hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Di Hotel Dorsett Grand Subang - Ramadhan kali ni pasti meriah dengan ahli keluarga. Tapi mesti ada sesetengah mereka terfikir dekat mana nak berbuka puasa nanti. Hah!!! meh nad nak cadangkan satu tempat yang menarik untuk korang berbuka puasa. Menu yang disediakan juga sangatla menetapi selera kita ni ha. Jom berbuka di Hotel Dorsett Grand Subang. 

Tempat yang menarik dengan layanan yang istimewa bagi para pelanggan. Di Bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti, Hotel Dorsett Grand Subang akan menyediakan dua menu pilihan untuk pelanggan mereka berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara menunya ialah
• 'Selera Bonda' di Melati - menawarkan bufet hidangan Malaysia
• 'Iftar' @ Terazza - menawarkan bufet dengan campuran masakan antarabangsa dan tempatan


‘IFTAR’ @ Terazza Brasserie 
Dengan tema malam Terazza Brasserie ini, Iftar menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa daripada pembuka selera, sup dan hidangan utama untuk pencuci mulut.






Terdapat pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Briyani Gam Ayam, Kambing Panggang, Sate Ayam dan Daging, Murtabak Ayam dan pelbagai lagi.. kau tengok pun selera kan..apatah lagi kalau depan mata..confirm-confirm semua ko akan bedal..hahaa..tapi bulan puasa nanti jangan terlalu tamak..kihkihkih..





Bab ni takkan lupa iaitu bahagian pencuci mulut. Penting selepas makan, nak makan benda-benda ringan takpun sebelum makan-makanan berat nak cari kuih muih dulu. Dekat sini  tetamu boleh menikmati
pencuci mulut seperti puding Terazza yang terkenal roti, Penget keledek,  jeli buah-buahan dan kuih-muih



Salah satu yang membuatkan korang pasti akan tertarik untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Grand subang ni ialah Sup Gear Box mereka..perghh..hirupp jangan tak hirupp..Sup Gear box merupakan menu istimewa bulan Ramadhan tahun ni di hotel ni. Dengan rasa yang cukup, sedikit pedas, barulah terangkat..Daging dia memang lembut..Sup Gear Box ni mengambil masa untuk didihkan bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk dan enak dan sumsum bergelatin yang banyak untuk dinikmati.

'Majlis berbuka puasa dan' @ Terazza Brasserie adalah tempat yang sesuai untuk makan di bulan Ramadhan bagi mereka yang ingin menikmati dan  meluangkan masa berkualiti dengan orang yang tersayang.
Dengar harga RM150 nett seorang pengunjung 

‘Selera Bonda’ at Melati 
Ini pula hidangan melayu. Kot0kot ada yang tak mampu masuk makanan antarabangsa, jangan risau, ada juga menu melayu untuk para tetamu. Antara menunya ;






Pada akhir malam beberapa pengunjung bertuah mungkin membawa pulang hadiah dari cabutan bertuah. Mungkin perjalanan ke Phuket?Pada RM140.00 nett seorang.

Pengunjung  boleh menikmati buffet ini pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan boleh hubungi +6 03 5031 6060 Ext. 1912. Hah berita baik, siapa yang tempah awal akan mendapat diskaun 25% daripada harga biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi kami, sila e-mel kepada info.subang@dorsetthotels.com atau hubungi +6 03 5031 6060.





Malam itu,tetamu akan dipersembahkan dengan beberapa orang artis, antaranya Jaafar Onn, Maya, Rohana Jalil, Ayu dan ramai lagi. hah sambail makan sambil tengok artis nyanyi..best tak..

  
Jangan lupa masukkan Hotel Dorset Subang sebagai tempat menu berbuka korang.


                                               untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
03-50316060 ext 1912
emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang



RANCANGAN HIDAYAHMU RAMADHAN

in , by Nadia Johari, 20:07:00
hai assalammualaikum

Rancangan Hidayahmu Ramadhan di TV3 - Lagi beberapa minggu lagi nak puasa. Masa ni la persiapan puasa perlu dilakukan. Bukan tu je, nad pun dapat banyak jemputan buffet ramadhan sempenan bulan puasa yang akan tiba ni. Rancangan televisyen jugak tak terlepas daripada menyiarkan tancangan televisyen..lagi-lagi TV3. Rancangan macam ni la yang ditunggu..pasal puasa, pastu raya..hehehe...semalam baru disiarkan rancangan sempena bulan Ramadhan iaitu Hidayahmu Ramadhan.



Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.


Hidayahmu Ramadan dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya dan Aeril Zafrel sebagai bintang utama dan turut dibantu oleh Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson



Drama bersiri 17 episod ini merupakan sebuah lagi karya penulis skrip berbakat, Azlina Pa'wan dan diarahkan oleh Eoon Shuhaimi. Hidayahmu Ramadan bakal bersiaran bermula 4 Jun, setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di Tv3.

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK BONGSU

in , by Nadia Johari, 15:06:00
hai assalammualaikum

Selamat Pengantin Baru Adik Bongsu - Baru sekarang nak update pasal adik kawin, takpela dia masih lagi pengantin baru..hahaha. Adik kawin 9 hb Mei 2015 tapi nad dah ade dekat kampung bulan 4 lagi..haha..sebabnya akhir bulan 4 tu nad dah start demam, dengan alahan lagi..masa tu mr mafia pun tak boleh buat apa, yela dia kene kerja nak cari duit, takkan nak teman kita 24 jam, jadi disyorkan untuk pulang ke kampung..jadi nad pikir baik nad stay sampai adik kawin..syoknyaa duduk kampung.

Dekat kampung memang best, udara yang segar, makanan semua disediakan..hahaa..masakan mak memang menambah selera nad..hehe..yela masa tu kemalasan masih ada..biasalah 1st trimister..paham-paham jele..mak pun manjakan anaknya..ni sayang makk ketat-ketat ni. mak masak ape pun masuk. Selama 3 minggu dekat kampung, pulih sedidikit demi sedikit sampailah adik kawin dah ok. Yela kat kampung ada anak buah boleh borak-borak..tu ok tu..



Dah nad dekat kampung, apa lagi tak boleh lari nak isi goodies untuk tetamu. Ingatkan boleh lari tapi tak boleh daa..haha..kene la tolong gigihkan diri isi goodies ni..sampaila anak buah kene tolong..kihkihkih..


Sampaila masanya..Nila adik bongsu..paling last sekali..semua dah kawin dah..tinggal cucu pulak nak kawin..hahaa..adik aku ni lain sikit dari kami semua. Kalau dulu kecik-kecik dia macam cina. Dah besar dia la paling cun..yeke..eh aku lagi cun..hahahhaa..pastu dia lapaling tinggi dan paling besar..hahahaha..


Dengan sekali lafaz, selamat dah adikku jadi isteri orang. Jadi isteri yang baik naa...pasni masak, kemas rumah naaa..hehehee..



Hari persandingan, tema kami kain songket sarawak. Kakak nad yang beli online..tak tau la dia beli berapa..kami bayor jele..kalau mahal, kami protes..hahaa..tapi nasib lawa.


Muka kami sama tak..ni la mak, kakak, kakak dan nad..hehee..mata bulat-bulat kann..


Ni la ayah nad..sekarang suka nor amik gambar..dok tau la kenapa..ke sebab dapat menantu photographer..hari-hari gambar dia disnap je..tu sebab suka bergambar sekarang..hahaa.



Puas bergambar tunggu pengantin, akhirnya pengantin pun berarak. Tema kuning-kuning gold gitu. Raja sehari kan..


Tempat nad kalau takde pertunjukan silat memang tak best..jadi sebelum duduk bersanding dekat pelamin pengantin akan dipersembahkan dengan silat..tak taula nama silat ni apa..hentam je sebut silat helang..hahaha..

Inilah keluarga nad..selesai dah semua..mak cakap " diah (nama panggilan dekat rumah)..dah habis dah ..semua dah kawin..mak nak pergi bercuti la..dekat Paris"..ambii makk..paris terus..hahaha..we are happy family...

MAKE UP ARTIST..PHOTOSHOOT PRODUCT

in , , by Nadia Johari, 23:36:00
hai assalammualaikum

Make up Artist : Photoshoot Product - Bila dengar je make up artist mesti korang suka kan..hehe..yela best bila di makeup-makeup ni. Lagi-lagi yang tak pernah di pakai make up..masa ni la nak nampak cantik, nak nampak lain muka tu..hehe.. Hah ada sesiapa nak menggunakan khidmat make up artis untuk pergi dinner, bertunang, atau kawin..atau sebagainya..meh nad nak bagitau seorang makeup artist ni yang memang best. 


