hai assalammualiakum

Rojak Sampan Memang Pergh - Ni kali kedua nad pergi Erra Tomyam. Sebelum ni pergi sebagai tunangan ..yang ni pergi sebagai suami isteri..kihkihkih..Jejaka mafia la yang suka tempat ni, sebabnya satu je, rojak die.. Kenapa nama die rojak sampan?.. Tu nad yang bagi nama sebab rojak tu diletak dekat bekas berbentuk sampan..hahaha.


Macam-macam die bubuh dalam ni, buah jambu, pelam, kedondong, jambu batu. Kuah die boleh tahan gak. Penuh satu sampan..hehee..Kedai ni kalau malam mesti ramai orang..penuh parking..Kalau lambat memang tak dapat parking ler.. Kedai yang berada di tepi jalan, yang orang ramai mudah nampak. Kedai yang sangat luas, dan selesa. Pekerja yang efisen dan cepat buat kerja,jadi korang takkan rasa tertunggu-tunggu.


Selain rojak buah, kedai ni ade jual makanan seafood dan bergoreng..nyumnyum..kalau nak pergi bolehlah ke Gombak.
hai assalammualaikum

OMGFest 2014 Di Intekma Resort Shah Alam - Sempena mengingati kejadian yang menimpa di Palestin, OMGFest akan mengadakan jualan amal mengumpul derma tabung Palestin bagi mengurangi beban yang dihadapi rakyat Palestin yang diwakili oleh Youth Movement Change. Jualan amal ini akan diadakan di Dewan Sri Bestari bertempat di Intekma Resort  Convention Center Shah Alam. 


Ini adalah kali keempat OMGFest 2014 diadakan. Kelainan kali ini ialah OMGFest akan diadakan selama 3 hari dengan lebih inovatif, meriah dengan diskaun jualan yang amat menakjubkan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa set masa, set reminder di telefon anda pada 22-24 Oktober pada pukul 10pagi hingga 9 malam untuk datang ke festival amal ini.


Sebanyak 100 tapak niaga dibuka buat peniaga yang menjalankan perniagaan secara online bersama-sama dengan 10 orang artis terkenal untuk berniaga sambil menderma. Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Gaza. Antara artis-artis yang memeriahkan majlis ialah Nora Danish, mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee dan ramai lagi.

Di samping itu, OMGFest Venture juga bekerjasama dengan MyNexa.my sebagai penaja utama hosting akan memberi setiap peniaga online berdaftar secara percuma. Ini adalah untuk memupuk semangat berniaga atas talian buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

OMGFest atau OH Must Go Festival akan berada di beberapa buah bandar dan sesiapa yang berminat turut serta dalam acara ini boleh la menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian 
011-2626 1656 (DAZ)  
019- 279 6275 ( LIZA )
Email : enquiry@omgfest.my
web: www.omgfest.my


Tertarik dengan baju ini. Orang panggil jubah sequin kann..kalau tak silapp..Cantikk kaaannnn...Baju ini diperagakan semasa sidang media OMGFest 2014 di Intekma Resort Shah Alam. Koleksi Pakaian daripada Nine October dan tudung Siti Murni. Anda Tertarik..hah apa lagi jangan lupa datang ke festival amal ni..

 22-24 Oktober 2014

10 pagi hingga 9 malam

Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center.



hai assalammualaikum

Tempahan Header Dengan Blogger Azhafizah - Kalau yang dah biasa datang blog nad, pasti korang perasan ape yang berubah kan..sape tak perasan takpela..kite pun bukan femes memes...hahaha...Dari tahun ke tahun nad cari idea nak buat header yang betul-betul nad puas hati dan nampak lebih matang. Mula-mula biasalah header bercartoon-cartoon, lepas tu tepek muka kita dengan perkataan dan ayat. Tapi rasa macam kekurangan je. Nak berblog pun tak semangat bila tengok header..hahaa.. 

