hai assalammualaikum

Hari Keluarga Kelabbloggerbenashaari - Setelah berbulan-bulan ditunggu, akhirnya tiba jugak. Memang tak sabar bila #kelabbloggerbenashaari buat family day, sebab apa? Sebab nad tau ahli #kelabbloggerbenashaari kalau buat family day memang happening, havoc, riuh dan macam-macam la dengan perangai sorang-sorang ahli kelabbloggerbenashaari ni..hahaa..dan terbukti memang happening weii....



Hari Keluarga ni diadakan 3 hari 2 malam di sebuah resort yang misteriii di Hulu Langat..hahhaha..Hari keluarga ni dikendalikan oleh abang Lan Careno , Ben Ashaari  bersama ajk-ajk yang lain iaitu kak Sue Izza, Yanty Lee, Angah Judin, Najeeb dan yang lain turut sama membantu. Alhamdulillah,program berjaya dengan jayanya, syabas u allss..Terima kasih juga tak terhingga kepada penaja Hari Keluarga Kelabbloggerbenashaari pada masa itu terutama COSMODERM yang banyak bekerjasama dengan kelabbloggerbenashaari. 


Terima kasih juga kepada penaja  Az Zuha Group Travels & Tours yang menaja baju "bukan sekadar blogger " ni..yang telah di design oleh najeeb..memang cantik sehhh...Dan juga penaja lain iaitu Ajc District, PTS, Karya Seni, Tam Ummie Official, Dkna Abza dan Qaseh Su. 




Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Memang tersangatlah happening melihat gelagat ahli-ahli KBBA ni, ditambah dengan gelagat anak-anak KBBA..memang meriahh weii..Hari pertama, selesai je check in, masuk bilik masing-masing, dan malam tu ada pertandingan karaoke. Semua dalam Kelabbloggerbenashaari mempunyai suara yang sedap-sedap belaka. Tapi pengumuman pemenang akan diumumkan pada malam kedua iaitu malam gala dinner..heehe..




Esok siangnya,mestilah dipenuhi dengan aktiviti bersukan. Pagi-pagi, selepas sarapan, kami buat poco-poco dan chicken dance. Masa ni la nad enjoy habis..sebelum berpantang..ahhahha..bila lagi kan..Tengokla gaya mommy-mommy semua ni..memang enjoy habis..dan tak sedar langsung yang masing-masing dah kawin..hahha..kami masih kanak-kanak riang lagi ok..Tengok jele gambar yang di ambil Kaio Studio ni..hahhaa..




Selepas poco-poco kita main flying fox pulak. Sedih sangat dahla tak penah main flying fox, pulak tu time dapat, pregnant pulak..kalau la ada syarat yang menyatakan ibu hamil boleh naik flying fox dah lama nad naik oii..hahahaa..takpelah kasi can dekat mr mafia..dia pun dah lama tak enjoy tu..asyik dengan kerja je kan..kita nak dia ikut kita bergumbira. Jadi tiket serah jele kat mr mafia. Nasib dia memenuhi permintaan isterinya ni..huhuhuhu...Video pun ade amik..hahhaa..



Selepas tu, acara sukan rakyat...Masa daftar tu dah dapat baju sukan warna masing-masing. So dah taula we alls group apa. Nad dapat group purple..walaupun sedikit orangnya tapi kamilah juara..hahahahhah...antara sukan yang dipermainkan pada waktu itu

Sukan darat
- main terompah gergasi
- kepit bola
- pancing tin
- bowling guna kelapa

Sukan air
- keluarkan bola ping pong
- lawan atas titi
-tarik tali air



Tengok sahaja gambar hasil dari Kaio Studio..memang awesome..layankan jele..nak tengok lebih gambar boleh pergi ke instagram @kelabbloggerbenashaari

Mommy dapat main pancing tin je..hahahhaa...Selesai je acara kami pun berendam terus dalam air..haahahaa..Malamnya ialah malam gala dinner kelabbloggerbenashaari. Malam tu la penyampaian hadiah untuk semua. Pemenang karaoke, sukan rakyat, selfie cosmoderm paling kreatif dan cabutan bertuah. Ni keputusannya:

Sukan Rakyat: Juara Team Purple. Sekali lagi diulang team PURPLE.
  • 1st –  Team Purple
  • 2nd – Team Merah
  • 3rd – Team Hijau
  • 4th – Team Biru
Pertandingan Karaoke:
  • 1st – Abg Que Ahcmad
  • 2nd – Ayu Jean
  • 3rd – Razi
Dan malam tu nad cukup bertuah..rezeki baby agaknya..dapat cabutan bertuah..hehee..kain ela yang ditaja kak Qaseh Su..terima kasih bebanyak kak. Baju ni boleh dibuat tahun hadapan..tunggu kite slim balik..hahahhaa...




