hai assalammualaikum

Photoshoot Di Mycreativepixel Studio Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari -  Peluang untuk berphotoshoot bukan dapat selalu kan, sesekali kite berangan nak jadi model pe salahnya..kihkih..nad memang minat posing-posing ni, tapi posing dalam studio tak pernah lagi. Walaupun jejaka mafia jurugambar, memang baisalah amik dengan kamera dslr, tapi amik gune lighting, dalam studio memang tak pernah lagi. Baru tau bukan senang posing dengan lighting, dengan prop bagai..sorang-sorang gitu..nasibla jurugambar tu guide.. 

Semalam sebahagian ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul untuk berphotoshoot dengan perancangan yang teratur oleh blogger abang lan. Ada yang nad dah pernah jumpa, ada yang belum. Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai ni. Semalam jejaka mafia yang hantar nad, sebut je kampung pengantin dia dah tau dekat mana. Biasalah kawasan dia kan..hehee.. Photoshoot kami bertempat di  Mycreativepixel studio ( kampung pengantin), lot 3-29, PV128 kuala lumpur.

Penaja utama cosmoderm..

Sampai je tempat tu, terus dimekapkan sebab start photoshoot pukul 11.30 pagi gitu. Ahli kelab yang datang seramai 24 orang, perempuan 14 orang jadi siap-siapla mencantikkan diri..biasalh perempuan nak solek itu ini, nak nampak cantik..lelaki pun tak mengalah..hahha..masing-masing nampak hensem dan cantik. Start je photoshoot sorang-sorang dipanggil, mula-mula photoshoot sorang-sorang..gigihla sebelum ni dekat rumah posing depan cermin..hahaha..kegabraannya terserlah..kihkih..tapi lama-lama ok jee..wah gitu..ni lah antaranya..Tema photoshoot merah hitam..




Excitednya bila ada yang datang dari jauh dan pertama kali jumpa, macam abang eraz datang dari kelantan, blogger lisa dari johor dan faizal fredley datang dari penang..



 nak tengok hasil gambar terbaik dari mycps kene tunggu la..

Masa kami photoshoot ni ramai yang sponsor..terima kasih kepada yang sponser mekap, accesorries dan makanan. Shawl by Tya Salmid , Pin Hijab by Dania Facon, Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay . Makanan oleh kak ruby..hhee.. Pasal sponsor ni nanti nad cerita erk..hehee..

Terima kasih kepada studio yang menaja photoshoot kami Mycreativepixel studio
Sesiapa yang ingin mengambil gambar keluarga, perkahwinan, kawan-kawan bolehla pergi ke 
page facebook  Mycreativepixel studio 
contact Aiman di 012-3602384
hai assalammualaikum

Terserempak Artis - Makan dekat Restoran Sakura Kristal memang tidak mengecewakan..Rasa nak pergi lagi je..hahaa..boleh garu kepala jejaka mafia tengok duit mengalir..kihkihkih..Sebenarnya masa nad makan dekat Restoran Sakura Kristal ni, nad ada terjumpa satu artis yang pernah terkenal dahulu. Sekarang macam tak pernah nampak dia dalam tv. Beliau merupakan bekas kumpulan KU2 berganding bersama arwah Bob Kuman dan lagu yang popular masa dahulu ialah "Nicky Dan Rozie".

Masa nad tengah tunggu makanan sampai, sekali artis ni masuk, dan nad terpandang. Nad ni bab artis memang kenal muka tapi lupa nama..haha..lepas tu bisik dengan jejaka mafia, 
nad ; bang tu penyanyi tu kan.. 
jejaka mafia: mana
nad: sebelah kita ni ha..
jejaka mafia: pandang dia..lepas tu nak tau ape dia buat..dia angkat tangan dekat artis tu, then dia cakap "ingat aku lagi tak bro"..
Artis: ehh..ingat la..sam kann...
jejaka mafia: hah ingat pun kau..takpe-takpe jamu selera dulu..
nad: lor kawan abang ke..haishhh..kebanyakan jejaka mafia ni kawan dengan artis, tapi die tak penh cerita..dan nad pulak bukan nak tanya ..hahhaha
jejaka mafia: :) (senyum je)
terus layankan makanan yang dah sampai..dia dah selesai makan, dia pun pergi dekat artis tu..borak-borakla..biasalah dah lama tak jumpa..


