hai assalammualaikum

Last Open House Di Rumah Blogger Kak SueAida - Semalam last raya kan..yeke..ntahla..tak sure..tapi kawan cakap semalam last raya..hahaha..tak kisahla..yang penting siapa yang buat open house, nad boleh pergi, nad pergi je..mana tak dapat pergi..mintak maaf..sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan..kadang-kadang urusan keluarga..biasalah..family is first right..ececehh..dan semalam nad dapat jemputan ke rumah salah seorang ahli #kelabbloggerbenashaari iaiatu kak sueaida. Nad kenal dia pun lepas dia masuk group kalau tak, takkan kenal kot..hehee..

Semalam ke rawangla kita. Selepas zohor nad gerak sebab ingat dekat..hahaha..apa lagi gunala "tomtom"..tomtom ni macam waze..biasalah mr mafia, suka usha benda-benda macam ni, mula-mula waze..pastu papago..sekarang tomtom pulak..guna tomtom pulak..Bagusnya tomtom ni dia tunjuk simpang jalan..tunjuk jalan tak sesak..memang tunjuk betul punya apa yang ade dekat jalan raya tu..so tak sesatla..tapi..hahaa..ada tapi..dia bawak kita memang tak sesak betul-betul..yang perjalanan memang la jauh..hahaha..takpela..orang cakap menikmati pemandangan..kah!!!


Akhirnya sampai jugakla rumah kak Sue Aida ni ha..sampai je sana, jumpa beberapa lagi blogger yang lain..haha nak tau siapa..nantila..kita nak cakap pasal makanan..hahaha..alaa..lupa nak amik makanan sebab ada satu makanan feveret yang kita ngidam sesangat..nak tau apa dia..ni ha "sambal udang tempoyak" kau..fuh..ni gara-gara che mat gebu dengan kak dlaila ler..nasib baik kak dlaila masak sambal udang tempoyak ni..wahhh..best sangat-sangatt..hilang ngidam mak buyung ni..tambah dua kali gara-gara sambal udang tempoyak ni..huhuhu..






Meh tengok kekecohan kami..haha..memnag kecoh..bila bergambar ayu ler..hahaa..ni semua dah  geng-geng mak ni..nampaknya nad dah tergolong dalam geng-geng mereka ni..hahaha..


Yang ni gambar dari kak saidila..hahaha..tadika kau..memang meriah..kecoh..orang pandang pun tersenyum je..lantakla kau dah jadi mak orang ke..kalau dah jumpa geng kepoh, geng suka gambar memang macam ni la..hahaha

Nak bagitau kak sue ni ada jual air kelapa laut..sedapp..siapa-siapa nak order bolehla beli dengan dia..facebook dia shuhaida kabdy..leh contact kat situ ya..hehe..terima kasih kak sue..
hai assalammualaikum

Roti Gardenia Memang Sedap Dimakan Begitu Saja - Kalau sebelum ni, nad memang kurang makan roti..takdela sampai berbuku-buku kau sehari macam sekarang. Kalau dulu makan sebulan boleh dikira berapa, tapi sejak pregnant ni, roti gardenia la yang jadi pujaan hatiku..Roti gardenia la buat nad kenyang, tapi takdela kenyang sangat,,cukup sarapan roti berkeping-keping..alhamdulillah kenyang..Roti jugakla yang dicari masa awal-awal sickness dulu, sebab tak boleh masuk nasi dan lauk pauk, nak bagi perut kenyang, taknak bagi kosong makan la roti gardenia ni dengan kaya..kenyangg kau..


Sekarang kandungan dah masuk 7 bulan pun still makan roti ni walaupun dah takde sickness. Mr mafia selalu beli dua bungkus terus untuk stok seminggu..hahhahaha..dah habis..beli lagi dua bungkus..sebab nad ni jenis cepat lapar sekarang, jadi kalau ada roti , bila lapar,makanla roti..hilang rasa lapar. Kadang-kadang setiappagi buat sarapan dengan roti. Buat berbeza-beza, kadang roti sandwich, roti telur, roti keju. Memang kenyang.