Malam tu jugak ada sambutan harijadi yang hari lahir dia bulan sembilan. selepas tu ada pertunjukan abang-abang api ..ku ingatkan bunga api, rupanya manusia bermain dengan api. Habis disemburnya...



Esoknya, sebelum balik, pagi tu kami berzumba dahulu..oh mai masa ni memang seronok..lama dah nad tak menari. Buyung pun buyungla yang penting enjoy..pergi sana tak buat apa lagi boring..baik kita join sekali..hahahaha..mana boleh lepaskan peluang..miss rockers kan..pe pedulik..hhaahaha....Zumba ni di konduct oleh abe razi kita..auchh..love you razi..nak beranak nanti kene zumba dulu..hahaha..nak tengok video berzumba boleh klik SINI

Lepas tu diaorang berjungle tracking dan pergi air terjun..time ni memang tak pergi kekonon pikir air terjun tu tinggi, lalu hutan, takut jalan licin..rupanya idok..rasa nyesal tak pergi air terjun tu..ciss..dahla teringin nak berendam..berenang...sedihh je..tengok jele gambar diaorang ni..lepas tu semua bawak haluan masing-masing..sedihh weii..harap kelabbloggerbenashaari terus maju dan maju..nad tetap sokong KBBA..walaupun ada ramai kondem..ade aku kisah..kami keluarga..kami tak gentar..ecewahhh..hehehe..semoga kita dapat berjumpa lagi..

PESANAN : sila buat event macam ni selepas nad habis pantang ok..hahaha

Family Day KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. “Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together.” @kelabbloggerbenashaari

Jangan lupa tau follow dan ikuti gambar event-event kelabbloggerbenashaari di instagram @kelabbloggerbenashaari.

BORAK DENGAN ANAK DALAM PERUT

in , by Nadia Johari, 20:36:00
hai assalammualaikum

Borak Dengan Anak Dalam Perut - Dari awal kehamilan lagi nad dah suka bercakap dengan babyi dalam perut ni ha..heehhe..selalu cakap " anak mommy kuat ok..membesar dengan baik, dan sihat ".."jangan nakal-nakal ok.."..kalau termuntah makanan mesti cakap " anak mommy tak suka erk makanan tu, minuman ni.."..hahahhaa..syok jugak..sekarang usia kandungan masuk 8 bulan..lagi sebulan nak tunggu dia keluar..masih lagi berborak dengan dia dalam perut ni..sampai dia bergolek-golek dalam perut.


Bayi dalam kandungan anda telah berupaya mendengar dalam usia 26 minggu atau trimester ketiga. Cecair ketuban menjadi pengantara penghantar gelombang suara yang baik untuk janin sehinggakan rangsangan suara dari sekeliling dan dari luar rahim juga dapat didengari olehnya

Memang seronok berborak dengan baby dalam perut ni. Kadang-kadang dia macam paham je..sebab bila cakap behave..alhamdulillah..dia behave..hahaha..Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda.  Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa.  Anggapan itu adalah salah. Kalau bercakap sejak kandungan mesti dia cam suara mommy kan..hehee..

Biasa kalau nad berborak dengan baby dalam perut ni, nad akan usap-usap perut dia. baby dalam perut memberi tindak balas terhadap sentuhan, usapan dan tekanan di perut ibunya. Haaa...masa nilah boleh main 'kejar-kejar bersama baby dalam perut"..hehehe..bukan main kejar lari-lari tu..tapi


  • Mengetuk perut dengan beberapa kiraan kemudian menunggu janin memberi tindak balas. Antara tindak balasnya adalah menekan kaki atau tangannya ke permukaan perut ibu.
  • Mengusap-usap bahagian perut yang menonjol akibat tekanan yang dilakukan oleh tubuh janin.
  • Menekan bahagian perut yang menonjol kerana tekanan kaki dan tangan janin. Biarkan dia membalas dengan menunjukkan tonjolan di bahagian lain di perut anda.
Satu lagi sejak dari awal kehamilan nad akan dengarkan surah-surah ibu mengandung dan mengaji. Kalau dekat handphone, nad akan pasang headphone dan letak dekat perut. Sebab kadang kalau dengarkan surah-surah ni, baby dalam kandungan akan berehat sekejap dan duduk diam. Macam dia menghayati ayat yang didengar tu. Memang saat paling best bila time mengandung ni..ehehhhe..





