MINUM EPHYRA SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 15:11:00
hai assalammualaikum

Minum Ephyra Semasa Mengandung - Masa mengandung ni nad alah takdelah alah sangat tapi ada gak alahnya..macam bila makan sesuatu pasti muntah balik..badan lemah..malas melanda..macam-macm lagi la..ada nad cerita dekat SINI. Jadi nad kene cari suplement untuk kembalikan tenaga ni. Sebelum mengandung nad ada amalkan epnyhra, tapi lepas disahkan hamil nad terpaksa berenti sekejap dalam 3 bulan sebab disyorkan bagi ibu mengandung minum ephyra lepas 5 bulan ke atas.


Untuk menjaga bayi dalam kandungan, yela anak sulung, nad ikut arahan. Lepas je empat bulan lebih hampir 5 bulan, baru nad minum balik Ephyra ni. Alhamdulillah lepas je minum nad kembali seperti dulu. Kembali bertenaga, mampu buat kerja itu ini..hahaha..nad ni memnag tak boleh duduk diam..ada sahaja kerja nak buat. Walaupun orang suruh duduk rehat,jaga diri, tapi biasalah kita perempuan ada je nak buatnya. Mengemas memang takkan berhenti..sejak mengandung lagi bertambah rajin..hahaa..tapi tetap jaga kandungan..baby kuat macam mummynya...


Korang tau kan, kalau masa mengandung ni semuanya malas. Nak mandi pun malas, apa lagi cuci muka. Time mula-mula mengandung nad naik jerawat, mak cakap "pembawakan budak"..katanya..tapi masa mengandung nad memang malas nak cuci muka..mandi pun kadang sekali sehari..ahhaa..macam mana muka tak jadi teruk. aklau boleh nak tidur je. Ramai cakap muka pucat..kusam..haishh..


Tapi lepas minum ephyra, muka kembali cergas, ceria semula..jerawat pun makin kecut..tu sebab nad suka dengan Ephyra. Ephyra bukan untuk cantik dan tenaga, kalau minum semasa mengandung sangat bagus untuk baby.


Kenapa #EPHYRA bagus untuk ibu mengandung? 
- Membekalkan protein untuk membina sel, tisum enzim dan otot ibu dan baby dalam kandungan. 

- Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan 
- Mengurangkan risiko janin menjadi cacat 
- Membantu penghasilan susu badan
- Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. 

- Elakkan pitam dan anemia (kekurangan sel darah merah) 
- Wajah tidak kelihatan pucat 
- Membantu mengawal tekanan 

- Mengelakkan pigmentasi pada kulit 
- Membantu kelembapan kulit. 
- Membantu pembebasan tenaga dari makanan 
- Penting untuk pembentukan darah dan hormon 

- Mengelakkan kekejangan otot dan sakit badan 
- Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas 
- Membantu mengawal stress pada ibu 
- Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak 

ibu mengandung di galakkan amik hanya pada kandungan 4 bulan ke atas..sebab nya..tempoh trimester pertama selalunya ibu mengandung mengalami tempoh morning sickness kan, jadi bila fasa morning sickness dah hampir pulih, barulah digalakkan minum Ephyra. Yela awal trimister kau mabuk teruk pastu muntah kan membazir..
Jadi.. jom lah kite try ephyra ni..lagi2 di galakkan tuk ibu mengandung jugak..nad sendiri consume memang dapat banyak khasiat nya...insyaa Allah..

 Nak order bolehla whatsuup nad..bila elok nad kongsi apa yang bagus..nak raya ni mesti nak cantik..ok..whatsuup 01137943782..

hai assalammualaikum

Gel Amani Berkesan Membantu Sakit Lutut, Sendi Dan Urat Saraf - Sakit lutut,sendi, urat saraf dan sakit-sakit lain bukan je orang tua alami, sekarang orang muda pun ada yang kene. Kalau duduk sahaja pun sakit lutut, kalau banyak bergerak pun sakit lutut..macam mana tu.?.macam nad sendiri, sekarang pregnant, bawak perut yang semakin membesar, berdiri lama pun tak boleh, nanti jap lagi sakit lutut, sendi..uish macam-macamla..kene buat kerja slow-slow..Lepas tu abang nad perkenalkan satu produk ni..memang terbest la weii..nak pakainya pun senang..sekarang seluruh keluarga nad guna produk ni..


Produk Gel Amani yang membantu kepada mereka yang mengalami masalah sakit lutut,sendi dan urat saraf. Siapa-siapa yang ada msalah sakit sendi, urat, sakit lutut atau gout hah nad syorkan pakai produk Gel Amani ni. Kenapa?? Sebab nad sendiri pakai..kalau bagus memang nad syorkan korang pakai la..Gel Amani diperbuat daripada DMSO iaitu sejenis bahan semulajadi dari getah pokok pine. Bagi mak ayah, atau anda sendiri yang mengalami sakit lutut disebabkan pelincir dah berkurangan, jangan risau!! Gel Amani dapat membantu kerana ia menggalakkan penyembuhan keradangan dan kerosakn tisu dengan meresap terus ke kulit.



