CERITA RAYA DI TV3 2014

in , by Nadia Johari, 04:12:00
hai assalammualaikum

Cerita Raya Di TV3 - Tadi dah diumumkan esok raya, jadi semua yang nak balik ke kampung semoga berhati-hati di jalan raya..pada yang dah sampai kampung..bergembiralah dengan orang tersayang.. Sempena Hari Raya ni banyakla cerita yang menarik disiarkan di televisyen. Siaran TV3 yang paling popular yang nad tunggu-tunggu sebab mengikuti cerita ni setiap minggu..hehe..iaitu..

TARIKH : 27 Julai 2014
SIARAN :  Ahad, 9.00 malam di TV3
PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman

SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA
Cerita ni dah ditayangkan malam tadi..best giler..Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.


TARIKH : Hari Raya Pertama, 9.00 malam
SIARAN : Anugerah Syawal, TV3
PELAKON :  Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi

SINOPSIS SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?


TARIKH : Selasa, 29 Julai 2014 (Hari Raya Kedua)
SIARAN : 9.00 malam, Fiesta Raya, TV3 
PELAKON : Akim Ahmad, Nad Zainal.

SINOPSIS KAMPUNG GIRL RAYA

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.
 TARIKH : 30 Julai 2014 (Hari Raya Ketiga)
SIARAN : 9.00 malam di TV3
PELAKON : Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena

Sinopsis Yes, Boss! Raya

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?
Tajuk: Love You Mr. Arrogant Raya
Channel : TV3
Tayangan : 27 Julai 2014 Masa: Ahad, 9 Malam
Barisan Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman

Sinopsis Love You Mr. Arrogant Raya

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.
- See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-love-you-mr-arrogant-telemovie.html#sthash.Ieq4Ecrv.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
hai assalammualaikum

Resepi rendang : Pertama Kali Maak Rendang Ayam - Sejak dah berkahwin ni keinginan suami mesti diturutkan..yela kalau tak buat kang dia majuk.. Setiap tahun Aidilfitri , rendang menjadi keutamaan sisi keluarga, tapi bukan nad, keluarga nad tak pernah masak rendang.. Mak nad selalu masak ayam kicap, sambal kacang, sayur lemak dan lontong.. Lepas tu selalu munjung..tradisi orang jawa.. Berlainan dengan jejaka mafia, setiap tahun Hari Raya rendang menjadi kwajipan santapan mereka sekeluarga..jadi jejaka mafia suruhla nad buat..

Dalam hati..makk aih cek tak pernah masak rendang..seriuss oiitt..tak pernah.. Nak taknak kene buat jugak.. Sebab dia akan rasa lain kalau takde rendang.. Jadi taknak hilangkan mood dia, nad pun masakla..sayangbsuamii oitt..hehehe.. Mulalah cari resepi dekat youtube..dekat en google..last-last resepi mintak dekatbisteri adik ipar..isteri adik ipar pun bagi...nasib baik lengkap..senang dan mudah..


Inilah rndang pertama buatan ku..bahan-bahan semua jejaka mafia yang pergi beli..nad tukang masak je.. Nad buat lepas berbuka puasa sebab takut nanti tawar sebab tak dapat rasa masa puasa..hehehe.. Dah siap bagi jejaka mafia rasa..pergh terseyum nad bila dia cakap sedap..alhamdulillah..menjadi gak rndang aku yang pertama ni..hehe.. Sok raya uitt..

hai assalammualaikum

Shoping Raya Dan Persiapan Raya - Alhamdulillah hampir sebulan kita berpuasa..esok adalah hari terakhir kita berpuasa dan Isnin kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam mana dengan persiapan korang semua..semua dah settle ke..? nad alhamdulillah settle semua..esok tinggal nak masak je..hehe..nad suka siapkan awal..jadi malam raya boleh la berehat..tengok tv tak pun menyibuk tengok orang shoping..hahaa.. Dengar -dengar ada yang sampai berbelanja lebih..huishh tahun ni meriah hangpa semua naa..Nad pulak berbelanja untuk rumah baru ni..banyak nad ubah untuk raya ni..biar jejaka mafia rasa macam mana nak raya..hehee..