JEREBU SEMAKIN TERUK

in , by Nadia Johari, 08:50:00
hai assalammualaikum

Jerebu semakin teruk - Haritu ingat hujan bolehlah kurang jerebu ni, tapi makin lama makin teruk pulak. Kabus mula menutup pemandangan, dah serupa macam dekat genting highland. Suasana macam mendung je, tapi sebenarnya asap yang terlalu banyak. Takde lagi udara segar oii..nak keluar rumah pun pikir banyak kali. Takut nanti terhidu udara yang tak sihat, sakit pulak yang datang.


Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah. tengok dekat whatssup ramai yang sakit. sekolah pulak nak bagi cuti sebab takut memudaratkan budak-budak.

Semalam balik dari family day pun dah tak nampak bangunan-bangunan dekat kuala lumpur ni. KLCC pun dah hilang..huhuhu..punyalah teruk oiii...harap-harap hujanla, dapat kurangkan jerebu ni..

hai assalamualaikum


Raja Ema Keluarkan Produk Terbaru : Sebelum ni nad ada buat entry, yang Raja Ema ada jual baju tidur yang emmpunyai pelbagai corak yang menarik. Entry tu ada dekat SINI. Kak Ema masih menjual baju tidur tu lagi, dan sekarang dia dah maju ke hadapan dengan keluaran produk terbaru beliau iaitu produk make up foundation. Tahniah Kak Ema, atas keluaran produk terbaru ni iaitu Re-Al Cosmetics : The New Age Foundation. Kak Ema seorang pelakon, dan dia tak selalu menitikberatkan kecantikan. Melihat kepada usianya, Kak Ema nampak maintain muda you allss..



Selalu kita tengok foundation ni warna coklat kan, tapi kelainan foundation Raja Ema ni lain sikit, dia berwarna putih. Hah kau..nampak tak..Seseorang yang kreatif akan berfikir dari lain yang lain, takkan nak sama je dengan yang lain kan..heehhe. Nad dah cuba pakai foundation kak Ema ni, memang best, sebab apa, walaupun dia warna putih tapi bila pakai dia akan bertukar mengikut kulit kita dan bertukar ke warna coklat. Bila pakai foundation ni, muka terasa glowing dan ringan, rasa macam tak pakai foundation. Terbaiklaa..


Meh nak cerita lagi pasal Re-Al Cosmetics : The New Age Foundation. Foundation ni mengandungi pigmen kapsul yang akan pecah bila disapu pada kulit. Ia akan melepaskan warna dan bertindak untuk mengimbangi warna kulit kita yang asli supaya warna menjadi lebih asli dan sempurna. Produk hebat ni bertindak sebagai bedak solekan dan penjagaan kulit wajah dalam satu masa. Menjaga, Mencantikkan dan Melindungi wajah dengan sekali sapuan. 
- Sesuai dengan warna kulit
- Untuk liputan sederhana
- melembap 24 jam
- Anti Bakteria
- Anti Oksidan
- Mengandungi SPF Tinggi
- Selesa, Sejuk dan Tidak Menutup Liang Pori.

Bedak Asas Re-Al Cosmetics : The New Age Foundation jugak mampu bertindak sebagai krim rawatan kulit yang mengandungi collagen,glutathian, vitamin A,C,E, astaxanthin, asid hyaluronic dan aloe vera ini mampu 
- menghilangkan kedutan
- membaiki struktur kulit supaya kulit menjadi lebih licin, lembut dan tegang
- kulit menjadi lebih cerah, anjal, bebas cela, tiada jerawat 
- memberi kelembapan yang meaksimum
- membuatkan kulit cerah, bebas cela, gebu dan menawan.