Make up artist ni nad jumpa masa photoshoot #kelabbloggerbenashaari. Tapi masa photoshoot KBBA tu nad tak dimakeup dengan dia..dia makeup orang lain..tai untuk photoshoot produk ni nad di makeup dia. Kalau sebelum nad tengok dia mekup kan orang lain lawa, sekarang nad nak ditransform jugak menjadi lawa..hehee..seperti baby doll gitu..hahaa...perasann..Alahai dah la lawa orangnya, comel..hehe..hasil sentuhan dia memang ajaib..cing je terus jadi lawa..gituu..hasil makeup dari kak yannie..

Kalau kita makeup sendiri memang lain..kita dah biasa makeup simple..tak tebal..tak de cuak-cuak..tapi kalau orang lain makeup kan..mesti rasa seram sejuk je..haha..apa la jadi kat kita..cantik ke idak..tapi kak yannie makeup lembut je..takde sampai seksa orang..haaha..hasilnya ofkos cantik..


Hah tengokla..tadaaa..dah siap..hasil sebelum dan selepas..cantik takk..mata nad semakin membesar..hahahha..dah besar lagi besar..hehehe..suka, suka, suka..


Ni la kak yannie..kalau nak makeup artis boleh contact die
Contact : 019-9007076 
Email: yanneskay@yahoo.com #yanneskaysmakeup 



Hah ni la photoshoot product yang nad buat..photoshoot ape..tunggu dia keluar baru nad bagitau..kihkihkih..


Alhamdulillah rezeki, bukan senang photoshoot product ni..nak dengn produk, nak posing..hahaa..tapi kita buat sebaik mungkin. 


Big Boss yang sentiasa menemani..thank you sayang..alololo.. terpaksa ditutup sebab dia tak suka muka dipaparkan..yekeee..hahaha
hai assalammualaikum

Brim Kemasukan Kedua Dah Masuk  - sebelum ni memang dah dibagitau yang BRIM masuk secara berperingkat. Yang berkeluarga akan dapat berperingkat,manakala yang bujang dapat sekali je. Nad ni kategori yang dah berkeluarga la..hehee..BRIM yang pertama masuk haritu January haritu, entry ada dekat SINI. Manakala kemasukan yang kedua masuk bulan Mei ni. dan cek dalam maybank aritu dah masuk..alhamdulillah..


Pemohon yang layak akan menerima Bayaran BR1M 2015 tiga (3) kali setahun. Bayaran kali pertama akan dibuat pada Januari. Bayaran kali kedua pada bulan Mei dan bayaran kali ketiga pada bulan September.

Bayaran BR1M 2015

Bayaran RM950.00 berkeluarga kepada pemohon berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  1. Januari RM300
  2. Mei RM300
  3. September RM350
Bayaran RM750.00 berkeluarga kepada pemohon berpendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 – RM4,000.
  1. Januari RM200
  2. Mei RM200
  3. September RM350
Duit yang dapat nad akan simpan. Lagi-lagi untuk baby sekarang. Semuanya untuk baby la sekarang ni..hahaa..mummy daddy dah tak boleh boros..hahaa..
hai assalammualaikum

Monster Crazy Crunchy (MCC) Pencuci Mulut selepas Makan - Selepas makan, nad mesti nak kunyah something yang simple. Biasalah orang kuat makan ni memang macam ni. Selalunya akan cari makanan ringan sambil tengok tv. Memang heaven masa tu..hahahaa..pencuci mulut ni memang paling sedap, sebab dia disaluti coklat. Bukan sekadar coklat tapi ade sejenis beras yang berwarna warni (versi rainbow)..siapa tak suka benda warna warni kan. Kalau sebut coklat je mesti disukai semua orang, tak kira budak, remaja, dewasa atau orang tua. Lagipun coklat dia tak terlalu manis dan tidak memuakkan. . 