Nad ni jenis, kalau nak sesuatu mesti nak buat,kalau tak, jadi tak tentu arah. Setiap hari dok fikir nak ubah header ni macam mana. Setiap hari belek-belek dekat google, contoh header yang menarik dan matang. Idea mesti datang bila nampak sesuatu. Dan masa tu, terbitlah idea nak buat header yang nampak kemas, matang dan menarik dabomb..hahahha


Header ni nad tempah dengan Blogger Azhafizah. Nak rasa jugakla dengan designer lain..hehee..Kak Fizah memang seorang designer blog, bukan sahaja design header malah design seluruh blog. Memang itulah koje dia..hehhee.. Jadi nad mintak dia buatkan header nad. Nad hantar la gambar-gamabr apa yang perlu diletak dalam header tu. Cerita bagai nak rak ni tanpa lakaran..hahaa..sekali Kak Fizah buat draft pertama..tak berapa lawa..then nad bagi lakaran, bagi Kak Fizah paham. Bila Kak Fizah paham, die mula design, dari lakaran nad tu die ubah sikit jadi macam sekarang..LAWA kann..ummpphh baru nad puas hati.. empat draft die bagi nad, bukan sebab gambar tapi sebab tulisan..hahhaa.. die bubuh nak tengok mana satu sesuai..dan nad telah pilih yang sekarang ni..yeahhhh....sangat-sangat berpuas hati..i loikeee...thanks to Blogger Azhafizah.. Sape-sape nak order boleh hubungi dia di SINI.


Terima Kasih Blogger Shida Radzuan

Nad nak ucapkan terima kasih kepada blogger shida yang membantu cantikkan sedikit blog. Dalam bab-bab coding ni nad dah lama tak buat..takut jadi lain, jadi nad mintak tolong Shida, designer jugak dia ni, pakar bab coding untuk betulkan blog nad. Thanks shida.. Sape-sape nak tempah dengan shida jugak pun boleh.. Hubunginya di SINI
hai assalammualaikum


Tutorial Blog : Cara Letak Sitemap Di Blog - Setelah beberapa tahun nad berblogging baru nad tau kenapa kebanyakan blog letak sitemap dekat blog die. Sitemap ni sangat penting kerana ia membantu pembaca untuk mencari entry yang diinginkan. Sitemap ialah link entry kita berdasarkan kategori/label yang telah dibuat oleh blogger tersebut dan mengikut urutan huruf. Perkara penting jangan tag macam-macam sebab sitemap akan nampak terlalu berserabut.

Tutorial Cara Letak Sitemap Di Blog


1) 1. Dari dashboard > Pages > new page 


2) Letak tajuk Sitemap > Klik Pada HTML  


3) Copy dan Paste Code dibawah ini dalam entry.

 <div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
<script style="text/javascript" src="https://79c1d022c202acd8eeb1cd39e91161aa41984638.googledrive.com/host/0B4cdPjkIVWQHZWxVWUc3SXExMzQ/
"></script>
<script src="http://www.miszrockers.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
<br /></div>


4) Tukar url website dalam code (tulisan tebal) diatas kepada link website anda


5) Save/publish page. Siap

Note: Anda juga boleh pilih untuk link manually, dan letakkan link di mana sahaja yang anda rasakan perlu. Tapi seeloknya letak di bahagian menutab utama..senang orang nak tengok. Selamat mencuba.










TEMPAH KAD BISNES CANTIK DAN MURAH

in , , by Nadia Johari, 14:33:00
hai assalammualaikum

Tempah Kad Bisnes Cantik Dan Murah - Dari tahun lepas sebenarnya nak buat kad bisnes ni tapi ada je halangannya. Yela kad bisnes ni penting untuk memperkenalkan kita kepada orang awam, biar orang awam tak lupa dekat kita dan memudahkan untuk contact kita balik. Sekarang saya dah ade kad bisnes...siapa mau..kite jumpa la erk..hehee..Apa yang nad nak dengan kad bisnes ialah simple dan mempunyai identiti tersendiri. Tukang design ni memang memahami hati nad dan memang kesabarn dia tinggi bila berhadapan dengan pelanggan yang banyak songeh macam nad..hehee

