PISANG GORENG CHEESE TAMAN MALURI

in , by Nadia Johari, 23:10:00
hai assalammualaikum

Pisang Goreng Cheese Taman Maluri - Aktiviti petang tadi, nak pergi basuh baju dekat doni, plan harini jugak nak ajak jejaka mafia pergi beli pisang goreng cheese. Yela sambil basuh baju, nak tunggu, sambil tu kunyah la apa yang patut..tu la dalam pikiran. Pisang goreng cheese ni dah lama terkenal sampai sekarang orang masih cari lagi..sebelum ni nad penah makan pisang goreng cheese dari johor..hahah..sebab tak tau area kuala lumpur ni dekat mana ade orang jual..dekat johor jugak nad jumpa..


Lepas tu, nad ade baca entry blogger kak hanim pasal pisang goreng cheese dekat Taman Maluri. Seronoknya nad, yela Taman Maluri berdekatan dengan rumah nad..jadi petang tadi ajak jejaka mafia pergi tempat tu..whatsuup kak hanim " tempatnya dekat mana".. Tempatnya berdekatan dengan sekolah menengah taman maluri..memang satu-satunya kedai pisang goreng cheese ni dekat sini..alahai gumbiranya hati ni..lepas je dapat makan pisang goreng cheese dekat johor..memang teringin lagi nak makan..terima kasihla kak hanim oii..

Yang menjualnya tiga orang jejaka. Memang mantap pisang goreng cheese dia..satu bekas ni die bubuh 10 biji pisang berharga RM6.. Okla..sebab memang sedapp ooo..nampak tak ..nampak tak..


Nad beli pisang goreng cheese coklat...aumm menjilat jari


Sampai dobi, dah isi semua baju dalam mesin, sambil duduk, sambil makan pisang goreng cheese ni.nikmatnyaaa...sedar tak sedar dah , nad dah makan sampai habis..hahahaha...nad terpaksa makan sorang sebab jejaka mafia tak suka benda manis..memang kenyangla nad..hehhee..makan sorang-sorang..hahhaha...alhamdulillah...


RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO

in , by Nadia Johari, 16:19:00
hai assalammualaikum

Ikan Bawal Masak Tomato - Resepi ni selalu mak nad yang buat, jadi dah terbiasa kalau ikan bawal mesti nak masak tomato. Mula-mula nad masak tak menjadi sangat, yela baru pertama kali cuba, tapi kali ni nad buat sesedap air tangan mak nad..wahh gitu..

Biasalah dah lama-lama kawin masakan dah menjadi bertambah sedap..hahha,,kita dah tau berapa nak letak bahan-bahan dia kan..kalau tersalah, rasa masam lebih..kalau betul die sesedap rasa...aummm..sampai jilat jari...hehe



Ni la ikan bawal masak tomato..Sepatutnya warna die warna oren-oren sikit..pencahayaan tak terang dekat rumah..takpela..meh nad bagi cara nak buatnya

Bahan-bahanya
- ikan bawal
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
-,serai
- cili besar merah dan hijau
- cili padi (kalau nak pedas)
- sos tomato
- sos cili
-,sebiji tomato..kalau banyak gunalah dua biji tomato
- garam

Caranya
- lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan
- potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi.
- serai diketuk
- tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau
- bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah.
- bubuh sedikit garam
- lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. Akan jadi kuah die,
- masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara..
- dah nampak kuah pekat bubuh tomato...harini nad tak bubuh tomato sebab terlupa beli buah tomato.
- kuah dah pekat siap untuk dihidang..

Selamat mencuba

YEAH ZERO JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014

in , by Nadia Johari, 01:24:00
hai assalammualaikum

Zero Juara Maharajalawak Mega 2014 - Pembukaan pentas Maharajalawak Mega yang sangat awesome..semua penonton terjua dan tak sabar nak tengok persembahan daripada peserta..berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil..memang meriah..masing-masing ade fans masing-masing..Tema malam ni bebas dan muzikal...

Setiap peserta dah buat yang terbaik..bocey semakin merundum nampaknya..malam ni nad perhatikan zero dan sepahtu..kedua-duanya memang hebat..tapi yang mengelakkan hati ni bila tengok Zero..hehhe..tahun lepas merkea tersigkir awal..mungkin kerana kurang lawak dan bahasa sabah yang pekat mereka membuatkan orang kurang gelak..tapi tahun ni mereka dah tunjuk mereka memang lawak dan berkebolehan...tekaan nad betul dekat entry SINI...Hehhee..

