NASI AYAM HASIL TANGAN SENDIRI

in , , by Nadia Johari, 15:58:00
hai assalammualaikum

Nasi Ayam Hasil Tangan Sendiri - halo-halo semua..apa aktiviti hari ahad korang arini..nad macam biasa duduk rumah rehatkan diri. Dan macam biasa kerja mengemas dan memasak. Hah hari ahad kalau boleh nak masak sedap-sedap. Bila dalam kepala nak.masak tu..jadila die..Dah lama sebenarnya nak buat nasi ayam ni..tapi baru arini kesampaian..hahaha..nampak kerajinan di situ..tunggu rajin je..lagi satu tunggu bahan semua lengkap..hahhaa..macam tu pulak kan..yang penting arini nad buat nasi ayam..lagi pun ada saudara belah mr mafia datang..alang-alang masak sedapla kan..aummm..


Tengok buat nasi ayam macam rumit..nak kene sediakan sup,sambal,kicap,nasi lagi..tapi bila buat..senang je..,tadaaa..nasi ayam nad arini..amacam nampak mengiurkan tak..hehehe. Almaklumla ni pertama kali buat..selama ni rasa mak punya je..nah sekarang hasil tangan sendiri...meh nak kongsi resepi

Bahan-Bahan:


 Bahan untuk sup
1 ketul ayam dipotong ( untuk mendapattkan rasa)
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 biji bawang besar ditumbuk halus
Lada hitam ditumbuk halus
sup bunjut
1 Bunga lawang
1 Kayu manis
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak sup:
Rebus air rebusan ayam bersama bahan-bahan tumbuk, bunga lawang, kayu manis dan sup bunjut. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak kemudian Taburkan dengan hirisan daun sup.


Bahan untuk ayam (diperap) :
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
Sedikit lada hitam ditumbuk halus


Cara untuk ayam:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk. Bubuh kicap,sos tiram dan madu. Dah haul semua perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam). Macam nad perap sehari, malam buat siang tu keluarkan. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika dan angkat.


Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma


Cara untuk memasak nasi:
Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan,  halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.


Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Cara untuk memasak sos:
Kisarkan semua bahan di atas. Kemudian dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Bubuh sedikit garam dan gula serta air rebusan sup.



Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas ( kalau taknak bubuh, boleh guna kicap botol tu je)
Cili padi ( saje bagi pedas)

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap. Kalau guna kicap perapan ayam kene masak dulu..kalau guna kicap botol tuang je terus hidang..


CPUV NUFFNANG : LIMA TENGAH BERJALAN

in , by Nadia Johari, 22:40:00
hai assalammualaikum


CPUV Nuffnang : Lima Tengah Berjalan - Lama tak jenguk nuffnang..sekali muncul beberapa CPUV..Antaranya Maxis One plus, Gliko Pocky, Cool Tea, Ecurve Doraemon dan Shell Helix. Terima kasih yang menekan nuffnang nad..dapat cari beberapa info je.


Cpuv nuffnang Glico Pocky yang berasal daripada stik biskut yang dilapisi perisa coklat, strawberi dan almond. Biskut yang diperkenalkan oleh Ezaki Gliko. Glico Pocky dipasarkan dalam pasaran makanan ringan mulai tahun 1966. Untuk lebih mengetahui lanjut pasal produk Glico Pocky ini boleh ke sini http://pocky.glico.com/


It is in this market that the new Mamee Bev Cool Tea made its debut in Malaysia in early May 2015. Cool Tea's key ingredients are mulberry leaf, lotus leaf, liquorice root, honeysuckle flower, chrysanthemum flower, selfheal, grosvenor momordica fruit (lo han guo) and mesona chinensis (grass jelly).  The drink claims to release the body heat and is ideally consumed when one is eating BBQ, spicy food or engaging in outdoor activities. Personally, I find Cool Tea has a very strong grass jelly taste and is very sweet.more info di facebook https://www.facebook.com/mameecooltea

Untuk peminat cerita Doraemon, si kucing ni akan menemui peminatnya di Ecurve tau..hehhe..more details at http://gowhere.my/info/ecurve-here-comes-doraemon/ .Happening from 29 May – June 14, 2015, eCurve’s Centre Atrium will be a celebration of all things Doraemon! The not-to-be-missed Doraemon Fair will offer exclusive merchandise for fans of all ages to purchase and take home a little piece of Doraemon joy! From Doraemon plush toys to huggable Memory Bread pillows, to bags, stationery and other collectible items, as well as limited edition Doraemon T-shirts and anniversary frames, there’s bound to be something for everyone! So Be Here or Be Blue!

