hai assalammualaikum

Kem Cuti sekolah Oktober & November 2014 -  Musim cuti sekolah dah nak bermula. Masa ni la ibu bapa mula rancang nak bercuti sana-sini. Bagi yang tak dapat bercuti,tak tahu nak buat program apa untuk anak-anak masa cuti sekolah? takut anak bosan duduk rumah dan buat benda yang tak berfaedah apa kata bawak anak-anak anda ke Kem Sufi Cilik Bestari ni. Kem ini dibuat pada bulan Oktober dan November..


OKTOBER




Kem Motivasi Sufi Cilik Bestari 2014

Tempat pendaftaran : Online @ Kafa Integrasi Khairaa, Bandar country homes.
Lokasi Kem motivasi : Di Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa & Laman Nur Bestari, Ulu Yam.
Tarikh : 17hb (Jumaat),18hb (Sabtu) dan 19hb (Ahad) haribulan Oktober 2014
Tempoh : 3 hari 2 malam.
Tema/Modul: Cinta dan Takutkan Tuhan kunci kejayaan
Anjuran : Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa
Yuran : RM 150.00

Objektif : Melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang Soleh berwatak pemimpin berjiwa besar, cegas dan berfikiran kehadapan. Anak-anak di asuh dan diterapkan jiwa islam yang murni, bercita-cita besar untuk membangunkan islam.

Tentatif pengisian (Menarik) :
  • Tahfiz Al-quran dan hadis
  • Kebudayaan dan kesenian islam
  • Melatih berdikari dan berjiwa besar
  • Praktikal Fardu Ain (Mazhab As Syafie)

Sila Hubungi untuk Pendaftaran & maklumat lanjut :
Ustazah Atiqah 012-221 7105 (urusetia) – Call/sms/whatsapp




NOVEMBER





Kem Motivasi Sufi Cilik Bestari 2014

Tempat pendaftaran : Online @ Kafa Integrasi Khairaa, Bandar country homes.
Lokasi Kem motivasi : Di Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa & Laman Nur Bestari, Ulu Yam.
Tarikh : November 2014
Tempoh : 4 hari 3 malam.
Tema/Modul: Anak Soleh Berjiwa Besar Pelapis Kepimpinan Negara
Anjuran : Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Khairaa
Yuran : RM 350.00

Objektif : Melahirkan dan mendidik anak-anak menjadi anak yang Soleh berwatak pemimpin berjiwa besar, cegas dan berfikiran kehadapan. Anak-anak di asuh dan diterapkan jiwa islam yang murni, bercita-cita besar untuk membangunkan islam.

Tentatif pengisian (Menarik) :
  • Tahfiz Al-quran dan hadis
  • Kebudayaan dan kesenian islam
  • Melatih berdikari dan berjiwa besar
  • Praktikal Fardu Ain (Mazhab As Syafie)
  • Membuat Video pendek (Animasi)

Sila Hubungi untuk Pendaftaran & maklumat lanjut : Ustazah Atiqah 012-221 7105 (urusetia) – Call/sms/whatsapp

Nak tau lebih lanjut boleh ke laman web Kem Cuti Sekolah....JANGAN LEPASKAN PELUANG..

MAKAN MALAM RINGKAS DAN MENGENYANGKAN

in , by Nadia Johari, 00:01:00
hai assalammualaikum

Makan Malam Ringkas Dan Mengenyangkan - Siang tadi selepas perut memulas, perut nad kosong habis. Mana taknya, dah semua keluar, nak masukkan takut keluar balik. Tapi setelah 5 kali keluar tandas, perut pun dah ok, tak meragam dah. Siang tu minum air je dulu, pastu tido sekejap. Malam ni, jejaka mafia ajak makan luar, perut pun dah ok, ape lagi melantakla. Isi balik mana yang keluar..hahaha..nak naikkan berat badan kann..kihkihkih..


