hai assalammualaikum

Al-Fatihah kepada Datuk Hasbullah Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Mereka berdua memang dikenali oleh semua. Seorang adalah pengulas sukan dan seorang lagi merupakanpemimpin yang berjiwa besar yang dikasihi oleh rakyat. Dan kedua-duanya telah pergi ke Rahmatullah. Setiap yang hidup pasti akan mati..dan mereka pergi dengan tenang..


Datuk Hasbullah Awang, siapa yang tidak kenal..sering muncul di tv dalam sukan..suaranya yang tida asing lagi..dah tau dah bila die mengulas..masih terngiang-ngiang di telinga..memang best bila die mengulas.. Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam Takziah buat beliau n keluarga

Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Al-Fatihah..

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــين*


hai assalammualaikum

Yong Tau Fu Kampung Pandan - Siapa peminat Yong Tau Fu..melompat sekarang...hahaha...sape tak suka kan..makanan yang campur-campur tu dengan kuah yang sangat superbb...dan paling nad suka..bila ada sayur..perghh mantap..sayur kalau boleh amik dua ikat..haha..sedapp weiii..Yon Tau fu korang tau kan..makanan campur-campur pastu direndam dalam air panas yangbmendidih..pastu dipotong kecik-kecik dan diletak kuah...aummm..bagi yang nak rasa Yong Tau Fu yang superb ni bo,eh ke kampung pandan..memang superbbb..

Kedai Yong Tau Fu Kampung Pandan ni dah lama dibuka..sejak dari mr mafia kecik lagi..kau bayangkan sekarang mr mafia dah 45 tahun..oopss terlepas umur pulak..hahah..perniagaan Yong Tau Fu ni dijalankan oleh ahli keluarga sendiri..dan salah satunya adalah kawan mr mafia..memang sedap Yong Tau Fu dia..korang boleh pilih seberapa banyak korang nak..layan diri katakan..hahha..



Tengokla ni..macam-macam ada...


Katanya kedai ni penah masuk dalam rancangan Jalan-jalan cari makan TV3 tu..memang patut masuk kot..sebab sedappp...dah nak habis baru nak amik gambar..hahaha...


Ni la rupa kedai dia..dia buka dari 10pagi sampai 10 malam...Hari jumaat cuti ye awak-awak semuaa..kat sini ade jugak jual sup-sup,goreng-goreng semua..


Ni la rupa luar kedai die..pagar warna ungu..die memang takde signborad...kalau nak pergi boleh

Jalan Thaver (Jalan Kampung Pandan), Kampung Pandan, Kuala Lumpur 55100,Malaysia   Parking jerk kat tepi jalan tu...kedai dier biasa2 jerk..  Selalunya orang parking di sepanjang tepi jalan tu.  Kalau time lunch  kedainya memang sentiasa ramai orang. 




hai assalammualaikum

Cara-cara Menggunakan Laundry Layan Diri - Selalunya nak basuh baju guna mesin dekat rumah je..senang dan tau caranya. Nak masuk berapa kali pun tak kisah..tapi disebabkan mesin basuh dekat rumah suami dekat luar dapur, dan pintu bahagian dapur dah ditutup dengan sangkar kucing. Sangkar kucing tu bukan kecik tapi besar gedabak, tak larat la nak tarik tolak semata nak basuh kain.

Lagi satu mesin basuh dekat sini kene selalu tengok, sebab dia bukan jenis masukkan baju, pastu tutup biarkan sampai kering..mesin kat sini kene tengok air penuh..pastu tutup paip, pastu pusingkan..pastu..haishh banyak pastu..jadi takmau banyak kerja, hantar baju dekat laundry layan diri je..jimat pun jimat.

SURPRISED BIRTHDAY SEPARUH JADI...

in , , by Nadia Johari, 11:59:00
hai assalammualaikum

Surprised Birthday Half Menjadi -  Hhahaha..boleh gitu surprised half menjadi...kenapa half, kenapa tak full..haha kejap lagi nad citer..Semalam birthday mr jejaka mafia..ni la first time die sambut birthday bersama isteri...sebelum bulan dua lagi die dah pesan" harijadi abang jangan lupa lagi sudah ye".. Sebab tahun lepas nad penah lupa birthday die..hahahha..kejam tak..so tahun ni, die dah pesan awal-awal..dan die tak tau yang nad dah plan memang nak buat surprised untuk dia..tapi tu la..jadi half surprised je..

