PRODUK COSMODERM MEMANG BEST

in , by Nadia Johari, 00:35:00
hai assalammualaikum

Produk Cosmoderm Memang Best - Cosmoderm produk keluaran Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang dipercayai yang komited untuk menyediakan produk-produk penjagaan diri Halal untuk kulit dan badan dengan bahan-bahan yang diperolehi dari Alam. Produk Cosmoderm yang berasaskan tumbuhan-bahan aktif - bunga, buah-buahan dan herba dengan didokumenkan dan terbukti manfaat untuk kulit kita. Bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja halal, malah memberi kesan dalam menyelesaikan masalah kulit yang disasarkan serta mengekalkan kulit yang hebat-cari di mana-mana umur.

Produk cosmoderm sesuai untuk seisi keluarga dari bayi sampailah dewasa. Untuk remaja yang mempunyai masalah muka dan suami isteri untuk merapatkan keintiman semasa bersama. Bagus kan.. Satu produk untuk semua. 

 Rangkaian produk Cosmoderm adalah: 
- Vitamin E dengan Minyak Rosehip - untuk kulit normal 
- Minyak Tea Tree - untuk kulit berminyak & cacat    
- Co-enzim Q10 - untuk kulit sensitif dan matang 
- Cahaya dan terang - untuk mencerahkan kulit
- Invisible Peel - untuk pembaharuan kulit
 - Penjagaan Badan - untuk badan yang lebih cantik

Tiga produk cosmoderm yang nad guna


Manjakani Hygiene Wash
Barang wajib yang perlu ada..haha..aummm..sebenarnya sebelum kawian lagi kite perlu jaga tempat ehem-ehem kita tu. Bila dah bersuami, suami lagi suka..hohohoho..Suaminya untuk suami ok..makin rapat..kasi rapat..hahha..Bila nad pakai manjakani hygiene wash ni, rasa sejuk je, segar je..hahhaa..Macam ada angin masuk dalam..Bau die pun sedap. Hanya picit sikit je, dah buih banyak..memang best

Manjakani Hygiene Wash
- Peratusan manjakani tertinggi di pasaran
- Mengetat & menegangkan dinding faraj
- Mencerah kawasan intim & kulit celah peha
- Anti bacteria
- Memberi rasa segar dan nyaman
- Mengurangkan keputihan
- Meredakan irritasi & kegatalan
- Manjakani – mengetat otot rahim & otot vagina
- Kacip Fatimah – mengekalkan system peranakan & merawat keputihan
- Sirih – menyembuh luka & nyah bau        

Vitamin E Cream 1000

Muka nad ni jenis cepat kering, jadi nad guna vitamin E 1000 untuk melembapkan kulit. Kalau dekat aircond pun tetap lembap. Takde kering-kerin dah. Vitamin E ni bukan saja untuk muka malah untuk badan. Vitamin E juga boleh digunakan dekat bayi untuk parut ke atau apa sahaja.

Vitamin E Cream 1000 IU  
- Pelembab muka
- Untuk kulit normal & kering
- Merawat & melembutkan kulit
- Dwi tindakan
- Anti penuaan
- Menganjalkan kulit
- Merawat parut muka & badan
- Sesuai untuk muka & badan


Tea Tree Oil Magic Lotion  

Satu lagi X-Tra Tea Tree Oil Magic Lotion. Setiap malam nad akan sapu lotion ni dekat badan. Bau dia pun sedap. Badan sentiasa nyaman dan segar je. Banyak fungsi lotion badan ni.

Tea Tree Oil Magic Lotion  
- Anti bau
- Anti bacteria
- Anti Nyamuk
- Mengurangkan kegatalan akibat serangga & bakteria
- Melegakan iritasi
- Sesuai untuk ekzema
- Sebagai pengganti deodoran
- Sesuai digunakan di cuaca panas & sejuk


Barang Cosmoderm boleh didapati di farmasi yang berdekatan dengan anda

hai assalammualaikum

Bila Seorang Pemain Malaysia Mirip Seorang Blogger -Tamat sudah perlawanan antara Malaysia dan Vietnam. Nad memang jarang layan bola tapi disebabkan jejaka mafia, nad pun sekarang dah terjebak..hahaa..Malam ni perlawanan semi final antara Malaysia dan Vietnam yang dibuat di Stadium Shah Alam. Habis semua tiket dijual. Semangat orang Malaysia menyokong pasukan Malaysia. nad tengok dekat rumah jele..hhhee..layan TV9 tadi..

