RESEPI SARDIN MASAK KARI

in , by Nadia Johari, 15:48:00
hai assalammualaikum

Sardin Masak Kari - Kalau sebelum kawin, mak selalu ajar masak sardin just masak macam tu je..cuma guna bawang, dengan daun kantan atau serai..nad pulak jarang usha masakan sardin ni boleh buat dari yang lain macam biasa..hahha.sebab dekat rumah takde internet..jadi terbatas nak online..online pun sebab facebook dan blog..biasalah tak kawin lagi..nak survey menu resipi ni alahai malasnyaa...hahhaha..lepas kawin baru tergedik-gedik buka laman web masakan...choii kan..haishh..

Sejak kawin, menu sardin nad berubah..selalu masak sambal sardin..sebab jejaka mafia ni lidahnya suka yang pedas-pedas je..haishh ikutkan jele..kalau tak sambal die takkan makan sardin tu..tak pun makan sikit je..geram pulak rasa..haha..tapi harini nad berubahkan sikit menu..sebab nad dah bosan dengan sambal..hahha..nad buat sardin masak kari..aumm..


Nad tau korang lagi pro dari nad..haha..tapi nad nak taip jugak..ni resepi sardin masak kari..
1) sardin dalam tin tu
2) bawang merah - 3 biji
3) bawang putih - 3 biji
4) bunga cengkih
5) kayu manis
6) lada hitam
7) daun kari
8) santan

Cara-caranya
1) tumbuk atau blender bawang merah, bawang putih dan lada hitam..lada hitam nak kasi pedas sikit..
2) tumiskan bahan yang dah ditumbuk / blender bersama bunga cengkih, kayu manis dan daun kari
3) dah bau wangi, masukkan kari ayam..nad prefer kari ayam dari kari ikan..
4) masukkan santan sikit..sikit je..takmau banyak..
5) masukkan air sedikit..
6) dah mengelegak..masukkan sardin..buang kuah die ye..masuk sardin je..tapi kekadang nad masukkan kuah sardin sikit
7) tengok dah masak, air kurang dah..siap untuk dihidang..

Sardin kari ni boleh dimakan dengan roti jugak..aummm...


hai assalammualaikum

Ben Ashaari Di Rancangan Assalammualaikum TV Alhijrah - Siapa tak kenal dengan blogger Ben Ashaari..Seorang Mr Mama, yang menjaga dua orang anaknya dan menjana pendapatan melalui blog.   Wajahnya sering keluar televisyen, majalah dan suratkhabar..siapa tak kenal tu mayb dia tak baca blog kot..huhuhu..Walaupun dah banyak keluar televisyen, baru ni kali pertama nad tengok abang ben dalam tv..hahahha..selama ni tak berkesempatan..hehhe..so excaited la sikit bila dapat tengok pengasas #kelabbloggerbenashaari dalam tv..hehehe..pagi ni Ben Ashaari telah keluar dalam rancangan Assalammualaikum di Tv Al-Hijrah ,


Slot yang abang ben masuk ialah slot Suamiku Suri Rumah. Kalau dulu orang pasti akan mengata bila lelaki duduk rumah isteri pulak bekerja, makan gaji isterila, lelaki pemalas la.. tapi tidak bagi abang ben..walaupun dia duduk rumah tapi di masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan menjana pendapatan.lagi-lagi sekarang dia sudah ada dua orang anak. Ben Ashaari bercadang untuk menjaga anaknya sendiri daripada beri kepada orang lain untuk menjaga. Memang bagus jaga sendiri sebab dapat tengok anak membesar depan mata, yela kalau suruh orang lain jaga takut apa-apa jadi kan..


Bak kata Ben Ashaari jaga anak bukan senang..penin pun penin, memang bukan sennag jaga budak..lagi-lagi kalau dah meragam...hehhe.. Ben Ashaari ni bukan sahaja mampu menjaga anak malah die bekerja juga melalui blog..cuba bayangkan dengan jaga anak, dengan blog yang kene sentiasa update..kene layan customer dekat phone..mencabar kan..tapi dengan hasil usaha dia, rezeki tu selalu je masuk..

Tak salah lelaki duduk rumah, tapi kenela jalankan tanggungjawab jugak kan..dah kalau kau lenggang kangkung, makan tidur, makan tidur je..memang kene maki la kan...jadinsebelum nak jadi. Mr mama, pikir dulu baik buruknya..kalau mampu sambil jananpendapatn teruskan..kepada abang Ben Ashaari..semoga terus maju dan success dalam dunia blog.