Alkisahnya, pada pagi 11/2/2015, bangun dari tidur,..selepas mengaumm..hahhaa..takleh blah..mr mafia pergi mandi..dan nad waktu tu masih belum idea lagi mcam mana nak buat surprised birthday untuk dia. Pagi tu gak nad google..tengok punya tengok ok dapat idea dah..tapi dok pikir macam mana la nak beli barang-barang tu..sebab mr mafia ni jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang walaupun kedai tu dekat je..boleh jalan kaki..ermm..

Siang hari nad buat macam biasa, takde apa-apa..hhaha..kekonon tak ingat birthday dia..petang tu cakap dengan mr mafia, "bang malam nanti pergi tesco ye".. Mr mafia "nak beli apa".. Yup dia akan selalu tanya nak beli apa...hurmm..apa nad nak jawab..mampuihh takkan nak cakap kek.." Nak beli barang sayanglaa".. Mr mafia "barang ape".. Eheh laki aku ni..haishh...jenuh nak jawab "adalah".. Malam tu kitaorg pergi tesco

Sampai tesco, nad suruh dia lepak dekat kedai mamak..hahha..takkan la nak ikut nad pergi beli barang kan. Kedai pertama sekali nad pergi, kedai cenderahati..nak cari lilin..lepas tu cari kedai kek...then sekali cari secret recipe..nasib dekat tesco tu ade secret recipe..nak beli lasagna, feveret die lor..alkisahnya, nad ingat malam tu nak buat lamb chop untuk dia..tapi terlupa nak order..hhaha..jadi carila lasagna..lepas tu jumpa die dekat kedai mamak..dekat situ dah tau half surprised...sebab ape?? Sebab die dah nampak kek tu..sobsobsob...balikla

 

Balik tu kami buat biasa..peliknya selalu lepas makan malam dia akan naik bilik kerja die..tapi, malam tu tak naik-naik..eh-eh..mavam mana ni..dah nak dekat kul 12 kot..satu hape tak buat ni..then, nad cakap, "bang mona mana??., mona kucing ye.."kang mona masuk bilik abang berak ke..ape ke?? Hahaha..mende ntah aku buat ayat...sedangkan mona selalu berak dekat pasir...hahaha...tapi die naik bilik gak..lepas tu aku pun bertukus lumus susun lilin, letak gambar..letak kek...fuh berpeluh gak la..yang kucing-kucing nad pulak dok nngok lilin tu nak ngusik..adehh...lepas tu dok pikir idea apa nak buat supaya dia turun..hahhaha..jenuh ni..tinggg!!!!! ( dapat idea)... 


Sedang elok lampu dekat rumah banyak rosak..lampu dekat rumah ni bukan lampu kalimantang..tapi lampu hiasan..so satu-satu mentol mati..pastu tutup semua lampu..panggil mr mafia "banggg..ooo bangg...lampu mati".. Mr mafia " macam mana boleh mati,saya tekan apa".. Die dah nak marah dah..sekali..nah kau..."hapy birthday to you..happy birthday to you"... Hahhhhh..tersenyum die..tak jadi marah..nasib tak nangis..hahaha..


.ade amik video..layan la video nad buat ni..haha...abaikan suara comel tu ye..hahaha..

 

Selamat hari lahir abang..awakla suami penyabar sekali sebab layan karenah saya..eh saya pun penyabar..haha..awakla suami yang sangat awesome..always make me laugh...awakla suami saya yang cari gaduh..penumbuk..semua...hahha. Saya doakan abang sihat selalu, murah rezeki..semoga capaimimpian abang untuk jadi photography terhebat dan maju jaya..semoga abang panjang umur dan sentiasa diberkati...uuuhhh hadiah malam tu...aummmm..k baii..hahahaha...

