TAHNIAH AZMIL JUARA MENTOR LEGEND 2015

in , by Nadia Johari, 23:23:00
hai assalammualaikum

Tahniah Azmil Juara Mentor legend 2015 - haii..baru dapat update pasal Mentor legend ni..hari ni sibuk sangat..sibuk bayar bill letrik, api, dengan bill internet. Ingatkan nak sekali bill roadtax, tapi tak sempat pulak..sambung besok jele..hehe..Hari ahad ada dua rancangan menarik iaiatu mentor Legend dengan Anugerah Meletop Era..tapi disebabkan mr mafia nak tengok mentor..kite tengokla mentor..yang Anugerah Meletop era kita record..hehee..senangnya ade astro record-record ni..tapi nak membayornya..hahhaa..

Ok berbalik kepada cerita Mentor, Tiga peserta terakhir telah masuk ke Final iaitu azmil protege Dayang, Aina protege Ella dan Sarah protege Amy Search..Program Realiti Mentor Legend ini telah diadakan di sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. Malam itu setiap finalis mendendangkan tiga buah lagu, pertama lagu bersama mentor, kedua duet dengan artis jemputan dan ketiga bernyanyi secara solo.

Malam tu Nad sokong Aina..mr mafia pulak jangka azmil akan menang sebab suara die sedap..tapi nad tengok Aina macam lagi mantap..hahhaa..tapi keputusan berpihak kepada Azmil..Tahniah Azmil..


Dengan keputusan Juriawam 20%, juri mentor 50% dan undian sms 16 % protege kepada Dayang Nurfaizah iaitu Azmil menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor Legend. Dengan membawa pulang wang RM 30,000, kereta proton iriz dan trofi

Protege ratu rock Malaysia, Ella, iaitu Aina Abdul Ghani mendapat tempat kedua dengan mendapat 68 peratus markah, sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM200,000 serta trofi.

Manakala protege Amy Search, Sarah atau Maisharah Fazny Mahadzir (61 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

KASUT WEDGES MENJADI PILIHANKU

in , by Nadia Johari, 13:14:00
hai assalammualaikum

Kasut Wedges Menjadi pilihan - Perempuan dengan kasut memang tak dapat dipisahkan. Kalau dulu, nad suka pakai kasut tumit tinggi yang berapa inchi ntah..tapi masyaallah..sekejap je pakai sebab sakit kaki jalan jauh..hahaha..konon nak nampak anggun kan..lepas tu terus pakai kasut bila berjalan..nampa rock sikit..

Pastu masa study cari sandal..kasut yang flat rata je..tapi macam nad nampak pendek..haha..sangat tak bergaya..tapi tetap pakai sebab nak pergi ke kelas kene cepat..jalan kene laju..jadi time berjalan je pakai ayu-ayu gitu..Lagi satu nad tak boleh pakai kasut yang tutup belakang nanti cepat melecet..adehh..meyeksa betul..


Nak cari kasut yang sesuai memang payah. Last sekali nad ada terbeli kasut wedges ni..memang sesuai dengan nad. Tak sakit pun..selesa je. Apa yang bestnya wedges ni, sebab tapak dia besar..so, wedges ni boleh tampung berat nad..ala berat nad bukan berat sangat..tak sampai 40 pun..sobsobsob..Bila nad pakai kasut wedges ni rasa konfident nak berjalan..macam model gitu..ahhaha..takde nak rasa tergolek-golek pun..terjatuh ke..sebab tapak dia besar kan..

Kasut ni la salah satu kasut wedges nad ada..hehe..eh silap ade lagi satu tapi nad suka pakai yang ni..hahaha..pernah sampai terkopak tapaknya tapi hantar dekat kedai baiki kasut, die jahit tapaktu..alhamdulillah elok balik sampai sekarang..


Tumit wedges ni betul-betul ebrada di bawah kaki ( dari belakang kasut , di tengah dan di depan). Tak semua kasut wedges tu tinggi..ade yang rendah bergantung kepada tahap ketinggian yang biasa membezakannya adalah bentuk dan panjang tumit.

