TUTORIAL OPEN LINK IN NEW TAB

in , by Nadia Johari, 22:40:00
hai assalammualaikum

Tutorial Open Link In New Tab - Dua hari blog senyap..badan letih..baru balik dari Johor..mana tak letih..balik hari kan..bertolak pagi..petang balik..pergi kenduri kawin kawan je..harini baru on laptop..nak update blog kesayangan..sebelum nak cerita pasal dekat Johor..nak buat tutorial ni sekejap..Mesti ramai dah tau, mungkin ada yang tak tahu lagi..jadi nad buatla tutorial ni..


Tutorial nad nak buat ialah buka link entry lain dalam new tab yang baru..Cara ni memudahkan kita untuk membaca entry dia sebanyak mana yang boleh. Nad selalu buat..senang..takyah la kita nak buka satu-satu entry dia dalam new tab yang sama..kalau lain-lain new tab senang, dan cepat. Kelebihan Open link In New Tab:
1) Banyak pencarian dan pembacaan
2) Entry sebelumnya still ada dan takkan hilang selagi tak tekan pangkah (X)
3) Lebih efisien
4) Meningkatkan visitor
5) Memudahkan pembaca

Tutorial Open Link In New Tab



1) Pergi  ke Template - Edit HTML


2) Cari perkataan code <head> . Cara nak cari tekan CTRL+ F, lepas tu tekan perkataan tu..nanti jumpa la..


3) Copy dan paste code <base target='_blank'/>  dibawah  <head> . Seperti dalam gambar.

4) Save dan tengok hasilnya.

Selamat mencuba.

PAGI-PAGI URUSKAN MEREKA DULU

in , , by Nadia Johari, 08:41:00
hai assalammualaikum

Pagi- pagi Uruskan Mereka Dulu - Bila kita bangun diaorang pun bangun..bila kita tido..diaorang pun tido..pantang nampak kitaorang bangun terus ikut ke mana kita pergi..tapi tu time diaorang lapar la..kalau tak lapar memang buat hal masing-masing..biasalah makhluk Allah ni..memang bijak..time makan dekat dengan kita..yela..sapa lagi nak uruskan makan minum berak diaorang kalau bukan kita..kalau diaorang pandai buat sendiri memang hebat..hehe..


Siapa lagi kalau bukan Si Putih, Mona dan Belang..pagi-pagi nad bangun je terus diaorang datang dekat..mengiauw...aiyarkk..Masa tu la uruskan diaorang satu persatu..mula-mula sekali tempat diaorang berak. Walaupun diaorang dah ade bekas tempat dia berak,.. kita gak yang kene timbuskan..kalau tak bau..bila dah penuh, kene buang najis tu dalam plastik..takkan nak biarkan..diaorang mana nak berak yang dah penuh taik..lagi-lagi Si Putih, dia tak reti nak timbus taik dia..tak tau la nape..kalau Mona tu dia tau la...


Lepas tu tukar alas tempat tidur dia..tempat alas nad lapik dengan suratkhabar je..kadang-kadang air tertumpah dah tempat alas sangkar tu basah..dah nak kene tukar..kadang-kadang Mona dimasukkan dalam sangkar waktu malam..sebab malam dia akan bising mengiawww..jadi masuk dalam sangkar senyapla dia..bila masuk sangkar die kencing, berak dalam tu..dah kene tukar alas tu..fuh..termasukla belang..Si Putih pun kadang-kadang kene kurung sebab degil..denda kene masuk dalam sangkar.

Bila dapat keluar sangkar..hah ngikut jela kita ke mana..


Last sekali..ni la yang mereka nantikan..makanan diaorang..hahaa..masa tu amikla bekas masing-masin..letak satu-satu makanan dalam bekas..dah setel baru bagi..bagi still makan ubat nad campur dalam makanan..tak reti nak bagi ubat dalam mulut terus..yang penting diaorang makan ubat tu..nad bagi frieskies dengan tuna..tu la makanan diaorang..Mona pun dah ok..jadi dah boleh makan Frieskies..