Bahan Bahan Roti Gardenia

Tepung Gandum Berprotein Tinggi (unbleached),Air Bertapis,Gula Pasir,Ragi,Lemak Sayuran (Berasaskan kelapa sawit tanpa penghidrogen),Kondisioner Doh (Berasaskan kelapa sawit dan soya),Garam,Garam Kalsium,Susu dan Derivatif Susu,Bijiran Terperam (Gandum),Khasiat Khasiat Ragi,Pekatan Jus Kismis,Cuka,Zink,Vitamin C,Zat Besi,Vitamin E,Vitamin A,Iodin.

Kebaikan Roti Gardenia 

Lebih Lembut,Lebih Gebu,Diperkaya dengan Vitamin dan Zat Galian penting.


Siapa yang sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan. Inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Makanan berkanji Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.

Kelebihan roti kepada ibu hamil
1. Baik untuk kepeluan konsumsi setiap harinya
2. Baik untuk kesehatan pencernaan
3. Mampu untuk menjaga kekenyangan
4. Dapat memberikan energi yang tinggi bagi tubuh
5. Baik untuk yang sedang melakukan program diet
6. Baik untuk perkembangan otak




Lagi satu roti gardenia yang nad suka ialah roti gardenia delicia ni tapi wajib perisa coklat..tak boleh perisa lain..hahahha..kalau takde dekat kedai takkan beli..akan usaha cari isi coklat jugak..hehehe..yang ni memang kene beli berbungkus-bungkus..kadang dalam perjalanan pergi mana-mana roti ni jadi pilihan untuk dimakan..hehehe..sedapnyyaaa..ok baii..

PENCUCI MAKEUP REMOVER CLINELLE

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Pencuci Makeup Remover Clinelle - Hah, part paling penting sebelum cuci muka, nad mesti kene tanggalkan makeup dulu..wajibb ok..kalau dulu zaman muda-muda tak tau apa-apa, lepas makeup je terus basuh muka dengan pencuci muka. Sedangkan makeup ada lagi dekat muka tu, tak tanggal habis, sebab tu muka banyak tumbuh jerawat. Sejak baca sana sini dekat google, memang penting tanggalkan makeup dulu sebelum cuci muka. Barula muka tu bersih dari segala kekotoran..hehehe..

Kalau sebelum ni nad guna penanggal makeup Pixy, memang best tapi tetiba nak cuba yang lain pulak. Ada entry pasal Pixy dekat SINI. Jadi pergila Watson, nak cuba pencuci makeup yang lain, biasalah perempuan, mestilah nak mencuba yang berlainan, takkan sama je kan..hehehhee..kalau serasi ok, kalau tak kita kembali kepada produk yang asal..hehee..sampai watson je, tanya amoi tu nak cari penanggal makeup yang sesuai dengan kulit muka nad. lepas je dia tengok muka nad, sebab muka nad ni kadang-kadang sensitif, jadi dia syorkan nad dengan produk Clinelle ni.


Selalunya kalau jenama macam ni nad tak pandang sebab macam mahal je kan..hahaa..tapi disebabkan tetiba nad macam jatuh hati je, terus nad beli. Sebab apa nad terus tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebabnya dia dibuat daripada luar negara, dan berwarna biru..hahahahha..ok tu tipu, semata nampak biru tapi tak tengok bahan-bahannya, habis muka kau kan nad..nad tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebab dia berasakan air dan ia adalah 5 dalam 1 iaitu dapat menghapuskan solek, terkelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit. tengokk best kann...


Satu botol boleh buat untuk semua, dari mata, bibir dan seluruh muka. Bestnya Clinelle ni boleh menanggalkan makeup kalis air, tidak berminyak sebab berasaskan air, berkesan dan lembut. Dengan hanya satu sapuan dah boleh untuk sapu seluruh muka, jimat dekat situ. Sapuan pun menjadi mudah.