Pakai Gel Amani ni senang je..rupanyan macam Ammeltz Yoko-yoko..cara pakai pun sama..just pakai rata di tempat yang sakit tu, tiga kali sehari, ia akan bertindak meresap masuk ke dalam otot dan Tulang. Penggunaan yang berterusan akan membantu menghantar darah yang mengandungi segala zat yang diperlukan untuk memasuki ruang-ruang kosong yang cedera untuk proses penyembuhan. Bestnya masa nad pakai, rasanya sejuk je..lepas tu kadang-kadang terus terlena sebab sedap..hahahhaha..Insyallah dalam masa 7 hari akan merasai perbezaannya.


Abang nad sendiri yang mengalami kecederaan dan melakukan pembedahan jenis PCL bahagian lutut kiri otot..dia ni dulu eksiden jadi kesannya sampai la sekrang. Selalu bahagian lutut tu sakit dan lenguh. Dan kerap buat injection untuk masukkan Gel Untuk Pergerakan yang selesa dan mengurangkan kesakitan. Lepas je dia pakai Gel Amani ni, dia dah semakin sembuh dah tak perlukan injuction..sekarang dia dah boleh aktif macam dulu. Alhamdulillah..



Hah memang bagus kan..lagi-lagi bulan puasa ni, nak bagi mak ayah kita solat dengan tenang tanpa sakit lutut, bolehla belikan Gel Amani ni. Anak-anak mesti berusaha nak tengok mak ayah sihat je kan..Bagi mereka yang ingin mendapatkan Gel Amani yang berkesan ni bolehla
contact 0123170752 di facebook Baiza Johari Shop. COD area klang&shah alam.
free prostage


WELCOME JULY

in , by Nadia Johari, 22:21:00
hai assalammualaikum

Welcome July - Dah masuk bulan tujuh dah..hooreeyy...bulan tujuh ape yang ditunggu..hehehe..jeng..jeng..jengg...selain menunggu hari raya ade lagi yang ditunggu..hehee...adakah dia akan ingat..tengok jele..ni entry pendek dan ada bergambar je..hehe..malam ni rasaenat pulak..baby dok main tendang..tendang gitu..

Nak kongsi sesuatu


hai assalammualaikum

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat - Berkenaan parut yang sukar dihilangkan, mesti akan berasa resah gelisah..mesti punya sebab nad pun macam tu..ahhaha.. Semua orang ada masalah ini. Siapa yang tak ada kan? Seriously awak tak ada scar?? Hahaha..Bagi perempuan perkara yang merisaukan ialah parut jerawat. Sudahla dekat muka..kita ni kalau boleh nak kelihatan flawless je. Semalam nad ada buat entry produk yang menghilangkan parut, tapi nad lebih tertarik kepada produk Azanis Scar serum ni disebabkan banyak kesan positif dan keberkesanannya yang cepat. 

Nak bagi korang percaya lagi, meh nad nak kongsikan satu pengalaman pengguna Azanis Scar serum ni iaitu Anis yang dulunya mengalami parut yang terus lepas je guna Azanis Scar serum, mukanya kembali pulih. Mesti teruja lepas baca cerita beliau..baca sampai habis..

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat !

 

Assalamualaikum....

Tu dia tajuk, bukan main lagi. Rahsia wajah kekal flawless tu... Siapa yang tak nak flawless kan? Ha, hari ni aku nak kongsikan satu cerita pasal pengalaman yang aku lalui sendiri.


Nama aku Anis. Aku bekerja di sebuah syarikat pembangunan. Nak dijadikan cerita, muka aku ni memang senang naik jerawat. Kalau tak silap, dari masa aku kat bangku sekolah lagi. Masa tu form 2 kot kalau tak silap. Entah macam mana, ada seorang pakwe tu ngorat aku. Punya lah dia bagi ayat manis tulis atas kertas siap letak bedak lagi.... kertas tu pulak selit kat dalam pensil box aku.

Masa malam tu, ada lah aku berangan. Konon-konon nak kahwin dengan dia lah. Maklumlah, budak lelaki tu pun hensem juga kan. Tapi yang sedihnya, bila aku bangun tidur, tengok ada sebijik jerawat tumbuh kat tepi pipi kiri aku.

Tu dia.... hah... habis dah wajah comel aku bertukar jadi macam pikachu.

Siangnya pergi sekolah habis kawan-kawan gelakkan aku. Aik, takkan baru dapat surat dah tumbuh jerawat.

Aku pun tak tahu takkan sebab dapat surat tu je kot terus naik jerawat ?? Pelik gila kot !!