Lepas diaorang dah kenyang..buatla hal masing-masing..gitula rutin pagi nad..lepas tu baru buat sarapan..heheee..oh belang tu kucing yang mana pulak??.. Tu nanti nad cerita..hehe


hai assalammualaikum




Wordless Wednesday : Memek Muka Si Comel - Comel je kan bila budak-budak buat memek muka..kite pun turut tersenyum..hehee..

TIPS MELIPAT KAIN DENGAN TERSUSUN

in , , by Nadia Johari, 20:22:00
hai assalammualaikum

Tips Melipat Kain Dengan Tersusun - Bab membasuh baju ok lagi, bab menyidai baju pun ok lagi..bab amik baju dekat penyidai pun ok lagi..tapiii..bab ni yang lemah..hahahha..bab melipat baju..kalau dibiarkan boleh berlambak baju hah..bukan sebakul tapi berbakul-bakul..kalau yang memang tahap malas tu, hantar dobi je siap package lipat baju lagi..datang tinggal amik je lepas tu masukkan dalam almari..banyak sangat duit kau nak hantar dobi..lagi satu upah orang untuk lipat baju kau..hehehe..

Ni baru dua orang, tengok pun macam nak muntah..hahaa...dengan baju tshirt, seluar, baju kurung lagi..tu baru luaran dalaman lagi..hohoho..Kalau baju yang seminggu ok lagi, tapi kalau yang dah berminggu-minggu..sebulan ka..hahaha..tak ke naya..lagi bergunung-ganang jadinya..lipat baju ni pun nak kene tunggu ade mood..kalau boleh kadang-kadang terfikir, sumbat je dalam bakul lepas tu nak guna amik dekat bakul je..hahaha..sampai macam tu sekali, tapi sebagai perempuan naluri nak nampak kemas tu sentiasa ada..jadi kene lipat jugak baju.

BANJIR BESAR TAHUN NI

in , , by Nadia Johari, 16:39:00
hai assalammualaikum

Banjir Besar Tahun Ni - Pagi ni tengok whatssup, cerita tentang banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak.. Perasaan bercampur, sedih, risau walaupun bukan nad yang mengalaminya atau keluarga nad namun sebagai insan yang mempunyai perasaan, benda tu pasti ada. Apa lagi yang ahli keluarga di berada di Pantai Timur..kerisauan bertambah bila sebahagian keluarga #kelabbloggerbenashaari berada dalam situasi ni.. Kesian melihat mereka yang mengalami banjir besar ni. Dikatakan banjir itu disebabkan "fenomena New Moon"..

Bertambah sedih bila melihat gambar, video yang dipost dekat whatssup..T_T...ada satu video bila nampak budak berpaut nak dibawa arus dera...Ya Allah..jagalah anak-anak kecil jangan bagi air banjir yang dalam tu..Lagi risau dan sedih ade sebahagian tempat yang tak dapat bantuan..risaunya kita bila dengar voicenote tu..T_T...dengar suara die, buat kite sedih sebab kita tak dapat buat apa-apa..Terfikir tentang orang tua..anak kecil..Ya Allah...

"Ya Allah perintahlah bumiMu untuk telan air ini..Dan perintahlah langitMu untuk hentikan hujan ini"


" Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat"..Kepada mangsa banjir semoga terus bertabah..mari kita sama-sama doakan mereka berada dalam keadaan yang selamat.  Semoga banjir cepat surut dan pulih sepenuhnya.

