hai assalammualaikum



Cara Mengenalpasti Produk Legacy Secret Original Melalui Holo QR - Masalah berat badan!! Masalah keintiman..!! Susah nak mencari produk yang berkualiti..hah jawapanya ada di Legacy Secret. Apa tu Legacy Secret nama produk ka?...LEGACY SECRET merupakan salah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk  penjagaan kesihatan yang terlaris di pasaran Malaysia. Banyak produk yang telah dibangunkan oleh Legacy Secret seperti produk kelansingan badan,  produk putihkan kulit dan juga produk pewangi rambut.

SECRET LAXING Produk Melangsingkan Badan




Salah satu produk keluaran Legacy Secret iaitu Secret Laxing yang membantu anda memberikan bentuk badan ideal untuk tampil lebih anggun, menawan dan bergaya. Tidak kira lelaki atau perempuan yang mengalami masalah berat badan boleh menggunakan produk ini.


HARGA


Semenanjung: RM 33.00
Sabah Sarawak: RM 39.00
Brunei: BRD 18.00
Singapura: SGD 18.00


Apakah kegunaan atau khasiat Secret Laxing ni?

       Membakar kalori lebih berganda
       Meningkatkan metabolisme
       Meningkatkan tenaga dengan membakar lemak dalam badan 
       Mengecilkan saiz badan

TIPS :
   Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
   Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui, memiliki sakit gastrik, tekanan darah tinggi dan gangguan jantung
   Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
   Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
      Perbanyak minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.

Secret Laxing ni adalah sebanyak 250 ml sebotol dan cara penggunaannya adalah, boleh diminum terus, boleh diambil setiap hari dan digalakkan untuk mengambil 2 kali sehari sebelum makan.

Bahan-bahan dalam Secret Laxing ialah Honey, prune, delima, goji berry, sireh, beet root, L-carnitine, senna leaf, garcinia cambogia, green tea, acai berry, dandelion, white kidney bean, grape extract and rose water.


Bagaiman Mengenalpasti Produk Legacy Secret Yang Original?


Ramai yang telah mencuba produk daripada Legacy Secret dan memberikan pandangan yang positif..anda mau cuba!!.. macam mana nak tahu  produk Legacy Secret original atau tidak? hah.disebabkan dah terlalu banyak produk sampai orang lain sanggup membuat tiruan ke atas sesuatu produk. Jadi anda perlu berhati-hati ketika membeli produk Legacy Secret  supaya tiada kesan negatif dekat badan kita. Meh nad share bagaiman ingin mengenalpasti Produk Legacy Secret yang Oridginal.

1. Pengesahan Melalui Visual


 

Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah. A
pabila serongkan ( holo QR ) kepada 15 darjah ... korang akan nampak tulisan 'LS' . Jika ada , bermakna produk yang korang beli itu adalah original .  


2. Pengesahan Melalui Sentuhan






Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari

3. Pengesahan Melalui QR Wechat




   

Imbas kod produk dan info akan diberikan. Install apllication wechat dan add WeChat ID : harummalam. Cara ini lebih mudah dan anda boleh membeli tanpa was-was kerana melalui QR WeChat , anda boleh scan ( holo QR ) daripada produk Legacy Secret ni  dan segala info-info yang berkaitan akan diberi.


PERINGATAN !!! 


1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .  Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.


Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Bawah ini untuk mengenalpasti produk Original Harum Malam daripada Legacy Secret


Wechat ID : harummalam






KAD RAYA DARIPADA BLOGGER

in , , , by Nadia Johari, 02:58:00
hai assalammualaikum

Kad Raya Daripada Blogger - Masih ada lagi tradisi hantar kad raya. Kalau dulu masa sekolah, nad rajinla bagi kad raya korang sebab tengok banyak kad raya dekat pasaraya yang dijual. Cantik semuanya. Siap tulis lagi " Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"..hahaa..kita pun nak kad raya gak..hehe.. Lepas tu zaman teknologi..orang mula hantar ucapan raya guna massage iaitu SMS. Sekarang blogger buat balik bagi kad raya.. sweet-sweet jw kad raya diaorang. Sekarang dah boleh edit sendiri tinggal print je. Hebat dunia sekarang.

