hai assalammualaikum
Bazar Ramadhan Di Taman Melawati - Dah nak dekat raya baru nak cerita pasal Bazar Ramadhan..hahaa..biorla..asalkan belum raya lagi..hhahaha..akhir-akhir Ramadhan ni nak masak pun dah tak rajin kan..jadi Bazar Ramadhan la tempat dikunjung..hehee.. Dalam kesibukkan kerja dan
kepenatan meredah kesesakkan jalan raya, ramai yang memilih untuk membeli di
gerai-gerai Bazar Ramadhan. Bila Nad datang Bazar Ramadhan ni nad kene kawal beli makanan walaupun banyak pilihan makanan yang disediakan..biasalah nafsu di bulan Ramadhan, tengah lapar semua nampak sedap bila dah berbuka tak habis, membazir pulak kan..
Inilah pertama kali nad pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Melawati.. En jejaka mafia cakap dulu Bazar ni ade tempatnyer tersendiri..besar..tapi sekarang bazar ni berpindah depan sikit dari tempat asal disebabkan tempat lama ada contruction. nak kata mahal biasalah kan semua barang dah naik..kita pun kalau dah rasa nak beli makanan pun nak pandang harga pun dah tak kisah..sebab tu nad cakap nad kawal pembelian dekat bazar ni..nad beli apa yang perlu je..
Inilah suasana di Bazar Ramadhan Taman Melawati
Sedang nad dengan jejaka mafia jalan-jalan mencari juadah..nad terpandang sesuatu yang menarik..nak tau ape diee..nampak orang tu..hehee..
Ni la dia..Specialnya di Bazar Ramadhan Taman Melawati ni ada ikan bakar besar oiiiii...pergh meleleh je nad tengok..hahaa..tengok je la..nak beli takut tak habis pulak..yang tinggal berdua..makan ikan sebesar itu..huhuhu...Nama kedai ikan bakar ni Botak Ikan Bakar..ofkos korang tau kenapa dinamakan nama cenggitu..huhuhu...
Satu-satunya Bazar yang nad nampak jual ikan sebesar ni..selalu nampak ikan bakar kecik-kecik je..kalau jenis macam ni dekat kedai makanan, kat hotel..kaann...terpikir jugak ade ke orang nak beli ikan sebesar ni untuk berbuka puasa...pergh jangan tak tau..ada tau yang beli..jual la makanan apa pun dekat bazar pasti orang akan beli..
Botak Ikan Bakar ni menjual pelbagai makanan seafood seperti ikan, sotong, lala dan paling best tu ha lobster sebesar alam..hahaha..mampu nengok jela..
Abang ni cakap kalau pelanggan nak bubuh sambal dia, abang ni akan buat sekali...sedap betul baunya.
Jejaka mafia pun dah tak tahan tengok abang tu buat..hahaa..last-last dia order jugak.. Dia pilih lala dengan sambal dia sekali.. harga untuk lala ni RM8.. harga yang diberi semua berbeza..macam ikan ikut saiz ikan..macam lala dah timbang untuk 1 kilo..
Memang terbaik sambal lala ni.
Kalau nak boleh hubungi abang ni 017 - 2155646
Haish nad ni dah la pantang tengok udang..lagi-lagi lobster..bila la nak dapat makan lobster ni..dengan isinya yang penuh tu..aumm..jeles baca blog diaorang yang pergi sabah tu dapat makan lobster..ngrrr....