MAKANAN YANG AKU TERINGIN NAK MAKAN

in , , by Nadia Johari, 00:20:00
hai assalammualaikum

Makanan Yang Aku Teringin Nak Makan - Ermm tengok orang asyik pos je..kalau orang tu pos sekali takpe..ni dah berkali-kali ni..yang post bukan orang sama tapi lain-lain orang..adoii mana tak melelehh..semua cakap sedap..selalu nad save tempat mana diaorang pergi..sebab kalau free nanti bolehla nad pergi ke tempat tu..ade jugak yang lagi dekat dekat rumah nad..semuanya kene tunggu big boss free..terpaksa la nad menelan air liur je bila tengok orang post..tengok orang makan jela..

sumber gambar Azlitamasammanis.com
Makanan ni dah lama muncul, tapi nad tak berkesempatan lagi nak rasa. Makanan apa yang nad cakpakan ni?? Apa lagi kalau bukan Pisang Goreng Cheese, bukan sahaja cheese malah ada coklat dan macam -macam lagi..ayoyoyo..Keinginan nak merasa tu membuak-buak..hahaa..Walaupun pisang goreng cheese ni kita boleh masak sendiri..ermm tau-tau jela..kadang-kadang takut tak jadi macam yang kita harapkan..sentiasa survey tempat yang sedap..takpe-takpe..sekarang pendam dulu..nanti pujuk bigboss..hehhee..


sumber gambar dari facebook D'Laila Suppower
Makanan kedua pulak..Mee Udang D'laila..pergh superb bila tengok udang tu..hahaha..nad dahla suka sangat dengan udang..Mee Udang D'Lailani dekat Nilai..ermm..jauh memang jauh tapi tu la bila dah teringin mesti nak kene pergi jugak..tapi tak tau bila..kene pujuk big boss dulu..kihkihkih..kalau dapat hah..baru leh tersenyum..takpela..simpan hasrat ni dulu..

( Baby muncul cepat..bolehlah mama bagi alasan awak yang teringin nak makan..kalau tak dapat nanti air liur baby asyik meleleh je..kihkihkih )
hai assalammualaikum

http://akifimtiyaz3.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-januari-2015-by-akif.html

❤ Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz ❤
Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di akifimtiyaz3.blogspot.com akan bermula pada 22 Disember 2014 dan akan berakhir pada 30 Disember 2014. Semua sahabat di jemput memeriahkan Segmen ini.
hai assalammualaikum

Festival Light And Motion Putrajaya 2014 - Bab-bab macam ni jejaka mafia laju la..jurugambar mesti takkan lepaskan moment ni. Masing-masing nak tunjuk skill masing-masing...dan nad, kene follow dan dipaksa belajar cara nak ambil gambar gune DSLR..hhhahaa..ape guna kalau hubby jurugambar tapi isteri tak reti ambik gambar guna DSLR..hahahhaha..nak taknak kene jugak..lagi-lagi time moment macam ni..berlampu..setahun sekali je..


Festival Light And Motion di Putrajaya telah diadakan pada 12/12/2014 - 14/12/2014.. nad pergi last sekali masa penutupan festival lampu ni. Pergi awal dalam pukul 4 petang gitu sebab dah tau akan ramai orang datang, lepas tu parking lagi. Bila datang awal parking pun senang, nak amik port untuk amik gambar pun senang. Port jejaka mafia dekat dengan laluan masjid tu..nad ikut jela..




Dalam pukul 7.30 malam die hanya buka lampu pokok je..belum buka sepenuhnya..lepas pukul 8.30 malam lepas solat isyak, baru penutupan festival lampu ni bermula..dan semua lampu dibuka. Nad sempat amik gambar mana yang nad amik je..yang lain dekat kamera DSLR jejaka mafia..hahaa..ok jom layan gambar..


 Ais ni dari mula sampai la nad nak balik tak siap-siap lagi die ukir..haha..



Keadaan memang betul-betul gelap..yela die cuma pasang lampu yang mana die letak je..Bestnya muzik yang dia mainkan masa light demo yang dipancarkan pada Istana Kehakiman.Light demo yang ditunjukkan memang awesome..boleh bayangkan macam mana dari istana kehakiman tu dibina sampai siap..hahaa..bayangkan je..

