CEPAT TERASA PANAS KETIKA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 12:20:00
hai assalammualaikum

Cepat Terasa Panas ketika Mengandung - Oh kuala lumpur, kenapala kau panas sangat..huhuhu..silalah hujan untuk dua hari ka, tiga hari ka, bagi daku sejuk sikit..pokok dah ler takde...jalan raya je ada..kenderaan sana sini..hari-hari mengadu dekat mr mafia..

"bang jomla cari rumah yang tak sesak dan panas macam ni"
"bang panasla, dah mandi pun panas"
" panasla bang, malam pun panas, tak tahan tidur, dengan baby bergerak lagi, bahang sangat ni, dah kene kipas pun panas"

Hahhaha..terpaksala si suami mendengar bebelan ku bila terasa panas..aircond pun akdok..pasang kang naik pulak bil letrik..kihkih..tak kiasah duduk kuala lumpur ni tapi asalkan rumah tu sesuai sikit, macam bukan depan jalan raya ke, depan tu adala taman permainan, ada pokok-pokok sikit, redupla sikit..barula tak berapa panas..dan tak bising dengan bunyi kenderaan..kalau korang tau rumah nad sekarang..fuh..memang mencabar hidup ni, lagi-lagi waktu malam..tapi disebabkan lama-lama dah biasa, buat tak tau jele..


Sejak mengandung ni panasnya lain macam,mungkin dengan prut yang semakin membesar..kadang-kadang kipas nad conquer sorang-sorang..hahaa..Dah duduk denagn tenang pun kadang-kadang keluar peluh..lagi-lagi dekat bahagian bawah payudara..sebab kadang-kadang badan terlipat..

- mungkin disebabkan peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

- tubuh wanita mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

- Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.


Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

SUAMI NAMPAK BABY BERGERAK PERTAMA KALI

in , by Nadia Johari, 19:50:00
hai assalammualaikum

Suami Nampak Baby Bergerak Pertama Kali - Alhamdulillah, sekarang kandungan nad dah masuk 7 bulan. Macam-macam nad lalui sepanjang hamil ni, dari sickness, lepas tu perubahan makanan, lepas tu nampak pergerakan baby. Pengalaman pergerakan baby adalah satu saat yang paling menggembirakan, dan bila scan baby dalam keadaan sihat siap nampak dia hisap jari lagi..alolololo..semakin hari baby bergerak semakin aktif..dari mula-mula die hanya menendang "dupp sahaja"..lepas tu berguling-guling, sekarang lagi kerap die menendang..sampai senak perut..hahaa..takpe, dia ikut mommynya..aktif sangat..ahhaha..mommy kuat anak pun kene kuat..yeye...


Selalunya memang nad la yang kerap dapat rasa pergerakan baby ni..sebab baby dalam perut nad..hahaa..tapi baby nad ni lain sikit, bila time nak amik video, die tak banyak gerak, bila nak tengok dia gerak, dia shy-shy jugak nak gerak..tapi..bila tutup je, yeahh tu diaa, mula berguling, menendang..kadang sampai perut senget sana sini..kadang terkejut tetiba tengok bahagian pusat tenggelam..hahahha..apa ntah dibuatnya kat dalam..tunjuk dekat suami, "ntah anak abang buat ape ntah ni, tengok perut sayang..tenggelam pusat hah"..tapi nanti kembali normal..


Bila die aktif bergerak, kita ni mula la excited nak tunjuk dekat suami...yela asyik nad je yang tengok perut ni berombak-ombak..Bila nak tunjuk, baby takmau gerakla depan daddy..dah kenapa..kadang daddy dok usap-usap perut suruh baby bergerak, tapi tak bergerak..hahaa..alahai kesian daddy tak dapat tengok lagi..tapi bila tutup baju die gerak pulak..eheh..sabar ye daddy..nanti dapatla tengok..

Lepas tu semalam, masa tengok cerita,memang lampu semua tutup, pastu nad dedahkan bahagian perut sebab cuaca panas..masa tu daddy sibuk tengok cerita,main game dekat handphone..masa tu memang baby tengah gerak, tapi malas na bagitau mr mafia takut baby diam ..hahaa..last-last mr mafia tertengok perut nad dan dia nampak baby bergerak ke kiri, ke kanan..berguling..hah amik kau..hahaha..tetiba mr mafia cakap " eheh dia gerakla..dia tak sabar nak jumap daddy tu"...nad senyum jela..hahaha..