Memang bukan senang nak cari kad bisnes yang murah, kalau ade pun pasti material kad tu tak elok atau kualiti dia kurang. Lagi-lagi kita tempah melalui online,jadi kita tak nampak kad bisnes tu macam mana. Jadi nad beli dengan orang yang nad dah kenal, sebab senang berurusan. Lagipun si tukang design ni dah banyak kali buatkan kad bisnes orang lain, semua cakap ok, jadi nad pun tak teragak-agakla nak tempah kan. 

Kad Bisnes Murah Dan Kualiti Terbaik


Hah kalau korang nak tau, dengan Zaza Iman la nad tempah. Sebab dah kenal lama, zaza dah tau nad suka warna ape..hehe..semestinya warna biru..lepastu nad pikir takkan warna biru je semua kan, jadi nad cadangkan biru dicampur dengan kuning. Lepas tu nad nak kad bisnes ni secara menegak. Sebab melintang macam dah biasa je kan..hehee.. Zaza punyer imaginasi tu tinggi betul, die create,. pastu tunjuk dekat nad, pertama kali pandang warna dah ok.cantik. mana yang nad tak puas hati nad cakap,..bila dah puas baru die print. Bagus tak budak ni..hehhehe..penuh kesabaran..hehee

Material kad adalah dari Art Card berserta Matt Lamination. Material sederhana dan tahan. Permulaan buat kad bisnes, buat yang murah je la kan, tak mampu lagi nak buat yang mahal-mahal..hhee..ini pun dah memadai..Sesuai untuk blogger, atau mana-mana company yang baru permulaan nak buat kad, bolehla guna kad ni.

Harganya RM 30 untuk 100 keping (design depan dan belakang)

Paper : 260gsm Art Card + 2 Sides Matt Lamination
Print : 2 Sides Full Colour

Postage Semenanjung Malaysia :
1-3 kotak : RM6.00
4-6 kotak : RM 10.00
7-10 kotak : RM 15.00
Sabah & Sarawak : RM10-RM15

Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh pm  di sini...ZAZA IMAN








PUTING BELIUNG DI PENDANG KEDAH

in , by Nadia Johari, 23:29:00
hai assalammualaikum

Puting Beliung Di Pendang Kedah - Peristiwa ni berlaku di Pendang Kedah kira-kira dalam pukul 4 petang. Nad tau pun dari kawan nad yang hantar dekat whatssup. Allahuakbar, kuasa Allah, dia yang menjadikan alam semesta. Benda yang kita tidak jangka,telah datang. Mengingatkan kita tentang sesuatu. Subhanallah...



Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung. Sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, turut mengalami kerosakan apabila bumbung bangunan dan makmal komputer turut diterbangkan puting beliung.

Video Puting  Beliung di Pendang Kedah

sumber youtube

Gambar Puting Beliung di Pendang Kedah




PERTAMA KALI GORENG IKAN KELI

in , , by Nadia Johari, 16:07:00
hai assalammualaikum


Pertama Kali Goreng Ikan Keli - Sebut sahaja ikan keli, nad mesti senyum..sebab ikan keli merupakan salah satu makanan laut yang nad paling suka, senang citer feveret laa.. Sesetengah orang tak suka makan ikan keli sebab bila tengok kepala die macam ular..hahaha, bagi nad bahgian kepala dan ekorla paling sedap sebab rangup je bila di goreng. Ikan keli sedap dingoreng dan dibuat sambal.. Sepanjang nad makan ikan keli, memang nad tak pernah pegang dan masak. Selalunya mak yang masak. Sepanjang kawin bila nak makan ikan keli, jejaka mafia akan beli dekat kedai. Tetapi...........