Malam ni makan simple2 je. Mula-mula makan sate dekat kampung pandan. Perut dah kosong, nampak ape pun sodap..hahaha..melantak ..

Lepas tu jejaka mafia ajak makan yong tau fu pulak..

Wah memang kenyang malam ni. Alhamdulillah.

PERUT MEMULAS DAN MERAGAM

in , , by Nadia Johari, 19:16:00
hai assalammualaikum

Perut Memulas Dan Meragam - Kelamarin Hari Raya AidilAdha, memang makan daging je la, sebab banyak dapat daging. Mak buat sup daging, sental sampai kenyang. Semalam pergi kenduri kawin, cuma makan nasi minyak, daging masak kicap dengan ayam goreng. Malam tu makan makanan kenduri tu jugak sebab diaorang bungkuskan makanan. Pagi tadi bangun tido perut dah rasa lain macam je. Dia punya rasa memulas, macam menari-nari, perghh sakit sangatt. Lepas tu pergi la tandas membuang apa yang patut. Lepas membuang tu duduk sekejap..mak aihh die datang balik..meragam..memulas..pergi lagi tandas..huaaa harini pergi ke tandas lebih 4 kali ooo...lenguh kaki ni haa..kejang kejung dah ni..nak jalan pun dah kene tunduk je..


Lepas 5 kali masuk tandas, baru la lega..fuhh..Tengahari pun makan sikit je..Sebab dah tak lalu nak makan. Takut perut meragam balik. Lepas dah banyak buang tu nad minum air kosong banyak bagi menggantikan cecair yang dah banyak keluar tu..alhamdulillah..lega sikit..naya, naya,  kalau makan tak ingat dunia..hahhaa...ni padahnya...

Ini petua yang nad baca untuk melegakan perut meragam 

Teh Halia
Halia yang mengandungi enzim anti –radang dan juga bahan aktif gingerol berkuasa untuk menenangkan perut yang sakit akibat masalah sistem perncernaan. Hiriskan halia dan rebuskan bersama air selama beberapa minit sebelum minum. Halia juga dapat membantu menghilangkan rasa loya.

Lemon
Buah Lemon merupakan bahan serba guna. Anda cuma perlu perahkan sedikit lemon ke dalam air suam dan minum. Selain melegakan sakit perut, ia juga membuang toksik dalam badan.

Cuka Epal
Campurkan 2 – 3 sudu besar cuka epal ke dalam minuman anda tak kira sejuk atau panas, ia dapat menenangkan perut meragam.

Air Kelapa
Air kelapa memang sedap di minum ketika cuaca panas terik. Untuk pengetahuan anda, kandungan potassium dan Vitamin C dalam air kelapa mampu memberikan rasa lega ketika perut meragam.

Yogurt
Yogurt memang sering dikaitkan dengan kesihatan perut. Ini kerana bahan probiotik aktif yang terkandung dalam yogurt tersebut mampu melegakan sakit perut.

Air garam
Larutkan garam bersama air kemudian minum.Cara ini adik saya selalu amalkan jika mengalami gejala cirit-birit.Minum air masak yang banyak bagi menggantikan bendalir dan garam yang hilang
hai assalammualaikum

Selamat Menyambut Aidil Adha Dari #Kelabbloggerbenashaari - Bila dekat kampung ni line memang tak berapa nak elok ler..kene cari tempat sesuai baru dapat update..selamat pagi korang semua..Hari raya haji ni rutin macam biasa..duduk rumah tengok tv..tapi mak tetap masak lontong, ayam kicap dan kuah lodeh serta kuah kacang.. Terasa la suasana raya bila ade makanan ni..


Di kesempatan ini, nad ingin mengucapkan selamat hari raya haji kepada seluruh umat islam..Maaf dari hujung rambaut samapi hujung kaki..takpayah la kite berbalah dengan benda yang tak sepatutnya. Tingkatkan prestasi kurang kontroversi..ehhe..bila dapat daging lembu kan, kambing ka kongsi2 la resepi erk..hahaha..ok..