Akhirnya dapat jugak daddy tengok ye..hahahaa..nad masih lagi buat tanda pergerakan baby dalam buku pink..gerak jela anak..tendanglah..sekurangnya mommy tak risau..semoga kamu membesar dengan baik..kamu sihat..keluar nanti jangan susahkan mommy ye..huhuhuhu..





hai assalammualaikum

Tiket Percuma Ke Zoo Negara Pada 23 Ogos & 3 September 2015 - Tempat paling best dan menarik untuk bawa anak-anak ialah di Zoo Negara..hehehe...dari kecik sampaila ke tua, kalau pergi sini memang best, sebab banyak haiwan yang ditunjukkan. Masa ni la nak kenalkan anak-anak denagn binatang depan mata sendiri kan. Berita gembira untuk korang yang nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu ni ke Zoo Negara...ade tiket percuma nak bagi dekat pengunjung ni.. Promosi ni hanya pada 23 Ogos dan 3 september je tau..jangan lepaskan peluang..!!! 


Sempena sambutan hari lahir dua panda comel ni..iaitu Xing Xing & Liang Liang, pihak Zoo Negara akan memberi tiket percuma kepada  
1) kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja
2) mereka yang lahir pada 23 Ogos 2015 tak kira kanak-kanak atau dewasa
3) bawak mykad, mykid or passport
4) tiket free ni tak termasuk tengok panda..panda tu bayar lain.. 

Ada juga tiket online yang boleh anda boleh dapat dengan potongan 10%, 
1) Beli je tiket online untuk orang dewasa, dan claim percuma tiket kanak-kanak boleh amik di kaunter tapi untuk bawa 12 tahun sahaja.
2) Setiap seorang kanak-kanak MESTI ditemani 1 tiket dewasa
3) Tidak termasuk panda.


Untuk anak-anak yang bawah 3 tahun boleh masuk secara percuma pada bila-bila masa..best dakk.. kalau tak paham korang boleh call pihak zoo negara..

Lebih lanjut boleh pergi ke 
instagram: @zoonegaraonlineticket




Memandangkan Zoo Negara dekat dengan rumah nad, dah lama tak jejak Zoo Negara ni, ahad ni akan ku terjah..hehehe..macam mana rupanya..still samakah..jom korang sama-sama pergi ahad ni..kot-kot terjumpa kan..say hai-hai la..hehehhe..
hai assalammualaikum

Pobling Pore Sonic Cleanser Memang Best - Dah lama nad usha benda alah ni, tapi tak terbeli-beli. Lepas tu ada la duit lebih sikit, terbeli sudah pobling ni..hahaha..nad ni suka tengok youtube orang putih bab=bab kecantikan ni, dan setiap kali tengok mereka basuh muka, ada yang guna berus muka..jadi dekat situ la mula terpengaruh nak beli. Macam ni la perempuan kan..

Selalu kita basuh muka guna tangan je kan. Tak kisahla makeup atau tak makeup, cuci mukatu penting. Kita mungkin berfikir bahawa hanya dengan menggunakan tangan kita dengan pencuci muka yang kita guna dan beberapa air cukup untuk membersihkan muka kita, tetapi ia benar-benar tidak. Walaupun kulit kusam dan kering boleh membuat wajah kita lebih tua daripada kita yang sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk mencapai kulit berseri tanpa rawatan spa mahal dan rawatan muka. 



Benda ni dah lama dah kan, cuma nad yang baru guna, jadi nad baru nak review betapa bestnya produk ni. Pobling Pore Sonic Cleanser, nad beli dekat seorang akak ni dekat instagram,..nama instagram dia @taipingo9shop..lepas je whatsup dia tanya berapa jarga terus bank in..hahaha..Ada tiga pilihan warna dan semestinya nad pilih warna biru. Ni pertama kali cuba ponling ni. Katanya pobling ni menghasilkan getaran 1000/minit yang dapat membersihkan wajah kita dengan bersih. Lagi satu berus dia mak aih lembut betul..suka kitewtau..bagai diurut dimuka..hahaha...


