FEECAMELLA RAYA 2015 GIVEAWAY

in , by Nadia Johari, 20:04:00

hai assalammualaikum

http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.com/2015/07/feecamella-raya-2015-giveaway.html
klik banner untuk join


Kawan-kawan hanya perlu jawab 1 soalan mudah and berpeluang untuk menang 
giveaway awesome dari kami :)
Boleh lah dapat duit raya and bergaya dengan FeecaMella dalam bulan Raya ni.
Raya kan Sebulan. Sempat lagi nak bercantik-cantik :) 

Giveaway bermula dari 23 July 2015
and berakhir pada 31 July 2015
Pemenang akan diumumkan di blog ini and FeecaMella Instagram
pada 2 hari berikutnya 2 August 2015 :)

Syarat-Syarat Wajib Penyertaan : 
1. Tulis entry yang bertajuk "FeecaMella Raya 2015 Giveaway"
-----> (Copy & Paste kandungan entry ini)
2. Follow blog ini, Aynal Mansor
3. Follow Instagram @FeecaMella 
4. Like Facebook FeecaMella
Soalan :
1. Pada Tahun Bilakah FeecaMella Ditubuhkan?
----> Nak tahu Jawapan mudah ada di Entry Ini :))

Mudah je kan..jom join .
hai assalammualaikum

Beraya Di Rumah Blogger Bubblynotes Farah waheda - Hari sabtu haritu, nad pergi ke shah alam sebab ada kenduri kawin saudara belah mr mafia, sambil-sambil tu nak pergi la beraya sekali rumah kawan yang terdekat. Disebabkan masa hari tu kawan mr mafia datang rumah, jadi lewat keluar rumah, tau-tau jela jalan dari kuala lumpur ke shah alam memang jem..lagi-lagi waktu petang. Jadi nad pun sempat pergi beraya rumah kak Farah je la, sebab rumah saudara dekat dengan rumah kak Farah..

Kak Farah mana ye..hehe..ala blogger bubblynotes tu yang suka membebel..hehhee..nad pun tak pernah lagi singgah rumah kak Farah dekat Puncak Alam tu. Sekali datang nak tengok ash..motifnya la kann..sampai rumah kak Farah dah pukul 6.30 petang..datang-datang je dah dengar ash terjatuh..adoiila ash..semakin aktif awok ye..tak sabar nak sambut tetamu (padahal nak ikut mommy dia keluar, takut mommy tinggalkan dia)..hehehhe..

Masuk je dekat rumah kak Farah, ash riang suka suki kau..berlari sana sini sebab ada tetamu datang. Memang tak boleh duduk diam. Suka tengok gelagat dia yang semakin ligat tu. Yela selama ni kawan dengan nekma dengan atuknya je..sekali tetamu datang mana tak jadi macam tu..hehee..happy budak tu..kak Farah cakap memang dia takkan duduk diam..duduk sekejap pastu ada je benda nak mainnya..hahaha..memang betul..semua mainan dia nak ditunjukkan..nad layankan je..biasalah budak-budak kan..


Nad ada baca dekat blog kak Farah, yang ash rindukan babahnya, setiap kali jumpa laki dia akan rapat..hahaha..memang betul. Masa Mr Mafia duduk..dia pun nak kepit jugak dengan Mr Mafia..Mr Mafia pun layankan je..siap main lagi..suka dia..bagi Mr Mafia praktis jadi bapa ye ash..haaha..baru layan ash belum lagi anak sendiri..macam mana la gamoknyaaa..


