hai assalammualaikum

Sambut Birthday Panda Di Zoo Negara - Dah lama rasanya tak jejak Zoo Negara. Last pun tak ingat bila pergi Zoo Negara..hahaha. Akhirnya pada 23 Ogos 2015 nad jejak jugak Zoo Negara ni. Seronok tau pergi Zoo Negara walaupun tengok haiwan je. Bukan satu haiwan, satu spesis, malah pelbagai haiwan yang dipamerkan. Ada yang kita pernah tengok, ada yang tak pernah tengok. Mungkin sekarang keadaan di Zoo Negara dah lain, yela dengan adanya Panda.hehehe..Yeahh Mak buyung dah tak sabar nak masuk dan jalan-jalan Zoo Negara.



Sebahagian keluarga #kelabbloggerbenashaari perlu berkumpul sebelum 9 pagi. Sampai je dekat sana, ramai dah yang datang. Sebelum masuk kami kene daftar dulu, sebab nak bahagikan kumpulan, nak bagi tag sebagai tetamu di Zoo Negara. Kami blogger-blogger dijemput ke Zoo Negara sempena dengan ulang tahun kesembilan kelahiran panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang. Wah!!seronoknyaa, teruja semua ada. Masa tu dapat pulak tag kumpulan Panda kan..heheee..


Program kolaborasi antara pihak Zoo Negara dan Kelab Blogger Ben Ashaari itu bertujuan untuk membawa para blogger untuk meninjau haiwan-haiwan yang berada di sana di samping mempromosikan Zoo Negara. Masuk je dalam Zoo Negara memang nad dah excited. Lama kau tak masuk Zoo ni oii..Zoo Negara ni banyak tempat, jadi kita pergi satu-satu tempat ye..tengok tempat-tempat die tau..

Butterfly Garden


Tempat pertama kitaorang dibawa ialah Butterfly Garden. Nad ni nama je bawak suami, tapi paham-paham jela, kalau suami dah photographer, mesti nak amik gambar sana sini dulu, jadi malas nak tunggu dia, kita masuk jela dulu. Nad jalan dengan baby dalam perut ni ha..hahaha..





sebelum masuk dalam Taman Rama-rama akan jumpa spesis haiwan kecik sepeti kala jengking, labah-labah, kumbang dan lain-lain.Lepas puas tengok baru masuk ke Taman Rama-rama.





Masuk je,masyallah, cantiknya tempat dia..besar luas. Nampak rama-rama berterbangan sana-sini. Die punya tempat dah macam tempat nak berdating pun boleh..hahahha..Nampak banyak spesis rama-rama yang terbang dalam ni. Rasa nak tangkap, pastu bawak masuk botol dan bawak balik..hahahha..satu je tau nama rama-rama ni, iaiatu rama-rama gajah, yang kadang-kdang hinggap dekat rumah...kihkih..yang lain..cek panggil rama-rama jele..Kat taman rama-rama ni dapatla tengok die hisap madu bunga, hinggap dekat bunga. Nak amik gambar kene senyap, kalau tak dia lari. Bukan main susah lagi nor.


Oh nad ada baca, ada jugak spesis rama-rama yang makan buah-buahan reput. Baru nad tau...hahaha..nampak tak, kita ingat rama-rama hisap kat bunga je, rupanya ada gak makan buah.


Ni la rupa kepompong sebelum keluar menjadi rama-rama yang sangat cantik...tidurla kau sebelum kau bebas..fuhh..hahahaa..datang sini kene hayati binatang ni betul-betul..kihkih..

Kawasan Beruk




Next pitstop, kami dibawa ke kawasan beruk-beruk yang comel tu..eh comel ke..hahaha.. Selalu tengok monyet dekat rumah, warna coklat je, tapi dekat zoo ni semua spesis ada. Ada beruk Mulut mancung, bontot merah, ada warna hitam, ada warna hitam putih, ada coklat, ada yang biasa kita tengok, ada yang tak biasa. Semua beruk ni pemalu nak maik gambar, suka menyorok..ngrrr..geram pulak kita..antara nama beruk yanga da, siamang, black and white ruffel, ungka tangan putih dan macam-macmlagi la..


Masa ni ajar anak dalam perut dulu..ahhahhaa..

Malaysian River Journey ( Tuanku abdul Rahman Aquarium)


Lepas tu kami dibawa ke tempat yang beraircond..fuh lega tau selepas berpanas..hahahah..tapi nad tak kisah pun, memang dari dulu suka masuk Zoo Negara dan jalan-jalan. Menikmati katakan. Tempat yang kitaorang masuk ialah tempat aquarium yang ditunjukkan pelbagai jenis ikan.



