VANILA AISKRIM KEGEMARAN KAMI

in , , by Nadia Johari, 22:54:00
hai assalammualaikum

Vanila Aiskrim Kegemaran Kami - Aiskrim memang menjadi kepujaan semua orang dari peringkat budak-budak sampailah orang tua..aiskrim ni manis dan mempunyai pelbagai perisa. Bila cuaca panas, aiskrimla kadang-kadang yang dicari untuk menyejukkan tekak. Kadang-kadang sesuai untuk buat dessert kan..takpun beli dekat pasaraya, siap beli yang dalam mangkuk besar..simpan dekat rumah..


Dalam banyak-banyak perisa, vanila yang menjadi kegemaran nad. Tak tau kenapa..mungkin vanila rasanya tak berapa pekat atau sedang-sedang bila masuk tekak..kalau beli aiskrim cornetto mesti perisa vanila..kalau beli aiskrim batang, mesti beli yang warna hijau dalamnya vanila..nampaknya bukan nad sorang je suka aiskrim vanila..mr mafia pun suka..kami kongsi perisa yangbsama..senang la beli aiskrim perisa yang sama kan..hehehe

Nad penah baca yang aiskrim vanila ni boleh hilangkan selsema..makan aiskrim vanila ni,insyallah baik..ermm tak tau la kan keberkasanannya..tapi macam kakak nad cakap, die nurse, kalau budak demam kene mandikan biar panas dalam badan tu kurang..kene cubala nanti..kalau selsema makan aiskrim vanila..ehehehe..

Macam nad sekarang suka aiskrim vanila plus dengan oreo..dulu selalu beli dekat Macdonald..aiskrim Mcflurry tu..tapi sejak boikot dah tak beli dah..tapi serach google tadi..banyak resepi nak buat aiskrim vanila..wahh senangla lepas ni buat dekat rumah je..tapi nak kene ade barang-barang pemutar nak buat kek tu..baru boleh beli bahan-bahan buat aiskrim..mudah rupanya..ermm..k layan makan aiskrim vanila dulu..hehehe

HANDPHONE ASUS ZENFONE 5

in , , by Nadia Johari, 14:04:00
hai assalammualaikum

Handphone Asus Zenfone 5 - Nad ni nak review telephone idokla pandai sangat..tapi nak cerita telefon baru nad ni..hehehhe..Handphone smartphone ni satu keperluan..sekarang semua nak urusan mudah dan senang dekat telefon. Lagi-lagi whatssup..Dan sebagi blogger kamera itu penting untuk mendapat gambar yang menarik..Kira kesemuanya pentingla..Lepas je handphone Sony Xperia J nad dah tak berapa nak betul, install tak boleh, kamera tak cantik, pastu asyik hang je..semua kerja jadi lambat..betapa susahnya nak buat kerja..haishh..

Masa tu mulala memujuk mr mafia suruh beli telefon baru. Mulanya nak beli Handphone Xiomi, tapi tak jadi adalah sebab-sebabnya..akhirnya pilihan nad Handphone Asus Zenfone 5..sebelum beli nad ade survey dekat google..dekat youtube berkenaan dengan Asus Zenfone 5 ni..tengok macam semua ok..sebab nad perlukan telefon smartphone ni dengan cepat..sebab senang buat kerja nanti.
 

Akhirnya nad beli Asus Zenfone 5 ni dengan harga RM580. Nak tau ape bestnya..hehee..ni la yang ditunggu saat ni..apakah dia..Yesss!! akhirnya nad dapat handphone yang berkaler biru..hahahhaa...suka giler kau..kihkihkih...Asus Zenfone 5 ni popular dengan dua simkad..jadi boleh masukkan dua nombor dalam satu phone..


Pertama sekali tengok handphone  mestilah tengok kameranya..kalau nak diikutkan, kamera Asus Zenfone 5 tidaklah sehebat mana, tapi lebih elok dari Sony Xperia J nad sebelum ni..hahaha.. Nilah gambar pertama nad amik guna kamera ni..amik gambar dekat luar..Kamera Asus ni belakang ialah 8MP dan depan ialah 2MP..memang untuk selfie tak berapa la..tapi ok la dari sony nad sebelum ni..ahhaha..

Ciri-ciri kamera


Macam-macam ada dah dekat Asus Zenfone 5 ni..bestnya dalam ni dah ade movie video dan mini movie..so nak buat video dah senang..macam nad pemalas..haha..takde edit-edit dah..main masuk je..hehe



Dan menariknya Asus ni ade Mirror..hahaha..so nak makeup guna cermin dalam phone je..hahaha..


