hai assalammualaikum

Zeeta Energy Bosster Aura D'Hati - Haritu nad dijemput ke satu majlis di Midvalley. Ni pertama kali nad dengar pasal Zeeta Magis Aura Mawar. Sebab nad google hanya beberapa orang yang review. Rupanya Zeeta magis Aura Mawar ni dah lama di pasaran. Dah dekat 6 tahun jugakla..lama kan. Produk diaorang pun dah dikeluarkan 10 produk. Produk yang kesepuluh ni la produk baru yang dilancarkan haritu. Produk tersebut ialah Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati ".


Ni la dia pengasa Zeeta Aura Magis Mawar, Puan Zaiti. Seorang yang peramah, suka senyum, cantik pulak tu...auchhh..Aura dia pun sampai dekat nad..hehee..Semua produk keluaran Zeeta Magis Aura Mawar ni diperbuat daripada bunga mawar dan memberi aura kepada si pemakai. Bukan sahaja cantik tau..mamapu memberi keyakinan kepada seseorang. Bab tu Puan Zeeta akan ajar sendiri kepada pengguna yang menggunakan produk beliau cara mendapatkan aura seseorang itu.



Harga RM99 (SM) / RM105 (SS) (30ml)
Majlis Pelancaran produk terbaru Zeeta Platinum "Energy Booster aura D'Hati" merupakan produk berasaskan haruman bunga mawar yang diekstrak daripada tujuh jenis bunga mawar daripada tujuh warna. Bunga mawar pun ada macam-macam jenis ok!! Setiap bunga mawar mempunyai energy yang berbeza, jadi digabungkan ke dan terhasil Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati" bagi memberi aura dan keyakinan kepada si pemakai.

keistimewaan
- meningkatkan magnet aura diri
- mengimbangi energy booster aura dalaman diri merangkumi spritual, minda, emosi dan fizikal
- mengembalikan semnagat diri dan mencegah diri daripada energy negatif
- mempertingkatkan tahapfokus dan tumpuan dalam kerjaya,perniagaan dan pelajaran
- membina tarikan dan getaran aura kasih sayang dalam hubungan.


Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'hati" sesuai digunakan lelaki dan wanita dalam mempertingkatkan tenaga dalaman berupa Aura. Tau-tau jela sekarang lelaki ke, perempuan ke, mesti stress, tak kira la dekat tempat kerja, nak jumpa client atau dekat rumah. Jadi bila pakai Zeeta Platinum " Energy Booster Aura D'Hati" mungkin akan mengembalikan keyakinan kepada pemakai. Bau dia sangatla harum.

Oh nak bagitau ni, nampak je bentuknya dan cara pakainya macam perfume tapi dia bukan sejenis perfume. Zeeta Platinum ni lebih daripada perfume keranan Aura D'hati merupakan satu produk yang bukan sahaja memberikan haruman bunga mawar yang mempersona tetapi juga mempengaruhi aura seseorang. Pemakaian Zeeta Platinum "Energy Booster Aura D'Hati" membantu mengaktifkan tenaga dalaman individu seterusnya memperkembangkan aura positif dalam diri. 


Cara pemakaian
- hanya perlu dipakai pada nadi pergelangan tangan dan leher, semburan di belakang kedua-dua belah telinga dan semburan ke bahagian kiri dada ( berdekatan jantung dan hati) untuk membantu meningkatkan aura diri, mengimbangi tenaga dalaman diri merangkumi spiritual, minda, emosi dan fizikal.
- pemakaian yang konsisten mampu mencegah diri daripada aura negatif

Setiap individu mempunyai aura yang tersendiri. soalnya mereka tahu atau tidak untuk mengaktifkan aura mereka agar lebih yakin dan berani di khalayak ramai," kata Puan Zaiti Nordin, pengasas Zeeta Platinum merangkap pengarah urusan Richnine resources Sdn Bhd. Menurutnya lagi, seseorang yang mempunyai aura dan tahu memanfaatkan aura mereka akan kelihatan lebih cantik daripada mereka yang cantik. Malah, orang yang mempunyai aura tidak perlukan kecantikan, sebaliknya mereka yang cantik, tidak akan bermakna sekiranya tidak tahu memanfaatkan aura masing-masing.