Keputusan Maharajalawak Mega Akhir 2014







Juara: Zero – rm500,000 dan trofi
Tempat kedua: Sepahtu – rm250,000 dan trofi
Tempat ketiga: Nabil – rm150,000 dan trofi
Tempat keempat: Shiro – rm50,000 dan trofi
Tempat kelima: Bocey – rm15,000 dan trofi

MALAM INI FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2014

in , by Nadia Johari, 20:41:00
hai assalammualaikum


Malam Ini Final Maharajalawak Mega 2014 - kalau diikutkan tahun ni Maharajalawak Mega tidak sehebat yang sebelum-sebelum ni..mungkin idea dah kurang..yela..bukan senang buat lawak..tapi mereka dah berusaha dan kadang-kadang ada lawak yang terlebih pulak..heheh. Dan malam ni final Maharajalawak Mega akan berakhir..malam ni final weiii..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Pentas akhir program komedi Maharaja Lawak Mega 2014 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kemunculan lima kumpulan iaitu Sepahtu, Zero, Shiro, Bocey dan Nabil semestinya dinanti-nantikan para peminat mereka. Dari mula start Maharajalawak Mega, nad hanya menunggu untuk persembahan zero..mula-mula zero paling bagus..pastu down..pastu diaornag bangkit balik..harap malam ni Zero buat yang terbaik..

Pasti semua tak sabar nak tengok kan..hehe..jangan lupa pukul 10 malam, tercegak depan tv siaran 132 astro warna..siapa tak leh tengok boleh layan dekat mana-mana..siapa agaknya juara kan..ku harapkan zero tempat pertama, bocey kedua..hhaha..pilihla pemenang yang lain pulak kan..tapi macam tak je..harap malam ni semua lawak...final kot..Dua tema berbeza, malam ni, muzikal dan Bebas

HOMEMADE PES GULAI KAWAH

in , , , by Nadia Johari, 16:41:00
hai assalammualaikum

Mudahnya Masak Daging Gulai Kawah Dengan Homemade Pes Gulai Kawah - Harini dok terfikir nak masak ape, yang mudah dan cepat..hahaha..walaupun banyak bahan-bahan dekat dapur tu, tapi arini rasa nak masak benda yang campak-campak je terus siap..apa benda la selain sardin..haha..takkan sardin lagi..muak..tetiba datang "ting".. Idea nak masak ape..

Haritu kawan jejaka mafia ada bagi tiga botol pes homemade gulai kawah...uiittt..lama dah tak makan gulai kawah ni..dulu makan gulai kawah ni dekat Kedah je masa study..memang sedap gulai kawah ni..masak guna kawah..hah dah ada pes ni memang mudahla nak masak..main campak-campak je..


Ni la rupa Homemade Pes Gulai Kawah..boleh digunakan untuk daging atau ayam. Harini nad nak masak daging Gulai Kawah...aummm..caranya mudah sahaja, sesimple abc..
- amik 2 atau 3 sudu besar pes gulai kawah ke dalam kuali. Bagi tumis sikit.
- masukkan segelas air
- masukkan daging atau ayam yang telah direbus. Air rebusan tadi boleh digunakan sedikit.
- masak dengan api sederhana selama 5 minit
- siap untuk dihidang..pastikan ayam dan daging masak secukupnya ye..


Ni la hasil masakan daging gulai kawah nad..aummm..sedappp. Makanan macam ni sesuai untuk orang yang bekerja atau malas nak kupas-kupas bawang segala..hahhaa..suami pun puji masakan gue sedap..bahhahahha...

Boleh contact
Norliza di gulaikawahliza@gmail.com atau facebook Paste Gulai Kawah..atau pergi terus ke owner pembuat gulai kawah ni kak Norliza Ismail..cuba jangan tak cuba..memang sedappp..

BEKALAN DAPUR UNTUK SEBULAN

in , by Nadia Johari, 16:54:00
hai assalammualaikum

Bekalan Dapur Untuk Sebulan - Fuh penat...baru lepas mengemas beli barang dapur tadi..inilah kerja suri rumah..beli barang dapur bersama suami, ngemasnya isteri sorang..hhahaa..apa nak buat isteri kan seorang yang pengemas dan penyusun..yang masak jugak isteri..nak cari barang semua senang..isteri je yang tau...kaannn..

Selepas sebulan je stok barang dapur tinggal sikit, kami berdua akan pergi ke pasar untuk tambah stok bekalan dapur. Selalunya kami beli untuk sebulan stok..masa tu beli la macam-macam, barang basah, barang kering. Kami pun tinggal berdua je..jadi beli barang banyak memang stok kadang ngam sebulan tak pun sebulan lebih sikit laa..memang jimat la kalau beli stok untuk sebulan terus..sebab nad masak pun sikit-sikit gunanya..bestnya beli dekat pasar sebab banyak pilihan dan segar-segar..harga pun takdela banyak walaupun barang kau berplastik-plastik.