RM 59.90 / RM 65.90
Re-Al Cosmetics : The New Age Foundation, botol yang bersaiz kecik tapi mempunyai manfaat yang pelbagai. Struktur kulit menjadi lebih baik selepas 2 minggu menggunakan foundation ni. Korang jangan risau ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Berminat, korang boleh hubungi kak Raja Ema di instagram @rajaema
hai assalammualaikum

Sentuhan Suami Memberi Ketenangan - Oooppss tajuk, takleh tahan. Sorry,nad cuma nak share je dekat blog. Maaf kalau ada yang tak suka. Sebagai perempuan, mestilah nak ada seorang lelaki dalam hidup dia. Nak dibelai, disayang dan dimanja. Part paling best adalah bila dibelai dan diusap. Tapi syaratnya mestilah korang kene kawin dulu, baru best..hahaha..rasa usapan dan belaian tu lain tau..aummm..Kalau sebelum pregnant dibelai pun best apa lagi semasa hamil, masa ni la nak bermanja dengan suami..kihkih (padahal hari-hari manja)..


Sejak mengandung makin menjadi manjanya tau. yela sebab banyak perubahan yang berlaku pada diri ku ini. Semuanya hasil usaha kerjasama antara isteri dan suami..hahaha..jadi masa ni la suami pun berperanan dalam menjaga isteri tau..halooo para lelaki jangan main lepas tangan je,  bila isteri mengeluh sila-silalah beri perhatian ye. Sebab tu suami sekarang perlu banyak membaca pasal isteri mengandung, sebab perangai isteri ni kadang berbeza semasa mengandung. Jangan merungut bila isteri mengeluh tau dak..


Salah satu cara untuk membantu isteri ialah dengan usapan atau sentuhan suami kepada isteri. Sentuhan berupa usapan, picitan lembut dan pelukan. Memang tangan seorang suami ni, aura dia lain. Memang sangat menenangkan dan menyamankan. Betul nad cakap, dah nak lalui..hehee..Bila suami usap, belai, picit, hilang semua sakit, stress ni tau dak..Selalu nad akan berasa sakit di bahagian kepala, bahu dan pinggang. Lepas tu nad akan suruh mr mafia urutkan atau usap. Masa tu lega sangat sebab tangan suami ni ada aura tersembunyi yang membuatkan wanita berasa lega..hehehee. Usapan dan picitan seorang suami yang ringan dan rasa kasih sayang mampu mengurangkan perasaan stress dan mengurangkan kesakitan. Kadang-kadang time dia picit sampai boleh tertido. 


Tips sentuhan suami memberi kesan positif
- Lakukan sentuhan dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Masa nak mengurut atau mengusap tu biarlah belai dengan ikhlas, bukan terpaksa
- Pastikan fikiran suami tidak kesana kemari, fokus dekat isteri je. Bukan main game dekat tangan pastu satu lagi tangan usap isteri.
- Lakukan sentuhan dengan tenang dan pasang niat untuk kebaikan isteri dan bayi dalam kandungan.
- Selain sentuhan, kata-kata yang menenangkan itu penting.

Cepat-cepat kawin, nanti dapat rasa macam ni..ehhee


hai assalammualaikum

Posisi Tidur : Tidur Mengiring Ke Kiri Sejak Hamil - Kalau sebelum ni, nak tidur ke kanan ke, ke kiri ke, menegak ke, berguling-guling ke..semua boleh. Nak kaki terlunjur ke, membengkok ke, semua boleh..sekarang sejak pregnant dan usi kandungan nak masuk 5 bulan sampai sekarang dah nak 8 bulan terpaksa la tidur mengiring ke kiri je. Itu lah keselesaan semasa tidur. Tapi bila lama-lama mengiring ke kiri, kadang sakit jugak pinggang, tanagn ni semua.. yela mengadap ke kiri je. 


Kalau ikutkan sunnah Nabi, bagus tidur ke kanan, jadi dari dulu nad memang amalkan tidur mengadap ke kanan. Tapi sejak hamil, nad terpaksa mengadap ke kiri, sebabnya baby dalam kandungan sering bergerak bahagian kanan. Lagi satu setiap kali cek, denyutan jantung tu ada dekat bahagian kanan. Sebab tu sekarang nad lebih selesa mengadap ke kiri sebab takut macam menindih bayi je. Kesian anak mommy ni. Bila nak tidur la menjadi masalah. Yela usia kandungan dah nak masuk 8 bulan ni, macam-macam ada. Bila malam jela problemnya, sebab kadang pedih ulu hati dan sesak nafas. Sebab tu tidur pun terganggu.

