hai assalammualaikum

Mensive Hair Tonic Membantu Mengatasi Masalah Keguguran Rambut - Adakah anda sedang dilanda oleh salah satu atau lebih daripada masalah berikut?
  • Rambut Gugur dan Jarang?
  • Akar Rambut Mati dan rambut beruban?
  • Rambut Nipis, Lesu dan Pecah?
  • Gatal-gatal Kulit Kepala atau berkudis?
  • Masalah Kelemumur?

Rambut ni ibarat mahkota kepada kita. Semua orang sukakan rambut yang sihat, cantik dan hitam bersinar. Masalah rambut gugur, beruban, jarang dan berkelumumur boleh menjadi satu perkara besar yang sangat ditakuti oleh kebanyakan kita tak kira lelaki dan wanita. Selalunya masalah rambut terjadi kepada mereka yang telah meningkat usia namun sekarang masalah keguguran rambut boleh juga terjadi kepada remaja dan orang muda ok. Muda-muda dan mengalami masalah rambut, mestila tak nampak bergaya kan.

Keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. Sekiranya rambut gugur melebihi 50 hingga 100 helai sehari, itu bermakna keguguran rambut yang sangat serius..ohh my..cuba bayangkan setiap kali sikat, mandi mesti ada rambut gugur..kalau dikumpul rambut tu boleh jadi sebentuk bola..ok tu tersangat la terukk..

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan tekanan dan banyak lagi. Orang yang mengalami keguguran rambut sering mengalami gangguan emosi yang membimbangkan dan akhirnya membelanjakan banyak duit untuk mencari rawatan sesuai. Dengan keadaan zaman sekarang yang penyakitnya tidak mengenal siapa, umur dan jantina anda, kita sepatutnya berasa risau dan perlu bertindak sesuatu bagi menghalang masalah ini daripada terjadi secara berterusan. 


Rambut ni sangatlah sensitif jika kita tersalah pilih produk. Jadi nad nak perkenalkan satu produk yang mampu membantu korang yang mengalami masalah keguguran rambut iaitu Mensive Hair Produk.

Apa tu Mensive Hair Produk??
Mensive Hair Tonic adalah hair tonic pertama berasaskan air. 25 Kali lebih Serap ke akar rambut berbanding serum atau minyak. Selama ni selalu kita nampak produk untuk rambut kebanyakannya daripada serum dan minyak tapi kali ini Mensive Hair Tonic ni diperbuat berasaskan air. Berlainan kan!!.. Ditambah pula dgn cuaca Malaysia yg panas, penggunaan asas air sangat selesa utk si pemakai. Tengok botol pun dah menarik perhatian kan..hehe..sebenarnya Mensive Hair Tonic ni khas untuk lelaki tapi ramai permintaan perempuan pun boleh guna.

Company ni dulu merupakan pioneer pengeluaran industri minyak janggut dlm malaysia. Maksudnya khas untuk orang lelaki yang berjambang, berjanggut ni. Bila pelanggan mereka ramai tanya berkenaan produk untuk rambut maka keluarkah produk Mensive Hair Tonic ni.


Kandungan Mensive Hair Tonic
Mensive Hair Tonic Dibuat mengunakan teknologi estrak terkini dan kaya dengan estrak herba bermutu tinggi seperti Ginseng, Apple Stemcell, limau purut, avocado, kelapa dara, jojoba dan buah pala.

- Ginseng mmg dah lama terbukti dari zaman kuno cina mampu membantu menguatkan akar rambut, merangsang pertumbuhan rambut dan mengelak pertumbuhan uban.

- Apple Stemcell pula adalah antara penemuan baru scientice mengenai kebaikan dia terhadap mengekalkan kesuburan rambut.



Fungsi Mensive Hair Tonic
1) mengurangkan rambut gugur

2) menguatkan akar rambut

3) membantu pertumbuhan rambut baru

4) mengurangkan minyak pada kulit kepala

5) mengurangkan kelemumur

6) mengurangkan pertumbuhan uban

Cara Penggunaan Mensive Hair Tonic
Cara pakainya sangatlah mudah sesimple abc. Selepas mandi, keringkan rambut, spray sahaja ke kulit kepala. Urut sedikit n biarkan dia serap ke akar rambut. Mensive ni berasaskan air so takde la rasa melekit. Baunya sangat wangi dan akan rasa berangin, sejuk gitu yang akan menyegarkan kulit kepala. 

