AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG

in , , by Nadia Johari, 09:47:00
hai assalammualaikum


Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang - Tajuk je tajuk Tegar tapi isinya bukan macam tegar ye..hahaha..Nampak tak kelainan dalam gambar ni..baju songket yang sama tapi ada perbezaan di situ..hheehhe..Tang tudung beg tu memang la lain..tapi tang perut..kalau dulu kuruihh je..sekarang dah memboyot ke depan..fuh.."baru kau tau rasanya nadia macam mana mengandung"..ke hulur ke hilir berdua..nak jalan pun dah macam kura-kura lambatnya..terpaksa la mr mafia pimpin..siapa lagi nak pimpin kalau bukan suami..ye idakk..

Kalau dulu memang la kuat makan jugak, tak dinafikan..cubalah tanya kawan-kawanku..tapi takde makan sekuat sekarang..sekarang nak tambah makanan je..mulanya makan nasi, pastu nanti nak kek pulak..pastu nanti nak buah pulak..pastu nanti makan aiskrim pulak..nampak tu..tu semua untuk baby dalam kandungan..maknya tetap maintain..hahaha..tak membulat pun..anak dalam kandungan yang membulat kot..hahahhaa...sebab tengok cermin pipi still sama, kaki still sama, tangan tetap kuruih jugak..jadi anak yang makan semua..hahaha..

Sekarang masuk enam bulan..kejap lagi nak masuk 7 bulan..cepat betul ye..semoga anak mommy sihat dalam kandungan dan keluar dengan baik ye..dia pun dah menendang sana sini..nak tidur pun dah susah..tolong doakan kami berdua baik-baik je..terima kasih..(sambil update sambil makan aiskrim..kihkihkih)

DIA SUAMIKU..DIA YANG ISTIMEWA

in , by Nadia Johari, 17:03:00
hai assalammualaikum

Dia Bukan Ayahku Tapi Suamiku - Duduk je dekat kedai makan ada seorang budak perempuan ni ( tak berapa nak budakla..hehee) bertanya " akak umur berapa" sambil pandang aku dari atas sampai ke bawah ( separuh badan sebab dah duduk..tak nampak perut)..lepas tu pandang suami aku..nad pun jawabla "27 tahun"..masa tu kawan suami baru lepas ambil isterinya keluar wad, then jumpa dekat tesco. Sekali dekat situ kawan kepada kawan member tu ada sekali...mungkin tak perasan perutku sedang memboyot sebab masa nad datang ke meja makan tu, dia tak perasan..tengok-tengok dah ada dekat sebelah dan duduk..(agaknyala kot, andaian nad je..kihkihkih).

Mr mafia

Selesai je makan, nad pun tunggula dengan budak perempuan ni...dan apa yang nad agak tadi memang betul..hahahaa..nak tau ape dia cakap " la ingatkan tadi ayah akak"..nad yang tak semena-mena ketawa gelak sakan sampai sakit perut ni ha..bergoyang perut..hhahaha..(maybe baru nampak perutku yang sedang memboyot itu)...hahahhaahhha..lawak sangat...salah satu sebab nad agak dia akan pikir suami nad ayah kerana masa tu mr mafia tak cukur janggut dia..so janggut dia berwarna putih then nampak selekeh..hahaha..macam mana tak rupa orang tua..haha..macam mana orang tak pikir that's my dad..hahaa..( tengok gambar dekat atas tu)

Kalau mula-mula kawin memang nad pantang kalau dia tak kemas atau tak cukur janggut dia tu..sebab nampak selekeh..nad ni jenis yang suka kemas..takdela kemas sampai kene perfect..tapi kemas yang nampak gaya, mafia..gitu kau..hahaa..tapi dah lama-lama ni, kadang-kadang nad pun suka bila dia tak cukur janggut dia tu, biar nampak putih, lepas tu jalan-jalan shoping mall, orang pun tengok je..mesti diaorang cakap " untungnya orang tua ni dapat awek muda cun (ooopsss perasan jap"..takpun dia cakap " ni anak dengan ayah ke atau awek ni"..hahaha..mayb..sebab dari pandangan diaorang mesti macam tu kan..

