hai assalammualaikum
Pakaian Bersih Dan Kulit Terjaga Dengan Ecover - Aktiviti mencuci baju, nad lakukan 2 kali seminggu atau paling malas seminggu sekali..hehee. Bila tengok baju kotor berlambak dalam bakul, apa lagi mulalah kita sumbat semua dalam mesin basuh sebab datangnya kemalasan tu...ooppss jangan macam tu, takut nanti keputusannya, kain jadi lusuh, bercampur warna,
berbulu dan bermacam lagi.
Dari dulu lagi keluarga nad pakai sabun serbuk Daia sebagai pencuci pakaian sebab dia wangi tapi masalahnya selalu wangi tu tak tahan lama dan paling tak best apabila ada kesan sabun pada pakaian dan kesan itu akan nampak lebih jelas apabila melekat dekat pakaian berwarna hitam. Yela kadang-kadang kita ni nak cepat, main masuk je baju tanpa menunggu serbuk sabun tu cair.
Lagi satu bila guna sabun pakaian jenis liquid, buih pulak tak banyak. Nad ni kalau buih tak banyak bila basuh baju memang tak best sebab rasa tak bersih je baju tu dibasuh..kihkihkih. Masalah lain ialah kulit sensitif dengan sabun, kalau guna sabun je mesti kulit mengelupas..kulit keringg..ade tak..ade tak masalah tu..mesti ade kannn..mesti korang terpikir ape sabun yang sesuaii kann..
Korang mesti penah alami macam nad kan!!..kalau korang nak tau produk pencuci Ecover ada penyelesaiannya malah dia menjaga baju kita supaya tidak rosak. Nad dah cuba pakai tiga jenis pencuci pakaian Ecover ni, memang menakjubkan!!! wow gitu.. Tak pernah dengar Ecover! Ecover ni sebenarnya barang daripada luar negara yang baru je masuk ke dalam pasaran kita.
Sejak tahun 1980, eCover adalah jenama yang paling terkenal di dunia
produk pembersihan rumah yang mesra alam. Ecover dikuasakan oleh alam semula jadi dan menghasilkan pembersih yang diperolehi daripada tumbuhan dan mineral. Ini bermakna produk-produknya adalah bebas dari bahan kimia. Kulit
kering!! kulit mengelupas, kadang-kadang sering terjadi kepada pengguna
yang mengalami kulit sensitif apabila menggunakan sabun baju. Jangan risau, bagi mereka yang
mempunyai kulit sensitif terhadap sabun masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan pencuci Ecover.
Ecover merupakan produk pembersihan yang mesra alam. Ini adalah kerana produk ini diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan dan berasaskan mineral yang menjadikan mereka hebat ekologi dan mampan dan
produk-produknya tidak pernah diuji
ke atas haiwan.
Ecover juga menitikberatkan hal pembungkusan setiap produk mereka bagi mengelakkan masalah alam sekitar daripada terus tercemar. Seperti korang tahu, penghasilan plastik dibuat daripada bahan kimia dan memberi impak yang negatif kepada alam sekitar, jadi Ecover telah dapat menyelesaikan masalah ini dengan membuat semua pembungkusannya daripada tumbuhan dan mineral. Semua
botol ECover adalah
100% daripada bahan tumbuhan dan 100%
boleh dikitar semula. Selain itu mereka telah melaksanakan polietilena inovatif (PE) iaitu plastik hijau yang dipanggil Plant-astic yang 100% diperbaharui, boleh diguna dan dikitar semuala dan diperbuat daripada tebu.
Sabun Pakaian Ecover
Produk Ecover yang nad dapat adalah dalam bentuk botol yang berupa cecair dan pekat.
Non Bio Laundry Liquid
1.5L
rm 41.50
Pencuci ini sesuai untuk pakaian yang berwarna putih dan berwarna. Nad letak sabun ni dengan mengikut arahan dibelakang. Sabun ini dalam bentuk cecair dan kepekatan sabun ini mampu membersihkan pakaian dengan berkesan. Ia mencuci dengan sangat baik walaupun
pada suhu yang rendah dan tidak mengandungi brighteners opti. Seperti yang nad cerita dekat atas tadi, pencuci pakaian Ecover adalah berasaskan tumbuhan dan mengeluarkan aroma semulajadi yang segar. Non Bio Laundry Liquid mampu menaggalkan kesan kotoran yang degil dan meninggalkan wangian yang harum.
arahan:
Untuk mesin basuh: meletakkan dos dalam dispenser dulang mesin. Untuk hasil yang optimum pada kulit putih, ikut arahan di atas dan menambah eCover Bleach. Letakkan peluntur ke dalam dispenser dulang mesin.
Untuk mesin basuh: meletakkan dos dalam dispenser dulang mesin. Untuk hasil yang optimum pada kulit putih, ikut arahan di atas dan menambah eCover Bleach. Letakkan peluntur ke dalam dispenser dulang mesin.
Untuk cucian menggunakan tangan hanya membubarkan 1 ½ tudung penuh (53ml) dalam 5 liter air suam. Basuh dan bilas pakaian anda seperti biasa.
Ecover Non bio Laundry Liquid - Manfaat
• Minyak segar daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan.
• Membasuh cekap menggunakan kuasa alam semula jadi
• Jenis terima kasih kepada tangan anda untuk tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral
• Tidak berdasarkan bahan-bahan petrokimia
• Tidak diuji ke atas haiwan
• Tiada sisa bahan kimia yang tidak perlu ditinggalkan di pakaian anda
Under The Sun Fabric Conditioner
750ml rm 17.80
Selalunya baju di bawah panas matahari terik akan memudarkan baju kita dan bau wangi akan menjadi kurang.Sejak nad pakai Pencuci Ecover Sun ni bau wangi masih ada dan membuatkan baju menjadi lembut walaupun seharian jemur di bawah matahari.
arahan:
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 tudung penuh (2 untuk kelembutan tambahan) ke perapi fabrik mendispens petak mesin basuh anda. Jalankan mesin basuh seperti arahan pengilang.
