ASMAUL HUSNA

in , , by Nadia Johari, 01:30:00
hai assalammualaikum

Asmaul Husna - Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala yang terbaik. Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya. Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Dalil
Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadis tentang Asmaul Husna:
  • "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran.Surah Al Israa': 110)
  • Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]
 
 

Selalu ade je dekat TV3 keluarkan Asmaul Husna ni. Teringat masa sekolah rendah agama akan sama-sama sebut Asmaul Husna ni..Dia ade nyanyian dia, sampaila kita ingat nama-nama Allah ni.

CERITERA CINTA FYNA

in , by Nadia Johari, 23:38:00
hai assalammualaikum


Ceritera Cinta Fyna - Comel je tengok si Fyna ni. Siapa tak kenal dia, dialah blogger, dialah jurumekap. Tengok blog dia semua pasal beauty. Haishh tengok si Fyna ni pasti tak kelip mata..hehehe..Nad pun banyak jugak tengok tutorial dia dekat youtube. Tapi Semenjak dua menjak ni kecoh pasal die dekat facebook..macam ramai tak puas hati je..pasai pa ha..ape die buat..hehhee

Bukan kecoh apa, ada video tentang dia. Sekarang Fyna dah jadi pelakon. Bila nad tengok macam best je cerita dia. Macam cerita di alam fantasi. Ala macam cerita kartun Cinderella..hehehe..best je..tak sabar nak tengok. Pe kata korang tengok video tu dekat SINI. kalau nak tau apa cerita die.

DUNKIN DONUT PELIK RUPANYA

in , , by Nadia Johari, 22:27:00
hai assalammualaikum


Dunkin Donut Pelik - Semalam nad ade pesan dengan jejaka mafia, belikan dunkin donut. Bila tengok orang post dekat facebook mesti nak jugak. haishh...Jadi semalam pun mintak jejaka mafia cari dunkin donut. Dalam kepala nad ni dunkin donut coklat yang bahagian atasnya coklat sahaja. Setiap masa ingatkan jejaka mafia tentang donut tu memandangkan dia keluar kerja, takut dia dia lupa..hahaha. Jejaka mafia cakap banyak kedai dunkin donut tutup sebab hari deepavali semalam..Sebab sayangkan isteri dia carilah dunkin donut dekat stesen minyak.


Sekali nad tengok..ermm kecewa..bukan donut yang nad nakk.. Donut dia beli ni macam pelik je..hahaha...Dah la bungkus dalam plastik je bukan kotak cantik..huhuhu..sedihhh..tapi ku makan jugak..Rasanya pun kecewa...hurmmm...nak jugak cari Dunkin Donut yang ku nak..huhuhu...

CEDERA SEMASA MENOLONG

in , by Nadia Johari, 04:13:00
hai assalamualaikum

Cedera Semasa Menolong - Kemalangan seringkali terjadi berdekatan dengan rumah nad. Semenjak nad tinggal sini, dah lebih 6 kali kemalangan berlaku, tapi belum ada lagi kemalangan maut. Kawsan rumah nad ni ade selekoh tajam, malam-malam mungkin diaorang tak nampak atau mabuk atau nagntuk..entahla..siang pun kadang-kadang kemalangan boleh terjadi. Semua jenis kenderaan, daripada motosikal sampaila ke lori. 

Pagi ni dalam pukul 3 pagi, bunyi bangg!!!.. Agak dah mesti ade kemalangan..sekali jenguk luar, ermm memang betul. 


Rutin suami pulak tidur lewat sebab siapkan gambar die, mengedit gambar. Dengar je bunyi berdentum die pergi jenguk tingkap. Lepas tu die pun nak la pergi tolong orang kemalangan tu. Kereta orang tu terbabas..



jadi orang ramai termasuk jejaka mafia pergi tolong angkat kereta tu daripada tempat terbabas.