Berapa Lama Tahan?
Sebotol 60ml tahan utk1-2 bln.

Testimnoni pengguna Mensive Hair Tonic
Result positif boleh dilihat sepantas kurang dr 14 hari. (Boleh refer testimony). Ramai dah cuba ooo..memang berkesan..
   











Info sedikit Mensive Hair Tonic

1) Mensive hair tonic tidak datang dengan set, tidak perlu shampoo pelebat, tidak perlu serum pelebat, cukup hanya spray mensive hair tonic 2-3 Kali Sehari.
2) Produk ini Unisex, sesuai juga utk perempuan bertudung. Nampak kan bukan sahaja untuk lelaki malah perempuan juga.



Untuk maklumat lanjut boleh layari
website: www.mensive.my
Instagram: Mensive
Contact :   011-1322 9050
 

hai assalammualaikum

Fouziah Gous Dan Suami Duta Terbaru Minyak Wangi Enchanteur - Haritu nad pergi ke majlis Enchanteur sempena pelancaran minyak wangi terbaru mereka. Selain itu untuk memperkenalkan duta terbaru Enchanteur ni. Kalau sebelum ni kita tau pasangan suami isteri yang romantik iaitu Nasz dan Sazzy Falak tapi kali ini siapakah? ENCHANTEUR, jenama sinonim dalam percintaan inspirasi melalui koleksi Perancis diilhamkan wangian halus dan produk penjagaan diri. Sebab tu Encahnteur ni sesuai untuk mereka yang berpasangan supaya dapat mengeratkan kasih sayang antara mereka..auchhh..



ENCHANTEUR LOVE, pelbagai wangian halus khas khusus untuk wanita yang mempunyai hubungan yang komited. ENCHANTEUR LOVE yang datang dalam tiga aroma iaitu, ENCHANTEUR FOREVER LOVE menandakan kasih yang kekal , ENCHANTEUR CELABRATE LOVE melambangkan cinta sejati dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE melambangkan cinta intim,  hidup membawa ungkapan yang berbeza untuk mengekalkan cinta kasih yang kekal. Kenapa ia berbeza, sebab minyak wangi ni boleh dipakai pada waktu yang berbeza untuk menarik perhatian si suami..hehee..kalau wangi-wangi kan suami makin dekat..eheh...




Rangkaian produk yang dipertingkatkan datang dengan formulasi yang lebih baik yang menyediakan bau lebih tahan lama dan dibungkus dalam reka bentuk kotak baru yang menyerupai ungkapan kasih sayang yang berlainan. Benda yng ditunggu-tunggu siapakah pasangan romantis yang menjadi duta Enchanteur ni. Jeng, jeng, jenggggg..



Sekali tengok depan-depan alahai cantiknya..sweetnyaaa..Fouziah Gous dan suaminya, Md Zhafran Md Yusof. Pasangan romantis itu menjadi sensasi apabila Md Zhafran Md Yusof membawa Fouziah Gous menaiki helikopter yang dipandu. Mereka kemudian bertunang pada bulan Jun 2013 dan kemudiannya berkahwin pada September tahun lepas. Apa yang dibuat oleh Zhafran dekat Fouziah Ghous buat daku cemburu..ahhaa..suka buat surprise-surprise dekat Fouziah Ghous..Sweet loving husband and wife



ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette 

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE  captures the essence of celebrating love every day together. Every gesture of affection, big or small, is significant in keeping love exciting and making every moment spent together worth rejoicing. Simple gestures such as leaving a sweet note on the fridge before going to work or even whipping up a hearty meal just for two keeps the relationship and passion going.

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE  starts off with an explosion of sparkling freshness of bergamot, white peach and pineapple. The heart of the composition then sparkles with sweet red peony and passion fruit which symbolizes love and excitement of being together. Warm cedar wood, golden amber and musk wraps this lovely creation that together form a base as comfortable and warm as the embrace of a lover.


ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette
ENCHANTEUR Passionate LOVE  is a seductive potion that ignites passion for an intimate love. The perfume is an inspiration to those who have long established their love. It draws from the most enticing and unforgettable facets of a strong committed relationship to keep passion alive.

ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE evokes the senses with exhilaratingly juicy whiffs of Sicilian bergamot, wild red berries and lively pink peaches which will induce burning flames of passion in him. Mesmerizing scents of noir crystalline roses and silky violet sets in the heart, awakening his thoughts of her which has conquered his heart. The vibrancy from the blooming scents unveils his heartfelt love and fondness for her. The lingering concoction of exquisite amber and sandalwood then warms every passionate embrace, invoking intimacy with her once again.


ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette 

ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette unfolds the promise of an everlasting love. It is a scent which celebrates every chapter in a relationship such as marriage proposal, wedding anniversaries, moving into a new house and many other momentous occasions along the journey of togetherness.

Just like the journey of a loving relationship, ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette opens up with a lively, fruity scent of citrusy bergamot, lemon and mandarin combined with the sweetness of cassis, pineapple and apple that symbolizes the beginning of a wonderful journey of love. It then blossoms beautifully into a floral bouquet of roses, jasmine, geranium and freesia just like true love that grows deeper, while the stable comforting nuances of musk and amber completes the fragrance to signify the promise of an everlasting love.


Ketiga-tiga botol dijual pada RM 33.50 per botol 50ml termasuk GST. Produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai-kedai besar, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut, kira-kira ENCHANTEUR sila layari www.enchanteur.com.my atau daftar keluar Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

SEPETANG BERSAMA BLOGGER (SBB) 2015

in , , by Nadia Johari, 23:25:00
hai assalammualaikum


Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2015 - Alhamdulillah dapat jugak nad join event yang dianjurkan team Denaihati ni. Event Sepetang Bersama Blogger merupakan event yang mengumpulkan ramai blogger termasuk blogger dari luar Malaysia. Wahh..menarik kan. Tahun lepas nad tak dapat join Sepetang Bersama Blogger sebab masa tu sedang menyiapkan persiapan perkahwinan. Tahun ni suka sangatt sebab dapat join. Masa ni la nak kenal dan jumpa ramai blogger lagi yang tak pernah la kita jumpa.


Perbezaan Sepetang Bersama Blogger tahun ni berbanding tahun sebelumnya ialah tahun ini SBB dibuat secara outdoor. Sebelum-sebelum ini dibuat secara indoor iaitu di dalam dewan. Atas permintaan ramai untuk mendapatkan kelainan SBB2015 kali ini, ia dibuat di kawasan lapang, outdoor iaitu di Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya. 




Kalau sebelum ni daftar je terus duduk di tempat yang disediakan, tapi kali ini lepas daftar je, ade senaman ringan..hehee..sebab apa, sebab ade treasure hunt. Mereka ni diberikan beberapa kumpulan..Nad tak dapat join treasure hunt sebab preggy kan..ohh sedih..time-time best macam ni duduk jela..



Ni muka ibu-ibu yang duduk je..hahaa..tapi duduk kami bukan duduk senyap je..tapi siap bergosip..hahaa..bercerita tentang itu ini, pasal blog.Yeah ni kali pertama nad berjumpa dengan blogger dayang deno,uncle gedek dan kak adzairdawati..


Selalu dok komen je dekat blog, sekarang jumpa mata bertentang mata. Bila jumpa ingat pemalu ke apa..hahaha..tapi banyak jugak berbicara..tu yang best je..takdela bosan kita duduk saja kan. Lagi satu tengok hasil kerja Dayang Deno ni. Memang terbaikla hasil dia, selalu tengok dekat blog, instagram sahaja, sekarang tengok depan-depan. Pergh memang terbaiklaa..nad teruja habis..hehee..kenalan baru blogger qiyasaad..


Yang ni pulak uncle gedek..haha..kalau kita tengok, dia selalu bergambar serius, dan blognya hanya dengan satu gambar je. Gambar yang dia selalu amik pulak unik..hehe..Kalau tengok gambar muka serius, tapi dekat luar, peramah habis..haha..berbeza dengan dia amik gambar..hahaha..seperti ada dua perwatakan, garang dan tak garang..kihkihki.

