SAMBUTAN HARI RAYA DI SEKOLAH

in , , by Nadia Johari, 13:54:00
hai assalammualaikum


Sambutan Hari Raya Di Sekolah - Hari Jumaat haritu, nad tengok anak-anak buah nad pakai baju raya nak pergi sekolah. Nad pun tanay diaorang " cantiknya..ada sambutan raya ek dekat sekolah" ..si rizmi pun cakap" ahak..kene pakai baju cantik-cantik..cikgu suruh".. Hehehe..terkenang balik masa nad dulu macam ni gak bila ada sambutan hari raya dekat sekolah.

Ingat lagi masa sekolah rendah..kalau ada sambutan hari raya je mesti seronok..pertamanya sebab tak belajar..hahaah...yela bila ada sambutan apa-apa je mana ada belajar..jalan sana-sini jumpa kawan..lepak dengan kawan..keduanya mesti nak pakai cantik-cantik..hahaha..konon kita la pakai baju raya paling cantik..padahal ada lebih cantik daripada kita..hahaha..masa tu pakai tudung pun lawa-lawa..lagi satu yang penting kasut tu..hah!! Kasut tu heel ok..tumit tinggi..hahaha..walaupunergi sekolah naik basikal..ada aku kisah asalkan nak melawa...hahaha...

Lepas tu suruh mak bungkus siap-siap kuih raya. Nad akan nangis bila mak tak sediakan kuih raya sebab nanti nad pikir nad sorang je tak bawak kuih raya..haaha..sampai sekolah susun meja dengan kawan-kawan..pastu tengok kuih masing-masing..heheh..meriah betul..conteng dekat papan hitam tulis " SELAMAT HARI RAYA".. Meriah kau...tengok kelas sebelah macam mana persediannya..hahaa..kenangan betul.

Sampai sekrang sambutan tu masih ada.....
hai assalammualaikum

Tampil Berseri Di Aidilfitri Bersama Safi Balqis White Trilogy - Tona tidak sekata? Kulit kusam?.. Musim raya ni mesti nak cantik, nak nampak gebu dan putih. Kulit wanita memang sangat sensitif bila terkena pancaran matahari dan persekitaran yang tidak elok. Pancaran matahari akan menyebabkan kulit wanita menjadi gelap. Setiap wanita ingin tampil cantik setiap masa dengan kulit yang cerah, sekata dan halus. Oleh itu Safi Balqis telah memperkenalkan produk terbarunya SAFI BALQIS WHITE TRILOGY untuk kita wanita ini nampak ayu di aidilfitri.

PERTAMA KALI BERAYA DI KAMPUNG

in , , , by Nadia Johari, 13:38:00
hai assalammualaikum

Pertama Kali Beraya Di Kampung - Tahun ni kami beraya bersama sebagai suami isteri. Sejak tahun lepas kemeriahan hari raya bagi dia tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana mummy telah tiada. Jadi nad wujudkan balik kemeriahan raya dengan mengemas rumah bersama, dan shoping raya bersama. Masa ni la dia dapat rasa bukan senangnya nak mengemas untuk hari raya..huhuhu.. 


En jejaka mafia lahir di Kuala Lumpur, dia dah biasa macam mana suasana raya di Kuala Lumpur, dia cakap masa arwah mummy ada, memang meriah sedara mara datang. Sejak arwah mummy takda, rumah ni sunyi je, cuma adik beradik dan kenalan rapat je yang datang. Nad pulak lahir di kampung dan tau macam mana suasana kampung bila beraya. Nad teruja nak bawak dia beraya di kampung.


Dia sendiri cakap dia tak pernah mengalami suasana sebegini..hehhe..kene pergi rumah ke rumah. Bila sampai satu rumah, baru nak makan sesuap kuih, dan secawan air dah kene bangkit sebab dah ke rumah seterusnya..hahahha..yela kat kampung semua sedara rumah-rumahnya dekat. Memang tak dan nak berbual lama-lama sebab masa itu penting dan nak pergi ke rumah lain bukan 5 buah kadang-kadang sampai 10 buah rumah. Kadang siang tak habis rumah kita sambung ke malam pula..hahhh macam tu la suasana kampung dia cakap. Seronok kalau tengok dia gembira. 

