hai assalammualaikum

Dapat Pegang Haiwan Di Farm In The City Seri Kembangan - Inilah kali pertama nad pergi ke Farm In The City. Sebelum ni nad tak pernah dengar lagi tempat ni, yang nad tau Zoo Negara je..Lepas tu, #kelabbloggerbenashaari dapat jemputan ke Fram In The City. Lepas tu baru nad google. Tak sangka dekat tengah-tengah bandar ada lagi Ladang haiwan ni..dan paling best haiwan-haiwan dalam ni bebas dan boleh dipegang. Tak macam Zoo Negara semua haiwan dikurung..Tapi haiwan dekat Farm In The City bukan semuanya boleh dipegang dan dibebaskan..kalau haiwan liar tu memang dikurungla..hahhaa..

Farm in the City lebih kepada petting zoo yang mementingkan 3 element iaitu animals, plants and nature sebagai tarikan utama. Tempat yang menarik untuk dilawati bersama anak2..Boleh lihat animals dengan lebih dekat, boleh pegang dan beri makan.


Hari sabtu haritu, nad pergi bersama rakan blogger lain. Memang fun habis..hahaa..Farm In the City ni takdelah besar macam Zoo tapi boleh tahan penatnya..tapi akan hilang rasa penat lepas berjumpa dengan haiwan-haiwan dalam ni.. Masa tu jugak budak-budak tadika sekali buat rombongan sekolah agaknya..haha..

Masing-masing dah teruja..masuk timee..


 Yang ni kura-kura kecik..bolehla pegang..yang besar gedabak..tak mampu nak angkat..ahha


Besar betul Kura-kura ni..macam mana tak besarnya..dah hari-hari di bagi makan..hahha..Cepat betul die kunyah makanan tu..macam lapar sangat. Lepas je tengok kura-kura terus pergi masuk dekat kawasan burung..






 Dekat sini macam-macam spesis burung ada. Korang tengok gambar dalam satu sangkar ni macam-macam burung ada..hehee..yang bestnya korang boleh makan burung-burung ni tau


Tengok..mintak je makanan dekat tukang jaga dalam sangkar tu..nanti diaorang bagi..then ko tadah je tangan datangla burung-burung tu..ada tu korang kene datang dekat denagn binatang tu..hehehe..best je..biasalah mula-mula datang rasa takut-takut..geli pun ada bila diaorang makan dekat tangan..hahaa.


Nampak pulak iguana ni..Ramai suka bela iguana sebab manja kan..tapi nad..err..hahaha..seram sejuk pulak nak memegangnya.tapi dipaksa oleh Ena..haha.pegang jugakla..


 Tengokla muka yang takut-takut tu..hahahha..tapi dapat pegang jugak..huhuhu..dalam pikiran takut jugak die gigit ke ape..ahhaha


 Ada jugak kawasan kambing dan rusa..dibarkan..korang boleh je masuk..Pertama kali jumpa..ingtakan baik..hhahaha..tapi nampak makanan ada sekor kambing tu laju je..ahhaa..sampai berdiri ke arah kitaorang..memang lapor bebenor tu..


 hahaha..nad dekat belakang ninak.. Kambing ni la aktif sangat..mengejar makanan sampai patung dekat beg nad pun nak dimakannnya..hahaha

 Nak taknak buat muka peacee...





Burung hantu pun ada..


Yang ini kawasan anak anak kecil suka sebab banyak arnab yang gebu gebas ada kat sini. Guinea pig atau lebih dikenali tikus belanda pun ada. Siap boleh bagi makan lagi. Comel sangat. Ngap ngap mereka makan sayur kangkung yang kita hulurkan.








 Memang banyak binatang yang boleh dilihat dekat Farm In The City ni. Dan bestnya setengah haiwan di sini boleh dipegang dan diberi makan.

Dekat sini ade aktiviti menaiki kuda untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm..sebab kuda tu kecik. Nama dia Pony..hehe..harga naik kuda tu RM7.