Masa pertama , Malaysia menjaringkan gol yang pertama. Semua bersorak kegembiraan, tapi Vietnam pun masuk gol jugak. Jadi masa tu nak tengok pun dah tak semangat ..Permainan tadi memang dasyat..banyak main tolak-tolak..Pemain Vietnam pun lincah dan tangkas.. . Tapi tiap kali Malaysia dekat pintu gol Vietnam, masa tu tengok..bila tak gol..haishh..tak tengok pulak..hahaha..Masa kedua pulak, Vietnam golkan satu lagi gol.. kemenagan berpihak kepada Vietnam..takpela..Malaysia dah buat yang terbaik.ape-ape pun tahniah Malaysia.. Keputusan korang dah tau kan.. Malaysia 1 Vietnam 2.

Bila nad tengok seorang pemain Malaysia ni mirip seorang blogger..hahaa..Pemain Malaysia Safee Sali. Kalau dari jauh la mirip blogger ni..hahhaa..kalau dekat Safee sali lagi hensem..kihkihkih.. NAk tau siapa blogger tu..korang klik SINI.. hahhaa..pe pendapat korang...sama ke idak..


Nama penuh Mohd Safee bin Mohd Sali
Tarikh lahir 28 Januari 1984 (30 tahun)
Tempat lahir Kajang, Selangor, Malaysia
Tinggi 1.71 m (5 ka 7516 in)
Posisi permainan Penyerang

hai assalammualaikum

Ikan Siakap Besar Dan Rangup Di Setapak - Ikan yang paling nad suka bila dia digoreng rangup, sebab masa tu kau akan ratah dia sampai tinggal tulang..sebab bila rangup dari kepala sampai ke ekor kau akan makan..hahaha..yang tinggal hanyalah tulang /duri dia. Ni kali kedua nad datang tempat ni. Sebelum ni pergi masa zaman dating-dating dulu..hahhaa..Rasa dia masih sama dan rangup dia lagi bertambah rangup...memang sedap..

Nama kedai dia Restoran Makanan Thai Asli Om Fruit Juice..nad pun lupa..yela waktu tu balik dari bercuti Port Dickson. Rancang nak berenti dekat RNR, tapi dah terlajak. Jadi nad dengan jejaka mafia pun terus nak balik kuala lumpur, lepas tu lapar lagi, terusla ke setapak ni. Kedai terletak di tepi jalan dan hanya kedai-kedai biasa sahaja. Tempat ni pun kawan jejaka mafia yang ajak dia, then dia rasa sedap, die bawak kite pulak..huhuhuhu..

Penat pulak membebel..hahhaa..Jom layan ikan Siakap ni..




Amacam..terliur tak...hahaha..ni semasa ikan dihidangkan..Selepas ituu.....jenjenjengg


Nampak tak..nampak tak..Duri je tinggal..hahhaha...Satu ekor kami makan dua orang..nampak tak kerakusan kami..hahahha..Memang terbaikk

Minuman kami order, Banana shake dan Laici shake..sedappp..sampingan sayur cendawan...makan dua jenis ni pun cukupp..Air boleh campur dua buah, contoh macam banana+mango, Carrot+ Oren dan macam-macam lagi..semua ade dekat menu..

Ni gambar sebelum kami kawin..hehehee..saje je nak tunjuk muka nad yang excited..kihkihkih...



 Riak muak aku yang menggambarkan tak sabar nak pelahap ikan tu..hahahhaa

Rasa lapar jom terjah kedai ni
Restoran Makanan Thai Asli Om Fruit Juice
Seri Pelangi, Janlan Genting Klang Setapak
53300 Kuala Lumpur.

LEPAK KEDAI MAMAK AWAL PAGI

in , , by Nadia Johari, 02:38:00
hai assalammualaikum

Lepak Kedai Mamak - hahahahha..selalu orang laki je lepak mamak ni..nad tak pernahla nak lepak mamak malam-malam ni..dulu sebelum kawin pun lepak kedai melayu..kalau lepak kedai mamak pun dengan mak ayah...tu pun dalam pukul 9 pagi sebab diaorang nak beli barang..takdenya nak keluar tengah-tengah pagi..sekarang dah kawin..jejaka mafia pulak kaki lepak malam kedai mamak..dengan nad sekali terjebak.

Dulu nak lepak pukul 1,2 pagi pun rasa cuak je..takut mak ayah bising..kalau duduk rumah sewa pun, takdela kerap sangat keluar malam..tapi dah kawin ni, ikut la suami lepak kedai mamak. Temankan dia minum. Nak balik lambat pun takpe..kihkihkih...dah ngikut apa suami buat..nak buat acano..orang laki biasahlah ngeteh tengah malam..takleh larang rutin die tu...