Bila terbabas kat bahgian tayar tu diaorang letakla batu, dan apa sahaja benda yang boleh membantu kereta tu bergerak. My jejaka mafia pulak amik bahagian tayar nak tolak..Tiba-tiba ,pung!! Batu besar tu melantun dekat kaki jejaka mafia..perghh sakit weii..Dia cakap ngan nad macam nak pitam..jadi bawak masuk rumah..duduk kan die..Nad tengok kakinya luka tapi tak teruk..tapi mungkin bengkak..sebab dia cakap rasa nak pitam..yela bayangkan batu besar menghentam kaki..fuh..Masa tu nad terus amik air suam, tuam kaki die..lap-lap luka dia, then letak ubat..Las tu letak ais bagi kurangkan sakit..Alhamdulillah, jejaka mafia rasa kurang sikit sakit..

Benda tak dijangka akan berlaku..niat nak menolong jadi lain..huhuhu
hai assalammualaikum

Ceramah & Zikir Perdana Hijrah Rohani - Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya syariat Islam ke seluruh alam. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan.


Sebagai sebuah negara Islam, kita sentiasa menggarap roh dan semangat hijrah Rasulullah SAW bagi memberikan kita momentum berganda untuk terus melakukan transformasi. Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH,
 Ceramah dan Zikir Perdana Hijrah bertemakan "HIJRAH ROHANI".
Program ini berlangsung pada
Tarikh : 25 oktober 2014 
Tempat : Padang SMK Tengku Temenggong Ahamd Kundang Ulu, Ledang Johor.  

Ceramah ini akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri,Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Barisan Selebriti yang turut serta
- Ustaz Kazim Elias
- Ustaz Haslin Baharim
- Ustaz Amaluddin
- Ustz ZulkifliHamat
- Im Hizbur
- PU Rahmat
- PU Yeop
- PU Fakrul
- PU Suffian
- PU hafiz

Artis
- Mawi
- Fizo Omar
- Iwan Syahman
- Ayai Ilusi
- Daqmie
- Haziq AF
- Silah KE3

Siapa-siapa yang berdekatan bolehla datang ke sini.





BURGER MAYONIS BIRU YANG UNIK

in , by Nadia Johari, 14:35:00
hai assalammualaikum

Burger Mayonis Biru Yang Unik - Kalau dah rasa jemu makan nasi, dan lauk pauk, burger la yang di cari..hehe.. Sapa tak suka makan burger, ofkos semua suka makan kan.. Burger ni ade macam-macam jenis, Burger Ayam, Burger Daging, Burger Hotdog, Oblong, campur dengan extra iaitu telur dan cheese serta sayur. Pergh memang mantap, makan satu burger je dah boleh buat kita kenyang..


Gerai burger yang nad selalu pergi berdekatan dengan kedai mamak Fatimah Ghous. Gerai burger ni sebenarnya kawan jejaka mafia punya..hehe..jadi selalula lepak dekat sini. Bila rasa nak makan burger je, ape lagi jejaka mafia pasti bawak sini. Nama owner gerai ni bang Saad dan kak Zila..Mereka ni memang sempoi layan customer..heheh..apa yang menyebabkan nad selalu datang sini??? apa uniknya dengan burger ni..hehhehe..

Keunikan Burger


Biru!!!..sebut je biru mesti nad teruja..hahhaha..mana taknya nad suka warna biru. Kelainan burger di sini ialah mayonis berwarna biru. Pernah korang nampak mana-mana gerai burger  letak mayonis warna biru, selalu kita nampak kaler putih je kan. Mayonis biru ni diaorang yang buat sendiri, tu yang sodapp..per lagi ku bubuh banyak-banyakla..hehee

Yong Tau Fu dengan Kuah yang sedapp





Oh kat gerai ni jugak ade jual yong tau fu. Memang semua tempat banyak jual Yong Tau Fu tapi apa yang nad suka sebab kuah dia. Dekat sini ade tiga jenis kuah yang berbeza. Nak sedap korang tambah ketiga-tiga sos ni..perghh memang gempak sehh..sebab kuah die nad selalu nak datang sini...nyumnyum..

