hai assalammualaikum
Dua Kali Pergi Dua Kali Tu La Mee Ketam Kl Ni Tutup - Kau nampak tak gmbar dekat atas tu..nampak tak..ngrrr..geram sangat ni..ngrrr..boleh bertukar avatar jap lagi..hahhaa..nad ni tak boleh tengok jejaka mafia makan sedap sorang-sorang..kalau sedap je mesti nad mintak dia bawak nad semula tempat makanan sedap dia makan tu. Samala macam makanan dekat Restoran Makanan Thai Asli Om Fruit Juice disebabkan ikan siakap dia yang rangup. Gambar mee ketam tu pulak dia pergi sebelum kitaorang kawin. Sebelum kawin jugala nad dah tuntut," nanti bawak sayang makan mee ketam ni erk "..
Dah nad ni suka dengan makanan laut, tak kira lah udang ke, ketam ke, lala ke..semua masuk asalkan makanan tu sedap. Lagi teringin bila nampak ketam sebesar alam ni..Mestilah nak..Tapi sedihnya sampai sekarang tak dapat lagi..dah dua kali kot nad pergi dan dua kali jugakla dia tutup..Pertama kali pergi tak tau kenapa dia tutup..tengok operasi sampai ke malam, tapi nad pergi malam tu tak buka. Kali kedua nad pergi semalam, waktu siang pulak..yela takut malam haritu tak pergi..
Punyalah kita happy..membuak-buak ni..perut pun dah tak sabar nak makan ketam tu..sekali datang tak buka..aiyarkkk..saje je nak bagi kita kempunan. Jejaka mafia berfikiran positif "mayb sebab banjir kot, diaorang balik rumah masing-masing tolong sana ke"..nad "..ermmm yelaaa (sambil buat mulut muncung)"..sedih ooo bila tak dapat..sobsobsob...jejaka mafia "takpela kita pergi minggu depan lagi erk"...
Ni aku tengok dekat page facebook dia.. MEE KETAM KL.. sedapnyaa..area dekat keramat..
hai assalammualaikum
Keselamatan Anak ; Anak tanggungjawab ibu bapa. Kalau taknak jadi sesuatu yang buruk kepada anak-anak, mungkin ini salah satu cara sebagai penyelamat untuk anak-anak dengan orang yang tak dikenali (stranger).
hai assalammualaikum
New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall By Aj - Siapa yang tak nak cantik. Sebut pasal nak cantik, mesti semua wanita akan tersenyum. Lagi-lagi bagi yang dah berkahwin macam nad, sentiasa nak nampak cantik dan muda untuk suami. Penampilan itu penting supaya suami nampak kita je..hahaha..dan nad teruja nak join giveaway Ayujean ni..Terpanggil pulak bila ternampak produk kecantikan daripada Eversoft skinz Youth Recall ni..Tahun baru azam nak kulit sentiasa menawan dan tiada jerawat..
Kelahiran EVERSOFT Skinz telah diilhamkan oleh kecantikan dan keindahan wanita Jepun. Dengan menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam produk penjagaan kulit dan inovasi serta 5 Langkah Amalan Penjagaan Anti- Penuaan wanita jepun telah membuatkan satu dunia terpesona dengan kecntikan kulit mereka yang licin dan halus itu. Rahsia di sebalik penjagaan kulit tradisional kecantikan ini digunakan dari generasi ke generasi. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi Jepun, ia merangkumi 5 langkah amalan penjagaan anti-penuaan kulit wanita Jepun yang memberi kulit yang halus dan sentiasa muda.
Rumpai Laut Wakame
-
Kaya dengan Kolagen-Phyto, Rumpai Laut Wakame membantu meningkatkan
tahap kolagen dan secara jelas membantu mengurangkan kedutan serta
mengembalikan keanjalan kulit untuk kontur wajah yang lebih menawan.
Ume
- Dikenali sebagai
aprikot Jepun, Ume mengandungi bahan antiglisasi yang melindungi kulit
dengan menyekat AGE (Advanced Glycation End) yang mengakibatkan kulit
menjadi kusam dan kuning hasil daripada penuaan. Ume diguna secara
tradisional dalam ubat-ubatan Jepun untuk mencerah dan menghilangkan
kulit kuning serta menyamaratakan tona kulit untuk kompleksyen lebih
cerah dan berseri.