Pobling Pore Sonic Cleanser
- 10,000 getaran sonik seminit menyediakan pembersihan liang mendalam. 
- Berus halus lembut mikro, sesuai untuk kulit sensitif dan kawasan mata. 
- Tahan air, boleh menggunakan di bilik mandi. 
- Penggantian kepala mudah
- Gunakan 1 AAA bateri.
  
Berkesan untuk:


- Menghapuskan sisa-sisa, minyak, masalah pori-pori terbuka, masalah jerawat ( especially jerawat pasir ), blackheads bawah kulit melalui Getaran Ultra Sonic
- Meningkatkan keanjalan kulit dan Menghilangkan garis halus
Ultra Sonic yang bergegar 20,000 seminit dalam berus, seperti massage yang gentle untuk muka kita, membantu untuk melicinkan kulit, menghapuskan garis halus dan kedutan, menyebabkan kulit jadi lebih muda.
- Membaiki kualiti kulit
Melalui pembersihan dalaman dan urutan yang lembut, ia menggalakan metabolic sel muka, jester mengurangkan kesan minyak, jeragat, kekurangan sinaran, blackhead dll.
- Merangsangkan penyerapan yang lebih baik terhadap Product penjagaan kulit
Setelah membersihkan liang roma, serum dapat memasuki ke lapisan dalaman kulit dan menutrisikan kulit dari dalam ke luar.
- Make remover yang hebat Membersih make up dengan lebih cepat, lebih senang dan pantas, di samping melindungi kerosakan kulit daripada kandungan bahan kimia make up.


Cara penggunaan:
1. Basahkan kulit dan pobling anda dengan air suam yang mencukupi dan letakkankan sabun pencuci muka pada bulu pembersih. Hidupkan pobling dan urut dengan kepala berus lembut.
2. Bilas kulit dengan air suam
3. Selepas menggunakan pobling, sila bilas buih sabun secukupnya di bawah air, keringkan dan simpan di tempat pemegang.
4. Apabila hendak digunakan lagi, lagi sekali basahkan berus lembut di bawah air yg mengalir.
5. Kami mengesyorkan untuk menggunakan dua kali atau tiga kali seminggu.
  

lepas nad gunakan pobling ni,mula-mula pedih sikit muka sebab muka nad kan ade bekas jerawat, tapi lama-lama dalam masa seminggu dah elok. Muka pun dah makin bersih je..takde cuci guna tangan dah. Ada lagi berus muka yang paling mahal, tapi guna yang ni pun dah ok..hehhe..cubalah ye.. 
hai assalammualaikum

Lovely BB Cream Bedak Asas Mesra Wudhuk Pertama Di Malaysia - Kalau sebelum ni, tak kenal barang makeup, main hentam kromo je pakai kan. Lantak la sesuai ke tak dengan kulit muka kita asalkan dia menutup cela dan nampak lawa, padahal bila pakai comot yang amat dan tona tak sekata dengan kulit. Sesiapa yang suka mekap natural, tak tebal boleh pakai bb cream sahaja.

Sebelum ni nad pakai BB Cream daripada Safi, elok pada muka, tapi kalau nak wudhuk kene cuci dulu. Berlainan dengan satu produk ni, nad baru diperkenalkan, baru dengar, memang best bb cream die, sangat mesra dan boleh dibawa ketika solat. Jadi takdela banyak kerja nak cuci dulu ke apa, terus basuh dengan air paip je sebab dia meresap terus dalam kulit. Nad nakkenalkan satu produk daripada Amy Mascara.
hai assalammualaikum

Last Open House Di Rumah Blogger Kak SueAida - Semalam last raya kan..yeke..ntahla..tak sure..tapi kawan cakap semalam last raya..hahaha..tak kisahla..yang penting siapa yang buat open house, nad boleh pergi, nad pergi je..mana tak dapat pergi..mintak maaf..sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan..kadang-kadang urusan keluarga..biasalah..family is first right..ececehh..dan semalam nad dapat jemputan ke rumah salah seorang ahli #kelabbloggerbenashaari iaiatu kak sueaida. Nad kenal dia pun lepas dia masuk group kalau tak, takkan kenal kot..hehee..