Treasure Hunt





Ok meh nak cerita pasal Aktiviti Sepetang Bersama Blogger. Pagi tu ada aktiviti Treasure Hunt. Selepas dibahagikan kumpulan bermulalah aktiviti mereka. Meh la tengok gambar..Nak cerita aktiviti apa nad tak tau sebab nad tak turut serta..pregnant kan..sedihh je..jeles tengok diaorang treasure hunt. Walaupun Treasure Hunt ni tak perlu berlari tapi lokasi dia boleh tahan jugak sampai ke bukit tinggi mana ntah..hahaa..Takpela tengok diaorang main pun kita dah syok..kihkih..



Selepas selesai buat aktiviti kami disajikan dengan makanan western yang dihidangkan oleh Bakarlah BBQ N Rental. Paling sedap kambing dia la..hahaa..lembut dan terasa enaknya..

Sesi Perkongsian


Sesi petang pulak ialah sesi perkongsian blog. SBB takkan terlepas dengan acara perkongsian ini supaya kita sebagai blogger bersama-sama dapat manfaatnya. Jemputan kali ialah Aqif  Azizan selaku pakar copywriter, Anazkia selaku blogger Indonesia, dan Haji Masrukhin selaku CEO eQurban. Mereka menceritakan pengalaman mereka sendiri,dan ketiga-tiganya mempunyai cerita yang menarik.

Seperti Aqif Azizan berkongsi mengenai kelebihan untuk membentuk, memperkukuhkan blog dan menjual di luar negara, sebab jumlah wang di luar negara lagi besar. Memang menarik, kita dengar pun teruja. Tapi tu la sebagai blogger kenala bersabar untuk membuat sesuatu..hhee

Panel kedua Saudari Anazkia dari Indonesia yang berkongsi mengenai blog beliau tentang tenaga kerja antara pembantu rumah dan majikan. Disebabkan pengalaman beliau yang pernah menjadi pembantu rumah di Malaysia, dikesempatan itu beliau menulis di dalam blog tentang majikan dan pembantu rumah.

Dan panel ketiga Tuan Masrukhin dari eQurban memceritakan pengalamannya mengembara ke China selama 46 hari bersama anak lelakinya.

Satu perkongsian yang menarik yang boleh kita amik contoh.





Last sekali macam biasalah cabutan bertuah dan pencapaian pemenang treasure hunt..Haishh kali ni tak bertuah pulak..heehe..tapi takpela..Tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang memenangi hadiah iphone6 dan  Samsung Note Edge. Hamper untuk semua kumpulan, GoPro untuk contest sitkom yeos, cabutan bertuah dan macam-macam lagi.

Terima kasih kepada Team Denaihati Network kerana menajayakan program ini..begitu juga dengan penaja lain.
  1. Penaja utama : Yeo’s Malaysia
  2. Penaja bersama : Jopana.my, Bakarlah BBQ Rental, The Sumbs, eQurban.com dan Jam Tawaf Denaihati
  3. Rakan media : Kumpulan Media Karangkraf
  4. Juru gambar rasmi : The Photolicious
  5. Rakan Usahasama : Perbadanan Putrajaya
  6. Rakan Strategik : Abangensem.com, Pendekarberkuda.org, Profhariz.com, Khirkhalid.com, Sohoque.com, Mrspuex.blogspot.com, Namiacinta.com, Blogretis.com, Dengarisaya.blogspot.com, Norfanil.com, Nurseira.com, Melastikbintang.com dan Halimbrothers.com.
  7. Sukarelawan : Rakan-rakan blogger, UKM, MFI, AIM dan Darul Maghfiroh




Sebelum balik kita bergambar dulu. Semoga jumpa lagi..


hai assalammualaikum


Perempuan Mengandung Boleh Berpuasa ke? - Tahun ni puasa berlainan sedikit untuk nad. Sebab apa? sebab nad sedang berbadan dua. Ramai teman dan nurse sendiri kata, bulan puasa ni kalau larat nak puasa bolehla puasa tapi kalau tak larat , macam perut pedih ke, meragam ke better buka puasa. Ia adalah untuk keselamatan ibu dan baby dalam kandungan tu. Nad kalau boleh nak puasa la, yela pikir balik sebab malas nak ganti pausa nanti..hahaha..jadi kalau boleh puasa kita teruskan puasa..