Tahun ni tak berapa meriah sebab semua balik rumah mak mertua. Tahun depan InsyAllah pasti meriah. Semua berkumpul.

NUFFNANG BUAT OPEN HOUSE RAYA

in , by Nadia Johari, 22:16:00
hai assalammualaikum

Nuffnang Buat Open House Raya - Korang ada dapat email daripada nuffnang. Nad baru dapat info ni daripada my sister blogger liz. Almaklumla dekat kampung line tak berapa elok sangat, ni pun pinjam broadband abang nad..hehee.. Kene pinjam sebab ada kerja perlu disetelkan..Banyak dah pending ni, sebab demam. Nuffnang selalu je buat event kan, tapi nad banyak tak dapat join event nuffnang. Tapi kali ni nad nak cubala. Korang jom cuba sekalai, mana tau dapat jumpa korang dekat sana kan.

Email daripada Nuffnang

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para Nuffnanger!
Harap anda semua sihat, ceria dan bahagia! :)
Sempena bulan Syawal ini, we would like to invite you to come join us at the #NNRaya Open House 2014 for some makan, minum, laughter and games with our Nuffies! Feel free to ajak fellow bloggers yang lain to meet up during the event and to have some fun bersama-sama!

Details for the event are:
#NNRaya Open House 2014
Date: 23 August 2014 (Saturday)
Time: 3pm – 8pm
Place: Wanaka the Bungalow, Damansara Heights

Join us for the fun activities supported by our official partners Ambi Pur and U Mobile.
Masak-masak session, Congkak & Batu Seremban challenge, Ambi Pur Snap & Win, U Mobile Call to Win, WOW Photobooths and more… Come ready with your cameras because there will be different exciting activities waiting for you guys!
The #NNRaya Open House 2014 is an invite-only event and we will be giving out 120 pairs of exclusive invites to you awesome Nuffnangers.


 Share our Instagram poster on your Instagram and include in your caption “Mari Beraya ke Rumah Terbuka Aidilfitri Nuffnang!” Tell us why you would like to join us. Remember to tag us @Nuffnang and include the hashtag #NNRaya.

Apa lagi jom share ler..


DEMAM SEMAKIN PULIH

in , by Nadia Johari, 19:48:00
hai assalammualaikum



Demam Semakin Pulih - Alhamdulillah..demam semakin berkurangan..dekat seminggu jugakla nad demam..seminggu tu jugakla tidur,rehat je. Bila demam badan memang lesu habis..semua benda memang tak boleh buat. Kepala penin, selsema, package..nad ada cerita dekat SINI. Bila dah start sakit tekak je, dah tau la ni mesti nak demam. Bila dah demam suami la tolong jaga, kene buat semua keje..huhuhu..nak buat macam mana, kita dah tak larat. Cuba nak bangun nak buat kerja, nak lawan demam ni, tapi kepala pulak berpinar..adehh..tidurla balikk..

Rawatan
1) Demam semakin baik pun sebab makan ubat daripada klinik. Biasalah doktor bagi ubat demam, selsema, antibiotik dan batuk. Kenela habiskan semua ubat tu..nak baik cepat..makan ikut masa yang ditetapkan. Jangan main makan je, kang jadi lain nanti. 

2) Masa demam nad memang susah nak makan nasi..yela..demam kan..semua lemah..nak kunyah pun tak larat..so cari makanan yang senang telan terus..huhuhu..nad suka makan bubur. Suruhla jejaka mafia cari bubur..gigih dia cari untuk isteri tersayang.. Lagi satu nak cepat elok makan sup. Lagi sedap..tak kisahlah suo ayam ke, daging ke campur ke..asalkan sup..tapi yang terbaik sup sayur..hehe..masa tu makan sruup..sruupp..lagi-lagi time panas..fuh badan pun ikut panas..sampai berpeluh.

3) .Masa demam ni jugak minum air kosong banyak-banyak. Itulah yang penting..Yela cuaca panas air dalam badan kurang..jadi minumla air kosong banyak-banyak..bukan air sejuk ok..

4) Ini pesanan daripada kakak nad. Kakak nad nurse, jadi die bagitau kalau demam elok pergi mandi. Itulah sepatutnya. Kadang-kadang orang tak mandi kalau dah demam kan, yela air kan sejuk takut makin demam bila terkena air sejuk, tapi kakak nad cakap mesti mandi kurangkan panas dalam badan. Lepas mandi baru terasa segar. Lepas mandi minum air panas..mesti lega. Nad pun buat..alhamdulillah..menjadi jugakla..

