hai assalammualaikum

Konsert Search Panggung Khayalan - Search satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik. Search merupakan sebuah kumpulan rock yang telah bertakhta di persada seni muzik lebih 34 tahun dan sehingga ke hari ini masih kekal aktif. Kumpulan Search masih dibarisi ahli-ahlinya iaitu Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (gitar bas) dan Yazit (drum). Kumpulan ini masih kekal sebagai kumpulan rock paling popular di Malaysia.
Kumpulan yang terdiri daripada anak jati johor ini akan kembali ke selatan tanahair untuk mempersembahkan satu konsert khas buat peminta-peminatnya melalui konsert Search Panggung Khayalan. Konsert Search Panggung Khayalan adalah anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama Educity Iskandar Malaysia Sdn.Bhd.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio


Konsert Search Panggung Khayalan akan berlangsung pada
Tarikh: 24 Oktober 2015 (sabtu)
Masa: 8.00 Malam
Tempat : Kompleks Sukan Educity, Nusajaya , Johor.


https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio


Berkonsepkan gabungan rock dan panggung kahayalan yang dipetik dari lagu " Panggung Kahayalan " dalam album Rock n Roll Pie, search menjanjikan persembahan paling bertenaga yang pastinya akan memuaskan hati peminat-peminat yang hadir. Konsert selama 2 jam ini turut mengundang peminat-peminat Search dari Singapura dan Indonesia untuk sama-sama berhibur.
Tiket-tiket ke konsert ini boleh didapati secara online di laman web Tiket Hotline http://www.tickethotline.my dengan harga serendah RM66 untuk tempat duduk biasa dan paling ekslusif adalah RM756 untuk VIP premium, dimana hanya 100 tiket VIP premium dijual. Pemegang tiket VIP premium akan dijemput hadir ke majlis khas ( post part ) selepas konsert bersama semua ahli Search.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio
kredit pic kerex studio

Selain secara online tiket juga boleh didapati di kaunter
- Ticket Hotline Office
- Rock Corner The curve
- Rock Corner Subang Parade
- Rock Corner The Gardens
- Rock Corner Bangsar Village

Dikatakan abang Yazid akan turut serta dalam konsert ni..apa lagi korang orang Johor..serbula cepat..yang bukan orang Johor pun boleh mai..

AKASIA TV3 : MENCINTAIMU

in , by Nadia Johari, 17:48:00
hai assalammualaikum

Akasia TV3: Mencintaimu - Cerita Syurga Nur dah habis..ada cerita baru pulak..memang layan drama melayu petang-petang ni..kalau cerita tu menarik..kalau jalan cerita takmenarik memang kurang layan..hahaha..Mencintaimu dibarisi pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sarah Anne dan ramai lagi..


  
Sedikit sinopsis:
Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya. Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. 
Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
sama-samalah kita  saksikan..

RESIPI TELUR DADAR DAGING

in , by Nadia Johari, 12:16:00
hai assalammualaikum

Resipi Telur dadar Daging - Bila dapat idea yang ntah apa-apa untuk masak, mesti nad akan cuba..hahaha..biasalah nak cuba sesuatu yang baru..nak rasa kelainan lidah ni ha..asyik benda sama je kan..apa kata kita buat kelainan sikit kan..hehehhe..tapi semua resipi yang nad buat semua simple..bukan berat-berat sebab nad bukan tukang masak..kihkih..kali ni nad buat telur dadar daging..eh macam mana tu...ala senang je


Sebelum ni selalu telur dadar bubuh telur, bawang dan cili je kan..hah tetiba datang nak buh daging pulak..hahahha...masa ni tengok youtube masakan omelette korea..sjala nak try..kihkihkih...bahan-bahanya pun mudah dan simple..cuma telur (ikut berapa biji korang nak, macam nad dua biji je cukup untuk dua orang makan), bawang, cili dan daging. Pastikan daging direbus dahulu ye..yela kalau terus masuk je takut tak masak kan..for safety kita rebus dulu..dan garam jangan lupa ya..

Hah campurla semua bahan-bahan tu..


Ambik kuali, bubuh minyak sedikit..lepas tu tuangla bahan tadi semua tu..buat macam telur dadar...jeng-jegn..siap sudah...heheehe...

Senang je kan..selamat mencuba dan menjamu selera..