MENU PROMOSI 2015 DI DELIFRANCE MALAYSIA

in , by Nadia Johari, 20:58:00
hai assalammualaikum

Menu Promosi 2015 Di Delifrance Malaysia - Actually nilah pertama kali nad jejak di Delifrance..Ya ampunnn betul ke ni!!!..hhhahaha..betul la..nad dulu mana reti masuk-masuk kedai macam ni..biasalah budak kampung..dapat makan kfc je selalu..hahhaa...kalau masuk kedai roti pun kedai roti kek tu yang ada sosej cuma harga RM2 je..Tapi hari ahad lepas, its my lucky sebab dapat pergi merasai makanan di Delifrance bersana geng #kelabbloggerbenashaari di Midvalley.


Delifrance adalah satu rangkaian Café Perancis di Malaysia. Selain roti, Delifrance juga ade pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Tak dapat pergi Paris, tapi kau dah boleh makan,makanan sepserti di Paris..hahhaa..kann..Meh nad tunjukkan menu di Delifrance...sila terliur ye..semua makanan ni adalah keluaran Delifrance sendiri..



Mulakan dengan sarapan pagi bersama roti. Selalu kite pekena roti Gardenia kan..pe kata try roti dekat Delifrance ni..Tak lembut dan Tak keras..sedang-sedang je..Boleh disapu dengan Planta, atau kaya atau strawberry kaya. Marbelous memang marbelous..

Selain itu, kalau korang taknak makan roti kosong nak ade isi..boleh je..ade dua jenis roti iaiatu Roti Tuna D'licious dan  Roti Meatball Sandwich. Roti die memang lembut..Roti die ade pilihan, ikut citarasa korang, ade roti Baguette, butter croissant,crois bread and ciabata

Tuna D'licious (RM13.90)


Meatball Sandwich (RM9.90)

 Roti Tuna D'licious , diisi tuna , salad dan tomato. Rasa macam dah biasa, hah ade special, selalu kite nampak meatball dekat spagetti je kan ni ade dalam roti Roti Meatball Sandwich. Bebola daging yang lembut dibalut dalam roti dan disaluti dengan sos marinar..ummpphh terangkattt kau..hehehe

Selain Roti, Delifrance juga ada mengeluarkan makanan seperti spageti, kambing dan nasi..ni la dia, Meatball Pasta, Spicy Fish served With Rice, Grilled Chicken Leg With Mushroom Sauce, and Provencal Lamb.

Meatball Pasta (RM15.90)

Spicy Fish served with Rice (RM18.90). Ni sedap sebab ikan dia rasa macam sambal belacan..hehe..siap ade nasi lagi..

Grilled Chicken Leg with Mushroom Source (RM18.90). Bawah ayam tu ade mashed potato

Provencal Lamb Shoulder (RM28.90)

Meh perkenalkan dua menu baru di Delifrance iaitu Beef Crois Bread and Chicken Crois Bread

Bentuknya panjang dan lurus itu. tekstur lembut dan rangup yang diperolehi dengan pastri puff unik terdiri daripada tepung mil penuh gandum dan jenis benih (biji rami, biji popi, biji bunga matahari)


Dessert ade macam-macam tapi sempat amik gambar macaron je..hahaa..dah tak ingat nak amik gambar lpas menikmati semua hidangan..nampak sangat sedapnya..

Amacam mengancam tak..harga pun takdelah mahal sangat kan.. Delifrance telah melangkah keluar dari Eropah pada tahun 1983, dengan pembukaan Outlet Asian pertamanya di Center Clifford Singapore. Kedai Roti Perancis yang cepat mencipta nama dan membawa satu perkembangan yang cepat di sana adalah disebabkan produk pastrinya.  

Pada tahun 1987, operasi Delifrance telah diperkembangkan lagi ke Hong Kong dan Shanghai, China. Mula mendarat di Malaysia pada tahun 1990. Sebagai salah satu rangkaian kedai roti yang paling berjaya di dunia, Delifrance kini berkhidmat di Malaysia lebih daripada 15 cawangan di seluruh Malaysia dan masih terus berkembang dan berusaha untuk memberikan khidmat pelanggan kami dengan lebih baik

  • 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. 
  • 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
  • 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square. 
  • 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari



Fefeling berada di Eiffle Tower..alangkah indahnya kalau betul kan..hohoho..