INILAH JODOH

Pertama kali berjumpa

Hah meh nak bagitau..atas ni la gambar pertama kali nad jumpa dengan mr mafia. Masa ni memang nampak tua..hahaa..sebab dia baru frust terputus dengan awek dia..lepas tu hidup tak terurus. Masa pertama kali jumpa, memang dalam hati.."ok tuanya"..hahaha..jahat tak..nad dah tau umurnya dalam 40 an masa kenal..tapi masa tu berkawan..kau ingat aku nak dengan orang berusia ke..dah cuba kawan dengan orang muda..tapi takde siapa nak ngorat kita.kite tak lawa pun masa tu..hahahha..sebab tu takde siapa yang ngorat...penah kapel dengan orang muda tapi tu la banyak masalah..last-last nah, tak suka orang berusia, dah terjodoh dengan orang berusia..dah kawin pun..INILAH JODOH namanya..terpikat dengan sikapnya tu..auchhh...mr mafia berusaha mendapatkan cintanya..dan nad menerimanya..kohkohkoh..rupa tolak tepi yang penting hati..harta boleh dicari..

selepas berkahwin

Hah yang ni muka lepas kawin..nampak lain tak mr mafia..haahha..sebabnya dia dah amik aura muda tu dekat nad..hahahhaa..lagi satu die ni jenis jaga badan..taknak bagi perut buncit..sebab tu maintain je..hahha..ni lah kuasa isteri..dia bagi kita keperluan..kita jaga dia dengan baik..hasilnyaaa..alhamdulillah..kihkihkih..kita jaga makan, minum,pakaian dia..kalau dia nampak selekeh nad akan cakap..bagi kemas..so still look younger ok..walaupun dah umur 40 an..takde rambut tu tolak tepi..sebab sekarang orang muda pun ada yang takde rambut..hahhaa..bahagia dia dapat isteri macam nad.."eh yeke..perasan lebih"..kahkahkah..kau dah terima dia..mestilah kau akan terima dia seadanya kan..sebab tu la jodoh tu kuat..

Nantila-nanti la nad cerita pasal percintaan kami berdua..wahh gitu..ade halangan weii..baisalah kalau dapat berusia ni..mestilah halangan tu adaa...kihkihkih..

KELEBIHAN AIS UNTUK KECANTIKAN

in , , by Nadia Johari, 12:35:00
hai assalammualaikum

Kelebihan Ais Untuk Kecantikan - Sebut je ais batu semua orang mesti tau ais ni untuk apa. Selalunya dalam kepala otak kita ais ni memang nyaman kalau dibubuh dalam air dan menjadi sejuk, bila minum je..arghhhh..lega je tekak ni..nyaman je..sejuk je..lagi-lagi time cuaca panas..tapi kadang-kadang waktu malam pun orang minum berais gak kan. Ada pulak tu suka gigit ais ni macma tu je. Buat macam snek..hahahha.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan


Ais ni banyak kelebihannya, selain untuk menyejukkan dan menyegarkan badan malah elok untuk kecantikan.

1. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

2. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

3. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

4. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus 
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

5. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

6. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

7. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah.  Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Baru tahu rupa-rupanya ais nie bagus untuk kesihatan...Sebelum nie ramai beranggapan ais nie tak elok...Ada orang kata kalau minum air sejuk nanti perut buncitlah....Dan macam-macamlah lagi...Apa-apa pun untuk tau kebaikan semua apa yanga da di sekeliling kita..kenela banyak membaca..ye dak...hehee..

hai assalammualaikum

Jojo's Diary Journey Of Asia - Sebut je travel memang seronok. Siapa yang tak suka travel, dapat pergi sana sini. Tak kisahla dalam negara atau luar negara, asalkan dapat berjalan dan menambahkan ilmu. Banyak tempat yang kita boleh pergi, lagi-lagi dekat luar negara tu. Tapi nad tak kesampaian lagi nak travel..dalam Malaysia pun tak habis travel ini kan pulak nak pergi luar negara..kalau ada yang sponsor, bestnyaaa..ehhehe..



Siapa tak kenal dengan Jojo, kalau tak kenal sila google..ehhehe. Selalu tengok dia dekat tv je, tapi aritu jumpa dia dekat event enchenteur. Memang cantik weii walaupun dia sibuk dengan kerja dia. Tadi baru tengok rancangan terbaru dia iaitu ' Jojo's Diary Journey Of Asia" disiarkan di TLC dan  Discovery Channel Asia. Seronok tengok dia, sambil travel sambil menghayati keindahan alam. Cerita 13 episod dah disiarkan selama 30 minit. Rancangan ni mula disiarkan pada 3 August harini pada pukul 8 malam.