Kasut ni takdelah nampak tinggi walaupun bertumit tapi lebih senang untuk berjalan dengan lebih stailista. Nak jalan laju pun boleh..ahhaa.. Kasut ni sesuai dipakai untuk semua jenis pakaian seperti skirt, seluar mahupun dress..

LAMB CHOB KHAS UNTUK BIRTHDAY SI DIA

in , , by Nadia Johari, 23:02:00
hai assalammualaikum

Lamb Chop Khas Untuk Birthday Si Dia - Sepatutnya masa birthday die, nad buat lamb chop sekali.sebab lamb chop ni kegemaran dia. Sebab kalau makan chop-chop ni, die mesti order Lamb hop..tapi terlupa pulak nak beli lamb chop frozen ni..hahaha..jadi nad gantilah dengan beli lasagna dekat secret recipe..tu pun salah satu makanan kegemaran dia..Lepas tu nad tetap beli Lamb Chop..yela kot-kot sesaja hari cuti nak makan simple je..dah boleh buat dekat rumah..

Lamb Chop Frozen ni nak beli dekat seorang budak perempuan yang nad kenal dekat instagram. nama dia Una..Comel je budaknya..haha..dari situ tetiba kitaorang dah rapat..sebab die yang tegur..borak punya borak tup-tup dia de cakap die buat kek, buat Lamb Chop frozen..wahh nad pun excited la..sebab memang plan nak cari lamb chop frozen. Kalau beli dekat luar, satu je dah RM10 kot..



Jadi nad beli dengan Una lamb chop ni..ade 9 slices..dia dah siap perap dan dah sediakan kuah untuk lamb chop ni..senang kan..harganya semua RM40..okla..berbaloi..masuk petia ais, insyallah boleh tahan.


Esoknya nad baru masak Lamb Chop ni untuk birthday boy..nad masak guna Periuk Goreng ajaib ni..hehee..senang dan mudah.

Dah siap Lamb Chop untuk mr mafia..sampai licin dia makan..hehee..alhamdulillah...

Kalau korang nak order korang boleh order dengan una di no 01123211021

TIPS MANDIKAN KUCING

in , , by Nadia Johari, 19:43:00
hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..

TIPS MANDIKAN KUCING

in , , by Nadia Johari, 19:43:00
hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..

PERIUK GORENG AJAIB

in , by Nadia Johari, 17:56:00
hai assalammualaikum

Periuk Goreng Ajaib - Macam-macam la sekarang..periuk ajaib, pemagang ajaib..hahaha..memang ajaib sungguh naa..sekarang kalau boleh nak cari barang 5 dalam satu..hahaa..jimat sikit kan dekat dapur tu..takyah beli banyak-banyak periuk..Macam mak nad guna pemagang ajaib..tapi anaknya beli priuk goreng ajaib..hahaa..walaupun namanya periuk goreng..tapi bukan setakat goreng je..lebih daripada goreng diguna..


Ni bukan yang nad beli, tapi mr mafia yang beli..dia pantangla nampak benda-benda memasak ni..kalau boleh nak mintak isterinya masak sedap-sedap..mana tau guna priuk ajaib ni masakan pun jadi ajaib..ahhaa. Periuk Goreng ajaib ni boleh mengukus, memasak, merebus, menggoreng, menumis,memagang serta memanaskan makanan.

 Inila rupa Periuk Goreng Ajaib. Penutup periuk goreng ini boleh dipisahkan, jadi boleh dapat untuk memasak dan memagang..atau mengukus..Periuk goreng ajaib ni mudah dekendalikan kerana mempunyai tangkai tambahan.


Bahagian penutup..boleh dibuka untuk dijadikan pemanggang atau sebagainya.

Periuk yang boleh digunakan untuk memasak, megukus dan sebagainya





Inilah barang tambahan yang nad dapat. Barang untuk menggoreng, getah, tempat kukus..dan macam-macam lagi..huhuhu..

