BILA SI PUTIH HILANG SEKEJAP...

in , , by Nadia Johari, 20:44:00
hai assalammualaikum

Bila Si Putih Hilang Sekejap - Si Putih ni kucing kesayangan jejaka mafia. Dari kecik dia jaga. Maknya dah hilang, mayb di ambil orang sebab diletak dekat luar. Siapa yang tak suka kucing gebu, muka penyek...hhehehe.. Si Putih ni jantan, jadi dialah peneman jejaka mafia. Apa-apa je mesti die dekat dengan jejaka mafia, dia main dengan jejaka mafia. Sebab tu tak digalakkan letak luar rumah..hehe..kalau nad pun tak sampai hati nak letak luar rumah..cantik kott.. Harini tanpa sedar dia hilang. Macam mana kitaorang boleh lupakan dia..hasihh

tengokla tu..manja betul

Dari pagi sampai ke maghrib kitaorang tak sedar pun Si Putih hilang. Nad sibuk dengan hal rumah. jejaka mafia sibuk dengan mengedit gambar...tapi selalunya dia ada dekat-dekat ruang tamu  atau..dia pergi dekat tuannya , jejaka mafia temankan dia buat kerja. Masa kitaorang makan mesti dia ada dekat-dekat situ..tapi harini tak perasan pulak sampailaa...

Time maghrib jejaka mafia tanya" mana putih".. Nad pun cakapla"takde kat bilik abang ke".. Di cakap takde.. Punya cari satu rumah..confirm takde..sebab kalau jejaka mafia panggil mesti dia keluar..ni tak keluar.. Memang sah keluar..tapi bila masa keluar.. Agaknya masa nad siram pokok bunga pagi tadi..bersihkan halaman rumah... Nad pun tak perasan.. Jejaka mafia dah meroyan dah..Kucing kesayangan dia hilang..

Tadi panggil dia dekat luar, sambil goncang-goncangkan makanan dia yang ada dalam bekas..Putih memang pantang makanan dengar makanan digoncang sebab tau waktu untuk makan. Bila kitaorang panggil dekat luar, sekali nampak Putih dekat rumah jiran sebelah..fuhh nasib baikk...nasib baik jiran tak nyorokkan ke..manala tau kan....nasib Si Putih ni pintar jugak sebab dengar makanan dia digoncangkan..hehe...haishh..kene alert lepas ni..kalau tak jejaka mafia meroyan lagi..

RUTIN SEORANG ISTERI

in , , by Nadia Johari, 15:01:00
hai assalammualaikum

Rutin seorang Isteri - Sejak jadi isteri ni macam-macam pulak kene buat, dulu takdela buat sebanyak ni. Inilah tanggungjawab isteri. Walaupun ada orang cakap tugas isteri hanya melayan suami dan kerja-kerja rumah bukan isteri punya kerja. Itu hak masing-masingla, tapi sebagai perempuan mesti tetap jugak nak buat kerja rumah, memasak dan melayan suami.


Semalam tengok barang dapur dah habis, jadi pagi ni pergi ke pasar dengan suami. Kalau beli barang dekat pasar dapatla beli barang dapur banyak sikit, sebab harga takdela mahal sangat berbanding beli dekat tesco ka, giant ka. Selalu kitaorang siap-siap beli stok untuk sebulan..hahaa..jimat..takyah keluar-keluar dah nak beli itu ini. Selalunya memang tepat la stok memang untuk sebulan sebab kami tinggal berdua je, jadi ikan tu boleh dibelah dua, sayur boleh potong sikit je..memang jimat habis..hhee..

Balik je rumah, setelkan barang dapur pulak, kasi kemas masuk dalam peti ais siap-siap. Dah setel kasi kemas rumah pulak, rasa nak sapu lantai, sapula..tapi tiap hari memag sapu kot, bulu si putih bersepah hah..hurmm..Kalau rasa nak mop, mop pulak.. Bukan ruang tamu je, nad selalu basuh dari ruang tamu sampai ke dapur.. Lepas tu kene bersihkan luar pulak. Kadang-kadang siram pokok bunga, buang daun-daun yang gugur..huishh..Belum ade anak lagi..dah ade anak..bertambahla keje..hui..hui..