Siapa suka bunga mawar, siapa penah hidu..sedap kan bau dia. Ni la antara produk daripada Zeeta Magis Aura Mawar yang semuanya daripada bunga mawar. Semua orang tahu bunga mawar satu bunga yang mempunyai haruman yang memikat. Malah ia seakan terapi diri. Dalam kajian, menunjukkan mawar mengaktifkan tenaga. Produk paling terlaris Zeeta Aura Magis Mawar ialah Serum Mawar yang telah mengjangkau Jualan 50,000 unit sebulan..fuh..hebat..


Kalau korang nak beli boleh didapati di pasar raya Yapeim seleuruh Malaysia serta ejen berdaftar.Penjualan produk Zeeta mengekalkan konsep online dan terus dari ejen untuk memelihara ketulenan produk. Korang juga boleh layari:
Facebook : ZT Zeeta
Contact : 019 660 9096



















hai assalammualaikum

Makanan Segera Daripada Salees Food - Malam-malam, tak sah kalau tak lapar. Lagi- lagi kalau tengah update blog atau tengah menonton tv. Mulut asyik nak kunyah je. Nak masak memang malas la, lagi-lagi nak potong bawang la, potong cili la, nak masak nasi la. Kalau dah datang malasnya, memang takla nak buat tu semua. Nak senang kalau ada makanan segera, terus siap depan mata.  Hah haritu pergi ke bengkel imej Wawa Idris, salah satu penaja bengkel tu  ialah daripada Salees Food. Sales Food ni jual makanan segera..wahhh, best bebeh..ni la benda yang dicari.

Sales Food adalah sebuah syarikat di bawah Golabal Tradelink (M) Sdn Bhd. Bermula tahun 2001, mereka memulakan perniagaan dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan di bawah nama " Kayla Beverly Hills". Bermula pada tahun 2014, mereka telah menjenamakan produk mereka dengan tagline " Instant Autentic malaysian Food".


Salees Food ada jual macam-macam makanan segera. Antara makanan yang disajikan oleh Sales food adalah, instant masi lemak, chicken floss, BBQ Chicken Slice Pack, Kuih siput, Mini Fried Rempeyek, Fried Dhall Nuts, Ready To Eat: Spicy Anchovies and Spicy Tamarind.


Kacang dhal goreng??.. selalu makan kuah kacang dhal dengan roti canai je..hahaha..ni ade goreng rupanya. Buka sahaja plastik dia, terus makan. Layan time tengok tv. Sudahla rangup, memang takkan berhenti makan. Bungkusan pun berkualiti, kedap udara, sebab taknak bagi makanan lemau. Bagus tu!!!..orang kita sekarang berfikir memang kreatif.. sampai makanan pun boleh dibuat macam ni. Kalau macam ni memang mudah kan.


Produk lai, serunding ayam ni. Buka je penutup botol dan tuang serunding tu dekat nasi..aumm..sedapp..



Bagus tidakk makanan segera daripada Salees Food ni..Takyah dah asyik makan meggi je yang boleh merosakkan otak tu..heehe..Tengok makanan segera Salees Food ni, semua makanan yang mengenyangkan dan selamat. Boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Sesuai untuk pekerja pejabat yang malas nak keluar makan, yang lapar waktu malam dan pada mereka yang nak cepat.. 

Lagi sesuai untuk mereka yang nak pergi travel ok. Dah boleh bawak makanan berkhasiat dan mengenyangkan ni ke mana sahaja. Pergi baca blog mereka yang penah merasa makanan kesedapan salees food ni. 