Alamak dah habis raya erk..dah sebulan ke..dah nak habis baru nak tunjuk kad raya ni ha..hehee..nak buat macam mana..nunggu kad raya korang ni ha..rasa macam dah takda kad raya je kan, baru nak update..hehee..maaf ye kawan-kawan..apa pun kad raya korang dah selamat sampai ke tuannya..terima kasih ye..Kad raya semua  yang nad dapat lawa-lawa dan cun. Tunggu tahun depan la nad buat kad raya..hehee..

Meh kita tengok kad raya siapa tu ye.


Blogger Aina Roseberry. Blogger yang suka warna pink. sangat tinggi orangnya..hahaa..Meh lawat blog dia www.ladyainaa.com



Blogger Khairil Mazri, seorang blogger yang berjiwa besar. Belum berkesempatan nak jumpa dia lagi. Lawat blog dia www.khairilmazri.com



Blogger Zaza Iman. Blogger sweet, cantik. Blog serng bertukar warna..hahaha..Masa mula-mula kenal dia peramah je, suara lembut je. Zaza ada buat printing, designing dan seangkatan dengannya. Kalau nak order leh lawat blog dia www.zazazehra.com


Blogger Mawar Biru. Alolololo muka comey, putih macam chinese tapi die bukan chinese..hehe..Pandai banyak bahasa..hahaa..bahasa jawa boleh, chinese boleh dan macam-macam lagi..hehe... meh datang blog dia http://therylisanurulain.blogspot.com/



Blogger Tya salmid. Dah lama kenai budak ni sampai gelar dia cinonet..hehe..jangan marah dik non..gurau je..Peramah, banyak cakap..hahaha..meh lawat blog dia, www.tyasalmid.com 
 Tya ni seorang pembaca novel yang tegar, tapi dia nak jual separuh novel dia dengan harga yang murah. Jadi penggemar novel boleh pergi ke Instagram dia http://instagram.com/tiasalmidnovelis 




Akhir sekali, blogger Afzalsuaksuki. Tak tau nak describe dia macam mana sebab baru kenal..hehee..dengan tak malunya nad mintak kad raya dia. akhirnya sampai jugak..meh lawat blog dia www.afzalsukasuki.blogspot.com

Terima kasih korang bagi kad raya.

MASJID SELAT MASJID TERAPUNG DI MELAKA

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Masjid Selat Di Melaka - Dah lama rasanya tak ke Melaka. Seingat nad, masa sekolah rendah pergi Melaka disebabkan rombongan sekolah..sekolahh der..sekarang dah jadi isteri orang..lama gilerr tak jejak Melaka. Hari tu dapat jugak jejak Melaka sebab jejaka mafia pergi rumah terbuka member dia. Alangkah gumbiranya cek sebab dapat pergi Melaka, tapi sedihnya tak dapat pusing-pusing Melaka, sebab destinasi bukanla jalan-jalan tapi pergi beraya..hehhee. Sebelum ke Melaka singgah rumah pak mertua dekat Negeri Sembilan. Pukul 4 baru gerak ke Melaka. Sebab tu tak sempat nak round Melaka,tapi dapat la pergi satu tempat di Melaka yang menjadi kegemaran para jurugambar ( jejaka mafia) untuk mengambil gambar iaitu Masjid Selat. 




Ini kali pertama nad jejak Masjid Selat Melaka. Masjid yang sangat cantik dan unik. Sebab apa die unik, sebab rekabentuk masjid ni lain daripada masjid yang pernah nad tengok. Masjid ini di bina di atas Pulau, jadi nampak seakan " Masjid Terapung". Bila tengok air, rasa tenang je dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa ni. Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat cukup membuatkan hati selesa dan dapat menenangkan jiwa. 

photo by KEREX PHOTOGRAPHY
 "Masjid Selat di Melaka, dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlah RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006."




Bila masuk je dalam Masjid selat, dah boleh nampak Menara tinggi di belah kanan.Menara setinggi 30 meter bukan sahaja untuk mengumandangkan azan, malah dijadikan sebagai Rumah Api. Cahaya amaran diberikan melalui menara itu kepada kapal-kapal dan perahu-perahu yang melalui Selat Melaka itu. Selain itu, ia juga bertindak sebagai panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.