Pilihan nad untuk ialah Monster Crazy Crunchy versi Rainbow. Tengok gambar tu, dari luar dah nampak coklat dan beras warna warni tu..memang menarik hati ni nak memakannya. Mungkin ada sesetengah orang tak pernah dengar lagi nama Monster Crazy Crunchy ni. Meh nad nak habaq, Monster Crazy Crunchy ni sejenis makanan ok. Makanan di dalam botol yang diletakkan beras warna warni dan coklat. Cara makan senang je, buka tutup, gaul coklat dengan beras dan makan..hahah..senang kan..Sepatutnya MCC ni nad dapat tiga botol, tapi disebabkan anak buah dah nampak, diaorang amik dulu..ahhaa..see!!..




Coklat macam ni nak tahan lama mesti la dimasukkan dalam peti ais. Tapi bila keluarkan mesti keras kan. Jadi jangan risau, mudah je nak cairkan coklat dia.
1) Isi air panas dalam sebuah mangkuk
2) Rendamkan Monster Crazy Crunchy Versi Rainbow ni secara Terbalik
3) Biarkan 1 minit
4) Dah 1 minit, angkat perlahan, buka penutupdan dah cair..
5) Makan la apa lagi..hehehe..


Makan Monster Crazy Crunchy ni korang nak makan time bila-bila pun boleh. Masa buat asigment, masa tengah buat kerja, makan tengahari (sebab dia mengenyangkan), makan masa tonton tv, masa jem, masa bila-bila la..Macam nad makan masa tengok tv. Sambil tonton cerita, sambil makan sampailah tak sedar dah habis..hahaa..nampak tak. Coklatnya manis tapi tak muak. Time makan bunyi krup krap krup krap sebab beras dia yang rangup tu..aummm..


hah terliur tak...anyomnyom..tengok orang makan pun mesti dah terliu..hhahaa..apa lagi order la..beli untuk orang tersayang..harga sebotol RM 7..nak beli untuk sendiri pun boleh..Info lanjut boleh pergi sini..

Hotline : 013 889 0044 ( whatsapp )
Website : www.crazycrunchy.com
Instagram : instagram.com/crazycrunchyofficial

REVIEW FILEM: SPY

by Nadia Johari, 14:18:00
hai assalammualaikum

Review Filem : SPY - Lepas je pelancaran PERFECTO POPCORN,kitaorang dipertontonkan dengan filem SPY. Akhirnya dapat jugak tengok wayang..dah lama tak layan wayang ni. Dah lama tak amik tau pasal movie-movie dekat wayang ni. Jadi apa yang dibagi layankan je. Nasib baikla cerita SPY ni best..kalau tak tidur nad dalam wayang tu kang..hahaha..Sebenarnya tak tau pun ape filem SPY ni. Filem serius ke, lawak ke, aksi ke, lepas je tengok..ok cerita SPY ni genre aksi lawak...hahaha..


Spy [Review]

Filem Spy mengisahkan Susan Cooper yang merupakan seorang agen CIA yang bertugas id pejabat sebagai pembantu kepada agen lapangan Bradley Fine. Beliau yang tidak pernah bekerja dilapangan mendapat peluang tersebut apabila agen Fine telah dibunuh oleh penjual senjata di pasaran gelap, Raina Boyanov dan kebanyakan nama agen CIA di lapangan telah didedahkan.

Kini beliau ditugaskan untuk mengintip dan mendapatkan maklumat mengenai senjata nuklear yang telah dicuri sebelum ia jatuh ke tangan pengganas. Dapatkah beliau menghalang penjualan senjata nuklear itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Apa aku rasa?

Aku gelak tak berhenti dari mula sampaila habis cerita. Serius bebeh, mula-mula je dah lawak..macam mana orang lain tak teruja nak tengok. Setiap lawak jenaka dirancang dengan baik dan mamang kelihatan bersahaja. Malah ini merupakan filem yang paling lucu dan menghiburkan pernah nad tonton dalam satu jangkamasa yang agak lama.

Tapi nak tengok cerita ni kene hati-hati, bahaya bawak budak-budak sebab bahasa dia tak sopan..ada yang lucah, dan tak sepatutnya didengar.hehhee..



Tapi semuanya ok dan memang lawak habis..tak rugi korang tengok..cepat-cepat pergi tengok..
hai assalammualaikum

Perfecto Popcorn : Disaluti Kesempurnaan Pelbagai Perisa - Dari kecik sampaila ke besar popcorn menjadi satu snek kegemaran, tak kira la dekat rumah, dekat luar atau semasa menonton tv. Kadang sampai berebut dengan adik beradik lain. Kalau sebelum ni popcorn hanya ada satu eprisa je, tu pun nad tak tau perisa asal dia..main makan je..haha..rasa sebelum ni popcorn rasa madu sebab ada rasa manis-manis gitu..popcorn kalau tak manis tak sedap okk..sekarang popcorn dah ada pelbagai perisa..huishh..pilih mana korang suka.