Terima Kasih kak Farah sambut nad dengan suami..dengan terhiburnya tengok gelagat ash..hehe..yang bestnya bila kita nak kiss, dia kiss mulut kau..nampak peramahnya ash ni..hehehe..baru anak orang..anak sendiri macam mana la agaknya..hehee..

hai assalammualaikum

Happy Bithday To Me : Renew Lesen Yang Dah Mati - Masuk bulan Julai je, pasti ada sesuatu yang ditunggu..hehehe..bulan Julai, tarikh 18 Julai maka lahirla seorang gadis yang ayu, cun melecun, kecik molek ingin melihat dunia..hahhaha..semakin hari semakin meningkat usia..tapi wajah masih maintain muda jiwa remaja..auchh gitu...tak sangka la sekarang dah jadi isteri orang..ayoyoyo..nak tengok muka kite masa kecik..ada buat entry dekat SINI..hehehee..


Bila dah ada suami ni, kalau time hari terpenting ni, mesti tunggu apa yang dia nak buat. Surprise ke idak..saja buat-buat senyap..tengok dia ingat ke tak buat hari lahir isterinya ni..18 Julai masa ni raya kedua, raya dekat kampung lagi. Selalunya akan wish malam pukul 12 malam..ni tunggu punya tunggu takdok ni..haishhh..dia ingat ke tidak ni..esok pagi..nad annouce dekat mak.."makk!! harini harijadi diah"..hahha..macamtu sekali..mak cakap "oo yeke..selamat hari lahir"..mak ucap.."makk, masak sedap-sedap ye arini"...bila mr mafia masuk rumah, (baru lepas mandi dekat luar..orang lelaki memang mandi dekat luar).ngadu lagi dekat mak.."mak ada orang tu tak ingat birthday kita"..mak gelak je..mr mafia buat-buat blur..mak terus cakap.."harini birthday dia"..mr mafia sengih.."abang taula sayang..abang ingat..nak wish malam tadi tapi sayang dah tidur'..eleleh alasan..huh..hahaha..pagi tu terus wish..dapatla kucupan dahi..aummmm..


Sekarang ni dalam hidup, apa nad nak..sikit-sikit dah dapat walaupun tak sepenuhnya..alhamdulillah..takpe nad akan berudahsa lagi..untuk capai apa yang nad nak walaupun kadang-kadang ada halangan. Itu kan semua dugaan hidup..

Ingat dapat surprise lain lagi..tapi belum dapat lagi..takpe akan ku tuntut..hahahahaha...


Perkara pertama yang nad buat untuk birthday girl, perkara paling penting ialah renew lesen..hahahaha..dah setahun rupanya lesen ku tu..kali ni sedar..hahaa..bukan macam sebelum ni..tak sedar lesen mati..nasib baik masa tu sempat buat..kali ni mudah je..nad buat dekat pejabat pos je. Baru nad tau, lesen yang baru lepas habis P, mesti dibuat dekat JPJ tak boleh dekat pejabat pos, tapi lesen yang dah full, yang dah takde P, baru boleh buat dekat pejabat pos. Jadi senangla takyah pergi JPJ tu. 

Tanya kaunter, perlu ke gambar pasport. dia cakap tak perlu sebab dia akan scan je. Ok selamat lagi, sebab nad takde gambar pasport masa tu..hahahha..tapi tak bestnya dia amik gambar dekat kad pengenalan kita. Alahai gambar dekat kad pengenalan tu dahla tak lawa.. hasiyehh..takpela..yang penting renew..Renew kene ikut tarikh lahir kita. Jadi nad buat dua tahun untuk renew lesen sebab nak buat setahun tak boleh cause terlambat buat..Takpela..dua tahun lagi bagus..lama sikitt..nampaknya nak kene tukar kad pengenalan baru pulak la..dah buruk sangat kad pengenalan nad..huhuhuhu..

walaupun jarang bawak kereta..renew lesen tetap penting..hahahhaha.. Menunggu mrmafia buat surprise..haaha..
hai assalammualaikum