Series Synopsis





‘Jojo’s Diary of Asia’ follows the journey of celebrity personality Jojo Struys as she uncovers the uniquely cultural ways people can disconnect from stress in their daily lives while soaking up different cultures and learning how to make a diverse array of traditional Asian dishes. From the rich culture and traditional customs in Japan, to the breathtaking natural beauty of Nepal, to the bright lights and bustling metropolis of Hong Kong, you will feel like you are a part of Jojo’s fascinating journey. 



Catch her in action as she discovers the multitude of ways you can de-stress from bathing elephants in the Himalayas, to learning breathing techniques to calm the mind, to wielding a samurai sword in Tokyo. Not forgetting her hair-raising adrenaline rush on the world’s steepest roller coaster at the base of Mount Fuji and the array of traditional dishes she learns to cook from local chefs. Enjoy the breathtaking sights, de-stress activities, rich culture and great food on this unforgettable journey on ‘Jojo’s Diary of Asia’.

List of Shots


Maiko- Jojo had her face painted white and stepped into ancient tradition when she  was transformed into an apprentice Geisha for the day, called a 'Maiko'

Fuji Q - The 'Takabisha' is the world's steepest roller coaster at Fuji Q Highlands at the base of Mount Fuji. If you need to release stress through an adrenaline rush, this is the way to do it! Jojo screamed her lungs out and felt strangely empowered after this ride, "You've got to do something that scares you, every now and then. So, I felt like, if I could do this, I could do anything!"

Samurai - Jojo gets a one-on-one session in the art of the Samurai sword with the hait-raising master choreographer of all the fight scenes in Hollywood movie, 
"Kill Bill Vol 1". 

Chitwan - Jojo travels to Chitwan in Nepal where she bathes an elephant in the river...a completely rejuvenating and profound experience.

Pottery - Jojo learns about patience and focus in the ancient art of pottery-making in Kathmandu, Nepal
 

Flight - Jojo flies over the spectacular Himalayan range and right past the breathtaking sight of Mount Everest in Nepal

Dragon Dancing - Jojo wears red for prosperity and has her first lesson in  Dragon Dancing in Hong Kong

Sushi - Jojo learns how to make her first sushi roll with 'umeboshi' which is a Japanese apricot 
 
Memang best tengok jojo travel..i need vacation..

 

FANPAGE FACEBOOK DAH BOLEH TUKAR NAMA

in , , by Nadia Johari, 12:12:00
hai assalammualaikum

Fanpage Facebook Dah Boleh Tukar Nama - Sejak fanpage dah boleh tukar nama ni, ramai yang dah tukar nama lama ke baru. Sebelum ni nad dengar, fanpage mana boleh tukar nama kan. Kalau nak tukar kene bayar dekat orang yang boleh ubah nama fanpage ni. Sekarang dah boleh tukar, tapi tak tau sampai bila boleh tukar..so korang cepat-cepat la tukar ye kepada sesiapa yang nak menukar tu..hehehhe..banyaknya perkataan tukar ni..adeh..nad tak ubah pun nama nad..sebab blog pun dah nama miszrockers.blogspot..ngam la tu..

Ok nak bagitau ni..apa itu fanpage facebook dan kelebihannya kepada kita ni?
Fans page atau halaman fans adalah sebuah halaman yang dapat kita buat di Facebook, di mana halaman ini dapat kita manfaatkan untuk  berbagai kegiatan, mulai dari untuk mempromosikan bisnis kita, membangun interaksi dengan prospek/konsumen kita, untuk memajang katalog produk kita dan banyak lagi.

TAK SURPRISE TAKPE..TETAP SWEET

in , by Nadia Johari, 23:49:00
hai assalammualaikum

Tak Surprise Takpe, Tetap Sweet - Nak buat entry ni sebelum habis bulan Julai..hahaa..sempat ke..lagi setengah jam ni..hehhee..nad tau dari dulu memang dia tak retibuat surprise..ahahhaa..ingatkan dapat candle dinner ke..siap ada orang nyanyi lagi..hahahaa..suka berangan gue ni..tapi cara dia "sayang nak apa sempena birthday"..sayang pilihla mana sayang suka..terus cakap direct kau..adakah sebab dia mafia dia tak reti..tapi tengok drama mafia lagi pandai buat surprise..hahahhaha...takpela..janji sweet..