SAIZ: 180ml

Tindakan multi berasaskan air pembersih 5-in-1, yang berkesan menghilangkan kotoran, minyak dan semua kesan solek dari muka, mata dan bibir zon. Ia kalis air larut solek mata tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain pembersihan yang cekap, ia mengelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dalam hanya 1 langkah!

MANFAAT


 PEMBAIKAN: Delima Enzim, yang menghilangkan lapisan kulit mati untuk meningkatkan pembaharuan kulit meninggalkan kulit berseri.
 

Perincikan: Asid Hyaluronic yang menyediakan mendalam penghidratan bebas minyak untuk kulit kelihatan lembut dan licin.

RESHIELD: Ekstrak Teh Hijau untuk membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan radikal harian percuma, mengembalikan kulit yang jelas dan tenang.


Tak sia-sia la beli..kekal segar dan bersih dengan Clinelle...
hai assalammualaikum


http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

Giveaway Birthday Mum & Sister  |Tengkubutang - Hah meh nak habaq la siapa yang suka join giveaway tu...hadiah dia pun lumayan..barang ada, cash ada, topup ada..hadiah bernilai RM500 untuk dimenangi tu..Giveaway ni Tengkubutang yang buat sempena Hari Lahir Emak dan Adik Perempuan..bagus kann..so apa lagi..klik banner tu ye nak join..klik jangan tak klikk

MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR???

in , by Nadia Johari, 16:57:00
hai assalammualaikum


Makan Pisang Kembar Dapat Anak Kembar? - hhahahaa..andaian, gurauan yang dibuat oleh mr mafia sewaktu ternampak pisang kembar ni dekat gerai mamak. Masa tu nad dengan husband baru balik dari jalan-jalan. Sebelum singgah rumah mesti ke gerai mamak sekejap untuk minum air atau bungkus makanan. Masa tu dia ternampak pisang kembar ni dekat atas meja, apa lagi dia amikla..lepastu datang dekat nad cakap " nah sayang makan pisang ni..tengok pisang ni, ada dua bersambung..kembar..mana tau dapat anak kembar"..hahahha...


Padahla dah scan dah..sorang je pun..biasalah mr mafia kalau nak buat lawak..nad pun layankan jela..pertama kali tengok pisang kembar..sebelum ni nampak telur berkembar je..hahhaha..macam ni la kitaorang laki bini kalau jumpa sesuatu yang pelik..amik gambar mesti..hahaha... siapa yang teringinkan kembar kan. Semua orang nak, tapi tengok kepada rezeki masing-masing. 

Banyak faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat anak kembar.. Selain faktor gen dan keturunan, makanan dan nutrisi juga dapat berpengaruh untuk mempunyai bayi kembar. Makanan dan nutrisi apa saja yang membantu meningkatkan kesuburan sehingga meningkatkan peluang mempunyai anak kembar.

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.


- Ketela dan Ubi JalarTahukan anda, orang-orang suku Yaruba di Nigeria dilaporkan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi. Sebuah kajian mendedahkan bahawa pengambilan ketela yang tinggi dalam pola pemakanan beliau ikut berperanan besar.Ketela masuk dalam keluarga umbi-umbian, yang merupakan sumber fitoestrogen dan progesteron. Kehadiran bahan kimia ini dapat membantu hiper-ovulasi. Orang yang mengambil ketela liar telah berdasarkan penelitian ternyata mempunyai tahap kemungkinan hamil kembar yang tinggi.

- Makanan jenis tenusu
Makanan-makanan yang mengandungi susu, seperti mentega, keju atau susu itu sendiri dipercayai dapat membantu wanita untuk mempunyai bayi kembar. Kenapa? Sebab susu mengandungi banyak kalsium. Peranan kalsium ini tidak hanya boleh meningkatkan kesihatan tulang, tetapi juga sistem pembiakan yang sihat.Ada doktor yang menyebutkan bahawa wanita yang mempunyai pengambilan tinggi produk tenusu mempunyai lima kali lebih banyak peluang untuk mempunyai anak kembar dibanding wanita yang tidak meminum atau memakan makanan yang mengandungi susu.Kajian yang lain ternyata juga menunjukkan hal yang sama, bahawa wanita yang mengambil susu dan produk susu, punya peluang hamil kembar lebih besar. Demikianlah keunggulan dan keistimewaan susu, salah satunya dapat merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur yang meningkatkan peluang atau konsep dengan bayi kembar.