Nad ada search google, memang elok tidur mengadap ke kiri, sebabnya berbanding kanan. Sebabnya
- Melancarkan saluran darah dan akan memberi kesan baik kepada bayi iaitu nutrien dapat disalurkan kepada placenta dengan lebih baik.
- Baik untuk buah pinggang ibu. Dapat membantu menyingkirkan bahan-bahan buangan dari badan. Juga baik bagi ibu yang mengalami bengkak kaki sewaktu hamil.
- Membantu mengurangkan tekanan pada hati. Organ hati kita adalah di sebelah kanan, dengan tidur mengiring ke kiri dapat melindungi hati dari tekanan.


Elakkan tidur menelentang terutama pada fasa terakhir. Posisi tidur macam ni akan menyebabkan berat rahim akan menekan tulang belakang., usus dan kebanyak salur darah. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan hemorhoid. Selain itu ia mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi...memang takla kan..lagipun memang nad tak selesa tidur menelentang..rasa macam menghempap bayi je.. 

Setiap malam, nak bagi selesa lagi nad akan tambah bantal..sekarang nak tidur guna banyak bantal..hahaha..Nad akan letak bantal bawah perut, kaki dan belakang. Bagi selesa semuanya.. Pemilihan bantal pun penting. Nad guna yang lembut, kalau keras lagila tak dapat tidur. Lepas tu kedudukan kaki mesti membengkok. 

Hah setiap malam memang akan mencari keselesaan nak tidur. Kalau tak bangun je layu, sakit sana sini.huhuhu..macam ni la pengalaman mengandung..

PENGANTIN LELAKI TU KAWAN SEKOLAH AKU

in , by Nadia Johari, 11:53:00
hai assalammualaikum



Pengantin Lelaki Kawan Sekolah - Sebelum apa-apa nak ucap pengantin baru sepupu. Tahniah sebab dah jadi isteri orang. Semoga menjadi isteri yang solehah dan bahagia sehingga jannah. Maaf ler, nad tak datang masa akad nikah, ade program haritu..hehhee..apa-apa pun semuanya dah selamat kan..alhamdulillah..ni la sepupu nad, umur dia bawah nad tapi tak tau berapa..hahahaha..kerja nurse.



Nak dijadikan cerita masa diaorang bersanding ahad lepas, baru perasan pengantin lelaki. Masa diaorang bertunang nad datang tengok sepupu bertunamg, tapi bakal laki dia tak datang. Jadi tak tau la macam mana rupa bakal lelaki dia tu..tup-tup masa berarak, " lor ni kawan sekolah aku ni".. dia ke suami ina".. hahaha..gitu kau..


Nama pengantin lelaki rijal. Kitaorang dulu pustakawan sama-sama. Ala jaga library tu. Time sekolah menengah..hehhe..memang die baik,elok,sopan pun budak ni..hahahha..sekarang dah jadi sedara la kita ye..

Apa-apa pun selamat berbahagia..cepat-cepat dapat baby..hehehe..

BAPAK DAN ANAK SAKIT SERENTAK

in , by Nadia Johari, 21:06:00
hai assalammualaikum

Bapak Dan Anak Sakit Serentak - Alahai kesian putih dengan toto..sekarang dahla musim jerebu, diaorang duduk luar..lepas tu kadang-kadang hujan. Macam mana diaorang tak sakit. Sedangkan manusia pun boleh sakit inikan pulak binatang. Cuaca dah tak elok memang diaorang akan sakit la. Mula- mula putih selsema dan demam. Lepas tu anaknya berjangkit dekat bapaknya..toto yang aktif main, terus jadi lemah.


Mr mafia tak tahan tengok diaorg bersin,tido je, jadi bawak diaorang ke klinik yang kitaorang selalu bawak..dekat SINI. Kitaorang memang takde sangkar. Kalau bawak pergi klinik akak dibiarkan dalam kereta. Mula-mula tak tentu arah jugak sebab diaorang tak pernah nail kereta..tapi lama-lama ok. Duduk diam-diam dalam kereta..so behave..



Dekat klinik putih mengamuk sekejap sebab die memang takut dengan orang yang dia tak pernah jumpa. Masa ni dalam bilik nak cek dia. Mr mafia tenangkan dia..cakap dengan dia..alallaa..cian dia..haritu doktor bagi cucuk demam sebab memang demam dia tinggi. Pastu bagi ubat selsema, buang kahak.


Toto pulak doktor bagi cucuk je sebab kurap kat telinga die, die tak demam pun kata doktor..tapi die tak main..ingat demam..ermm..takpela..asalkan diaorang bail..