ANAK LEGOLAND

in , , by Nadia Johari, 22:08:00
hai assalammualaikum

Anak Legoland - Teringat lagi percutian dekat Legoland bersama blogger lain. Bila dapat peluang macam ni, rasa syukur sangat. Yela bila la kita dapat pergi Legoland tu kan, kene cukup duit baru boleh pergi. Dengan suami yang kerja tak tentu masa, tapi nasib baik time tu dia free. Lagipun Mr Mafia tak pernah jejak lagi Legoland tu, jadi kesempatan ni dia amik la untuk pergi. Siapa tak rasa happy kan dat bercuti tempat macam ni. Kira macam honeymoon kami berdua la..hahah..honeymoon disponsor..kihkih..lagi-lagi masa tu tengah berdua..kihkhkih..



Walaupun masa tu dapat bercuti sekejap sahaja, tapi kalau dah mood honeymoon pasti jadi best. Lagi-lagi dapat bilik yang menakjubkan. Kihkihkih..hidup takde gangguan, berdua, bilik besar, sejuk, sedap je tidur. Katil empuk..ermmm apa lagi..ahhaa...Nad pergi Legoland bulan satu, dan sebulan selepas tu, alhamdulillah dapat berita gembira untuk kami berdua. Nad disahkan hamil..aummm..korang rasa adakah dia terhasil di Legoland..ahah..entry ni andaian sahaja..untuk guraaun..tapi kalau betul syukur sebab dekat Legoland jugak dia nak melekat..eheh..suka tempat mewah ni..hahahaha..tengok gambar dekat instagaram. Kat situ dia tulis 21 week..hampir sama dengan usia kandungan..heheh..


Tak kisahla dekat mana-mana dia melekat, nad bersyukur jugak dapat rasa jasad di dalam perut ni..baru tau bukan senang..hhahahaha..semoga mummyndan baby dalam keadaan sihat hendaknya..perut tak nampak sangat..sebab nad kecik comel lotek...hehe..


hai assalammualaikum

Salah Satu Fesyen Topi Daripada Seluar Dalam - Bagi sesetengah individu, mungkin menggunakan topi sebagai penutup kepala untuk menghalang rasa panas dari pancaran matahari, terutama sekali ketika berada di tepi pantai, ketika bersukan dibawah panas terik matahari, dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang menggunakan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian mereka. Macam laki nad dia suka pakai topi sebab nak nampak bergaya..ahhaa..berapa banyak dah jenis topi dia ada..

Semakin hari, semakin bertambah rekaan terbaru topi dari butik-butik pakaian terkenal. Ini membuktikan bahawa, penggayaan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian, semakin medapat sambutan dimata setiap penggemar fesyen.



Jadi nad nak tunjuk  beberapa jenis topi yang terdapat dipasaran dan yang lazimnya digayakan oleh mereka yang gemar akan fesyen topi ini. Kannn..tengok..sekarang semua jenis topi ada..design pun dah pelbagai..jadi nak keluar p majlis ke, jalan-jalan ke kene la pakai lain-lain topi..hehehe



Salah satu topi dari idea nad sendiri..ahahha..topi dari seluar dalam..wakaka..Ni nak di tahap kebosanan sampai dia pun jadi mangsa untuk satu benda yang nad tak terfikir pun. Idea datang secara spontan dan secara tak disengajakan..hahaha..kalau kite tau, shin channje selalu bubuh atas kepala..hahaha..sekarang jadi mangsa putih pulak..kesian dia..hehhe..kene buli je tak sudah..oh lupa nak cakap putih dah jadi bapak..nanti nad cerita erk..heheh



Ni lagi melampau..siap buat headband..nah penjimatan namanya..hahaha..
hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Di Hotel Dorsett Grand Subang - Ramadhan kali ni pasti meriah dengan ahli keluarga. Tapi mesti ada sesetengah mereka terfikir dekat mana nak berbuka puasa nanti. Hah!!! meh nad nak cadangkan satu tempat yang menarik untuk korang berbuka puasa. Menu yang disediakan juga sangatla menetapi selera kita ni ha. Jom berbuka di Hotel Dorsett Grand Subang. 