MANDI MALAM!! SESUAIKAH UNTUK IBU HAMIL

in , by Nadia Johari, 00:25:00
hai assalammualaikum


Mandi Malam!! Sesuaikah untuk Ibu Hamil - Memang tak dinafikan suhu dekat kuala lumpur ni memang berbeza dekat kampung. Nad kalau balik kuala lumpur mesti terasa panas yang sangat, salah satu sebab nad tak suka balik kuala lumpur..hahhaa..kalau tak hujan bahang dia lain macam. Panas dia dari pagi sampaila ke malam. kalau sebelum hamil panas macam mana pun tak kisah sangat, tapi sejak hamil ni, badan memang cepat berpeluh, tengok entry sebelum ni, cepat terasa panas sejak mengandung

Sebenarnya dari kecik lagi mak tak bagi mandi malam sebab akan dapat pelbagai penyakit, kita pun turutkan. tapi sekarang dengan cuaca yang tak menentu, lagi-lagi dekat kuala lumpur yang dah takde pokok-pokok ni, lagi-lagi depan rumah nad yang berhadapan dengan lebuhraya..lagila panas bak hangg..yang ada pun pokok bunga..hahaaa...nak hidu udara segar pun takdok..jadi nak bagi kelegaan waktu malam kadang mandi malam..Sampai mr mafia pun suruh mandi malam bagi selesa badan, sebab dia pun rasa cuaca kuala lumpur ni macam mana.

Kalau sebelum ni, nad mandi dua kali sehari, iaitu pagi dan petang. Tapi sejak mengandung ni, nad mandi lebih dua kali, kadang tiga kali, kadang empat kali. Kadang malam pun panas, nad terpaksa mandi tengah malam. Terpaksa ok, sebab badan dah tak selesa, nak tidur lagila tak tenang. Dah pasang kipas pun tak jalan sejuknya..kalau boleh nak ais dekat tilam..sejukk jee..aircond takde..huhuhu..nad pakai kipas bawah je..nad ada baca kat google sesuai ke ibu hamil mandi malam..kata ada pantang larang kalau ibu hamil akan meneybabkan air ketuban berdarah dan sakit… Ada jugak orang kata nanti kembar air.Tak taula..

Tapi nad mandi malam tak kerap kot..kadang-kadang je bila dah rasa tak selesa. ada nad baca pulak takde apa yang membahayakan ibu mengandung mandi malam. Lagi bagus bagi meghilangkan rasa melekit dekat badan tu dan ketenangan untuk tidur. Yang penting, pilihlah suhu air yang nyaman bagi ibu hamil. Lagi satu jangan mandi lama-lama..cukupla dapat menyejukkan badan..melampau mandi lama-lama..huhuhu... boleh baca sedikit infi dekat SINI dan SINI..




hai assalammualaikum

Yeo's Malaysia : Konsert Patriot Akim & The Majistret - Sebelum kawin lagi nad suka tengok konsert, tapi time study jela dapat tengok sebab selalu dekat tempat study ade je event dia. Pastu stop tengok konsert sebab takda geng. Biasalah kene cari geng yang masyuk kepala sama baru syok kan nak pergi tengok konsert tu. Haritu nad balik meru, jadi dapatla pergi tengok konsert Akim & The MAjistret dekat shah alam. Cerita ahad lepas.huhuhu...


Konsert Anjuran Yeo's Malaysia dengan kerjasama harian Metro bersempena Hari kemerdekaan telah mendapat sambutan orang ramai. Kempen itu bermula sepanjang bulan Ogos iaitu dari 1 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 dan sepanjang kempen ini berlangsung pihak Yeo's akan mengadakan jelajah Konsert Patroit I Love Malaysia bersama duta mereka iaitu Akim & The Majistret. 



Masa ni nad pergi denagn anak buah nad, dan abang kandung yang menghantar..ehhehe..sebab masa ni mr mafia ada kerja..jadi bawakla anak buah sebagai peneman..nasib dia ok..hahaa..dapat pulak tiket free. Walaupun keadaan tengah memboyot, tapi tak menghalang nak tenok konsert kau....hahaha.. Pengacara konsert haritu memang tak membosankan sebabnya yang mengacarakan si AG penyampai radio Hot Fm dan Aaron. Aaron ni nad tak pernah kenal tapi disebabkan mereka mengacara dengan baik, suasana jadi havoc yoo..



Konsert bermula jam 8.45 malam tu dimulakan dengan kumpulan The Precious. Pertama kali nad dengar group ni..hohoho..Diaorang menyanyikan lagu medley timber dan falling In Love. The precious ni kumpulan perempuan yang memag lincah kau..semua chinese..Pada malam konsert tu semua bangsa ada, dari cina, India dan Melayu.