Tengokla diaorang ni..memang rapat. Bapak dengan anak. Selalu mak rapat dengan anak..ni bapak dengan anak. Bagi masuk dalam rumah sekejap bagi rehat..
hai assalammualaikum

Chocolate Moist Dan durian Crepe Yang Besar Dan Sedap - Time -time tengah mengandung ni, kalau nak kan sesuatu mesti nak punya. Tak boleh dah postponed, lagi-lagi tengok orang post, lagi la imanku tergugat. Nad ni jenis lepas makan nasi mesti nak ade sesuatu benda manis atau bila tengah lapar mesti la nak makan kan macam waktu petang atau tengah malam. Kalau dah makan nasi, nad suka makan benda-benda ringan, contohnya kek, makanan bergoreng macam kentang goreng ke, kebab ke...macam tu la..

Bila orang dah selalu sebut pasal durian crepe kak nina ni,nad pun tengok tergugat. Mana taknya, selalu nad beli durian crepe kecik je, tu pun harga RM10, 4 ketul. Tapi durian crepe kak Nina, besor, gebus kau. Disebabkan dah tak tahan tengok orang post, nad pun tempah la kat kak Nina. Kak nina ni blogger jugak. Blogger masakan. Nad kenal pun lepas dia join gorup #kelabbloggerbenashaari. Kalau dia tak join, sampai ke sudah tak kenal dia dan tak merasa durian crepe yang sesedap ni..hahahhaa..time-time mengandung ni la dia nak macam-macam. Lagipun durian crepe memang feveret sejak dulu lagi. Tapi tu la kadang nak cari yang sedap susah. Tapi durian crepe kak Nina memang tak menghampakan..kenapa nad cakap gitu...meh tengok..


Ni dia durian crepe hasil tangan kak Nina Mirza. Nad tempah masa event bengkel imej dan penampilan wawa idris. Dah alang-alang dia join event tu, apa lagi tempahla. Nak order satu bungkus je. Satu bungkus ada 4 ketul yang berharga RM15. Dengar macam mahal, tapi berbaloi kau. berbanding durian crepe yang lain, yang korang beli sebelum ni. Kenapa..kenapa..sebab..sebab...


Tengokla durian crepe dia yang besar, gebus, lembut tau tak..warna tu sebab pencahayaan kamera, sebebanrnya warna tu warna kuning ok. Isi durian dan krim yang memang penuh. Ya Allah, tengok pun dah rasa nak ngap semua dalam sehari. Tapi untuk mak buyung makan dua ketul jele, lagi dua ketul untuk mr mafia. Tapi bila dia makan, nad makan sekali..hahaha..tak tahan weiii..sekali pegang je krim terkeluar..sebab penuh dan padat..fuhh..memang marvelousss....


Tengok nampak tak isi dia..percayalah ibu mengandung ni, bila dia cakap sedap..sedapla...hahahhaa

Lagi satu nad order dengan Kak Nina ialah chocolate moist. Harga 1kg chocolate moist RM45. Chocolate die meleleh..sedap. Chocolate moist ni nad makan sorang..haahaa..sebab mr mafia tak suka kek coklat..fuhh selamat..no kongsi-kongsi..hahahaha..


Lepas makan sikit nad akan simpan dalam peti ais, tahan lama jugakla, then kalau nak makan, biarkan dekat luar sekejap, chocolate akan cair..time tu kunyah pun sodapppp...



Ni baki dah dah nak habis..hahahhaha..sedap punya pasal...

Kalau korang nak tempah boleh contact Kak Nina Mirza di  FB Nina Azerin Abd Mufti contact 
019 340 6454. Bila kita dah suka dia punya..kita akan tempah dengan dia jele..

LAGU INGATKAN DIA BY WINGS

in , , by Nadia Johari, 12:08:00
hai assalammualaikum

Lagu Ingatkan Dia By Wings - Nad memang suka dengar lagu rancak-rancak ni. Pertama kali dengar lagu Ingatkan dia, yang dinyanyikan oleh Awie Wings ni biasa-biasa je, tapi bila mr mafia dah pasang hari-hari, best pulak dengar..hari-hari la nad dengar sambil melayan tempat lain..hahaha..biasalah bapak mafia mak rockers..hahhaa


Lirik Lagu Ingatkan Dia - Wings

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2