Semalam ke rawangla kita. Selepas zohor nad gerak sebab ingat dekat..hahaha..apa lagi gunala "tomtom"..tomtom ni macam waze..biasalah mr mafia, suka usha benda-benda macam ni, mula-mula waze..pastu papago..sekarang tomtom pulak..guna tomtom pulak..Bagusnya tomtom ni dia tunjuk simpang jalan..tunjuk jalan tak sesak..memang tunjuk betul punya apa yang ade dekat jalan raya tu..so tak sesatla..tapi..hahaa..ada tapi..dia bawak kita memang tak sesak betul-betul..yang perjalanan memang la jauh..hahaha..takpela..orang cakap menikmati pemandangan..kah!!!


Akhirnya sampai jugakla rumah kak Sue Aida ni ha..sampai je sana, jumpa beberapa lagi blogger yang lain..haha nak tau siapa..nantila..kita nak cakap pasal makanan..hahaha..alaa..lupa nak amik makanan sebab ada satu makanan feveret yang kita ngidam sesangat..nak tau apa dia..ni ha "sambal udang tempoyak" kau..fuh..ni gara-gara che mat gebu dengan kak dlaila ler..nasib baik kak dlaila masak sambal udang tempoyak ni..wahhh..best sangat-sangatt..hilang ngidam mak buyung ni..tambah dua kali gara-gara sambal udang tempoyak ni..huhuhu..






Meh tengok kekecohan kami..haha..memnag kecoh..bila bergambar ayu ler..hahaa..ni semua dah  geng-geng mak ni..nampaknya nad dah tergolong dalam geng-geng mereka ni..hahaha..


Yang ni gambar dari kak saidila..hahaha..tadika kau..memang meriah..kecoh..orang pandang pun tersenyum je..lantakla kau dah jadi mak orang ke..kalau dah jumpa geng kepoh, geng suka gambar memang macam ni la..hahaha

Nak bagitau kak sue ni ada jual air kelapa laut..sedapp..siapa-siapa nak order bolehla beli dengan dia..facebook dia shuhaida kabdy..leh contact kat situ ya..hehe..terima kasih kak sue..
hai assalammualaikum

Roti Gardenia Memang Sedap Dimakan Begitu Saja - Kalau sebelum ni, nad memang kurang makan roti..takdela sampai berbuku-buku kau sehari macam sekarang. Kalau dulu makan sebulan boleh dikira berapa, tapi sejak pregnant ni, roti gardenia la yang jadi pujaan hatiku..Roti gardenia la buat nad kenyang, tapi takdela kenyang sangat,,cukup sarapan roti berkeping-keping..alhamdulillah kenyang..Roti jugakla yang dicari masa awal-awal sickness dulu, sebab tak boleh masuk nasi dan lauk pauk, nak bagi perut kenyang, taknak bagi kosong makan la roti gardenia ni dengan kaya..kenyangg kau..


Sekarang kandungan dah masuk 7 bulan pun still makan roti ni walaupun dah takde sickness. Mr mafia selalu beli dua bungkus terus untuk stok seminggu..hahhahaha..dah habis..beli lagi dua bungkus..sebab nad ni jenis cepat lapar sekarang, jadi kalau ada roti , bila lapar,makanla roti..hilang rasa lapar. Kadang-kadang setiappagi buat sarapan dengan roti. Buat berbeza-beza, kadang roti sandwich, roti telur, roti keju. Memang kenyang.

Bahan Bahan Roti Gardenia

Tepung Gandum Berprotein Tinggi (unbleached),Air Bertapis,Gula Pasir,Ragi,Lemak Sayuran (Berasaskan kelapa sawit tanpa penghidrogen),Kondisioner Doh (Berasaskan kelapa sawit dan soya),Garam,Garam Kalsium,Susu dan Derivatif Susu,Bijiran Terperam (Gandum),Khasiat Khasiat Ragi,Pekatan Jus Kismis,Cuka,Zink,Vitamin C,Zat Besi,Vitamin E,Vitamin A,Iodin.

Kebaikan Roti Gardenia 

Lebih Lembut,Lebih Gebu,Diperkaya dengan Vitamin dan Zat Galian penting.


Siapa yang sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan. Inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Makanan berkanji Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.