- Makanan yang mengandungi asid folik dan Karbohidrat 
Makanan yang mengandungi asid folik boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran kembar. Apa saja makanan yang mengandungi asid folik? Di antaranya, kacang-kacangan dan bayam. Makanan tersebut dapat meningkatkan kesuburan yang baik kerana kaya akan asid folik. Orang yang banyak makan makanan yang mengandungi asid folik kemungkinan mempunyai anak kembar meningkat menjadi 40 peratus.

Antara faktor pemakanan yang membolehkan dapat anak kembar. Takpe usaha selagi boleh..heehe..

 

DUA KAD RAYA YANG DITUNGGU DAH SAMPAI

in , by Nadia Johari, 19:33:00
hai assalammualaikum

Dua Kad Raya Yang Ditunggu Dah Sampai - Still lagi mood raya kan..hhehhee..masih lagi ada orang nak buat open house ok. Macam tu jugak dengan kad raya..ada lagi yang masih dapat kad rya..sebab masa sebelum raya , posmen tak hantar..jadi beberapa hari ni posmen baru dapat hantar kad raya ni ha..hah ni la dua kad raya yang nad tunggu..sebab cuma dua orang ni je yang tinggal..hehhee..cuma dua orang ni je yang mintak alamat aritu. Setengah kad raya haritu dah dapat..boleh klik SINI..kalau nak tau dari siapa..pastu dua kad ni pulak..

Tunggu punya tunggu kad dari dua orang ni..ingatkan tak dapat..nasib baik dapat...nak tau dari siapaa..hah seorang ladies seorang jejaka..hehehe..ok..ni la empunya kad raya tu..



Terima kasih awok berdua..walaupun lambat nasib baik dapat..



hai assalammualaikum

Tanda Pergerakan Baby Dalam Buku Pink - Kalau sebelum ni sibuk duk kacau perut kakak-kakak yang bersalin, nak rasa perutla, keras macam mana, nak rasa pergerakan baby dalam kandungan..hahahaha..mula berfikir macam mana la nad nanti. Nah kau sekarang nad pulak yang rasa. Macam ni rupanya nak jadi ibu. Banyak sangat pengalaman indah yang memang takkan dilupakan walaupun sakit sana sini. Lag-lagi pengalaman bila merasa pergerakan bayi dalam kandungan..hehehe..

Nad dapat rasa pergerakan bayi masa usia kandungan empat bulan. Masa tu rasa tak senang duduk haishh..sebab tengok perut bergerak..ahhahaa..kadang-kadang geli pun ada sebab bayi bergerak. Mulanya dapat rasa bayi bergerak macam dia main guling-guling pulak dalam perut. Lepas tu rasa dia menendang, lepas tu rasa dia macam tersedu..macam-macam jugakla..kalau nad rehat, time tu jugak dia aktif..kalau tengah buat kerja dia kurang gerak..kadang-kadang gerak tapi tak rasa sangat. Time nak tido lagila dia aktif..time tu la mommy tak cukup tidur..takpela kalau awak nak bergerak sayanggg oiii...kadang-kadang tengok perut sendiri membonjol sana sini rasa kelakar pulak..hahaha..

Baby bergerak

Bagaimanakah pergerakan bayi dari minggu ke minggu?

Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.

Mulai kira-kira minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda.

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi kini  lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula!

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.

Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.

Ada masanya bayi akan tidur dan ada masanya dia sangat aktif. Dia mungkin aktif menjelang waktu malam ketika anda baru berbaring untuk tidur. Corak aktiviti ini mungkin akan berterusan sehingga usia bayi tiga minggu, iaitu sehingga dia dapat membezakan di antara malam dan siang.