Mana-mana kedai mamak, pasti akan ramai pengunjung. Heran jugak kan..maybe tengok kepada pekerjanya yang selalu cepat ambil order dan buat kerja. Layanan tu selalu ada. Tengok pada tempat, kadang-kadang disediakan screen besar untuk orang tengok bola. Tempat yang santai, walaupun ko datang nak minum air sahaja. 

Perasan kan, kadang-kadang diaorang lepak kedai mamak, minum air dan borak saja. Lepas tu hisap rokok, cerita-cerita dan balik. Lagi satu kalau order banyak kali pun dia sentiasa layan ko..tetap dengan senyuman mereka..hehee..Diaorang pun rajin buka kedai sampai 24 jam. Kadang kedai tu dah penuh tapi still orang datang..sanggup beratur nak beli makanan..perghh penangan tangan orang mamak...hehhe


Ok nad pun dah terjebak..Sekali lepak..nah amik...hahaha...layan makanan ringan je...kihkih...
hai assalammualaikum

Tiada Gangguan Nyamuk Dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk- Apa korang rasa, bila nampak binatang mempunyai dua kepak, berwarna hitam putih, yang mempunyai muncung sedang enak hisap darah korang..pergh rasa panas je kan..dengan bunyi die "nyenggg..nyenggg..nyengg" yang menyakitkan telinga dok terbang sana sini dan menyebabkan tidur terganggu. Sekali binatang ni hinggap dekat pipi, sekali tu kita rasa nak matikan dia dan tampar pipi kita, tapi tak kena dan dia terbang..yang sakit pipi kau..adoiii..Geram je kan dengan binatang ni. Binatang ni adalah nyamuk. Sekali dia hisap akan meninggalkan kesan merah-merah dan gatal dekat tempat yang dihisap. Lama-lama di garu habis kudis semua.. ermmm..


Tengok punya sedap die lepak dekat kaki nad. Tengah nak cari port untuk hisap darah la tu..nggrr..Bila marah tu datang, mulalah amik spray nyamuk spray banyak-banyak. Mati memang mati tapi kita jugak yang sesak nafas sebab semburan daripada spray tu yang mempunyai bahan kimia. Nah sekarang zaman dah moden, macam-macam kita boleh buat tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan.

Akhirnya nad temui juga salah satu produk yang mampu menghalau nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia iaitu Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk. Nad dapat pun melalui giveaway yang kak mia jalankan (SINI ). Terima kasih kak mia. 


Produk ni adalah jenama bagi satu produk keluaran Syarikat Bugslock di Korea Selatan dan Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Produk Anti Nyamuk Yang Berkesan


Pertama kali nad tengok Produk anti Nyamuk yang unik dan cantik ni. Ia berbentuk Gelang dan boleh dipakai di pergelangan tangan atau kaki atau diletakkan dimana sahaja asalkn disisi kita. Bila dapat je nad terus guna Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Keberkesanan Bugslock Gelang ni memang telah diuji oleh nad sendiri dan ia merupakan produk anti nyamuk yang sangat menakjubkan berbanding produk-produk penghalau nyamuk yang lain.

Bau die sangat wangii, tiada lagi bau kimia, sebab produk anti nyamuk ini dihasilkan menggunakan 100% produk aroma wangian semulajadi iaitu citronella oil (serai wangi). Masa nad keluarkan dari pek khasnya pun nad dah bau..apatah lagi bila memakainya.. nyamuk pun taknak hinggap dah.

Bahan-bahan yang terkandung 100% semula jadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%) dan lengai (70%) .


Disebabkan sekarang musim hujan, pada waktu maghrib sampaila ke malam, nyamuk akan masuk ke rumah. Kadang-kadang bukan waktu malam sahaja, waktu siang pun ada. Tengah syok tengok tv boleh dia kacau..ngrr..Tidur pun macam tak tidur je kalau waktu malam, yela sikit-sikit kene gigit. Sejak menggunakan Bugslock Penghalau Nyamuk ni, nad dengan suami tidur amat lena. Tiada gigitan nyamuk, tiada gangguan nyamuk dan tak perlu guna spray nyamuk. Orang cakap apa, tidur mati..hahaha..Bila nyamuk datang je nad keluarkan Bugslock Gelang ni, nyamuk lari terus taknak dekat..hahaha..Serius..nad nampak sendiri..memang menakjubkan.

