hai assalammualaikum

Legoland Malaysia : Lego Star Wars Miniland - Belum habis lagi cerita dekat Legoland ni..ade banyak lagi..hahaha..pleazz jangan jemu baca ok..yela..mana tau leh wat rujukan masa korang nak pergi nanti..takdelah miss satu pun..hahaha..yang penting sampai sini kene masuk semua..tauu..tauu..masuk je semuaa..hhaahaa..


Selain Mini Land Legoland, Lego Star Wars Miniland juga merupakan salah satu daya tarikan di dalam Legoland. Lego Star Wars ni dalam Theme Park. Jadi masa korang jalan nampak patung Star Wars hitam, hah dekat situlah Lego Star Warsnya. Lego Star Wars ni terletak dalam bangunan yang berhawa dingin dan mempamerkan lebih daripada 2,000 terkenal model LEGO Star Wars dan adegan ikonik dari semua enam episod dan Star Wars.  Memenuhi watak-watak kegemaran anda seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, semua dibuat daripada batu bata LEGO®. Satu pengalaman yang luar biasa untuk seisi keluarga.




Tarikan ini mempunyai tujuh scene dari enam filem Star Wars dan The Clone Wars  siri animasi dengan terperinci. Secara keseluruhan, tarikan yang mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO dibina untuk skala 1:20 menggunakan 1.5 juta LEGO batu bata.





Lego dalam bentuk Star Wars semuanya disertakan dengan bunyi, pergerakan dan kesan pencahayaan untuk mewujudkan satu pengalaman yang realistik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Memang macam real pun..huhuhu...





Pameran ini terdiri daripada tujuh bilik setiap adegan dalam cerita Star Wars. Siapa yang follow cerita Star Wars ni pasti taula kan cerita berepisode ni. Yang pertama anda akan berjalan ke dalam cerita Star Wars Episode I: The Phantom Menace, dengan megah Naboo Royal Palace menjulang lebih Pertempuran Naboo antara Naboo, Gungans dan Droids pertempuran 'Persekutuan Perdagangan.




 
Bilik seterusnya akan membawa anda ke Geonosis (dari Episode II: Attack Of The Klon), Kashyyk dan Mustafar (Episod III: Revenge Of The Sith), Tatooine (Episode IV: A New Hope), Hoth (Episod V: The Empire Strikes Back ), Endor (Episode VI: Return Of The Jedi), dan akhirnya, Christophsis (dari Star Wars: The Clone Wars ciri animasi).

Amacam menarik kan..masuk dalam sini kene usha semua.. Mesti singgah Lego Star Wars Miniland ni..tau..tau..tauu...

 
 
Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

 
hai assalammualaikum

Joe Flizzow Dan Sonawan Juara AJL 29 - Pentas Akhir Anugrah Juara Lagu 29 telah melabuhkan tirainya semalam. Tapi nad tak sempat nak tengok dari awal sebab balik lewat dari kenduri kawin. Dapat tengok masa DAyang Nurfaizah nyanyi je sampailah ke keputusan AJL 29..takpelah..mintak kawan post kan semula dari awal..hehee..


Seperti yang sedia maklum, malam semalam 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 .Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini

Antara 12 finalis yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 29 adalah seperti berikut. 
- Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
- Romancinta (Mojo)
- Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris)
- Lelaki (Najwa)
- Percayalah (Indah Ruhaila)
- Gila (Stacy)
- Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
- Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)
- Matahari (Hafiz Suip)
- Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone) 
- Malaikat (Hazama The Penglipurlara).

Keputusan Juara Lagu AJL 29

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi
 
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta



Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
 Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga



Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta




Tahniah kepada semua pemenang
hai assalammualaikum

Legoland Malaysia : 5 kawasan Theme Park Legoland Yang Lain Part 2 - hahahaa..maafla..entry legoland belum habis lagi..sebab nak cerita semua apa yang ada dekat legoland ni..kang korang pergi bolehla jadikan blog nad sebagai sumber..hahaa..poyo tak..ok, entry sebelum ni nad ade cakap yang Theme Park ade 6 kawasan tema dan salah satunya nad dah cerita dekat  SINI iaiatu Minil land. Sekarang nad nak cerita 5 kawasan lagi..