Hiaruron San (Asid Hialuronik Luar Biasa )
-
Juga dikenali sebagai “Pancuran Keremajaan”, Asid Hialuronik Luar Biasa
mengunci kelembapan untuk hidrasi berpanjangan bagi memelihara
kelembutan, kelicinan dan kecerahan kulit.
5 langkah rejim penjagaan kulit anti-penuaan
Langkah 1: Mencuci -
Ini merupakan langkah pertama dan terpenting. Diformula bersama minyak
botanika yang bertujuan melegakan, DEEP ACTION MICRO CLEANSING OIL
membersihkan kulit dengan menyingkirkan solekan, pelindung matahari,
krim BB dan produk lain pada wajah secara efektif.
Langkah 2: Membersih dengan mendalam -
Langkah kedua ialah pembersih mendalam menggunakan HYDRA CLEAN
CLEANSING FOAM (untuk kulit normal) atau DEEP MOIST RICH CLEANSING FOAM
(untuk kulit kering). Dua produk ini membantu menyingkirkan noda-noda
tersembunyi dan sebum berlebihan sambil melindungi keseimbangan semula
jadi pH kulit.
Langkah 3: Menyegar -
Langkah ketiga ialah menyegar (toning). HYDRATING TONING LOTION
diperkaya dengan Hiaruron San (Asid Hialuronik Luar Biasa) yang
memberikan 2x hidrasi segera dan efek pelembutan yang kekal untuk 24
jam. Ia juga membantu mengoptimumkan faedah pelembap anda.
Langkah 4: Rawatan untuk Pembaikan dan Keserian -
Langkah keempat meliputi rawatan kulit menggunakan FIRMING &
REFINING ESSENCE (Wajah & Mata) yang diperkaya dengan cecair pekat
aktif bagi mengatasi tanda-tanda penuaan dan untuk tujuan pemutihan.
Esen penapisan kulit ini juga mengandungi Peptid Pemulihan 3 pekat bagi
mempercepatkan pemulihan untuk kulit yang lebih licin, berseri dan anti
kulit kuning.
Langkah 5: Melembap -
Langkah terakhir adalah dengan mengaplikasikan HYDRA GLOW FIRMING CREAM
SPF 30 PA++ untuk perlindungan di siang hari dan ULTRA RICH RENEWAL
FIRMING CREAM sebelum tidur untuk tujuan melawan garis-garis kedut dan
memperbaiki tanda-tanda penuaan ketika anda berehat.
Mengapa anda harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall .....
Nad ingin memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ini kerana Produk ini mengandungi ramuan tradisional yang mampu memberi kebaikan
kepada kulit muka, menganjalkan kulit dan membantu nad kelihatan
sentiasa muda daripada usia nad disebabkan usia semakin hari semakin meningkat, jadi kerisauan kedutan atau penuaan pasti akan muncul. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat, dan berminyak menyebabkan nad malu nak berdepan dengan orang ramai,
jadi Nad ingin memiliki kulit yang licin, cantik, putih dan gebu serta
tiada jerawat seperti wanita jepun di sana. Paling penting nad ingin
nampak sentiasa berseri di depan suami kerana bahagian muka la yang
ditatap selalu oleh suami..hehe..
Slogan
Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana.......
Kecantikan itu adalah hak milik setiap wanita, Umur tiada lagi penghalang untuk kelihatan cantik. Dengan ramuan semulajadi dan 5 langkah amalan penjagaan kulit mampu memberikan wajah saya lebih cantik dan menawan dengan Eversoft Skinz. Selamat tinggal kulit bermasalah.
New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ akan berlangsung dari 26 Disember 2014 sehingga10 JANUARI 2015 (11.59 malam)
Hadiah :
5 (lima) x Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Eversoft Skinz Youth Recall bernilai RM 250 setiap satu.
Pemenang akan dipilih berdasarkan entri dan slogan yang paling menarik dan kreatif.
