hai assalammualaikum
Vanila Aiskrim Kegemaran Kami - Aiskrim memang menjadi kepujaan semua orang dari peringkat budak-budak sampailah orang tua..aiskrim ni manis dan mempunyai pelbagai perisa. Bila cuaca panas, aiskrimla kadang-kadang yang dicari untuk menyejukkan tekak. Kadang-kadang sesuai untuk buat dessert kan..takpun beli dekat pasaraya, siap beli yang dalam mangkuk besar..simpan dekat rumah..
Dalam banyak-banyak perisa, vanila yang menjadi kegemaran nad. Tak tau kenapa..mungkin vanila rasanya tak berapa pekat atau sedang-sedang bila masuk tekak..kalau beli aiskrim cornetto mesti perisa vanila..kalau beli aiskrim batang, mesti beli yang warna hijau dalamnya vanila..nampaknya bukan nad sorang je suka aiskrim vanila..mr mafia pun suka..kami kongsi perisa yangbsama..senang la beli aiskrim perisa yang sama kan..hehehe
Nad penah baca yang aiskrim vanila ni boleh hilangkan selsema..makan aiskrim vanila ni,insyallah baik..ermm tak tau la kan keberkasanannya..tapi macam kakak nad cakap, die nurse, kalau budak demam kene mandikan biar panas dalam badan tu kurang..kene cubala nanti..kalau selsema makan aiskrim vanila..ehehehe..
Macam nad sekarang suka aiskrim vanila plus dengan oreo..dulu selalu beli dekat Macdonald..aiskrim Mcflurry tu..tapi sejak boikot dah tak beli dah..tapi serach google tadi..banyak resepi nak buat aiskrim vanila..wahh senangla lepas ni buat dekat rumah je..tapi nak kene ade barang-barang pemutar nak buat kek tu..baru boleh beli bahan-bahan buat aiskrim..mudah rupanya..ermm..k layan makan aiskrim vanila dulu..hehehe