Sambil-sambil buat tu semua, layan whatssup..hahahaha...takdela stress sangat..Lepas tu masak pulak. Masak pun nak kene pikir tau tak..hahaa..laki nad kalau boleh nak nad masak je, taknak makan luar..tapi kadang-kadang nad penat gak,mintak makan luar tapi tu untuk hari minggu..hehee..yela 5 kali sehari dok masak je..bukan siang je..malam sekali..Nad pun nak rehat gak..hehee..


Harini masak  lemak cili padi udang berserta petai...aumm..aumm..ok la korang jemput makan dulu..

SUSUN ATUR : ALMARI BUKU IKEA

in , by Nadia Johari, 23:43:00
hai assalammualaikum

Susun Atur : Almari Buku Ikea - Akhirnya ada gak almari buku ni. Bila ada almari ni, buku-buku pun nampak tersusun la. Lama dah nak beli rak buku untuk susun semua buku-buku jejaka mafia dan arwah mami. Banyak sangat buku diaorang, dengan buku photographer jejaka mafia, dengan Al-Quran dan buku-buku lain lagi.
hai assalammualaikum

Pemanis Semulajadi Stevia - Siapa tak suka benda yang manis. Semua orang suka tak kira orang muda atau orang tua. Manis itu datangnya daripada gula. Gula selalu diletakkan di dalam makanan sebab nak sedap. Samala macam mak nad, masa masak mesti bubuh gula, jadi anak dah biasa makan dengan menggunakan gula, biasalah orang jawa..hehehe..

"Racun paling utama dalam pemakanan kita, tanpa manusia sedari ialah gula. Gula yang dimakan, mempunyai molekul yang kecil dan mudah menjadi tenaga dalam tubuh. Jika tidak digunakan akan ditukar menjadi lemak dan menyebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Kencing manis pula,menjadi penyebab utama kepada penghidapnya menjadi buta, dipotong kaki dan akhirnya kegagaglan buah pinggang. Oleh itu fikirlah pilih makanan sedap atau makanan sihat. " Prof Dr Muhaya 


Seperti yang kita tahu, gula datang daripada pokok tebu. Namun selain tebu, sejenis tumbuhan bernama Stevia juga boleh dijadikan gula. Ramai tak tau ape tu stevia. Stevia ni merupakan pengganti gula yang mampu mengurangkan penyakit. Rupanya Stevia ni dah lama digunakan sejak dahulu lagi cuma tak di modenkan sampai la sekrang ni dia muncul.


Apakah itu Stevia ?

 Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.

Kegunaan Royal Sweetener Stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Stevia dalam botol 10ml

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu, ia adalah pilihan bijak bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.
Sebagai pemanis semula jadi, rasa stevia tidak seperti gula tetapi ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik. Nak tau sejarah stevia, boleh baca Sejarah Penggunaan Dan Kajian Daun Pokok Stevia

Royal Sweetener Stevia  yang juga dikenali sebagai daun manis atau pokok gula banyak kelebihannya. Selain manis semulajadi, kelebihan lainnya adalah;
  • Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  • Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
  • Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
  • Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
  • Membantu menurunkan tekanan darah.
  • Membantu sistem penghadaman badan.
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
  • Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
  • Melawaskan pembuangan air kecil.
Cara Penggunaan 

Percaya atau tidak bahawa satu botol Royal Sweetener Stevia bersamaan 300 titis.WOWWWW!!!

Testimoni Pengguna Royal Sweetener stevia atau Pemanis semulajadi Stevia


 Testimoni pelanggan yang telah menggunakan Stevia..memang berhasil..
 

Bagi anda yang nak cuba dapatkan produk ‘Royal Sweetener Stevia’  dan mengetahui harganya, boleh hubungi:
Telefon : 07 232 5935
Facebook : rccglobalsdnbhd
Semuanya ada di SteviaManis.com


TAHNIAH ROZITA CHE WAN DAN FASHA SANDHA

in , by Nadia Johari, 14:59:00
hai assalammualaikum

Nama Anak Rozita Che Wan Dan Fasha Sandha - Kedua-dua artis ni sama cantik, dengan mempunyai kulit yang gebu dan putih. Cuma Che Ta suka bermekap lebih..hehee..Kedua-duanya merupakan pelakon yang terkenal. Alhamdulillah kedua-dua pelakon ni telah selamat melahirkan bayi yang sangat comel. Kedua-dua artis ni melahirkan anak perempuan.

