hai assalammualaikum

Legoland Malaysia : 5 kawasan Theme Park Legoland Yang Lain Part 2 - hahahaa..maafla..entry legoland belum habis lagi..sebab nak cerita semua apa yang ada dekat legoland ni..kang korang pergi bolehla jadikan blog nad sebagai sumber..hahaa..poyo tak..ok, entry sebelum ni nad ade cakap yang Theme Park ade 6 kawasan tema dan salah satunya nad dah cerita dekat  SINI iaiatu Minil land. Sekarang nad nak cerita 5 kawasan lagi..

Sebenarnya masuk je dalam Theme Park korang akan nampak Lego Technic dulu baru Lego Mini LAnd..tapi nad cerita dulu Miniland..hehee..sebab Mini Land paling banyak gambar..hehee..

2) LEGO TECHNIC


i) Project X Technic Test Site
- Pergh permainan ni memang menyeramkan.. Nad tak dapat naik, bukan sebab takut tapi adala perkara yang perlu dielakkan..hahhaa..Sejenis permainan roller coaster, tapi hanya dibenarkan 1- 4 orang je boleh naik dalam satu kereta. Sebab kereta tu ngam-ngam masuk untuk 4 orang...hehee..Die punya tinggi..jangan tanyala..kita yang tengok pun berderau..hahhaa..tapi memang syok..


kann..kann..syok kann..hehee

ii) Aquazone Wave Race
Korang perlu naik je , lepas tu die berpusing..makin laju kot kalau tak silap..Ade tembak-tembak..boleh tembak orang yang tengah main tu..hahaha..




iii) Lego Mindstorm and Academy

Dalam ni sebenarnya boleh masuk tapi nad tak masuk..sesuai untuk perkembangan budak-budak untuk membina lego..Mak bapak budak pun boleh join..hehhehe



3) Imagination


-  Dekat Imagination ni ade 6 tempat tapi nad pergi beberapa je..yela nak survey tempat lain jugak..kang tak sempat kan..so mana yang nad pergi nad snap je..

i) The Kids Power Tower
- Tengok permainan dia macam duduk lepas tu korang kene tarik ke atas sendiri..hahaha..tengok kekuatan korang..



ii) Lego Studio
 
Dalam ni ade pengembaraan Lego dalam bentuk 4D..waktu dan bayaran boleh dilihat seperti di atas..Tempat ini boleh dimuatkan seramai 500 orang dalam satu masa.

iii) The Observation Tower

Tower ni kita naik  untuk melihat keseluruhan LEGOLAND® Malaysia Resort dan kawasan sekitarnya. Dia akan berpusing 360 darjah dan naik ke atas sampai la die turun balik..fuh bestt oo..

Ni view daripada atas




4) LEGO KINGDOMS

i) Castle stage 
 


 
ii) Dragon Apprentice
- Permainan roller coaster..tapi yang ni tak mencabar sangat..hehee.ade lagi satu yang mencabar..korang lalu dalam castle atas ni..




5) LAND OF ADVENTURE


i) Dino Island
 - mainan yang dekat belakang gambar tu best sangat..tapi kerana masa tak mencukupi tak dapat main..huaaa..cadang nak tukar baju basah untuk pergi Waterpark tapi dekat Waterpark pun banyak mainan..tak dan nak naik tu..Ala mainan yang naik roller coster then masa turun habis basah kene air..hehee..tak pernah naik pun..




ii) Lost Kingdom
Masuk dalam amik pistol yang diletaak dekat situ..Mula-mula pelik ape yang ditembaknya..rupanyan tembak warna merah..entahla..nad punya pistol rosak..hahaa..dapat kosong markah...hahaha

  

6) LEGO CITY
- dekat lego city ade shipyard, driving scholl, and boating school..Naik keretapi tu perlu untuk lihat keliling taman lego ni..hehee..pon..pon..pon..
 



