hai assalammualaikum


Legoland Malaysia : Theme Park Legoland ( Mini Land ) - Seperti yang dijanjikan nad nak sambung cerita Legoland kita..hehehe..Lepas je check in nama dekat Lobi Hotel Legoland,  masuk hotel pun pukul 4 petang, jadi taknak membuang masa, kami terus pergi ke Theme Park. Hotel dengan Theme Park dekat je..keluar je..terus je jumpa..


 Inilah die pintu masuk Theme Park. Wajib amik gambar dekat sini menandakan korang dah sampai dekat Legoland..hahaha..Nak bagitaula, sebelum masuk, tempat die bukan bertutup ade aircond tau..jadi siap-siap tahan panas..hehe..kalau tak tahan, bawak payung, pakai topi..Takut kalau hujan beli baju hujan..Kamera penting..hehehe..




Hah!! sebelum masuk mesti kene ade tiket masuk Theme Park ni..korang boleh beli dekat sini. Masa kitaorang pergi takdela ramai sangat orang..huhuhu..

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (Jam 10 pagi - 6 petang ). 
Waktu operasi akan dibuka lebih panjang pada  hujung minggu, semasa sekolah dan cuti umum. 

Harga tiket seperti di bawah..Nak tau lebih lanjut boleh layari www.legoland.com.my




Taman ini dibahagikan kepada enam kawasan tema yang mengandungi persembahan lego yang menarik diciptakan dalam skala kecil menggunakan lebih 30 juta bata lego. disarankan nak masuk sini kene merantau secepat yang boleh..takut korang tak puas..sehari memang tak cukuppp...T_T..tapi dapat jugakla jejak...
1) Miniland : Asia In Lego Bricks
2) Imagination : 
3) Lego Technic
4) Lego Kingdoms
5) Land of Adventure
6) Lego City

Tengok banyak tempat kan..tapi sekarang nad nak cerita berkenaa dengan Mini Land..Sebab kat sini la banyak bangun-bangunan yang diperbuat daripada Lego.

1) MINI LAND : ASIA IN LEGO BRICKS

credit pic kerex studio
 Mini land di Theme Park Legoland ni semuanya diperbuat daripada berjuta lego. Unik kan, tapi reka bentuk dia nampak seperti betul-betul bangunan yang betul. Miniland ini mengambil masa selama tiga tahun untuk siap. Yang bestnya, setiap miniland yang dibuat mempunyai bunyi yang tersendiri..hehee..

credit pic kerex studio
Terdapat 17 bandar-bandar dan negara yang berbeza di seluruh asia termasuk kuala lumpur, Johor Bahru, Singapura, Brunei, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines and vietnam.

credit pic kerex studio
credit pic kerex studio
credit pic kerex studio
Semuanya cantik-cantik belaka. Bestnya budak kecikla..nampak macam gergasi kalau diaorang masuk dalam tu..hehehe..seronok je diaorang..nasib nad dah besar..kalau tak dah lama masuk..hahaa..

Ok layankan gambar dulu..ehehe

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio
Tengok gambar nampak macam besar je kan..hehee..tapi sampai sana takdela besar..ni kamera punya power..hehehe..

credit pic kerex studio
Ini lah die Mini Land di Legoland..cantik, kemas semuanya..hah ape lagi..tertarik tak..pergi la legoland tu..hehee..


Satu kawasan dalam Theme Park Legoland dah cerita, Next entry tentang 5 kawasan lain di dalam Theme Park..hehee..tungguuu...

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA

hai assalammualaikum

Percutian Keluarga Di Port Dickson - Tahun lepas nad ade buat entry aktiviti percutian keluarga di Bayu Beach Resort Port Dickson dekat SINI dan SINI, sekarang nak cerita aktiviti kami part 2 pulak..haha..punyalah dah lama..baru nak cerita..takpelah yang penting cerita..ye idakk..bercuti..bercutii..memang best..