Lepas tu memasing nak balik..dah kenyang dah kan...sambil-sambil tu ambik la gambar satu..tu pun jejaka mafia yang suruh..nad ni segan kalau dengan artis..haha..jadi hangkutla isteri dia ni..Inila artis tersebut. Kumin nama dia kalau tak silap bersama isteri di Restoran Sakura Kristal.
hai assalammualaikum

Makanan Di Restoran Sakura Kristal Taman Melawati Sedap - Hari Rabu semalam nad temankan jejaka mafia pergi kerja ambil gambar. Lepas habis kerja , seperti biasa jejaka mafia akan cakap nak makan kat mana. Dalam beberapa hari ni, ramai yang tunjuk chicken chop dalam whatssap..jadi nad pun dah terliur, terus cakap "nak makan chicken chop"..Dalam hati berharapla dia tak bawak makan chicken chop tempat biasa dah pergi, jemu kot..hahahha..

Lepas tu dia call kawan dia cakap nak jumpa, jadi mintak suggest kawan dia mana tempat chicken chop dekat area Taman Melawati. Tak taula kawan dia cakap ape, tapi nad dengar dia cakap " Sakura"..wah macam special je..macam tempat mahal je..macam tempat marbelous je..hahaa..Sakura nama sama macam email nad rockers.sakura@yahoo.com..hahahha..


Sampai je dekat kawasan tu, nad tengok wahh..best, best, best....kali pertama datang ke sini, hati teruja gila..biasalah jarang makan tempat macam ni..kesian kan..hahaa..Tempat berada di tengah-tengah kawasan, mudah dan senang nak lihat restoran ni sebab perkataan Restoran Sakura Kristal boleh nampak dengan jelas. Terletak betul-betul di tepi MRR2 sebelah kiri menghala ke Ampang. Keluasan tempat ni jangan cakapla..memang luas, sesuai untuk ajak keluarga makan kat sini. Tempat pun open air..tak tertutup pun..hehee.. 

Sakura Kristal ditubuhkan pada 2003 dan cawangan pertama adalah di Kuala Lumpur. Sakura Kristal menghidangkan makanan dengan menghidupkan kembali hidangan tradisional dari kuali dan menciptakan hidangan kontemporari baru moden iaitu "grill". Antara kelebihan dalam Sakura Kristal
  1. Halal
  2. Wifi 
  3. Kemudahan Parking (,mudah dan tak perlu risau)
  4. Smoking Facilities Available
  5. Vegetarian Dishes Available 
Suasana dekat Restoran Sakura Kristal Taman Melawati




Pekerja dekat sini memang cekap dan cepat. Layanan dia pun bagus..tersenyum je..hahaha..melayan karenah kami suami isteri ni..hehee,..time aku amik gambar ni tetibe tak senyum pulak..sebab tengah peka dengan order suami..hahah..Pelbagai jenis makanan disediakan di sini..bukan grill je tau..



Tak sampai beberapa jam, makanan kami sampai..memang cepat dan efisyen..bagus..Tempat dia pun bersih. Masa nak pergi tak ramai orang datang..hehee..Nad order chicken chop black paper, suami pulak order yee mee.. 




Suasana yang senyap dan santai memang kami berdua menikmati makanan dengan seronok. Nikmat rasa chicken chop tu..perghhhh terbaikk..sedapp sehhh...harga kau jangan cakapla..memang mahal..hahhaa..standar tengok tempatla...yee mee yang jejaka mafia order pun sedapp..kuah die slurrpp..slurrppp...haishhh...lepas habis chicken chop, nad belasah yee mee jejaka mafia..hahaha..sodapp kauu..