Sebenarnya masuk je dalam Theme Park korang akan nampak Lego Technic dulu baru Lego Mini LAnd..tapi nad cerita dulu Miniland..hehee..sebab Mini Land paling banyak gambar..hehee..

2) LEGO TECHNIC


i) Project X Technic Test Site
- Pergh permainan ni memang menyeramkan.. Nad tak dapat naik, bukan sebab takut tapi adala perkara yang perlu dielakkan..hahhaa..Sejenis permainan roller coaster, tapi hanya dibenarkan 1- 4 orang je boleh naik dalam satu kereta. Sebab kereta tu ngam-ngam masuk untuk 4 orang...hehee..Die punya tinggi..jangan tanyala..kita yang tengok pun berderau..hahhaa..tapi memang syok..


kann..kann..syok kann..hehee

ii) Aquazone Wave Race
Korang perlu naik je , lepas tu die berpusing..makin laju kot kalau tak silap..Ade tembak-tembak..boleh tembak orang yang tengah main tu..hahaha..




iii) Lego Mindstorm and Academy

Dalam ni sebenarnya boleh masuk tapi nad tak masuk..sesuai untuk perkembangan budak-budak untuk membina lego..Mak bapak budak pun boleh join..hehhehe



3) Imagination


-  Dekat Imagination ni ade 6 tempat tapi nad pergi beberapa je..yela nak survey tempat lain jugak..kang tak sempat kan..so mana yang nad pergi nad snap je..

i) The Kids Power Tower
- Tengok permainan dia macam duduk lepas tu korang kene tarik ke atas sendiri..hahaha..tengok kekuatan korang..



ii) Lego Studio
 
Dalam ni ade pengembaraan Lego dalam bentuk 4D..waktu dan bayaran boleh dilihat seperti di atas..Tempat ini boleh dimuatkan seramai 500 orang dalam satu masa.

iii) The Observation Tower

Tower ni kita naik  untuk melihat keseluruhan LEGOLAND® Malaysia Resort dan kawasan sekitarnya. Dia akan berpusing 360 darjah dan naik ke atas sampai la die turun balik..fuh bestt oo..

Ni view daripada atas




4) LEGO KINGDOMS

i) Castle stage 
 


 
ii) Dragon Apprentice
- Permainan roller coaster..tapi yang ni tak mencabar sangat..hehee.ade lagi satu yang mencabar..korang lalu dalam castle atas ni..




5) LAND OF ADVENTURE


i) Dino Island
 - mainan yang dekat belakang gambar tu best sangat..tapi kerana masa tak mencukupi tak dapat main..huaaa..cadang nak tukar baju basah untuk pergi Waterpark tapi dekat Waterpark pun banyak mainan..tak dan nak naik tu..Ala mainan yang naik roller coster then masa turun habis basah kene air..hehee..tak pernah naik pun..




ii) Lost Kingdom
Masuk dalam amik pistol yang diletaak dekat situ..Mula-mula pelik ape yang ditembaknya..rupanyan tembak warna merah..entahla..nad punya pistol rosak..hahaa..dapat kosong markah...hahaha

  

6) LEGO CITY
- dekat lego city ade shipyard, driving scholl, and boating school..Naik keretapi tu perlu untuk lihat keliling taman lego ni..hehee..pon..pon..pon..
 



Jangan risau kat sini banyak kemudahan yang disediakan

Antaranya:

● Stroller Rental 
● ATM Machine
● Surau
● Tandas
● Cafe
● Restoran
● Locker Rental
● Smoking Area
● Photo Booth
● Game Booth
● Booth Makanan/Minuman
● Kedai Cenderamata
● Photographer Legoland

Tak habis explore sebenarnya..nak buat macam mana 2 hari 1 malam. Sehari je dapat ronda..tu pun termasuk nak pergi Waterpark..ayoyoyo..Cerita selanjutnya tentang Star Wars pulak...
 

Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1













© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2