Apa yang sweetnyaa??..ni sempena birhtday girl yang sepatutnya 18 Julai haritu, harini 31 Julai baru nak disambut..hahahha..asalkan masih bulan Julai, masih boleh sambut la kan...siang tadi nad teringin makan ayam pecal lele bawah pokok tu, memandangkan hari hujan, kite makan tempat lain yang berbumbung la. Asalkan ayam pecal lele, kalau tak dapat meleleh anak nanti..hahaha..


Tengokla seleranya i makan ok..tengah-tengah macam ni..paham-paham jela..siap tambah nasi..memang sedap ayam pecal lele kampung pandan ni. Tapi ayam nad ganti dengan ikan keli. My Favourite ikan keli yoo..mintak orang tu goreng garing-garing..fuh memang marbelous dan tak mengecewakan..


Habis je makan, ajak mr mafia pergi Tesco. Tempat biasa nad bershoping..hahhaa..sebab dekat dengan rumah..Tesco Ampang MRR2 tu..pergi singgah situ sebab nad teringin makan kek. Jadi mr mafia suh pilih kek yang besar, nad nak yang kecik je. Masa tu tak terfikir untuk birthday kita, ingat untuk makan suka-suka..

Lepas bungkus pergi jalan-jalan tesco..dia cakap "carila baju yang sayang berkenan sempena birthday sayang"..lor gitu kau..hahaa..terkjut jugakla..dan nad pergila kedai kecik-kecik tu..sebab aritu ternampak baju yang berkenan di hati..cuba punya cuba cantik dan sesuai untuk nad. Pregnant ni nak bergaya je..hahaha..ni la hadiah yang nad dapat..udahla mahal bajunya..terkedu kejap..haha..tapi mrmafia cakap "takpelah untuk birthday sayang "..ok terharu dekat situ..nad ni selalu beli barang murah je..jadi kalau dah mahal macam tu ,macam serba salah pulak..lainla kalau kita kaya..ni cukup-cukup makan je..huhuhu...


kek ni siap ada patung dua..kekonon aku dan dia la..heehe..




Apa-apa pun..terima kasih mr mafia untuk semua ni..kira surprise jugakla..hehee..thank you..love you..muah222..eh...hehhe

HARI-HARI MAKEUP SIMPLE

in , , by Nadia Johari, 21:35:00
hai assalammualaikum

Hari-hari Makeup Simple - Nak cerita pasal makeup lebih details memang bukan nad la..hehehhe..just cerita sikit-sikit tu bolehla..lifestyle blogger kalau boleh semua nak cerita, semua nak selit kan..hehehhe..walaupun tak sehebat beauty blogger diluar sana..tak kisahla yang penting update kann..nad ni suka tengok orang makeup-makeup ni. 

Selalu jugakla layan dekat youtube tu ha..suka tengok cara diaorang..sambil-sambil tu boleh belajar cara makeup kan..suka tengok barang-barang makeup diaorang yang banyak tu..berangan jugak nak ada barang makeup banyak macam tu tapi takde badget lagi..

RESEPI SARDIN MASAK BLACK PEPPER

in , by Nadia Johari, 00:15:00
hai assalammualaikum

Resipi Sardin Masak Black Pepper - Hari ni adalah hari kepenatan sangat..malam tadi tak boleh nak tidur sebab tak selesa dekat perut..dengan anak bergerak sana sini lagi..bangun-bangun pun layu..kasi exercise sikit..segar la sikit..tengok dapur ade ayam,daging ikan..tapi dari haritu asyik makan tiga jenis ni je..haritu dah ayam..takkan nak ayam lagi kan harini..hahaha..jadi nampak sardin..hah apa kata masak sardin jele..cepat dan mudah...tapi kita masak cara masakan lain la pulak ..takkan sambal je kan...lagipun harini rasa macam malas-malas gitu..

S

Sebelum ni nad masak sardin masak kari..harini masak black pepper pulak..ala bahan sama macam black pepper lain..cuma tukar sardin je...hehehhe...