Pemenang akan diumumkan pada 15 Januari 2015
hai assalammualaikum
Kurus dan Menang RM1000 dengan Nikko Slimm Juice
Berpeluang Kurus Dan Menang RM1000 Dengan Nikko Slim Juice - Siapa nak menang RM1000!!!..banyak tu. Contest yang mudah dan senang. Korang boleh menang dengan hanya membeli Nikko Slim Juice dan minum sahaja. Nikko slim Juice mampu menurunkan berat badan anda sebanyak 1.5kg dalam masa 4 hari..wow!! Nikko Slim Juice merupakan
produk kesihatan berbentuk cecair. Jus yang sedap dan 'kurang-manis'
berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang mahukan kurus dengan usaha
minima. Dahla boleh kurus, lepas tu berpeluang pulak untuk menang RM1000..mudah kan..syarat penyertaan seperti dibawah..
Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap
pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini. Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan.
Antara syarat pertandingan :
- Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice
- Ada gambar ‘before – after ‘
- Ada gambar ‘before – after ‘
- Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :
Website : http://nikkobeauty.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513
Facebook : https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513
Nak tau lebih mendalam lagi tentang Nikko Slim Juice..meh nad terangkan
Gemuk, perut mengeleber, siapa yang suka kan!!..Disebabkan kan faktor
persekitaran seperti stress, faktor pemakanan yang salah menyebabkan
punca berat badan naik dan susah turun disebabkan kesilapan diri sendiri
yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar. Impian setiap wanita ingin
memiliki tubuh langsing ataupun potongan bentuk
badan menarik, malah mereka berpendapat
perkara ini meningkatkan lagi keyakinan diri apabila berhadapan
dikhalayak
umum. Jadi dah masuk tahun baru ni pasti ramai yang berazam nak kurus
kan.
Jadi Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko
Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko
Slimm Juice. Jangan risau Nikko Slim Juice dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan anda dan membantu ada mendapatkan bentuk badan yang menawan.. Nikko Slimm Juice telah mendapat lulus KKM dan Halal.
Apa itu Nikko Slim Juice?..meh nad bagitau.. Nikko Slim Juice merupakan produk kesihatan berbentuk cecair. Jus yang sedap dan 'kurang-manis' berperisa raspberry sesuai untuk mereka yang mahukan kurus dengan usaha minima. Seperti yang kita tahu, banyak produk kurus yang tumbuh bagai cendawan dalam pasaran tetapi bagi Nikko slim Juice sangat bagus sebab dia 2 in 1 product iaitu detox dan fat burner. Cuci perut dengan tindakan detox, barulah agen fat burner akan pantas bertindak !
Kelebihan Nikko Slim
Harga
1 botol cuma berharga RM60
Cara Minum
Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari
Berapa lama tahan?
Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu
Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu
Cara Diet Gaya Nikko slim Juice
Panduan diet ini sesuai untuk orang kebanyakan ,yang mana susah nak tinggalkan nasi Ok, ini prosedurnya :
SARAPAN PAGI
1. Makan 1 sudu besar NIKKO Slimm Juice sebelum breakfast
2. Breakfast wajib ambil ,sedikit pun taka pa. Jangan over –eat . Jangan pula makan nasi lemak ayam bungkus. Berpada pada
3. Sandwich,oat,roti amat sesuai untuk bagi tenaga dan penuhkan perut
2. Breakfast wajib ambil ,sedikit pun taka pa. Jangan over –eat . Jangan pula makan nasi lemak ayam bungkus. Berpada pada
3. Sandwich,oat,roti amat sesuai untuk bagi tenaga dan penuhkan perut
MAKAN TENGAHARI
1.
Makan nasi SATU GENGGAM KECIL sahaja
2. Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar
3. Bergoreng ? Boleh tapi jangan selalu
4. Minum air mineral. Jangan order minuman ais !
2. Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar
3. Bergoreng ? Boleh tapi jangan selalu
4. Minum air mineral. Jangan order minuman ais !
MINUM PETANG
1 .Makan buah buahan atau roti. 2. Jangan pula roti tu sapu nutella banyak banyak,menggemukkan ! Makan OAT sangat digalakkan sebab ia mengenyangkan
MAKAN MALAM
1. Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice
2. Makan malam seawal bermula pukul 6 hingga 8 malam
3. Makan nasi segenggam kecil sahaja
4. Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.Makan lauk sahaja.Ini lebih baik
3. Makan nasi segenggam kecil sahaja
4. Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.Makan lauk sahaja.Ini lebih baik
Testimoni penggunayang telah berjaya dengan Nikko Slim Juice ni
Rata rata pengguna memberikan
respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.