KENAPA RUNNING MAN BEST DAN DIGILAI??

in , by Nadia Johari, 00:37:00
hai assalammualaikum

Kenapa Running Man Best - Hahahaha sekarang aku memang dah terjebak sangat dengan Running Man..salah satu cerita korea yang nad layan..Kalau sebelum ni memang tak layan cerita korea langsung..entah ape bestnya pun tak tau..sebab kebanyakan cerita korea semua macam sedih-sedih je..pastu lambat..tapi berbeza dengan Running Man..

Setiap Minggu nad akan tunggu dan tak sabar nak tengok Running Man..Nad selalu tengok siaran 393 astro punya setiap hari jumaat, sabtu, dan ahad. sebab ade yang ulangan yang nad belum tengok lagi..lepas tu hari Sabtu dan Ahad TV2 pada waktu petang..kalau masa tu takut miss siap record..hhahah..Kebanyakn korang tau kan Running Man ni cerita rancangan televisyen korea yang berunsur game.

Nad nak cerita kenapa Running Man ni menjadi kegilaan semua orang.. termasuk nad sendiri..ni pandangan nad..hehee



1) Tengok kepada peserta, mereka pilih tidak mengikut rupa paras..ade yang hensem, tak berapa hensem, lawa, pandai, sengal, kuat dan lemah..semua ada..hahhaa..

2) Karakter setiap watak yang berbeza,.dalam rancangan ni nad suka dengan Lee Kwang Soo atau Zirafah..yang paling tinggi tu..hahha..sebab mengikut cara dia cakap, terkejut, memang lawak..masing-masing ada gaya tersendiri..kadang-kadang memang melampau tapi boleh buat orang gelak lagi..hahhhaa..dan yang paling kesian Seok Jin..dialah yang paling lemah dan paling tua dalam Running Man..hehe..selalu je mudah dikalahkan..tapi kadang-kadang die ni ada bagus jugak..hahaha

3) Hati diaorang tak mudah sentap..perasan tak yang diaorang ni kadang-kadang ada emo, ada berkata kesat..tapi semua tu diaorang anggap satu joke..hahhaa..masih boleh gelak lagi..

4) Diaorang ni lemah lembut dengan orang awam dan peminat..kannn..hehhee 

5) Tiada skrip dalam Running Man..semuanya keluar dari mulut sendiri..ikut suka kau la nak cakap ape..hahha


Melalui permainan dan suntingan cerita


1) Mereka yang mencipta cerita ni memang awesome..ade je game yang berbeza setiap episod..game yang berlainan supaya cerita menjadi lebih menarik..Menariknya lagi setiap game kadang-kadang ade effect bunyi dan persembahan..sampai peserta Running Man buat macam betul-betul terjadi...hehe

2) Game yang menguji ketahanan mental dan fizikal..Bak kata Seok Jin, Running Man merupakan senaman untuk diri secara percuma..Tapi memang betul kata dia, permainan dalam Running Man memang bukan mudah, semuanya berat..kene panjat tangga, kene buat itu ini, yang teruk tu kene cabut nama..fuh..sekali lawan memang betul..memang nampak diaorang letih..


3) Bukan setakat peserta je kene berlari, jurukamera pun kene berlari gak..lagi diaorang teruk, berlari sambil bawak kamera. Jenis kamera rasa bukan ringan tu..berat oo..hhaha..hebat tak hebat..

4) Tempat permainan game semuanya menarik..lagi satu kene kosongkan tempat tu supaya perjalanan game berjalan lancar..Bila difikirkan banyak jugak item yang digunakan masa rancangan RM ni kan..fuh..

5) Tetamu yang dijemput juga berlainan..

Ni la nad rasa kenapa nad suka sangat tengok Running Man Korea,.sampai nakmintak kawan cerita Running Man dari mula start lagi..hahaha.. ko rasa Running Malaysia boleh tanding RM Korea..tengok sajelah..


hai assalammualaikum



Harga Petrol Ron 97, Ron 95 dan Diesel Turun Lagi - Kalau bab minyak turun, mesti semua orang seronok, yela mana taknya,bayar murah, minyak penuh..nak jalan ke mana sahaja pun dah tak risau dah pasal minyak. Dalam fikiran bajet keperluan dah kembali normal..kalau tak sebelum ni kusut je fikiran sebab minyak dah naik..

Ade kebaikan dan kekurangan bila harga minyak turun ni..kebaikannya mestilah dekat orang awam, tapi keburukannya kepada negara sebab salah satu pendapatan negara menaikkan ekonimi adalah minyak..kalau minyak turun mendadak apa akan jadi..ermm taknak la pikir yang bukan-bukan kan..