Serba sedikit tentang Asus Zenfone 5


Sekarang semua kerja jadi mudah..takde hang..takde risau pasal gambar dan semuanya..sound pun ok..hehee..


hai assalammualaikum

Cosmoderm Tengah Buat Promosi - Hah sapa tak tau pasal produk cosmoderm ni lagi..Ya Allah terbaik kau!!..Dah lama produk cosmoderm ni dekat luar, tapi mungkin baru-baru ni, baru tau kan..samalah macam nad..hahaa..tahun lepas baru tau pasal cosmoderm ni..kalau tau dari awal dah lama nad guna cosmoderm ni..Ramai dah cuba produk ni, semua kata bagus, terbaik,..semuanya positif..see...dan paling penting dia halal.. 

Produk Cosmoderm yang berasaskan tumbuhan bahan aktif, bunga, buah-buahan dan herba dan terbukti manfaat untuk kulit kita. Bahan-bahan yang digunakan bukan sahaja halal, malah memberi kesan dalam menyelesaikan masalah kulit yang dengan berkesan. Bagusnya Produk comoderm ni sesuai untuk seisi keluarga dari bayi sampailah dewasa..Amacam jimat kan..beli untuk satu keluarga terus..


Lepas je nad guna tiga jenis produk cosmoderm, terus nad jatuh hati dengan cosmoderm..Korang boleh baca dekat SINI. Lepas je tengok testimoni ramai orang kata best..lepas ni nad nak beli set Tea Tree pulak...biasalah muka nad bukan flawless, bukan normal, muka nad minyak, jerawat..jadi produk Tea Tree Oil dari cosmoderm ni sesuai untuk muka macam nad.

Manfaat Tea Tree Oil
- menghilangkan minyak dan kotorn di permukaan wajah
- menenangkan kulit berjerawat dan kemerahan
- membantu membasmi kuman
- membersih,melembut dan mengekalkan kelempbapan kulit
- dwi pembersihan secara mendalam


Korang jom dapatkan sekarang..sekarang Cosmoderm tengah buat promosi..yeahhh..ni nak grab ni..tunggu duit masyukk dulu nak terus pergi cari..takleh lepaskan..promosii ni..kalau koran nak tau lebih lanjut boleh klik banner Cosmoderm di atas ok..tengokla..macam-macam promosi ada..promosi sampai hujung bulan ni je..

BELANJA MR MAFIA DI DELIFRANCE

in , by Nadia Johari, 20:53:00
hai assalammualaikum

Belanja Mr Mafia Di Delifrance - Haritu nad dapat voucher dekat Delifrance, jadi gunalah voucher ni untuk belaja Mr Mafia sempena hari lahir die tu..dah penat buat surprised hari lahir, esoknya nad belanja die dekat Delifrance..Sebab haritu die tak ikut, jadi kali ni bagi dia rasa..Delifrance ada banyak cawangan..kalau nak tau dekat mana boleh baca dekat SINI..nad pergi Delifrance dekat Ampang Point sebab dekat dengan rumah..
Sampai je sana, dia pun suruh nad order..tak kisah order mana, sebab nad yang belanja kan..haha..nad suruh pilih tak mau pilih..nasib baik dekat Delifrance ade pelbagai menu yang sedap dan lazat. Ada macam-macam menu, meatball ada, lamb ada, ikan ada, roti ada, ada juga menu yang disertakan dengan nasi..Disebabkan voucher hanya ada RM30 jadi pilih menu yang agak-agak harga sikit la..hahaa..

credit pic kerex studio
 Meatball Pasta

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio
Provencal Lamb Shoulder

Untuk mr mafia, disebbakan die suka lamb..jadi nad order Provencal Lamb Shoulder dan nad pulak meatball pasta..disebabkan harga terlebih daripada RM30, jadi bayar jele yang lebih-lebih tu..takdela banyak sangat leihnya..hhahha

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

Selfie-selfie dulu..hahaa


https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography
credit pic kerex studio

Gambar kite je yang lebih kan..haha..mr mafia takmau masuk dalam gambar dah..private katanya..kihkihkih...poyoo..hhaaha..


Hah ni untuk pengomen bulan february..siapa yang akan dapat..ditaja oleh Delifrance..
hai assalammualaikum

Al-Fatihah kepada Datuk Hasbullah Awang Dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Mereka berdua memang dikenali oleh semua. Seorang adalah pengulas sukan dan seorang lagi merupakanpemimpin yang berjiwa besar yang dikasihi oleh rakyat. Dan kedua-duanya telah pergi ke Rahmatullah. Setiap yang hidup pasti akan mati..dan mereka pergi dengan tenang..