Tiba-tiba jejaka mafia beli ikan keli ni. Nad terkejut sebab nad tau ikan keli ni kalau digoreng mesti meletup-letup, sebab dah pernah tengok mak masak..huaaaaa....bioa jejaka madia cakap " abang ade beli ikan keli" ..nad terus cakap " apa..ala kalau masak meletup-letup la..abang masak erk" ..jejaka mafia cakap " takde..sayang kene masak..belajar..punyala aku buat muka kesian..dia tak endahkan..hurmmm..kenela masak jugak


Dan harini nad masak ikan keli tu..pertama kali pegang oiii..baru ku tau die punyer licinnya ikan ni..haha..geli weeiii..terbayang macam ni pegang belut..kahkahkah...selama ni tak pernah pegang..selama ni ngap je...nak taknak kenela pegang..basuh..dah basuh semua letakla garam dengan kunyit..nak buat goreng je..jejaka mafia ni kalau tak de makanan bergoreng susah die nak makan..

Jeng jeng jeng..time untuk nad masak...nak tau ape nad buat, nad kecikkan api..hahah..lepas tu nad masukkan la ikan keli ni..lepas masuk terus lari pergi depan tv..wakakakaa...dengar macam tak meletup pergi dapur balik, nak terbalikkan dia. Ingatkan dah tak meletup sekali meletup daaa.. Ape lagi amik protection la..penutup kuali..hahahaa...dapatla terbalikkan dia...

Dan hasilnya..siappp..hahaha..ranguppp..krunchy dan manis..hahahha...


MADU B SERIES MADU YANG TERBAIK

in , , by Nadia Johari, 14:35:00
hai assalammualaikum


Madu B Series Madu Yang Terbaik - Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Seperti yang korang tahu, madu lebah mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan berupaya mencegah pelbagai jenis penyakit. Nak cari madu yang bagus dan asli, Madu B Series la jawapannya. Kelebihan Madu B Series tidak perlu dipertikaikan lagi. Madu B Series ini ada yang asli dan ada yang campuran. Madu B Series adalah madu buatan Malaysia.Terdapat tiga jenis madu dalam Madu B Series ini iaitu
1) Madu B Asli (tanpa campuran)
2) Madu B Asli dengan herba Zafaran
3) Madu B Asli dengan herba Zafaran & Habatus Sauda ( 3 dalam 1)

Ingin mendapatkan Madu B Series boleh hubungi/ whatssup
Faizul-  01115354445
Siti-  01137943782


MADU B ASLI ( tanpa campuran )

RM 9.80
Asli bermaksud tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain. Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan Madu B Series yang berterusan dapat mencegah penyakit.

 Khasiat Madu B Asli
1. Menambahkan stamina
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus


MADU B ASLI DENGAN HERBA ZAFARAN

RM 21.00
Zafaran merupakan salah satu rempah yang paling mahal di dunia yang diperoleh daripada stigma kering daripada bunga saffron juga dikenali sebagai Kesar atau Kumkumapoo (di India). Rempah ini dianggap sebagai rempah emas kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan untuk menambah aroma kepada makanan, ia juga boleh memberi manfaat kepada beberapa masalah kesihatan. Ia digunakan sebagai ubat dari zaman purba. Rempah ini adalah istimewa dan berharga kerana ia mempunyai banyak manfaat kesihatan yang boleh membantu dalam meningkatkan keseluruhan kesihatan seseorang.

Saffron, dalam kira-kira 100 gram kuantiti mengandungi 310 kilokalori, 65.37 gram karbohidrat, 11.43 gram protein, 5.85 gram lemak dan 0mg kolesterol. Kandungan serat adalah 3.9 gram dengan mineral lain seperti kalsium 111mg, tembaga, 0.328mg, 11.10mg besi, magnesium 264mg dan 28mg mangan menyumbang kepada asas mineral.