Selalunya kalau ke pasar..suami pergi beli bahagian basah-basah macam ikan,ayam,daging..nad pulak pergi dekat sayuran,bawang..gitu-gitula..Ni la selalu kami akan beli untuk stok sebulan..hasil tangkapan di pasar.. Ade ikan pelbagai jenis, ade ikan kembung,ikan merah,ikan pari,ayam,udang,sotong...fuh..ape ke banyak die beli..


Yang ni sayuran...

Beli terus untuk sebulan..jimattt...
hai assalammualaikum

Pekerja KFC Yang Bagus Dan Tak Amik Kesempatan - Ini kes berlaku dekat KFC Tesco MR2 Ampang..Tadi siang lepas pergi selesaikan urusan nad pergi makan dekat KFC. Sambil menikmati makanan yang sedap dan enak tu dengan dessert yang awesome tu..memang dah tak ingat benda lain dah...hahahhaa..dan macam biasa, telefon selalu ade dekat tangan..lepas makan, mestilah usha telefon jap kan..layan gamela, tengok whatssup la online facebookla..


Nak dijadikan cerita jejaka mafia ni ade dua phone. Satu telefon besar samsung, satu lagi telefon kecik samsung jugak jenama Samsung Trend. Telefon kecik samsung ni jaranglah dia bawak keluar atau letak atas meja. Entah tetibe kenapa die letak atas meja tu..Selesai je makan kami pun balikla..Tetibe dia rasa porch die macam ringan je..dia cek-cek..pastu dia tanya "mana telefon kecik abang"..dah biasa dengan dia ni, selalu lupa sesuatu benda..dan kitalah akan tukang cari sama..bila dah tak jumpa dalam kereta mulalah dia gelabah..pastu kite pun decide patah balik dekat KFC tu..

Nasib baik rumah dengan Tesco tu tak jauh..Jadi patah balik nad keluar pergi ke KFC tu..sampai sana tengok dah ade orang duduk, tempat dah dibersihkan..alahai cuak..orang yang tengah makan tempat nad makan, tengok semacam je..hahaa..lepas tu, pergi tanya pekerja KFC dekat situ yang tukang kemas..cakap "tadi u kemas meja, ada nampak phone tak"..dia cakap" ada"...dia pergi masuk jumpa supervisor die kot tanya pasal handphone..lepas tu supervisor tu masuk dalam dan bagi die phone tu..fuh legaa kau..nasib baik pekerja tu tak amik ke..atau orang lain pergi amik ke..haishh

Biasalah orang kan..mana kite nak tau..kadang-kadang nampak bende gadget ni diaorang grab je..mayb samsung jejaka mafia ni tak power kot. Samsung Trend je...bhahaha..tu takde sape amik..tapi nasibla pekerja dekat situ simpankan..bagus-bagus..nasib pekerja kat situ jujur..ayoyo..lepas ni balik kene tengok keliling meja semua barang dah masuk dalam beg..

PRIMIUM DESSERT / PENCUCI MULUT DI KFC

in , by Nadia Johari, 22:45:00
hai assalammualaikum

Primium Dessert / Pencuci Mulut Di KFC - tak tau la pulak selama ni dekat KFC ade dessert bagai..haha..selalu pergi sana makan snack plate, dinner plate, beli ayam dalam bakul satu set, burger, potato wedges..amboii nak keluarkan semua menu dalam kfc..hahaha..tapi sekarang kfc dah ade dessert dia..nad tau masa nad jalan-jalan dekat klcc..masa tu baru dapat makan kfc setelah sekian lama tak makan..hahaha..Masa tengah order nampak pencuci mulut primium KFC ni..macam sedap je..jadi orderla..nak rasa kan..


Pencuci Mulut Primium di KFC ni ada tiga jenis, iaitu Tartufo, Tiramisu & Profiteroles..setiap satu harga RM5.80..tapi haritu nad beli macam RM5..hahaha..maybe dah naik harga kot...kihkihkih...Percubaan pertama nad beli Tiramisu...sebab tiramisu ni memnag sedap..nad sangat suka..jadi nak rasa la sama tak Tiramisu KFC ni dengan dekat kedai Kek tu kann..


Ni la die rupa tiramisu ni..sekali makan..pergh sedap weeii...lembut..die punya rasa masuk ke tekak..hahahha..ni la tiramisu yang paling sedap..kihkih..tapi ni dekat KFC KLCC..tak tau la tempat lain..sama kot..takkan tak sama kann..hehehe..Jadi tak sia-sia beli dessert ni..


