BLOGGER PARTY - KFC ZINGER RICE WRAP

in , , by Nadia Johari, 20:48:00
hai assalammualaikum

Blogger Party - KFC Zinger Rice Wrap - Ya ampunn..maaf kalian semua..lama tak mengupdate blog disebabkan masalah kesihatan..lenguh badan..harini ade kekuatan untuk menulis..dan nad akan push-push untuk menulis entry yang ketinggalan..bukan disengajakan ok..ok nad nak cerita haritu nad telah dijemput untuk ke part blogger di KFC Pavillion..ramai blogger yang datang..memang meriah..huhuhu..

Siapa tak suka makan dengan KFC..makan ayam, kentang, wedges dan macam-macam lagi.KFC Malaysia kini menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan. Masa datang ke event ni, KFC telah memperkenalkan menu baru iaiatu KFC Zinger Rice Wrap. jenis macam mana KFC Zinger Rice Wrap tu,..hah!! sabar-sabar..nanati nad tunjuk gambar..

KFC ZINGER RICE WRAP YANG SUNGGUH MENGENYANGKAN DAN ENAK


Hah inilah die KFC Zinger Rice Wrap tu..


Kfc Zinger Rice Wrap ni merupakan sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang menggabungkan nasi, sayuran dan ayam yang dibalut dengan tortilla .see lengkap kan. Makanan ni boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja dan pasti mengenyangkan. Bagi mereka yang sibuk tu..hah KFC Zinger Rice Wrap la menu pilihan mereka..


Ahmad Taufek berkata produk ini mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Protein daripada kepingan zinger, nasi colonel untuk karbohidrat dan sayuran segar.


Harganya memang boleh dimiliki..memang murah iaiatu RM4.90..kalau nak lebih, korang boleh pilih kombo iaitu ade kentang dan minuman beserta KFC Zinger Rice Wrap dengan harga RM 7.80..kann..dahlah murah pastu konfirm kenyang..

CONTEST INSTAGRAM

- Heii you alls..diaorang ade buat pertandingan la..Selaras dengan promosi ini, KFC dengan kerjasama Fly & One FM juga akan melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram.

- Peminat dikehendaki untuk mengepos gambar "riak wajah kecewa" mereka kerana tidak sempat makan tengah hari akibat jadual sibuk mereka dan #hastag gambar dengan kapsyen.

- Pemenang yan terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari ihak KFC dan stesen-stesen radio tersebut.

- Untuk maklumat lanjut boleh layari : www.kfc.com.my


BLOGGER PARTY

Its time for Blogger Party..wihuuuuu...Masa tu bukan dapat makan sahaja then duduk-duduk bagai..ada gak mainan dia..hahaha..macam-macam mainan ada..mehla nad tunjuk gambar ye..hihuu..











hai assalammualaikum

Cosmoder Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle Mampu Kecutkan Jerawat - Orang kita ni, kalau tumbuh jerawat mesti gatai nak pergi picit kan..walaupun dah pesan jangan picit sebab tangan kita ni bakteria, bila picit kang makin tumbuh nanti..dah tumbuh mulalah kau sumpah seranah muka kau yang teruk tu..sedangkan yang buat diri sendiri..kannn..huhu..macam nad memang dari dulu tak penah picit jerawat ni sebab geli weii picit-picit ni..dengan nanah la, dengan darah..nad selalu biarkan jela..dengan basuh muka..nanti kering sendiri..tapi nak tunggu die kering bukan sekejap..lama..

Jadi nad pikir ubat ape yang boleh kecutkan jerawat ni. Pulak tu masa tu iklan berlambak untuk muka berjerawat dan salah satunya ialah OXY. Jenis sapu dekat jerawat..tapi tetap tak berhasil..die tak kering atau kecutkan malah makin bertambah..sedihh mak kau..kite punyalah percaya dekat iklan..tapi jadi kat kita lain pulak..berminyak pulak muka kita lepas tu..sobsobsob..lepas tu stop pakai sapuan-sapuan ni..