Weii masa ni anak dalam perut kuat menendang, tak taula die terlebih excited. Mommynya pun dah excited apatah lagi dia. Mommy takleh duduk diam, sana sini nak tengok. Anak pun nak ikut. Memang tak tahanbila die menendang, siapa yang penah rasa taula..hahaa..terpaksa la nad duduk rehat jap..sambil tengok ikan-ikan dalam aquarium ni. satu-satu ikan tengok, terpaksa jalan pelan-pelan.





Kat sini ada ikan besar, ada ikan kecik, dah macam kau berenang dalam ni..hahaha..tengok ikan depan-depan, bertentang mata tapi terpisah dengan cermin..kihkih..Tapi tak nampak pulak ikan jerung..kohkohkoh..

Bila tengok rasa nak masak pulak..hahaha..kejam..

Zoo Negara Show Amphitheatre



Seterusnya kami semua dibawa ke tempat pertunjukan haiwan..yeahhhhh/..seronokk..sepanjang pergi Zoo Negara nad memang tak pernah tengok pertunjukan show haiwan ni..TAK PERNAH!!! ok..tapi haritu dapat jugak tengok..yeahhh..lagi excited...Sampai sana je dah ramai yang duduk..semua dah tak sabar nak tengok persembahan haiwan. Haiwan apa yang bakal muncul buat persembahan..huhuhu..


Sebelum pertunjukan bermula, kita bergambar dengan panda ni dulu..kasi derma sikit..tengok panda dengan nad mana satu comel..ofkos nad..ahhahhaa...


Ok Pertunjukan bermula. Masa ni semua menjerit..wohooo..pertunjukan haiwan terlaltih..tak tau la berapa lama diaorang latih haiwan-haiwan ni..memang awesome kau. Pertunjukan pertama dari burung kakak tua bernama Ringgo dan koko. Permainannya masukkan bola dalam jaring..alahai paham pulak burung ni..huhuhu..ade tu siap main helah lagi nak menang..hahahha..



Selepas tu pertunjukan dari anjing laut. Selalu tengok dalam tv je anjing laut buat persembahan, sekarang dapat tengok live. Nama anjing laut Dombi dan Dombu (satu besar satu kecik)..dapat tengok dia masuk dalam jaring..fuh..splash air..tengok dia tepuk tangan..macam-macam ragam ada la..



Lepas tu ada bintang ni nama binturong. Spesis apa tak tau..hahahha..tengok cara dia amik makanan..fuh hebat..ekor tergantung, kepala ke bawah..amboii hang, macam tu sekali.

Banyaklagi haiwan yang buat pertunjukan masa tu..memang happening..korang aklau pergi Zoo Negara jangan lupa pergi tempat show haiwan ni tau..huhuhu..

The Wild Restaurant


Nad rasa anak nad menendang sebab dia lapar la..hhaahah..mana taknya pagi tu sarapan air susu moeder dengan roti je..yela masuk dalam dah berjalan, dalam aquarium mintak sosej kak ieta..hahaha..lapar sangat..pastu suh mr mafia belikan air dulu bagi hilang dahaga kejap sebelum kami semua di bawa makan dekat Wild restaurant. Nak pergi ke sana, kitaorang dibawa dengan menaiki tram, ala macam keretapi tu. Tak tau pulak nama dia tram..wakakkaa..selama ni panggil keretapi je..Selalunya nad tak suka naik tram ni, sebab nad lebih suka berjalan kaki melihat sambil melihat haiwan, tapi dah namanya group, kene ikut gak..ehhee..kang nad sorang yang terlambat.


Naik Tram ni nak pergi ke Wild restaurant iaiatu tempat makanan tengahari kami.menu yang disediakan ayam, burger, french fries dan air. Alhamdulillha, ni pun dah syukur sangat dapat makan. anak pun seronok giler dapat makan..hehehhee.. terima kasih Foodpanda menaja makanan tengahari kami..


Time-time tengah makan, rupanya ada cabutan bertuah..bertuah sangat nad sebab dapat lucky draw, tapi sayangnya nad tak dapat amik, mr mafia yang pergi amik..hahahaa..tetiba masa tu perut nad sakit, maka ke tandas la kita, membuat saham..hahahhaha..rezeki anak dapat lucky draw..aku syok-syok dalam tandas, tak tau apa yang berlaku dekat luar, keluar dari tandas, semua cakap "nad dapat lucky drawa"..erkk..aku terpinga-pinga..hahahhaa..memnag bertuah sangat la kau nad..