Dah banyak kali nad bercuti dengan keluarga di Port Dickson tapi ni pertama kali bercuti dengan saudara mara, sepupu sepapat. Pada 22/11/2014, kami semua, anak, cucu cicit arwah haji Omar dan Hajah Saniah telah berkumpul bersama untuk bercuti. Inilah keluarga belah mak, kalau dah rancang mesti kene jadi. Bila salah seorang dah buka cerita nak buat family gathering, mesti kene jadi punya..hahaha. Kami semua memang happening dan sempoi. Abang nad dan isteri dia yang uruskan semua dan bahagi-bahagikan kerja. Alhamdulillah..semua disambut dengan baik dan berjalan lancar. 


Hari sabtu kami bertolak dan kami memulakan aktiviti bersama. Bila semua dah berkumpul memang meriah. Datang sana bukan makan, berenang je tau tapi ada aktiviti lain..

Masa ni macam-macam makanan diaorang bawak. ada bawak nasi dengan lauk pauk, ade buat barbeque. Nyumnyum..

 

 
Jom tengok aktiviti pulak..

Aktiviti Pertama- Isi Air Dalam Botol
- Diberi arahan setiap orang akan diberi satu botol dan satu cawan berlubang..amik air guna cawan berlubang dan isikan dalam botol besar sampai penuh..siapa yang dapat isi penuh menangla die..hehee..Biasalah sepupu sepapat bila dah main..ada yang main tipulah..hahaa..tapi kene ulang balik...kihkihkih..kali kedua main..baru serius..hehee 
 




Aktiviti kedua - Lelaki Gagah
- haha nama aktiviti pun dah lawok..Mainnya kaum adam kene berlari ke air..lepas tu patah balik..dan tiup belon sampai pecah..hahaa...




Aktiviti ketiga - Campak Belon air Tanpa Pecah
- Permainannya..lari kasi pusing 5 kali..lepas tu lari baling belon air ke pasangan..penin main ni..hahaha





Aktiviti keempat - Kenal Hati Pasangan Masing-masing
- hah yang ni siapa tak tau, takleh cakap apela..haha..kene kenal hati budi pasangan masing-masing..setiap sorang dibagi pensel dan kertas soalan. Soalan berkaintan, tarikh lahir, tarikh nikah, bertemu kat mana..hahaa..pasangan kene jawab sendiri-sendiri..tak boleh berbincnag..hahaa..mampuih la..siapa tak ingat memang la..kihkihkih...




Aktiviti Kelima - Buat Istana Pasir
- Setiap keluarga kene buat istana pasir..tengok siapa paling cantik..



Lepas selesai aktiviti kami meraikan harijadi mereka yang lahir pada bulan tu..meriah kau..semua ladies..hehee

Last but not least..penyampaian hadiah..takdelah nad nak tunjuk semua orang yang menerima hadiah kan..hehe..tunjuk keluarga yang banyak menang..hahaha..Geng baju hitam la banyak menang dalam permainan..hehee..tapi semua bawa pulangan hadiah..hehee


Last sekali mestilah picture kenang-kenangan bersama satu keluarga..Inilah keluarga nad..very happening..

Haji Omar Territory

Nak tengok gambar lain boleh pergi ke page Kerex Studio.
Photo by : Kerex Sniper
Page :  Kerex Sudio
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.

Lepas ni sambung cerita bercuti di legoland pulak..hehee



hai assalammualaikum

Bercuti Di Legoland Malaysia - Sabtu lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari bercuti di Legoland. Teruja sangat bila dapat pergi Legoland ni!! Bukan senang nak masuk sini, kene ada duit poket yang cukup baru boleh pergi. Bila dapat peluang pergi ke Legoland, memang tersenyum je sepanjang perjalanan..hehe..