Nama Anak Rozita Che Wan dan Zain Zaidin ialah Aaisyah Dhia Rana



Pasangan sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin menyambut kelahiran bayi pertama mereka. Menurut pengurus Rozita atau Che Ta, Afeeq Inarqio Abdul Wahab, pelakon popular ini selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital KPJ Ampang Puteri Specialist pada jam 2.18 petang tadi. Jelas Afeeq, Che Ta dimasukkan ke hospital pada jam 8.00 pagi tadi setelah mengalami tanda-tanda mahu bersalin. Che Ta bersalin secara normal dan ditemani oleh Zain sepanjang proses bersalin. Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Nama Anak Fasha Sandha dan  Jejai ialah Putri Raysha Jemaima




Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas kelahiran puteri sulung mereka. Nama yang diberikan ialah Putri Raysha Jemaima. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Jejai sendiri menerusi laman Instagramnya. Jejai juga turut memaklumkan yang si anak dan si ibu berada dalam keadaan baik. Jutaan tahniah diucapkan. Semoga Putri Raysha Jemaima membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah. Tahniah buat keluarga Fasha Sandha atas kehadiran si comel ini.

Nama yang sedap..supaya menjadi anak yang baik..

hai assalamualaikum

Kelebihan Mencuci Muka sebelum Tidur - Korang mesti rasa malas kan nak cuci muka lepas balik dari kerja, atau keluar dengan kawan atau duduk rumah lepas tu dah lewat malam terus tidur. Tak ingat dah nak cuci muka atau gosok gigi ke kan. Haishh cannot do that..cara malas tu la akan menyebabkan masalah kulit seperti berminyak, kulit kering dan berjerawat. 

Wajib basuh muka sebelum tidur..tak kisahla masa tu kau bermekap atau tidak bermekap, kau keluar rumah atau tak keluar rumah, cuci muka sebelum tidur amatla penting. Sebab ape? Sebab pada waktu malam la waktu sesuai untuk memproses kembali kulit kita. Pada waktu malam adalah waktu untuk kulit kita rehat.

BEZANYA KAMPUNG DENGAN BANDAR

in , , by Nadia Johari, 23:08:00
hai assalammualaikum

Bezanya Kampung Dengan Bandar - Memang banyak perbezaan kampung dengan bandar. Setiap kali nak balik kampung mesti seronok, yela dapat lari dari kesibukan dunia. Tapi ade sesetengah orang yang dah menetap lama di bandar tak suka balik kampung..puncanya takde line nak beronline (.kalau rumah tu tak dipasang internet).. Selain tu masalah nyamuk..pastu dengan sejuknyaa..Tapi ada sesetengah rumah dekat kampung dah diubah jadi macam bandar disebabkan nak beri keselesaan.


Kalau nad lagi suka kampung yang betul-betul kampung.  Memang seronok kalau balik kampung. Waktu pagi ayam berkokok, petang beriadah di halaman rumah, main kejar-kejar ayam..hahaa.. malam ditemani bunyi cengkerik..lenanyaa tido tanpa gangguan. Dengan cuaca yang sejuk, udara yang nyaman sebab dikelilingi pokok yang menghijau.


Kalau di bandar, tempat nad tinggal ni, memang terlalu bising. Dengan bunyi kereta, lorila, moto rempitla, lagi dasyat setiap hari nampak kemalangan. Tapi setakat ni takdela sampai melibatkan nyawa. Pagi pulak dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan..hahaha. Malam susah nak tidur, tapi kalau dah ngantuk tidur jugak..hahaha.. Tapi tak semua tempat bising, ada juga yang best, tapi masalahnya bila kesesakan lalu lintas. Hadap jela..

Ini lah perbezaan nad bila dah menetap di bandar. Maybe rumah tak strategik kot..ape2 pun hadap jela..heheh...lama-lama ok..dah tak heran bunyi-bunyi bising oii..anggap jela seperti bunyi muzik..