Tanda Pergerakan Bayi di Buku Pink


Tanda pergerakan baby

Inilah rupa carta tendangan bayi dalam buku pink. Nak tau pergerakan bayi dalam kandungan. Almaklumla, nad pertama kali tengok dan nak tanda, jadi tak tau nak buat macam mana. Masa check up haritu, nurse suruh tanda pergerakan bayi dekat dalam buku pink ni. Nad memang blur sebab nad rasa bayi selalu je menendang, nak tanda macam mana kan???..hahahha...takkan main tanda je. Masa check up ni kandungan dah 6 bulan.

Jadi nurse tu pun ajar, ok start pukul 9 pagi  sehingga 9 malam iaitu tempoh 12 jam..kira sampai 10 tendangan bayi. Pastu tanda right dekat buku pink setiap kali satu tendangan. Lepas habis 10 tendangan catat masa dekat situ. Memang baby akan tendang banyak kali, tapi bila dia tendang banyak kali tu di kira satu tendangan. Lepas tu dalam beberapa minit di tendang lagi, tu di kira tendangan kedua...ok nad sebenarnya paham tapi masih blur..hahahhaha

Balik dari rumah whatsuup dengan kawan yang dah berpengalaman, cakap macam mana nak tanda. Mulanya dia cakap "ala ko main tandan je"..dalam hati nad ishh tak boleh..kene tau gak sebab if kalau lambat tendangan mungkin ada masalah. Jadi dia ajar la cara betul..hahahaa..lepas tu setiap pukul 9 pagi nad dah mula berkira..bayi yang sihat akan buat tendangan lebih 10 kali kalau tempoh 12 jam bayi tak bergerak dalam 10 tendangan, maknanya ada masalah..jadi cepat-cepat pergi hospital..setakat ni alhamdulillah, bayi dalam kandungan nad selalu aktif..sampai senak perut mommy dibuatnya.

  • Pergerakan bayi di kira pada jam 9.00 hingga 9.00 malam. Tempoh di beri selama 12 jam. 
  • Pengiraan bermula apabila bayi mula membuat pergerakan, gerak, gerak,gerak dan gerak. Bermakna dia menendanglebih dari 2x dalam 1 masa. Kemudian dia berhenti. Peregerakan tadi dikira 1x.
  • Kemuadian bayi akan mula bergerak lagi, mungkin berbeza, terasa bahagian kiri atau kanan perut menjol, dalam beberapa saat dan kembali pulih. (waktu ini kita akan merasa sedikit sakit akibat pergerakan bayi tadi) Peregerakan kali ke-2 akan dikira 2x. 
  • Dan seterusnya,.. mungkin berbeza rasa, waktu, pengalaman dan pergerakan bayi. (hanya kita yang tahu rasanya bila ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dalam perut kita.
  • Mulalah mengira sehingga cukup 10x pergerakan dalam tempoh 12 jam tadi. Sekiranya merasakan bayi memang tidak bergerak, mungkin dia bergerak tapi tak cukup 10x, sebagai contoh dari jam 9.00 pagi aktif tetapi selepas itu bayi tidak bergerak lagi sehingga jam 9.00 malam. Haruslah ke hospital dengan segera.
Haritu scan baby, dia dah pandai hisap jari..huhuhu..suka tengok..alhamdulillah baby sihat.. "Ya Allah engkau peliharalah bayi dalam kandungan ku ini sehingga dia selamat di lahirkan. Sesungguhnya saat kelahirannya amat kami nantikan.

hai assalammualaikum 

LIFETIME® MENGUMUMKAN TARIKH TAYANGAN PERDANA
MASTERCHEF ASIA MUSIM PERTAMA

Tiga “Chef Rumah” (Home Chefs) dari Malaysia Bersaing Untuk Bergelar MasterChef Asia Pertama - Siapa suka tengok Masterchef, angkat tangan!!..hehehhe..memang segeng dengan nad..nad suka giler tengok Masterchef ni. Suka tengok cara dia masak, hias makanan tu..ada je idea diaorang nak bubuh apa dalam masakan tu walaupun cabaran tu baru tau haritu jugak. Kalau ka nad pandai masak macam tu kan syok..hahhaha..Lagi-lagi Masterchef orang putih, lagi advance nad tengok..tu yang best..