Dah jadi suami isteri ni senang nak gerak sana sini bersama. Tahun ni persiapan memang berbeza.. Selalu raya kita yang dahulukan dulu barang kita, tapi tahun ni bagi nad dan jejaka mafia, rumah yang diutamkan dahulu..habis semua shoping untuk barang dalam rumah je..mana yang boleh guna dan cantik, kita guna, mana nak tukar dah lama, kita tukar..barulah rasa nak raya. Nampak sikitla perubahannya


Tahun ni memang berbeza, sebab apa, sebab nad yang uruskan semua, jejaka mafia hanya mendengar arahan..hahaa..Sebelum kawin mak ayah yang sediakan semua.. Macam kuih, kek mak yang sediakan..dah siap-siap beli..malam raya nad tinggal masuk dalam bekas je.. Sekarang nak pikir kuih ape je nak beli..berapa banyak..sebab kalau terlebih dah membazir kan.. Isteri kontrol pembelian..suami ikut je..dan tolong bawak barang..hahaha


Hahaha..tahun ni nad dera dia pasang langsir..nak taknak kene tolong jugak..yela takut jadi apa-apa dekat isteri.terjatuh ke..kan naya...kahkahkah..Nak tanggalkan langsir memang die cepat..Nak pasang langsir memang lama..hahaa..jadi nad tolong la sikit..


Ni barunya syok nak raya..orang nak datang rumah pun senyum je sebab rumah dah kemas sikit..Huish letih-letih..shoping pun banyak tempat..dari IKEA, ke Putrajaya lepas tu Chowkit road..Jalan tar belum lagi..hahaa..kot2 tu saja nak menyibuk tengok orang bershoping kot..hahaa..

Ok la..korang jemput datang rumah nad dekat kl ye..ape-apa roger dulu..daaa..
hai assalammualaikum

Bazar Ramadhan Di Taman Melawati - Dah nak dekat raya baru nak cerita pasal Bazar Ramadhan..hahaa..biorla..asalkan belum raya lagi..hhahaha..akhir-akhir Ramadhan ni nak masak pun dah tak rajin kan..jadi Bazar Ramadhan la tempat dikunjung..hehee.. Dalam kesibukkan kerja dan kepenatan meredah kesesakkan jalan raya, ramai yang memilih untuk membeli di gerai-gerai Bazar Ramadhan. Bila Nad datang Bazar Ramadhan ni nad kene kawal beli makanan walaupun banyak pilihan makanan yang disediakan..biasalah nafsu di bulan Ramadhan, tengah lapar semua nampak sedap bila dah berbuka tak habis, membazir pulak kan..

Inilah pertama kali nad pergi Bazar Ramadhan dekat Taman Melawati.. En jejaka mafia cakap dulu Bazar ni ade tempatnyer tersendiri..besar..tapi sekarang bazar ni berpindah depan sikit dari tempat asal disebabkan tempat lama ada contruction. nak kata mahal biasalah kan semua barang dah naik..kita pun kalau dah rasa nak beli makanan pun nak pandang harga pun dah tak kisah..sebab tu nad cakap nad kawal pembelian dekat bazar ni..nad beli apa yang perlu je..

Inilah suasana di Bazar Ramadhan Taman Melawati










Sedang nad dengan jejaka mafia jalan-jalan mencari juadah..nad terpandang sesuatu yang menarik..nak tau ape diee..nampak orang tu..hehee..


Ni la dia..Specialnya di Bazar Ramadhan Taman Melawati ni ada ikan bakar besar oiiiii...pergh meleleh je nad tengok..hahaa..tengok je la..nak beli takut tak habis pulak..yang tinggal berdua..makan ikan sebesar itu..huhuhu...Nama kedai ikan bakar ni Botak Ikan Bakar..ofkos korang tau kenapa dinamakan nama cenggitu..huhuhu...

 Satu-satunya Bazar yang nad nampak jual ikan sebesar ni..selalu nampak ikan bakar kecik-kecik je..kalau jenis macam ni dekat kedai makanan, kat hotel..kaann...terpikir jugak ade ke orang nak beli ikan sebesar ni untuk berbuka puasa...pergh jangan tak tau..ada tau yang beli..jual la makanan apa pun dekat bazar pasti orang akan beli..





 Botak Ikan Bakar ni menjual pelbagai makanan seafood seperti ikan, sotong, lala dan paling best tu ha lobster sebesar alam..hahaha..mampu nengok jela..



 Abang ni cakap kalau pelanggan nak bubuh sambal dia, abang ni akan buat sekali...sedap betul baunya.