5) Pakai baju longgar-longgar, tutup kipas biar peluh keluar. Tapi kadang-kadang kita degil nak pasang kipas sebab panas. Tapi nad pasang kipas sebab nyamuk..hahaha.. Kita kalau demam, mesti kene keluarkan peluh, pasti lepastu sihat.

6) Gunalah KOOL FEVER..hehhe..nad ada bat entry dekat SINI..hehhe

Sekarang alhamdulillah..dah semakin ok..cuma batuk jela belum ok lagi..suara pun macam ella ni ha..hehe..

KOOL FEVER KURANGKAN DEMAM

in , , by Nadia Johari, 19:11:00
hai assalammualaikum

Kool Fever Kurangkan Demam - Dah hari kedua belas kita menyambut Syawal..sekejap je kan..aritu baru je kita sambut Ramadhan..sekarang dah seminggu lebih sambut raya..makan jangan cakap la..apa orang sediakan, kita bedal jela..Tapi raya tahun ni nampak macam kurang meriah mungkin disebabkan tragedi pesawat MH17. Tahun ni pun semua adik beradik raya dekat belah mak mertua masing-masing.. Nad pun raya dah tunggang terbalik..boleh pulak ulang alik klang ke kuala lumpur..nampak sangat " dekatnya".. Nampaknya tahun depan kene buat perancangan dengan betul.. 

Raya-raya ni cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas.. Minum air pun sejuk-sejuk..nah amik kau kan dah demam.. Balik kuala lumpur je terus demam..siap package demam, batuk dan selsema..huaaa..tak larat..dah terlantar dekat sofa je ni..online pun dah larat.. Tadi baru je pergi klinik.. Macam biasalah kalau pergi klinik doktor mesti cakap sakit ape.. Doktor oo doktor.. Nad pun cakapla demam..dah tau dah ubat demam sama je.. Dekat rumah ni banyak ubat demam sebab sebelum-sebelum ni nad ada demam jugak..dah pesan dekat jejaka mafia tak payah pergi klinik tapi dia suruh juga..yela kot-kot ada penyakit lain?dia risau..ok kita ikutkan aje..


Satu benda bila demam nad suka pakai ialah kool fever . Nad beli untuk orang dewasa punya..Nad suka pakai sebab dia sejuk bila letak dekat dahi atau leher...dapatla kurangkan panas dalam badan ni..lepas  beli je nad letak dalam peti ais biar sekejap lepas tu pakai..hahhh..rasa lega je.. Nad penah baca dekat blog, tak bagus kool fever ni, kalau letak satu tempat je, jadi nad buat macam kain lap, sekejap letak kat dahi sekejap letak dekat leher.. Kool fever ni Dewasa menyerap dan menyebarkan haba dengan berkesan..

Cara gunakan
1) buangkan lapisan nipis diatas gel biru
2) latak dileher atau dahi
3) biarkan semalaman






WORDLESS WEDNESDAY : SOMBONG

in , by Nadia Johari, 16:12:00
hai assalammualaikum


Wordless Wednesday : Sombong - Sombong, bongkak, angkuh dan takabur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Iaitu salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina dina."(Almukmim:60)


hai assalammualaikum


Selamat Hari Raya - Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis entry di blog. Setelah sebulan kita berpuasa..hari ini kita meraikannya di bulan Aidilfitri ini. Inilah kali pertama beraya bersama suami tercinta. Dapat merasai kemeriahan Aidilfitri yang memang berbeza pada tahun ni. alhamdulillah segala persiapan raya berjalan dengan lancar.. Walaupun ada kekurangan sedikit, almaklumla pertama kali nak beraya, jadi persiapan hanya ala kadar je.

Di sini nad ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada keluarga, sahabat handai, sahabat blogger yang mengenali diri ini atas segala salah silap nad, sekiranya nad ada terkasar bahasa, terbuat korang menyampah, terkata benda yang menyakitkan hati, maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kita hanya insan biasa, yang mempunyai kesalahan, jadi maaf memaafi sesama kita. 