Balik sekolah, aku tanya kat mak aku. Dia kata mungkin sebab malam tu aku ada makan seafood yang mak aku masak tu kot. Maklumlah, gulai udang mak aku memang sedap gila bak hang. Aku bedal juga lah dekat 12 ekor udang tu. Habis adik-adik tak dapat nak merasa. hahaha padan muka diaorang !

Dipendekkan cerita, semenjak hari tersebut, muka aku sering naik jerawat. Bila aku keluar je, terdedah dengan hawa panas, habuk dan kotoran luar, memang muka aku akan naik jerawat. Lagi-lagi kalau kena kerja kat luar especially masa buat site visit.

So memang muka aku teruk lah. Daripada dulu masa kecil comel ya ampuuuunnnnn, sekarang dah macam mak - mak orang je aku tengok walaupun baru umur 25 tahun. Adui segan beb. Dah la sekarang aku kerja pangkat Executive Project Manager untuk satu construction building kat area Petaling Jaya ni.

So dipendekkan cerita lagi, hampir setiap seminggu sekali aku akan tukar-tukar produk untuk menghilangkan parut bekas-bekas jerawat dan juga kotoran kat wajah aku.

(Gambar saya lepas dapat Azanis Scar Serum stok baru. Korang baca lah cerita ni sampai habis... :)

Paling selalu aku guna, adalah nivea. Best pakai pencuci muka nivea ni. Memang muka rasa bersih je. Tapi satu lah masalah dia, nivea sekadar bersihkan muka. Bekas jerawat yang bertimbun kat muka aku ni tak reti-reti nak hilang. 

Leceh kot tiap-tiap hari aku nak keluar rumah kena pakai mekap tebal-tebal. Dah la mahal, macam tepung gomok. Asal nak jumpa client je kena mekap, asal jumpa client je mekap. Haih ! 

Teringin beb nak jadi macam member aku yang sorang tu buat kerja fotostat je hari-hari kat opis, tapi muka dia ya ampun... umur 28 tahun dah, tapi flawless ya amat. 

Aku ni pangkat tinggi dalam opis, tapi muka teruk. Kurang keyakinan diri. Sampai nak tanya staff bawahan aku yang tukang fotostat tu apa rahsia dia flawless pun aku segan. Nampak tak punyalah rendah aku punya keyakinan diri tu ! 

Isk kau ni Anis ! Apa nak jadi lah..... haih ! 

Dipendekkan cerita, selepas mendapat dorongan daripada pakwe aku yang bernama Zaki, hari-hari lah beliau bebel kat aku, kalau dah tau si Fatin tu lawa muka flawless, apa salahnya tanya je lah kat dia rahsia muka flawless dia tu................. takkan tu pun nak segan dengan staff sendiri kot ! 

Esoknya, aku pun masuk opis. Benda pertama aku buat, aku pergi bahagian fotostat dan cari si Fatin. 

Mana kau ni Fatin... oh lupa pula dia pagi-pagi kena bersihkan stor belakang dulu baru masuk buat fotostat untuk staff lain. 

Masa rehat tengah hari tu, aku ternampak si Fatin ada kat bilik rehat belakang. Dia ni memang mesra orangnya. Aku pun tanpa segan silu terus datang kat si Fatin, ajak dia berborak. Tanya khabar dan tanya macam mana dia kerja kat opis ni best ke tak....? 

Bila bos dah datang, kawan-kawan Fatin pun semua bagi laluan dan tinggalkan kami berdua je kat dalam bilik rehat tu. Maklumlah bos kan... garang pun ada aku ni kadang-kadang. Sebab tu budak-budak tu takut. hahaha :D 

So bila semua dah keluar, jadi privasi sikit untuk aku, senang nak tanya dia. 

"Fatin, akak nak tanya sikit boleh tak... muka akak ni teruk lah, hari-hari buat site visit, makin naik jerawat. Jerawat lama belum sembuh, dah tumbuh yang baru. Parut dia memang dah bertimbun ni kalau akak buang mekap akak ni...." 

Elok je aku cakap camtu, si Fatin terus bangun dan pergi ambil handbag dia... dia keluarkan sebuah botol kecil warna biru-biru macam tu. Aku tak perasan sangat, tapi bila dia tunjuk kat aku... baru aku nampak nama produk tu. 

Azanis Scar Serum, yup... produk Azanis Scar Serum ni lah yang Fatin tunjuk kat aku masa mula-mula sekali aku tanya dia pasal parut jerawat aku nih..

(Ni lah gambar Azanis yang Fatin bagi aku cuba tu, aku tangkap kat meja opis)

Fatin hulur sebotol Azanis Scar Serum tu kat aku. Masa tu aku macam tak percaya... Fatin cakap kat aku, akak Anis try lah dulu serum ni. Cuba balik ni akak cuci muka bersih-bersih dan pakai serum ni sebelum tidur. 