 Jejaka mafia pun dah tak tahan tengok abang tu buat..hahaa..last-last dia order jugak.. Dia pilih lala dengan sambal dia sekali.. harga untuk lala ni RM8.. harga yang diberi semua berbeza..macam ikan ikut saiz ikan..macam lala dah timbang untuk 1 kilo..


Memang terbaik sambal lala ni.

Kalau nak boleh hubungi abang ni 017 - 2155646

h
Haish nad ni dah la pantang tengok udang..lagi-lagi lobster..bila la nak dapat makan lobster ni..dengan isinya yang penuh tu..aumm..jeles baca blog diaorang yang pergi sabah tu dapat makan lobster..ngrrr....



IFTAR BERSAMA BLOGGER 2014 DI SALOMA BISTRO

in , by Nadia Johari, 11:32:00
hai assalammualaikum

Iftar Bersama Blogger 2014 Di Saloma Bistro - Lagi beberapa hari Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Kemeriahan hari raya amat dirasai terutama bagi nad yang merasai banyak perbezaan di bulan Ramadhan tahun ini. Pada 19 Julai nad dapat berbuka bersama blogger di Saloma Bistro yang dianjurkan Denaihati Network dan Al-Ansar Health. Kesedihan menyelubungi bila Sepetang Bersama Blogger nad tidak dapat turut serta tetapi peluang untuk berbuka puasa ni nad takkan lepaskan peluang. Memang meriah sekali dengan kehadiran para blogger, anak-anak yatim dan rakan media.


Majlis pada hari itu bertemakan Arabian...hamik kau apa nak pakai..hahaa..kalau arabian mesti la dalam kepala berjubah. Hari tu nad just simple sahaja. Suami pulak just berbaju melayu dan berseluar jeans..hahaa..lari tema husband..nak buat macam mana..husband takde  baju jubah..nak beli mahal pulak jubah sekarang..takpela..asalkan datang berbaju..hehe..nad seorang jela ikut tema pun ok..hehe

 Pendaftaran..yela sekali cek takdok nama kan naya..

Perasmian kerjasama antara Al-Ansar Health dan Denaihati


Penyerahan cek kepada Pusat Penjagaan Anak Yatim/Miskin Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi


Persembahan daripada kumpulan Damai dan Muadz. gabungan mantap, suara yang merdu dan sedap membuatkan majlis bertambah meriah dan tidak membosankan.



Makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap belaka. Banyak pilihan yang boleh kita pilih, daripada makanan berat ke makanan ringan. Syukur alhamdulillah..

Blogger Dikbee..dia yang tegur nad dulu sebab nad tak cam die..hhaaha..lain bebenor rupa dia..cantik gitu
Jumpa jugak dengan klon Norkhiriah ni..hahaa.. Nami Namia
dengan gorgoeus ladies.. Ayue, deqnoor dan kak Iera kan
memang havoc


Masa ni lah nad dapat bertemu dengan blogger-blogger yang boleh dikatakan hebat-hebat belaka. selalu berborak sahaja di facebook sekarang jumpa depan-depan..hehe..ada yang pernah jumpa, sekali jumpa havoc habis..hahaa..


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Denaihati Network dan Al Ansar Health atas jemputan ke majlis Iftar Bersama Blogger 2014. Tahniah kepada mereka yang terlibat di atas yang bertungkus-lumus memastikan acara ini berjalan dengan lancar. lepas ni boleh buat Hari Raya Bersama Blogger pulak kan..hehee...Semoga Denai hati Network terus maju dan maju...
hai assalammualaikum

Ephyra Idamanku : Beri Kesan Positif - Sebelum itu nad ingin berterima kasih kepada kak Mialiana dan pengasas Ephyra Puan Amiza kerana memilih nad sebagai pemenang untuk pantun terbaik Ephyra. Orang sekarang ni semua nak cantik bukan sahaja wanita malah lelaki pun nak nampak hensem. Kalau tengok televisyen, majalah, suratkhabar mesti banyak iklan kecantikan kan, dan kita akan terpengaruh nak beli sebab tengok muka diaorang makin cantik, tapi tak semua produk kecantikan sesuai dengan kulit kita. Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan.Sifat manusia nak sentiasa kekal cantik.