Jangan risau kat sini banyak kemudahan yang disediakan

Antaranya:

● Stroller Rental 
● ATM Machine
● Surau
● Tandas
● Cafe
● Restoran
● Locker Rental
● Smoking Area
● Photo Booth
● Game Booth
● Booth Makanan/Minuman
● Kedai Cenderamata
● Photographer Legoland

Tak habis explore sebenarnya..nak buat macam mana 2 hari 1 malam. Sehari je dapat ronda..tu pun termasuk nak pergi Waterpark..ayoyoyo..Cerita selanjutnya tentang Star Wars pulak...
 

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1













hai assalammualaikum


Legoland Malaysia : Theme Park Legoland ( Mini Land ) - Seperti yang dijanjikan nad nak sambung cerita Legoland kita..hehehe..Lepas je check in nama dekat Lobi Hotel Legoland,  masuk hotel pun pukul 4 petang, jadi taknak membuang masa, kami terus pergi ke Theme Park. Hotel dengan Theme Park dekat je..keluar je..terus je jumpa..


 Inilah die pintu masuk Theme Park. Wajib amik gambar dekat sini menandakan korang dah sampai dekat Legoland..hahaha..Nak bagitaula, sebelum masuk, tempat die bukan bertutup ade aircond tau..jadi siap-siap tahan panas..hehe..kalau tak tahan, bawak payung, pakai topi..Takut kalau hujan beli baju hujan..Kamera penting..hehehe..




Hah!! sebelum masuk mesti kene ade tiket masuk Theme Park ni..korang boleh beli dekat sini. Masa kitaorang pergi takdela ramai sangat orang..huhuhu..

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (Jam 10 pagi - 6 petang ). 
Waktu operasi akan dibuka lebih panjang pada  hujung minggu, semasa sekolah dan cuti umum. 

Harga tiket seperti di bawah..Nak tau lebih lanjut boleh layari www.legoland.com.my




Taman ini dibahagikan kepada enam kawasan tema yang mengandungi persembahan lego yang menarik diciptakan dalam skala kecil menggunakan lebih 30 juta bata lego. disarankan nak masuk sini kene merantau secepat yang boleh..takut korang tak puas..sehari memang tak cukuppp...T_T..tapi dapat jugakla jejak...
1) Miniland : Asia In Lego Bricks
2) Imagination : 
3) Lego Technic
4) Lego Kingdoms
5) Land of Adventure
6) Lego City

Tengok banyak tempat kan..tapi sekarang nad nak cerita berkenaa dengan Mini Land..Sebab kat sini la banyak bangun-bangunan yang diperbuat daripada Lego.

1) MINI LAND : ASIA IN LEGO BRICKS

credit pic kerex studio
 Mini land di Theme Park Legoland ni semuanya diperbuat daripada berjuta lego. Unik kan, tapi reka bentuk dia nampak seperti betul-betul bangunan yang betul. Miniland ini mengambil masa selama tiga tahun untuk siap. Yang bestnya, setiap miniland yang dibuat mempunyai bunyi yang tersendiri..hehee..

credit pic kerex studio
Terdapat 17 bandar-bandar dan negara yang berbeza di seluruh asia termasuk kuala lumpur, Johor Bahru, Singapura, Brunei, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines and vietnam.

credit pic kerex studio
credit pic kerex studio
credit pic kerex studio
Semuanya cantik-cantik belaka. Bestnya budak kecikla..nampak macam gergasi kalau diaorang masuk dalam tu..hehehe..seronok je diaorang..nasib nad dah besar..kalau tak dah lama masuk..hahaa..

Ok layankan gambar dulu..ehehe

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio

credit pic kerex studio
Tengok gambar nampak macam besar je kan..hehee..tapi sampai sana takdela besar..ni kamera punya power..hehehe..

credit pic kerex studio
Ini lah die Mini Land di Legoland..cantik, kemas semuanya..hah ape lagi..tertarik tak..pergi la legoland tu..hehee..


Satu kawasan dalam Theme Park Legoland dah cerita, Next entry tentang 5 kawasan lain di dalam Theme Park..hehee..tungguuu...

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2