Popcorn merupakan snek klasik yang digemari oleh semua orang tak kira tua ke muda, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem yang secara langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak. 


 PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.


Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi  canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.





Pada hari tu juga, ramai artis yang turut hadir. Dapatla bergambar dengan mereka.


Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya. Masa ni tetiba je ade perempuan menjerit..hahaha..nak tau korang layan video tu..

Majlis ni bukan sahaja untuk pelancaran PERFECTO POPCORN, tapi ada tayangan movie. Dah lama nad tak tengok movie, masa ni la layan. Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”.  Tak rugi weii layan cerita SPY ni..memang best dan kelakar..nanti nad review filem SPY ni..Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.


Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa  yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.
 
PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g).

Untuk keterangan lanjut, layari  Facebook rasmi PERFECTÒ di 
www.facebook.com/PerfectSnacks.









hai assalammualaikum


Timbul Garisan Gelap Di Perut ( Linea Nigra) - Nad buat entry ni disebabkan mr mafia..sebab apa..sebab nak bagi dia info apa yang berbulu dekat perut ni..ahhaa..ada dia boleh cakap "sayang kenapa perut sayang ada bulu..garis panjang pulak tu..nampak sangat ni"..ok nampak sangat dia memang jarang baca bab-bab ibu mengandung ni..dia baca berkenaan kamera je..takpe-takpe..meh kita bagi dia informasi pasal bulu tegak ni..ahhaha..

Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Linea nigra (garis hitam) adalah garis vertikal berwarna gelap yang terlihat di perut ibu selama kehamilan. Garis ini dapat membentang mulai dari ujung bawah tulang dada (prosessus xyphoideus) hingga tulang kemaluan (pubis). Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. 

Apa yang menyebabkan garisan ini terjadi ?

Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda. semakin hari baby semakin besar..perut pun semakin menegang..memang segala urat-urat, bulu yang tersembunyi boleh nampak..hahhaa..tak pelik laa..

semakin gelap kulit seseorang tu, maka semakin teranglah garisan hitam ni sebab banyak pigmen melanin. Makin gelap kulit kita, maka ia menunjukkan semakin banyak melanin dalam badan.


Adakah garisan ini boleh hilang?

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang. 

Biasalah ibu mengandung banyak sangat perubahan dia, sampai laki nad pun pelik..haha..selama ni tengok perut kurus je..cantik je..suci dalam debu takde apa-aa..hahaha..sekali nampak ni..hahaha.. ok my sayang hunny bunny..jangan risau..benda tu akan hilang..i akan jaga penampilan i demi you..wah gituu...hahaha..

SIJIL HALAL SECRET RECIPE DITARIK BALIK

in , by Nadia Johari, 11:54:00
hai assalammualaikum

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik - Nad memang jarang makan Secret Recipe disebabkan harga dia, last nad makan masa bulan puasa tahun lepas dekat luar ikea tu. Memang tak dinafikan kek, dan makanan dia memang sedap..lagi-lagi popeye udang dia..pergh teringat-ingat pulak..hehee..dan mr mafia pulak gemarkan lasagna dia. Nampaknya lepas ni kempunan la mr mafia dengan lasagna dia sebab sijil Halall Secret Recipe dah ditarik balik. sebab Apa??





KENYATAAN MEDIA ISU PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA BAGI SYARIKAT SECRET RECIPE MANUFACTURING SDN. BHD.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal ingin memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn. Bhd. berikutan kenyataan mengenainya yang disebarkan secara meluas di laman-laman sosial.

Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat tersebut adalah disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius. Penarikan ini walau bagaimanapun adalah TIDAK disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa. Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran terhadap pematuhan piawaian pensijilan halal setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia
JAKIM juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membuat andaian pelbagai dan menyebarkan isu ini secara salah. Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-8892 5000 / 5001 (talian utama) dan 03-8892 5048 (Pegawai Perhubungan Awam) dan semakan status halal juga boleh disemak melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

sumber : SINI 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2