Ephyra Idamanku Untuk Penjagaan Dalaman



Nak cantik bukan sahaja penjagaan luaran malah penjagaan dalaman mesti dititiberatkan, barulah berkesan. Kesihatan kita ni seperti enjin kereta, kene servis, kene cek mana yang tak elok dan di tukar kepada yang baik, barulah kereta tu tahan lama. Macam tu jugakla badan kita, perlu ade supplement untuk kecantikan dalaman dan luaran. Banyak dah nad gunakan produk kecantikan untuk nampak tampil ayu tapi itu hanya luaran sahaja. Nad tak pernah lagi guna produk kecantikan untuk dalaman sebab kurang percaya dengan produk yang ditunjukkan, tetapi setelah nad membaca review daripada semua blogger yang telah mencuba produk ni dan banyak kesan positif yang diberi mengatakan kulit mereka gebus,mulus kebabom nad pun tak teragak-agak untuk mencubanya juga. Akhirnya nad memilih Ephyra untuk supplement dalam badan.

Sudah lama nad mencari produk kecantikan dalaman jenis air, sebab bagi nad supplement jenis air sangat berkesan untuk kecantikan kerana air menyerap terus dalam badan dan akan mengalir ke seluruh dalam badan berbanding pil. Review nad tentang Ephyra memang ikhlas dari hati Ephyra memang berkesan. Ini kotak ke tiga nad mencuba Ephyra dan alhamdulillah masalah nad alami sedikit demi sedikit berubah walaupun tak 100%. Ephyra ni bukan sahaja untuk cantik tapi untuk kesihatan kita. Kita mestila nak sihat selalu kan, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, nak kekal bertenaga. Nak raya lagi nak mengemas rumah. Ephyra ni rasanya oren, sedap..memang segar je lepas minum Ephyra ni.

Beri Perubahan Positif

1) Jerawat dan bekas jerawat makin berkurangan




Dulu kulit nad bersih daripada jerawat dan kulit berminyak, tapi sejak masuk study di UUM, muka nad makin hari makin bertambah jerawat, mungkin disebabkan faktor persekitaran yang berbeza. Nad pun dengan gatalnya mencuba pelbagai produk seperti krim muka, krim jerawat untuk menghilangkan jerawat tapi jerawat makin tumbuh bukan makin berkurang. Perempuan kalau nampak jerawat memang tak keruan..hehe. Kadang-kadang malu nak keluar nak jumpa orang. Nad terpaksa mekap tebal-tebal untuk menutup cela tu. Alhamdulillah selepas nad jumpa Ephyra perubahan tu nampak bila jerawat makin berkurangan, bekas-bekas jerawat pun semakin pudar. Jerawat pun dah kurang tumbuh dan makin mengecut. Makin lama makin berseri..huhuu. Mekap pun dah tak perlu nak tebal-tebal. Suami dah tegur muka nad dah kurang jerawat...aummm

2) Kulit Semakin Segar Tanpa Minyak


Nad memang jenis kulit berminyak. Nad pula jenis suka tido lewat, bangun pun lewat, jadi kesegaran dekat muka dah takda. Kalau pakai makeup mesti bahagian hidung akan berminyak bila lama bawah cahaya matahari. Bila pakai bedak compact nanti bedak tu akan melekat dekat tudung. Lepas guna Ephyra, nad rasa muka ni ringan je tanpa minyak dan kesegaran muka terasa. Lembut je bila pegang muka ni. Kulit kusam pun dah takde sebab Ephyra menggalakkan pertumbuhan sel baru. Hari-hari boleh keluar tanpa sebarang masalah.  Wah !! rasa gorgeous macam memey pulak lepas minum Ephyra ni..kihkih..


3) Beri Tenaga


Masa nad bekerja, semua kerja nad kene buat, dari buat delivery order ke invoice, buat cek stok, pikir itu ini, memang tak menang tangan. Bila nad mula amalkan minum Ephyra, semua kerja nad buat tu dengan lancar. Selepas kawin ni, nad belum bekerja lagi dan menjadi suri rumah. Semua kerja rumah nad buat, dari mengemas, memasak, dan sebagainya. Lagi-lagi bulan puasa ni kene bangun awal sediakan makanan untuk suami. Alhamdulillah, dengan minum Ephyra tenaga yang ada dalam badan tu dapat membantu nad membuat kerja rumah dengan baik. Nak kemas rumah untuk raya pun semangat..hehe..superwoman ok..