Terdapat laluan khas untuk para pelancong melihat dengan lebih dekat mengenai Masjid Selat ini. Laluan ni dibuat supaya pelancong dapat mengambil gambar dan melihat rekabentuk dan senibina masjid dengan lebih dekat dan merasai tiupan angin pulau buatan manusia yang cantik ni. 




Ramai pelawat yang datang kesini, bukan sahaja Islam malah pelancong dari luar negara pun ada. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam, di sini ,di sertakan baju jubah supaya pelancong Bukan Islam dapat masuk ke dalam Masjid Selat tanpa berpakaian seksi. Masjid kan rumah Allah, tak elok pakai pakaian yang tidak menutup aurat. Jadi jubah disediakan supaya pelancong bukan Islam yang ingin masuk perlu memaki jubah tersebut. 





Menjaga dan memastikan rumah allah sentiasa bersih adalah tanggungjawab bersama. Melihat persekitaran di Masjid selat sangat bersih sekali. Nak masuk tandas pun kene buka kasut. Bagus kan macam tu. Kebersihan sentiasa terjamin.





Banyak tempat lagi yang kita boleh kunjungi di Melaka ni dan melihat panaroma di Melaka.





hai assalammualaikum

22 Ogos 2014 Hari Berkabung Malaysia -   Belum reda kes tragedi kehilangan MH370 , terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia). Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Semua rakyat Malaysia berasa turut beras sedih tentang kejadian ini.




Esok akan diadakan Hari Berkabung Malaysia demi memperingati tragedi pesawat MH17. Pada hari tersebut sebahagian mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba dan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib bagi mangsa MH17 yang beragama Islam akan dilakukan serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat esok.Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Al-fatihah 

WORDLESS WEDNESDAY : FOKUS

in , by Nadia Johari, 23:52:00
hai assalammualaikum


COOLHIJAB SERUM UNTUK MASALAH RAMBUT

in , by Nadia Johari, 18:43:00
hai assalammualaikum


CoolHijab Serum Untuk Masalah Rambut - Mengalami masalah seperti di atas..hah tu semua adalah masalah rambut yang sering kita hadapi. Lagi-lagi bagi wanita yang berhijab, rambut akan sentiasa tertutup dan  masalah-masalah ini akan terjadi. Rambut adalah mahkota bagi seorang perempuan, jadi kenala jaga elok-elok kan walaupun kita berhijab. Kalau pakai shampu je mesti kurang berkesan, jadi apa kata cuba produk yang nad guna ni..hehee..produk apa..hah meh baca lagi bawah..

CoolHijab merupakan  Serum Rambut khas bagi wanita bertudung / berhijab. CoolHijab akan memastikan wanita berhijab dalam keadaan selesa, suci dan lebih berkeyakinan. Adakah produk ni untuk yang berhijab sahaja?..oh tidakk..produk ni sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut..ok paham yang mempunyai rambut sahaja..jadi maknanya tak kira la berhijab atau tidak..korang boleh pakai serum rambut ni. Lagi satu serum ni bukan untuk wanita sahaja, lelaki pun boleh pakai tapi mesti mempunyai rambut..hehee. 

Kandungan dalam CoolHijab
  • Minyak Papermint - Menyejukkan kepala dan rambut ketika bertudung | Mengurangkan Kelemumur | Melegakan sakit kepala dan migraine
  • Minyak Zaiton - Melembutkan rambut
  • Minyak Gelam - Mengelakkan kegatalan pada kulit kepala | Memperbaiki rambut yang rosak dan bercabang | Menggalakan pertumbuhan rambut baru | Merawat masalah uban
  • Wangian Aroma Terapi - Memberi kesegaran kepada minda & stress | Menghilangkan bau hapak pada rambut
  • Minyak Jojoba - Merawat kulit kepala yang berminyak atau kering | Menguatkan akar rambut
  • Minyak Alovera - Merawat kulit kepala
  • Minyak Kayu Putih - Mempercepatkan minyak serap ke kulit kepala

