tunggu je barang tu sampai dekat rumah. Dah macam pizzaulak kan..hehe..mudah dan senang..

Tesco Stores

website : TESCO DELIVERY LAB 


Julie's x LINE New Package



Yang ni nad tak sure apa..tapi bila tengok web dekat google nad baru tau ape benda Julie's x LINE New Package ni. Apa yang kita tau, Julies ialah biskut dan line ialah aplikasi media sosial. Julies pengeluar biskut, telah bekerjasama dengan Line aplikasi media sosial  untuk melancarkan satu lagi Julie Line Limited Edition Oat Cookies 25 Collection. Nak baca lebi baca ni http://www.nst.com.my/node/2618 

Alhamdulillah..terima kasih nuffnang..terima kasih yang datang ke blog nad..

PERBEZAAN BULAN RAMADHAN SEBAGAI ISTERI

in , by Nadia Johari, 23:27:00
hai assalammualaikum

Perbezaan Bulan Ramadhan Sebagai Isteri - Hari ini merupakan hari yang ke 13 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan tahun ini amat berbeza bagiku yang bergelar isteri. Bukan beza sedikit tapi beza banyak sangat..huhuhu.. Kalau dulu nad berpuasa dengan keluarga dan maklah yang sediakan semuanya untuk nad, sekarang berbeza. Kalau dulu jejaka mafia kerap beli makanan tunjuk..yela orang bujang..sekarang tidak lagi..hahha





Menyediakan juadah
Sebelum nad kawin, makla yang sediakan semua makanan sebab masakan mak la paling best..haha..nad cuma tolong mak je mana yang patut..bab-bab menghias ke..bab mengisi makanan dalam pinggan..hah itulah keje apnad..hhehe..tapi lepas kawin ni, nadla yang kene sediakan juadah bersahur dan berbuka. Orang cakap nak pikat hati suami kenelah masak guna air tangan sendiri. Kalau tak sedap pun die akan makan juga sebab isteri die dah penat masak..kahkahkah.. Setiap hari kene pikir juadah apa nak disediakan, nasibla ade banyak resepi dekat internet ni kan..hehe.. Memang bukan senang ooo... Tapi best jugak main masak-masak dekat rumah ni, banyak menu dah cuba.

Bersahur
Kalau dulu sebelum kawin bangun sahur mak lah kejutkan..kita tido lewat pun takpe sebab mak yang kejutkan pasti bangun..sekarang takleh tidur lewat..kalau tidur lewat pun kene set jam. Bangun sahur je kene siapkan semua. Sahur kali ini pula nad yang kene kejutkan suami untuk bersahur..hahaha..memang lain..nak biasakan diri memang susah..lagi-lagi nak bangun dari tido..liat nor..

Berbuka
Dulu berbuka bila makanan dah sedia nad la orang pertama duduk dekat meja..hahhaha..berbuka dengan keluarga..makanan macam-macam..sekarang berbuka dengan suami , berdua sahaja dan makanan takdela banyak sangat sebab duduk berdua je kan..kang beli lebih membazir pulak..walaupun hakikatnya kami berdua kuat makan. Kalau dapat event berbuka dekat luar mesti ajak suami sekali..jadi mana-mana sekarang dengan suami je..aummm..

Berterawih
Dulu berterawih dengan mak sekarang dengan suami. Pergi ke surau bersama suami. Suasana itu memang berbeza dengan orang yang berbeza.

Perasaan selepas menjadi isteri memang berbeza..semuanya isteri kene buat.suami membantu mana yang patut je..hehhe..nak raya ni lagilah excited nak mengemas nak bershoping..nak meriahkan rumah ni yang dulu suram.




TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN

in , by Nadia Johari, 16:31:00
hai assalammulaikum




Tujuan Al quran Diturunkan - Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.

ISTERI NAIK HANTU

in , , by Nadia Johari, 16:17:00
hai assalammulaikum

Isteri Naik Hantu - Keganasan seorang isteri semakin menjadi-jadi..kehormatan terhadap suami sudah tidak diendahkan..dasyat sungguh perempuan zaman sekarang. Bilangan lelaki dera semakin meningkat..adakah isteri pernah amik taekwando atau suami dia seorang yang lemah..itu nad tak tau la..isteri sekarang makin berani kerana isteri sudah hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,..keganasan ini berlaku disebakan faktor kewangan, curang dan perselisihan faham.. Isteri boleh gunakan kekerasan apabila lelaki menunjukkan belang dia..time dia nak pukui hangpa..time ni la hangpa leh bantai dia balik..hahhaha...tu baru betuii..




Harian metro hari ini..kes bila isteri naik hantu disebabkan kewangan. Selalu kita dengar lelaki pukul isteri,kalau isteri pukul lelaki apa mau kata..dunia sekarang lelaki perempuan sama saja..

Dan tiba2 nad pun cakap dekat suami..
Isteri : meh saya g dera abang..
Suami : sayang nak dera abang..jangan main-main..
Isteri : ok dah boleh agak dan tersenyum
Suami : pikir dua tiga kali dulu nak dera mafia ni..kalau dapat laki yang selalu sebut "hey..hey kau" leh la sayang pukui..
Isteri : dah gelak besar..ahhahah

Walaupun aku ni nampak rockers nampak mulut asyik nak menang je bila cakap tapi ngan suami...ermm..terkaku..hahhaha...mafia dowhhh..

MENU BERBUKA DI BULAN RAMADHAN-SEAFOOD

in , by Nadia Johari, 23:50:00
hai assalammualaikum

Menu Berbuka Di Bulan Ramadhan: Seafood - Nad memang suka sangat-sangat dengan seafood. Orang cakap hantu seafood la. Lagi-lagi udang dan ketam. Tapi tak pernah lagi makan lobster..teringin oo..dengan isinya yang banyak..penuh..dapat makan memang tak hingat benda lain dah..hehhe..Nampaknya bukan nad sorang je suka seafood, laki den juga suka..hahha..senang hidup sebab suami isteri jenis melantak..hahhaa..kalau makanan seafood seperti udang dan ketam kami berdua memang suka bergoreng, kalau masak berlauk guna ikan dan  makanan seafood yang lain.



Amboi banyaknya lauk..duduk berdua tapi macam duduk beramai je..hehe..nak bagi suami kenyang..hehhe...Hari ini berbuka nad masak ikan masam manis, udang berempah, ketam goreng dan sayur. Ayam percik tu en jejaka mafia pergi beli dekat bazar sebab semalam isterinya cakap nak ayam percik tapi semalam tak dapat jadi die carila hari ni..oh sweetnyer my husband..sejak jadi isteri ni best pulak main masak-masak..hahaha..tu lebih masak ni..kihkih..Kami berdua ni kuruih je tapi makan banyak pulak..hahaha.a.da sakanke..kihkih..takdokla..lauk ni kalau lebih boleh buat untuk sahur..tak membazir..

Alhamdulillah..kenyang sudah...


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2