Air pulak , nad pesan OreoMilkShake..sebelum ni nad selalu order cappucino, chocolate.. tapi balik mesti masuk angin, muntah..nad cubala order OreoMilkShake ni, sedap kau..balik takde penin dan muntah...rasa tempat die ni je ade OreoMilk Shake..tempat lain ade ke..waa..


nad sedutt sampai habiss...rasa tak puas je..aummm


Jejaka mafia pulak order aiskrim. Aiskrim campur dengan cornflakes dan air kosong..memang marbelouss..


Oh tengah makan tu nad ternampak ade satu bilik khas untuk Conferences..Siapa yang nak boleh booking dengan telefon dulu erk..No telefon dah tertera dekat situ.

 Nad kata ok dekat Restoran Sakura Kristal

Siapa nak cuba makan dekat Restoran Sakura Kristal ni boleh pergi ke
 website : http://sakurakristal.com/
location: 301,Jalan Bandar 11, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur Selangor
Facebook : Sakura Kristal Cafe & Restaurant Asian Fusion Restaurant
Sakura Kristal mempunyai beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur, antaranya di Taman Melawati, Segi University College, KL Festival City dan Setia City Mall








RASA SEPERTI ZAMAN POP YEYEH

in , , by Nadia Johari, 01:15:00
hai assalammualaikum

Rasa Seperti Zaman Dulu-dulu - Kini semakin ramai yang kembali menggayakan rekaan pakaian retro iaitu rekaan pakaian dari era 60-an, 70-an, 80-an dan era 90-an yang kini menjadi trend terutamanya di kalangan remaja. Kalau kite perasan mak-mak kite dulu banyak baju simpanan mereka yang cantik-cantik gitu, yang lain daripada lain, yang unik.hehee..Bila kita tengok balik kebanyakan baju mak-mak kite dulu semuanya ikut bentuk badan..uishhh...maknanya mak-mak kite dulu ramping-ramping kau..hahaha..Cara pemakanan dulu tak macam sekarang, kalau dulu makan jamu-jamu, sayur-sayuran, ulam-ulaman, sekarang nah ada kfc, pizza, makanan yang banyak kalori..kihkihkih..acanor kita tak naik badan..hahaha..

Trend sekarang pun dah macam kembali ke era 60 an kan..banyak design baju yang kembali ke zaman dahulu,  tetapi diberi nafas baru untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. Yela baju orang dulu seksi kau, kalau tak diubah nanti namapk seksi dan tidak sesuai dengan gaya hidup sekarang.


Tapi nad yang dah makan banyak ni pun tetap tak naik berat badan. Takpelah tak kisah asalkan sihat walafiat. Masa tu tak terfikir pun nak amik baju mak sebab baju mak banyak yang pelik-pelik..nak pakai pun segan..hahaha..sampaila my kakak ambik satu baju mak ni, cantik pun cantik dan tak pelik..hahaha..kakak amik sebenarnya dia tak pakai, sekali nad amikla, yess muat dekat badan nad..hahhaa..tapi sayangnya kain dia tak muat..baju ni satu set dengan kain. Punyalah nad tarik-tarik memang tak muat. Nampak sangat dulu mak nad mempunyai pingang dan bontot yang ramping..fuh..kalah kauu..Bila pakai baju ni rasa nak joget kepala je..hahaa...zaman pop yeyehh..hahah

Ni mak dan ayah zaman muda..kihkih..lupa la time ni dah kawin ke belum..dah kot rasanya...tengokla baju maka pakai tu, tu la baju nad pakai..kihkih...Fuh ayah...hensemm dak..hahaa..nad edit mak macm tu sebab aurat..haha..rambut mak terpaksa ditutup..kihkih


kene belajarla cara pemakanan orang dulu kalau nak kuruih...





TAMAT SUDAH SELAMAT PENGANTIN MADU

in , by Nadia Johari, 22:54:00
hai assalammualaikum

Tamat Sudah Selamat Pengantin Madu - hah sapa tengok cerita Selamat Pengantin Madu..hari ni last episode dah..dah habis dah harini..Selamat Pengantin Madu disiarkan di TV3 setiap hari  khamis. Kisah ini mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya. Hidup bermadu ni memang besar..memang kebanyakan kaum hawa ni menentang keras bab madu..mana yang suka alhamdulillah.