Ini sahaja yang nad snap guna ipad..dslr memang banyak la..naknunggu tu lama..hhaha..cantik memang cantik..
hai assalammualaikum


Piala AFF Suzuki 2014 : Malaysia Naib Juara : Tamat la sudah Piala AFF Suzuki 2014 antara Thailand dan Malaysia. Start pukul 8 malam tadi..macam biasalah, nad mesti jadi macam SINI..hahaha..tapi jejaka mafia paksa suruh tengok..konon die cakap kalau aku nengok Malaysia akan menang..hahaha..sampai macam tu sekali..tapi tak sanggup deh nak nengok..tapi bila gol pertama Malaysia..yeahhhh...lepas tu goal lagi..yeahhhh..dan goal lagii...yeahhh..jerit masa tu..hahaa..


Punya kita yakin Malaysia akan menang dan mengharapkan Malaysia menang bila mendahului 3-0..kalau boleh jangan bagi Thailand masuk gol..Tapi hampa..bila kene tendangan percuma ..ku pikir tak gol dah dah di tapan dengan penjaga gol..tapiiii...Si Hensem tu datang dan menjaringkan gol..perghh..mana dia muncul pun tak tau..aiyarkkkk...dan lagi satu gol untuk Thailand...


Kemenangan berpihak kepada Thailand...Walaupun Malaysia mengatasi 3-2 di tempat sendiri, namun dari kiraan agregat, kemenangan berpihak kepada Thailand kerana telah sedia mengutip 2 ata di negara mereka sendiri.. ermmm..Adat bermain ada menang ada kalah..bola itu bulat..apa-apa boleh terjadi..eheh ape aku melalut ni..haahha...Harimau Malaya dah buat yang terbaik..
hai assalammualaikum

Filem Preview : Rumah Pusaka Di Simpang Jalan : Hari Isnin bersamaan 15/12/2014 nad dapat jemputan ke tayangan perdana filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. Ini kali pertama nad join tayangan perdana. Sebelum- sebelum ni takdapat pergi sebab jauh..yela selalu buat dekat kuala lumpur..jadi tak adapat join..sekarang dah stay kl senang la sikit nak join blogger ni. Macam biasa ajak jejaka mafia sekali sebab setiap seorang boleh bawak sorang..siapa lagi den nak bawak kalau bukan kekasih halal saya ni..huhuhu..


Tayangan perdana ni dibuat dekat TGV KLCC..jadi dekatla dengan rumah..takdela dekat sangat macam sebelah je..hahaa..Pendaftaran dibuat pada pukul 8 malam.


Masa tengah daftar, time-time tu pengarah ni keluar..hehe..Siapa lagi Mamat Khalid lee..cerita nad nak tengok ni pun arahan die jugak. Dah kalau die yang buat cerita mesti lawak kan..tengok je filem arahan die yang lain seperti Hantu Kak Limah Balik Kampung dan Zombi Kampung Pisang..hehe..

Sebelum masuk panggung wayang kmi semua disajikan dengan pelbagai makanan. Terdapat pelbagai media dan artis yang hadir.



Sempat jugak bergambar dengan fida dan pekin..Comel je Fida..kechik molek..kali pertama tengok tayangan perdana, bila tengok ramai artis datang..terpegun sekejap..hehee


Lepas tu, kami dibawa ke panggung wayang. Sebab masing-masing dah tak sabar macam mana cerita Rumah Pusaka Di Simpang Jalan ni. Nad dengan geng blogger lain amik seat bawah sekali.



Sinopsis cerita
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)., .

Barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jihan Muse, Syuk SYJ, Bell Ngasri, Fatin Syahirah dan Ahmad Maembong. Ahmad Maembong adik kepada Emma Maembong. Baru je berjinak dalam lakonan..ok not bad die berlakon.

Bagi nad cerita ni memang menarik ditonton, untuk seisi keluarga sebab ia merupakan filem komedi seram. Seram campur dengan kelakar..Kisah yang memberi pengajaran kepada kita semua.


Rumah Pusaka Di Simpang Jalan akan mula ditayangkan di pawagam seleuruh Malaysia bermula 1hb Januari 2015. Jangn lupaa eee...pakat-pakay ajak kengkawan dan family layan filem ni..hehe
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2