Nak order, kot-kot nak p travel..boleh cuba Salees food ni..
Website    :- http://salees.com.my
Facebook :- SaleesFood
Instagram :- Salees_food
Contact : En Lufty - 0192862828 
Email: mohdlufty@gmail.com




PAKEJ UMRAH BERSAMA IKON DAIE

in , by Nadia Johari, 10:57:00
hai assalammualaikum

Pakej Umrah Bersama Ikon Daie - Siapa yang tak teringin nak pergi Umrah kan. Kalau dapat syukur alhamdulillah. nak pergi sana kene ade duit. Jadi kumpul la dari sekarang. Insyallah, termakbul nanti nak pergi sana. Sekarang macam-macam agen ade untuk ke sana, tapi, nak pilih yang terbaik memang susah kan, takut kene tipu pulak. Takpe meh nad nak syorkan satu company kepada sesiapa yang nak pergi umrah tu. Harga pun kira ok. Kalau korang ada perancangan nak pergi Umrah, pergilah rujuk ke Az Zuha Travel & Tours



Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.


Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :




atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com


Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605

SUSU YANG NAD MINUM SEPANJANG HAMIL

in , by Nadia Johari, 11:03:00
hai assalammualaikum

Susu Yang Nad Minum Sepanjang Hamil - Sejak dah tau mengandung, terus minum susu, sedangkan sebelum ni nak telan susu pun payah. Cakap je susu berwarna putih tu, muka dah kriot, kriot..hahahha..kalau susu campur coklat, hah, yang tu boleh masuk dalam mulut. Tapi tengok jugak jenama, biasalah time mengandung macam-macam tak kena. Dan dalam fikiran kene minum susu putih je, supaya anak putih..ahhaha..sampai macam tu sekali..


Masa dah tau pregnant, terus beli susu dutch lady full cream. Yela, masa tu tak tau nak minum susu apa yang terbaik untuk nad dan baby. Lagi satu, masa tu pikir nak mudah je, sebab simpan dalam peti ais, pastu esok pagi, tinggal tuang dalam cawan dan minum. Mula-mula tu ok, tapi dalam seminggu tiba-tiba termuntah pulak. Tak tau kenapa, tiba-tiba hidung ni bau susu tu macam bau tak menyenangkan..hahaha..tak tau nak tafsir macam mana. Bila minum, muntah, minum, muntah memang dah tak minumla.


Lepas tu cuba minum higoat. Orang cakap time hamil ni, bagus minum susu kambing. Kita pun dengarla nasihat orang. Yela pertama kali, apa orang cakap bagus, kita pun minum. Susu Higoat ni nad cuba dulu mak punya, sebab mak minum susu higoat ni. Jadi taknak membazir, kita tester mak punya..kalau ok baru beli..hahaha..Pertama kali minum ok lagi..then esoknya, bila minum lagi..uweekkkk..bau kambing..hahahaa..hanyir norr..terus tak jadi minum...


Lepas tu pikir lagi susu apela nak minum. Nak cuba anmum, nurse tempat check up die tak syorkan sebab takut baby membesar. Ah sudah, tak tau nak minum ape pulak. Lepas tu, sepupu kenalkan susu kambing ni. Nama dia Susu kambing, formula susu segera. Siap ada collagen lagi. Alhamdulillah, susu ni nad serasi. Bau dia takdala bau sangat, ok, rasa pun sedap. Dan amalkan susu ni sampai harini. Antara bahan dia, tepung susu kambing, krimer bukan tenusu, kolagen marin (ikan), inulin (serat sumber tumbuhan).. Kadang nad tambahkan dengan tamar cocoa yang banyak khasiat. Time-time pregnant ni la minum-minuman yang berkhasiat, untuk baby dalam kandungan jugak. 