Oh nak bagitau Masterchef Asia Bakal ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709), tiga “chef rumah” (home chefs) dari Malaysia akan beradu di edisi sulung pentas MasterChef Asia, rancangan pertandingan masakan paling berjaya di dunia. Mereka bukan hanya bertanding untuk diri sendiri, tetapi juga mewakili negara masing-masing dalam usaha untuk merebut gelaran utama MasterChef Asia.

Malaysia pun ada yang masuk tau..tiga orang daripada Malaysia..wah-wahh..ni yang tak sabar nak tengok..

Malaysia diwakili dengan bangganya oleh Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli.

Jasbir yang berumur 54 tahun merupakan peserta paling matang dalam pertandingan ini. Beliau mula menanam minat dalam bidang memasak apabila berpindah ke Sarawak, Malaysia Timur selepas berkahwin. Seorang suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak, beliau berhasrat untuk menyampaikan kemahiran kulinari masakan tradisional Punjabi kepada generasi muda. Beliau juga berharap untuk mendapat pentauliahan profesional untuk kemahiran memasaknya dan membuktikan bahawa chef di rumah juga boleh mempamerkan kemahiran yang hebat di dapur.

Marcus, seorang pengurus bank berusia 24 tahun, mendapat inspirasi daripada chef-chef terkenal, serta hidangan moden dan molekular; dan mempunyai kemahiran unik dalam penggabungan bahan. Mampu bekerja dengan baik walaupun dalam situasi tertekan, beliau percaya persaingan sengit dalam MasterChef Asia akan memperkenalkannya kepada dunia kulinari dan memberikannya peluang untuk memperkenalkan sajian Malaysia di pentas dunia.

Sophia, seorang suri rumah berusia 31 tahun dan ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun, memasak setiap hari dan sering menyediakan hidangan untuk keluarga dan rakan-rakannya. Suatu hari nanti, beliau berharap untuk terlibat dalam dunia kulinari sebagai chef, katerer atau pengkritik makanan. Minatnya yang meluas dalam industri makanan menunjukkan kecintaannya terhadap makanan dan memberikannya inspirasi untuk menyertai MasterChef Asia.

Bakal menjadi pesaing mereka bagi mendapatkan gelaran utama adalah chef-chef rumah lain dari negara Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Pemenang MasterChef Asia pertama bakal menerima buku masakan sendiri, hadiah wang tunai USD$50,000, pengalaman riadah unik di Singapura bernilai USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.

“MasterChef Asia merupakan produksi asli terbesar yang pernah kami terbitkan di Lifetime Asia. Penerbitan salah satu format rancangan paling berjaya di dunia ini membuktikan Lifetime sebagai destinasi hiburan utama di Asia. Penggambaran siri ini berjalan sangat lancar; terdapat banyak ciptaan kulinari hebat yang dihasilkan oleh barisan tukang masak amatur ini dan juga detik-detik yang cukup mencemaskan bagi saya. Masyarakat Asia sememangnya sangat sukakan makanan, dan kami percaya penonton pasti akan menyukai rancangan ini dan menyokong peserta kegemaran mereka,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Kanan, Program & Penerbitan, A+E Networks Asia.

MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.



SELENDANG PILIHANKU DI ZALORA

in , , by Nadia Johari, 12:11:00
hai assalammualaikum

Selendang Pilihanku Di Zalora - Haish perempuan kalau sebut shawl, tudung mesti akan rembat walaupun dekat rumah dah macam-macam bentuk ada..hahaa..biasalah kalau dah nampak lawa,cantik, dah berkenan mesti nak amik. Kalau boleh setiap hari nak lain-lain..hahahhaa..Zalora!!, semua dah tau dah tempat shoping online yang digemari semua, harga pun berpatutan. Banyak pilihan barang dari aksesori, pakaian, dan beg tangan. Semua ada, korang tinggal pilih, tekan dan beli..hehee. Nad memang kaki shoping online, hahahaha..tapi ni pertama kali nak bershoping di Zalora. Berkenan pulak dengan koleksi shawl di Zalora ni. 