Tapi malam tadi mr jejaka mafia kawan die cakap "mayb beberapa tahun lagi Malaysia akan muflis"..ermm Takleh nak komen lebih-leboh..harap tak jadi lebih teruk lagi..so mulai sekarang kite kenala simpan duit..jangan boros..untuk kecemasan nanti..kita tak tau apa yang jadi selepas ni..ermm..






JOM AKTIFKAN MYKAD

in , by Nadia Johari, 13:57:00
hai assalammualaikum

Jom Aktifkan Mykad - MyKad adalah dokumen pengenalan wajib bagi rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas. Diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pada 5 September 2001. Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan yang menggabungkan kedua-dua Pengenalan bergambar dan data biometrik cap jari pada cip komputer yang dibina terbenam dalam sekeping plastik.

Selain tujuan utama kad sebagai alat pengesahan dan bukti kewarganegaraan selain daripada sijil kelahiran, MyKad juga boleh digunakan semasa berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Touch N' Go, dan banyak lagi.. Terdapat 50 aplikasi Mykad kesemuanya.. 


Dan bestnya, Mykad boleh diaktifkan secara online untuk menjadikannya sebagai Kad Diskaun dan kad ganjaran, anda boleh mula berbelanja di kedai-kedai yang menyertai program ini untuk mendapatkan diskaun. Dalam masa yang sama anda boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus menjadi hadiah mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat.Program ni merupakan program Mykad Smart shopper
Mykad Smart Shopper merupakan sebuah program yang dapat menawarkan harga diskaun dalam pembelian barang-barang pada kedai-kedai perniagaan yang terpilih dalam program ini . Ianya dimiliki oleh I Synergy Universal Sdn Bhd dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) serta MDec .

Macam mana nak tahu senarai kedai yang telah menyertai Program MyKad Smart Shopper? 
 
Jika korang pengguna smartphone Android atau iPhone, Sila Install Aplikasi MyKad Smart Shopper dalam Smartphone korang.. Dan lihat ratusan premis perniagaan yang telah menyertai program ini terdapat di seluruh Malaysia..
Jangan lupa Muat Turun Aplikasi MyKad Smart Shopper sekarang juga!

Apakah Kelebihan MyKad Smart Shopper?
  • Pendaftaran adalah percuma dan keahlian seumur hidup
  • Tiada tamat tempoh keahlian
  • Dapat menikmati pelbagai diskaun
  • Mendapat mata ganjaran setiap kali berbelanja
  • Tiada kad tambahan

Nak tau lebih lanjut, korang boleh pergi ke SINI. Belum aktifkan MyKad? Jom aktifkan MyKad masing-masing Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?

http://www.coretananuar.com/2014/12/contest-seo-jom-aktifkan-mykad.html
“Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com” Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
hai assalammualaikum

Gathering kelabbloggerbenashaari di Rumah Ben Ashaari - Kali kedua berkumpul dengan bebudak ni..hehehe..pertama kali jumpa masa Photoshoot KBBA..kali ni kite berpotluck pulak..makan-makan sambil bergossip..dan menyepahkan rumah abang sado..hahaha..Kami bersama bukan atas dasar keje sahaja malah kami sama macam satu keluarga..ade ape-ape aktiviti pasti akan turun kalau takde apa-apa yang menghalang..Masa ni la kami mengeratkan silaturrahim..bergurau..bertepuk tampar..hahaa..
Hari Sabtu lepas, kami berpotluck di rumah Ben Ashaari..Diaorang cakap rancang dah lama..tapi baru ni sempat buat..syukur lepas nad join KBBA..hehee..pertama kali pergi rumah bang sado ni..mak aihh boleh tahan jugak rumahnya..hahaha..Event potluck ni masing-masing bawak menu masing-masing..nad bawak ketang goreng je..habis dah semua bawak menu berat..kihkihkih..Sampai je sana anak-anak dara dah sampai dulu..mak-mak dara sampai kemudian..
Antara menu-meu haritu, nasi, ikan patin tempoyak, kambing by Dlaila Suppower..jumpa jugak kak Laila..hehhee..one day akan datang jugak kedai die..sedang memujuk Mr jejaka mafia ni..ermm..

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic : kerex photography

selain tu menu yang ada..salad buah, mini pizza, popia, murtabak megi, spageti..hah kau hamikk menu..hahaha..macam-macam hado..