Last sekali, nad minum ialah susu moeder. Ni dapat sebab nak review. Bila dapat memang excited sebab khas untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Susu ni bau dia macam nestum, sedap je, rasa dia lagi sedap, rasa vanila..memang takkan muntahla..kau rasa nak minum je kerap kali sebab rasanya yang sedap tu..hahhaaha..nak tau lebih info pasal susu moeder ni boleh tekan link di SINI


Supplement yang nad amik masa pregnant ialah minum airjus delima Gulsan. Sebab orang cakap, masa mengandung bagus makan delima, tapi tak jumpa, kita minum air delima je. Yang ni kakak yang syorkan, supaya anak cantik, masa beranak pun tak sakit. Kita pun dengar jele, beli sebotol dengan dia. Masa minum, Allah, masamnya, tapi telan jele. Lepas telan terus minum air, tekak ni dah terlekat dengan kemasaman dia. Kadang-kadang skip minum jus delima ni..hahahaa..tengok kerajinan..kihkihkih..


Lagi satu minum air Ephyra. Ramai tau Ephyra bagus minum semasa hamil. Bukan hanya untuk cantik sahaja malah untuk baby dalam kandungan juga. nak tau boleh tengok link di SINI

Ni lah antara susu yang nad minum sepanjang hamil. Nad selalu minum 2 kali sehari. Bila dah masuk 8 bulan ni dok menggatai picit-picit breast keluar susu ke idok, sekali keluar..hahahhaa..memang kene simpan stok susu banyak-banyak ni sebab lepas ni nak susukan anak pulak..
hai assalammualaikum

Gambar dan Video Kaio Studio Memang Terbaik - Meh nad nak kenalkan seorang photographer yang memnag best dan kerja tiptop tak kira gambar wedding, event dan macam-macm lagi. Nad kenal Kaio ni masa dia ambil gambar event untuk blogger. Seorang yang peramah dan tidak sombong. Siapa pernah berjumpa dan bekerja dengan dia taula dia macam mana..hehee. Ok nama sebenar dia ialah Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah. Anwar lebih dijenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya.

Anwar merupakan Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan. Beliau bermula sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. Tengok..hebat tak hebat..banyak juga pengalaman dia sebelum menjadi photographer kan.




Hah kalau korang nak tau, Anwar atau Kio ni blogger jugak tau macam nad. Kira dua dalam satu, jurugambar dan blogger. Beliau start berblog pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal, boleh follow yg bawah

Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari.
Meh Tengok hasil gambar dan video masa event #kelabbloggerbenashaari

Video kemeriahan hari keluarga @kelabbloggerbenashaari


Gambar family day..nak tengok lain boleh follow di instagram
@kelabbloggerbenashaari




Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan, dan akhirnya pada tahun 2012, tertubuhla Kaio Studio kerana minatnya dalam bidang photography dan videography



undefinedPembikinann muzik video Azlan Typewriters
Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. 


Paling hebat lagi Kaio pernah  menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dan  terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. Terbaikkk!!!!!!



Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. Boleh tengok ya macam mana hebatnya dia buat kerja.



Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.


Banyak lagi Pencapaian Kaio Studio..Antaranya:
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Paris Photoshoot - Anuar Zain
Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini
(Anuar Zain in Paris : https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik )
(Lumiere Fashion Show VIP : https://youtu.be/LxMAQct-Nkk )
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt : https://youtu.be/4_Nj70fp1o8)


Tengok sahaja kejayaan beliau kecapi, semestinya Kaio tidak boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.


Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.

Banyak lagi pencapaian Kaio Studio kalau korang nak tau, dan kalau korang nak amik beliau sebagai jurugambar korang untuk apa-apa event bolehla rujuk link-link dibawah

Fuh terbaik kan KAIO STUDIO ni..macam-macam dia dah buat sebelum jadi photographer dan videographer. Banyak pengalaman dah dia dapat. Dengan semangat jiwa yang kental, tidak mudah putus asa sampai dia berjaya ke tahap macam ni. Memang puas hati bila tengok gambar-gambar dia semua ni. Orangnya pun muda lagi..hehehhe..syabas KAIO STUDIO. semoga terus maju ke hadapan. Kepada mereka-merka yang nak mengabadikan memori terindah seperti wedding atau event formal tak formal boleh contact KAIO Studio ni...ok..