Sebenarnya, dah lama rancang  ke Legoland ni bersama geng #kelabbloggerbenashaari. Sepatutnya pergi bulan 12, tapi ditunda sebab masalah tak dapat dielakkan. Jadi kami semua pergi bulan 1, kira percutian kami dan berbulan madu nad bersama suami tahun 2015 ni.. hahaha..kami dapat bercuti selama 2 hari 1 malam..Geng #kelabbloggerbenashaari yang pergi bukan setakat yang dah berkeluarga, malah anak dara dan teruna pun ikut join..hehhe..

credit pic Kerex studio
credit pic Kerex studio
Nad dengan suami bergerak dalam pukul 7, terus pergi amik mawardi dekat LRT Sg Besi. Lepas tu terus gerak ke highway sampailah ke perhentian RNR Seremban. Perut kasi isi dulu, yela, perjalanan ke Johor jauh kot. Lepas kenyang, teruskan perjalanan. Ingatkan nak terus je tanpa berhenti, tapi terpaksa berhenti sekali lagi sebab nak sejukkan enjin..kereta dah tua..hahaa..jadi taknak ape-ape berlaku kami berhenti la..

Selepas itu teruskan la perjalanan ke Legoland tanpa berhenti. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 12 tengahari..Perjalanan mengambil masa selama 5 jam jugakla..fuhh..lama jugak. Hari tu nasib kami baik dan beruntung sangat sebab cuaca di Legoland cerah dan sangat cantik, sebab sebelum ni hujan 2 hari dekat sana. Biar berpanas jangan hujan . .dapatla kami pusing-pusing dekat situ.. Dapat je parking, kami terus ke Lobi hotel Legoland untuk check in nama.

LOBI HOTEL LEGOLAND 

Masuk je dalam lobi, WooWW!!! amazing sangat tempat dia..bukan sekadar lobi yang membosankan, yang hanya ada kerusi dan kaunter, tapi lobby dekat Hotel Legoland ni penuh dengan lego dan tempat istirehat. Lego memang sesuai untuk anak-anak, tapi dah masuk sini orang dewasa pun nak join jugak..hahahha..

credit pic Kerex studio

Bagi mak, bapak yang sedang menunggu nak check in, jangan risau tentang anak-anak..letak je dalam ni..mesti diaorang takkan merayau ke mana. Diaorang akan khusyuk main lego je..Tapi kene perhatikan jugak, takut ade yang tertelan lego pulak nanti..hehhee..

credit pic Kerex studio
credit pic Kerex studio
Ehh lupe pulak nak daftar nama..hahaa..khusyuk tengok lego kan.. Ade basikal bergerak kat belakang tu..hhehe..omey je..dan ada 12,528 LEGO Mini Figures di pamerkan di belakang check-in desk

credit pic Kerex studio
credit pic Kerex studio
 Nak ajer masuk main dalam castle tu..hahaha. Selain itu di Lobi Hotel Legoland ni ada kemudahan kerusi urut dan kedai untuk membeli cenderahati serta restaurant..


credit pic Kerex studio
 Eheh jumpa maskot Legoland pulak..bergambarla kito yee.. 


Memandangkan check in hotel pukul 4, jadi kami semua berjalan masuk ke dalam Theme Park dahulu..dekat je dengan hotel. Keluar je Pintu, dah nampak Theme Park..hehee..Panas pun panasla..yang penting enjoy..Kalau tak tahan panas, bawakla payung atau pakai topi. Takut hujan bawak baju hujan..hehe..Yang penting kalau korang dapat 2 hari 1 malam better pergi awal sebab korang boleh meronda seluruh Theme Park sebab check in hotel pukul 4 kann..

Nak tau ape dalam Theme Park..tungguuu..nanti nad sambung yeeee...hehee..









WORDLESS WEDNESDAY : CINTA

in , by Nadia Johari, 17:02:00
hai assalammualaikum

  • Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari
  • Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.
  • Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
  • Cinta itu bukanlah menyayangi yang sempurna tapi cinta itu menyayangi yang tak sempurna menjadikannya lebih sempurna. Jangan terlalu meratap atas kegagalan bercinta.
  • Cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal. Jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita?
  • Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian atau hadiah semata.