Kelebihan Zafaran ( saffron)   

1)  Zafaran untuk Penggunaan (Memasak / Makan) - 
Saffron adalah rempah serba boleh yang boleh menambah satu dimensi baru kepada kedua-dua hidangan manis dan tidak manis. Bukan sahaja ia memberikan rasa yang berbeza dan aroma, ia juga membuat penampilan hidangan anda lebih rapi. Saffron boleh digunakan dalam thread atau bentuk tanah bergantung kepada resipi. Hanya Madu B Series Asli dengan herba Zafaran sahaja yang amat sesuai dicampurkan dalam makanan.


2) Penghadaman   
Zafaran membantu dalam peningkatan penghadaman dan selera makan, kerana ia membantu dalam meningkatkan peredaran darah ke organ-organ pencernaan. Ia membran perut dan usus yang membantu dalam pencernaan kolik menenangkan dan keasidan. Zafaran juga membantu merawat buah pinggang buah pinggang, pundi kencing dan gangguan hati .Zafaran dianggap sebagai pembersih darah

3) Gas dan keasidan 
 Saffron adalah berkesan untuk memberikan kelegaan daripada gas dan masalah keasidan yang berkaitan.
 

4) Athritis 
Ia membantu dalam melegakan keradangan artritis. Saffron juga memberikan kelegaan dari sakit sendi. Ia amat berguna untuk atlet kerana ia memudahkan keletihan dan keradangan otot dengan membantu tisu untuk menghilangkan asid laktik yang mendapat dibina selepas senaman berat

5) Insomnia 
Dikatakan bahawa kunyit juga sedatif ringan yang boleh digunakan untuk insomnia dan juga merawat kemurungan. Dengan mengambil secubit kunyit dengan susu sebelum tidur membantu dalam gangguan tidur seperti insomnia.  

6) Demam
 Saffron juga mengandungi sebatian "crocin", di mana saintis percaya ia membantu dalam
mengurangkan demam. Crocin ditemui dalam Saffron dimana ia menggalakkan pembelajaran, daya ingatan, dan keupayaan penarikan balik.

  
7) Masalah mata
 Saffron memperbaiki penglihatan mata dan kesihatan. Dalam satu kajian penyelidikan baru-baru ini, setiap peserta yang mengambil Saffron mempunyai peningkatan penglihatan. 
 

8) Gusi 
Mengurut gusi dengan kunyit dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan mulut dan lidah.

9) Manfaat Kulit
Selain daripada menyampaikan rasa eksotik dan aroma kepada beberapa resipi, kunyit mempunyai manfaat kecantikan juga. Ia mempunyai kulit semula jadi kualiti mencerahkan. Saffron boleh memberi manfaat untuk kulit anda

- Untuk Kulit berseri dan cerah
- Menghilangkan jerawat
- Saffron sebagai Toner
- Rawatan Kulit Kering 



MADU B ASLI DENGAN ZAFARAN SERTA HABATUS SAUDA ( 3 DALAM 1 )


RM 28.00
Habbatussauda merupakan herba alternatif perubatan
Biji hitam (Habbatussauda) adalah salah satu daripada tumbuh-tumbuhan perubatan yang merangkumi rawatan Nabi Muhammad (SAW).  Habbatus Sauda dikenali beribu-ribu tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh orang-orang India, Pakistan, Mesir dan negara-negara Timur Tengah yang lain untuk merawat pelbagai penyakit.Tidak kurang daripada 150 kajian telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik mengukuhkan bukti manfaat yang luar biasa Habbatus Sauda.
 