BAJU MUSLIMAH BPINKY ISLAMIC FASHION

in , by Nadia Johari, 18:07:00
hai assalammualaikum

Baju Muslimah Bpinky Islamis Fashion - Dunia fesyen muslimah memang dah terkenal bukan sahaj di Malaysia malah di antarabangsa. Terkini, baju muslimah sering dicari oleh para wanita untuk menghadiri majlis-majlis dan berjalan seperti jubah, blouse dan skirt labuh.  Selalu perempuan nak cari baju yang cantik, nampak anggun apabila pakai tapi still tutup aurat. Macam nad, nad suka pakai baju muslimah yang santai dan selesa. Nad lebih gemar memakai skirt labuh, blouse atau dress yang bercorak kerana badan nad yang kecik ni takkan nampak sangat..hehee..


Dah lama nad suka dengan baju ni. Bercorak bunga merah dan lengan panjang. Kalau korang nak tau baju ni daripada Bpinky Islamic Fashion. Kesemua baju di Bpinky Islamic Fashion bukan sahaja sesuai untuk majlis-majlis malah  sangat sesuai dipakai untuk hari- harian. Kualiti kain yang sangat tebal dan tidak panas. Walaupun dihasilkan dengan kain yang berwarna hitam, tetapi tidak panas walaupun cuaca panas. Baju muslimah daripada Bpinky Islamic Fashion juga tidak ketat dan longgar.


Bpinky Islamic Fashion menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada harga berpatutan kepada anda. Dengan tagline " Sopan Bergaya Aurat Terjaga" Bpinky menyediakan produk seperti Scarf, T-Shirt dan Jubah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Harga yang ditawarkan pula adalah mampu milik dan berpatutan.

 Selain itu Bpinky Islamic Fashion juga ada menjual baju muslimah nursing cover. Bagi yang sudah mempunyai anak dan ingin menyusukan anak, mesti nak mencari yang berbutang atau berzip atau senang cakap nursing friendly la kan, disinilah korang boleh cari.

Jom tengok sebahagian koleksi  baju dia






Kelebihan Bpinky Islamic Fashion 
✔ Fabrik yang BERKUALITI
✔ Design baju yang sentiasa FRESH
✔ T-shirt muslimah yang BERPOKET
✔ Design yang KEMAS dan TELITI 
✔ 100% cotton TEBAL & SEJUK

Perhatiann!!!!

https://www.facebook.com/pages/Bpinky-Islamic-Fashion/502209616505101?sk=timeline 
hah yang ni mesti korang suka.. Bpinky Islamic Fashion membuat Promosi Akhir Tahun 2014 & Awal Tahun 2015 kini berlangsung. Sila tekan banner iklan di atas.


Agen diperlukan
SYARAT-SYARAT EJEN DROPSHIP B’pinky Islamic Fashion:
  1. TIADA yuran dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMA.
  2. Berminat / suka dengan baju muslimah.
  3. Ejen dropship hendaklah membuat jualan baju muslimah sekurang-kurangnya 1 helai (1 BULAN). Jika tiada jualan, keahlian anda sebagai ejen akan dibatalkan secara automatik (Diberi peluang selama 3 bulan dari tarikh daftar) (Keadaan ini bagi memastikan saya dapat mengenalpasti ejen yang betul-betul aktif untuk dimaklumkan pada HQ)
  4. Tempahan hanya dibuat dalam masa 2 HARI SAHAJA (Jika lambat tempahan TERBATAL). Pembayaran melalu akaun MAYBANK sahaja. Setiap pembayaran yang dibuat mesti disertakan BUKTI PEMBAYARAN dan semasa membuat pembayaran online tolong masukkan EMEL kami iaitu pelangi_88sepi@yahoo.com
  5. Setelah pembayaran di buat, tolong PM inbox kami detail untuk kami pos kan barang yang telah dibayar.                                                                                                                   A: Pengirim (Maklumat Ejen) >>> Nama penuh / Alamat lengkap / No. Tel.              B: Penerima (Maklumat Pelanggan) >>>Nama penuh / Alamat lengkap / No. Tel / Kod Baju (Kuantiti & Saiz).
  6. Kami akan terus copy paste sahaja maklumat ini. Jadi pastikan tiada sebarang kesilapan alamat berlaku. Sekiranya kesilapan alamat berlaku di pihak ejen , maka ejen perlu menanggungnya, tapi jika berlaku di pihak kami, kami yang akan menanggung gantirugi nanti.
  7. Pihak kami berhak menggugurkan keahlian dropship sekiranya tiada kejujuran sepanjang urusniaga.
  8. Jika bersetuju untuk jd ejen kami, sila beritahu kami dan kami akan masukkan anda dalam group fb kami. Berikan maklumat : Nama penuh / Alamat tetap / No. Tel. / E-mail
  9. Syarat-syarat mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa.
  10. Kadar Pos Laju: ( 1 helai baju) Contoh pengiraan: RM 6 (Semenanjung Malaysia) / RM 10 (Sabah/Sarawak)[(Harga asal - Komisen) + Postage)]
Anda pula telah mendapatkan KEUNTUNGAN atas angin secara MUDAH, PANTAS dan TANPA MENGELUARKAN MODAL & TANPAN SIMPAN STOK !