Paling penting jangan tinggal sahur..hhehe..itu memang diamalkan sejak dulu lagi..sebab kalau tak sahur boleh lemau oo..Bersahur sangat penting jika berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri  dengan berpuasa itu akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari. Walaupun seseorang ibu hamil itu berpuasa, bayi di dalam kandungannya masih boleh mendapatkan zat makanan untuk keperluannya dengan menyerap zat yang disimpan di dalam tubuh si ibu melalui tali pusat…walaupun si ibu itu berpuasa.

Sumber dari SINI

Apa kata doktor

Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walaupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:
~  kencing manis
~ penyakit hati yang tidak berfungsi
~ penyakit bronchial asthma yang teruk
~ tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
~ kehamilan kembar
~ risiko kelahiran pramatang
~ masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

 Nak puasa atau tidak berpuasa

Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu…

Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.
1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
2. Loya atau muntah.
3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
7. Sakit kepala atau demam.

Sumber SINI
 
Wanita hamil boleh mengandung kalau mempunyai kekuatan..kalau tak kuat boleh je buka puasa..kaann..ok info untuk kita yang sama-sama pregnant.

ESOK BERMULA LA KITA BERPUASA

in , by Nadia Johari, 20:40:00
hai assalammualaikum

Esok Bermula la Kita Berpuasa - Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk berpuasa kali ni..sekejap je kan dah masuk bulan Ramadhan..Malam ni kita dah start terawih.. selama sebulan kita akan menunaikan ibadah puasa. Masa tu kene jaga semua, jaga pandangan, tangan, percakapan..semuanya..kalau boleh bulan puasa untuk kita memperbanyakkan ibadah. Banyakkan rehat bulan puasa ni bila cuaca panas..jangan lupa untuk bersahur..

Tapi berlainan sedikit puasa tahun ni, kerana nad sudah berbadan dua. adakah nad mampu??..bertahan ke??..hah tu nanti nad cuba dulu..kalau tak larat boleh la buka puasa awal..hahaa..bukan sengaja tapi nak menjaga kandungan di dalam perut ni. Haishh kene pikir menu masakan pulak setiap hari..tu la part paling tak best..hahaa..walaupun hari-hari dah masak tapi still bingung..hehe..youtube kan ada..google jela kan senang..cakap memang senang tapi kalau dah banyak sangat menu..sampai kita pun penin..takpela..macam ni la kami sebagai isteri..hehe..



Bagi yang tak tau waktu imsak dan berbuka puasa boleh tengok di bawak erk..klik je..tersu keluar..klik tengok negeri masing-masing nor..

Bahasa jawa Vs bahasa Melayu

        Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino poso ki njalok ngapuro,
Nyimpan jenang nang jero tin,
Ngesok arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njlok dingapuro,
Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo,
Keluputanku sing akeh-akeh,  
Kito 0 - 0 lah yo..

translate   

Budak kecik makan nasi,
nasi dimakan dengan gula,
dah lama x cakap jawa,
hari puasa ni mintak maaf,
simpan dodol dalam tin,
esok nak dibawak ke surau,
mintak maaf zahir batin,
salah silap mintak diampunkan,
buka puasa lauknye ikan masin,
terjun sungai tangkp buaya,
mintak maaf banyak2,
kita 0-0 lah ye

                                                                 Selamat berpuasa semua..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  .                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

hai assalammualaikum

Instagram @nadiasamjohari dah Cecah 3000 Followers - Nad mula kenal instagram tahun awal 2014 atau akhir 2013..masa tu orang lain dah lama gunakan instagram ni..hahaa..yang nad baru terkial-kial nak guna. Almaklumla masa tu takda smartphone..ada pun yang dah lapuk dan tak boleh download apa-apa dah. Jadi tunggu gaji baru nad beli telefon baru..masa tu baru la dapat guna instagram ni..