Datuk Hasbullah Awang, siapa yang tidak kenal..sering muncul di tv dalam sukan..suaranya yang tida asing lagi..dah tau dah bila die mengulas..masih terngiang-ngiang di telinga..memang best bila die mengulas.. Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Salam Takziah buat beliau n keluarga

Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Al-Fatihah..

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــين*


hai assalammualaikum

Yong Tau Fu Kampung Pandan - Siapa peminat Yong Tau Fu..melompat sekarang...hahaha...sape tak suka kan..makanan yang campur-campur tu dengan kuah yang sangat superbb...dan paling nad suka..bila ada sayur..perghh mantap..sayur kalau boleh amik dua ikat..haha..sedapp weiii..Yon Tau fu korang tau kan..makanan campur-campur pastu direndam dalam air panas yangbmendidih..pastu dipotong kecik-kecik dan diletak kuah...aummm..bagi yang nak rasa Yong Tau Fu yang superb ni bo,eh ke kampung pandan..memang superbbb..

Kedai Yong Tau Fu Kampung Pandan ni dah lama dibuka..sejak dari mr mafia kecik lagi..kau bayangkan sekarang mr mafia dah 45 tahun..oopss terlepas umur pulak..hahah..perniagaan Yong Tau Fu ni dijalankan oleh ahli keluarga sendiri..dan salah satunya adalah kawan mr mafia..memang sedap Yong Tau Fu dia..korang boleh pilih seberapa banyak korang nak..layan diri katakan..hahha..



Tengokla ni..macam-macam ada...


Katanya kedai ni penah masuk dalam rancangan Jalan-jalan cari makan TV3 tu..memang patut masuk kot..sebab sedappp...dah nak habis baru nak amik gambar..hahaha...


Ni la rupa kedai dia..dia buka dari 10pagi sampai 10 malam...Hari jumaat cuti ye awak-awak semuaa..kat sini ade jugak jual sup-sup,goreng-goreng semua..


Ni la rupa luar kedai die..pagar warna ungu..die memang takde signborad...kalau nak pergi boleh

Jalan Thaver (Jalan Kampung Pandan), Kampung Pandan, Kuala Lumpur 55100,Malaysia   Parking jerk kat tepi jalan tu...kedai dier biasa2 jerk..  Selalunya orang parking di sepanjang tepi jalan tu.  Kalau time lunch  kedainya memang sentiasa ramai orang. 




hai assalammualaikum

Cara-cara Menggunakan Laundry Layan Diri - Selalunya nak basuh baju guna mesin dekat rumah je..senang dan tau caranya. Nak masuk berapa kali pun tak kisah..tapi disebabkan mesin basuh dekat rumah suami dekat luar dapur, dan pintu bahagian dapur dah ditutup dengan sangkar kucing. Sangkar kucing tu bukan kecik tapi besar gedabak, tak larat la nak tarik tolak semata nak basuh kain.

Lagi satu mesin basuh dekat sini kene selalu tengok, sebab dia bukan jenis masukkan baju, pastu tutup biarkan sampai kering..mesin kat sini kene tengok air penuh..pastu tutup paip, pastu pusingkan..pastu..haishh banyak pastu..jadi takmau banyak kerja, hantar baju dekat laundry layan diri je..jimat pun jimat.

SURPRISED BIRTHDAY SEPARUH JADI...

in , , by Nadia Johari, 11:59:00
hai assalammualaikum

Surprised Birthday Half Menjadi -  Hhahaha..boleh gitu surprised half menjadi...kenapa half, kenapa tak full..haha kejap lagi nad citer..Semalam birthday mr jejaka mafia..ni la first time die sambut birthday bersama isteri...sebelum bulan dua lagi die dah pesan" harijadi abang jangan lupa lagi sudah ye".. Sebab tahun lepas nad penah lupa birthday die..hahahha..kejam tak..so tahun ni, die dah pesan awal-awal..dan die tak tau yang nad dah plan memang nak buat surprised untuk dia..tapi tu la..jadi half surprised je..

Alkisahnya, pada pagi 11/2/2015, bangun dari tidur,..selepas mengaumm..hahhaa..takleh blah..mr mafia pergi mandi..dan nad waktu tu masih belum idea lagi mcam mana nak buat surprised birthday untuk dia. Pagi tu gak nad google..tengok punya tengok ok dapat idea dah..tapi dok pikir macam mana la nak beli barang-barang tu..sebab mr mafia ni jenis tak bagi nad pergi sorang-sorang walaupun kedai tu dekat je..boleh jalan kaki..ermm..

