hai assalammualaikum

Terpilih Giveaway Bugslock Penghalau Nyamuk - Macam biasa la pagi-pagi je bangun tido cek email, cek comment blog..hehee..Ramai pulak komen dekat Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk tu. Ramai yang ucap tahniah..ooo baru teringat yang pengumuman pemenang Giveaway Bugslock tu arini..ape lagi cepat-cepat buka blog kak Mialiana..heehe






Alhamdulillah..nama blog ku tersenarai antara 34 pemenang. No nad yang nombor lima tu..hehee... Dah bagi details dekat page kak Mia..harap kak mia nampak..hehee..dapatla 2 utas bugslock penghalau nyamuk ni.. tak sabar nak cuba..nak tengok keberkesanannya..kalau ok memang bagus untuk diwar-warkan..dah tak perlu guna spray nyamuk tu. Dan best boleh dibawa ke mana sahaja..nak tengok gak kalau temankan jejaka mafia amik gambar..nyamuk nak datang dekat tak..huhuhu..

Tahniah kepada semua pemenang..kita cube sama-sama erk bugslock ni.. Senarai pemenang Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk boleh tengok dekat SINI..

SENAMAN IBU DAN ANAK

in , by Nadia Johari, 15:25:00
hai assalammualaikum

Senaman Ibu Dan Anak - Takde anak lagi, tapi boleh dipraktikkan untuk masa akan datang..hehee..Sekarang buat dekat anak buah pun okeyy kan..hehee..Senaman itu penting  untuk kesihatan tubuh badan kita, kalau tak bersenam badan akan cepat lemau dan sakit-sakit kan. Bila dah meningkat dewasa, mesti makin malas nak bersenam..lagi-lagi kalau dah jadi, mak,ibu,ummi ni..hehee..yela dah jaga anak lagi, nak buat kerja rumah lagi..semua tu dah penat..dah di kira bersenam katanya..tapi takde regang-regang otot pun sangat..Tengokla ibu-ibu yang tak bersenam, badan naik dan cepat letih.

Hah kat sini nad nak kongsikan sedikit senaman untuk ibu, bukan sorang je, dengan anak sekali. Hah banyak la ibu-ibu dapat luangkan masa dengan anak-anak kan...ehhee.. Senaman yang ringkas dan mengenjoykan untuk para ibu dan anak...hehhhee..

letakkan anak dekat atas kaki, jaga-jaga , jangan sampai jatuh..hehehe..ibu baring lepas tu bangun..baring dan bangun

Yang ni exercise kaki ke depan..biar otot kaki tu kuat..


Jom tengok full video..hehehe..

Takde alasan lagi kata tiada masa senaman ok..hehee..cuba jangan tak cuba

KISAH PETOLA DAN PERIA

in , , by Nadia Johari, 19:53:00
hai assalammualaikum

Kisah Petola dan Peria - Tadi nad masak sayur petola..tetiba teringat kisah dahulu ketika remaja..eh sekarang pun remaja jugak..hehe.. Kisah ni bertahun-tahun yang lepas bila pertama kali si anak dara belajar memasak...hahhaa..Biasalah, bila kadang-kadang masuk dapur, memasak pun tau yang mana jela..setakat goreng-goreng masa tu bolehlaa..masak sayur tumis je pun okk..reti la kan..setiap hari bahan kene ingat dalam kepala..hahaha..kelakar bila ingat

Petola dan peria ni, kedua-duanya warna hijau dan kategori sayuran. Tapi sayur petola manis dan sayur Peria adalah pahit. Ramai tak suka makan peria sebab rasanya pahit. Dulu nad pun tak suka gak sebab pahit, tapi sejak belajar study, cuba makan peria lagi dan lama-lama ok..sedap je sebenarnya..Uitt melalut dah ni..ok kembali kisah Petola dan peria ni zaman remaja..hehe..

Setiap kali masuk dapur nad selalu tengok mak masak. Cara mak potong, dan semuanya la..Tapi bila tak tulis atau tak masukotak memang lupa. Mak dengan ayah berniaga barang dapur. Seawal pagi diaorang akan keluar berniaga dan balik dalam pukul 1-1.30 petang gitu. Dan nad dekat rumah, kenela masak. Yela mak penat-penat balik, mesti nak makan kan. Lepas tu masa tu adela satu sayur ni. Sayur petola sebenarnya, tapi masa tu nad tak tau tu sayur petola, yang nad tau mak ade keluarkan isinya...haha..ape lagi sayur petola tu habis semua isinya nad buang..haha..padahal yang mak buang isinya ialah sayur peria...kahkahkah..hancur sayur petola tu nad buat..

dah siap mak balik, mak cakap "diah awat sayur ni macam ni, ko buang isinya ke"..orang tua dah lama memasak taula apa dah jadi dekat sayur tu..hhahhaa..nad bantai gelak je..terus nad cakap "mana diah tau"..bahahahha...lepas daripada situ aku dah dapat bezakan Petola dan Peria..kihkihkih...Dapat bayangkan macam mana sayur Petola bila dibuang isinya..hehee

Inila rupa Petola dan Peria



Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. (sumber google). Sayur petola nad biasa buat sup sayur je..


 Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia (sumber google). sayur Peria pula nad biasa tumis je..
hai assalammualaikum


Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.



Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

berikan jawapan anda di ruang ini

Nad perlukan Bugslock Gelang Penghalau nyamuk ni kerana ia tiada bahan kimia dan selamat digunakan, mudah dipakai dan tiada bau yang menyakitkan. Selalu nad halau nyamuk dengan menggunakan spray. Bau spray pun dah menusuk hidung dan boleh buat sesak nafas, tapi nak buat macam mana, kalau tak spray nanti nyamuk datang. Musim hujan ni, nyamuk sentiasa ada dan mengganggu hidup nad dan suami. Habis badan kami merah-merah kerana gatal disebabkan kesan gigitan nyamuk. Nak tidur pun tak lena. Mungkin dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau nyamuk ni mampu memberikan tidur kami lena dan nyamuk pun takut nak dekat dan kesihatan kami pun terjaga. Gelang Penghalau Nyamuk ini juga boleh dibawa kemana sahaja, jadi amat sesuai untuk suami saya yang selalu mengambil gambar. Kerja sebagai jurugambar akan mengambil gambar tidak kira di mana sahaja dan tidak kira waktu. Contoh adalah waktu senja dan masa tu nyamuk akan keluar menghisap darah manusia. Jadi bila suami saya memakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni, dia dapat mengambil gambar matahari terbenam dengan tenang.


Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
hai assalammualaikum



Wordless Wednesday : Bukan Pendendam - Ini adalah betul..banyak bendadah berlaku dekat nad..tapi nad bukan jenis melenting..meluahkan hanya dengan orang tertentu yang pandai simpan rahsia..Kalau perkara itu its nothing yang remeh temeh , mungkin nad dapat lupakan sekelip mata, tapi kalau perkara yang memalukan dan memang tak boleh nak accept, nad maafkan orang tu, tak berdendam pun tapi nak lupakan mengambil masa. Biarlah orang nak buat kita jangan kita buat orang.

WORDLESS WEDNESDAY - SAYANG

in , , by Nadia Johari, 22:13:00
hai assalammualaikum



Wordless Wednesday : Sayang - Lebih baik kamu pilih orang yang sayang akan dirimu, daripada kamu pilih orang yang kamu sayangi..kerana orang yang menyayangi dirimu pasti akan membuat kamu bahagia dan tidak kisah dengan apa yang kamu buat.
hai assalammualaikum

Mask Kunyit Melembutkan Kulit - Selalu nak kulit nampak bersih, suci dan murni kan..haha..kalau boleh nak flawless je..nak gebuss je..taknak ada cacat cela dekat wajah ni. Siap buat facial muka bagai..hehee..kalau yang banyak duit buat selalu okla..kalau yang tak banyak duit..macam nad ni macam mana....hehee..Bila tak facial, muka nampak tak bermaya, tak lembap je kan..Pastu tempek la mask beli dekat giant. Dah pakai pastu buang..hahhaa..gitu la..rasa membazir je..Pastu pikir nak jimat sekrang..nah nad buat mask dekat rumah je..hahaha..jimat dan selamat. Bahan-bahan dia pun mesti korang ada dekat rumah. 

Nad dah cuba dah buat mask kunyit ni dekat muka..ohh kau..memang bestt oo...lembutt je lepas pakai..jerawat pun kecut weeii.....Kunyit!!!!...yela kunyit..ala kunyit yang buat ikan goreng tu..yang jenis serbuk tu..hah itula bahan utama dia..Selain melazatkan makanan, kunyit ni banyak kebaikann die dekat wajah kita..Kunyit dapat menhaluskan, melembut dan melembapkan kulit, meghilangkan jerawat, dan dapat menghilangkan garisan pada wajah..hah!! dah tau dah kelebihan die..jom la try..senang je nak sediakan dia..

PENAPIS AIR COWAY..MESTI BELI NI

in , , by Nadia Johari, 23:28:00
hai assalammualaikum

Penapis Air Coway...Mesti beli - Sekarang semua rumah dah ade penapis air kan. Sebab apa?..sebab tak mau air yang kita minum tu kotor..sapa yang suka nak minum air yang kotor, berkeruh dan berkarat..leh dapat penyakit oo..yela kita tak tau apa yang mengalir dekat saluran air kita, jadi penapis yang kita guna boleh tapis bendasing yang tak diperlukan.

