hai assalammualaikum
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak - Lepas je kenduri belah lelaki dah selesai, nad sekeluarga dan saudara bergerak nak pulang. Sebelum balik sebenarnya nak jugak tau apa tempat menarik di Perak ni, tapi malangnya tak sempat. Jadi saudara nad cadang pergi ke Kuala Kangsar untuk singgah di satu masjid ni untuk menunaikan solat. Pertama kali nad datang masjid ni, sangat cantik dan besar. Nama masjid ni ialah Masjid Ubudiah.
Masjid Ubudiah merupakan
antara masjid tercantik di Malaysia dan senibinanya amat mengkagumkan.
Ia antara mercu tanda Kuala Kangsar, bandar diraja Perak.
Masjid ini dikatakan telah dibina sejak zaman Sultan Idris Murshidul
Adzam Shah 1 lagi, iaitu pada tahun 1910. Namun, pembinaannya tertangguh
apabila dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris Shah dan Raja Chulan
bergaduh dan menyebabkan semua jubin marmaryang diimport dari Itali itu
pecah.
Sehinggalah pada Tahun 1917 barulah masjid ubudiah
dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu
Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada Tahun
1916. Perbelanjaan pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM220,000.00
Masuk je ke dalam masjid, Masyallah, cantik dan luas dengan cahaya lampu yang menyinari setiap ruang.Tambahan pula,Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil yang
berwarna keemasan itu memang cukup menarik. Ruang solat ini juga turut
dilengkapi dengan penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan para
muslimin dan muslimah yang berkunjung untuk beribadah disini.