Memang mudah kerja..hehee.. 
 


SAFI BALQIS CERAH SEMPURNA MASTERCALSS

in , , by Nadia Johari, 15:47:00
hai assalammualaikum

Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass - Haritu, nad telah dijemput ke majlis Safi Balqis Masterclass bertempat di The Cooking House Bangsar. Dalam majlis ini ada dua sesi iaitu yang pertama sesi membuat puding parfe bersama seorang chef dan bengkel pengjaagaan wajah yang dilakukan oleh  duta Safi Balqis White Trilogy iaitu Haniz Zalikha dan pengurus kumpulan Safi iaiatu Puan Mahsuri. 
hai assalammualaikum

Siti Nurhaliza Dan Cakra Khan : Seluruh Cinta - Lagu siti banyak yang best-best..dan lagu terbaru sekarang dengan Cakra Khan..memag best..hari-hari dengar..korang pun mesti pernah dengar kan..meh ler kita dengar sama-sama..


Lirik lagu

Menatap kepergian dirimu 
Meratap menangis sedih tak tertahan 
Terbaik saat bersama 
Lewati masa terindah 
Saat kau memeluk ku 
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku  
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Akan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi 
Habis separuh nyawa ku tangisi mu 
Tiada lagi bait terindah 
Terdengar merdu terucap 
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku , 
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Akan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu) 
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu 
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku , 
Yang selalu menentramkan perasaanku 
Diri mu akan selalu ada 
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku 
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku 
Ku kan selalu memuja mu 
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama
hai assalammualaikum

Tahniah Almy Nadia - Sekarang nak tengok perkembangan artis dekat instgaram je.kat situ diaorang mesti muat naik gambar ke mana sahaja mereka pergi..apa aktiviti diaorang buat..nad pulak jenis tak semua nad follow..heheh..hanya beberapa artis je..dan salah seorangnya ialah Almy Nadia dan Fiz Fairuz..


Tadi tengah like semua gambar orang dekat instagram tetiba nampak gambar Fiz Fairuz post dan gambar yang sama dekat Almy Nadia..wahh tahniah kepad Almy Nadia selamat melahirkan anak sulung pertama mereka..tak tau la anak perempuan ka anak lelaki..

Diaorang taknak kasi tunjuk dulu muka bayi..kenela hormat permintaan diaorang kan..ape-ape pun tahniah buat Almy dan Fizz Fairuz..
hai assalammualaikum

Tiga Finalis Bakal Berentap Di Mentor 2014 - Nad ni jarang tengok mentor legend dekat TV3 tu..tapi semalam tetibe tengok TV3 rupanya dah separuh akhir..layanla sampai habis..masa nad tengok tu..keenam-enam protege masuk separuh akhir. Not bad jugak suara diaorang semua..masing-masing memiliki suara yang unik dan vokal yang mantap. Peserta yang masuk ke separuh akhir ialah Sarah, Azmil, Aina, Tuah, Nadeera dan Fahmie.


Tahniah diucapkan kepada Sarah, Azmil dan Aina kerana telah dinobatkan sebagai peserta Finalis Mentor Legend 2014 setelah berentap pada peringkat separuh akhir . Bagaimanapun Nadeera, Tuah dan Fahmie gagal melayakkan ke peringkat akhir dan terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada minggu semi final. 


Oleh itu, pentas akhir Mentor Legend 2014 akan berlangsung pada 22 Februari 2015 dengan persaingan 3 protege antaranya adalah Sarah, Azmil dan Aina untuk merebut gelaran Juara Mentor Legend 2014.




 Protege Amy Search     
Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
 Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur


Protege Dayang Nurfaizah      
Azmil Bin Karim (Azmil)
Umur : 22 Tahun
Asal: Tawau Sabah 



Protege Ella     
Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
Umur: 21 Tahun
 Asal: Seremban Negeri Sembilan

Siapakah bakal juara mentor,sama-sama kite saksikan 22 Februari nanti ok..


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2