Kelebihan roti kepada ibu hamil
1. Baik untuk kepeluan konsumsi setiap harinya
2. Baik untuk kesehatan pencernaan
3. Mampu untuk menjaga kekenyangan
4. Dapat memberikan energi yang tinggi bagi tubuh
5. Baik untuk yang sedang melakukan program diet
6. Baik untuk perkembangan otak




Lagi satu roti gardenia yang nad suka ialah roti gardenia delicia ni tapi wajib perisa coklat..tak boleh perisa lain..hahahha..kalau takde dekat kedai takkan beli..akan usaha cari isi coklat jugak..hehehe..yang ni memang kene beli berbungkus-bungkus..kadang dalam perjalanan pergi mana-mana roti ni jadi pilihan untuk dimakan..hehehe..sedapnyyaaa..ok baii..

PENCUCI MAKEUP REMOVER CLINELLE

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Pencuci Makeup Remover Clinelle - Hah, part paling penting sebelum cuci muka, nad mesti kene tanggalkan makeup dulu..wajibb ok..kalau dulu zaman muda-muda tak tau apa-apa, lepas makeup je terus basuh muka dengan pencuci muka. Sedangkan makeup ada lagi dekat muka tu, tak tanggal habis, sebab tu muka banyak tumbuh jerawat. Sejak baca sana sini dekat google, memang penting tanggalkan makeup dulu sebelum cuci muka. Barula muka tu bersih dari segala kekotoran..hehehe..

Kalau sebelum ni nad guna penanggal makeup Pixy, memang best tapi tetiba nak cuba yang lain pulak. Ada entry pasal Pixy dekat SINI. Jadi pergila Watson, nak cuba pencuci makeup yang lain, biasalah perempuan, mestilah nak mencuba yang berlainan, takkan sama je kan..hehehhee..kalau serasi ok, kalau tak kita kembali kepada produk yang asal..hehee..sampai watson je, tanya amoi tu nak cari penanggal makeup yang sesuai dengan kulit muka nad. lepas je dia tengok muka nad, sebab muka nad ni kadang-kadang sensitif, jadi dia syorkan nad dengan produk Clinelle ni.


Selalunya kalau jenama macam ni nad tak pandang sebab macam mahal je kan..hahaa..tapi disebabkan tetiba nad macam jatuh hati je, terus nad beli. Sebab apa nad terus tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebabnya dia dibuat daripada luar negara, dan berwarna biru..hahahahha..ok tu tipu, semata nampak biru tapi tak tengok bahan-bahannya, habis muka kau kan nad..nad tertarik dekat pencuci makeup remover clinelle ni sebab dia berasakan air dan ia adalah 5 dalam 1 iaitu dapat menghapuskan solek, terkelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit. tengokk best kann...


Satu botol boleh buat untuk semua, dari mata, bibir dan seluruh muka. Bestnya Clinelle ni boleh menanggalkan makeup kalis air, tidak berminyak sebab berasaskan air, berkesan dan lembut. Dengan hanya satu sapuan dah boleh untuk sapu seluruh muka, jimat dekat situ. Sapuan pun menjadi mudah.




SAIZ: 180ml

Tindakan multi berasaskan air pembersih 5-in-1, yang berkesan menghilangkan kotoran, minyak dan semua kesan solek dari muka, mata dan bibir zon. Ia kalis air larut solek mata tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain pembersihan yang cekap, ia mengelupas, membersihkan, mencerahkan dan melembapkan kulit dalam hanya 1 langkah!

MANFAAT


 PEMBAIKAN: Delima Enzim, yang menghilangkan lapisan kulit mati untuk meningkatkan pembaharuan kulit meninggalkan kulit berseri.
 

Perincikan: Asid Hyaluronic yang menyediakan mendalam penghidratan bebas minyak untuk kulit kelihatan lembut dan licin.

RESHIELD: Ekstrak Teh Hijau untuk membantu mempertahankan kulit daripada kerosakan radikal harian percuma, mengembalikan kulit yang jelas dan tenang.