Ade sesuatu khas untuk pengomen tegar blog miszrockers untuk bulan february ni..hehehe...rajin-rajinla komen erkk

RESEPI IKAN GORENG BERSOS TIRAM

in , , by Nadia Johari, 23:14:00
hai assalammualaikum

Ikan Goreng Bersos Tiram - Dalam beberapa hari ni, asyik cerita pasal makanan je kan..hahah..nak buat macam mana, takde aktiviti lain selain memasak,,hahah..rutin surirumah yang berjaya..kihkihkih..dah selalu masuk dapur..lama-lama suka memasak pulak..sampai resepi tersendiri keluar..haha..dah tak tau nak masak ape..ilang idea dah..jadi kite buat resepi sendiri


Ikan Goreng Bersos Tiram.

Bahan-bahannya
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili besar
- cili padi ( nak bagi pedas)
- sos tiram ( bahan utama)
- sos cili
- garam


Cara membuatnya
- ikan di goreng dan diketepikan
- potong bawang merah, bawang putih, cili besar, dan cili padi
- tumis bahan yang dipotong tu sehingga naik bau
- bubuh sos tiram tiga sudu besar  ke dalam bahan tumisan tadi.
- bubuh satu sudu besar sos cili..nak bagi pekat dan pedas sikit,
- bubuh sedikit air
- bubuh garam
- tunggu sehingga kuah pekat dan masak
- lepas tu kuah ni boleh tuang dekat ikan goreng tadi..siap..senang kan..sedap..nak pedas bubuh cili padi banyak lagi..aumm...

PISANG GORENG CHEESE TAMAN MALURI

in , by Nadia Johari, 23:10:00
hai assalammualaikum

Pisang Goreng Cheese Taman Maluri - Aktiviti petang tadi, nak pergi basuh baju dekat doni, plan harini jugak nak ajak jejaka mafia pergi beli pisang goreng cheese. Yela sambil basuh baju, nak tunggu, sambil tu kunyah la apa yang patut..tu la dalam pikiran. Pisang goreng cheese ni dah lama terkenal sampai sekarang orang masih cari lagi..sebelum ni nad penah makan pisang goreng cheese dari johor..hahah..sebab tak tau area kuala lumpur ni dekat mana ade orang jual..dekat johor jugak nad jumpa..


Lepas tu, nad ade baca entry blogger kak hanim pasal pisang goreng cheese dekat Taman Maluri. Seronoknya nad, yela Taman Maluri berdekatan dengan rumah nad..jadi petang tadi ajak jejaka mafia pergi tempat tu..whatsuup kak hanim " tempatnya dekat mana".. Tempatnya berdekatan dengan sekolah menengah taman maluri..memang satu-satunya kedai pisang goreng cheese ni dekat sini..alahai gumbiranya hati ni..lepas je dapat makan pisang goreng cheese dekat johor..memang teringin lagi nak makan..terima kasihla kak hanim oii..

Yang menjualnya tiga orang jejaka. Memang mantap pisang goreng cheese dia..satu bekas ni die bubuh 10 biji pisang berharga RM6.. Okla..sebab memang sedapp ooo..nampak tak ..nampak tak..


Nad beli pisang goreng cheese coklat...aumm menjilat jari


Sampai dobi, dah isi semua baju dalam mesin, sambil duduk, sambil makan pisang goreng cheese ni.nikmatnyaaa...sedar tak sedar dah , nad dah makan sampai habis..hahahaha...nad terpaksa makan sorang sebab jejaka mafia tak suka benda manis..memang kenyangla nad..hehhee..makan sorang-sorang..hahhaha...alhamdulillah...


RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO

in , by Nadia Johari, 16:19:00
hai assalammualaikum

Ikan Bawal Masak Tomato - Resepi ni selalu mak nad yang buat, jadi dah terbiasa kalau ikan bawal mesti nak masak tomato. Mula-mula nad masak tak menjadi sangat, yela baru pertama kali cuba, tapi kali ni nad buat sesedap air tangan mak nad..wahh gitu..

Biasalah dah lama-lama kawin masakan dah menjadi bertambah sedap..hahha,,kita dah tau berapa nak letak bahan-bahan dia kan..kalau tersalah, rasa masam lebih..kalau betul die sesedap rasa...aummm..sampai jilat jari...hehe



Ni la ikan bawal masak tomato..Sepatutnya warna die warna oren-oren sikit..pencahayaan tak terang dekat rumah..takpela..meh nad bagi cara nak buatnya

Bahan-bahanya
- ikan bawal
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
-,serai
- cili besar merah dan hijau
- cili padi (kalau nak pedas)
- sos tomato
- sos cili
-,sebiji tomato..kalau banyak gunalah dua biji tomato
- garam

Caranya
- lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan
- potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi.
- serai diketuk
- tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau
- bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah.
- bubuh sedikit garam
- lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. Akan jadi kuah die,
- masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara..
- dah nampak kuah pekat bubuh tomato...harini nad tak bubuh tomato sebab terlupa beli buah tomato.
- kuah dah pekat siap untuk dihidang..

Selamat mencuba

YEAH ZERO JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014

in , by Nadia Johari, 01:24:00
hai assalammualaikum

Zero Juara Maharajalawak Mega 2014 - Pembukaan pentas Maharajalawak Mega yang sangat awesome..semua penonton terjua dan tak sabar nak tengok persembahan daripada peserta..berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil..memang meriah..masing-masing ade fans masing-masing..Tema malam ni bebas dan muzikal...

Setiap peserta dah buat yang terbaik..bocey semakin merundum nampaknya..malam ni nad perhatikan zero dan sepahtu..kedua-duanya memang hebat..tapi yang mengelakkan hati ni bila tengok Zero..hehhe..tahun lepas merkea tersigkir awal..mungkin kerana kurang lawak dan bahasa sabah yang pekat mereka membuatkan orang kurang gelak..tapi tahun ni mereka dah tunjuk mereka memang lawak dan berkebolehan...tekaan nad betul dekat entry SINI...Hehhee..

Keputusan Maharajalawak Mega Akhir 2014







Juara: Zero – rm500,000 dan trofi
Tempat kedua: Sepahtu – rm250,000 dan trofi
Tempat ketiga: Nabil – rm150,000 dan trofi
Tempat keempat: Shiro – rm50,000 dan trofi
Tempat kelima: Bocey – rm15,000 dan trofi

MALAM INI FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2014

in , by Nadia Johari, 20:41:00
hai assalammualaikum


Malam Ini Final Maharajalawak Mega 2014 - kalau diikutkan tahun ni Maharajalawak Mega tidak sehebat yang sebelum-sebelum ni..mungkin idea dah kurang..yela..bukan senang buat lawak..tapi mereka dah berusaha dan kadang-kadang ada lawak yang terlebih pulak..heheh. Dan malam ni final Maharajalawak Mega akan berakhir..malam ni final weiii..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Pentas akhir program komedi Maharaja Lawak Mega 2014 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kemunculan lima kumpulan iaitu Sepahtu, Zero, Shiro, Bocey dan Nabil semestinya dinanti-nantikan para peminat mereka. Dari mula start Maharajalawak Mega, nad hanya menunggu untuk persembahan zero..mula-mula zero paling bagus..pastu down..pastu diaornag bangkit balik..harap malam ni Zero buat yang terbaik..

Pasti semua tak sabar nak tengok kan..hehe..jangan lupa pukul 10 malam, tercegak depan tv siaran 132 astro warna..siapa tak leh tengok boleh layan dekat mana-mana..siapa agaknya juara kan..ku harapkan zero tempat pertama, bocey kedua..hhaha..pilihla pemenang yang lain pulak kan..tapi macam tak je..harap malam ni semua lawak...final kot..Dua tema berbeza, malam ni, muzikal dan Bebas
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2