Dalam tandas pun nad bawak..hahaha. yela dekat tandas pun nyamuk ada..nak buang air besar pun tak senang..kadang gigit punggung kita..jadi bila pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni..takde dah nyamuk datang. memang sekarang sejak ada Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni hidup nad dah tenteram..tenang je. Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari baby sampai ke tua. Selamat untuk baby dan tak bahaya kalau digigit.


Produk Anti Nyamuk yang berkesan, kecil dan ringan, jadi nad bawa ke mana sahaja. Sesuai digunakan pada bila-bila masa,  untuk aktiviti luar atau dalam rumah. Macam nad selalu ikut jejaka mafia pergi amik gambar dekat luar. Tau-tau jela kerja photographer, tak kira di mana sahaja tempat yang menarik pasti jejaka mafia akan pergi. Masuk hutan ke, tepi tasik, tepi pantai ke, dekat bandar ke, bangunan terbiar ke,..celah mana-mana jela, nyamuk pasti ada. Nak amik gambar yang cantik, semua kene statik, takleh gerak,kalau tak nanti gambar blur, tak lawa. Kadang-kadang jejaka mafia redha jela bila kene gigit. Balik mesti merah-merah badan dia.

 Tapi selalunya nad ikut jejaka mafia amik gambar waktu matahari terbenam dan masa tu lah nyamuk akan aktif dan keluar..Tengok dekat gambar tu, nad amik masa tu, jejaka mafia tengah amik gambar , dia pukul sana sini sebab kene gigitan nyamuk..sampai dia naik rimas..konon hisap rokok dapat halau nyamuk..kihkihkih..takde maknanya..


Tapi sejak ada Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni..dia relaks je amik gambar. Takde dah nak pukul sana sini. Nad yang duk teman ni pun, tenang je..bebas nak buat apa..dah tak risau tentang gigitan nyamuk..Sampai jejaka mafia cakap "baguslah gelang ni..takde dah nyamuk. Bolehla lepas ni pakai gelang ni ke mana saja abang pergi..nak masuk hutan pun tak risau".

Tengok kann..Bestnya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk mudah dipakai dan dia tak longgar sebab ade lubang banyak khas untuk pergelangan tangan korang. Bertahan sampai 240 jam..lama idakk..lamaa kann..kalau korang takmau pakai, korang jangan letak merata, masukkan balik dalam pek khas die tu supaya tahan lama.


Cara Menggunakan  Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk..Mudah Dan senang


  • Potong bahagian atas pek (mengikut tanda yang disediakan).
  • Buka pek tersebut dan keluarkan gelang BUGSLOCK.
  • Pakaikan gelang tersebut pada bahagian yang bersesuaian.
  • Jangan buang pek tersebut untuk penyimpanan semula.  
  • Untuk penyimpanan,  masukkan gelang semula dalam pek dan seal semula pek tersebut. 

Elakkan nyamuk mendekati diri dan keluarga anda !!Elakkan Demam Denggi !
Memang bagus mereka yang mencipta Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Sebab apa, sebab ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dan setiap keluarga. Disyorkan supaya setiap keluarga di Malaysia menggunakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Produk Anti Nyamuk yang berkesan dan selamat digunakan. Keluarga pun bebas untuk beriadah bersama. Dapat mengelakkan penyakit denggi yang semakin meningkat di negara kita.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :-





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

hai assalamuulaikum

Penjagaan Rambut Dengan Shampoo Safi Shayla - Bila dah dewasa ni masalah rambut makin menjadi disebabkan persekitaran, stress dan fashion. Kalau dulu kecik-kecik cantik je kan..hahaha..Bila dah besar, dengan bermacam gaya kita nak buat, habis rambut kita ni. Lagipun rambut setiap orang berbeza, ada yang kerinting, ada yang lurus dan ada yang ikal mayang.

Lagi-lagi bagi kita yang bertudung ni. Rambut akan sentiasa tertutup dan terperap di sebalik anak tudung. Kalau tak di jaga pasti masalah-masalah rambut akan ada. Bukan senang nak jaga rambut bagi wanita bertudung ni. Wanita bertudung ni sebenarnya susah nak tentukan shampoo apa yang terbaik untuk rambut mereka. Namun jangan dijadikan alasan sebab masalah rambut korang takmau bertudung. Salah tu, bertudung ke tak bertudung ke tetap ada masalah rambut.