Siang hari nad buat macam biasa, takde apa-apa..hhaha..kekonon tak ingat birthday dia..petang tu cakap dengan mr mafia, "bang malam nanti pergi tesco ye".. Mr mafia "nak beli apa".. Yup dia akan selalu tanya nak beli apa...hurmm..apa nad nak jawab..mampuihh takkan nak cakap kek.." Nak beli barang sayanglaa".. Mr mafia "barang ape".. Eheh laki aku ni..haishh...jenuh nak jawab "adalah".. Malam tu kitaorg pergi tesco

Sampai tesco, nad suruh dia lepak dekat kedai mamak..hahha..takkan la nak ikut nad pergi beli barang kan. Kedai pertama sekali nad pergi, kedai cenderahati..nak cari lilin..lepas tu cari kedai kek...then sekali cari secret recipe..nasib dekat tesco tu ade secret recipe..nak beli lasagna, feveret die lor..alkisahnya, nad ingat malam tu nak buat lamb chop untuk dia..tapi terlupa nak order..hhaha..jadi carila lasagna..lepas tu jumpa die dekat kedai mamak..dekat situ dah tau half surprised...sebab ape?? Sebab die dah nampak kek tu..sobsobsob...balikla

 

Balik tu kami buat biasa..peliknya selalu lepas makan malam dia akan naik bilik kerja die..tapi, malam tu tak naik-naik..eh-eh..mavam mana ni..dah nak dekat kul 12 kot..satu hape tak buat ni..then, nad cakap, "bang mona mana??., mona kucing ye.."kang mona masuk bilik abang berak ke..ape ke?? Hahaha..mende ntah aku buat ayat...sedangkan mona selalu berak dekat pasir...hahaha...tapi die naik bilik gak..lepas tu aku pun bertukus lumus susun lilin, letak gambar..letak kek...fuh berpeluh gak la..yang kucing-kucing nad pulak dok nngok lilin tu nak ngusik..adehh...lepas tu dok pikir idea apa nak buat supaya dia turun..hahhaha..jenuh ni..tinggg!!!!! ( dapat idea)... 


Sedang elok lampu dekat rumah banyak rosak..lampu dekat rumah ni bukan lampu kalimantang..tapi lampu hiasan..so satu-satu mentol mati..pastu tutup semua lampu..panggil mr mafia "banggg..ooo bangg...lampu mati".. Mr mafia " macam mana boleh mati,saya tekan apa".. Die dah nak marah dah..sekali..nah kau..."hapy birthday to you..happy birthday to you"... Hahhhhh..tersenyum die..tak jadi marah..nasib tak nangis..hahaha..


.ade amik video..layan la video nad buat ni..haha...abaikan suara comel tu ye..hahaha..

 

Selamat hari lahir abang..awakla suami penyabar sekali sebab layan karenah saya..eh saya pun penyabar..haha..awakla suami yang sangat awesome..always make me laugh...awakla suami saya yang cari gaduh..penumbuk..semua...hahha. Saya doakan abang sihat selalu, murah rezeki..semoga capaimimpian abang untuk jadi photography terhebat dan maju jaya..semoga abang panjang umur dan sentiasa diberkati...uuuhhh hadiah malam tu...aummmm..k baii..hahahaha...

MENU PROMOSI 2015 DI DELIFRANCE MALAYSIA

in , by Nadia Johari, 20:58:00
hai assalammualaikum

Menu Promosi 2015 Di Delifrance Malaysia - Actually nilah pertama kali nad jejak di Delifrance..Ya ampunnn betul ke ni!!!..hhhahaha..betul la..nad dulu mana reti masuk-masuk kedai macam ni..biasalah budak kampung..dapat makan kfc je selalu..hahhaa...kalau masuk kedai roti pun kedai roti kek tu yang ada sosej cuma harga RM2 je..Tapi hari ahad lepas, its my lucky sebab dapat pergi merasai makanan di Delifrance bersana geng #kelabbloggerbenashaari di Midvalley.


Delifrance adalah satu rangkaian Café Perancis di Malaysia. Selain roti, Delifrance juga ade pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Tak dapat pergi Paris, tapi kau dah boleh makan,makanan sepserti di Paris..hahhaa..kann..Meh nad tunjukkan menu di Delifrance...sila terliur ye..semua makanan ni adalah keluaran Delifrance sendiri..



Mulakan dengan sarapan pagi bersama roti. Selalu kite pekena roti Gardenia kan..pe kata try roti dekat Delifrance ni..Tak lembut dan Tak keras..sedang-sedang je..Boleh disapu dengan Planta, atau kaya atau strawberry kaya. Marbelous memang marbelous..