Akak stop je pakai produk-produk lain macam bio oil, mederma, serum-serum lain tu. Sebab bila akak campur-campur pakai, nanti muka akak jadi lagi rosak teruk sebenarnya. Akak cuci muka konsisten je. Kalau akak pakai garnier, guna satu je jangan pakai tukar-tukar. Then sebelum tidur akak amalkan sapu serum ni kat muka. 

Aku masa tu rasa macam, erk biar betul ko Fatin...??? 

Hari-hari aku sapu nivea whitening cream masa cuci muka, lepas tu aku bubuh toner dia lagi, sebelum tidur aku bantai masker lagi, siap sapu krim yang jenama babies apa tah tu... tak juga sembuh-sembuh. 

Si Fatin ni elok je suruh aku stop semua tu. Dah la mahal aku beli dia suruh stop terus ? 

Erm.... tapi mengenangkan pakwe aku si Zaki tu pesan, dengar je cakap orang yang dah berjaya kan... so aku pun dengar je lah cakap si Fatin. Yang bestnya si Fatin ni bagi aku sebotol yang dia guna tu free je kat aku. 

Tapi mengenangkan aku bos kan, segan la wei ambil barang staff sendiri tak bayar kat dia. So aku pun selit RM 50 kat handbag dia tanpa dia sedari. Maybe lepas balik nanti dia perasan la tu. 

So aku pun baliklah rumah. Malam tu sebelum tidur, aku macam biasa akan cuci muka dan ambil wudhuk sebelum tidur. Masa nak masuk tidur, aku try sapu setitis kat muka aku. 

Ikut cakap Fatin, jangan pakai banyak sangat sebab kesan dia memang best bila pakai. Sikit pun dah boleh rasa, nanti ada panas-panas sikit pastu dia meresap dalam. So aku pun sapu nipis sikit je kat muka. Aku ratakan muka dan aku tepuk-tepuk sikit bagi rasa lembab kulit tu. 

Bila aku start baring dan mula nak lelapkan mata, betul lah apa yang Fatin cakap tu. Ada rasa suam-suam sikit. Tapi dia bukan suam apa... just nice je macam kena tuam dengan kain panas. So aku expect maybe serum ni bertindak macam tuam dengan kain panas kot untuk hilangkan parut-parut aku. 

Apa yang paling best, esoknya masa aku bangun pagi, aku try pegang pipi aku. 

Ada rasa lembut sikit kulit aku !!! Pergh.... best gila... baru pakai sekali, dah dapat rasa perubahan tu. Jerawat batu kat bawah tulang pipi aku pun dah nampak kecut sikit walaupun tak ketara sangat !! 

Yeahhhh ni yang heppi gila ! Akak sayang gila kat kau Fatin... tak menyesal akak tanya kau semalam. 

Haa... start daripada hari tu lah aku akan pakai serum ni hampir setiap malam. Ada la sehari dua hari tu aku miss sebab penat sangat kan balik site visit pun dah malam. Terus tidur.... 

So, lepas 8 hari aku pakai, jerawat pun dah kurang. Parut pun makin nipis. Tapi sayangnya, Azanis Scar Serum aku pun dah habis. 

Patut lah si Fatin ni bagi free je kat aku, rupanya tinggal sikit kat dalam botol tu. Tak guna kau Fatin, aku bagi kau RM 50 kau bagi aku 20 titik je ? hahahahahaha... adui terkena aku dengan staff aku sendiri. So pengajaran untuk bos-bos kat luar, kalau staff belanja tu check dulu tau :P 

So malam tu aku balik rumah, aku try search kat google. Aku taip Azanis Scar Serum. 

Page pertama aku jumpa kat facebook adalah Azanis Scar Serum HQ Branch KL dan web paling atas sekali adalah AZANIS SCAR SERUM 004.


So masa search tu aku pun tekan je lah blog yang paling atas sekali tu. Bila aku tekan, dia pun keluar details lengkap macam dalam gambar kat bawah ni....




So bila aku tengok ada tulisan Official kat atas tu, pastu aku tengok ada packaging baru... aku pun start yakin yang ni adalah Azanis Scar Serum yang asli. 

Sebab seingat aku masa kat opis tu Fatin ada cakap, produk Azanis ni sangat laku kat pasaran. Kalau online tu memang gila-gila sales dorang. Sebab tu bila produk laku je ada orang buat tiruan. 

So kalau akak nak beli, kena cari kat yang official atau ejen sah dan rasmi sahaja. 

Aku pun bila belek website tu aku tengok dah ada packaging baru... so aku pun yakin sikit. Produk ni sentiasa ada improvement dan dia nak pelanggan puas hati serta yakin yang mereka tak terbeli produk tiruan. 

Biasa produk bila ada packaging baru ni belum ada tiruan lagi. So aku nak kena sambar cepat-cepat lah produk ni.... Aku pun terus mesej nombor 0173673630 tu untuk order. 