Kenyang perut sambil layan cerita frozen..bhahahhaa..biasalah cerita macam ni gak yang best..
Keluarga blogger nad..super sporting..ade kawan dan susah..diaorang la..nak luah apa-apa..dekat diaorang la..sebahagian keluarga dari kelabbloggerbenashaari..ramai ada lagi tapi ade yang tak sihat..ade yang balik kampung..ade hal masing-masing la..tapi yang ade ni pun dah cukup meriah..

Terima kasih bang ben sebab sudi bagi kami menyepahkan rumah..hehee..Rumah dengan lampu romantik gitu..biru-biru je semua..hahaha

hai assalammualaikum

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com - hai-haii korang semua..nad nak join giveaway kak farah buat ni..wihuuu..nak tau ape yang nad nak cerita tentang kak farah ni..ok..scroll kat bawah ye..hehee..

http://www.bubblynotes.com/2015/01/1st-mini-cash-giveaway-2015.html#uds-search-results

Hahaha..ingat die sorang je leh bebel...kite pun nak bebel pasal die..hehe..Kak farah ni merupakan salah seorang ahli #kelabbloggerbenashaari..Nad jumpa kak Farah ni masa Photoshoot KBBA..rasanya tu la pertama kali jumpa kak farah..yeke..jap-jap..ingat balik..rasanya iyalah..hahahha. Seorang yang cantik, mata bulat dan mempunyai gigi yang putih..hahaha..perasan kan kalau dia amik gambar, nampak gigi...putih je gigi die..cantik kann..heehe.

Kak Farah ni seorang yang periang..kalau dekat group whatssup sekali die dah menaip, dapat isu yang dia tau..dia takkan berhenti menaip..hhaahah..lagi-lagi kalau die voicenote..tengah drive pun nak bervoicenote..walaupun dh pesan masa drive jangan voicenote..fokus pada jalan..kihkihkih...Seoarang yang ceria dan peramah..

Nad kenal die, sebab die rajin blogwalking, jadi nad pun blogwalking la blog die..cantik blog dia..pink putih gitu..memang patut nama blog die Bubblynotes..sebab sekali die up entry..panjang berjela entry die TAPI padat dengan info yang bagus terutama untuk ibu bapa. Kak Farah akan sampaikan sesuatu entry dalam blog dengan information yang ade sumber yang betul..blog die pun tak lambat loading..


Oh lupe nak bagitau kak farah ni perenting blogger.. Jadi segala benda berkenaan parenting tips. Kalau korang nampak, Kak Farah selalu cerita tentang perkembangan Ash kan..sekarang budak tu dah tumbuh gigi..alololo..omey ash...tak dapat jumpa budak ash ni lagi...Bukan setakat pasal parenting, entry dalam blog die berkenaan life dia, dan reveiw produk..pernah masuk dalam suratkhabar untuk produk loreal tak silap..kauu fofular tak..hehe..ade jugak cerita tentang isu-isu semasa..

Kak Farah memang seorang yang kuat..kenapa nad cakap macam tu..yela kak farah ni bekerja,tapi sentiasa update blog dan mampu beri masa kepada Ash..kann..blog die sentiasa terupdate..wahh salute habis dengan kak farah.. Sesibuk mana die pun Ash dengan blog takkan dilupakan..yeahh tu aje kot tentang kak Farah, ash dan blog die..hehee..

Nad doakan kak Farah berjaya dalam hidup dan Ash menjadi anak yang soleh..takmau nakal-nakal ok..adakah Ashn pengganti blog bubblynotes..hehee..

MASA TERBAIK MENGAMBIL EPHYRA

in , by Nadia Johari, 16:27:00
hai assalammualaikum 

Masa Terbaik Mengambil Ephyra - Seperti yang kita tahu Ephyra kini telah medapat sambutan ramai kerana khasiatnya yang dapat membantu memulihkan kesihatan bukan sahaja luaran malah dalaman. Pelbagai testimoni yang telah diperolehi setelah minum Ephyra ini seperti muka nampak lebih ceria, lebih bertenaga, jerawat makin hilang, penyakit ectzema hilang dan macam-macam lagi. 