Sampai la sekarang, lepas kenal produk Cosmoderm. Nad jumpa Cosmoderm Tea Tree oil anti Blemish Gentle. Hari pertama nad pakai dua kali sehari selepas solat isyak dan nak tidur. Alhamdulillah jerawat cepat kering dan esoknya pakai lagi terus kecut..best kann..Nad lakukan setiap hari..dan memang jerawat hilang sedikit demi sedikit..

• Minyak Tea Tree mengawal kulit dengan anti septik, anti bakteria, anti kulat dan anti ransangan.
• 
Membuka pori-pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan jerawat tumbuh kembali- cara lembut atau cepat.
• 
Penyelesaian yang pantas membuang cela, bintik-bintik putih dan hitam dalam masa 3-4 hari untuk kulit berminyak.


sebenarnya Cosmoderm ni ada 2 jenis Anti Blemish ..satu Gentle dan satu lagi Ekspress..


Jadi kalau nak try dulu boleh la cuba..
Harga untuk Anti Blemish Gentle - RM12.90
Harga untuk Anti Blemish Xpress - RM 18.90
Harga untuk Anti Blemish 30 ml - RM 26.90
 
hai assalammualaikum

Print Kaler Tshirt Printing Murah Di Shah Alam - Sekarang kita boleh lihat di setiap majlis pengantin atau family day, atau majlis jemputan mesti nak berpakaian sedondon menandakan mereka semua itu terlibat dalam majlis berkenaan. Lawa kan kalau semua berpakaian sedondon, sama je..lagi-lagi masa majlis kawin, semua adik beradik, dengan orang yang rewang berpakaian sama je. Bila amik gambar memang menarik. Sekarang memang banyak cetak baju ni tapi nak cari perkhidmatan mencetak baju t-shirt yang berkualiti dengan harga yang murah memang susah nak dapat.


Tapi jangan risau, nad sarankan salah satu Printing baju yang berkualiti dan murah yang mampu buat anda tersenyum dengan kualiti kain bajunya. Meh nad kenalkan printing baju T-shirt Murah di Shah Alam ni iaitu Print Kaler. Print Kaler merupakan syarikat cetak baju di Shah Alam yang  100% bumiputera yang telah berdaftar dengan SSM di bawah nama ABBASY PRO SOLUTION (SA0267485-X) sejak tahun 2011. 




Ni la mereka yang bertukus lumus membina empayar Print Kaler ni. Tengok muda-muda dah membuka bisnes. Memang respek habis..ehhee..bestnya cetak baju di tempat mereka,kalau korang takde idea nak design macam mana untuk baju korang, mereka akan bagi idea dan cadangan yang sesuai untuk T-shirt korang dengan cas yang sangat murah dengan kain yang berkualiti. Hebat sangat diaorang ni.



Untuk memberi kepuasan kepada pelanggan, korang juga boleh melawat showroom mereka untuk melihat sendiri  contoh kain dan design-design yang telah mereka buat untuk pelanggan kami yang terdahulu. Korang boleh tengok jenis kain, kualiti, dan design yang mereka dah lakukan. Jangan risau, kalau korang tak mampu nak pergi ke showroom mereka , korang boleh juga berjumpa di luar, sebab diaorang ni sentiasa ada untuk customer. Siap boleh minum-minum kopi bagai..hehehe..

Murah, Cepat dan Berkualiti




testimoni pelanggan






Antara pelanggan yang penah menempah cetak baju T-shirt, korporat di Print Kaler ialah student UITM, TUDM (tentera udara), Perodua, dan banyak lagi.

Harga adalah sangat bergantung kepada :
  • Kuantiti tempahan – Semakin banyak yang anda tempah, semakin murah harga yang kami boleh tawarkan
  • Jenis baju – Sila berikan kod t-shirt / baju yang ingin anda tempah kerana harga untuk setiap jenis baju adalah berlainan
  • Jumlah warna cetakan / sulaman – Sila emailkan kepada kami design anda serta beritahu kepada kami sama ada anda ingin membuat cetakan atau sulaman pada t-shirt / baju tersebut

Selain cetak baju T-Shirt mereka jugak ada menawarkan perkhidmatan cetak uniform, spotwerar dan Gift..