Tempat ni memnag sesuai untuk keluarga atau mereka yang gemar dengan binatang. Sebab bukan sahaja dapat melihat dari dekat malah boleh pegang lagi..bestt kan..dari dibiarkan mereka duduk dalam sangkar..lagi bagus binatang ni bebas..tapi jaga-jaga untuk anak kecil takut diaorang buat apa-apa dekat binatang tu..hahaha..budak-budak kan excited..hehe..

Senang je nak cari tempat ni, waze je Farm In The City, suree sampa.



Harga Tiket ( Dengan Mykad )
Dewasa ; RM 30
Kanak-kanak : RM 25
Bawah 90cm : Masuk adalah percuma

Harga tiket ( Normal )
Dewasa ; RM 48
Kanak-kanak : RM 38

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu-Ahad-Cuti Umum : 9 Pagi - 10 Petang
 
 Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.
 
hai assalammualaikum
Makan Steamboat Di D'kayangan Buffet Steamboat Shah Alam - Steamboat, steamboat, steamboat...hahaha..sapa tak kenal dengan makanan steamboat ni. Makan dengan harga yang murah dan kau boleh melantak sepuas-puasnya sampaila perut kau pecah..(ok tu tipu, jangan sampai pecah..hehe) makan sampai kenyang sudah. Kau nak amik makanan tu berulang kali pun boleh, takde siapa yang halang. Steamboat ni bestnya kalau ade grill sekali, yela kalau sup je mana best kan. Nak juga yang ade panggang-panggang ni..baru puass..Kalau bab steamboat, nad memang laju je..hehe

Dan tak disangka, nad telah dijemput oleh En Ariff untuk mencuba makan steamboat di D'kayangan Buffet Stemboat di Shah Alam. Ya Allah rezeki nad, dahla masa tu nad memang ada dekat kampung (Meru)..macam tau-tau je nad dekat situ..dan tanpa berfikir,nad pun setuju dengan pelawaan En Ariff tu..Siapa En Ariff tu..haha jap lagi nad kenalkan..

D'kayangan Buffet Steamboat di Shah Alam ni terletak di sebuah bangunan bernama Sri Acapella. Bangunan ni bersebelahan dengan Restoran Tupai-tupai. Kalau tak tau nanti last nad bagi alamat korang wazela..hehee.. Masa ni nad bawak abg dengan family dia, mak ayah tak ikut sebab diaorang kurang gemar makan steamboat-steamboat ni..jadi nad bawak dua orang rakan blogger lagi yang tinggal berdekatan dekat situ. Dah dekat kan..berdetimla kita..ehhee..Pertama kali makan steamboat dekat D'kayangan ni..memang tidak mengecewakan..kenapa??



Sampai je kedai, kak Farah dengan Kak Irra dah sampai..hehe..masa tu nad sampai 8.30 malam. Alhamdulillah masatu kedai tak ramai sangat orang..jadi takdela berasak-asak nak amik makanan, lagi mudah nak amik gambar..huhuhu..Masuk je dalam memang luas, tapi kalau ramai orang mesti sempit sikit. tempat ni ada dua, satu dalam aircond dan satu lagi dekat luar khemah..so korang boleh pilih nak mana satu.


Konsep restoran D'kayangan Buffet Steamboat ialah grill,stim dan BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Kat sini ada dua sup je dia gunakan iaitu sup tomyam dan sup ayam.



Malas bebel panjang-panjang, nad nak tunjuk menu-menu yang ada dekat D'kayangan Steamboat ni. Macam-macam hado. Tempat pertama nad pergi mesti terus ke bahagian makanan laut..hhaha..macam daging, ikan, ketam, udang, ayam, kupang, tiram, dan banyak lagi laaa..huishh nak sebut satu-satu baik tengok gambar je..bagi korang terliur..hahaha..



Ni bahagian bebola..aummm..



Jangan risau, dekat sini pun ade sayur-sayuran..kalau korang taknak makan berat-berat..amik je sayur ni ha..tapi nad amik semua..hahahhaa...satu makanan pun tak lepas..ish, ish,ish...