Bila aku order, wah kau ! Dia punya layanan kelas A. Best.... aku tanya macam-macam dengan tenagn abang Joe tu reply mesej aku. Dia punya impression nak puaskan hati pelanggan tu aku nampak. Memang bagus service mereka. 

So aku rekemenkan kat korang kalau nak beli Azanis Scar Serum yang packaging baru ni terus je roger abang Joe... mesej dia atau wasap lagi pantas: 0173673630 :) 

Ha... ni pula testimoni yang aku share kat dia..


Ha... ni masa aku share pengalaman aku sapu kat jerawat batu yang baru tumbuh kat pipi aku sebab keluar pi site visit tempoh hari... So ikut nasihat abang joe, aku kena banyak minum air. Ni bulan puasa tak boleh minum siang hari, so lepas raya nanti kalau pergi site visit aku akan minum banyak-banyak. 

Abang joe cakap, selain jaga luaran kita kena jaga dalaman juga. Pemakanan kena jaga. Kalau ada alahan dengan seafood tu kurang-kurangkanlah makan udang walaupun udang tu sedap sangat. hahaha... terbaik abang Joe :D 

Okay, nah ni akak nak belanja gambar Azanis Scar Serum yang akak beli dari abang Joe... packaging baru kau..... kelas mak oi ! 

hahaha....




Patutlah macam pernah dengar produk ni. Rupanya pernah masuk TV3... adui aku ni busy sangat, tu pasal tak pernah tahu produk bagus macam ni. Lain kali kau Anis, kena lah spend masa sikit bersosial ya... kerja kerja kerja kerja, isk isk isk.... kan dah berjerawat muka tu !

Macam mana..bestkan bila dapat hilangakn parut lagi-lagi dekat muka..jomla kita pakai, raya pun dah nak dekat ni..hahaha..jom sama-sama cantik..tergoda dengan cerita Anis ni..Belum cuba belum tau...

JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH

in , , by Nadia Johari, 12:29:00
hai assalammualaikum

Jika Dia Ada Pasti Lagi Meriah - Dah dekat dua tahun jugakla dia pergi meninggalkan kami. Seminggu selepas kami bertunang, dia pergi mengadap ilahi. allah lebih sayangkan dia. Arwah tau dah ada orang akan jaga anaknya yang degil tu...heeeheh.Ibu mertua, itulah perkataan yang selalu menantu dok fikir. Boleh ke ngam dengan ibu mertua nanti bila duduk sebumbung. Masa tu nad pikir nad tak kisah duduk sebumbung, nak taknak kene duduk jugak kan sebab syurga isteri di bawah telapak kaki suami..dah suami tinggal dengan mummy..so follow jele....tapi semua tu tak dapat. 

kenangan gambar masa bertunang..

Sayu rasa hati ni, baru nak merasa macam mana jadi seorang menantu. Baru nak merasa bergurau dengan arwah, baru nak merasa pergi terawih sesama, makan bersama, buat itu ini bersama. Baru nak merasa di bawak ke sana sini, dikenalkan dengan jiran-jiran. Tapi semua tu..ermmm..tau-taula orang muda, kalau tinggal berjiran, nak tegur pun tak tau nak cakap apa..senyum jele..kalau ada orang lebih tua, deme la yang dok bgtau sana sini..sebab diaorangla paling lama duduk sini...pernah sebelum terfikir, nad berangan, masak sama-sama, buat kek sama-sama..belajar menjahit..sebab apa yang nad tengok dalam rumah ni, khazanah dalam rumah ni banyak yang arwah buat sendiri..tapi semua tu  tak sempat..

Sebelum kawin, sebelum keluar dating, mesti singgah rumah mr mafia, borak dengan arwah mummy. Arwah mummy ni memang cerewet sikit, tengok gaya pun dah tau..tapi cerewet dia takde melampau. Nad ni pun mulut laser.haahha..memang boleh ngam la.. Dia ni suka berborak. Kadang-kadang nad pun tak tau cerita apa yang diborakkan tu..hhahahhaa.. semuanya tinggal kenangan..kisah arwah mummy ada nad ceriat dekat SINI


Keluarga mr mafia kecik je. dia ada tiga orang adik beradik. Semuanya lelaki..yang nad pulak dari keluarga besar dan suka bergurau. Bila masuk dalam keluarga mr mafia ni macam lain suasana..yela masing-masing dah kawin dan dah ada rumah sendiri. Jadi bila masa terlapang la baru dapat bersama. Lagi-lagi bulan bila bulan puasa, berbuka berdua je mana best kan..mesti nak ramaia-ramai baru meriah. Bila ada kesempatan ajak diaorang berbuka bersama. Kalau ade arwah mummy pasti meriah jugak..sorang lagi adik mr mafia dekat pahang..dia tinggal sana..so tak dapat join.