Apa yang nad alami, betul-betul berlaku dekat nad. banyak lagi perubahan yang berlaku selain di atas seperti period dah semakin teratur. tapi lepas kawin ni period tak teratur ade isila tu..hehe..Insyallah. Ramai yang telah mencuba memang terbukti beri kesan positif. Jangan ragu-ragu lagi tentang Ephyra ni.


Cara Pengambilan Ephyra 



Nad minum Ephyra ni pada waktu malam sebelum tido sebab masa tu la badan kita nak rehat dan penyerapan maksimum collagen berlaku. Masa puasa ni nad minum waktu sahur juga untuk tenaga yanag lebih.

1) Masukkan 1 Sachet Ephyra ke dalam botol shaker
2) Tuang Air kosong atau air sejuk dalam botol sebanyak 180 ml (jangan guna air panas )
3) Goncang
4) Minum


Makin comel orang ni sejak minum Ephyra..hahhha...Akhirnya ku temu jua supplemnet, vitamin c yang sesuai untuk diriku dan badanku. Oh Ephyra kau selalu diahtiku. Sesiapa nak order boleh order dengan nad juga. Nad pun jadi dealer kecil-kecilan juga. Kalau positif memang nad berani jual ler..hehe..nak tau ape itu Ephyra..korang boleh baca SINI

nak tau lebih lanjut pasal Ephyra


no.telefon : 03 - 41417889
handphone : 019 - 3999238
email : info@oceanlife2u.com












hai assalammualaikum

Majlis Iftar Ramadhan 2014 Di Pak John Steamboat Bersama Ewana Fm Dan Blogger  - Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis entry di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Buat pertama kalinya pada bulan Ramadhan 2014 ni, nad berkesempatan berbuka puasa bersama media, blogger-blogger dan anak-anak yatim di Pak John Steamboat anjuran EwanaFm di E-curve Damansara.

GERMAN JUARA PIALA DUNIA 2014

in , by Nadia Johari, 06:40:00
hai assalammualaikum




German Juara Piala Dunia 2014 - Dari sebelum sahur, masa sahur dan selepas sahur mata duk depan televisyen je sebab nak tengok siapa yang menang Piala Dunia 2014 ni. Nad layan dekat rumah jela sebab gigi tengah sakit, tak larat la nak keluar. Dari pukul 3 sampai la kul 4 separuh masa masih 0-0.. Sambung lagi masa still lagi 0-0 sampaila diberi masa tambahan barulah satu gol dapat dijaringkan oleh pasukan German pada minit 113. Akhirnya masa pun tamat dan German telah memenangi Piala Dunia 2014 dngan German 1 Argentina 0... Muka Messi ketat je takdok senyum pun..huhhuhu...

Pemain German yang menggolkan jaringan ialah Mario Gotze




Maka tamatlah Piala Dunia 2014 ni.. Tak sangka cek dapat tengok sampai habis..hahaha..
hai assalammualaikum




Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 - Seperti yang kita tau Brazil telah tewas dengan kekalahan yang tidak disangka. Brazil telah dibelasah teruk pada perlawanan separuh akhir dengan German. Manakala Belanda juga tewas dengan Argentina. Keputusan akhir menunjukkan German akan berjumpa dengan Argentina di perlawanan akhir Piala Dunia 2014. Pagi ini bersamaan hari Isnin berlangsungnya kemeriahan Piala Dunia 2014 di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil . Siapa yang bakal membawa pulang Piala Dunia 2014 bagi kejohanan paling berprestij di dunia. Adakah Jerman atau Argentina? Yang mana satu?

Nad tak pilih mana-mana pun.hanya sekadar tengok..kihkhkh..teman en jejaka mafia tengok rancangan kegemaran dia. Tapi memang best tengok perlawanan bola sepak luar negara ni, salah satunya tengok ketangkasan mereka menendang bola. Dari jauh pun boleh masuk dalam gol. Hebat tak hebat.. Satu lagi cara diaorang mendapatkan bola daripada kawan. Hehe...tu je.. Selalu orang tengok kehenseman wajah pemain tapi nad tak pun sebab nad tak kenal sesiapa..haha..sejak tengok bola ni la baru nad cam sikit-sikt pemain dia..tu pun dengan bantuan jejaka mafia..hehhe..k la nak tengok..bye..anggaran gol 3-1.. Hahahhaa..sukati den je...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2