YUSRY DAN LISA SURIHANI BERSAMA BABY MEREKA

in , by Nadia Johari, 18:45:00
hai assalammualaikum

Yusry Dan Lisa Surihani Bersama baby Mereka - Seronok kan bila dapat tau mengandung dan nak ada anak. Dapat rasa mengandung, dapat rasa bersalin, dapat rasa dah anak hasil sendiri punya..hehee..Kegembiraan ni dikogsi Yusry dan Lisa Surihani apabila beroleh cahaya mata pertama mereka. 

Yela sebelum ni macam-macm kita dengar pasal yusry sebelum ni. Orang kata macam-macam pasal dia, tapi bila berkat sabar, kepercayaan, usaha, Lisa dan Yusry akhirnya Lisa disahkan mengandung dan selamat dah melahirkan bayi perempuan pada 15 september 2015. Alhamdulillah...kira jantan jugakla yusry ni erk..heehe


Bayi perempuan pasangan itu dilahirkan seberat 3.4kg pada 15 September 2015 pada kira-kira pukul 11:44 malam di Pantai Medical Centre Bangsar. Ibu dan anak sihat. Alololo comel sungguh.. Wah anak lisa sama baya dengan anak nad..hehehhe...Nad pulak yang tak sabar tunggu anak nad keluar..hehee..doakan yang terbaik untuk nad ok..debor jugak ni..lagi sebulan je...dup..dup..dupp..

hai assalammualaikum

Lotion Anti Ruam daripada Cosmoderm - Jerebu, jerebu, jerebu..memang tak bagus untuk kesihatan kan..dengan asap dia yang membuatkan cuaca makin panas dan bahang. Lagi tak elok untuk ibu mengandung macam nad ni. Nak duduk rumah je boring, kene keluar gak pergi event sebab dah kerja sebagai blogger. Bila dah terkena jerebu, mulalah tak senang duduk, mana taknya, bernafas pun susah..cuaca panas. Dahla ibu mengandung ni mudah panas.

Bila dah panas mulala tergaru-garu sana sini. Nad ni dahla tangan jenis suka menggaru sampai puas, tengok-tengok je dah melecet..hahaah..Bila mengandung ni lagila takyah cakap, semuanya tak kena bila panas. Lagi-lagi bahagian celah peha, belakang lutut dan lagi utama antara breast dan perut..yela bila perut dah membesar mesti terlipat. Jadi dekat situ tempat selalu berpeluh. Pastu mulala naik ruam. Sekarang badan dah mula merah-merah dah..sobsosbosb..ni jerebu punya pasal la..

Punyalah cari penyelesaian, pakai ubat gatal tapi tak berfungsi, pastu dapat pulak lotion anti ruam masa dekat hari keluarga KBBA iaitu Tea Tree Oil Lotion Talc Cosmoderm. Nad cuba pakai. Wah!!!! macam tak caya je, ruam sedikit demi sedikit hilang. Rasa gatal dah berkurangan dan sangat selesa sangat. Setiap kali mandi, nad akan sapu lotion Tea Tree Oil Lotion Talc ni. Rasa dia berangin dan segar.

Tea Tree Oil Lotion Talc ni sesuai untuk baby, kanak-kanak dan orang dewasa. Formulasi bedak dalam bentuk losyen yang dapat melindungi, melembapkan kulit sensitif dan terengsa. Sesuai untuk melegakan ruam panas untuk bayi, meredakan demam campak serta eczema dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Selamat digunakan pada wajah dan badan.

Cara penggunaan:
sapukan ke atas kulit, terutamanya di bahagian-bahagian yang lembap, ketiak pangkal peha dan leher.

Harga takde mahal mana pun..murah je..RM13.90 untuk pek 125ml.. boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my..

SELAMAT TAK MINUM AIR GULA

in , by Nadia Johari, 21:31:00
hai assalammualaikum

Selamat Tak Minum Air Gula - Haritu check up, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Cek darah ok, cek air kencing ok, berat pun, berat jugak..hahaha..Lepas tu ade scan dekat sana, doktor cakap kepala dah kat bawah, patutla mommy sakit dekat bahagian tuttt-tuttt tu..si baby dah mula nak cari jalan keluar..huhuhu..bagi mommy makan sedap-sedap dulu masa raya haji nanti erk..alhamdulillah..baby kuat sebab dah berpoco-poco, chicken dance dan berzumba haritu.