Kali kedua nad rasa pencuci mulut ni harini..tadi keluar pergi tesco, alang-alang makan KFC terus. Pastu ingatkan nak makan tiramisu lagi tapi dah habis..jadi jejaka mafia pilihkan dessert namanya Profiteroles..hahaha..nama pun dah macam dekat luar negara Italiano kau..Profiteroles ni bentuk bebola yang disalut coklat..ade tiga biji je..coklat die banyak..hahaa..Rasanya tak menyesal jugak..haha..sebab bebola die lembut cuma coklat die banyak..hehee..tapi not bad..habis gak den makan..hehee..best sangat dengan bebola die, bila masuk mulut,kunyah lembut je..saje kunyah pelan-pelan..menghayati kan..hahaha


Lepas ni nak rasa Tortufo pulakla..ade kawan kata sedap..hehehe..Oh dekat Raya China ni..KFC ade buat promotion untuk KFC Golden Egg Crunch..KFC Golden Burger, dan macam-macam lagi..nad pun baru tau ade Golden Egg Crunch ni..ingatkan telur rupanya ayam..ni semua inani yang cakap..bhahahhaa...
hai assalammualaikum

Aku Dan Legoland - rindu sangat dengan legoland..hari-hari dok tengok je gambarnya..haha..tak puas namanya..takpela..layan gambar je le..heehe..





k bai..hahahhaa...

Entry legoland boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 





2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 



3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2


4)  LEGOLAND MALAYSIA : LEGO STAR WARS MINILAND SALAH SATU TARIKAN DI LEGOLAND


5)  LEGOLAND WATERPARK DI LEGOLAND MALAYSIA

6) REVIEW HOTEL LEGOLAND : HOTEL YANG SANGAT BEST DI NUSAYAJA JOHOR


 

EMPAT KEBAIKAN MENGISI MASA DENGAN LEGO

in , , by Nadia Johari, 21:46:00
hai assalammualaikum

Mengisi Masa Dengan Lego - Harini cuti duduk rumah je..masak dah..kemas dah..dah tak tau nak buat ape..pe kata main lego la..hahha..dah besar gedabak pun nak main lego lagi..biasalah..kadang-kadang dah tua lanyut pun akan main jugak permainan kan..best pe..keseronokan tu datang..takdela bosan sangat..lego ni sesiapa pun boleh main..lego ni bongkah plastik dari pelbagai bentuk..bentuk sego empat ada, segi empat tepat ada, bulat ade dan macam-macam lagi..kalau dulu beli lego dalam satu bakul tu..fuh seronok..


Lego ni nad dapat masa bercuti di Legoland haritu. Dapat la goodies, sekali dalam tu ade mainan lego ni.. Apa lagi excited la nak memasangnya..selalu nampak lego besar-besar...yang dapat ni kecik-kecik..alahai..hahaha...nak tau bentuk apa..heheh..tunggu na..tengok la nad buat ni..hahaha..setiap lego yang kite beli mesti die tunjukkan step-step die kan..hehe so senangla..takde terkial-kial nak pasang..


Tak dapat nak tunjuk step satu-satu..kang jenuh kang..tengok siap dah pasang kepala dan ekor..hahaha..dah boleh agak bentuk ape kan..


Tadaa..ni la burung...hahaa...kepala die pelik semacam..kihkhkih...


Banyak kebaikan bermain dengan lego ni..
1) imaginasi
- kalau dapat lego biasa mula la berimaginasi nak buat bentuk macam-macam..lagi-lagi kalau budak-budak..imaginasi budak-budak kan kuat..kadang bentuk yang diaorang buat tu macam wowww..kann..hahaha.. daya imaginasi yang tinggi, kuat meneroka dan mula memanipulasikan sesuatu benda yang menarik perhatian mereka. 

2) belajar
- belajar bagaimana, mengapa sesuatu lego ada yang boleh dicantum ade yang tak boleh..belajar bagaimana nak menyelesaikan lego tu saai siap..Belajar adalah tentang kesempatan untuk bereksperimen (uji coba), berkembang dan menemukan, membebaskan kemampuan berpikir dan bekerja (tangan bergerak, pikiran juga bergerak) 

3) kegembiraan dan keseronokan
- kegembiraan bermain sesuatu..lagi-lagi nampak benda tu berwarna..kegembiraan setelah selesai membuat bentuk lego yang diinginkan..hehhe..pastu tanya kawan..tengok lego aku..hebat kan..hahaa..suka..suka..suka...

4) otak berkembang
- dengan lego otak akan berkembang..sel-sel otak akan berkembang untuk berfikir bentuk apa yang dibuat...

Ade banyak lagi sebenarnya kelebihan dia..memang best nain lego ni..rindu legoland..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2