Instagram ni merupakan media untuk kita meletakkan gambar sahaja dengan caption..Tapi gambar tu boleh dikomen, ditag dan diberitahu mana lokasi anda berada. Kalau dulu bubuh gambar suka-suka je untuk instagram..semakin hari instagram semakin popular dan digunakan sebagai tempat untuk berniaga. Guna instagram je dah cepat tersebar orang tau kan. Ini lah dunia. teknologi semakin canggih..jangan kita guna benda yang bukan-bukan sudahla..


Oh nak bagitau semalam nad tengok follower dah cecah 2999 orang..alahaii terima kasih yang follow..pastu pagi ni tengok follower dah cecah 3000 orang...lupa pulak nak snap siapakah gerangan orang tu..yang ke 3000..huhuhu..orang lain dah beribu kita 3000 nak buat poyo..hahaha..biorlaa..ape orang nak cakap..lalalla..yang penting ni hasil usaha sendiri..

Thank you yang sudi..siapa nak follow instagram kita boleh je..tekan @nadiasamjohari ..jangan risau nanti kita follow balik..hehee..

Esok dah puasa..selamat berpuasa korang..

BILA MEREKA DAH JADI IBU

in , by Nadia Johari, 23:29:00
hai assalammualaikum

Bila Mereka Dah Jadi Ibu - Tahun ni ramai pulak yang nak dapat baby. Sana sini pregnant, memang ramai tahun ni baby akan keluar..hehee..tak terkecuali dengan Si Mona dan Molly..Siapa mereka?? Mereka adalah kucing-kucing kesayanganku..Diaorang dah jadi mak dulu sebelum aku..haaha..express naa..Kisah kucing-kucing ku semua, ada nad cerita dalam blog..diaorang lah kawan, teman ketika nad sunyi..sunyi ke!!..ahhaha..


Mona, awek Si Putih..Putihla kerjakan dia sebab die dah meroyan sangat..hahhaa..alih-alih Mona yang masih muda dah pregnant..hahhaa..masa nad morning sickness dan stay dekat kampung Mona dah melahirkan anak. Nad dah jadi nenek dah..Masa ni dia beranak dekat bawah tangga, jadi tak dapat tangkap gambar masa kecik lagi anaknya. Yang gambar atas selepas beberapa minggu..badanya warna kelabu mata biru..Mona beranak sekor je..


Tapi dah besar ni jadi warna hitam pulak..berstokin pulak tu..muka bertopeng..haahha...ape ke pelik weii..namanya Toto..haha..ntah macam mana dapat nama tu pun nad tak tau..secara spontan..


Tengokla tu dok bergurau dengan ibunya..



Selalu kita tengok kucing jantan ni jarang nak lekat dengan anaknya, tapi Putih lain sikit..dia sayang anaknya..kadang-kadang dia jilat..kadang-kadang dia main dengan anaknya..memang kucing bulu kembang gitu ke..hohoho..bagus putih ni..sekrang diaorang semua duduk luar sebab taknak bagi bulu diaorang merata..yela kami pun nak ada baby..hehehe..diaorang pun boleh survive ktat luar..toto kecik-kecik dah survive..gooddd..



Kucing nad lagi sekor. Ni kucing kesayangan sebab nad jaga sejak kecik lagi sebelum nad kawin lagi. Siapa lagi Si Molly..kucing yang tinggal dekat kampung. Semalam mak nad call semata-mata nak bagitau kucing nad dah beranak..serius ly..selama ni nad tak perasan pun perut dia memboyot..mayb sebab bulu dia yang kembang tu..tengok-tengok dah beranak..hahhaa..dapat dua ekor..Warna serupa bapak dia, putih kelabu gitu..bulu tak tau lagi nak kembang ke idak tu..nanti kita tengok na..pikir sat nama anak kucing dekat kampung tu..haishh..hahhaha..