MAJLIS BERKHATAN ANAK BUAH DI KAMPUNG

in , by Nadia Johari, 20:43:00
hai assalammualaikum

Majlis Berkhatan Anak buah - Sekarang dah musim cuti sekolah, banyak aktiviti cuti sekolah . Ada yang nak kawin, ada yang pergi bercuti danada yang bersunat..hehe..macam anak buah nad la. Cuti sekolah ni diaorang kene sunat..Kalau dekat kampung nad, sunat ni dibuat secara beramai-ramai. Biasalah kampung, amalan seperti mandi, bawak keliling kampung masih dijalankan..bestt tau...

Abang nad yang suruh sunat cuti sekolah ni. Punyalah berusaha memujuk anaknya bersunat..hehe..yela kalau sunat dari kecik senang sikit. Kang dah besar baru nak sunat, lagi pikir yang macam-macam..Tiga orang anak buah nad yang sunat tahun ni. Sorang usia 6 tahun, 7 tahun dan 9 tahun. Takdela diaorang cuak sangat kan..ade geng..hahaha..sejak kecik main sama-sama, jadi sunat pun sama-samala..hehee..Dua orang anak abangdan sorang anak kakak..

Majlis berkhatan ni dibuat dekat surau. Seorang cousin nad, doktor, die la tukang jadi tok mudim..hehee..Tengokla tu..memasing duduk relkas je..hahaa..nak sedapkan hati..hahaha..

Ni la budak-budak yang bakal disunatkan..hehee

Pergh..masyuk diaorang dapat duit..untunglaaa

Bagi diaorang glamer aritu, bawak keliling satu kampung naik lori..haha..siap kompang lagi..meriah kalau buat dekat kampung.


Masa untuk dimandikan...bagi rasa hilang gementar tu..hahhaa..hamik kau air pancut..

Selesai dah berkhatan..hahaha...muka macho..tak nangis..bagus..tapi lepas hilang bius..meraung..hehehe..Takpe abah belikan ipad asus..gembira tak terkata dak berdua ni..

Yang sorang lagi relaks..cooll..sebab dia la ketua anak-anak buah nad..hehe..kasi machola..mana leh sakit-sakit..hehehe...

Sayangnya nad takde masa ni, sebab kereta rosak..huaaa..sumber gambar dari abang dan kakakku..


hai assalammualaikum

BRIM 2015 ; Kemaskini Maklumat Pemohon Bermula Hari Ini - Dah seminggu nad dapat surat BRIM ni, tu pun mak nad yang bagitau. Berkobar mak nad cakap :diah surat BRIM ko dah sampai"..Nad cakap biasa jela..haha.. Mak cakap "ko boleh tukar status dah kawin"..Nad "hah yela mak"..hahaha..mak yang excited..Sebelum ni nad terima duit BRIM bawah status bujang.




Harini dah start boleh kemaskini maklumat pemohon..ermm macam aku tak terlalu cepat untuk kemaskini..sebab tau sistem akan down..orang berpusu-pusu masuk..jadi relaks dulu laa..sebab kemaskini ni sampai 31 disember 2014..relakss sudahh..hehee..

Macam korang tau BRIM dah dinaikkan jumlahnya..meh tengokk

RM950
- Keluarga pendapatan tak lebih RM3000/bulan. Dibayar 3x , Jan RM300, Mei RM300 dan Sep RM350.



RM750
- Keluarga berpendapatan RM3000-RM4000/bulan. Dibayar Jan RM200, Mei R200 dan Sep RM350



RM350 
- Bujang sahaja. Dibayar bulan Jan 2015.

Perkara yang tertulis dalam surat nad
Dimaklumkan Bahawa pendaftaran BRIM 2015 bermula 1 Disember. Bagi memastikan BRIM tuan/puan dapat diproses dengan sempurna, diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
- maklumat pasangan/tangungan
- alamat terkini pemohon
- maklumat akaun bank. Dinasihatkan mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank.
- Untuk maklumat penerima BRIM 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu pemohon di bawah isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
  




Permohonan Online BR1M 4.0
Bagi yang belum mendaftar online, sila tekan ni Daftar Permohonan BR1M Online . Masuk ke bahagian permohonan baru dan isi nama penuh , ic .(Mulai 1 dis 14)


Update Online Permohonan BR1M 4.0
Bagi yang pernah memohon sebelum ini, sila update permohonan anda dan tekan ni Update Online Permohonan BR1M (Mulai 1dis 14 )


Semak Status BR1M 4.0
  1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ , dan masuk bahagian semak status permohonan
  2. Call di LHDN hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716(Mulai Jan 2015)
  3. 3. Email br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my dan jangan lupa bagi nama penuh dan no ic.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2