Biskut Kapit Coklat Menjadi Kegemaran Raya Ni - Sambil-sambil ziarah rumah saudara mara di hari raya, mata sambil melilau tengok kuih, biskut,kerepek apa yang disediakan. Bila ada yang disukai pasti akan dimasukkan mulut..lagi-lagi kalau nampak makanan yang sangat digemari..kalau boleh nak dihabiskan je, tapi tak elok kan sebab orang lain pun nak makan. Lagi perkara jahat kalau boleh nak bawak balik rumah...masuk dalam beg..hhahahah..tapi tak senonoh pulak perangai macam tu..orang cakap apa pulak..hahahah


Setiap kali beraya, mata nad akan cari biskut kapit. Kalau dulu biskut kapit kosong, takde isi, tapi sekarang orang suka buat lain dari yang lain, tambah perisa bagai kan. 


Sekali dapat rasa biskut kapit berisi coklat, sedapnyaaa..memang suka sangat kerepek kapit coklat..kadang-kadang susah nak cari kerepek kapit coklat ni..cepat habis.sebab bukan nad je suka..ramai orang suka..bila nampak kerepek ni memang tak berhenti makan..walaupun pergi banyak rumah tu ade kerepek kapit coklat, rumah tu seterusnya pun ada..tetap makan..hahahah...tapi takdelah habiskan..

Nak kene cari untuk buat kudap-kudap dekat rumah...hahaha




hai assalammualaikum

Kemeriahan raya Mesti Ada Bunga Api Dan Duit Raya - Alhamdulillah, dah masuk tujuh syawal, cerita syawal macam banyak pulak, tak habis-habis ni..hahaha..biasalah syawal kan sebulan..syawal memberi kemenangan kepada kita sebagai umat Islam yang sudah menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Sebutnya sahaja Bunga Api dan Duit Raya memang seronok sewaktu nad kecik-kecik dulu. Dua benda ni la yang dinantikan masa nak tibanya Syawal..hehee..sekarang dah besar pun masih excited lagi dengan dua benda ni..kalau takda dua benda ni macam tak meriah raya..

Bunga api/mercun

Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-
1)   Mudarat Kepada Diri
2)   Mudarat Orang Lain
3)   Pembaziran


Memang bila tibanya nak Syawal, berdentam dentum bunyi mercun di mana-mana. Bukan setakat mercun,meriam pun masih ada lagi. Walaupun dikatakan mercun atau bunga api ni mengganggu orang lain, tapi jika tiada, senyap je, macam takde erti Syawal ni. Walaupun bunga api dikatakan bahaya, kalau digunakan betul-betul, insyallah takda masalah.


Lagi elok ada pantauan daripada orang besar bila kanak-kanak bermain. Memang banyak kes budak terkena mercun, putus jari, budak-budak sekarang advance, kadang-kadang mercun direka untukdijadikan hebat,last-last, terputus jari diaorang baru nak insaf... tapi kalau kita cakap "tak boleh main mercun"..mesti kanak-kanak akan beli jugak kan..sebab dah jadi macam perkara biasa bila nak sambutnya Syawal ni. Nak selamat beli je bunga kucing atau bunga api warna warni tu..takpun mercun bawang....huhuhu..

Memang dikatakan membazir beli bunga api ni disebabkan kita keluar duit banyak-banyak,pastu dibakar bunga api tu, pastu dibuang..hahhaa..nampak tak pembaziran disitu. Tapi disebabkan nak bagi kemeriahan Syawal tu kadang-kadang ibu bapa pun beli. 

Duit Raya


Ni part yang paling best bila tibanya Syawal, lagi-lagi budak-budak. Orang suruh datang beraya, berziarah tapi datang rumah orang tak sabar nak duit raya. Kadang tak makan pun kuih muih yang disediakan tetamu. Ish tak baik macam tu, kene ajar anak-anak kita cara ziarah tetamu. Baru la pikir duit raya.  Jadi ibu bapa la yang kene ajar anak-anak mereka tu.


Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Kanak-kanak yang berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan rumah terbuka tentu seronok bila menerima duit raya yang dihulurkan oleh tuan rumah. Ada yang bersampul dan ada yang diberi begitu saja, sama ada duit syiling atau kepingan duit kertas baharu. Pemberian duit raya ini sangat wajar diteruskan.. mungkin ada yang berkata ianya bakal mewujudkan amalan negatif (beraya sebab nak duit raya), namun ianya bukanlah matlamat asal beraya. 

Raya ni kita nak kongsi kegembiraan. Kalau dalam bulan puasa, kita banyak bersedekah, kenapa tidak diteruskan pada bulan-bulan selepasnya? Tak rugi kalau rajin bersedekah ni, malah akan menambahkan lagi keberkatan dalam harta kita. Setiap pemberian kene ikhlas. Sebagai ibu bapa juga, duit raya ni boleh disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Takdelah mereka boros je, lainlah mereka dah besar, taulah mereka nak buat apa dengan duit tu.

Bila nad pikir balik, rugi dulu duit raya boros..hahaha..kan menyimpan itu elokkk..huhuhu..kalau tak duit mesti dah berjuta..

Kesimpulannya, walaupun banyak negatif, tapi bila niatkan ia positif, gunakan secaar betul, insyallah ia akan positif dan takkan ada apa-apa yang berlaku..lagi eriah syawal tu bagi kita semua.








 

KAD RAYA DARIPADA BLOGGER

in , , by Nadia Johari, 21:29:00
hai assalammualaikum

Kad Raya Daripada Blogger - Dah masuk Enam Syawal, kepuasan beraya tu takkan puas selagi tak sebulan..hahaha..kalau boleh nak serbu rumah semua kawan-kawan, tapi masa tak mengizinkan. Kalau yang kerja , kalau boleh nak cuti sebulan..tapi tak boleh..jadi sambung raya hari minggu jela..Kalau dulu,masastudy nadsuka bagi kad raya dekat kawan-kawan sekolah, sekarang nad bukan taknak bagi tapi komitmen lain banyak pulak. Insyallah tahun depan nad akan usahakan untuk bagi..

Terharu bila kawan-kawna blogger masih ingat akan diriku untuk bagi kad raya ni. Seronok bila dapat kad raya ni, sebab rasa nak raya tu lagi meriah. selain itu, kita dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama blogger. Lagipun sekarang zaman dah canggih, kad raya pun masing-masing mesti lawa-lawa semua, lagi-lagi blogger. akan terpampamg wajah mereka dekat kad raya..hehehe..tu yang seronok nak kumpul balik kad raya tu..tahun ni nad hanya dapat daripada beberapa blogger sahaja, tu pun mereka yang nak bagi..terima ksih korang..sayang korang..

Meh tengok kad raya siapa yang nad dapat.









Sedihnya salah satu kad telah masuk ke dalam sampah..sedihh oo..macam mana leh terjadi, ayah nad dia kemas-kemas meja, last-last terbuang sekali kad raya tu..macam nak menangis weiii...sobsobsob..taknak mention sapa punya..bebel jugak la nad ni masa terbuang tu..huhuhu..nad dah mention dekat orang yang bagi kad tu..takpela takde rezeki nak simpan kad raya dia tahun ni..Ada dua lagi kad raya yang tak dapat..sebab dua orang ni ada mintak alamat tapi kad tak sampai lagi..huaaaa..harap-harap sampai la..
hai assalammualaikum

Gaya Raya Simple Aku Sebagai Ibu Mengandung - Sebenanrnya banyak baju untuk ibu mengandung, tapi tahun ni taknak membazir, pakai apa yang ada je, sebab tengok almari alahai banyak baju yang masih baru dan masih pakai beberapa kali je..tak salah nak repeat baju tu semula..kihkihkih..Tahun depan la kita melawa ye..insyallah tahun depan bertiga. Nad sekarang dah tak selesa pakai baju yang dulu disebabkan perut semakin membesar. Jadi pakai baju dress mengandung, seluar mengandung yang memberi keselesaan kepada diri.