Khasiat yang boleh diperolehi dari Madu B Series Asli dengan herba Zafaran dan Habatus Sauda: 
 1) Memelihara jasmani dan kesihatan manusia dimana dia membantu pembentukan sel-sel(tisu) baru, madu dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dimana madu kaya dengan glukos, bahan makanan yang berperanan membentuk sel-sel.
2) Berperanan mencergaskan otak, mengilap dan menambah daya ingatan keran terdapat enzim dan vitamin-vitaman utama didalamnya
3) Menambah dan memperkembangkan glikolen dalam hati. Ia berfungsi membersihkan hati daripada segala racun dan kuman serta dapat memberi tenaga kepada tubuh badan untuk melawan penyakit.
4) Ianya mampu mengeluarkan/membersihkan segala kekotoran yang ada dalam darah
5) Ianya mampu menyerap lembapan dalam badan
6) Memberi tenaga dalam darah
7) Membersihkan perut
8) Membuang angin
9) Membaiki sel-sel yang rosak
10) Memelihara kesihatan
11) Ia juga dapat menjaga sistem dalaman badan manusia dengan
12) Melancarkan perjalanan darah
13) Mengimbangkan diet badan
14) Menguatkan tenaga dalaman
15) Meningkatkan kecergasan dan daya ingatan serta hafalan anak-anak
16) Melawaskan usus


 Cara Minum Madu B Series 
- Baca Bismillah dan Selawat
- Amik 1 sudu besar setiap hari selepas bangun tidur dan sebelum tidur
- Boleh diminum terus atau dicampur ke dalam apa jua air atau hidangan

Cara Menyimpan Madu
Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Berminat menjadi dealer

Sesiapa yang ingin menjadi dealer untuk menjual bagi mendapatkan pendapatan sampingan boleh contact/sms/whatsuup Faizul-  01115354445

 Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit.  


hai assalammualaikum


Sunset atau Matahari Terbenam - Gambar ini nad ambil semasa temankan jejaka mafia mengambil gambar sunset. salah satu aktiviti photographer bila dapat moment sebaik ini. Jadi nad pun tidak lepaskan peluang, lalu, mengeluarkan ipad dan mengambil gambar yang cantik ini. Matahari merupakan bintang yang dekat dengan Bumi dan membentuk Sistem Suria. Antara matahari terbit dengan matahari terbenam, nad lebih suka tengok matahari terbenam, sebab kita dapat lihat matahari tersebut turun sedikit demi sedikit dengan meninggalkan warna kemerahan yang cantik sehingga hilang dari pandangan dan menjadikan suasana gelap.


Suasana yang hanya seketika namun bagi nad ia sungguh mengasyikan dan memberi ketenangan dalam jiwa dengan udara yang menyegarkan. Suasana yang mampu menarik orang ramai terpesona untuk melihatnya. Apabila matahari terbenam, semua menjadi kelam dan sunyi, tiada lagi kesibukan dunia. Aktiviti yang tadinya begitu sibuk semakin berkurangan dan mula berhenti. Ketika inilah manusia akan lari dari kesibukan dunia dan akan merenung jauh dan mengingati segala perkara yang dilakukan. Menyedarkan kita waktu berlalu begitu pantas. Dosa, pahala, baik buruk akan berlegar di kepala. Merenung bila kita akan mati,bagaimana  dan apa akan terjadi. Itu semua adalah kuasa Allah. Kita hanya persiapkan diri dengan amalan-amalan yang baik.

Suasana ini akan berlaku dalam kehidupan kita seharian dan setiap hari juga kita akan berfikir. Apa yang pasti semuanya adalah milik Allah. Melihat keindahan alam semulajadi , menyedarkan kita tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam semesta ni. Di saat ia membenamkan dirinya, hati ini bersyukur kepada Tuhan atas keindahan ciptaanNya.

http://www.kizmyself.com/2014/10/mini-contest-my-lense-story.html
NAK JOIN SILA KLIK BANNER

hai assalammualaikum


http://tengkubutang.blogspot.com/2014/10/mini-giveaway-tengkubutang-bersama.html

Hari ni nak join giveaway ler..lama dah tak join..moh ler support kawan-kawan blogger kita ni. Satu mini giveaway mudah dari blogger Tengkubutang bersama Embun Beauty House. Hadiah pun menarik. Jom la sertai..sokong rakan-rakan blogger yang lain. 

Mini giveaway ini akan tamat pada 30 Oktober 2014. Kalau ada siapa-siapa yang nak sertai boleh klik Sini
Selamat mencuba dan semoga berjaya...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2