hai assalammualaikum

Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W - Sebagai umat Islam, kita tahu yang Nabi Muhammad S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada umatnya. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada umatnya.

Sungguh besar dugaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab ketika itu. Baginda dihina, dikeji, dibaling batu kaum kafir, malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita. Malah mereka yang memeluk Islam turut ditindas. Allahuakbar.
hai assalammualaikum

Teater Sirah Rasullah : Tahajjud Cinta Di Istana Budaya - Hari Jumaat lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari telah dijemput untuk menyaksikan Teater Muzikal Sirah Rasulullah di Istana Budaya.  Ini adalah kali pertama nad jejak ke Istana Budaya. Di sinilah orang selalu buat persembahan teater. Teruja sangat nak tengok persembahan yang dilakukan. 

Nak masuk sini, pemakaian kene sopan dan bertutup. Maksudnya tak boleh memakai seluar jeans yang lusuh/koyak, perlu pakai kasut yang bertutup dan bukan selipar atau kasut sukan. Bagi lelaki baju perlu berkolar kalau tak , orang yang jaga pintu tu akan tahan..Tapi masa tu, siapa yang tak pakai baju berkolar dia bagi blazzer.
hai assalammualaikum

Tips Alam Perkahwinan - Isteri Tak Pandai Masak - Betul ke sesetengah perempuan ni tak pandai masak??..macam tak caya je..cuba bagi meggi mesti masak jugak kan..hahha..bukan tak pandai masak tapi malas masak dan malas nak pikir resepi. Yela masak ni macam-macam nak kene tau, apa bahan, berapa sukatan..Pulak tu nak pergi ke pasar lagi beli bahan-bahan dapur. Lagi sekarang dah macam-macam makanan fast food ade dijual. Ada juga makanan berlauk yang siap delivery jugak..

Lagi dah jadi isteri, memasak tu penting. Takkan nak membeli makanan dekat luar je kan..banyak pulak duit korang kan..kalau kaya no hal la..Siap sampai leh upah orang gaji bagai. Tapi tak manisla kan kalau isteri tak masak untuk suami. Mestilah nak suami puji, kang suami puji orang gaji cemburu tak bertempat pulak. 
 hai assalammualaikum


Mengajar Anak-anak Membaca Al-Quran Seumur Hidup - Malaysia kini dalam suasana bersedih. Banyak negeri yang terlibat dengan banjir. Harta benda musnah. Rumah ada yang hanyut. Ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Tapi disebalik musibah, masih ramai yang melihat segala yang terjadi dari sudut positif.

Nad kongsikan nukilan Muhammad Rusydi untuk tatapan anda hari ini. Semoga ia memberi sedikit keceriaan untuk anda.

———————————————————————

Rumah kami terkepung dengan air banjir.

Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup.

Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air.

Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur.

Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.”

Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin.

“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?”

Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?”

Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.”

Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?”

Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.”

Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.”

Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?”

Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.”

Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.”

Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?”

“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing.

Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.”

Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini.

“Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.”

Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama.

“Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.”


Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.”

Credit : Muhammad Rusydi


MEWANGI BY AKIM & THE MAJISTRET

in , by Nadia Johari, 01:40:00
hai assalammualaikum

Mewangi By Akim & The Majistret - Sedap pulak lagu ni..hahaha..Dengar banyak kali pun tak kisah..mendayu-dayu je..


Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah 
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
hai assalammualaikum

http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/segmen-jalan-jalan-tambah-kenalan.html

Macamdah lama tak join segmen..so nak join la untuk tahun baru ni..jom join jom..Bagi segmen ini 5 orang pemenang akan dipilih secara random dan mestilah menepati syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Hadiah merupakan topup prepaid tak kesahlah maxis/digi/celcom atau apa-apa yang dijual dikedai topup. 

Hadiah penyertaan:
1) RM30 x seorang
2) RM20 x seorang
3) RM10 x 3 orang

Keep in mind! >_<
Tempoh segmen berlangsung: 19 Dec 2014 - 19 Jan 2015
Tarikh pengumuman pemenang : 22 Jan 2015

AZAM TAHUN BARU: NAIKKAN BERAT BADAN

in , , by Nadia Johari, 23:29:00
hai asalammualaikum

Azam Pertama Tahun Baru ; Naikkan Berat Badan - Setiap kali masuk tahun baru,mesti kene ada azam kan..setiap tahun mesti macam tu..hahaa..tapi ada yang kesampaian ada yang tak..Jadi mana yang tak kesampaian kita cuba untuk tahun baru ni sampai tercapai..kalau tak tercapai gak..usaha lagi untuk tahun hadapan..bhahahaha..sampai bila..entah tak tau..kihkihkih..