ORDER MAKANAN DENGAN MUDAH DI FOODPANDA

in , by Nadia Johari, 02:39:00
hai assalammualaikum

Order Makanan Dengan Mudah di FoodPanda  - Ada sesiapa suka makan, tapi malas nak keluar? Dah jemu dengan makanan yang sama? Hah masa ni lah korang boleh melantak apa sahaja makanan korang suka, dari tradisional, ke makanan barat. Sangat mudah dan senang, hanya di hujung jari sahaja. Tiada lagi masalah kesesakan lalu lintas dan memikirkan parking. Semuanya di hujung jari. Hanya order melalui online dan makanan akan dihantar terus depan ke rumah..senang kannn. Jom order makanan dengan Foodpanda.


Foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang memudahkan pelanggan untuk memesan makanan dari restoran-restoran terbaik di Malaysia dan akan dihantar terus ke rumah. Dengan lebih daripada 500 restoran dipilih, foodpanda membuat penghantaran makanan di Malaysia lebih cepat dan lebih mudah. Pelanggan boleh memesan makanan dari rantaian antarabangsa popular seperti Tony Roma, Kenny Rogers Roasters, Sushi King dan banyak lagi atau pelbagai jenis hidangan seperti sushi, makanan India, Melayu, Timur Tengah Makanan atau makanan barat. Ia akan dihantar dalam masa yang singkat.

 
Dengan Foodpanda, makanan boleh ditempah tanpa terhad dengan makanan dari restoran terbaik yang terdapat di semua bandar-bandar utama di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Cyberjaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Johor Tebrau.

Cara nak Order


Pergi ke laman web Foodpanda.my. Lepastu korang masukkan la tempat kawasan korang.
Dah pilih restaurant mana korang nak, korang pilih menu pula. Oh kalau korang ade sebarang masalah, chat tu boleh membantu korang, bagitau la masalah apa korang hadapi, dengan pantas dia jawab..hehehe

Lepas dah selesai order korang kene isi details korang untuk tujuan pemasaran dan bayaran. Kalu rasa taknak menu tu, korang boleh change dekat YOUR ORDER tu.


Cara penghantaran dan bayaran..


hah bawah Cash delivery tu ade kotak tempat voucher..kalau korang ade voucher code masukkan dekat situ nanti dia siap-siap tolak harga..taula nanti korang kene bayar berapa lepas tolak voucher.
Korang  boleh membayar tunai pada penghantaran atau membayar dalam talian melalui kad kredit

Senang kan..mula-mula memang terkial-kial..pastu dah tau mesti korang nak pesan lagi..haahah 


Foodpanda App boleh dimuat turun dengan mudah di telefon dan tablet dengan percuma. Dalam beberapa langkah mudah, dah boleh mengakses perkhidmatan foodpanda dari mana-mana sahaja. Tambahan pula, melalui apps, pelanggan baru boleh membaca komen yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya mengenai pesanan mereka dan pengalaman keseluruhan. 



Inilah makanan nad yang nad order, yup nasi untuk makanan tengahari..Penghantaran satu jam dari nad order. Kalau makanan lain mayb lagi cepat..mungkin makanan ni tak nampak menyelerakan, takpe nanti nad order lagi..hehehe

Maklumat lanjut mengenai foodpanda


Page FB : Foodpanda

 We are there for you every day from 11am to 11pm.
Contact 1-300-800-262

ISTERI ORANG DIANGGAP ANAK DARA

in , , by Nadia Johari, 01:10:00
hai assalammualaikum

Isteri Orang Dianggap Anak Dara - hahahha..lucu tengok tajuk entry nad kali ni..kisah seorang isteri comel yang, kecik molek, yang kuruih keding dianggap anak dara orang yang masih bersekolah..hahaha...apa nak buat..dengan saiz badan dan ketinggian serta berat tidak menampakkan isteri orang ni seperti sudah dewasa..kihkihkih..Siapa pernah mengalaminya..mesti ramai kann..yela kadang-kadang orang tu dah jaga kecantikan sejak azali supaya nak nampak muda, kadang-kadang dah semulajadi..takleh wat pa dah..melainkan die dah melahirkan anak..tapi dah ada anak pun kadang-kadang nampak masih macam anak dara..