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 tudung penuh (2 untuk kelembutan tambahan) ke perapi fabrik mendispens petak mesin basuh anda. Jalankan mesin basuh seperti arahan pengilang.
Untuk cucian menggunakan tangan: menambah bilasan terakhir cucian anda. Cairkan ½ 1 tudung penuh dalam 5 liter air suam. (1 tudung penuh = 30ml). Jangan letakkan perapi fabrik terus ke pakaian anda.
Ecover
Fabric Conditioner - Manfaat
• Secara semulajadi melembutkan dan menyegarkan pakaian anda
• Dibuat menggunakan diperbaharui, loji dan bahan-bahan berasaskan mineral
• Membantu mengurangkan statik, menjadikan pakaian anda lebih mudah untuk digosok.
• Tiada pewarna, bahan-bahan hanya berasaskan tumbuhan.
• Tiada bahan petrokimia
• Secara semulajadi melembutkan dan menyegarkan pakaian anda
• Dibuat menggunakan diperbaharui, loji dan bahan-bahan berasaskan mineral
• Membantu mengurangkan statik, menjadikan pakaian anda lebih mudah untuk digosok.
• Tiada pewarna, bahan-bahan hanya berasaskan tumbuhan.
• Tiada bahan petrokimia
Delicate For Fine Fabrics
1L rm 19.00
Selalunya kalau nad nak basuh cadar, tuala mesti gune sabun yang sama untuk mencuci pakaian. Nak tau apa jadi,mesti berbulu dan kasar..hahha.. Dengan pencuci Delicate For Fine Fabrics ia dapat menjaga fabrik dan sutera anda dengan baik. Nad pakai untuk basuh cadar dan tuala, pergh lembut sehhhh..best sangatt..tangan pun halus jee..
arahan:
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 ½ kap penuh (45ml) ke dalam dispenser mesin anda. Jalankan mesin anda seperti arahan pengilang.
Untuk mesin basuh: tuangkan 1 ½ kap penuh (45ml) ke dalam dispenser mesin anda. Jalankan mesin anda seperti arahan pengilang.
Untuk cucian menggunakan tangan: mencairkan 2/3 tudung penuh (20ml) daripada ke dalam 5 liter air suam. Basuh pakaian anda seperti biasa.
Faedah - ecover halus
• Sesuai untuk fabrik halus, sutera dan wul
• Mengekalkan kelembutan fabrik halus dan melindungi warna
• Bukan biologi
• Menghormati kulit anda: tiada pewarna, bahan-bahan hanya loji berasaskan
• Tiada bahan petrokimia
Mak
nad dah ajar jangan campur baju, seluar dan fabrik lembut. Sampai
sekarang nad dengar cakap mak..hehee..Nad akan asingkan baju, seluar dan
fabrik seperti tuala dan cadar tilam.. Dah ade sabun Ecover ni, bolehla gune untuk khas lain-lain kain.
Produk Pencuci Ecover Memang menakjubkan!!!!
Produk Ecover memang membantu alam sekitar daripada tercemar kerana semua produk dihasilkan daripada tumbuhan dan mineral. Semua produk cecair pencuci Ecover mempunyai logo Kulit Sensitif dan telah diluluskan. Pencuci Pakaian Ecover tidak meninggalkan kesan bahan kimia ke atas kulit kita. Apa yang menakjubkan tentang produk pencuci Ecover ni, air lebihan yang mengalir keluar semasa membasuh pakaian tiada kimia dan membantu alam semulajadi daripada tercemar serta air lebihan cucian yang kita gunakan untuk membasuh itu boleh disiram ke atas pokok bunga dan pokok atau tumbuhan lain. Jimat dan menakjubkan kan..
Produk Ecover mempunyai pelbagai jenis khas untuk pembersihan rumah kita tanpa bahan kimia. Nak tau lebih lanjut boleh layari http://my.ecover.com/
Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seperti :
- Village
Grocer (1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
- Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery)
- Presto supermarkets (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
- B.I.G. (Solaris Dutamas)
- Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)
- Presto supermarkets (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
- B.I.G. (Solaris Dutamas)
- Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)
atau melalui online ECOVER
****** SIMPLE GIVEAWAY*******
Panjang nad bercerita mengenai sabun cuci pakaian Ecover ni kan..hehee..sekarang nad nak berkongsi dengan korang semuaaa..nad dah cuba memang menakjubkan..korang pulak cuba..tidak menghampakan..lagi-lagi yang selalu kulit sensitif tu..
a) Senang je giveaway ni..tak perlu buat entry pun..cuma like
fanpage nad je.
b) lepas tu korang pilih salah satu produk seperti di bawah yang
korang suka dan tulis pendapat korang bagaimana pentingnya kebersihan pakaian
kepada anda dan sekeluarga.? .Berikan pendapat di ruangan komen di bawah ni
sahaja
1. One (1) Non-Bio Laundry Liquid
1L
2. One (1) Fabric Conditioner 750ml
3. One (1) Delicate 1L
c)
Sertakan email, alamat ye untuk bagi urusan penghantaran barang.
d)
Tarikh luput ECOVER
GIVEAWAY ialah pada 18 September 2014
e) HANYA MEMILIH TIGA
PEMENANG SAHAJA DENGAN KOMEN TERBAIK..CEPAT-CEPATT..SEBELUMTERLAMBAT