Bee's Muzium


Selesai je makan, kami semua dibawa ke Bee's Muzium. Kat sinila madu asli korang dapat rasa. ada pulak sarang  lebah kau, dengan lebah berterbangan..takut pulak nad kene sengat..adoyaiiii...tapi nasib baik ok..dapat jugak merasa madu asli yang dibagi..manis pun manis semanis muka ku..hahahha...




Ada ditunjukkan bagaimana lebah membuat madu. ada jugak jualan madu. Bukan madu isteri tu erk, ni madu lebah. Madu kan bagus untuk kesihatan. Kat sini macam-macm jenis madu ada kaorang boleh beli ok..

Savannnah walk









Dekat Sinilah pelbagai haiwan seperti Zirafah, badak, harimau dan macam-macm lagi..


Hah ada satu burung ni, macam bangau kot, masa ni petang nak balik sebenanrnya, nad jalan kaki la sebab dah lama tak masuk Zoo, jadi jalan kaki nak tengok haiwan lain dengan lebih dekat. Lepas tu penjaga zoo bagi makan burung ni, habis semua datang berterbangan berebut nak makan. Nad ni gerun tengok burung tu besar sangat jalan dekat dengan kita..nak lari memnag tak bolehla..Mr mafia suruh dekat nak amik gambar..oiii..tengok paruh dia macam nak patuk kita..tapi rupanya tak..spesis jinak ni..dia nak makanan je..uishh..


Part dua akan ku cerita pasal panda ye..hehee

BERSENAM KETIKA MENGANDUNG

by Nadia Johari, 22:40:00
Hai assalammualaikum

Bersenam Ketika Mengandung - Sejak kandungan dah masuk 5 bulan, nad dah tengok cara bersenam dekat youtube. Sejak badan ni lenguh-lenguh, masa tu barula nak mula bersenam. Nak bagi badan ni sihat dan cergas selalu. Nad akan lenguh-lenguh badan bila bangun dari tidur. Jadi masa bangun dari tidur, nad tarik nafas, rehat kejap, pastu strech sana sini. Selalu cuma buat basic je, takda pun macam betul-betul senaman preggy..huhuhu..

Tapi tetiba malam tu, macam biasa kacau mr mafia buat keje. Masa tu dia layan toutube sekejap. Lepas tu dia buka cara senaman ibu mengandung. Tiba-tiba, time tu gak dia suruh nad buat. Lor malam tu jugak dia suruh buat. Tapi seronok jugak bila husband ajak buat sesuatu yang bagus ni..hahaha..susah nak tengok laki ajak sesuatu yang perempuan suka buat. Selalunya perempuan yang ajak suami, ni sebaliknya..okla kita layankan jele..walaupun salah timing...ayoyo..hahaha..
Kehamilan bukan penghalang buat bakal mama bersenam. Malah, bersenam ketika hamil mempunyai banyak manfaat buat anda dan si kecil. Teruskan membaca untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1. Mudah bersalin
Senaman meningkatkan stamina. Kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana mempunyai tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.
2. Aliran darah lancar
Apabila darah lancar, ini bererti lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan keseluruhan tubuh lalu sekali gus membuat anda lebih segar dan bertenaga.
3. Atasi selera makan
Tubuh menggunakan banyak tenaga ketika bersenam. Ia secara tidak langsung memperbaiki selera makan anda agar dapat mengganti semula tenaga yang digunakan.
4. Menguatkan otot-otot
Apabila otot-otot rahim dan faraj kuat, ia berupaya menampung perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.
5. Mencegah kekejangan kaki
Senaman dapat membantu aliran darah berjalan lancar. Jadi, masalah kekejangan kaki yang sering dialami pasti dapat dihindari.


BILA KAU KAWIN!!! : NIKAH

in , by Nadia Johari, 02:02:00
hai assalammualaikum

Bila Kau Kawin!!! - dah dua orang kawan instagram dan facebook nad komen cakap macam ni..hahaha..tu pun gambar berbaju pink (baju ibu mengandung) yang nad post..alahaii kawanku..dah setahun lebih nad kawin..ni pun tengah tunggu masa untuk jadi mommy..Mula-mula nad terfikir..oo mayb dah lama tak stalker nad, tak keluar dekat timeline dia kot..sekarang baru keluar timeline..tu terkeluar ayat "bila kau kawin"..haahha..