hai assalammualaikum

Produk Yang berkesan Menghilangkan Parut - Parut!!!..siapa yang suka bila ada parut hitam tertinggal dekat badan, muka, tangan, atau kaki. Sangat tak cantik la bila ada parut ni. Parut ni mungkin terjadi disebabkan kemalangan,kudis,atau macam- macam lagi yang boleh meninggalkan kesan parut. Nad pun ada parut juga, alahai bila tengok berhari-hari memang sangat tak selesa.Rasa nak siat-siat je kulit ni..rimas dengan parut hitam-hitam ni. Hari-hari nak berangan yang seluruh badan ni nak selicin tanpa cacat cela pun..hahaa.. Kadang-kadang ada yang parut sejak dari kecil lagi tak hilang sebab tak jumpa produk yang sesuai untuk hilangkannya.

Ada je cara tradisional untuk menghilangkan parut ni..tapi siapa yang rajinla kan nak buat..Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat. Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,nad senaraikan produk yang berkesan  untuk hilangkan parut di muka dan badan tu. Harga semua takde mahal..semua mampu milik ok..

1) Azanis Scar Serum


Azanis Scar Serum merupakan produk rawatan parut No 1 Terlaris di Malaysia. Banyak nad baca, memang produk Azanis ni yang terbaik..Azanis Scar Serum merupakan produk yang berupaya menolong menghilangkan kesan parut di muka dan badan walaupun parut itu sudah lebih 10 tahun!!..Ramai testimoni dah gunakan produk ni..memang berkesan. Alahai gumbiranya hati ni bila parut dah hilang kan. Takde lagi kesan-kesan hitam tu.


Azanis Scar Serum memang dikenali sebagai serum hilangkan parut. Secara amnya Azanis Scar Serum membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi kelebihan Azanis Scar Serum adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.


Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari  sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada dekat kulit kita ni ha. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. Azanis Scar Serum dijamin bantu memudarkan apa saja jenis parut seawal 3 minggu, tanpa bahan kimia merbahaya.

Disebabkan Azanis ni dapat feedback yang terbaik, permintaan untuk Azanis Scar Serum ni sangat meningkat sampai nad pun dah ikut terjebak membeli..memang terbaikk..parut dekat kaki akibat kudis semakin hilang..aummmm..suka-suka..


2) Bio Oil



Bio oil boleh memperbaiki parut di kulit, kerana, produk ini merupakan campuran unik minyak dari ekstrak tumbuhan semula jadi dan minyak pati semula jadi yang boleh membantu menjana semula kulit bermasalah. Di dalamnya ada kandungan Kalendula, Rosemary, Chamomile dan Lavender yang telah digunakan selama berabad-abad untuk melicinkan, mencerahkan dan menyelaraskan kulit

Nah, selain mengandungi ektrak tumbuhan, ada lagi kandungan utama bio oil. Iaitu Vitamin A, yang memacu pembentukan kolagen baru dan membantu dalam peremajaan kulit, meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tekstur dan warna kulit. Bio Oil adalah minyak pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata . Ia juga berkesan untuk baikpulih penuaan dan kulit kering.

Bio oil ni nad penah guna, biasalah tengok iklan macam menjadi je. Jadi nad beli la. Nad tonyoh la dekat parut tu setiap hari tapi hasilnya lambat. Lagi satu bio oil ni jenis berminyak..jadi akan rasa tak selesa la bila dah berminyak ni.


3) Dermatix


Dermatix adalah sejenis silikon Gel, digunakan untuk membantu menghalang parut luka-luka yang baru sembuh dan juga mengurangkan parut tidak matang menonjol. Ia diuji secara klinikal dan terbukti untuk melembutkan, meratakan dan melicinkan parut, dan melegakan gatal-gatal, sakit dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan mereka.

Dermatix mudah digunakan dengan kebanyakan bahagian-bahagian badan, termasuk muka, sendi dan lain-lain bahagian kulit. Ia dibekalkan dalam tiub 15g dan boleh didapati dengan atau tanpa preskripsi. Satu tiub 60 g juga boleh didapati untuk parut yang lebih besar.

4)  Mederma


Mederma terbukti secara klinikal dapat mengurangkan parut yang ketara. Ia merupakan salah satu rawatan parut yang terkemuka di dunia selama lebih 10 tahun. Dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal*, gel ini merawat parut lama dan baru. Formula gel proaktif menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara.

Untuk hasil yang terbaik, gunakan Mederma sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan - untuk sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama. Tapi ape nad baca ada yang dah dua tahun guna, parut dia hilang sedikit je..tak taula kan..



Ni la produk yang nad pernah dengar dan ada yang nad pernah guna. Tapi nad syorkan better pilih produk yang cepat kesannya dan memuaskan hati kita kan. Siapa yang taknak kulit yang licin tanpa parut kan..kita ni memang susah nak tunggu lama-lama..jadi Azanis Scar serum la yang terbaik..Sebagai pengguna kene pilih-pilihan yang betul..lagi-lagi nak raya ni oiii...hehhe..



