hai assalammulaikum

Lebih Elegant Dan Bergaya Dengan Koleksi Alfio Raldo - Kalau bab beg, kasut, dompet, semestinya nad sebagai perempuan akan celik mata sebesar-besarnya..haha..pasaipa sebab semua ni memang menjadi kegemaran seorang wanita dan perempuan. Tapi style nad selalu beli beg yang murah-murah je..yela dulu bagi kita beg biar murah dan tak berapa nak brand..sebab nad memang tak reti tengok beg berjenama ni..mata nad asal nampak cantik hah amik..pastu tengok-tengok tak tahan..koyak sana sini..

Tapi sejak kawin dengan mr mafia..dia la yang ajar beli barang brand-brand ni..tapi duit-duit diala..haaha..dia cakap beli mahal takpa janji tahan lama..ya betul..beg hantaran sampai la ni tahan lama..hahhaa..almaklumla nad tak dibesarkan dalam golongan orang yang membeli barang berjenama ni..hehe..tapi sejak tengok barangan Alfio Raldo ni..perghhh...memberontak nak...hahaa

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
Alfio raldo telah menjadi semakin menawan hati peminat fesyen sejak hari pertama lagi jenama ini telah dilancarkan. Koleksi gabungan yang bergaya, elegan dan sesuai digunakan untuk semua majlis  dengan gabungan warna-warna mewah dan klasik.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
 Alfio Raldo mempunyai pelbagai jenis, bukan sahaja beg malah kasut, jam dan cermin mata. Semua ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Kualiti produk Alfio raldo tidak dapat dinafikan kerana ia  dijahit dengan sempurna dan dihasilkan daripada daripada kulit berkualiti tinggi.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
"Stylist and suitable to wear for all daily activity and must all be impressed with the luxurious and charming style your later"Jordan Ling (Pengarah Urusan Jenama Alfio Raldo)

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
 Weiii rambang mata takk..rambangg weiii..lagi-lagi beg biru tak..arghhh...Kini, Alfio Raldo boleh didapati di Parkson Grand, Isetan dan Metrojaya. Malah, boleh juga didapati secara online di ZALORA. Shopingg yokkk..
hai assalammualaikum

Sambal Nasi Lemak Antarabangsa Memang Superb - Sebut je nasi lemak..pasti semua orang pernah rasa kan..nasi lemak menjadi kegemaran semua orang..yang penting sambal dia..haaa..kaannn..sambal la paling penting, sebab sambal yang sedap mampu menarik ramai pelanggan. Nad memang suka giler makan nasi lemak..kalau dekat Meru memang berlambak la orang jual, mudah nak didapati..tapi dekat KL..pergh susahnyaa..nak cari yang sedap pun tak tau kat mana..Mr mfia pun tak tau..ape ntah yang dia tau..hahaa..

Sampaila nad pergi ke Nasi Lemak Antarabangsa dekat kampung Baru. Sebenarnya ni pertama kali nad pergi..mr mafia tak pernah bawak nad pergi sini..ni nangis ni..nasib ade geng-geng blogger nak review makan nasi lemak dekat sini..dapatla jejak kaki dekat kampung baru ni..memang tak sia-sia pergi..Siapa selalu pergi kampung baru ni senang je nak cari Nasi Lemak Antarabangsa ni, masuk je pintu gerbang..leps tu pandang belah kiri..nampak perkataan Nasi Lemak Antarabangsa..



Nad datang awal, masih tak ramai lagi orang..tapi dalam pukul 8.45 malam gitu dah ramai orang beratur..Kat sini macam-macam ada, sambal kerang, ayam, sambal biasa, rendang..uishh tak terkata laa..korang kene beratur untuk pilih menu sendiri..lepas tu bayar..jangan risau pekerja dekat sini memang dah expert..cepat je diaorang bekerja..jadi takdela korang beratur lama kan..kalau lama tu sebab korang pilih menu lama sangat..hahhhaa..


Malam tu nad makan nasi lemak dengan sambal biasa dan sambal kerang...bestnya telur dia sebiji bulat..hahha..dan bestnya nad ni jenis suka ikan bilis rangup..selalunya diaorang masukkan sekali dalam sambal..tapi yang ni diaorang ade bubuh ikan bilis yang rangup..tu sedapnya nasi lemak dekat sini..sambal dia manis dan tak berapa pedas..memang tak sia-sia la datang..