Tak sia-sia la beli..kekal segar dan bersih dengan Clinelle...
hai assalammualaikum


http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

Giveaway Birthday Mum & Sister  |Tengkubutang - Hah meh nak habaq la siapa yang suka join giveaway tu...hadiah dia pun lumayan..barang ada, cash ada, topup ada..hadiah bernilai RM500 untuk dimenangi tu..Giveaway ni Tengkubutang yang buat sempena Hari Lahir Emak dan Adik Perempuan..bagus kann..so apa lagi..klik banner tu ye nak join..klik jangan tak klikk

MAKAN PISANG KEMBAR DAPAT ANAK KEMBAR???

in , by Nadia Johari, 16:57:00
hai assalammualaikum


Makan Pisang Kembar Dapat Anak Kembar? - hhahahaa..andaian, gurauan yang dibuat oleh mr mafia sewaktu ternampak pisang kembar ni dekat gerai mamak. Masa tu nad dengan husband baru balik dari jalan-jalan. Sebelum singgah rumah mesti ke gerai mamak sekejap untuk minum air atau bungkus makanan. Masa tu dia ternampak pisang kembar ni dekat atas meja, apa lagi dia amikla..lepastu datang dekat nad cakap " nah sayang makan pisang ni..tengok pisang ni, ada dua bersambung..kembar..mana tau dapat anak kembar"..hahahha...


Padahla dah scan dah..sorang je pun..biasalah mr mafia kalau nak buat lawak..nad pun layankan jela..pertama kali tengok pisang kembar..sebelum ni nampak telur berkembar je..hahhaha..macam ni la kitaorang laki bini kalau jumpa sesuatu yang pelik..amik gambar mesti..hahaha... siapa yang teringinkan kembar kan. Semua orang nak, tapi tengok kepada rezeki masing-masing. 

Banyak faktor yang membolehkan seseorang itu mendapat anak kembar.. Selain faktor gen dan keturunan, makanan dan nutrisi juga dapat berpengaruh untuk mempunyai bayi kembar. Makanan dan nutrisi apa saja yang membantu meningkatkan kesuburan sehingga meningkatkan peluang mempunyai anak kembar.

Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.


- Ketela dan Ubi JalarTahukan anda, orang-orang suku Yaruba di Nigeria dilaporkan mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi. Sebuah kajian mendedahkan bahawa pengambilan ketela yang tinggi dalam pola pemakanan beliau ikut berperanan besar.Ketela masuk dalam keluarga umbi-umbian, yang merupakan sumber fitoestrogen dan progesteron. Kehadiran bahan kimia ini dapat membantu hiper-ovulasi. Orang yang mengambil ketela liar telah berdasarkan penelitian ternyata mempunyai tahap kemungkinan hamil kembar yang tinggi.

- Makanan jenis tenusu
Makanan-makanan yang mengandungi susu, seperti mentega, keju atau susu itu sendiri dipercayai dapat membantu wanita untuk mempunyai bayi kembar. Kenapa? Sebab susu mengandungi banyak kalsium. Peranan kalsium ini tidak hanya boleh meningkatkan kesihatan tulang, tetapi juga sistem pembiakan yang sihat.Ada doktor yang menyebutkan bahawa wanita yang mempunyai pengambilan tinggi produk tenusu mempunyai lima kali lebih banyak peluang untuk mempunyai anak kembar dibanding wanita yang tidak meminum atau memakan makanan yang mengandungi susu.Kajian yang lain ternyata juga menunjukkan hal yang sama, bahawa wanita yang mengambil susu dan produk susu, punya peluang hamil kembar lebih besar. Demikianlah keunggulan dan keistimewaan susu, salah satunya dapat merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur yang meningkatkan peluang atau konsep dengan bayi kembar.

- Makanan yang mengandungi asid folik dan Karbohidrat 
Makanan yang mengandungi asid folik boleh meningkatkan kemungkinan kelahiran kembar. Apa saja makanan yang mengandungi asid folik? Di antaranya, kacang-kacangan dan bayam. Makanan tersebut dapat meningkatkan kesuburan yang baik kerana kaya akan asid folik. Orang yang banyak makan makanan yang mengandungi asid folik kemungkinan mempunyai anak kembar meningkat menjadi 40 peratus.

Antara faktor pemakanan yang membolehkan dapat anak kembar. Takpe usaha selagi boleh..heehe..

 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2