Banyak pakaian ibu mengandung yang cantik-cantik pada masa kini. Tentulah ia tidak semudah untuk anda mencari pakaian seperti sewaktu sebelum mengandung. Yela sebelum ni cari saiz paling kecik je, sekarang kene cari saiz besar sikit sebab tang pinggang dan perut dan membesar. Ibu mengandung pastinya inginkan pakaian selesa dan nampak cantik pada masa yang sama.


Hari raya ni walaupun simple tapi mesti nak nampak jelita di hari raya kan..hohohoo..dengan gabungan warna yang ceria dan berani. Tahun ni nad pakai baju blouse dengan skirt. Blouse tu nad dah lama beli tapi terbesar, jadi pakai sekali je..hahaha..yela dulu kecik je..jadi baju ni boleh dipakai masa pregnant ni. Memang sesuai sangat. Kain pulak nad beli dekat tesco je dengan harga RM35.00. Nak matchingkan dengan baju, nasib baik jumpa kain ni. Last minit beli, macam ni la..ingat nak beli kain duyung tu..tapi tak jumpa..jadi nampak kain ni..amik jele..


Aksesori yang nad pakai untuk taknak nampka kosong, nad pakai rantai berwarna hitam dengan gelang tangan. Semua ni memang dah ada dekat rumah sejak sebelum kawin lagi..pakai bagi nampak anggun sikit..


Kami tak sedondon tahun ni..hahaha..sebab memang tak rancang nak berdondon-dondon..takpe tahun depan kita meriah sikit.


Lagi satu  baju ibu mengandung untuk raya ni ialah baju tshirt dengan seluar. Yang ni nad beli dekat kedai motherworld dekat gombak. Ni kes mr mafia nak la tengok isteri dia berpakaian seperti orang mengandung. Kita pun ikutkan jele..nad memang nak beli seluar mengandung sebab dah jemu pakai kain je, tak sangka  pulak dia suruh beli baju sekali..ahahha..sebab dia berkenan dengan baju tu..amik jela kan..pink pun pink la kak oiii..asalkan mr mafia happy..akan dipakai lepas beberapa hari beraya..huhuhuhu..

Raya yang lain nad pakai baju lama yang boleh dipakai..memang jimat tahun ni...
  

BALIK KAMPUNG DI PAGI RAYA..

in , , by Nadia Johari, 01:57:00
hai assalammualaikum

Balik Kampung Di Pagi Raya - Balik kampunggg!!..oooo..balik kampung!!!..hati giranggg...wah kalau semua nak balik kampung lagu ni mesti dinyanyikan..baru rasa nak balik kampung..hehhee..harini dah satu syawal..Selamat Hari Raya semuaa...Ramai dah balik kampung sejak hari selasa lagi..Kuala lumpur pun dah semakin sunyi..nad bila balik???

Nad balik pagi raya ni haaa...lepas sembahyang raya terus gerak ke kampung..kampung takda la jauh sangat..tapi amik masa jugak dalam satu jam setengah..hahhhaa..okla tu..lama gak kan...lagipun dari bandar ke kampung Meru Klang tu hah..hehehhe...lagu-lagu raya tetap dinyanyikan...hehehhe..tahun lepas pun macam ni..pagi raya baru gerak ke kampung..dah sampai kampung terus beraya...

Tahun ni semua adik-beradik, sedara, sepupu sepapat beraya dekat kampung..memang meriah ler kalau semua dah balik..beraya di kampung lagi best, sebab kita akan ziarah dari satu rumah ke satu rumah..yela rumah kampung kan dekat-dekat..jadi satu rumah amik masa beberapa minit je..hahaa..kalau lelama tak dan..