korek-korek duit buat bisnes yok..sambil-sambil korang pun boleh pakai baju ni..cantik pun cantik..tutup aurat..


Nak tau lebih lanjut boleh layari
email : pelangi_88 sepi@yahoo.com

LAWAK JENAKA

in , by Nadia Johari, 16:30:00
hai assalammualaikum

Lawak Jenaka - meh sape yang stress leh baca ni..hehhehe..

Cerita 1
Disebuah stesen keretapi...seorang makcik telh pergi ke kaunter tiket utk bertanya kpd staff....
MAKCIK    : anak..keretapi smpai kul brapa?-
STAFF       : makcik....kalo ke kl smpai kul 1...ke gemas kul 3...ke ipoh kul 4....makcik nk pergi mana?
MAKCIK   : makcik nk melintas je...

Cerita 2
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Suami : @_@

Cerita 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 4
3 org asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Setelah ditahan mereka berkata Katanya,
‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 5
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Shan : Amin Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan
Amin, Shan menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cerita 6
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 8
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Hilangkan stress anda
 Senyumlah... utk sedekah 😏😏😏
hai assalammualaikum

Sponsor Official Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari - Hari photoshoot semalam, banyak pulak sponsor yang kitaorang dapat, hasil kerja keras blogger lan dan blogger uzu. Sponsor utama ialah Mekap artis ..hehee..ofkos la kene bermekap, nak nampak cantik depan kamera gitu.. Mekap nad ni mekap yang simple dan neutral..jadi memang tak nampak sangat macam nad mekap..hehhehe..tapi still nampak cantik gitu..makeup tebal dah rasa masa wedding..jadi sekarang kite mekap simple je...

Makeup artis nad dibuat oleh kak Etty..comel je akk ni tapi dah berkahwin dan dah ade anak dua orang..hehehe..makeup die buat dekat nad tak berat dan ringan..pertama kali la nad gune spray ni..hahaa..sejuk je.



dah hasilnya..tadaaa...kihkihkih..


Hari tu selain nad, kak etty mekapkan blogger yanty dan blogger sue izza. Simple, gorgeous dan aummmm..hehhee..

Sesiapa nak tempah makeup artist special untuk perkahwinan, photoshoot, videoshoot, pengiklanan, fashion dan editorial makeup boleh hubungi
Glamoresque by Etty Grib
email; etty.garib@gmail.com
contact : 016 776 7274 / 03 2385 5180

Makeup artis lain  @shazaamalina @wiidaribbon  dan @yanneskay .

Shawl dan Accessories

Musim Shawl Geli-geli gitu sekarang..eh Glitter la..hahaha..tak pernah terpikir nak beli atau pakai shawl ni, bila pakai lawa dan besar..nak buat fesyen ape dengan shawl ni, ikut korangla..hehe..senang dibentuk, tak licin dan sedap je memakai.. Shawl ni disponosr oleh Tya Salmid 

Nampak tak nad tunjuk ape..hehe..pin tu pulak di sponsor oleh Dania Facon. Nak pin hijab yang cantik-cantik boleh terjah ye..kat situ banyak pilihan pin..

Makanan

Makan..makan dan makan..memang penting ..yela isi perut dulu takut masaphotoshoot pengsan..hahha..sponsor makanan ditaja oleh kak ruby..keuw teow ada, karipap pun ada..sebelum photoshoot makan..selepas photoshoot pun makan..hahaa...

Terima kasih kepada semua sponsor...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2