Lepas semua dah ok, nad tanya dekat nurse,
Nad : " kalau tak minum air gula takpe ke"..
Nurse" awak tak minum lagi"..
Nad : tak lagi.. (ingatkan lepas tu kene minum)
Nurse: ohh awak tak perlu minum..sebab semua ok..orang minum air gula ade kretirea dia..

Fuh selamat nad tak minum air gula. Nampak tak nad pulak yang ingatkan nurse tentang air gula..hahahha..yela sebab macam dengar sebelum ni umur yang 25 tahun ke atas dah wajib kene minum air gula, kot-kot la nurse tempat nad tu lupa, jadi nad ingatkanla..demi baby nak sihat, sanggup bertanya..hahahha..tapi jawapan nurse tu melegakan..hehhehehe... 

Nak tau kretirea orang minum air gula..meh nad bagi sikit..ni sumber dari buku pink..hehee
- umur lebih 35 tahun (tapi dengar-dengar umur 25 tahun wajib kene minum)
- BMI > atau sama 27kg/m2 atau berat > atau sama 80 kg
- sejarah kelaurag dengan diabetes
- sejarah Gestational diabetes (GDM)
- Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan
- Sejarah kelahiran IUD/STillbirth/0-6hari/congenital malformation
- kenaikan berat badan berlebihan ( 2kg/seminggu)
- @ kali glycosuria
- Recurrent UTI/ Candidisiasis
- Polyhydramnios (silalah google)
- Sejarah melahirkan bayi berat lahir 4kg

Kenapa kene minum air gula?
Semua ibu yang hamil yang mempunyai faktor risikoakan menjalani ujian darat MGTT untuk mengesahkan penyakit diabetes. Pentingnya minum air gula ialah untuk diagno " gestatinal diabetic mellitus" atau kencing manis semasa mengandung. Bukannya apa, kalau dapat dikesan denagn lebih awal, pemantauan dapat dibuat untuk mengelakkan kompilasi kepada bayi dalam kandungan.

Kita tau air gula warna jernih je macam air kosong, tapi sekaranga ada jugak yang berperisa..Ramai cakap rasa macam termuntah..tak tau la nak describe macam mana, sebab nad tak rasa..huhuhu..takpela kalau terpaksa minum pun, sebab semuanya untuk bayi kita kandung jugak kan..kalau boleh nak sihat selalu..apa-apa pun kene jaga kesihatan waktu mengandung ni.:)
hai assalammualaikum

Filem Kapsul Menyampaikan Sesuatu yang Tersirat - Haritu nad dapat jemputan ke sidang media Filem Kapsul. Masa ni ada dua event yang nad dapat, tapi nad pilih untuk ke sidang media Kapsul sebab utama, Tun Mahathir berlakon dalam cerita ni, dan lagi satu bila lagi nad dapat tengok wayang kan. Sebab mr mafia ni susah sikit nak ajak tengok wayang, yela dengan kerja edit gambar lagi. Lagipun yang menjemput tu kawan mr mafia. Jadi tak boleh kata taknak pergi..hehhehee..Lagipun cerita ni dibuat oleh arwah suami kak Adza, salah seorang blogger juga yang dikenali. Mestilah support kan sebagai blogger.  

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio

KAPSUL merupakan sebuah penerbitan filem cereka bergenre kanfiksyen,diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Perdana Menteri Ke-4, Yang Amat Berbahagia (YABhg.) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Idea filem ini adalah hasil intepretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Tun Dr. Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem ini merupakan satu idea bercita-cita besar dan cubaan berani gabungan di antara penulis/pengarah serta penerbit mengangkat detik-detik sejarah perjuangan orang Melayu membangunkan Negara merentasi zaman dan dipersembahkan kelayar perak dalam bentuk yang agak kontemporari berbeza dengan filem-filem berasaskan sejarah yang lain.