Minum air kosong memang semua orang suka minum tapi nak memasaknya malas kan..hahaha..yela dah nak kene isi dalam cerek lepas tu kene tunggu lagi air masak..banyak kerja kan..Pastu kalau kalau nak air sejuk kene masuk dalam peti ais lagi..haisshh ..banyak kerja kan..sekarang semua nak mudah..biar kerja jadi mudah dan terurus. Takdelah kite kelam kabut bila air habis.


Tengah survey punya survey nampak satu penapis air ni. Nad jatuh cinta dengan penapis air ni. Penapis air daripada Coway.. Ramai kata bagus produk ni dan memudahkan pengguna.  Coway Petit yang memenuhi semua spesifikasi yang nad rasa memang sesuai untuk semua. Petit ni boleh letak atas kitchen cabinet, meja atau mana saja tempat yang kita nak letak. Janji dekat dengan paip air la.


Penapis Air Petit ni ade butang dia, korang nak minum air sejuak atau panas..tekan je..mudah kan..takyah la susah-susah nak masak air...air sentiasa ade..

- 3 pilihan air : sejuk/panas/suhu bilik
- sistem direct piping
- BPA free
- sijil HALAL dari JAKIM
- rental scheme juga disediakn,warranty 5tahun

PERCUMA:
- pemasangan
- penghantaran
- servis setiap 2bulan
- sekiranya ada masalah technician tidak dikenakn caj
- free gift yg menarik menanti anda!!!
- Utk urusan pembelian sila hubungi sy fasihah 012-2489598


Ada pelbagai jenis penapis air daripada coway ni..korang pilihla.. Bangun dari tido nk breakfast. Nak buat air milo panas. Bila msuk dapur..alamak!! Lupe nk masak air la..hancur harapan nk buat air milo panas kn..tu la kn dh ckp pakai pnapis air Coway kan senang..tak payah masak air. Bagun tido je bole terus buat air panas. Takpayah pikir2 nak jerang air. Takpayah nk tunggu-tunggu air msak kat cerek. Lepas ni cerek atau pemanas air tu dh bole simpan ye..hehe..

Testimoni 

Dulu pun saya punye ruang dapur pun macam ni. Kene apkai water dispenser untuk air biase. Pastu kene ade heater jgk untuk air panas. Tapi....sekarang sejak ade Petit ni memang senang sangat. Jimat kan ruang dapur. Tak perlu susah2 tadah air msuk kt water dispenser dan heater tu. Air panas dan sejuk dah tersedia. Mudah saje kn..yang malas2 minum air pun sekarang rajin minum air sebab suke amik air dari penapis air Coway ni. Bestttt sgt pkai produk Coway ni. Sape yg blm ade tu bli la satu ltak kt rumah. Confirm tak myesal kn!!!


Air Purifier



Salah satu produk Coway bagi mereka  yang suka bela haiwan di rumah. Macam si Putihla, bulunya asyik gugur je..habis rumah penuh dengan bulu dia. Kalau ade anak memang tak elok sebab takut bulu masuk hidung dan dapat lelah.. Terfikir gak guna produk coway ni..segala bulu-bulu dan debu-debu dapat diserap. Lagi-lagi di musim jerebu ni memang sangat bermanfaat. Jgn risau korang tak perlu bersihkn air purifier ni. Pihak coway yg akan bersihkn dan tukar filter. Sedap je kucing tu bertengek dekat situ..

Jenis product:
1) Lombok II (AP-1511)- RM3300 20% OFF = RM 2640
2) Scandal (AP-1510)- RM2850 20% OFF = RM2280
3) Dolomities (AP-1008)- RM2500 20% OFF = RM2000
4) Tuba (AP-3008) -RM4500 20% OFF = RM3600
- tapis/serap BAU
- tapis/serap ASAP
- tapis/serap VIRUS
- tapis/serap HABUK

PERCUMA:
- penghantaran
- pemasangan
- servis 2bln sekali selama setahun
- 0% interest credit card installment
- FREE GIFT!!!
- Sila hubungi saya utk urusan pembelian. Fasihah 012-2489598... Tq:))



Jangan terlepas Ada DISCOUNT 20% sampai Disember ni...
Kalau korang rasa nak beli boleh contact...
Fasihah 012-2489598


BILA SI PUTIH HILANG SEKEJAP...