Nampa tak keberkesanannya..Apa tunggu lagi..RM1000 menanti anda..grab cepat dan cuba Nikko Slim Juice ni. Ini adlah peluang untuk mereka yang berazam nak kuruskan badan.Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com
hai assalammualaikum
Lakonan Mantap Ellie Suriati Di Istana Budaya - Ellie Suriati, siapa tak kenal dia, Sentiasa dengan rambut mengurai ni macam hantu tu..hahaha.. Ellie Suriati ialah pelakon drama TV dan filem di Malaysia. Dia pernah memenangi kategori 'Pelakon Pembantu Wanita Terbaik' dalam Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?
Dulu nad kenal Ellie Suriati dalam rancangan Orang Gaji 41. Ellie Suriati berlakonsebagai orang gaji, namanya Pah Bedah. Dengan loghat perak dia, dengan sebutan ayat die "Ye" menjadi trend orang untuk guna perkataan tu..hhehehe..Kalau sekarang dia berlakon mesti rambut die terbiar je mengurai..dah macam hantu..tak rimas ke..hahaa..tu dia jela yang rasa..Apa yang nad pandang die, Ellie suriati kalau berlakon memang menjiwai watak tu. Kadang-kadang sampai terover, tapi bila tengok rancangan tu boleh rasalah walaupun cara dia yang over tu..hehhee..
Dan haritu nad saksikan dengan depan mata sendiri, Ellie Suriati berlakon di Istana Budaya dalam Sirah Rasullullah: Tahajjud Cinta sempena Maulidur Rasul. Menggabungkan penyanyi dan pelakon terhebat seperti Dato Siti Nurhaliza,
Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto
Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie
Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3
hingga 6 Januari 2015.
Ellie Suriati memegang pelbagai watak, telah melakonkan watak-watak tersebut dengan baik. Dari watak baik sampailah ke jahat. Memang kitaorang terhibur bila Ellie Suriati keluar. Lagi-lagi watak kejam.
Set dan props pentas drama ini akan mengikut keadaan sezaman yang
terdiri daripada 12 set pentas dan 20 jenis props
Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater itu boleh
mendapatkan tiket-tiket pada harga RM53, RM103, RM153, RM203, RM253 dan
RM403 yang dijual sejak Jumaat lalu.
Tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi www.airasia,redtix.com.
Habis tayangan, nad bergambar dengan Remy Ishak..itu sahaja artis yang nampak..hehe..
Artis dan Tarikh Persembahan
3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir
• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.
• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.
Ayai Illusi Juara Gegarvaganza - Bila orang lama kembali beraksi di atas pentas, inilah yang ditunggu-tunggu penonton, begitu juga aku. Suara orang lama ni unik dengan lagu mereka yang sedap di dengar. Nad takdelah mengikuti sangat cerita ni sebab kadang-kadang berebut tv dengan jejaka mafia..hahaa..Tapi malam ni dia pergi kerja, dan nad dapat tengok Final Gegarvaganza ni.
12 orang artis terkenal tanah air kembali bertanding di pentas Gegar Vaganza untuk merebut wang tunai RM100,000 dan enam orang yang terpilih untuk ke finalis Gegarvaganza. Mereka ialah Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda dan Ifa Raziah. Acara ini berlangsung didi Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 9 malam dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Malam final terdapat dua segmen yang perlu mereka lakukan. Pertama mereka perlu menyanyikan dua lagu pilihan sendiri
- Ifa - lagu Goyang Inul (Inul Daratista) & Matahari (Agnes Monica),
- Ayai - Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) & Semangat Lamina (Lefthanded),
- Fazli - Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Tapi Bukan Aku (Kerispatih),
- Haleeda - Mendua (Astrid) & Pelesit Kota (Search),
- Rahmad - Suara Cinta (Mega) & Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah)
- Mamat - Salju Di Danau Rindu & Janji Padamu (Mamat Exist).