Kelebihan CoolHijab


Apa yang nad rasa bila pakai CoolHijab?
Haritu nad baru terima satu botol kecil CoolHijab untuk percubaan.Terima kasih Halim Brothers sebab sudi kongsi produk ni bersama blogger. Bila produk berkesan mestilah kita puas hati kan. Ofkos puas hati..bila dapat je produk ni nad terus pakai. memang dingin je kat kepala ni, terasa seperti ada angin je atas kepala..eheehe..lagi-lagi bila cuaca panas, tapi kepala rasa sejuk je selepas pakai serum rambut CoolHijab ni. Rambut pun rasa selesa je walaupun berhijab seharian. Titis sedikit sahja dekat kepala, lepas tu urut-urut sikit..arghh nyaman..

Bila pakai produk ni..rambut nad wangi je sebab serum ni baunya pun wangi..jadi rambut pun jadi wangilah..hehe..takde hapak lagi..muka pun selalu tersenyum kan, ceria je nak buat kerja sebab masalah rambut dah hilang.

Cara penggunaan CoolHijab
1) semasa mandi basuhkan rambut anda dan buarkan rambut anda sedikit lembap. Kemudian titiskan dua atau lebih ( mengikut panjang rambut) serum di tapak tangan dan gosokkan. Jangan gosok terlalu lama, terus sapu pada rambut sehingga kena kulit kepala. Elakkan daripada terkena mata.

2) Picit terus serum CoolHijab ke kulit kepala dan keseluruhan rambut.


Serum Rambut Coolhijab memberi keselesaan pada rambut. Setiap hari mesti pakai. Nak cuba..korang boleh order dengan nad..ok ..:).. Mr bobo pun pakai..hehehe..



SAMBUTAN HARI RAYA DI SEKOLAH

in , , by Nadia Johari, 13:54:00
hai assalammualaikum


Sambutan Hari Raya Di Sekolah - Hari Jumaat haritu, nad tengok anak-anak buah nad pakai baju raya nak pergi sekolah. Nad pun tanay diaorang " cantiknya..ada sambutan raya ek dekat sekolah" ..si rizmi pun cakap" ahak..kene pakai baju cantik-cantik..cikgu suruh".. Hehehe..terkenang balik masa nad dulu macam ni gak bila ada sambutan hari raya dekat sekolah.

Ingat lagi masa sekolah rendah..kalau ada sambutan hari raya je mesti seronok..pertamanya sebab tak belajar..hahaah...yela bila ada sambutan apa-apa je mana ada belajar..jalan sana-sini jumpa kawan..lepak dengan kawan..keduanya mesti nak pakai cantik-cantik..hahaha..konon kita la pakai baju raya paling cantik..padahal ada lebih cantik daripada kita..hahaha..masa tu pakai tudung pun lawa-lawa..lagi satu yang penting kasut tu..hah!! Kasut tu heel ok..tumit tinggi..hahaha..walaupunergi sekolah naik basikal..ada aku kisah asalkan nak melawa...hahaha...

Lepas tu suruh mak bungkus siap-siap kuih raya. Nad akan nangis bila mak tak sediakan kuih raya sebab nanti nad pikir nad sorang je tak bawak kuih raya..haaha..sampai sekolah susun meja dengan kawan-kawan..pastu tengok kuih masing-masing..heheh..meriah betul..conteng dekat papan hitam tulis " SELAMAT HARI RAYA".. Meriah kau...tengok kelas sebelah macam mana persediannya..hahaa..kenangan betul.

Sampai sekrang sambutan tu masih ada.....
hai assalammualaikum

Tampil Berseri Di Aidilfitri Bersama Safi Balqis White Trilogy - Tona tidak sekata? Kulit kusam?.. Musim raya ni mesti nak cantik, nak nampak gebu dan putih. Kulit wanita memang sangat sensitif bila terkena pancaran matahari dan persekitaran yang tidak elok. Pancaran matahari akan menyebabkan kulit wanita menjadi gelap. Setiap wanita ingin tampil cantik setiap masa dengan kulit yang cerah, sekata dan halus. Oleh itu Safi Balqis telah memperkenalkan produk terbarunya SAFI BALQIS WHITE TRILOGY untuk kita wanita ini nampak ayu di aidilfitri.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2