Tapi bila nad pikir balik, nad jugak yang salah kot, sebab nad jarang post gambar berdua dengan husband..gambar kawin pun tak pernah post..hahaa..cuma sikit-sikit je..ade pun dekat blog..tapi tu pun gambar nikah..hahaha..bukan nad taknak post, tapi husband memang tak suka gambar dia dipostkan sangat..jadi ikutla rentak dia..tu yang posing sorang-sorang...kadang-kadang jahat jugak, post gambar dia..hehhehe..biasalah perempuan, kalau tak post nak kenalkan suami dekat public tak sah..bukan sebab nak menunjuk, nak bagitau ni laki den yang tak hensem..kot-kot ada yang terpikat..ahhahaa..

MISZROCKERS

MR MAFIA

Ni ha gambar kawin nad..maafler haritu pun tak buat entry sebabnya gambar lambat siap..tu pasai tak update pasal bab kawin ni..ni kita bagi sikit jela gambar kawin..hahaha..Sekurang-kurangnya dah tau nad dah kawin..kihkihkih...


Tanggal 12 April 2014, tarikh nad sah menjadi isteri orang. Sepatutnya ada dekat masjid pukul 10 pagi, sebab ada orang lain yang akan kawin jugak, tapi mak anadam nad datang lewat, jadi paham-paham jela makeup amik masa berapa lama. Jadi nad pun lambat datang..hahaha..pihak laki dah lama datang..itupun nad yang pesan kat dia jangan lewat..huishh on time pihak sana datang..pihak perempuan yang lambat..


sampai sana pengantin lagi sorang dah sampai, jadi tok kadi bagi yang sampai dulu nikah..maknanya nad kene tunggu bagi pengantin sorang lagi nikah..takpela tokkadi, bagi jele pengantin tu, sebab nad tengah neves..hahaha...mula-mula dengar ceramah, relaks je..takde ape-ape, time turn nak akad nikah tu tiba-tiba debor. Bolehkah mr mafia lafaz ni, takut dia lafaz banyak kali..hahaa..almaklumla pertama kali nikah..ayoyoyo..


alhamdulillah sekali lafaz, dah sah jadi isteri orang..kihkih..nangis lakunun-kunun...okla layan gambar sat erk..

ini dua orang hah sudah kamcing..banyak gosip ni dua orang..ayah ku yang hensem..hahaha..


Sedikit gambar..kang masuk semua jenuh nak scroll..hahaa...sikit-sikit jela erk..hehe..mengimbau kembali saat den nikah..ayoyoyo..tengok balik rasa macam baru je semalam nikah..(ok poyo sangat)..hahahaa...nanti citer sanding pulak..
hai assalamualaikum

"Bahasa Dosa" penyebab Yang Wajib Dielakkan ketika Bercakap Dengan Anak - Selamat pagi semua. Entry ni nad kongsikan di group whatsuup family nad. Dah nak jadi parenting ni, kenela amik tau pasal anak semua ni. Selalu dok main dengan anak orang, jap lagi anak sendiri dah ada. Kitalah yang kene didik dia, bercakap dengan dia. Semua tu kene amik tau, yela, anak kan ibarat kain kosong. Kita sebagai ibu yang mencorakkannya.

Ni nad nak kongsikan 10 "Bahasa Doa" penyebab anak degil dan Bermasalah yang wajib dielakkan ketika bercakap. Setiap tutur kata adalah satu doa. Jadi hati-hati semasa bercakap. Ilmu ini dikongsi oleh Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang di suatu seminar di sebuah sekolah. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan,  inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?


2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.”
(HR. Abu Dawud)
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

5) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”


Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. *image googled*
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?


Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.

6) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

7) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contoh :
“Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”


Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. *image google*
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing. Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. Sama-samalah kita perbaiki yang salah

JUMPA LEE KWANG SOO DI ZOO NEGARA

in , by Nadia Johari, 22:46:00
hai assalammualaikum

Jumpa Lee Kwang Soo Di zoo Negara - Siapa yang tak gumbira bila dapat jumpa peserta Running Man ni. Nad pun dah mula gila dengan rancangan ni. Dekat Astro penuh record rancangan Running Man ni, sampai nak padam pun sayang, sebab nak tengok ulang-ulang. Tak bosan cerita die ni sebab dalam perlumbaan ada buat jenaka. Permainan yang menarik dan hadiah yang best tu..Pertama kali nad tengok Running Man, nad dah tertarik dengan seorang ni iaitu Lee Kwang Soo..hahahaa

Mulanya nad tengok kehenseman..Jong Kook, tapi lama-lama, terpikat dengan Lee Kwang Soo pulak..hehehe..Selepas banyak kali tengok running man, nad dapat tau dia dikaitkan dengan Zirafah sebab badannya yang tinggi tu..hahaha..Walaupun dia seorang pengkhianat, sebab dia suka khianat kawannya, nad tetap suka dia..kihkihkih..