Azam ini merupakan impian seseorang untuk lebih maju kehadapan. Orang cakap lebih kepada positif daripada negatif. Setiap orang akan mempunyai azam tersendiri seperti "menjadi pekerja cemerlang", "nak buka bisnes", dan "nak kurus"..Ramai yang nak kurus..tapi berlainan pada nad. Nad bukan nak kurus tapi nak naikkan berat badan. Selalu la orang cakap, kurusnya ko, kurusnya ko..lagi dikalangan adik beradik mesti cakap "macam jerangkung", "macam papan", "macam tiang je"..cehh..ni la azam nad..


Nad azam nak naikkan berat badan. Bukan naikkan sampai 50..haha..naik angka 40kg pun kira ok..sekarang berat tak sampai 40 pun..hahhaha..tak taula..selama ni dah makn tidur, makan tidur..tapi sama je..kalau sampai 40kg pun dah happy sangat..kihkihkih..Makan itu penting...


Malam tahun baru, lepas lepak dengan jejaka mafia, pergi la ronda-ronda cari makanan..ingat nak makan chicken chop tapi tutup..jadi carila makanan simple..Ok kenyang sudah..Alhamdulillah...

BERLALUNYA 2014 DATANGNYA 2015

in , by Nadia Johari, 17:07:00
hai assalammualaikum

Berlalunya 2014 Datangnya 2015 - Tiktotiktok..sekejap je masa berlalu. Tidur 2014..celik dah 2015..masa ni berlalu dengan laju sampai kita tak sedar..Dengan usia yang semakin meningkat, dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang berlaku di sekeliling kita. Azam tahun 2014 mungkin ada yang tercapai mungkin tidak.. lumrah kan..tak semua kita boleh capai dalam masa terdekat..tapi kita berusaha untuk melaksanakannya.


Tahun 2014 yang manis bagi nad dimana nad telah sah menjadi isteri orang.. Macam tak caya je dengan sekali lafaz dah bergelar isteri orang. Bertemu jodoh dengan mereka yang lebih berusia tidak menghalang semua tu dalam mendirikan rumahtangga. Selepas itu terpaksa berjauhan dengan keluarga. Yela dah jadi isteri orang, isteri kene ikut suami. Rasa lain macam je..hehe..Pertama kali jugak duduk di Kuala Lumpur. Mulanya memang tak dapat terima dengan bunyi bising kenderaan, tapi lama-lama dah biasa. Rutin biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan memasak dan mengemas. Pertama kali sambut bulan puasa dan Raya bersama suami. Paling bestnya dapat masak kegemaran suami iaitu rendang daging..hehee.. Namun belum rezeki kami untuk mendapat cahaya mata, kami berusaha selagi boleh.

Kenangan manis bagi blog nad, dapat berjumpa dengan ramai blogger. Alhamdulillah, makin lama blog juga makin dikenali orang luar. Memang azam nad untuk bertambah maju dengan blog. Sikit-sikit belajar cara menulis dalam blog, supaya orang datang dekat blog kita. Dapat tau mana nak ping untuk meningkatkan pageview blog. Mengubahsuai blog untuk menjadi lebih mesra kepada pembaca dan tidak memberatkan blog. Paling gembira apabila masuk contest dan blog nad telah menerima tempat pertama dengan membawa pulang wang dan sijil. Itulah pertama kali blog nad dapat anugerah seperti ini..syukur Ya Allah..usaha nad tak sia-sia. Paling tak sangka diterima masuk dalam #kelabbloggerbenashaari. Mereka bukan sahaja sahabat malah keluarga yang saling bantu membantu. Dari situ nad dapat mantapkan cara berblog dan dapat bertemu ramai lagi blogger yang terbaik. Alhamdulillah juga tahun 2014 ni, rezeki datang dengan berblog walaupun tak banyak..syukur..syukur..Dan paling tak sangka apabila pageview meningkat dengan mendadak..Allahuakbar..penat lelah buat blog akhirnya berhasil..

Pahit bagi negara kita apabila tragedi kehilangan kapal terbang MH370 yang sampai sekarang tidak tahu kemana dia menghilang. Tak habis dengan itu, kemalangan MH17 telah ditembak jatuh. Dugaan datang lagi apabila musibah banjir besar yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Lagi sekali digembarkan dengan pesawat AirAsia QZ8501 terhempas dan telah dijumpai. Besar betul dugaan 2014. Semua ini yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Tahun 2015, banyak yang perlu diperbaiki dalam hidup nad. Untuk mencapai apa yang nad inginkan. Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur di atas nikmat yang Allah Taala berikan terutama umur kita yang diberi sekadar pinjaman untuk kehidupan di muka bumi ini. Kehidupan yang singkat ini perlu digunakan sepenuhnya dengan amalan yang baik-baik.Selamat tahun baru kepada semua..Semoga tahun baru ni lebih banyak kenangan manis dari pahit..aummm..