Ceritanya bila Orang tak dikenali mula berborak di media sosial tak kira di wechat, atau facebook. Kadang-kadang aku ni malas nak layan. Setiap hari ade je yang chat, tapi aku tak balas...biarkan je..yela kebanyakannya kadang-kadang 18xxx..giler tak..sapa nak layan macam tu..kadang-kadang nad saje balas.. lepas je orang tu bagi salam, nad pun jawabla salam, biasalah orang akan tanya umur berapa, tinggal mana,..nad pun balasla ala kadar..umur 30..kadang-kadang letak 35..hahaa..diaorang cakap nampak mudala..macam masih sekolah..itula inilah..blablabal...padahal baru 26..ehhee...

Bila cakap tinggal mana..kadang-kadang nad jawab" tinggal dekat atas tanah bawah langit".."tinggal dekat rumah"..kadang-kadang kejam sangat terus cakap "tinggal dengan suami"...orang tu terus matikan perbualan..ahhaa..ade tu cakap study ke keje..nad terus cakap "dah kawin"..ni ha suami kat sebelah..wakakaka..terus senyap..kihkih..watpe nak menipu..kalau dah kawin baik cakap dah kawin tak kira la laki stranger tu hensem ka..berduit ka..ada kereta besa ka..suami is number one..ececehh..


lagi satu pulak cerita sedara jiran yang dah lama tak datang dekat kawsan ni, yang mengenali keluarga suami. Tengah nad siram pokok bunga, abe tu cakap dekat jiran nad, "anak sapa tu?"..comey je..die dah jeling macam nak mengorat..wakakkaka.sampai die tanya nad " dah kawin dah"?..hahaa..nad pun cakapla.."dahh".jiran duk ketawa berdekah-dekah.."tu bininya anak Cik Timah"..Abe tu cakap "yang mana si angah ke"?..wakaka..angah dah kawin bang oiii...ni isterinya abang long kawasan..hahaa..sam namanya..abe tu muka dah terkjut..patutla comeyy..bini sam erk..kirim salam erk dekat sam..hahaha..muka die menampakkan sangat la blur..

banyak lagi peristiwa yang nad alami..hehehe...tak kisahla orang nak cakap ape, yang penting suami ku nombor satu..hehhehhee...
hai assalammualaikum

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting - Terima kasih kepada abam Izzue Islam kita ajok join segmen die ni..hehhee.. Abam Izuue Islam a.k.a blogger Melastik Bintang ada buat segmen die..jum join..klik banner ok


http://www.melastikbintang.com/segmen/segmen-melastik-bintang-kenapa-perlu-baca-blog-parenting.html

Kenapa Perlu Baca blog Parenting?

Sebelum kawin lagi nad dah suka baca bab-bab parenting ni lagi-lagi bab jaga baby. Sweet sangat bila baca, pastu berangan..wakakkaa..Kadang-kadang nad baca pun untuk anak buah , apa-apa masalah nad akan rujuk dekat blog parenting sebab dekat situ semua info ada. Sekarang dah kawin lagila kene banyak baca blog parenting ni..hehee untuk kepentingan suami isteri. Apa yang nad tau, blog parenting ni selalu mengisahkan tentang anak-anak mereka dari kecil sampaila dewasa, apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat kepada anak serta gelagat dan keletah anak-anak. Selain itu diselitkan tips rumahtangga, tips semasa mengandung dan tips menjadi ibu bapa yang baik. syokkk kaannn..