Baru-baru ni nad ada pergi zoo bersama #kelabbloggerbenashaari. Dalam perjalanan jumpa Zirafah dan masa tu teringatkan Lee Kwang Soo..hahaha..teringat masa Running Man episode berapa nad tak ingat. Running Man masa dekat tempat haiwan, dan Lee Kwang Soo dijumpakan denagn kembar die iaitu Zirafah..hehehe..time-timejugak bila nad jumpa Zirafah, kekonon nak buat macam Lee Kwang Soo tarik perhatian Zirafah, tapi apakan daya, Zirafah tu sibuk tengok dauh..hahahhaa..


Tiga sebab nad suka Lee Kwang Soo:
1) Memek Muka dia semasa rancangan Running Man
- Memang pertama kali tengok, memek muka dia menjadi..hahaha..kalau tengok je mesti tergelak. Sikapnya yang bersahaja dan tidak mempedulikan imejnya sebagai seorang pelakon sewaktu beraksi dalam Running Ma. Malah Eksperi muka yang dibuat lee Kwang soo tidak dibuat-buat..hehee

2) Tarian robot unik dan pelik
- Pertama kali nad tengok Lee Kwang soo buat traian pelik dia, dah memmbuatakn perut, usu semua bergoyang..hahaha..gelak sakan tengok cara dia menari. Dengan muka yang serius dan tarian yang lawak siapa lagi yang boleh tahan? Sedangkan anggota dan juga para tetamu jemputan Running Man juga ketawa terbahak-bahak. Kadang-kadang sukati dia la nak buat tarian apa..hahaha..dahla tinggi..itu jela tarian yang dia boleh buat.

3) Suka sebut "Tidak" atau "Atee ke Andwae"..tak taula bahasa korea..haha
- Lee Kwang Soo suka sebut perkataan Tidak bila ada yang dia tak puas hati atau gagal melakukan misi..hahaha..comel je dia ni bila sebut..hahaha...

Okla layan running man jap..hehee

POSISI YANG BETUL SEMASA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 09:52:00
hai assalammualaikum

Posisi Cara Duduk,Baring - Memang sejak mengandung ni,semua benda tak kena. Duduk tak kena,tidur tak kena, berdiri lama tak boleh. Kalau sebelum ni, boleh angkat berat sana sini, tapi sejak mengandung dah kene berjaga-jaga. Sejak mengandung ni juga semua badan sengal-sengal, lemah otot, sakit pinggang dan cepat penat..nasib nad duduk rumah..kalau bekerja macam mana la gayanya ye.

Punca Sakit Belakang dan Pinggang Ketika Hamil

1. Perubahan postur badan

Perubahan postur melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang badan ibu yang hamil.

2. Penambahan berat badan
Penambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang. Yang ini saya memang perasan, sebab sepanjang mengandungkan anaks aya Firas, saya mengalami pertambahan berat badan lebih daripada 30kg. Sebelum hamil berat say a55kg, sebelum bersalin berat jadik 86kg. Memanng tulang belakang agak sakit menjelang hari-hari terakhir sebelum bersalin.

3. Perubahan hormon
Rembesan hormon yang dipanggil "relaxin" ketika mengandung melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bertujuan memudahkan proses bersalin yang meningkatkan risiko sakit belakang.

4. Keletihan otot
Posisi duduk, baring dan berjalan yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang.


Ni posisi yang betul supaya tak sakit sana sini sangat..
1) Semasa Berdiri


- Ibu digalakkan berdiri dan berjalan tegak, masukkan otot perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvic condong ke belakang.
- Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta keadaan rehat.
- Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik.
- Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan.

2) Semasa duduk


- Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya.
- Gunakan kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan diletakkan di bahagian belakang pinggang.
- Peha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai.

3) Semasa Baring


- Baring mengiring atau 3 suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu lagi di bahagian antara lutut dan peha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak.
- Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan.

4) Semasa hendak bangun dari tidur



- Semasa hendak bangun dari katil, pastikan lutu dibengkokkan.
- Diikuti dengan memusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan beserta kaki di bawa ke sisi tepi katil.

5) Semasa mengangkat barang



- Semasa mengangkat, pastikan tapak kaki dibuka sedikit dengan sendi , pinggul dan lutut dibengkokkan serta pastikan pinggang lurus. Anda seharusnya merasai ketegangan di bahagian peha bukan bahagian pinggang.
 - Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat dibahagian tengah ke arah badan, gunakan lengan dan kaki untuk mnegangkat.
- Elakkan pergerakan memusingkan badan semasa mengangkat.
- Nak selamat takyahla angkat benda berat..huhuhu




© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2