Sapa layan cerita ni pasti tau yang Si Masmira bini kedua Zul seorang yang gedik dan gila kuasa..haha..nad pun menyampah tengok perangai dia..dah tau madu terima jela yang kau tu bini kedua, ni semua nak dengar cakap die..eheh...lepas tu tipu lagi pasal bab mengandung..kau hingat ni boleh buat main-main ke..kang dah kene maki hamun dengan zul bila tau masmira tak mengandung. Mas mira buat hal lagi bila Zul dengan Ana pergi bercuti. Boleh pulak dia keluar dengan lelaki lain..haaa makannya cerai..tu la buat pasal lagi.. Laki ni dah banyak kali bersabar, bila dah meletup..macam tu la..hilang dah kawalan...huhuhu..akhirnya Masmira diceraikan..

Ana isteri pertama zul pulak cuba pujuk Zul untuk berbaik dengan Masmira disebabkan tengok perangai Zul yang asyik marah je..sampai anak-anak pun takut..yela dia dah boleh terima Masmira sebagai madu tapi zul takmau. Zul pulak hangin sebab Ana ni asyik keluar dengan Gazi..ohoiii..tu aktiviti office je kot..dah anaknya cakap dia call papanya..eheh..bini tak pernah lupa suami tau..Last-last atas nasihat kawan Zul, Zul boleh accept aktiviti diaorang..dengan Zul enjoy..happy ending keluarga Zul..tiada lagi Masmira...gitu tamatnya...bolehla...

Pe korang rasa best ke idok..hehehe
hai assalammualaikum

Tudung Bawal Hajra By Khabsaa's -Tudung bawal dan shawl memang menjadi kegemaran semua kaum hawa. Kalau dulu tdung shawl ni digemari oleh anak-anak muda sekarang, mak-mak pun nak bershawl..hehhee.. Kalau dulu tudung semua singkat-singkat, sekarang ramai yang mencari jenis shawl atau tudung yang labuh. 

Tudung dan Shawl Labuh Dari Khabsaa's Shiera

Terima kasih shiera sebab tudung bawal biru yang cantik ni..hehee..pantang nampak biru laa..Ni sebenarnya tudung bawal, tapi nad jadikan dia shwal..hehhee..Shiera ni adalah junior UUM nad, sekarang dia ada jual tudung bawal dan shawl labuh khas untuk kaum hawa untuk menutup aurat. Lagi-lagi bahagian depan..hehee..

Tudung bawal nad ni tudung Bawal Hajra namanya. Cantik dan sesuai pergi ke mana sahaja. Tudung bawal ni boleh dipakai dengan pelbagai gaya, banyak dah kan tutorial dekat youtube..Jenis kain tudung bawal Hajra ni dari jenis kain soft cotton.

Kalau korang malas buka youtube Khabsaa's Shiera ni pun ade tutorial die sendiri..boleh tengok page ni Khabsaa's by Shiera Syahirah

 Dah dua tahun Shiera menjual tudung dan shawl ni..alhamdulillah mendapat sambutan. Sebenarnya Khabsaa's ada jual pelbagai jenis warna, semuanya cun, dan paling penting tak jarang. Ni antara produk daripada  Khabsaa's by Shiera Syahirah




Ade sapa-sapa berkenan boleh order dekat sini
Fanpage ; Khabsaa's by Shiera Syahirah
Contact : Text/wassap 0139758195







TIPS SIMPLE SOLEKAN

in , , by Nadia Johari, 01:43:00
hai assalammualaikum

Tips Simple Solekan - Bab solekan kadang-kadang ada yang suka solek tebal dan ada yang solek nipis. Bagi nad solekan simple dah nampak cantik, asalkan solekan tu tak comot, tak nampak macam badut. hehee..Solekan juga amat penting untuk memberi keyakinan kepada seseorang.Jom tengok tips solekan ni..
hai assalammualaikum

Tutorial Ambil Link Post Status Di Facebook - hah ramai yang tak tau macam mana nak ambil link yang korang post tu dekat facebook..ramai yang blur termasukla nad..hahaa..cara ni nad guna semasa contest Pak John Steamboat yang nad sertai. Juri nak tengok link post kita, letak atau tak dekat mana-mana, sennag nak judge, bukan sorang peserta tapi ramai peserta. 