Memandangkan nad baru sahaja berkahwin dan masih belum ada rezeki untuk mengandung , itu tidak mematahkan semangat nad untuk terus membaca blog parenting. Nad sentiasa persiapkan diri, yela takdela nanti kelam kabut bila nad bakal menjadi ibu, InsyaAllah.. Blog parenting ni banyak kelebihannya, kerana mereka akan bercerita daripada mengandung, berpantang dan selepas bersalin. Cerita mengenai apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan, apa jenis makanan dan minuman yang sesuai semasa semasa mengandung, berpantang dan bersalin. Lagi best bila mereka bab shopinggg, dekat mana nak shoping barang-barang baby ni..haishh masa tu nad dah save dah..siap tulis lagi..ahhaaha...syiokkk..

Blog parenting bagus dibaca kerana sekarang ramai ibu bapa tidak tahu bagaimana mendidik anak mereka dengan betul, jadi mereka akan mencari maklumat ni dalam google then jumpala artikel yang diaorang nak dan masa ni la blog parenting sentiasa muncul di dalam google. Blog parenting akan menceritakan kisah anak mereka di dalam blog, yang mana jika anak mereka bermasalah,mereka akan selitkan tips-tips yang berguna demi kebaikan anak-anak. Tips pemakanan untuk anak-anak juga akan diceritakan untuk perkongsian. Kadang-kadang blog parenting ni suka bercerita keletah anak yang bermacam ragam..lucu nad baca..hehee

Selain itu, kadang-kadang diselitkan tentang pasangan suami isteri. disebabkan mereka telah melalui pengalaman itu, jadi mereka kongsikan kepada kita. Ilmu tu ooooo..hehee..Itulah nad sebelum kawin dah baca blog parenting ni. Zaman semakin canggih, jadi banyak cabaran yang perlu kita tempuh dari segi Mental dan fizikal, semua aspek kene amik tau lagi-lagi part selepas menjadi ibu bapa..

Tiga blog parenting yang nad baca

1) Blog Ben ashaari -nad start baca bila qhaliff dalam perut mama die lagi..ehhee..dari situ dah tertarik dengan blog abang ben sampailah Zahra keluar.

2) Blog Melastik Bintang - blog parenting yang mempunyai anak dan isteri yang comel..hhehee..start baca masa mr ray kecik lagi..sampaila dah ade adik jugak

3) Blog Pinky Momma - kisah anak-anak, percutian dan macam-macam lagi


Mereka sering berkongsi tips dan panduan yang ada kaitan mengenai cara menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak, dengan bertujuan untuk membentuk sebuah keluarga yang hebat - terbaik dunia akhirat.


BILA DAH LAMA TAK NAIK LRT / KOMUTER

in , by Nadia Johari, 00:25:00
hai assalammualaikum

Bila Dah LamaTak Naik Lrt / Komuter - Kenderaan awam seperti bas, teksi, lrt atau komuter merupakan pengangkutan yang digunakan oleh semua masyarakat dengan tambang yang telah ditetapkan. Dengan adanya pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. Bila kita naik kenderaan awam ni memang dapat mengurangkan kesesakan lalulintas tapi kita akan mengalamai kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu nak masuk dan bauan yang sendiri paham ler..hehe..biasalah setiap bende ada kelebihan dan kekurangan. 

Sebut je pasal kenderaan awam, teringat dulu masa budak-budak remaja lagi, kenderaan awam la nad selalu guna untuk ke bandar. Yela masa tu mana ade kenderaan sendiri, jadi pergi mana-mana pun naik bas, naik komuter. Sampaila 2009 naik kenderaan awam ni,lepas tu dah tak naik dah sebab dapat pakwa ade kereta..kahkahkahkah..naik bas pun sebab balik pergi study UUM Kedah tu..itu saja..Sampaila dengan jejaka mafia naik kereta je..hahaa..Sebab tu kalau nak naik kenderaan awam dah macam tak biasa..lagi takut kalau sorang-sorang. entah kemana agaknya pusing nanti.