Penyanyi kedua pula India iaitu Alinda. Mulanya tak kenal siapa dia ni, tapi lepas AG sebut yang die pernah berduet dengan Aizat masa Juara lagu,.ala lagu "Pergi"..yang mula-mula tu kan ada seorang perempuan India nyanyi..aaaaa...aaaaa...aaaaa...hehehe..tengok live-live suara super duper awesome kau..sama je..sedapp weiii..lagi best time dia nyanyi lagu hindustan..macam dia penyanyi asal..hahaa..memang sedap sampai meremang bulu roma..terpegun ..ternganga..hahaha..








Selesai je Alinda nyanyi..tetiba hujan pun turun..aiyakk..time-time tu Akim & The Majistret nak buat persembahan..Walaupun hujan lebat tapi tak menghalang mak boyot ni enjoy tengok konsert. Tak menghalang jugak peminat Akim untuk menonton konsert ni aritu. Memang stay dan tetap enjoy melihat Akim & The Majistret buat aksi atas pentas. Band yang dianggotai Akim, Gjie, Fairuz, freddy, dan Hafiz memulakan persembahan dengan lagu patriot. Lepas tu baru lah nyanyi lagu Obses..lagi hangat lagi bila nyanyi lagu Potret..memang bestt...Persembahan terakhir mestilah lagu mewangi..huhuhu...my favaourite song...

Mereka akan menjelajah di enam buah negeri seluruh Malaysia iaitu bermula di Johor (8 Ogos),Shah Alam Selangor (16 Ogos),Kuala Terengganu (5 Sept),Kota Kinabalu (12 Sept),Kuching (15 Sept) dan akhir sekali di Alor Star (19 Sept). Ada cabutan bertuah seperti TV 50",Samsung Galaxy Tab atau Samsung J5 serta album Patriot di lokasi konsert.

Lagi satu korang jangan lupa sertai contest I Love Malaysia yang menawarkan pakej percutian dan wang tunai yang bernilai rm185,000 di app WeChat tau.Untuk keterangan lanjut boleh la layari www.facebook.com/yeosmalaysia

CEPAT TERASA PANAS KETIKA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 12:20:00
hai assalammualaikum

Cepat Terasa Panas ketika Mengandung - Oh kuala lumpur, kenapala kau panas sangat..huhuhu..silalah hujan untuk dua hari ka, tiga hari ka, bagi daku sejuk sikit..pokok dah ler takde...jalan raya je ada..kenderaan sana sini..hari-hari mengadu dekat mr mafia..

"bang jomla cari rumah yang tak sesak dan panas macam ni"
"bang panasla, dah mandi pun panas"
" panasla bang, malam pun panas, tak tahan tidur, dengan baby bergerak lagi, bahang sangat ni, dah kene kipas pun panas"

Hahhaha..terpaksala si suami mendengar bebelan ku bila terasa panas..aircond pun akdok..pasang kang naik pulak bil letrik..kihkih..tak kiasah duduk kuala lumpur ni tapi asalkan rumah tu sesuai sikit, macam bukan depan jalan raya ke, depan tu adala taman permainan, ada pokok-pokok sikit, redupla sikit..barula tak berapa panas..dan tak bising dengan bunyi kenderaan..kalau korang tau rumah nad sekarang..fuh..memang mencabar hidup ni, lagi-lagi waktu malam..tapi disebabkan lama-lama dah biasa, buat tak tau jele..


Sejak mengandung ni panasnya lain macam,mungkin dengan prut yang semakin membesar..kadang-kadang kipas nad conquer sorang-sorang..hahaa..Dah duduk denagn tenang pun kadang-kadang keluar peluh..lagi-lagi dekat bahagian bawah payudara..sebab kadang-kadang badan terlipat..

- mungkin disebabkan peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

- tubuh wanita mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

- Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.


Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

SUAMI NAMPAK BABY BERGERAK PERTAMA KALI

in , by Nadia Johari, 19:50:00
hai assalammualaikum

Suami Nampak Baby Bergerak Pertama Kali - Alhamdulillah, sekarang kandungan nad dah masuk 7 bulan. Macam-macam nad lalui sepanjang hamil ni, dari sickness, lepas tu perubahan makanan, lepas tu nampak pergerakan baby. Pengalaman pergerakan baby adalah satu saat yang paling menggembirakan, dan bila scan baby dalam keadaan sihat siap nampak dia hisap jari lagi..alolololo..semakin hari baby bergerak semakin aktif..dari mula-mula die hanya menendang "dupp sahaja"..lepas tu berguling-guling, sekarang lagi kerap die menendang..sampai senak perut..hahaa..takpe, dia ikut mommynya..aktif sangat..ahhaha..mommy kuat anak pun kene kuat..yeye...