Lokasi Print Kaler
Abbasy Pro Solution
Tingkat 3 Bangunan PTAR 1 UiTM Shah AlamShah Alam, Selangor.
Lokasi : *Dalam UiTM Shah Alam

Jika anda berminat nak Print baju yang murah dan berkualiti boleh pergi ke call atau layari

Pemilik: Encik Mazlan Bin Mashudi
Hubungi: 013-5942697 whatsapp/sms/call 24 jam
Email : sales@printkaler.com.my | Borang Online ↗
Nombor Telefon Pejabat : 03-55211988 | 0169859231
email : sale@printkaler.com.my


KISAH KACANG DAN PEMANDU TEKSI

in , , by Nadia Johari, 23:03:00
hai assalammualaikum

Kisah Kacang Dan Pemandu Teksi - Siapa tengah bisan tu bolehla baca kisah ni..hahha.. 

Ada sepasang suami isteri tua baru tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah/  teksi mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba2 selepas 10 minit si Isteri bertanya kepada pemandu teksi.        

Makcik : Dik .. O .. Dik, kamu nak makan kacang?      

Pemandu Teksi : Boleh juga Makcik. Sambil dia menghulur tangan ke arah nenek tu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dgn pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulut.        

Pemandu teksi: oii, sedap kacang makcik ni. Fresh ... tak bergaram...Sepuluh minit kemudian makcik tu bertanya lagi.        

Makcik: Dik, kamu nak lagi?        

Pemandu teksi: Buleh juga.. Sambil menghulurkan tangan menadah..lalu dimasukkan ke dalam mulut.        

Pemandu teksi: Makcik dengan Pakcik tak makan kacang ke?        

Makcik: ... Kau tau lah ... Kami ni tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja...kacangnya masih elok !        

Pemandu teksi : 😭😭

Bhahahha..ape korang rasa...sedap die ngunyah kacang tu..

TEMPAHAN LUKISAN KARIKATUR DIGITAL MURAH

in , by Nadia Johari, 14:55:00
hai assalammualaikum

Tempahan lukisan Karikatur Digital Murah - Sekarang semua gambar nak diabadikan..kalau dulu filem kodak lepas tu cuci..sekarang dengan lukisan pulak..lukisan Karikatur Digital..ape tu erk? Karikatur ialah sebuah lukisan yang menunjukkan ciri-ciri lukisan wajah objek hampir sama dengan objek asal. Hah paham kan...nad ade seorang kenalan yang pandai melukis karikatur digital ni. Tengok hasil kerja dia di instagram, pergh memang menarik..sangat hebat dan halus hasil kerja dia.

Meh nad tunjuk hasil kerja dia.





See lawa kan..Gambar personal ada, couple ade..pengantin pun hadoo..Bagi yang berminat nak gmbr mcm ni, boleh buat tempahan dgn kadar segera.Boleh gunakan utk profile pic FB, Instagram, cover FB, header blog dan mcm mcm lagi.


Mesti ramai nak tau berapa harga lukisan karikatur ni kan. Jangan ingat beratus..murah sangat ok..sangat berpatutan..

 Untuk personal harga RM 30

Untuk couple RM50..nak buat lebih pun boleh tapi limit 3 orang satu page.

Dengan sentuhan artistik dan gaya lukisan tersendiri nad yakin alwi dapat memberikan kepuasan kepada anda. Nak tempah boleh pergi ke

Tempahan adalah terhad..cepat tempah..
hai assalammualaikum

Dapat Pegang Haiwan Di Farm In The City Seri Kembangan - Inilah kali pertama nad pergi ke Farm In The City. Sebelum ni nad tak pernah dengar lagi tempat ni, yang nad tau Zoo Negara je..Lepas tu, #kelabbloggerbenashaari dapat jemputan ke Fram In The City. Lepas tu baru nad google. Tak sangka dekat tengah-tengah bandar ada lagi Ladang haiwan ni..dan paling best haiwan-haiwan dalam ni bebas dan boleh dipegang. Tak macam Zoo Negara semua haiwan dikurung..Tapi haiwan dekat Farm In The City bukan semuanya boleh dipegang dan dibebaskan..kalau haiwan liar tu memang dikurungla..hahhaa..