COOLHIJAB SENTIASA MENYEGARKAN RAMBUT ANDA

in , by Nadia Johari, 20:22:00
hai assalammualaikum

Coolhijab Sentiasa Menyegarkan Rambut Anda - Nad dah pakai dah coolhijab sebelum ni..pertama kali pakai memang best giler kau..jatuh cinta terus.. Segala masalah rambut gugur dan kelemumur dah takda Kalau dulu botolnya warna putih sekarang coolhijab dah bertukar ke warna biru..hehehe..lagi la best..ooohh meh baca entry dulu nad penah buat..klik SINI. Setiapa kali selepas mandi, nad akan pakai coolhijab ni, bagi melembutkan, kesegaran dan memberikan kewangian kepada rambut nad.


Tak kira cuaca panas ke, sejuk ke, lembap ke, rambut perlu dijaga dan dilindungi setiap masa. Lelaki tiada rambut itu perkara biasa. Tapi kalo wanita tiada rambut itu ngeri namanya walaupun berhijab...hahaha..kadang-kadang kalau dah rimas mesti nak potong rambut pendek kan, baru selesa,tapi rambut pendek ka, rambut panjang ka, tetap ada masalah rambut..sebab tu nad guna coolhijab ni..nama pun cool..bukan setakat menyegarkan rambut malah membantu mengatasi masalah rambut. Yess!!!..Coolhijab membantu anda yang mengalami masalah rambut..


CoolHijab bukan hanya melindungi rambut dan kepala anda malah melindungi serta menjaga keperibadian kita. Dengan rambut yang sihat, wangi dan makin lembut membuatkan wanita lebih berkeyakinan dalam kehidupan seharian. Coolhijab bukan sahaja untuk masalah rambut malah membantu mereka mengurangkan stress dan migrain ok, maklumlah cuaca sekarang kalau dah panas, panas melampau, cuba sapu cool dekat kepala, confirm tenang je..hehee..bagi yang tak berhijab dan lelaki pun boleh guna Coolhijab ni. Bagi lelaki yang takda rambut ni..boleh je bubuh untuk menyejukkan kepala tu..serius nyamann sangat..


Tengok sahaja bahan-bahan dalam coolhijab ni..memang membantu masalah rambut yang kita alami.

Kenapa perlu pakai Coolhijab? 


Cara penggunaan pun mudah dan senang
1) Picitkan serum Coolhijab ke tapak tangan, dua atau tiga kali mengikut panjang rambut
2) Jangan gosok terlalu lama pada tapak tangan. Terus je sapu pada rambut sehingga kulit kepala serta aats dahi, belakang telinga dan belakang leher. Elakkan dari terkena mata.
3) sikat rambut dengan rapi dan boleh pakai tudung dengan selesa bagi wanita.
4) Guna 2 kali setiap hari pada waktu pagi dan sebelum tidur.


Selepas nad gunakan coolhijab ni, rambut pun semakin lembut, masalah rambut pun tiada. Cuaca panas tak menghalang nad untuk melakukan aktiviti di luar sebab adanya coolhijab. Dengan botol 30ml ni mudah di bawa ke mana-mana. This is my favourite serum ok..sebab adanya coolhijab dapat release my tension, stress..macam aroma terapi tau tak..hehehhe..itulah fungsi yang nad suka sangat..korang takyah pikir dah, cuba pakai coolhijab ni..confirm jatuh hati terus..heehhe..


Harga RM70..untuk botol 30ml ni..nampak je mahal tapi berbaloi sebab tahan sebulan hingga ke dua bulan tau..mengikut cara korang guna..macam nad tahan dua bulan..hehehe..nak cuba boleh whatsuup 01137943782.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2