kalau korang nak cuba..datangla ke sini..
berdekatan dengan Restoran  Fatimah Ghous Restaurant Lembah Jaya (gerai die dekat tepi luar bukan dalam restoran Fatimah ni tau)
ALAMAT: 1, Jalan Seri Intan 8, Taman Seri Intan, 68000 Ampang, Selangor
Google map:  https://www.google.com.my/maps/@3.1393867,101.7839765,3a,75y,267.53h,79.21t/data=!3m4!1e1!3m2!1s3-2dwljwfRZNQDlvTc0dqA!2e0?hl=en

VIDEO ANGIN RIBUT DI PANDAMARAN KLANG

in , by Nadia Johari, 00:22:00
hai assalammualaikum

Angin Ribut Di Pandamaran Klang - Musim hujan sekarang, korang dekat luar sana, berhati-hati tak kira dimana. Jaga diri dan jaga kesihatan. Hari ni whatsuup penuh dengan video angin ribut yang melanda Pandamaran Klang. Ya Allah, haritu baru sahaja berlaku di Kedah, kali ni di Klang. Allhuakbar..Allahuakbar...adakah ini petandanya...

Ribut seakan-akan puting beliung berserta hujan lebat kira-kira 30 minit itu mencemaskan kebanyakan penduduk di kawasan Pandamaran Jaya dan di sepanjang Jalan Banting serta Jalan Besar Pandamaran kerana ia turut menyebabkan pokok tercabut dan tiang tumbang.


Hujan setiap petang hingga November - Jabatan Meteorologi

17 Oktober yang lalu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar orang ramai dinasihati tidak berada di kawasan lapang ketika musim hujan sekarang yang berlaku disebabkan peralihan monsun.

Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang akan sering berlaku semasa tempoh berkenaan selain boleh menyebabkan berlakunya puting beliung.

Walaupun tempoh hujan dan ribut petir berlaku antara setengah jam hingga tiga jam namun sebarang aktiviti luar adalah merbahaya.


Video Angin Ribut Di Pandamaran Klang
 
Video ni seperti di sebuah kilang. allahuakbar melihat bumbung tu tercabut dan seakan ade puting beliung kecil disitu

Di kawasan sekolah, ternampak atap terbang

satu lagi korang boleh tengok dekat SINI

hai assalammualiakum

Rojak Sampan Memang Pergh - Ni kali kedua nad pergi Erra Tomyam. Sebelum ni pergi sebagai tunangan ..yang ni pergi sebagai suami isteri..kihkihkih..Jejaka mafia la yang suka tempat ni, sebabnya satu je, rojak die.. Kenapa nama die rojak sampan?.. Tu nad yang bagi nama sebab rojak tu diletak dekat bekas berbentuk sampan..hahaha.


Macam-macam die bubuh dalam ni, buah jambu, pelam, kedondong, jambu batu. Kuah die boleh tahan gak. Penuh satu sampan..hehee..Kedai ni kalau malam mesti ramai orang..penuh parking..Kalau lambat memang tak dapat parking ler.. Kedai yang berada di tepi jalan, yang orang ramai mudah nampak. Kedai yang sangat luas, dan selesa. Pekerja yang efisen dan cepat buat kerja,jadi korang takkan rasa tertunggu-tunggu.


Selain rojak buah, kedai ni ade jual makanan seafood dan bergoreng..nyumnyum..kalau nak pergi bolehlah ke Gombak.
hai assalammualaikum

OMGFest 2014 Di Intekma Resort Shah Alam - Sempena mengingati kejadian yang menimpa di Palestin, OMGFest akan mengadakan jualan amal mengumpul derma tabung Palestin bagi mengurangi beban yang dihadapi rakyat Palestin yang diwakili oleh Youth Movement Change. Jualan amal ini akan diadakan di Dewan Sri Bestari bertempat di Intekma Resort  Convention Center Shah Alam. 


Ini adalah kali keempat OMGFest 2014 diadakan. Kelainan kali ini ialah OMGFest akan diadakan selama 3 hari dengan lebih inovatif, meriah dengan diskaun jualan yang amat menakjubkan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa set masa, set reminder di telefon anda pada 22-24 Oktober pada pukul 10pagi hingga 9 malam untuk datang ke festival amal ini.