Bahan ditumbuk
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- halia
- lada hitam

Bahan di hiris untuk hiasan
- cili merah
- cili padi
- bawang besar

Lain-lain
- sardin
- kicap
- sos tiram
- garam
- gula
- air sedikit


Cara membuatnya:
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,lada hitam dan halia..tumbuk sampai halus dan tumiskan bahan tumbukan ni sehingga naik bau. Bubuh dua camca sos tiram dan satu camca kicap.
- letakkan sedikit air, bagi rasa garam dan gula. Kemudian letakkan sardin, jangan bubuh kuah sardin..nanti jadi lain..hehehe..
- dah agak-agak masak, bolehla letak bahan hirisan cili merah, cili padi dan bawang besar.cili padi tu nad letak sebab mr mafia memang suka makan pedas..tak pedas die kata tak syok..yela ikutkan jele..

Ok tu sahaja..senang..hehehe..selamat mencuba.

hai assalammualaikum

Suka Makan Aiskrim Ketika Mengandung - Kalau sebelum hamil, makan aiskrim takdelah sekerap sekarang..kalau tak dapat aiskrim pun takpe..tapi sejak hamil ni..keinginan nak aiskrim tu membuak-buak..hahaha..kalau tak dapat rasa nak meronta..last-last mr mafia belikan stok banyak-banyak aiskrim dekat rumah ni..berbekas-bekas die beli..sebab dia tau isterinya mesti nak mkaan aiskrim lepas makan nasi..atau makan sambil tengok tv..

Hahha..memang rutin nad sejak hamil suka makan aiskrim lepas makan nasi, sebagai pencuci mulut katakan atau makan sambil layan tv..ada kawan blogger komen dekat facebook, automatik bila mengandung, akan suka makan aiskrim..hahaha..memnag betul..semua jenis perisa aiskrim boleh masuk..lagi-lagi dengan cuaca panas ni, ibu mengandung cepat rasa panas..jadi bila dapat makan aiskrim nikmatnya tak terkata..lepas je makan aiskrim, baby dalam kandungan pun mulala bergerak sana sini..hahha..agaknya dia pun suka makan sekali...hahaa..tu la yang nad rasa..


Dekat rumah ni sebelum ni ade dua bekas aiskrim..perisa vanila dan perisa campur..perisa vanila memang wajib ade, sebab kami berdua suka perisa vanila..lepas dua-dua bekas habis..mr mafia beli lagi 4 bekas aiskrim..kau tengok dia punya tambah..taknak isteri meroyan..hahaha..beli stok banyak-banyak..yang tinggal 3 bekas aiskrim sebab satu bekas tu dah habis..hahah..tiga bekas yang tinggal..aiskrim vanila, coklat dan perisa buah-buahan



Yang perisa buahan-buahan ni pertama kali mr mafia beli. Tak rasa lagi..tapi nampak macam sedap je..huhuhhu..memang bagus aiskrim buah-buahan ni..takdela asyik coklat dan vanila je..

Ada mitos mengatakan makan aiskrim tak elok..ermm takdela pulak penah dengar..huhuhu..korang janganla makan aiskrim je dari pagi sampai ke malam sampai tak makan nasi..hahaha..adehlaa..ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu mengandung kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.

Semasa mengandung, ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang janin yang dikandung dan menguatkan tulang ibu sepanjang kehamilan. Ini kerana semasa mengandung, ibu akan mengalami perubahan hormon dimana keperluan kalsium meningkat daripada biasa. Jadi, ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu mengandung.

Jadi, banyak kebaikan ais krim untuk ibu mengandung... antaranya:

  • sumber kalsium yang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan
  • mengatasi masalah kegemukan dan berat badan berlebihan jika mengambil ais krim dalam kuantiti yang betul
  • mengatasi masalah loya dan mual di awal kehamilan.

hai assalammualaikum

Basic Barang Makeup Yang Ada - Perempuan walaupun tak suka makeup tapi mesti ada barang makeup jugak. Heyy, walaupun dia pakai bedak compact sahaja tu pun dikira makeup tau..huhuhu..nad ni walaupun jarang makeup tapi suka nak ada barang makeup..hahaha..perempuan kan..mestilah nak ada foundation, eyeshadow, eyeliner dan macam-macam lagi la..walaupun makeup tu jarang guna..simpan itu wajib..hhahaa..jangan simpan lama-lama sebab makeup pun ada expired dia.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2