Sekarang ni ramai duk kalut nak mencari produk yang boleh menghilangkan parut di muka dan badan dengan mudah dan cepat.Meskipun demikian,tips dan petua orang dulu-dulu tidak boleh diketepikan.Ada jugak yang berguna dan menjadi.Contohnya penggunaan kulit kayu manis untuk menghilangkan parut di muka.Tapi,kena tahan pedihnya dek panahan kayu manis tu.Hehe.
Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat.Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,saya ada satu cara yang sangat mudah untuk hilangkan parut di muka dan badan tu.InsyaAllah kita usaha,cuba dan tawakkal Allah izinkan.Mesti tak sabar nak tahu produk apa kan?heee.

JOM MASAK DAN MENANG DENGAN MAHSURI

in , , by Nadia Johari, 17:18:00
hai assalammualaikum

Jom Masak Dan Menang Contest Dengan Mahsuri - Nah berita gembira untuk mereka yang gemar memasak. Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM500 setiap pemenang yang terpilih. Mudah sahaja, beli la kicap Mahsuri di kedai berdekatan, lepas tu buat la masakan yang sedap dan mampu menarik penganjur. Mudah je kan. Buat masakan dengan kicap Mahsuri memang mudah oo..campak-campak gitu je..hehehe..


Sempena bulan Ramadan ini, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri, membawa berita baik kepada mereka yang berbakat dalam masakan menerusi kempen terkininya, pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015.


Pertandingan ini mengundang mereka yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag, #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam. Lepas je korang masak, korang amik gambar lepas tu post kan ke laman facebook My Mahsuri dengan hastag sekali.

Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 yang pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya mereka.

Selain itu, pemenang akan merasakan Ramadan mereka lebih bermakna apabila bakal menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan. Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa.
Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook.com/MyMahsuri
hai assalammualaikum


Check Up Kali Ke Tiga ; Suntikan Kancing Gigi - Macam biasalah rutin ibu hamil setiap bulan ialah membuat pemeriksaan. Takleh miss pun sebab nak tau perkembangan bayi dan ibu supaya sentaisa sihat dan dalam keadaan baik. Sekarang nad dah masuk 23 minggu bersamaan 5 bulan..alhamdulillah baby dengan mummy dalam keadaan baik. Dah 12 Ramadhan harini, nad masih kuat lagi puasa, baby pun sangat behave..sebab mummy dah cakap kita puasa penuh erk..hahhaha..mummy lagi aktif..nak kemas itu ini..tak boleh nak tengok rumah bersepah.

Sebenarnya nak cerita haritu buat check up kali ketiga, sampai sana, macam biasa mula-mula check benda yang sama. Check tekanan darah, berat, air kencing, ukur perut. Tapi tiba-tiba nurse cakap " semua sihat, baby ok, kandungan pun dah masuk 23 minggu..jadi bolehla buat suntikan kancing gigi"..erk..alamak kene suntik lagi ke..ingat masa mula-mula je kene buat lepas tu dah takda.(almaklumla pertama kali mengandung..ape kita tau)...huaaa..sangat tak suka kene suntikan ni..dengan jarumnya tu..tapi nak taknak kene buat jugak sebab sangat wajib suntikan Kancing Gigi ni ok..demi keselamatan baby.

Kenapa perlu suntikan Kancing Gigi?
Mestilah sebagai ibu nak tau untuk apa Kancing Gigi ni kan..informasi u alls so boleh kongsi dengan korang..walaupun korang dah tau..hahaha..Nurse tu cakap suntikan ni bertujuan membentuk antibodi bagi melindungi diri dan bayi dlam kandungan daripada kuman yang mudah dijangkiti melalui semasa bersalin. Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Kancing gigi boleh mengakibatkan keretakan di tulang belakang, keregangan tendon, kesukaran untuk makan, kegagalan jantung dan trombosis. merupakan salah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut dan juga menjadi punca kematian di Asia dan juga Afrika. nak tau lebih lanjut boleh baca SINI


Lepas je kene suntikan..pergh 2 hari lenguh tangan ni ha..nurse cakap memang akan lenguh selama dua tiga hri gitu..part macam ni memang tak suka..sobsobsob..nak pakai baju pun susah..nak buat kerja lagila..yang jejaka mafia boleh pulak risau tahap teruk..hahaa..siap cakap "jomla pergi klinik, kenapa boleh macam ni"..lepas je nad cakap nurse cakap memang dua hari lenguh macam ni baru dia paham..apa-apa masa lenguh tu mintak dia tolong la..lepas je dua hari memang hilang lenguh dah..huhuhu...sekrang dah  5 bulan dah..semua cakap macam 2 bulan..
hai assalammualaikum

Resipi Mudah Untuk Bersahur - Hai assalammualaikum..wah dah seminggu kita berpuasa kan. Sekejap betul masa berlalu kan. Sekejap lagi mula sibuk nak buat persiapan hari raya..hahha..nampak tak..berkobar kau nak kemas rumah..hah bab puasa ni apa yang paling susah untuk si isteri ialah memikirkan apa yang nak dimasak..haha..30 hari puasa..30 hari dok pikir..hebat kan si isteri..padahal hari-hari dah masak tapi tetap kene pikir..ayoyoyo..