Sebanyak 100 tapak niaga dibuka buat peniaga yang menjalankan perniagaan secara online bersama-sama dengan 10 orang artis terkenal untuk berniaga sambil menderma. Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Gaza. Antara artis-artis yang memeriahkan majlis ialah Nora Danish, mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee dan ramai lagi.

Di samping itu, OMGFest Venture juga bekerjasama dengan MyNexa.my sebagai penaja utama hosting akan memberi setiap peniaga online berdaftar secara percuma. Ini adalah untuk memupuk semangat berniaga atas talian buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

OMGFest atau OH Must Go Festival akan berada di beberapa buah bandar dan sesiapa yang berminat turut serta dalam acara ini boleh la menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian 
011-2626 1656 (DAZ)  
019- 279 6275 ( LIZA )
Email : enquiry@omgfest.my
web: www.omgfest.my


Tertarik dengan baju ini. Orang panggil jubah sequin kann..kalau tak silapp..Cantikk kaaannnn...Baju ini diperagakan semasa sidang media OMGFest 2014 di Intekma Resort Shah Alam. Koleksi Pakaian daripada Nine October dan tudung Siti Murni. Anda Tertarik..hah apa lagi jangan lupa datang ke festival amal ni..

 22-24 Oktober 2014

10 pagi hingga 9 malam

Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Center.



hai assalammualaikum

Tempahan Header Dengan Blogger Azhafizah - Kalau yang dah biasa datang blog nad, pasti korang perasan ape yang berubah kan..sape tak perasan takpela..kite pun bukan femes memes...hahaha...Dari tahun ke tahun nad cari idea nak buat header yang betul-betul nad puas hati dan nampak lebih matang. Mula-mula biasalah header bercartoon-cartoon, lepas tu tepek muka kita dengan perkataan dan ayat. Tapi rasa macam kekurangan je. Nak berblog pun tak semangat bila tengok header..hahaa.. 

Nad ni jenis, kalau nak sesuatu mesti nak buat,kalau tak, jadi tak tentu arah. Setiap hari dok fikir nak ubah header ni macam mana. Setiap hari belek-belek dekat google, contoh header yang menarik dan matang. Idea mesti datang bila nampak sesuatu. Dan masa tu, terbitlah idea nak buat header yang nampak kemas, matang dan menarik dabomb..hahahha


Header ni nad tempah dengan Blogger Azhafizah. Nak rasa jugakla dengan designer lain..hehee..Kak Fizah memang seorang designer blog, bukan sahaja design header malah design seluruh blog. Memang itulah koje dia..hehhee.. Jadi nad mintak dia buatkan header nad. Nad hantar la gambar-gamabr apa yang perlu diletak dalam header tu. Cerita bagai nak rak ni tanpa lakaran..hahaa..sekali Kak Fizah buat draft pertama..tak berapa lawa..then nad bagi lakaran, bagi Kak Fizah paham. Bila Kak Fizah paham, die mula design, dari lakaran nad tu die ubah sikit jadi macam sekarang..LAWA kann..ummpphh baru nad puas hati.. empat draft die bagi nad, bukan sebab gambar tapi sebab tulisan..hahhaa.. die bubuh nak tengok mana satu sesuai..dan nad telah pilih yang sekarang ni..yeahhhh....sangat-sangat berpuas hati..i loikeee...thanks to Blogger Azhafizah.. Sape-sape nak order boleh hubungi dia di SINI.


Terima Kasih Blogger Shida Radzuan

Nad nak ucapkan terima kasih kepada blogger shida yang membantu cantikkan sedikit blog. Dalam bab-bab coding ni nad dah lama tak buat..takut jadi lain, jadi nad mintak tolong Shida, designer jugak dia ni, pakar bab coding untuk betulkan blog nad. Thanks shida.. Sape-sape nak tempah dengan shida jugak pun boleh.. Hubunginya di SINI
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2