Segmen kedua iaitu saingan 'battle' menyaksikan penyanyi ditemukan sesama mereka untuk lagu yang bukan genre mereka iaitu
- Ifa Faziah menentang Haleeda dalam lagu Fanatik (KRU),
- Ayai dan Rahmad dalam lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
- Fazli bersama Mamat untuk lagu Havoc (Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone).
Persembahan diakhiri dengan artis jemputan seperti Kumpulan Spoon, Amelina, semestinay dengan dangdut dia, Jamal abdillah, Newboyz dan Kristal. Pergh memang mantap la diaorang. Semua orang terpegun. Semua penonton terhibur dengan persembahan mereka. Sampai Johan naik gila bila dengar Jamal nyanyi..ahaha..giler die tu..Tetiba ade pulak babak yang tidak disangka akan muncul apabila Hairul Azreen mengambil peluang di pentas Gegar Vaganza akhir yang
disiarkan secara langsung itu untuk melamar kekasih hatinya, Hanis
Zalikha. Baca lanjut DI SINI
Akhirnya benda yang ditunggu iaitu keputusan pemenang..
Keputusan Juara Konsert Gegar Vaganza 2014 Final
Juara: Ayai Ilusi (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + rakam album single)
Naib Juara: Haleeda (Wang Tunai RM 30,000 + Trofi)
Tempat Ketiga: Mamat Exist (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)
Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Mamat Exist (Wang Tunai RM5,000)
Tempat Ke Empat: Rahmad Mega (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)
Tempat Kelima: Iffa raziah (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)
Tempat Ke Enam: Fazli Zainal (Wang Tunai RM3,000 + Trofi)
Tahniah kepada semua pemenang..Semua balik dengan hadiah..
hai assalammualaikum
Hanis Zalikha Dilamar Hairul Azreen Di Rancangan GegarVaganza - Malam ni layan final Gegarvanga, rancangan yang mengembalikan 12 orang artis terkenal tanah air bertanding di pentas untuk merebut wang tunai RM100,000. Dihoskan oleh Jihan Musa dan
Nabil Ahmad.
Masa kumpulan kristal nyanyi, Nad baru je pergi dapur sekejap, pastu patah balik tengok televisyen. Pastu layan whatssup. Tengok whatsuup diaorang cakap Hanis Zalikha kene lamar..uitt mana diaorang tau..dekat mana??..rupanya dekat rancangan tu..hah melepas nad tengok.tapi takpe..mesti ade orang rakam..dan nad tengok balik sairan tu..hehee..
Hanis Zalikha telah dilamar oleh Hairul Azreen di atas pentas Gegarvaganza. Hairul punya ayat " saya nak awak ada dengan saya, saya nak awak jadi partner saya, dan saya nak awak jadi isteri saya yang sah". Sebelum Hairul bercadang untuk melamar Hanis di Konsert Final GegarVaganza, Hairul telah menjumpai ibu bapa Hanis dan mereka telah merestui hubungan ini..Aww sweet kauu. dan jawapan hanis mestilah "Yes"..kang cakap tak yes lain pulak jadinya..hehee.
Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut semoga kekal bahagia ke jinjang pelamin. Permulaan 2015 bagi artis..
hai assalammualaikum
Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W - Sebagai umat Islam, kita tahu yang Nabi Muhammad S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada umatnya. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada umatnya.
Sungguh besar dugaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab ketika itu. Baginda dihina, dikeji, dibaling batu kaum kafir,
malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini
tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita. Malah mereka yang memeluk Islam turut ditindas. Allahuakbar.
hai assalammualaikum
Teater Sirah Rasullah : Tahajjud Cinta Di Istana Budaya - Hari Jumaat lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari telah
dijemput untuk menyaksikan Teater Muzikal Sirah Rasulullah di Istana
Budaya. Ini adalah kali pertama nad jejak ke Istana Budaya. Di sinilah orang selalu buat persembahan teater. Teruja sangat nak tengok persembahan yang dilakukan.
Nak masuk sini, pemakaian kene sopan dan bertutup. Maksudnya tak boleh memakai seluar jeans yang lusuh/koyak, perlu pakai kasut yang bertutup dan bukan selipar atau kasut sukan. Bagi lelaki baju perlu berkolar kalau tak , orang yang jaga pintu tu akan tahan..Tapi masa tu, siapa yang tak pakai baju berkolar dia bagi blazzer.