Ok ni nad bagi menu simple sangat..semudah abc..menu ni mak nad selalu buat kalau dah takde idea nak masak apa. Kira menu ni macam menu orang bujang la..hahhaa..walaupun menu ni simple tapi menu ni la yangbmenjadi kegemaran laki nad..haishh..laki nad ni cerewet sikit..hahaa,.susah nak ikut tekak dia..macam nad bedal je..tak sangka menu ni boleh jadi kesukaan dia..pelik nor..

Ape nama menu ni..hehhe..namanya ikan bilis goreng belacan...hah nampak tak..menu ni makan dengan telur kicap pun dah ummmphhh..bahan-bahannya ade empat je..senang..meh tengok resipi..
1) ikan bilis..wajib ooo..bahan utama ni
2) cili hijau besar ( dihiris)
3) bawag besar (dihiris)
4) belacan

Cara-caranya
1) Pertama sekali goreng ikan bilis tu..pilih ikan bilis yang rangup..lepas masak asingkan
2) Guna kuali lain letak minyak sedikit goreng cili hijau dan bawang besar bagi masak..jangan sampai lembik sangat..
3) Bubuh sedikit belacan..(agak-agak..jangan banyak sangat nanti masin)
4) bila belacan dan bercampur dengan cili dan bawang..terus masukkan ikan bilis rangup tu..gaul-gaul dalam 5 saat..terus angkat...
5) siap..takyah letak gula dan garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..gula pun takyoh..


Simple kan..hehhe..selamat mencuba


hai assalammualaikum

Lukisan Doodle Bunga Pemberian Blogger Dayang Deno - Selama ni nad selalu baca je kisah dia dekat blog. Mulanya nad kenal dia disebabkan lukisan doodle yang dia lukis. Memang tangan dia berseni..halus je lukisan doodle dia. Memang mengagumkan bila tengok lukisan doodle dia. Masa tu nad tak tau lagi dia ade sejenis penyakit sebab tak kenal dia dari mula. Then lepas mengikuti perkembangannya, baru tau dia seorang penyakit SLE (Systematic Lupus Erythematosus). 

Apa penyakit SLE ni?..ni info sedikit nad amik dari blogger Dayang Deno..
Jom kenali penyakit LUPUS

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigalaErythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus. Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang mengidap Lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, tapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus.

Nak tau cerita lebih pasal SLE bolehla bertanya kepada Dayang Deno..hehe..Deno ni seorang yang kuat..nad kagum dengan dia. Dia sentiasa positif dan tidak cepat mengalah. Bila nad baca blog dia berkenaan apa yang dilalui, dia perlu bergantung kepada ubatan-ubatan, bukan sikit tau..banyak..untuk terus sihat. Sebagai kawan blogger kita akan bagi sokongan dekat dia. Bagusnya dia ni, dia meluangkan masa dengan membuat doodle. Cari duit dengan melukis doodle..bagus kan..

Haritu masa majlis Sepetang Bersama Blogger, akhirnya nad berjumpa jugak dengan Deno ni. Sebenarnya dah lama nak jumpa..biasalah blogger kan..dah lama dok borak dekat blog, facebook..mesti nak jumpa face to face. Then bila jumpa, ingat pemalu ka, pendiam ka..tapi peramah habis..ada je benda dia nak cerita..arghhh happy sangat..hehehe..bercerita dari kita berkenala, pasal blog then pasal lukisan doodle yang Dayang Deno buat.

Selama ni tengok lukisan dia dekat Media Sosial je, tapi dapat tengok depan-depan memang amazing kau..fuh..macam mana dia boleh buat nad cakap??..dia cakap die lukis jela..haha..kalau nad lukis pun jadi la jugak tapi jadi ape ntah lepas tu..ahhaa..Deno cakap doodle ni lukis je la ape-ape..mesti jadi..percaya kepada tangan kita..bak kata kawan dia "orang lidi pun dianggap lukisan"..heehe..memang halus je lukisan dia..sampai masa kitaorang takde buat apa-apa dekat SBB dia sempat melukis...
Terima Kasih Deno sebab bagi lukisan doodle ni.hehe.happy giler..boleh frame dan gantung nanti..
Korang kalau nak berkenalan atau tempah doodle dengan Dayang Deno boleh pergi ke
Email : pinky_deeno@yahoo.com

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2