KAPSUL mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri dengan kemampuannya mengangkat mesej-mesej berat tetapi dipersembahkan mengikut trend terkini bagi menarik lebih ramai generasi muda menghayati sejarah perjuangan serta survival bangsa melalui filem fiksyen


Sinopsis Filem Kapsul 
Pernahkah anda terfikir mahu mengembara ke zaman silam menyaksikan bagaimana sejarah Negara ini dicipta? Bagaimana pula jika anda yang hidup padata hun 2015 kembali ke zaman lampau pada 24 Disember 1942 sebagai Prebet Naim yang menyertai pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun di Kuala Kangsar.

Pengalaman itu benar terjadi kepada pemuda bernama Zohri Ibrahim (Faizal Hussien) yang diberi peluang merasai pengalaman hebat menggembara ke zaman silam untuk menyelami sendiri keperitan bangsa Melayu dan pemimpin terdahulu membangunkan negara. 

Penggembaraan Zohri berusia 30-an yang juga pakar keselamatan tercanggih bermula apabila dia bertindak mencuri kapsul yang ditanam mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Putrajaya sebagai simbolik impian negara mencapai Wawasan 2020.

Di sebalik kewujudan kapsul itu yang member lambing kepada usaha kerajaan mencapai status Negara maju, ia juga menimbulkan tanda Tanya kepada masyarakat apakah yang sebenarnya yang tertulis di dalam kapsul itu yang sepatutnya dibuka pada 1 Januari 2020.

Nyata, tindakannya itu mengubah masa depan Zohri apabila ketika dia membuka kapsul itu, dia menggembara ke masa lampau. Menariknya, Zohri bukan saja tersedar menjadi askar Melayu yang menentang tentera Jepun tetapi terus dibawa menggembara ke dalam kehidupan seorang pemandu kereta peribadi kepada PerdanaMenteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

Ketika Zohri cuba memahami perjuangan bangsa Melayu yang menentang komunis ketika itu, dia sekali lagi dijelmakan semula sebagai seorang peneroka tanah rancangan. Dalam kekeliruan dan berkongsi pengalaman menakjubkan itu, Zohri juga berkesempatan menyaksikan kesungguhan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang memasuk tanah rancangan untuk bertemu rakyat.

Semakin penggembaran masa dilalui Zohri, dia berpeluang melihat zamanTun M yang ketika itu mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pemimpin negara. Kisah hebat kehidupan Zohri yang melalui pelbagai zaman menimbulkan kesedaran kepada dirinya bertapa perjuangan bangsa dan masyarakat Negara ini mencapai kemerdekaan dan kemajuan suatu yang memberI makna besar.

 

Filem genre kenegaraan ini diterbitkan produksi Two Tones Sdn Bhd yang berpengalaman dalam bidang VFX, animasi dan video produksi termasuk cemerlang menghasilkan filem Libas yang pernah menang Anugerah Cerita Asal Terbaik danPengarahHarapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 pada tahun 2011.

Filem Kapsul ini diarahkan Allahyarham Martias Mohd Ali yang turut bertanggungjawab sebagai penulis cerita asal dan penulis skrip. Memberi tarikan filem ini menampilkan imej janaan komputer (CGI) yang diarahkan Amru Najmi Osman.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio

 Selain penampilan pelakon berpengalaman, Faizal Hussein memainkan watak Zohri, filem ini juga dibintangi 30 pelakon popular dan artis jemputan.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio
 Pelakon lain yang terbabit sama terdiri daripada Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Qazeem Noor, Elly Mazlein, Meor Hashim Manap, Zamarul Hisham, Jue Aziz, Adlin AmanRamli, Aman Graseka, Sharudin Thamby danZila Bakarin.

Tidak ketinggalan, penampilan istimewa jutawan Internet, IrfanKhairi.

Filem ini menjalani penggambaran sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Sayong, Ipoh, Perak, Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Klang.
 

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2