Then hari khamis semalam jejaka mafia nak pergi KL Sentral tempat kedai die amik gambar. Jadi, dia ajak la naik lrt sebab nak ajar nad sekali la kononnya..hhahhaa..nad ikutkan je..nad kalau berteman okla. Dan masa tu baru tau yang lrt sekrang dah ada gune kad untuk memudahkan pengguna. Swap je, mudah, yang penting kene simpan betul-betul kad lrt tu. Senang sikit tak payah coin-coin ni. 


Kalau nak topup kad boleh pergi dekat mesin die. Nak dapatkan coin dekat mesin pun hado.. Nampak sangat nad dah lama tak naik lrt/komuter ni..ohoii...


Marilah mulakan perjalanan anda...masa ni tak ramai orang..kihkih

Kalau dari klang memang komuter terus ke KL Sentral, tapi ni dari Pandan Indah, baru ku tau kene tukar daaa..lain rupanya..hahhaa..

Sampailah destinasi dan pergila jalan-jalan dekat KL Sentral. Ada tempat shoping rupanya NU Sentral namanya..Tak tau pun sebab tak pernah jalan-jalan dalam KL Sentral tu....hahahah..Lepas tu jejaka mafia buat surprise dekat kita..walaupun macam pelik je surprise die tapi bolehla..hahhaa..nak tau ape die..tungguuuu...cerita lain la nanti

Masa untuk makan...berkeroncong dah perut ni..gendang gendut tali kecapi


 Menu simple tapi sedap Nasi Ayam sahaja

Pastu apa lagi..makanlaa..laporr dahhh..makin bulat muka ku ini

Balik, kenela bersesak dengan orang ramai yang baru balik kerja..Takpe dah lama tak bersesak ni, then ada drama pulak dalam LRT..nak tau baca SINI..kihkihkih...

Haritu dapat merasala naik lrt..huhuhu..lain nor rasanya..

BILA MISZROCKERS JADI PELAKON TAMBAHAN

in , by Nadia Johari, 19:45:00
hai assalammualaikum

Bila Miszrockers jadi Pelakon Tambahan - Apa dia!! nad jadi pelakon..biar betul..nak buat macam mana..rezeki kan..wakkkaka..poyossss jeee..bukan susah pun jadi pelakon tambahan ni..duduk diam..buat memek muka dah dapat duit..tapi yang nad punyer ni free..haha..kisahnya bila balik dari KL Sentral dalam lrt.


Nad dudukla dekat sebelah makcik ni..ingat melayu rupanya Filipina..pergh sekali kawan die call, dia punya suara nyaring. Nak semua dalam lrt tu dengar. nak taknak kene la menghadap je sepanjang perjalanan. Nad rasa dah dalam cerita filipina..ahhahaa..ni nama tajuknya Pengeko Sayur ku layu...hahahaa..Sedapla die cerita kuat-kuat..ce cover sikit..adoiyaiii...Sampai terfikir nad ni di Malaysia atau dekat negara luar..adehhh... hahaha..

layankan jela..


PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN

in , , by Nadia Johari, 22:14:00
hai assalammualaikum 

Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen - Malam ni semua media sosial penuh dengan cerita minyak naik. Berapa banyak kali minyak nak naik daaa, nad pun tak tau..haishh..kesiankan la kami para pengguna ( walaupun nad tak guna kereta lagi, tapi kesian dengan laki cek )...Cukup-cukupla naikkan harga tu. Duit bukan banyak, lainla kalau orang kaya, takkisah pun depa. Kami yang cukup-cukup makan ni, haishhh..20 sen je pun..haishh 20 sen kalau dikumpul boleh jadi banyak..20 sen pun berguna tau..tau..tauuu..ohohohohoho...tetibe nak berpantun pulokkkk

Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen
 
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama

 Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak di duga

 Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

 Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kene terus juga,
Takkan nak makan batu saja,
Segala belanja kene jimat sentiasa.

(dapat dari group whatssup family )

bersaborrr jelaaaa...





© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2