Ni la pulak menu mr mafia


Harga Nasi lemak Antarabangsa memang murah..tak lebih dari RM6...kann..dahla kenyang harag pun berbaloii..



selain daripada nasi lemak, ada lagi menu lain dekat Nasi Lemak Antarabangsa ni, seperti soto, kuih koci, nasi impit, bihun..dan lain-lain..ape tunggu lagi try ler Nasi Lemak antarabangsa ni
alamat : No 4 Jalan Raja Muda Kampung Baru


Paling bestnya, ade air special yang dijual dekat Nasi Lemak Antarabangsa ni..Ni dia Air Kelapa VIP kau...hhaha..sebab ape dia VIP..sebab ade aiskrim, coklat..then air buah..fuhh..lepas pekena nasi lemak, minum pulak air VIP ni..memang tak terkata..air VIP ni..sebenarnya bukan air kelapa je..tapi ade macam-macam buah..dia akan cakap korang nak buah ape..so pilihlaa..

FacebookKelapa Frutti 

Memang tak rugi kalau datang...

PENANGAN GST

by Nadia Johari, 09:47:00
hai assalammualaikum

Penangan GST -  Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula semalam, sampai sekarang pasal GST takkan berhenti..kenapa..??.. telah banyak reaksi negatif mengenainya telah diluahkan menerusi laman-laman sosial. Masing-masing tunjuk resit..katanya GST mengurangkan beban rakyat..tapi di mana yang kurangkan beban tu..ermmm..Penggunaan GST ni dah lama digunakan sebenarnya, tapi ada pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhdap pelaksanaan GST yang dilaksanankan ni..

Dengan adanya GST..harga semakin naik..bukan menurun..perbelanjaan semakin meningkat..syarikat yang tidak berdaftar dan tak sepatutnya ada GST,dia bubuh jugak GST..ape kes..semalam mr mafia, pergi kedai mamak, air pun dah naik disebabkan GST..ape ke pelik kedai mamak pun ade GST...ermmm...semalam nad beli topup pun ade kene tambah sen disebabkan GST..haishh..macam mana la pengguna tak bising...kehidupan semakin lama semakin meningkat..macam mana nak hidup macam ni oiiii...




Ni sepatutnya yang perlu ade GST...lepas ni resit kene tengoklaa...ermmm..



hai assalammualaikum


Menghilangkan Dahaga dengan Cendol Wahab di Sri Rampai - Dahla waktu sekarang musim panas..pasang kipas pun tak berhasil..mandi pun sekejap jela sejuknya..lepas tu panas balik..tengah dok layan facebook, tetiba nampak pulak kawan post gambar cendol..alahai sedapnya..tekak ni dah menelan air liur berapa kali entah..panas-panas ni layan cendol ka, abc ka..memang ummphhh..lepas tu mintak mr mafia tengok ade tak cendol tepi jalan dekat-dekat rumah ni..jawapan menyedihkan "hari jumaat takde kot"..ermm..

Lepas tu tak puas hati lagi..tanya mereka dalam group whatssup..dekat mana ada cendol sedap..dan mereka rekemen Cendol Wahab. Inila pertama kali nad dengar pasal cendol tu..kihkihkih..malam tu nad tak puas hati, nak sangat minum cendol..nad terus google tengok waktu operasi dia..yeahh Cendol Wahab buka sampai malam ok..huhuhu..malam tu jugak ajak mr mafia pergi.


Untungla dekat tempatnya.. sampai-sampai je terus pergi ke kaunter, pilih menu dan order..Nad pilih cendol jagung, mr mafia pula pilih cendol+pulut+aiskrim..wuhuu..Selain cendol, Restoran Wahab turut mempelbagaikan jenis makanan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Sambil menghirup cendol yang lemak manis itu, pelanggan juga boleh merasai makanan seperti rojak, mi goreng mamak, mi rebus, nasi goreng dan nasi ayam.tapi malam tu tekak ni nak makan cendol je..huhuhu..dah order..then bayar..


Pastu tunggula sampai siap..then dia bunyikan lonceng.."ting-ting"..then kene amik sendiri..hahaa..



Yeah ni la dia cendol yang ditunggu..marbelous-marbelous..


Rojak yang aummmm...

Nak cuba..boleh pergi ke 

Wahab Cendol Old Branch :
No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Medan Niaga Rampai, Wilayah Persekutuan, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Wahab Cendol new Branch :
 No 13, Jalan Rampai Maju Sri Rampai 53300 Kuala Lumpur.


DIA SEMAKIN MEMBESAR

in , by Nadia Johari, 14:20:00
hai assalammualaikum

Dia semakin Membesar - semakin hari semakin dewasa dia..dah lama dia dimanjakan..tapi akan terus dimanjakan..hehe..satunya-satunya yang mr mafia ada sebagai kawan..dari kecik sampaila ke besar..sampai dah boleh main ehem-ehem dia duduk dalam rumah..disebabkan bulu dia yang gebus dengan warna yang cantik..takut diamik orang..sebab tu duduk dalam rumah je tak dibenarkan keluar...sampailah suatu masa dia dah tunjukkan kejantanan, kencing merata dalam rumah..masa tu la dia dah kene bebas..