Selalunya memang nad la yang kerap dapat rasa pergerakan baby ni..sebab baby dalam perut nad..hahaa..tapi baby nad ni lain sikit, bila time nak amik video, die tak banyak gerak, bila nak tengok dia gerak, dia shy-shy jugak nak gerak..tapi..bila tutup je, yeahh tu diaa, mula berguling, menendang..kadang sampai perut senget sana sini..kadang terkejut tetiba tengok bahagian pusat tenggelam..hahahha..apa ntah dibuatnya kat dalam..tunjuk dekat suami, "ntah anak abang buat ape ntah ni, tengok perut sayang..tenggelam pusat hah"..tapi nanti kembali normal..


Bila die aktif bergerak, kita ni mula la excited nak tunjuk dekat suami...yela asyik nad je yang tengok perut ni berombak-ombak..Bila nak tunjuk, baby takmau gerakla depan daddy..dah kenapa..kadang daddy dok usap-usap perut suruh baby bergerak, tapi tak bergerak..hahaa..alahai kesian daddy tak dapat tengok lagi..tapi bila tutup baju die gerak pulak..eheh..sabar ye daddy..nanti dapatla tengok..

Lepas tu semalam, masa tengok cerita,memang lampu semua tutup, pastu nad dedahkan bahagian perut sebab cuaca panas..masa tu daddy sibuk tengok cerita,main game dekat handphone..masa tu memang baby tengah gerak, tapi malas na bagitau mr mafia takut baby diam ..hahaa..last-last mr mafia tertengok perut nad dan dia nampak baby bergerak ke kiri, ke kanan..berguling..hah amik kau..hahaha..tetiba mr mafia cakap " eheh dia gerakla..dia tak sabar nak jumap daddy tu"...nad senyum jela..hahaha..

Akhirnya dapat jugak daddy tengok ye..hahahaa..nad masih lagi buat tanda pergerakan baby dalam buku pink..gerak jela anak..tendanglah..sekurangnya mommy tak risau..semoga kamu membesar dengan baik..kamu sihat..keluar nanti jangan susahkan mommy ye..huhuhuhu..





hai assalammualaikum

Tiket Percuma Ke Zoo Negara Pada 23 Ogos & 3 September 2015 - Tempat paling best dan menarik untuk bawa anak-anak ialah di Zoo Negara..hehehe...dari kecik sampaila ke tua, kalau pergi sini memang best, sebab banyak haiwan yang ditunjukkan. Masa ni la nak kenalkan anak-anak denagn binatang depan mata sendiri kan. Berita gembira untuk korang yang nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu ni ke Zoo Negara...ade tiket percuma nak bagi dekat pengunjung ni.. Promosi ni hanya pada 23 Ogos dan 3 september je tau..jangan lepaskan peluang..!!! 


Sempena sambutan hari lahir dua panda comel ni..iaitu Xing Xing & Liang Liang, pihak Zoo Negara akan memberi tiket percuma kepada  
1) kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja
2) mereka yang lahir pada 23 Ogos 2015 tak kira kanak-kanak atau dewasa
3) bawak mykad, mykid or passport
4) tiket free ni tak termasuk tengok panda..panda tu bayar lain.. 

Ada juga tiket online yang boleh anda boleh dapat dengan potongan 10%, 
1) Beli je tiket online untuk orang dewasa, dan claim percuma tiket kanak-kanak boleh amik di kaunter tapi untuk bawa 12 tahun sahaja.
2) Setiap seorang kanak-kanak MESTI ditemani 1 tiket dewasa
3) Tidak termasuk panda.


Untuk anak-anak yang bawah 3 tahun boleh masuk secara percuma pada bila-bila masa..best dakk.. kalau tak paham korang boleh call pihak zoo negara..

Lebih lanjut boleh pergi ke 
instagram: @zoonegaraonlineticket




Memandangkan Zoo Negara dekat dengan rumah nad, dah lama tak jejak Zoo Negara ni, ahad ni akan ku terjah..hehehe..macam mana rupanya..still samakah..jom korang sama-sama pergi ahad ni..kot-kot terjumpa kan..say hai-hai la..hehehhe..
hai assalammualaikum

Pobling Pore Sonic Cleanser Memang Best - Dah lama nad usha benda alah ni, tapi tak terbeli-beli. Lepas tu ada la duit lebih sikit, terbeli sudah pobling ni..hahaha..nad ni suka tengok youtube orang putih bab=bab kecantikan ni, dan setiap kali tengok mereka basuh muka, ada yang guna berus muka..jadi dekat situ la mula terpengaruh nak beli. Macam ni la perempuan kan..