Farm in the City lebih kepada petting zoo yang mementingkan 3 element iaitu animals, plants and nature sebagai tarikan utama. Tempat yang menarik untuk dilawati bersama anak2..Boleh lihat animals dengan lebih dekat, boleh pegang dan beri makan.


Hari sabtu haritu, nad pergi bersama rakan blogger lain. Memang fun habis..hahaa..Farm In the City ni takdelah besar macam Zoo tapi boleh tahan penatnya..tapi akan hilang rasa penat lepas berjumpa dengan haiwan-haiwan dalam ni.. Masa tu jugak budak-budak tadika sekali buat rombongan sekolah agaknya..haha..

Masing-masing dah teruja..masuk timee..


 Yang ni kura-kura kecik..bolehla pegang..yang besar gedabak..tak mampu nak angkat..ahha


Besar betul Kura-kura ni..macam mana tak besarnya..dah hari-hari di bagi makan..hahha..Cepat betul die kunyah makanan tu..macam lapar sangat. Lepas je tengok kura-kura terus pergi masuk dekat kawasan burung..






 Dekat sini macam-macam spesis burung ada. Korang tengok gambar dalam satu sangkar ni macam-macam burung ada..hehee..yang bestnya korang boleh makan burung-burung ni tau


Tengok..mintak je makanan dekat tukang jaga dalam sangkar tu..nanti diaorang bagi..then ko tadah je tangan datangla burung-burung tu..ada tu korang kene datang dekat denagn binatang tu..hehehe..best je..biasalah mula-mula datang rasa takut-takut..geli pun ada bila diaorang makan dekat tangan..hahaa.


Nampak pulak iguana ni..Ramai suka bela iguana sebab manja kan..tapi nad..err..hahaha..seram sejuk pulak nak memegangnya.tapi dipaksa oleh Ena..haha.pegang jugakla..


 Tengokla muka yang takut-takut tu..hahahha..tapi dapat pegang jugak..huhuhu..dalam pikiran takut jugak die gigit ke ape..ahhaha


 Ada jugak kawasan kambing dan rusa..dibarkan..korang boleh je masuk..Pertama kali jumpa..ingtakan baik..hhahaha..tapi nampak makanan ada sekor kambing tu laju je..ahhaa..sampai berdiri ke arah kitaorang..memang lapor bebenor tu..


 hahaha..nad dekat belakang ninak.. Kambing ni la aktif sangat..mengejar makanan sampai patung dekat beg nad pun nak dimakannnya..hahaha

 Nak taknak buat muka peacee...





Burung hantu pun ada..


Yang ini kawasan anak anak kecil suka sebab banyak arnab yang gebu gebas ada kat sini. Guinea pig atau lebih dikenali tikus belanda pun ada. Siap boleh bagi makan lagi. Comel sangat. Ngap ngap mereka makan sayur kangkung yang kita hulurkan.








 Memang banyak binatang yang boleh dilihat dekat Farm In The City ni. Dan bestnya setengah haiwan di sini boleh dipegang dan diberi makan.

Dekat sini ade aktiviti menaiki kuda untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm..sebab kuda tu kecik. Nama dia Pony..hehe..harga naik kuda tu RM7.

Tempat ni memnag sesuai untuk keluarga atau mereka yang gemar dengan binatang. Sebab bukan sahaja dapat melihat dari dekat malah boleh pegang lagi..bestt kan..dari dibiarkan mereka duduk dalam sangkar..lagi bagus binatang ni bebas..tapi jaga-jaga untuk anak kecil takut diaorang buat apa-apa dekat binatang tu..hahaha..budak-budak kan excited..hehe..

Senang je nak cari tempat ni, waze je Farm In The City, suree sampa.



Harga Tiket ( Dengan Mykad )
Dewasa ; RM 30
Kanak-kanak : RM 25
Bawah 90cm : Masuk adalah percuma

Harga tiket ( Normal )
Dewasa ; RM 48
Kanak-kanak : RM 38

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu-Ahad-Cuti Umum : 9 Pagi - 10 Petang
 
 Alamat :
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.
 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2