Seperti nad, nad juga telah mengamalkan minuman Ephyra ini. Rasanya yang sangat sedap dan mudah disediakan. Nad selalu mengambil ephyra sebelum tidur. Ephyra ini seeloknya (best result) diambil 2 kali sehari, iaitu sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur malam. Asalkan ketika perut kosong.

entry ; Apa Itu ephyra 

Cara Pengambilan Ephyra 

 

Cara minum Ephyra:

1) Ambil 1 paket sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur.
2) Untuk kesan lebih cepat, boleh ambil 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan malam.
3) Tuangkan 1 paket Ephyra ke dalam gelas yang berisi air suam 180ml. Elakkan dari mencampurkan      dengan air panas dikhuatiri akan memusnahkan nutrient yg ada di dalam collagen Ephyra.
4) Kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum.

note: minum air putih banyak at least 12 gelas sehari supaya toksin dalam badan senang dikeluarkan.


Masa Terbaik Mengambil Ephyra


Sebelah pagi
- perlu diambil sebelum sarapan semasa perut kosong untuk penyerapan maksimum dalam badan supaya vitamin yang terkandung dalam Ephyra dapat berfungsi dengan baik. Jika anda ingin minum minuman kafein pada waktu pagi boleh diambil minuman kafein dulu selepas itu 5 jam amik Ephyra @ vitamin c. Ataupun sebaliknya.

Sebelah malam
- perlu diambil sebelum tidur untuk membaiki dan memulihkan sel-sel badan semasa tidur. Semasa kita tidur waktu tu la Ephyra berfungsi.

Banyak khasiat yang terkandung dalam Ephyra. Namun kesannya terhadap individu mungkin berbeza. Cubalah ephyra untuk mengetahui kesan baik pada diri anda.Testimoni daripada rakan nad sendiri yang beli Ephyra dengan nad..nak cuba boleh dengan trial pack..kalau nak order boleh whatssup di nombor 01137943782








hai assalammualaikum

Mee Udang Di Pantai B.N.O Sabak Bernam - Siapa orang Sabak Bernam atau kampung dekat sana mesti tau nama Pantai Bagan Nakhoda Omar ni atau singkatan dia Pantai B.N.O..nad pertama kali datang dekat pantai ni.Ni pun akak nad yang bagitau ade pantai dekat sini..jejaka mafia sukala sebab boleh amik matahari terbenam..

Alkisahnya hari ahad haritu, nad dengan keluarga dan saudara yang lain pergi ke majlis perkahwinan cousin nad, perempuan. Majlis belah laki dibuat dekat rumahnya diSabak Bernam. Sabak Bernam pulak kampung suami akak nad..Dialah cakap ade Pantai B.N.O...haha..nampak tak..nampak tak pusing-pusing nad cerita..hahaha..Selesai je majlis, kami semua buat haluan masing-masing, yang nad pergi singgah Pantai B.N.O.ni.
hai assalammualaikum

Tiada Penyingkiran - Macam biasa setiap hari jumaat nad akan stay depan tv jam 10 malam, untuk tonton cerita Maharajalawak.. kalau tak stay depan tv nad akan record..sebab taknak terlepas rancangan ni..walaupun kadang-kadang ade episod yang tak lawak..hahaha..


Tapi malam ni semua peserta buat aksi yang lawak-lawak, walaupun ade yang kurang tapi yang nad paling suka, kumpulan Zero..dari mula lagi nad suka Zero..tapi pertengahan Zero mulai slow lawaknya..tapi malam ni lawak diaorang kaw-kaw..hahahha...tu yang bestnya..menunggu lawak diaorang yang boleh buat orang gelak terbahak-bahak..sampai satu rumah boleh dengar..hhahaa..

Tema malam ni silent comedian dengan karot komedia..bukan senang buat lawak silent ni..dahla tak boleh bercakap, kene buat aksi bagi orang paham dan gelak..Kedua bergabung dengan kumpulan karot komedia..paling lawak zero la kan..hahahha..pecah perut tengok lawak diaorang...Minggu ni diaorang kene berusaha untuk masuk semi final untuk minggu depan..


Lepas je dia umumkan Sepahtu, Virus dan Shiro menjadi top 3 ke bawah..nad dah agak..takkan ada penyingkiran..kenapa nad cakap macam tu?

1) Sebab ketiga-tiganya hebat..takkan diaorang nak singkir salah satu..takkan..ermmm..tapi ape salahnya singkir kan..lagipun diaorang dah selalu masuk Maharajalawak kan..
2) Bagi juri diaorang kelakar..memang kadang-kadang kelakar, kadang tak..tapi mayb bagi juri kalau diaorang takde tak meriah kot..ermm entahla..
3) Sebab diaorang dah ade peminatnya tersendiri..jadi orang akan ramai tengok..agaknyalah..hahaha

Memandai je aku buat andaian kan..hahaha...tapi aku harap pemenang bukan orang yang sama..ayoyoyo..k bai..heheheh..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2