Selain itu, kalau korang taknak makan roti kosong nak ade isi..boleh je..ade dua jenis roti iaiatu Roti Tuna D'licious dan  Roti Meatball Sandwich. Roti die memang lembut..Roti die ade pilihan, ikut citarasa korang, ade roti Baguette, butter croissant,crois bread and ciabata

Tuna D'licious (RM13.90)


Meatball Sandwich (RM9.90)

 Roti Tuna D'licious , diisi tuna , salad dan tomato. Rasa macam dah biasa, hah ade special, selalu kite nampak meatball dekat spagetti je kan ni ade dalam roti Roti Meatball Sandwich. Bebola daging yang lembut dibalut dalam roti dan disaluti dengan sos marinar..ummpphh terangkattt kau..hehehe

Selain Roti, Delifrance juga ada mengeluarkan makanan seperti spageti, kambing dan nasi..ni la dia, Meatball Pasta, Spicy Fish served With Rice, Grilled Chicken Leg With Mushroom Sauce, and Provencal Lamb.

Meatball Pasta (RM15.90)

Spicy Fish served with Rice (RM18.90). Ni sedap sebab ikan dia rasa macam sambal belacan..hehe..siap ade nasi lagi..

Grilled Chicken Leg with Mushroom Source (RM18.90). Bawah ayam tu ade mashed potato

Provencal Lamb Shoulder (RM28.90)

Meh perkenalkan dua menu baru di Delifrance iaitu Beef Crois Bread and Chicken Crois Bread

Bentuknya panjang dan lurus itu. tekstur lembut dan rangup yang diperolehi dengan pastri puff unik terdiri daripada tepung mil penuh gandum dan jenis benih (biji rami, biji popi, biji bunga matahari)


Dessert ade macam-macam tapi sempat amik gambar macaron je..hahaa..dah tak ingat nak amik gambar lpas menikmati semua hidangan..nampak sangat sedapnya..

Amacam mengancam tak..harga pun takdelah mahal sangat kan.. Delifrance telah melangkah keluar dari Eropah pada tahun 1983, dengan pembukaan Outlet Asian pertamanya di Center Clifford Singapore. Kedai Roti Perancis yang cepat mencipta nama dan membawa satu perkembangan yang cepat di sana adalah disebabkan produk pastrinya.  

Pada tahun 1987, operasi Delifrance telah diperkembangkan lagi ke Hong Kong dan Shanghai, China. Mula mendarat di Malaysia pada tahun 1990. Sebagai salah satu rangkaian kedai roti yang paling berjaya di dunia, Delifrance kini berkhidmat di Malaysia lebih daripada 15 cawangan di seluruh Malaysia dan masih terus berkembang dan berusaha untuk memberikan khidmat pelanggan kami dengan lebih baik

  • 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja. 
  • 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
  • 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square. 
  • 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari



Fefeling berada di Eiffle Tower..alangkah indahnya kalau betul kan..hohoho..

Ade sesuatu khas untuk pengomen tegar blog miszrockers untuk bulan february ni..hehehe...rajin-rajinla komen erkk

RESEPI IKAN GORENG BERSOS TIRAM

in , , by Nadia Johari, 23:14:00
hai assalammualaikum

Ikan Goreng Bersos Tiram - Dalam beberapa hari ni, asyik cerita pasal makanan je kan..hahah..nak buat macam mana, takde aktiviti lain selain memasak,,hahah..rutin surirumah yang berjaya..kihkihkih..dah selalu masuk dapur..lama-lama suka memasak pulak..sampai resepi tersendiri keluar..haha..dah tak tau nak masak ape..ilang idea dah..jadi kite buat resepi sendiri


Ikan Goreng Bersos Tiram.

Bahan-bahannya
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili besar
- cili padi ( nak bagi pedas)
- sos tiram ( bahan utama)
- sos cili
- garam


Cara membuatnya
- ikan di goreng dan diketepikan
- potong bawang merah, bawang putih, cili besar, dan cili padi
- tumis bahan yang dipotong tu sehingga naik bau
- bubuh sos tiram tiga sudu besar  ke dalam bahan tumisan tadi.
- bubuh satu sudu besar sos cili..nak bagi pekat dan pedas sikit,
- bubuh sedikit air
- bubuh garam
- tunggu sehingga kuah pekat dan masak
- lepas tu kuah ni boleh tuang dekat ikan goreng tadi..siap..senang kan..sedap..nak pedas bubuh cili padi banyak lagi..aumm...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2