in , , by Nadia Johari, 20:44:00
hai assalammualaikum

Bila Si Putih Hilang Sekejap - Si Putih ni kucing kesayangan jejaka mafia. Dari kecik dia jaga. Maknya dah hilang, mayb di ambil orang sebab diletak dekat luar. Siapa yang tak suka kucing gebu, muka penyek...hhehehe.. Si Putih ni jantan, jadi dialah peneman jejaka mafia. Apa-apa je mesti die dekat dengan jejaka mafia, dia main dengan jejaka mafia. Sebab tu tak digalakkan letak luar rumah..hehe..kalau nad pun tak sampai hati nak letak luar rumah..cantik kott.. Harini tanpa sedar dia hilang. Macam mana kitaorang boleh lupakan dia..hasihh

tengokla tu..manja betul

Dari pagi sampai ke maghrib kitaorang tak sedar pun Si Putih hilang. Nad sibuk dengan hal rumah. jejaka mafia sibuk dengan mengedit gambar...tapi selalunya dia ada dekat-dekat ruang tamu  atau..dia pergi dekat tuannya , jejaka mafia temankan dia buat kerja. Masa kitaorang makan mesti dia ada dekat-dekat situ..tapi harini tak perasan pulak sampailaa...

Time maghrib jejaka mafia tanya" mana putih".. Nad pun cakapla"takde kat bilik abang ke".. Di cakap takde.. Punya cari satu rumah..confirm takde..sebab kalau jejaka mafia panggil mesti dia keluar..ni tak keluar.. Memang sah keluar..tapi bila masa keluar.. Agaknya masa nad siram pokok bunga pagi tadi..bersihkan halaman rumah... Nad pun tak perasan.. Jejaka mafia dah meroyan dah..Kucing kesayangan dia hilang..

Tadi panggil dia dekat luar, sambil goncang-goncangkan makanan dia yang ada dalam bekas..Putih memang pantang makanan dengar makanan digoncang sebab tau waktu untuk makan. Bila kitaorang panggil dekat luar, sekali nampak Putih dekat rumah jiran sebelah..fuhh nasib baikk...nasib baik jiran tak nyorokkan ke..manala tau kan....nasib Si Putih ni pintar jugak sebab dengar makanan dia digoncangkan..hehe...haishh..kene alert lepas ni..kalau tak jejaka mafia meroyan lagi..

RUTIN SEORANG ISTERI

in , , by Nadia Johari, 15:01:00
hai assalammualaikum

Rutin seorang Isteri - Sejak jadi isteri ni macam-macam pulak kene buat, dulu takdela buat sebanyak ni. Inilah tanggungjawab isteri. Walaupun ada orang cakap tugas isteri hanya melayan suami dan kerja-kerja rumah bukan isteri punya kerja. Itu hak masing-masingla, tapi sebagai perempuan mesti tetap jugak nak buat kerja rumah, memasak dan melayan suami.


Semalam tengok barang dapur dah habis, jadi pagi ni pergi ke pasar dengan suami. Kalau beli barang dekat pasar dapatla beli barang dapur banyak sikit, sebab harga takdela mahal sangat berbanding beli dekat tesco ka, giant ka. Selalu kitaorang siap-siap beli stok untuk sebulan..hahaa..jimat..takyah keluar-keluar dah nak beli itu ini. Selalunya memang tepat la stok memang untuk sebulan sebab kami tinggal berdua je, jadi ikan tu boleh dibelah dua, sayur boleh potong sikit je..memang jimat habis..hhee..

Balik je rumah, setelkan barang dapur pulak, kasi kemas masuk dalam peti ais siap-siap. Dah setel kasi kemas rumah pulak, rasa nak sapu lantai, sapula..tapi tiap hari memag sapu kot, bulu si putih bersepah hah..hurmm..Kalau rasa nak mop, mop pulak.. Bukan ruang tamu je, nad selalu basuh dari ruang tamu sampai ke dapur.. Lepas tu kene bersihkan luar pulak. Kadang-kadang siram pokok bunga, buang daun-daun yang gugur..huishh..Belum ade anak lagi..dah ade anak..bertambahla keje..hui..hui..

Sambil-sambil buat tu semua, layan whatssup..hahahaha...takdela stress sangat..Lepas tu masak pulak. Masak pun nak kene pikir tau tak..hahaa..laki nad kalau boleh nak nad masak je, taknak makan luar..tapi kadang-kadang nad penat gak,mintak makan luar tapi tu untuk hari minggu..hehee..yela 5 kali sehari dok masak je..bukan siang je..malam sekali..Nad pun nak rehat gak..hehee..


Harini masak  lemak cili padi udang berserta petai...aumm..aumm..ok la korang jemput makan dulu..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2