Tempat yang menarik dengan layanan yang istimewa bagi para pelanggan. Di Bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti, Hotel Dorsett Grand Subang akan menyediakan dua menu pilihan untuk pelanggan mereka berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara menunya ialah
• 'Selera Bonda' di Melati - menawarkan bufet hidangan Malaysia
• 'Iftar' @ Terazza - menawarkan bufet dengan campuran masakan antarabangsa dan tempatan


‘IFTAR’ @ Terazza Brasserie 
Dengan tema malam Terazza Brasserie ini, Iftar menyediakan hidangan tempatan dan antarabangsa daripada pembuka selera, sup dan hidangan utama untuk pencuci mulut.






Terdapat pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Briyani Gam Ayam, Kambing Panggang, Sate Ayam dan Daging, Murtabak Ayam dan pelbagai lagi.. kau tengok pun selera kan..apatah lagi kalau depan mata..confirm-confirm semua ko akan bedal..hahaa..tapi bulan puasa nanti jangan terlalu tamak..kihkihkih..





Bab ni takkan lupa iaitu bahagian pencuci mulut. Penting selepas makan, nak makan benda-benda ringan takpun sebelum makan-makanan berat nak cari kuih muih dulu. Dekat sini  tetamu boleh menikmati
pencuci mulut seperti puding Terazza yang terkenal roti, Penget keledek,  jeli buah-buahan dan kuih-muih



Salah satu yang membuatkan korang pasti akan tertarik untuk berbuka puasa di Hotel Dorsett Grand subang ni ialah Sup Gear Box mereka..perghh..hirupp jangan tak hirupp..Sup Gear box merupakan menu istimewa bulan Ramadhan tahun ni di hotel ni. Dengan rasa yang cukup, sedikit pedas, barulah terangkat..Daging dia memang lembut..Sup Gear Box ni mengambil masa untuk didihkan bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk dan enak dan sumsum bergelatin yang banyak untuk dinikmati.

'Majlis berbuka puasa dan' @ Terazza Brasserie adalah tempat yang sesuai untuk makan di bulan Ramadhan bagi mereka yang ingin menikmati dan  meluangkan masa berkualiti dengan orang yang tersayang.
Dengar harga RM150 nett seorang pengunjung 

‘Selera Bonda’ at Melati 
Ini pula hidangan melayu. Kot0kot ada yang tak mampu masuk makanan antarabangsa, jangan risau, ada juga menu melayu untuk para tetamu. Antara menunya ;






Pada akhir malam beberapa pengunjung bertuah mungkin membawa pulang hadiah dari cabutan bertuah. Mungkin perjalanan ke Phuket?Pada RM140.00 nett seorang.

Pengunjung  boleh menikmati buffet ini pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan boleh hubungi +6 03 5031 6060 Ext. 1912. Hah berita baik, siapa yang tempah awal akan mendapat diskaun 25% daripada harga biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi kami, sila e-mel kepada info.subang@dorsetthotels.com atau hubungi +6 03 5031 6060.





Malam itu,tetamu akan dipersembahkan dengan beberapa orang artis, antaranya Jaafar Onn, Maya, Rohana Jalil, Ayu dan ramai lagi. hah sambail makan sambil tengok artis nyanyi..best tak..

  
Jangan lupa masukkan Hotel Dorset Subang sebagai tempat menu berbuka korang.