Ada lagi menu..bahagian mee, dan telur.


Kalau rasa tak cukup makan steamboat korang boleh makan ni ha..lauk pauk yang disediakan di D'kayangan Steambat Shah Alam ni..ade nasi dan lauk pauk..nah balun semuaa..perghh memang rasa perut nak pecah..hhahaha..yang penting puas..


Macam-macam sos ade dekat sini

Special di D'kayangan Steamboat

Nad ni memang penggemar daging kambing. Lagi-lagi kalau yang lembut..dengan kuah yang awesome..Dekat D'kayangan Steamboat merupakan salah satu tempat yang siap dengan kambing golek..perghh..memang marbelous..semua ada..macam dah lengkap je kan..tu bestnya dekat D'kayangan Steamboat ni...
credit pic kak farah
Tengok kambing bergolek-golek dekat pemanggang..sekali makan..perghh..sedappp..





Hah dah agak-gak makan berat..ofkos nak kene ada dessert atau pencuci mulut. Jangan risau dekat D'kayangan Steamboat ada macam-macam dessert. Korang pilihla..Kuih ada, aiskrim ada, buah pun ada.



Specialnya lagi dekat sini..ade abc yoooo...ABC..buat sendiri..kau nak bubuh bebanyak pun boleh..ikut suka kau..hahaa..

Ya Allah..memang lengkap semau dekat sini kan..fuh boleh kenyang bak ular sawa..harga berbaloi dengan apa yang disediakan dekat sini..tak rugii ooo..

Pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik.
Harga Dewasa :  RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja


D'kayangan steamboat ni pernah masuk rancangan Jalan-jalan cari makan gitu..Resoran ini boleh dimuatkan seramai 170 orang di bahagian dalam. Waktu operasi dari 5 pm - 2 am.. 2 pagi kau..Hah dekat atas tu..tu la owner D'Kayangan steamboat. En Ariff namanya..kau tengok dia agak-agak umur berapa..hahaa..muda dari nad okk..perghh, muda-muda dah jadi usahawan berjaya..Terima kasih En Arif jemput nad datang ke D'kayangan Steamboat Shah Alam ni. Korang mesti cuba tau,,


Untuk mengikuti pekembangan kami, anda boleh layari
Facebook:           Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram:          @dkayangansteamboat
Twitter:               @dkygnsteamboat
Hash Tag:             #dkayangansteamboat
Contact:               03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091












10 PENGOMEN YANG BERTUAH..

in , , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum

10 Pengomen Yang Bertuah - Ya Allah rindunya dengan blog ni..dah lama tak menaip macam ni..sekali menaip lepas ni pastia akan ade lagi entry yang akan muncul. Maaf lama menghilang, Seminggu dekat kampung, line dekat sana semput-semput..hanya boleh wahtssup je..tu pun kene cari tempat yang betul..lepas balik sini dengan keadaan badan yang letih..petang ni gigihkan diri untuk menaip..tak mau malas-malas..rindu sama blog ni..heheh..kesian my readers yang datang..takde citer baru..lagi satu lama dah tak blogwalking..takpe..lepas ni kita kasi marathon..hehhe..

Hah muncul-muncul je nak buat surprise dekat prngomen yang selalu datang ke blog nad..terima kasih banyak-banyak walaupun blog nad ni tak seberapa. Ade rezeki lebih nad kongsikan dengan anda semua. Terima kasih yang selalu kunjung blog nad. Blog yang suam-suam kuku ni..Blog yang sekjap ada sekejap takde ni..hehee..terima kasih banyak-banyak sebab selalu support blog nad..

Kepada mereka yang bertuah..meh kita tengok..hadiah berupa voucher daripada Delifrance 5 keping setiap seorang..



Mereka yang tersenarai nanti diharap akan dapat emailkan butiran peribadi (Nama, Alamat, No. Telefon) untuk pengeposandi fanpage facebook nad di https://www.facebook.com/MiszrockersBlogspot . Terima kasih..pless segera yee..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2