Nanti i visit you ok Molly..tunggu na puasa ni mummy datang...
hai assalammualaikum

Raysha Perfume Wangian Mempesona, Bersaiz kecik Tapi Tahan Lama - Harini nak bercakap tentang Perfume atau Minyak wangi. Nad ni takde la gila sangat nak beli minyak wangi tapi kalau kuar tu mesti nak kene pakai. Mestilah kita nak sentiasa berbau wangi, yela mana taknya, kang tengah buat kerja,berpeluh tetiba berbau mashemm..euuwww..taknak kann..jadi perfume la penyelamat kita untuk sentiasa wangi. Lagi-lagi time nad tengah pregnant ni..memang tak boleh bau busuk,kalau bau busuk mesti penin, muntah..sekarang nak bau wangi je.

Pilihan wangian juga selalunya bergantung kepada citarasa dan personaliti pengguna itu sendiri. Ada yang gemarkan bauan floral dan ada juga yang lebih sukakan bauan jenis fresh. Sukar untuk menentukan haruman mana yang boleh diangkat sebagai terbaik kerana ianya sangat subjektif. Semua orang impikan pewangi yang kekal berpanjangan lebih-lebih lagi individu yang bekerja kerana ingin tampil segar dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Memang sekarang banyak jenama perfume ni, tapi nak pilih yang mudah dibawa, kecik dan tahan lama diikuti dengan bauan yang mempesona memang susah kan. Selalunya yang sedap baunya jenama mahal dan besar gedabak. Memang takla nak bawak masuk beg, menambahkan berat je. Sekarang tidak perlu risau lagi kerana Raysha Perfume adalah penawarnya. 




RAYSHA PERFUMES adalah wangian yang berkualiti tinggi yang diimport dari UK. Di aspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa. Kekal wangi sepanjang hari, sesuai untuk apa jua kegunaan termasuk solat. Ia juga boleh dijadikan sebagai cenderahati dengan packaging designnya yang cantik dan menarik sangat sesuai jika dijadikan sebagai hantaran, hadiah birthday untuk yang tersayang dan sebagainya.

 Senarai Perfumes yang terbaik di dunia dari Raysha Perfumes :
 
 For Him



For Her


Halal dan bebas Alkohol

Raysha Perfumes mengandungi rumusan pati dari khazanah semulajadi serta bebas dari penggunaan alkohol. Dengan diaspirasikan dari jenama terkemuka antarabangsa yang diimport Original dari UK, ia terbukti dapat mengekalkan wangian yang berpanjangan, beraroma terapi dan berkualiti tinggi.



Nad ni suka pakai minyak wangi yang calit sikit je, pastu dah boleh bau wangi dia. Lagipun nad suka bawak minyak wangi ke mana-mana sahaja. Yela, kita pergi event sana sini, tak pun berjalan sana sini, kalau dibuatnya waktu tu cuaca panas, mesti berpeluh kan. Habis mau busuk akibat peluh, jadi sapu jela Raysha Perfume ni. 


Lagipun Raysha Perfume ni saiz kecik dan mudah di bawa kemana-mana. Isi dalam Beg pun tak berat. Tak suka bawak banyak barang dalam beg..jadi kenela pilih barang yang comel-comel macam tuannya...hahaha



Raysha Perfume ni ada macam-macam jenis. Ada yang sebotol dan ada yang sekotak dalamnya tiga botol..so better pilih yang sekotak dalam tiga botol kan..hehee..macam-macam bau perfume ada. Best oo..Yang nad paling suka ialah white musk by the body shop.
 
 
Antara kelebihan Raysha Perfume yang ramai tidak tahu :

- Halal dan Suci 
- Bersaiz kecil
- Mudah dibawa
- Beraromaterapi
- Memberi Aura
- Tanpa lemak haiwan
- Berkualiti Tinggi
- Tahan lama (24jam)
- Tanpa bahan beracun (Methanol)
- Meninggkatkan keyakinan diri
Mesra Pengguna
- Berkesan
Harga berpatutan

 
Raysha perfume pun ada pewangi untuk kereta dan rumah...hari-hari kereta dan rumah akan bau wangi je..hehhee..

  Raysha Perfumes bukan sekadar wangian untuk wanita yer...tetapi untuk lelaki juga!!! Boleh dijadikan untuk hantaran, hadiah dan sebagainya..hehhehe..
Untuk Maklumat Lanjut:
Sebarang Pertanyaan Tentang Produk Boleh Hubungi:
010 - 2255 297


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2