Selain itu kadang-kadang company suruh korang buat status pasal produk mereka dan nak tengok link yang korang post berkenaan produk mereka..jadi bila tekan link post status ni hanya keluar pasal produk mereka sahaja..takdelah diaorang nak scroll memanjang untuk cari korang post pasal produk mereka..

RAHSIA TEMBIKAI SEGARKAN KULIT

in , by Nadia Johari, 12:59:00
hai assalammualaikum

Rahsia Tembikai Segarkan Kulit - Tembikaii!!..mesti bayangkan air jus tembikai, takpun bayangkan tengah kunyah tembikai time cuaca panas..memang terus segar badan kan. Namun tembikai ni juga bukan sahaja boleh buat dibuat minum, di sebalik rasanya yang manis,segar dan mudah disediakan, terdapat pelbagai manfaat kecantikan kulit bagi mereka yang suka menjaga diri dengan cara yang murah dan selamat. Tembikai ni kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air.

Bagaimana Tembikai Segarkan Kulit


 Menyegarkan muka
Air tembikai boleh dijadikan penyegar semulajadi yang mampu memperbaiki penampilan kulit dan merawat jerawat sekiranya diamalkan setiap hari. Isinya boleh diurut dan di sapu terus ke muka atau dicampurkan dengan madu.

Penuaan berkurangan
Tembikai kaya dengan sumber vitamin A,C dan likopen yang mampu melawan radikal bebas seterusnya tanda awal penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik usia.

Melembapkan kulit
Kulit kering boleh menyebabkan wajah kusam dan tidak menarik. Oleh itu makan tembikai mampu melembapkan kulit kerana tembikai terdapat kandungan air yang tinggi.

Mengurangkan saiz pori
Vitamin A dalam tembikai juga mampu mengurangkan saiz liang pori dan mengurangkan rembesan minyak pada wajah. Paling mudah, picit tembikai untuk keluarkan jus yang ditapis kemudian gunakan kapas dan sapukan jus ke seluruh wajah dan leher setiap hari. Ia juga boleh dicampur dengan madu dan yogurt untuk dibuat pupur wajah.

Mengurangkan rasa letih, tekanan dan kerisauan
Tembikai juga kaya dengan vitamin B6 yang berperanan membantu mengurangkan rasa letih,tekanan dan kerisauan melampau. Apabila kita sentiasa senyum pasti wajah kita akan nampak lebih manis.


hai assalammualaikum

Susun Atur : Idea Kreatif Cara Simpan Anting-anting, Gelang dan Rantai - Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan simpanan barang makeup..sekarang nak tunjuk tempat simpanan barang remeh ni. Perempuan memang menyukai barang-barang aksesori ni, sebab cute dan cantik. Tapi bila dah kumpul banyak nak simpannya pun dah tak tau macam mana kan. Sesetengah orang akan simpan barang-barang seperti anting-anting, gelang da rantai dalam satu bekas, sebab bagi diaorang senang nak ingat dan tiada masalah. 

Oooppss ..yeke takde masalah..masalah ni penah terjadi kat nad..fuh...kalau kita dah terlambat nak pergi keluar jalan, mula masa tu kelam kabut nak pakai itu ini. Masa tu punya la nak cari gelang dengan rantai tetibe rantai terlilit pulak dengan gelang, nak betulkan dah terlambat..alamatnya memang tak pakai sebab nak kejar masa..huh..sadis je..Lagi satu kalau gelang tercabut kalau dah terlilit, almaklumla tarik ganas sangat...lagi sedihh
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2