Dan disebabkan itulah dia harus belajar jadi jantan sebenar..hahhaa..2 minggu lepas, dengan berat hati, tengah malam dalam pukul 12 malam, terpaksa ajar dia keluar rumah..hati ni risau sebab takut dia main tepi jalan raya besar, merayau jauh ke sampai tak reti balik rumah..malam tu tengok je gelagat dia..sampaila tetiba dia boleh balik sendiri..alhamdulillah..


Setiap tengah malam akan lepaskan dia..sebab tengah malam kurang kenderaan..bagusnya si putih ni, bila dengan orang luar dia akan lari..hahaha..okla..dia takut dengan orang..jadi takkan siapa berani pegang dia dekat luar..Si Putih nak menunjukkan kejantanannya..setiap malam akan gaduh dengan si belang..hahhaa...that,s my boy..


Bila siang dia kana duduk dalam rumah dan tidur sebab kepenatan..Dan nad pulak dengan senang hati dah boleh buka tingkap dan pintu..takdela bau-bau hancing, bau-bau kucing dalam rumah ni..Bila dia balik akan terlbih manja dengan tuannya..hahaha..sampai tuannya pun buat ape dia redha..hahaa..

Dia pun bakal jadi bapak..Mona dah Mengandung sekarang..hehe..see jantan kann..
hai assalammualaikum

Jom Bersteamboat Di Maharaja steamboat Selayang - Makan..makan dan makann..oo yeahhh..tak sudah-sudah dengan steamboat..hahaa..apa nak buat..dahla murah tapi makan boleh berlebih-lebih..ni la sebabnya steamboat menjadi kegemaran. Mak pun tak kuatt bila dengar steamboat..pasti nak serbu..hahahhha..


Pagi tu nad dengan mr mafia bergerak pagi..Tak susah nak cari Maharaja Steamboat ni..die dekat dengan stadium Selayang..(tak susah sebab ade mr mafia..ce kalau nad pergi sorang..haha..waze kan hadooo..ahhaa)...ok pelik kan makan steamboat waktu pagi selalu malam..hahha..korang jangan terkejut..dekat Maharaja Steamboat ni macam-macam hadoo..dekat Maharaja steamboat korang takyah tunggu malam nak makan steamboat..dekat sini siang pun dah boleh makan..sampaila ke malam..


Sampai-sampai je semua rakan-rakan blogger dah sampai dan ade siap dah makan..haha..kalau korang nak tau dekat Maharaja Steamboat ni disediakan menu sarapan pagi, tengahari dan makan malam..see kan dah cakap semuaa hadoo..


Tapi setiap waktu berlainan steamboatnya..cuba tengok gambar di atas..hehee..Pagi dan Tengahari dikatakan tiada sayur dan lauk..maknanya ahnya bebola sahaja..jangan risau, kalau tak cukup bebola ade makanan lain yang disediakan..


Ok ni steamboat untuk makan malam..Untuk malam disediakan sayur mayur dan seafood..sebab tu harga dia lain sikit..Tapi still murah ok..dalam RM 23.90 je tauu..









Dekat sini ade dua jenis..Grill dan tak de grill..



Dua menu yang memang super iaitu Sup dan Roti Bakar..dua-dua menu memang marbelous yoo..Meh tunjuk Roti bakar dulu..alahaii..dahla lembut..bila masuk mulut..fuh..terbaikkk



Kedua pulak sup..sruupp sruuupp bila hirup..memang marbelous..kuah yang pekat dan rasa dia memang terbaikk.. 





Menu lain yang terdapat di Maharaja steamboat..makanan berlauk, lempeng, nasi lemak dan makanan bergoreng.

 Makanan berlauk untuk menu tengahari

 Lempeng waktu sarapan pagi

 Nasi Lemak sarapan pagi

 Makanan bergoreng siang dan malam

Gelagat rakan blogger..




Info harga steamboat

Kanak-kanak 7-12 tahun : RM12
Dewasa : RM23.90

Set couple 2 orang ; RM22
Untuk special set 2 orang (ada seafood) : RM27

Set Couple 4 orang: RM37
Special 4 orang (ade seafood) : RM47

Set Big group 10 orang ; RM72
special: RM 92

Alamat
Lagenda Maharaja Steamboat
lot 6 jalan 2/10, Dataran Templer,
bandar Baru selayang,
68100 Batu Caves, selangor

WAKTU OPERASI : 8 Pagi - 2 Pagi


semua makanan memang tiptop dan marbelous..cuma penambahan kuah sahaja..diharap menyediakan kuah yang lebih sedap..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2