                                               untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
03-50316060 ext 1912
emel: info.subang@dorsetthotels.com
web: dorsetthotels.com/malaysia/subang



RANCANGAN HIDAYAHMU RAMADHAN

in , by Nadia Johari, 20:07:00
hai assalammualaikum

Rancangan Hidayahmu Ramadhan di TV3 - Lagi beberapa minggu lagi nak puasa. Masa ni la persiapan puasa perlu dilakukan. Bukan tu je, nad pun dapat banyak jemputan buffet ramadhan sempenan bulan puasa yang akan tiba ni. Rancangan televisyen jugak tak terlepas daripada menyiarkan tancangan televisyen..lagi-lagi TV3. Rancangan macam ni la yang ditunggu..pasal puasa, pastu raya..hehehe...semalam baru disiarkan rancangan sempena bulan Ramadhan iaitu Hidayahmu Ramadhan.



Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.


Hidayahmu Ramadan dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya dan Aeril Zafrel sebagai bintang utama dan turut dibantu oleh Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson



Drama bersiri 17 episod ini merupakan sebuah lagi karya penulis skrip berbakat, Azlina Pa'wan dan diarahkan oleh Eoon Shuhaimi. Hidayahmu Ramadan bakal bersiaran bermula 4 Jun, setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di Tv3.

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK BONGSU

in , by Nadia Johari, 15:06:00
hai assalammualaikum

Selamat Pengantin Baru Adik Bongsu - Baru sekarang nak update pasal adik kawin, takpela dia masih lagi pengantin baru..hahaha. Adik kawin 9 hb Mei 2015 tapi nad dah ade dekat kampung bulan 4 lagi..haha..sebabnya akhir bulan 4 tu nad dah start demam, dengan alahan lagi..masa tu mr mafia pun tak boleh buat apa, yela dia kene kerja nak cari duit, takkan nak teman kita 24 jam, jadi disyorkan untuk pulang ke kampung..jadi nad pikir baik nad stay sampai adik kawin..syoknyaa duduk kampung.

Dekat kampung memang best, udara yang segar, makanan semua disediakan..hahaa..masakan mak memang menambah selera nad..hehe..yela masa tu kemalasan masih ada..biasalah 1st trimister..paham-paham jele..mak pun manjakan anaknya..ni sayang makk ketat-ketat ni. mak masak ape pun masuk. Selama 3 minggu dekat kampung, pulih sedidikit demi sedikit sampailah adik kawin dah ok. Yela kat kampung ada anak buah boleh borak-borak..tu ok tu..



Dah nad dekat kampung, apa lagi tak boleh lari nak isi goodies untuk tetamu. Ingatkan boleh lari tapi tak boleh daa..haha..kene la tolong gigihkan diri isi goodies ni..sampaila anak buah kene tolong..kihkihkih..


Sampaila masanya..Nila adik bongsu..paling last sekali..semua dah kawin dah..tinggal cucu pulak nak kawin..hahaa..adik aku ni lain sikit dari kami semua. Kalau dulu kecik-kecik dia macam cina. Dah besar dia la paling cun..yeke..eh aku lagi cun..hahahhaa..pastu dia lapaling tinggi dan paling besar..hahahaha..


Dengan sekali lafaz, selamat dah adikku jadi isteri orang. Jadi isteri yang baik naa...pasni masak, kemas rumah naaa..hehehee..



Hari persandingan, tema kami kain songket sarawak. Kakak nad yang beli online..tak tau la dia beli berapa..kami bayor jele..kalau mahal, kami protes..hahaa..tapi nasib lawa.


Muka kami sama tak..ni la mak, kakak, kakak dan nad..hehee..mata bulat-bulat kann..


Ni la ayah nad..sekarang suka nor amik gambar..dok tau la kenapa..ke sebab dapat menantu photographer..hari-hari gambar dia disnap je..tu sebab suka bergambar sekarang..hahaa.



Puas bergambar tunggu pengantin, akhirnya pengantin pun berarak. Tema kuning-kuning gold gitu. Raja sehari kan..


Tempat nad kalau takde pertunjukan silat memang tak best..jadi sebelum duduk bersanding dekat pelamin pengantin akan dipersembahkan dengan silat..tak taula nama silat ni apa..hentam je sebut silat helang..hahaha..

Inilah keluarga nad..selesai dah semua..mak cakap " diah (nama panggilan dekat rumah)..dah habis dah ..semua dah kawin..mak nak pergi bercuti la..dekat Paris"..ambii makk..paris terus..hahaha..we are happy family...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2