PRINT BAJU MURAH DI OHTSHIRT SHAH ALAM

in , by Nadia Johari, 21:49:00
hai assalammualaikum

Print Baju Murah Di OhTshirt Shah Alam - Hah siapa yang tercari-cari printing baju dan Tshirt untuk kenduri, office atau apa sahaja, korang boleh terjah printing baju dan Tshirt Murah ini di OhTshirt Shah Alam. OhTshirt menawarkan service printing baju dengan pelbagai design baju mengikut citarasa anda sendiri dengan kualiti yang terbaik. Yang penting ia adalah printing baju murah!! murah!! murah!!...

Printing Baju dan Tshirt Murah

credit pic Mohd Rasul
Oh! Tshirt adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang percetakan dan sulaman berkomputer untuk pakaian. OhTshirt telah beroperasi sejak 2011 lagi dan dari hari ke hari, Oh TShirt telah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana harganya yang murah dan berkualiti. Mereka bukan sahaja menjalankan perniagaan secara offline malah  secara online bagi memudahkan pelanggan melihat hasil kerja tangan mereka dan bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat.  

credit pic Mohd Rasul
 Oh! Tshirt dimiliki sepenuhnya oleh FZ Multi Creation Enterprise dan Kilang Baju yang dikendalikan oleh anak muda yang minat dalam cetakan baju bermula dari alam universiti lagi.  

credit pic Mohd Rasul
  Menawarkan printing Tshirt murah yang terdiri daripada pelbagai jenis material seperti :
- Custom Made Shirt
- Double Interlock ITT
- Double interlock TINT
- French Ribs
- Lacoste CT – 220GSM
- Lacoste TC – 200GSM
- Lacoste CVC – 220GSM / 240GSM
- Microfibre Dry Fit
- Round Neck 100% Cotton – 200GSM
- Stair Cloth (Knitting Corporate TShirt)
- Local – Ready Made T-Shirts

 Berikut Adalah Harga Yang DiTawarkan :
100 – 150 helai : RM9.90 sehelai
151 – 200 helai : RM9.00 sehelai
201 – 250 helai : RM8.50 sehelai
251 – 500 helai : RM8.00 sehelai
501 – 1000 helai : RM7.70 sehelai
1000 helai ke atas : RM7.50 sehelai

credit pic Mohd Rasul
credit pic Mohd Rasul
Selain menjual t-shirt yang telah siap, OhTshirt juga menawarkan perkhidmatan menjahit mengikut design yang telah diberikan oleh pelanggan seperti :
- Baju korporat / F1
- Jaket korporat
- Vest
- Baju chef
- Apron
 
credit pic Mohd Rasul
 OhTshirt juga menawarkan perkhidmatan cetakan untuk cenderahati korporat seperti Woven Bag, topi, tuala, beg, pen dan lain-lain lagi.

credit pic Mohd Rasul
 Antara pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan OhTshirt adalah Kementerian Pembangunan Wanita, UiTM Shah Alam, UNISEL, RTM, UIA, Labuan Sea Challenge, Kumpulan Media Karangkraf, Sime Darby, Maybank, TV3, KASTAM dan banyak lagi.

OhTshirt Membuka Cawangan di Melaka
 OhTshirt juga telah mengembangkan perniagaannya di Melaka dimana di cawangan ini telah beroperasi hampir 1 tahun semenjak pembukaannya di Melaka. Dengan penubuhan cawangan ini, ia memudahkan pelanggan di negeri Melaka untuk menggunakan perkhidmatan OhTshirt  di sana.

Alamat di Melaka;
FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No.4, Pusat Niaga MBMB,
Bulatan Ayer Molek,
75460 Melaka Darul Azim.
TEL: 012-352 3972
Email: ina@ohtshirt.com.my

Sekiranya anda ingin membuat sebarang tempahan bolehlah pergi ke OhTshirt di Shah Alam atau layari website mereka di :

FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No. 19A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-55236785 / 017-6676785
Email: admin@ohtshirt.com.my
Laman Web: www.ohtshirt.com.my
Facebook: OhTshirt Facebook
Instagram: OhTshirt Instagram

 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2