Tips Keselamatan Meninggalkan Rumah
  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan baik supaya tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. . 
  3. Maklumkan kepada jiran yang tidak pulang ke kampung dan berikan nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa semasa ketiadaan di rumah. 
  4. Pastikan tiada barang² kemas seperti emas, wang tunai, barang berharga dan sebagainya di dalam rumah atau disimpan di tempat yang selamat.
  5. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal dan berikan maklumat seperti berikut: Nama dan alamat Nombor telefon yang mudah dihubungi Tarikh berlepas dan balik Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti 
  6. Untuk lebih selamat, dinasihatkan mengambil polisi Insuran untuk melindungi rumah dan barang berharga.
  7. Paling penting jangan lupa baca doa.

Ok di kesempatan ini, nad ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..Doakan perjalanan kami selamat sampai..harini baby dalam beraya dalam perut dulu..hehee..

PERSIAPAN RAYA YANG SEDERHANA

in , , , by Nadia Johari, 19:52:00
hai assalammualaikum

Persiapan Raya Yang Sederhana - Sofa baru!! Langsir baru!! Karpet baru!!..kalau boleh semua nak baru..bila dah nak dekat raya ni, kalau boleh semua nak tukar. Biasalah raya setahun sekali kan. siapa yang taknak tukar baru..takkan nak sama je kan..tapi bagi nad, semua persiapan simple je. Ada yang beli baru tapi cuma sikit je..berjimat katakan..barang makin naik kan..huhuhu..Hasil peninggalan arwah mummy, seperti langsir, lapik, tikar, yang masih lawa nad gunakan. Tahun ni banyak pikir baby je..hehehe

Shoping pun tak banyak. Bila dah rasa tak lawa, baru nad tukar beli baru. Mestilah nak bagi rumah kelihatan kemas kan. setakat beli benda-benda murah boleh lagi..Nad suka kemas awal sebab malam raya boleh relaks je..hehee..tahun ni lambat sikit buat rendang sebab akan beraya di kampung..kang masak awal basi kan..jadi lepas balik raya di kampung baru buat rendang tu, sebab mr mafia suka makan rendang tu...

gambar contoh google

Baju raya nad pakai apa yang ada je..cuma tahun ni beli kain je. Susah sangat nak cari baju ibu mengandung ni..heeheh..lagipun kan nak jimat..apa yang ada, kita pakai jele. Jangan membazir..tengok almari pun dah penuh dengan pakaian..ayoyoyo..Lagi satu baju lama yang dulu terbeli besar, nad kasi alter je. Kecikkan..kan jimat kann..mungkin tahun depan baru pakai yang baru, sebab ada kain ela yang tak dihantar kedai lagi..hahaha..so tahun depan pun dah ada baju raya siap dah..ahhaha...memang takyah pikir..Kasut raya pun pakai mana yang ada je..cantik lagi...Nak tahu tahun ni fesyen baju raya macam mana..hah tunggu nanti nad update kasi tunjuk baju..hehee

gambar dari google

Kuih raya, biasalah beli tunjuk je..nak buat tak reti..lepastu kalau buat sorang-sorang mana bestt..jadi beli dekat kedai je.. Tahun ni tak beli banyak kuih raya, sebab rumah dekat kuala lumpur ni, yang datang pun kawan-kawan mr mafia..disebabkan arwah mummy dah takde, sedara pun dah jarang datang rumah. Beli mana yang perlu je..

Malam ni nak keluar, nak cari apa yang patut sambil-sambil merasa suasana nak raya ni..hehee...k korang selamat hari raya. Biarpun sederhana, asalkan hidup bahagia..
hai assalammualaikum

Safi Ramadhan Al-Mubarak - Haritu nad dapat jemputan ke Safi Ramadhan bersama-sama berbuka puasa dengan Duta Safi iaitu Hanisalikha dan Nora Danish dan artis lain. SAFI, jenama halal no.1 Malaysia mengimarahkan kemuliaan bulan Ramadan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2