KEMBALI BERSUKAN

in , , by Nadia Johari, 00:58:00
hai assalammualaikum

Kembali Bersukan - Dah lama rasanya tak bersukan..perut pun dah makin membuncit..badan cepat lesu..semakin hari semakin layu..ooppssss!!!!..bukan nad ok..tapi jejaka mafia..kihkihkih..nad exercise hari-hari dekat rumah..tapi teringin gak nak exercise dekat gym..huhuhu..Sejak jejaka mafia kawin ni, memang rutin dia dengan kerja saja. Hati dia memang nak kembali macam dulu, sebelum kami berkahwin, aktif main futsal..itulah salah satu rutin dia untuk bersukan. Sebab tu badan dia maintain je..kuruihh...haaha..Masa muda dia pemain bola sepak, tapi kaki dia injured, so bertukar kepada futsal.



Setelah dua tahun tinggalkan permainan futsal, akhirnya dia kembali bermain..hehehe..nad ofkos support..mesti nak suami nampak cergas dan aktif. Ko rasa, dengan umur 40 an..larat lagi ke??.. Hahh..yang tu tolak tepi..bersenam ni tak kira usia tua atau muda. Bersenam kan penting untuk kesihatan tubuh badan kita..Dengan bersukan, otak kita akan bertambah cerdas..Masa tulah ko takkan pikir soal kerja..ko akan tumpu kepada bola tu je dan meluangkan masa dengan kawan-kawan..dapat tambah kawan pun lagi..



Dari segi kesihatan, sukan dapat membantu membina tubuh badan yang sihat dan kuat dimana ia dapat mempertingkatakan pengaliran darah kita. Sebab tu nad hari-hari cakap dengan jejaka mafia, pergilah bersukan..pergilah bersukan..lagi-lagi dengan umur die yang semakin meningkat..sakit tu akan datang dengan macam-macam..so nak elakkan..dengan cara bersukanla.. 



Haritu nad temankan jejaka mafia main futsal..Fuhh masih bersemangat lagi dia main..dua tahun tinggalkan kot..kihkihkih...tengok skill dia..tengok dia berlari..hehee..ade jugakla terjatuh..biasalah tu..

Ape-ape pun 2015 ni kene rajin lagi untuk bersukan..yeahh..majulah sukan untuk negara..ehhh..




PISANG GORENG CHEESE DARI JOHOR

in , by Nadia Johari, 13:16:00
hai assalammualaikum

Pisang Goreng Cheese Dari Johor - Sebelum ni makan goreng pisang kosong je..Sekarang!!!,..ade campuran cheese dan coklat lagi kau.. Pisang Goreng Cheese memang dah jadi trend sekarang ni..sampai aku meleleh tengok diaorang post..kahkahkah..kan nad penah cerita nak mengidam Pisang Goreng Cheese ni..entry dekat SINI.. tak sangka akhirnya kawanku memahami diriku..hahaha..


Punyalah jauh nad merantau baru dapat Pisang Goreng Cheese ni..hahaa..padahal yang dekat ada, tapi apakan daya, menuggu jejaka mafia free tu entah bila. Sabtu lepas nad pergi ke Johor, kenduri kawan nad kawin. Balik dari kenduri kawin, nad dengan kawan-kawan lain singgah ke rumah Sue kawan lagi satu yang duduk dekat Johor jugak. Kami semua kawan satu UUM. Yela dah alang-alang, singgahla rumah dia. Tak sangka pulak dia pergi beli Pisang Goreng Cheese..hahhaa...macam tau-tau je nad ngidam..Teruja!!! Senyum riang nad nampak pisang goreng cheese tu..hahaha..Die beli yang ada bersalut cheese dan coklat..nyumnymm.. Macam banyak je pisang die sumbat..puas hati kauu..


Sekali rasa..urmmmppphh..mantapp..dua kali rasa..heaven sangatt..hahaa..berkali-kali rasa..fuhh..terbaikkk!!!...Memang makan tak pandang kiri kanan..makan sambil tengok tv, layan runningman...sambil minum air nescafe..Disebabkan tekak tak boleh minum air nescafe, jadi minum air kosong jela..heehee..

Dan sekarang nad teringin lagi nak makan Pisang Goreng Cheese ni..hahaha..Terima kasih sue..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2