Peringatan kepada mereka yang bermain mercun, berhati-hati jangan sampai mencederakan anda. Aidilfitri ini pelbagai juadah disediakan, tapi jangan makan terlalu kenyang, kang berat badan naik dah tak keruan. Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri beringatlah pada mereka yang serba kekurangan. Dan sama - samalah kita mendoakan kepada mangsa - mangsa pesawat MH370,  MH17,  negeri Sabah  serta juga saudara kita di Gaza Palestin.


Selamat HAri raya semua.


CERITA RAYA DI TV3 2014

in , by Nadia Johari, 04:12:00
hai assalammualaikum

Cerita Raya Di TV3 - Tadi dah diumumkan esok raya, jadi semua yang nak balik ke kampung semoga berhati-hati di jalan raya..pada yang dah sampai kampung..bergembiralah dengan orang tersayang.. Sempena Hari Raya ni banyakla cerita yang menarik disiarkan di televisyen. Siaran TV3 yang paling popular yang nad tunggu-tunggu sebab mengikuti cerita ni setiap minggu..hehe..iaitu..

TARIKH : 27 Julai 2014
SIARAN :  Ahad, 9.00 malam di TV3
PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman

SINOPSIS LOVE YOU MR. ARROGANT RAYA
Cerita ni dah ditayangkan malam tadi..best giler..Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.


TARIKH : Hari Raya Pertama, 9.00 malam
SIARAN : Anugerah Syawal, TV3
PELAKON :  Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi

SINOPSIS SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?


TARIKH : Selasa, 29 Julai 2014 (Hari Raya Kedua)
SIARAN : 9.00 malam, Fiesta Raya, TV3 
PELAKON : Akim Ahmad, Nad Zainal.

SINOPSIS KAMPUNG GIRL RAYA

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.
 TARIKH : 30 Julai 2014 (Hari Raya Ketiga)
SIARAN : 9.00 malam di TV3
PELAKON : Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena

Sinopsis Yes, Boss! Raya

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?
Tajuk: Love You Mr. Arrogant Raya
Channel : TV3
Tayangan : 27 Julai 2014 Masa: Ahad, 9 Malam
Barisan Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman

Sinopsis Love You Mr. Arrogant Raya

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.
- See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-love-you-mr-arrogant-telemovie.html#sthash.Ieq4Ecrv.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri tedapat banyak telemovie yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat drama khusunya. Telemovie ini ditayangkan bermula pada malam raya dan malam-malam seterusnya. Siaran telemovie TV3 sempena raya adalah seperti berikut: - See more at: http://www.bukancincai.com/2014/07/tonton-telemovie-raya-di-tv3.html#sthash.34h0CROW.dpuf
hai assalammualaikum

Resepi rendang : Pertama Kali Maak Rendang Ayam - Sejak dah berkahwin ni keinginan suami mesti diturutkan..yela kalau tak buat kang dia majuk.. Setiap tahun Aidilfitri , rendang menjadi keutamaan sisi keluarga, tapi bukan nad, keluarga nad tak pernah masak rendang.. Mak nad selalu masak ayam kicap, sambal kacang, sayur lemak dan lontong.. Lepas tu selalu munjung..tradisi orang jawa.. Berlainan dengan jejaka mafia, setiap tahun Hari Raya rendang menjadi kwajipan santapan mereka sekeluarga..jadi jejaka mafia suruhla nad buat..

Dalam hati..makk aih cek tak pernah masak rendang..seriuss oiitt..tak pernah.. Nak taknak kene buat jugak.. Sebab dia akan rasa lain kalau takde rendang.. Jadi taknak hilangkan mood dia, nad pun masakla..sayangbsuamii oitt..hehehe.. Mulalah cari resepi dekat youtube..dekat en google..last-last resepi mintak dekatbisteri adik ipar..isteri adik ipar pun bagi...nasib baik lengkap..senang dan mudah..


Inilah rndang pertama buatan ku..bahan-bahan semua jejaka mafia yang pergi beli..nad tukang masak je.. Nad buat lepas berbuka puasa sebab takut nanti tawar sebab tak dapat rasa masa puasa..hehehe.. Dah siap bagi jejaka mafia rasa..pergh terseyum nad bila dia cakap sedap..alhamdulillah..menjadi gak rndang aku yang pertama ni..hehe.. Sok raya uitt..

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2