Selalu kita basuh muka guna tangan je kan. Tak kisahla makeup atau tak makeup, cuci mukatu penting. Kita mungkin berfikir bahawa hanya dengan menggunakan tangan kita dengan pencuci muka yang kita guna dan beberapa air cukup untuk membersihkan muka kita, tetapi ia benar-benar tidak. Walaupun kulit kusam dan kering boleh membuat wajah kita lebih tua daripada kita yang sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk mencapai kulit berseri tanpa rawatan spa mahal dan rawatan muka. 



Benda ni dah lama dah kan, cuma nad yang baru guna, jadi nad baru nak review betapa bestnya produk ni. Pobling Pore Sonic Cleanser, nad beli dekat seorang akak ni dekat instagram,..nama instagram dia @taipingo9shop..lepas je whatsup dia tanya berapa jarga terus bank in..hahaha..Ada tiga pilihan warna dan semestinya nad pilih warna biru. Ni pertama kali cuba ponling ni. Katanya pobling ni menghasilkan getaran 1000/minit yang dapat membersihkan wajah kita dengan bersih. Lagi satu berus dia mak aih lembut betul..suka kitewtau..bagai diurut dimuka..hahaha...


Pobling Pore Sonic Cleanser
- 10,000 getaran sonik seminit menyediakan pembersihan liang mendalam. 
- Berus halus lembut mikro, sesuai untuk kulit sensitif dan kawasan mata. 
- Tahan air, boleh menggunakan di bilik mandi. 
- Penggantian kepala mudah
- Gunakan 1 AAA bateri.
  
Berkesan untuk:


- Menghapuskan sisa-sisa, minyak, masalah pori-pori terbuka, masalah jerawat ( especially jerawat pasir ), blackheads bawah kulit melalui Getaran Ultra Sonic
- Meningkatkan keanjalan kulit dan Menghilangkan garis halus
Ultra Sonic yang bergegar 20,000 seminit dalam berus, seperti massage yang gentle untuk muka kita, membantu untuk melicinkan kulit, menghapuskan garis halus dan kedutan, menyebabkan kulit jadi lebih muda.
- Membaiki kualiti kulit
Melalui pembersihan dalaman dan urutan yang lembut, ia menggalakan metabolic sel muka, jester mengurangkan kesan minyak, jeragat, kekurangan sinaran, blackhead dll.
- Merangsangkan penyerapan yang lebih baik terhadap Product penjagaan kulit
Setelah membersihkan liang roma, serum dapat memasuki ke lapisan dalaman kulit dan menutrisikan kulit dari dalam ke luar.
- Make remover yang hebat Membersih make up dengan lebih cepat, lebih senang dan pantas, di samping melindungi kerosakan kulit daripada kandungan bahan kimia make up.


Cara penggunaan:
1. Basahkan kulit dan pobling anda dengan air suam yang mencukupi dan letakkankan sabun pencuci muka pada bulu pembersih. Hidupkan pobling dan urut dengan kepala berus lembut.
2. Bilas kulit dengan air suam
3. Selepas menggunakan pobling, sila bilas buih sabun secukupnya di bawah air, keringkan dan simpan di tempat pemegang.
4. Apabila hendak digunakan lagi, lagi sekali basahkan berus lembut di bawah air yg mengalir.
5. Kami mengesyorkan untuk menggunakan dua kali atau tiga kali seminggu.
  

lepas nad gunakan pobling ni,mula-mula pedih sikit muka sebab muka nad kan ade bekas jerawat, tapi lama-lama dalam masa seminggu dah elok. Muka pun dah makin bersih je..takde cuci guna tangan dah. Ada lagi berus muka yang paling mahal, tapi guna yang ni pun dah ok..hehhe..cubalah ye.. 
hai assalammualaikum

Lovely BB Cream Bedak Asas Mesra Wudhuk Pertama Di Malaysia - Kalau sebelum ni, tak kenal barang makeup, main hentam kromo je pakai kan. Lantak la sesuai ke tak dengan kulit muka kita asalkan dia menutup cela dan nampak lawa, padahal bila pakai comot yang amat dan tona tak sekata dengan kulit. Sesiapa yang suka mekap natural, tak tebal boleh pakai bb cream sahaja.

Sebelum ni nad pakai BB Cream daripada Safi, elok pada muka, tapi kalau nak wudhuk kene cuci dulu. Berlainan dengan satu produk ni, nad baru diperkenalkan, baru dengar, memang best bb cream die, sangat mesra dan boleh dibawa ketika solat. Jadi takdela banyak kerja nak cuci dulu ke apa, terus basuh dengan air paip je sebab dia meresap terus dalam kulit. Nad nakkenalkan satu produk daripada Amy Mascara.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2